Bersama Berjuang

Showing posts with label Yayasan Selangor. Show all posts
Showing posts with label Yayasan Selangor. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

20 Ribu Alumni Yayasan Selangor Membantah Penjualan Hasil Rampasan Perang Oleh PKR!!!


Anak-anak yang dilahirkan dari institusi Yayasan Selangor bangkit menentang kerakusan Fuckatan Harami.  Seantero mengetahui bagaimana kerajaan negeri Selangor menjual aset-aset Yayasan Selangor seperti IKYS.  

Kini, Asrama Toh Puan Norasyikin yang mempunyai nilai hartanah yang tinggi menjadi santapan lazat Fuckatan dalam misi menghabiskan harta Melayu aka harta rampasan perang!!!  

Sahabat blogger menerjah, DISINI

Monday, November 14, 2011

Amalan Double Standard Dalam Penjawat Awam Di Selangor!!!



Ini tidak adil!!!

Ini zalim!!!

Di mana janji-janji untuk bersikap adil kepada semua? 

Mana dia kesamarataan? 

Mengapa perlu pilih kasih??? 

KLIK SINI

Thursday, September 15, 2011

Audit Dalaman Yayasan Selangor Didedahkan!!! Part 3 - Khalid Wajib Letak Jawatan!!!


DARI SUDUT PENGURUSAN PELABURAN

Yayasan Selangor telah bersetuju membuat pelaburan jangka panjang dalam Deposit Berstruktur “ Amtriple Oppurtunities Frind” bersama Ambank Berhad Cawangan Amcorp Mall, Petaling Jaya dengan nilai pelaburan RM15 Juta.

Simpanan pelaburan akan matang dalam tempoh 3 tahun dimana Yayaan diberi jaminan pulangn faedah 5.5%. Yayasan juga akan mendapat pulangan tambahan pada tahun ketiga berdasarkan Prestasi Indeks Dinamik dianggarkan kadara minimum 3.4%.

Pelaburan dipecahkan kepada 3 sijil bernilai RM10 jutam RM3 juta dan RM 2 juta.Pelaburan ini akan member upront profit ( keuntungan terdahulu ) bernilai      RM525,000 pada masa sama pelaburan dimasukkan. Pada tahun kedua pelaburan Yayasan telah menerima 1% keuntungan bernilai RM150,000. Jumlah keuntungan diterima sehingga 11 November 2010 adalah RM702,345.

Pada 4/11/2010 Timbalan Pengurus Besar Pengurusan telah menghantar memo kepada Pengurus Kewangan memaklumkan bahawa Pengurus Besar telah memberi kelulusan membatalkan pelaburan di Ambank Berhad sebanyak RM15 juta dan melaburkan semula di Malaysian Building Socities Berhad (MBSB) dalam jumlah yang sama sebagai pelaburan baru. Malangnya sehingga 13 Disember 2010 pelaburan tersebut belum dilakukan.

Ini telah menyebabkan Yayasan Selangor mengalami kerugian dalam bentuk pelaburan jangka panjang yang telah terbukti mampu memberikan pulangan lumayan kepada Yayasan. Kelewatan membuat pelaburan baru juga menyebabkan peluang Yayasan untuk menambah pendapatan  dalam bentuk pelaburan.

Bersambung...

Tuesday, September 13, 2011

Audit Dalaman Yayasan Selangor Didedahkan!!! Part 2 - Khalid Wajib Letak Jawatan!!


Sambungan dari Part 1.

Negeri ditadbir sewenang-wenangnya, tanpa menghiraukan prosedur yang telah ditetapkan bagi menjaga harta negeri, termasuklah tenaga kerja yang ada.  

Kerajaan negeri bertindak kejam terhadap pekerja, tetapi tidak kepada kroni.  Ini adalah berdasarkan laporan audit dalam Yayasan Selangor...

 
SAGU HATI FAEDAH PERSARAAN.

Sepanjang 2010, 18 orang kakitangan telah meletak jawatan. Ada diantaranya telah berkhidmat sehingga 18 tahun. Malangnya tiada pembayaran saguhati kepada kakitangan walaupun terdapat Skim Perkhidmatan Yayasan Selangor Fasal 5 Faedah Persaraan ( 5.1.4) Berhenti Kerja. Pengurusan YS mengubah peraturan tanpa mendapat persetujuan Ahli Lembaga dalam menjaga kebajikan kakitangan.

Pertukaran Kakitangan
Bermula Mac 2010 seramai 50 pegawai dan kakitangan telah ditukarkan seperti dibawah:
Jusa               -  1 orang
Gred 41-48   – 25 orang
Gred 17-27   – 19 orang
Gred 1-3       – 5 orang.

Penempatan seharusnya tepat dengan kemahiran dan sesuai dengan skim perkhidmatan yang ditawarkan semasa kakitangan dilantik. Pertukaran seramai 50 orang dan perletakan jawatan seramai 18 orang kakitangan pada 2010 menunjukkan bahawa sedang berlaku satu proses yang akan melumpuhkan kreativiti dan kecemerlangan kakitangan Yayasan Selangor

Kenaikkan Pangkat
Terdapat Circular Resolusi ( No A127/2010 ) mengenai Pindaaan dan Penetapan Gred Perkhidmatan dan Penggajian bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi berkuatkuasa mulai 1 Julai 2010.
 
Gred Pengurus Besar telah dinaikkan daripada Jusa C pada tarikh lantikan 15/3/2010 ke Jusa B pada 15 April 2010 selepas 1 bulan dilantik.
 
Gelaran Pengurus Kewangan dipinda kepada Pengurus Aset Pelaburan dan kewangan pada surat tawaran bil (17) dlm.YS/SM/03/0176 Jld VII bertarikah 22 April 2010 dan kemudian dinaikkan pangkat kepada Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Ruj(28)dlm.YS/SM/03/017 Jld.IV bertarikh 1 Julai 2010.
 
Jelas menunjukkan bahawa tempoh kenaikkan pangkat/perubahan gred penyandang jawatan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar adalah terlalu singkat. Terma Dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Yayasan Selangor serta Skim Perkhidmatan Peraturan Disiplon dan Tatatertib Yayasan Selangor  ( Pindaan Tahun 2004) tidak digunakan untuk kaedah penilaian kenaikkan pangkat. Pegawai yang bertanggungjawap adalah Pegawai Kewangan Negeri dan SUK untuk jawatan Pengurus Besar dan Pengurus besar dan SUK/Pegawai Kewangan Negeri untuk jawatan Timbalan Pengurus Besar.

Pelanggaran Arahan Bercuti oleh Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan )
Satu surat arahan bercuti telah dikeluarkan yang berkuat kuasa 15 Nov 2010. Malangnya arahan itu tidak dipedulikan dan beliau telah hadir ke mesyuarat pada 3 Disember 2010. Kehadiran Mesyuarat dilampirkan.

Ini secara langsung dilihat sebagai kelemahan integriti pegawai tersebut. Ini tidak seharusnya berlaku kepada pegawai yang berada di dalam kumpulan Jusa. Pengurus Besar juga gagal dalam mengikut arahan Menteri Besar  Ini juga menunjukkan kelemahan integriti kerajaan negeri kerana melantik pegawai pengurusan yang enggan mematuhi peraturan dan prosedur. Perlantikan Dato Khusrin dipertikaikan tanpa menyedari kerajaan negeri mengalami masalah yang lebih teruk.
 
Dokumen Perkhidmatan Kontrak.
Pengurusan Yayasan Selangor tidak menyediakan perjanjian dalam isu perlantikan pegawai . Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat kelemahan dalam melindungi kepentingan dan hak kerajaan negeri dan yayasan Selangor sebagai majikan.Pengurusan YS juga tidak memikirkan tentang kebajikan kakitangan perkhidmatan kontrak yang melibatkan terma-terma dalam kebajikan pegawai. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008- Dasar dan Prosedur Perlantikan Secara Kontrak telah wujud tetapi tidak diguna pakai.

Kelemahan Pengurusan YS dalam isu Kelulusan Melalui Resolusi
Sehingga bulan November 2010 sebanyak 12 resolusi telah dikeluarkan (bil. A121/2010 hingga A132/2010). Ini jelas memperlihatkan kelemahan pentadbiran pengurusan YS yang tidak tahu membezakan perkara yang dicadangkan itu:
  1. Perlu pembentangan di dalam mesyuarat
  2. Perlu diluluskan oleh Ahli Lembaga  melalui resolusi atau
  3. Perlu mendapat keputusan Pihak Berkuasa Negeri untuk kelulusan atau sekadar makluman.
Selangor menangis...

Bersambung...

Audit Dalaman Yayasan Selangor Didedahkan!!! Part 1 - Khalid Wajib Letak Jawatan!!


Pendedahan ini adalah berdasarlan laporan AUDIT DALAMAN Yayasan Selangor, dan sesungguhnya wang anak negeri telah digunakan untuk berfoya-foya, laksana wang itu mak bapak dia yang punya!  

GT akan kupas 1 persatu, kerana terlalu banyak maklumat untuk didedahkan kepada anda semua!  Ini bahagian pertama.

DARI SUDUT PENGURUSAN PERKHIDMATAN

PERLANTIKAN JAWATAN PENGURUS BESAR.
Jumlah permohonan 42 permohonan

Senarai layak hanya 8 calon

Tarikh temuduga pada 22/2/2010

Panel temuduga Pegawai Kewangan Negeri dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Keputusan Panel- En Razali Tumirin ( Calon Utama) dan YM Raja Razman Shah

Perlantikan Pengurus Besar tidak menepati keputusan panel.Calon utama panel lebih sesuai kerana telah dinilai kebolehan,kepakaran dan kelayakan oleh panel yang dilantik oleh kerajaan negeri.


PERLANTIKAN PENGURUS KEWANGAN 
( kemudian jawatan di naikkan kepada Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan )

Perlantikan jawatan ini menepati keputusan panel tetapi terdapat Notis Kebangkrapan yang tidak dimaklumkan oleh calon pilihan utama. Melindungi maklumat demi kepentingan diri adalah satu kesalahan bagi penjawat kerajaan. 
 

CUTI BERGAJI SEMASA DALAM SIASATAN
Arahan cuti bergaji telah dikeluarkan oleh Pengurus Besar kepada seorang Pegawai Kontrak.

Mengikut syarat-syarat tawaran perhidmatan kontrak tiada terma atau syarat cuti bergaji penuh. 

Pengurusan YS tidak merujuk kepada Ahli Lembaga Pengarah dalam isu tatatertib pegawai tertinggi.

Bersambung...

Saturday, August 6, 2011

PANASSS... Duit Adalah Tuhan!!! Pergi Mampus Dengan Kebajikan Anak Negeri!!!


Kemana moto NEGERI KEBAJIKAN yang dilaung-laungkan oleh Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Adakah moto ini sekadar satu slogan kosong dan janji kosong, nampaknya begitu lah.

GAPS sangat prihatin kepada keputusan Yayasan Selangor yang akan menutup dan merobohkan Asrama Pusat Yayasan Selangor Asrama Tun Dr Ismail dan Asrama Toh Puan Norasikin Kuala Lumpur. GAPS memandang ini merupakan bukti kezaliman kerajaan PR di Selangor kepada rakyatnya sendiri.

Lebih menjolok mata bila MB buat keputusan Asrama Yayasan Selangor itu hendak dirobohkan bagi memberikan laluan kepada pembinaan HUB KOMERSIAL yang tentu nya akan memberikan laba kepada saudagar-saudagar elite kroni Pakatan Rakyat.

Apakah sebenarnya matlamat penubuhan Yayasan Selangor ? Adakah ia sebuah entiti membuat keuntungan atau sewajibnya memberikan kebajikan pendidikan kepada anak-anak Selangor ? Kebajikan pendidikan atau keuntungan wang ringgit ?

Nampaknya MB Selangor lebih mengutamakan matlamat membuat laba. Dia masih bermimpi menjadi Menteri Besar ini sama dengan menjadi CEO sebuah syarikat GLC. Malangnya rakyat Selangor mempunyai seorang MB seperti Khalid.

GAPS melihat Khalid Ibrahim tidak mempunyai  justifikasi untuk merobohkan Asrama yang telah berjasa, sedang berjasa dan akan berjasa kepada Anak Selangor dalam memberikan kebajikan pendidikan. Puluhan ribu anak Selangor yang berjaya dalam Pelajaran hasil mendiami Asrama Yayasan Selangor sejak tahun 70 an lagi. Amat tidak logik keputusan untuk merobohkan Asrama pelajar yang gemilang ini.

GAPS menentang sekeras-kerasnya keputusan MB yang semata-mata berpaksikan kebendaan laba kewangan. MB telah membunuh masa depan anak-anak Selangor yang berpotensi dalam pelajaran.

GAPS menuntut agar keputusan merobohkan Asrama Yayasan Selangor ini dibatalkan. Alternatifnya Yayasan Selangor wajib membina di Kuala Lumpur sebuah Asrama untuk anak-anak Selangor dengan kapasiti dan kelengkapan kediaman yang serupa sebelum Asrama Yayasan Selangor Tun Dr Ismail dan Asrama Toh Puan Norasikin hendak dimusnahkan.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

6 Ogos 2011

Saturday, July 30, 2011

SELANGOR MENANGIS: Tanah Milik Yayasan Selangor Terus Menjadi Mangsa Kerakusan Rejim Khalid???

Lebih daripada 450 pelajar Yayasan Selangor (YS) bakal menghadapi masa depan yang gelap ekoran keputusan pentadbiran sayap pendidikan negeri Darul Ehsan itu bakal menutup dua buah asrama terkemukanya di ibukota yang selama ini menjadi penyambung talian pendidikan di beberapa sekolah terkemuka termasuk Sekolah Menengah Victoria dan Sekolah Aminuddin Baki.

Langkah itu walaupun ditentang oleh wakil Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanahnya, tetap dilaksanakan oleh YS dengan tidak lagi mengambil pelajar baharu tingkatan satu ke kedua-dua asrama pusat berkenaan pada awal tahun ini.

Malah, pihak pentadbiran bercadang menutup operasi kedua-dua asrama gah itu apabila sesi sekolah berakhir pada akhir tahun ini. Pelajar-pelajar sedia ada bakal dipindahkan ke asrama-asrama sekolah berkenaan yang pastinya tidak menjadi kenyataan kerana sekolah-sekolah tersebut juga menghadapi masalah kekurangan tempat di asrama masing-masing.

Penyelesaian yang dicadangkan oleh pihak pentadbiran YS ialah memindahkan para pelajar berkenaan ke asrama-asrama daerah. Justifikasi YS menutup asrama pusat iaitu Asrama Tun Dr. Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norasikin (ATPN) ialah tapak kedua-dua aset kebanggaan anak-anak Selangor itu kini dikelilingi pembangunan komersial dan tidak sesuai lagi untuk tujuan penginapan asrama dan pembelajaran.

Dalam laman rasminya di Internet, YS memberitahu bahawa kedudukan asrama berkenaan tidak sesuai lagi kerana para pelajar tersepit dalam kesesakan lalulintas sehingga menyebabkan mereka yang ke sesi petang hanya sampai ke asrama jam 8.30 malam dan tergesa-gesa untuk kegiatan selanjutnya dan ada yang mengantuk dalam kelas tambahan sehingga menjejaskan pencapaian akademik mereka.

Itu alasan dan justifikasi YS tetapi menurut sumber, kewangan defisit YS adalah punca utama tindakan tersebut kerana pihak pentadbiran sudah tidak mempunyai kewangan untuk mengurus para pelajar berkenaan dan dengan memindahkan mereka ke asrama-asrama daerah seperti di Sabak Bernam dan Klang pastinya mengurangkan beban yang ditanggung.

Sebelum ini YS menutup kolej kemahiran di Kuala Selangorv dengan alasan operasinya tidak menguntungkan.

Jika kesesakan lalulintas dijadikan alasan, sumber itu dan bekas pelajar-pelajar YS mempersoalkan adakah SAB yang hanya beberapa meter sahaja dari asrama di Jalan Cohcrane itu juga menyekat perjalanan pelajar sedangkan mereka hanya berjalan kaki ke sekolah.

"Kalau ATDI dan ATPN tidak sesuai kerana bakal dikelilingi oleh kegiatan komersial, bagaimana pula dengan SAB, SM Cohcrane dan Sekolah Menengah Lokman yang berhampiran?,'' tanya bekas pelajar YS yang kini menjadi pensyarah universiti tempatan.

Beliau setuju dan mengakui mengenai masalah kesesakan lalulintas kerana ada pelajar bersekolah di Petaling Jaya. Katanya, pihak pentadbiran harus membuka asrama di sekitar Petaling Jaya atau berdekatan dan bukannya menutup kedua-dua asrama yang sudah terbukti berjaya dan berjasa.

Agendadaily difahamkan, Alumni Yayasan Selangor turut membantah tindakan itu yang disifatkan berundur ke belakang, tetapi YS menyifatkan alumni berkenaan lebih kepada memperjuangkan nostalgia sahaja.

Alumni Yayasan Selangor yang menentang keputusan merugikan itu telah mengadakan perjumpaan dengan pihak pentadbiran Jumaat lalu. Bagaimanapun sesi perbincangan itu bertukar hambar apabila YS memperleceh pihak alumni dan meminta mereka ikut serta dalam usaha merampas Putrajaya.

Agendadaily diberitahu bahawa pertemuan itu diketuai Presiden alumni iaitu Aina Hanim tetapi forum itu hanya dijadikan medan menyerang alumni yang didakwa selama ini tidak berfungsi dan mempersoalkan kenapa hanya bangkit apabila ATDI dan ATPN mahu dirobohkan.

Dalam laman rasminya, YS berkata, tidak ada salahnya memindahkan para pelajar ke sekolah di daerah-daerah kerana semua sekolah menengah kini sama sahaja kerana dikendalikan oleh para guru berijazah dan terlatih dan ia mengambil Sekolah Menengah Jalan Tiga di Bandar Baru Bangi sebagai contoh yang berjaya mendapat pencapian akademik yang baik. YS tidak pula menyebut mengenai pencapaian di Kuala Kubu Baharu, Klang dan juga Sabak Bernam.

Sementara itu, seorang lagi bekas pelajar YS berkata pihak pentadbir YS harus mengetahui sejarah penubuhan yayasan itu dan bagaimana peritnya untuk mendapatkan kuota belajar di sekolah-sekolah terkemuka seperti VI, St. John Institution, Convent Bukit Nenas dan SAB serta La Salle.

"Dulu YS ambil pelajar luar bandar untuk ditempatkan di sekolah terkemuka di bandar, tetapi pentadbiran sekarang yang buta sejarah menghantar yang sedia ada di bandar balik ke luar bandar. Pelik dan menghairankan,'' katanya geram.

Krisis kewangan yang menjadi kemelut pentadbiran YS timbul menjadi isu apabila Sultan Selangor membatalkan kehadiran baginda ke majlis sambutan ulangtahun ke-40 yayasan itu tahun lalu kerana melibatkan perbelanjaan yang amat tingggi.

Pendedahan demi pendedahan terus disingkap termasuklah mengadakan pertandingan memancing dan acara qurban yang kesemuanya menelan belanja hampir RM1 juta.

Selepas itu timbul pula pendedahan lain apabila RM80 juta yang diwariskan pihak pengurusan lama tiba-tiba sudah habis dan menjadi negatif.-28/7/2011. - AD

GERAKAN TIMUR:
Satu persatu harta orang Melayu Selangor tergadai... mungkinkah nilai tanah di kawasan berkenaan yang tinggi mengakibatkan penutupannya?  

Apakah benar alasan-alasan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri?  

Atau sekadar mencari peluang untuk menutup kegagalan urustadbir yang mengakibat kerugian berjuta-juta ringgit?  

Pastinya, andai tanah ini berjaya dikomersilkan, Khalid bisa mendabik dada mengatakan Yayasan Selangor berjaya mencatat keuntungan, walhal dengan cara yang paling jijik, iaitu menggadaikan tanah milik bumiputera?

Tuesday, April 19, 2011

SELANGOR MENANGIS... WANG RAKYAT HILANG RM132 RIBU SEBULAN!!!


Kalaulah anda dapat rintihan negeri Selangor, yang sedang menangis dengan  berairmatakan darah, mengenang dirinya sedang "diliwat" oleh gerombolan-gerombolan manusia durjana!  

Bloggers telah membongkar pelbagai siri ketidakupayaan, ketirisan, kebodohan, kebebalan, dan pembohongan KERAjaan Fuckatan Selangor.  Berita yang menggemparkan apabila Negeri Selangor kehilangan RM 132 ribu sebulan akibat dari pentadbiran ala bangsat oleh Khalid Gagap, tokoh keparat yang tidak perlu diperkenalkan lagi.  
KLIK SINI untuk maklumat lanjut. 

Saturday, April 2, 2011

BUKTI YAYASAN SELANGOR MENUJU KEHANCURAN - PART 6


Pertandingan Memancing Ulangtahun ke 40 YS

Pertandingan dijadualkan diadakan pada 14 Nov 2010 di Taman Rekreasi Sek 7 Shah Alam yang telah disertai lebih kurang 700 orang dengan bayaran sebanyak RM50.00 untuk setiap jorang dan RM80 untuk 2 joran.

SDF Media & Event Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengurus acara tanpa melalui proses sebut harga. Kos cadangan diterima tanpa ada pindaan melibatkan kos RM179,000. YS sepatutnya mengkaji cadangan dan bukannya menerima bulat-bulat cadangan agar sesuai dengan kemampuan kewangan YS.

70% bayaran sebanyak RM125,000 akan dijelaskan dalam tempoh 7 hari tarikh penerimaan lantikan tetapi YS telah menjelaskan RM178,200 (99.5%) sebelum pertandingan dijalankan.

Bil   Perkara                     No Baucer     Tarikh            Amaun (RM)
1    70% pendahuluan       20202919      18/10/2010      125,300
2    Bayaran baki 20%      20102923      19/10/2010        35,000
3    Bayaran akhir 10%     20103082      3/11/2010          17,900
                                                                         Jumlah  178,200

Ini menunjukkan tadbir urus kewangan yang tidak cekap dan dilaksanakan secara tidak berhemat .Bayaran awal 70% adalah tidak munasabah malah pengurusan YS dengan sewenang-wenangnya menjelaskan RM 178,200 (99%) walaupun program masih belum dijalankan.  Ini seolah-olah syarikat yang dilantik tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan ada mungkin syarikat yang dilantik adalah daripada kroni-kroni pihak tertentu.

Jumlah kutipan daripada peserta hanya berjumlah RM 37,630 manakala perbelanjaan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM 179,000.  Jelas YS mengalami kerugian dalam pertandingan ini.

Sebanyak RM 16,060 daripada RM 37,630 hasil kutipan daripada peserta telah dimasukkan ke dalam akaun bank Persatuan Yayasan Selangor yang mana Yang Di pertua Persatuan Yayasan tersebut adalah Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan) walaupun tiada kelulusan diperolehi daripada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan. Manakala baki kutipan sebanyak RM 21,570 masih disimpan dalam tangan Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan) yg masih belum diserahkan setakat 1 Disember 2010.

Wang rakyat digunakan sewenang-wenangnya... Pentadbiran berwibawa??? Bullshit!!!

Tuesday, March 29, 2011

BUKTI YAYASAN SELANGOR MENUJU KEHANCURAN - PART 5

Sempena sambutan ulang tahun ke 40 Yayasan Selangor pertanding memancing telah diadakan pada 14 Nov 2010 di Taman Rekreasi Sek 7 Shah Alam telah disertai lebih kurang 700 orang peserta dengan bayaran sebanyak RM 50 bagi setiap joran atau RM80 bagi penggunaan joran.


YS telah melantik Syarikat SDF Media&Event Sdn Bhd sebagai pengurus acara tanpa melalui proses sebut harga.Syarikat tersebut dikehendaki menyediakan butiran kerja dan jumlah perbelanjaan. Menurut surat YS kepada SDF Media bil.YS/PLB/05/SMP/-jilid 11 bertarikh 13 oktober 2010 Ilham Marzuki bersetuju tanpa pindaan atas cadangan kos sebanyak RM179,00. Disini kita boleh melihat bagaimana kelemahan Ilham Marzuki yang dipertahankan oleh Menteri Besar baru-baru ini tidak mengkaji cadangan yang ditawarkan agar bersesuaian dengan kemampuan kewangan Yayasan Selangor.


Menurut surat lantikan sejumlah RM125,300 iaitu 70% dari kos keseluruhan akan dibayar dalam tempoh 7 hari tarikh penerimaan lantikan. 20% (RM35,000) lagi akan dibayar selepas syarikat selesai membuat pengesahan tempat acara,penyertaan pengacara dan jemputan.Baki 10% (RM17,900) akan dibayar selepas YS berpuas hati dengan perjalanan acara.Yayasan juga telah membelanjakan sebanyak RM23,100 hadiah wang tunai dan RM31,180 untuk tujuan iklan dan promosi. 


Malangnya, YS telah menjelaskan hampir kesemua iaitu berjumlah sebanyak RM 178,200 ( 99.5% ) telah dibayar sebelum pertandingan dilangsungkan.Amalam ini menunjukkan tadbir urus kewangan yang tidak cekap serta perbelanjaan yang tidak diuruskan dengan berhemah.Yayasan Selangor sewenang-wenang menjelaskan 99% bayaran yang boleh menyebabkan YS mengalami risiko kerugian sekiranya syarikat tersebut gagal ataupun menghilangkan diri.Yayasan juga gagal untuk membuat kajian keatas syarikat tersebut samada syarikat tersebut mempunyai sumber kewangan yang kukuh sebelum melaksanakan sebarang aktiviti bersama Yayasan.

Bil
Perkara
No Baucer
Tarikh
Amaun (RM)
1
70% pendahuluan utk program memancing
20202919
18/10/2010
125,300
2
Bayaran baki 20%
20102923
19/10/2010
35,000
3
Bayaran akhir 10%
20103082
3/11/2010
17,900



Jumlah
178,200


Jumlah kutipan yang berjaya dikutip daripada pertanding memancing adalah sebanyak RM37,630 dan jika dibandingkan dengan perbelanjaan RM179,000 jelas menunjukkan YS mengalami kerugian sebanyak RM141,370 kerana program ini tidak mendapat sambutan daripada rakyat Selangor khasnya.Mereka menjangkakan seramai 1200 orang akan mengambil bahagian tetapi malangnya hanya 700 orang sahaja yang berminat.Adakah kos iklan dan promosi berjumlah RM54,280 itu menepati objektif ataupun tidak? Cuba kita fikirkan.

Apa yang lebih menarik adalah sejumlah RM16,600 hasil daripada kutipan memancing telah dimasukkan kedalam akaun bank Persatuan Yayasan Selangor selepas diarahkan oleh Timbalan Pengurus Besar Pengurusan merangkap yang dipertua Persatuan Yayasan yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Persatuan Yayasan  pada 20 Okt 2010. Tiada kelulusan diperolehi daripada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan untuk memasukkan wang tersebut ke dalam akaun bank Persatuan Yayasan. Jelas ini adalah satu keputusan yang membelakangi Lembaga Pemegang Amanah. Sehingga tarikh audit dibuat pada 1 Disember 2010 baki kutipan sebanyak RM 21, 570 masih disimpan di tangan Timbalan Pengurus Besar Pengurusan tanpa diserahkan kepada Bahagian Kewangan Yayasan.

Ini adalah bukti bagaimana duit YS yang tujuan sebenar ditubuhkan untuk membantu anak-anak Selangor di dalam bidang pelajaran telah diguna pakai sewenang-wenangnya tanpa ada pemantauan serius terhadap jumlah keluar masuk wang yang mengakibatkan kerugian ratusan ribu ringgit hanya untuk satu program sahaja.Apa gunanya Khalid Gagap mempertahankan Ilham Marzuki walhal satu program yang simple seperti ini boleh menyebabkan YS kerugian. Cuba kita renungkan berapa ramai pelajar Selangor boleh dibantu dengan jumlah tersebut..fikirkan bersama.


DIMANA PAKATAN KUAT DISITU RAKYAT MEREMPAT!!

Sunday, March 27, 2011

KOS PENYELENGGARAAN KENDERAAN YAYASAN SELANGOR RM 6 JUTA SETAHUN? GILA!!!


Mengikut laporan audit tersebut seperti yang disiarkan The Sun pada 20.Mac.2011, diantara bulan Januari hingga November 2010 YS telah mengeluarkan wang sebanyak RM 6 juta lebih untuk tujuan membekal alat ganti , menyelenggara dan membaiki kenderaan milik YS. Bagi bulan November sahaja Rm 1.5 juta dibelanjakan untuk  tujuan tersebut.

Lebih baik beli kenderaan baru andai benar bagai yang didakwa.  Apa sudah jadi dengan Yayasan Selangor?
KLIK SINI.

Saturday, March 26, 2011

YAYASAN BAKAL DISAMAN LAGI!!! LAPORAN AUDIT SKADAR MENCARI KAMBING HITAM???

SHAH ALAM - Belum selesai kes saman RM1 juta terhadap Yayasan Selangor (YS) oleh bekas Timbalan Pengurus (Pendidikan), Omar Hasbullah dan 10 bekas kakitangan lain, sekali lagi organisasi berteraskan pendidikan itu bakal berdepan satu lagi saman.

Kali ini, bekas Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Mohd Saifulruddin Sulaiman yang dipecat baru-baru ini, akan memfailkan saman fitnah terhadap yayasan, Kerajaan Negeri, beberapa individu selepas pendedahan laporan audit yayasan itu.

“Tuduhan dan tohmahan yang melampau oleh pihak berkenaan sekan-akan memperlihatkan saya menyalah guna kuasa dan salah tadbir kewangan YS sedangkan tugas saya cuma menerima arahan dan melaksanakan arahan yang diberikan. "

“Kesalahan yang ditujukan ke atas saya amat berat dan menyebabkan saya termasuk ahli keluarga terasa terhina dan tersinggung dengan kenyataan yang dibuat tanpa usul periksa dan membuat kenyataan yang mengelirukan tanpa fakta yang sebenar. "

“Dengan itu, saya akan mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan saman malu dan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor, Yayasan Selangor dan individu-individu serta pihak-pihak terbabit demi menjaga maruah dan membersihkan nama saya dan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, kenyataan (berhubung laporan audit) dikeluarkan baru-baru ini oleh pihak berkenaan menjurus kepadanya dan segala pertuduhan mengelirukan itu menunjukkan beliau yang melakukannya.

“Sudah tiba masanya saya perlu memberikan kenyataan media demi membela diri saya sebelum diperkotak katikkan dengan laporan dan tuduhan yang melampau dan tidak berasas itu.

“Saya juga sekeras-kerasnya menolak segala dakwaan dan menyangkal penuh segala perihal kenyataan dan tuduhan yang dikeluarkan melalui laporan media massa dan elektronik terhadap diri saya berkenaan laporan audit yang dikeluarkan oleh Kerajaan Selangor melalui Pejabat,” katanya.

Kesan daripada itu katanya, beliau serta keluarga telah diaibkan dan dipandang serong oleh masyarakat sekali gus memudaratkan kehidupannya sekeluarga.
“Saya terasa terhina dengan dakwaan tersebut sedangkan fakta sebenar telah diberikan malah merasakan laporan audit ini dibuat tanpa merujuk fakta sebenar serta tidak mengikut tatacara audit betul.

“Laporan audit ini juga menjurus kepada pandangan pihak-pihak berkepentingan dan pandangan tersebut bulat-bulat diterima pakai sebagai fakta oleh Kerajaan Negeri, YS termasuk beberapa pihak yang berkepentingan dalam mengeksploitasi isu YS dan mengaitkan perbuatan dan perkara tersebut terhadap saya.

“Saya mempunyai dan memiliki segala bukti yang berasas dan akan mempertahankan diri serta menegakkan kebenaran di atas segala fakta-fakta yang dikelirukan dan ditokok tambah oleh pihak yang berkepentingan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga telah memfailkan saman dan aduan melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan Kementerian Sumber Manusia kerana penamatan kontrak perjawatan dibuat secara melulu tanpa ‘natural justice’.

“Saya juga tidak diberi ruang untuk membela diri dan tiada ’Domestic Inquiry’ ke atas diri saya, ini memperlihatkan bahawa diri saya telah diperkotak katikkan demi memuaskan hati dan menjaga beberapa individu yang berkepentingan.

“Kenyataan terbaru dari Menteri Besar pula mengatakan bahawa Yayasan Selangor mempunyai lebihan pendapatan yang tidak memungkinkan ia bankrap.

“Fakta yang dikeluarkan amat berbeza dan berlainan dengan kenyataan terdahulu yang menyatakan bahawa Yayasan Selangor defisit dan perkara tersebut dilakukan oleh saya selaku Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Yayasan Selangor,” katanya. 

GERAKAN TIMUR:
Wow!!!  Apakah sebenarnya yang berlaku pada Yayasan Selangor???  Adakah terdapat perkara dalaman yang tidak kita ketahui???   Dapatkah bekas Penolong Pengurus Besar mendedahkan perihal sebenar yang berlaku?

Dahla duit Yayasan habis dek ketidakupayaan Khalid sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah, bertambah habislah andai bekas kakitangan YS menang saman nanti.  

Khalid wajib berundur!!!

KHALID MASIH PERTAHANKAN ILHAM MARZUKI. SIAPA SEBENARNYA SI ILHAM NIH?

Khalid Ibrahim terus berdegil untuk mengekalkan jawatan Ilham Marzuki biarpun "kelulusan" yang dibuat oleh Ilham mengakibatkan beberapa kontroversi yang melanda YS.  Keputusan ini sebenarnya bertentangan dengan syor yang dibuat oleh panel audit yang mahukan kedua-dua jawatan terpenting dalam YS ditamatkan perkhidmatan.  

Alasannya, Ilham Marzuki masih baru.  Khalid perlu tahu bahawa jawatan ini amat penting, no room for error kata orang Banjar.  

Khalid, ikam bungul!!!  

Kesilapan pada tahap Pengurus Besar tidaklah sekecil kesilapan seorang pembantu tadbir yang tersalah membuat salinan fotokopi dokumen.  Kesilapan pengurus besar  membuat keputusan bermakna kerugian dalam bentuk wang ringgit yang besar nilainya. 

Pemilihan Ilham Marzuki yang berlatarbelakangkan kejuruteraan telah melanggar prinsip dan praktis Sumber Manusia (Human Resource) dalam memilih calon yang berkelayakkan.  Untuk makluman, Ilham juga tidak bekerja tetap selama 10 tahun, hanya menjalankan tugas sebagai konsultan bebas. 

Ini adalah kali kedua Khalid menggunakan "budi bicaranya" terhadap Ilham Marzuki.  Pertama, dia telah menolak usul panel temuduga yang tidak menyenaraipendekkan Ilham sbg Pengurus Besar.  

Mengapa Khalid sangat "menyayangi" Ilham?  Adakah berlaku amalan kronisme tahap tenuk disini???  

Nasib yang berbeza dihadapi oleh Penolong Pengurus Besar yang tiada kuasa meluluskan sebarang usul apabila ditamatkan perkhidmatannnya.

Adakah Khalid cuba menutup kepincangannya dengan mengkambinghitamkan Penolong Pengurus Besar?  Sekadar lakonan sebagai bukti bahawa tindakan telah diambil?  

Seperkara yang GT nak tanya semua orang, betulkah cerita-cerita yang mengatakan bahawa Ilham Marzuki adalah anak buah kepada isteri kedua Khalid Gagap???  Ada sesiapa yang boleh confirmkan???

Thursday, March 24, 2011

PANASSS... KHALID IBRAHIM: " YAYASAN AKAN HIDUP LAMA DRPD BLOGGER". KHALID ISYTIHAR PERANG TERHADAP BLOGGER!!!



Panasssss...  Khalid Ibrahim telah melancarkan perang terbuka terhadap blogger mengatakan bahawa dia  mengatakan berharap Yayasan akan hidup lebih lama daripada blogger!!!
 
Khalid berkata demikian apabila blogger mula mendedahkan kepincangan pentadbiran Yayasan Selangor yang mana dia adalah Pengerusi Lembaga Pengarah YS.  Ini merujuk kepada kelemahan pengurusan perkhidmatan termasuklah perlantikan Pengurus Besar, Ilham Marzuki dan Timbalannya.  

Kerisauan terhadap pengurusan perbelanjaan YS memuncak apabila laporan audit YS mengalami defisit RM 7.41 juta yang membawa kepada desakan meletakkan jawatan sebagai MB oleh DS Noh Omar.  

DS Noh Omar adalah individu yang mendedahkan belanjawan "luar biasa" sambutan 40 tahun YS yg mengakibatkan proses audit terpaksa dibuat.  Andai tiada pendedahan ini, adakah audit perbelanjaan ini akan dibuat?  

Serangan dari blogger nampaknya membuatkan khalid tak senang duduk.  Mengheret blogger ke kemelut ini adalah tanda "you are not intelligent".  Blogger bukan ahli politik,  apatah lagi ahli "new politics". Blogger sekadar menyampaikan kebenaran yg terjadi pada waktu ini.  Dari rakyat untuk rakyat. Mmg kita mahu Yayasan kekal selama-lamanya, namun yang Khalid seharusnya tidak membuat perumpamaan sedemikian rupa!

Sahabat blogger, secara tidak langsung, khalid sudah mengiktiraf efektifnya blogger dalam mendedahkan kepincangan pentadbirannya.

Fokus dan teruskan serangan anda!!!

Gendang perang telah dipalu.  Can I "balun" you???

Sahabat blogger KGC ada menulis isu yang sama DISINI.

p/s - dah lama pun GT balun.. kehkehkehkeh...

Wednesday, March 23, 2011

PANASSS.. BUKTI YAYASAN SELANGOR MENUJU KEHANCURAN - PART 4


Pada siri skandal Yayasan Selangor Menuju Kehancuran, GT telah fokus kepada pengurusan perkhidmatan yang ternyata gagal ditadbir dengan baik oleh Khalid selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Selangor dan telah dikupas dalam 3 artikel.

Kali ini, GT akan kupas dari sudut pengurusan perbelanjaan.  Kali ini, kupasannya akan melebihi 3 artikel.  Terlalu banyak yang perlu didedahkan... Selangor menangis!!!

Program Sambutan 40 Tahun Yayasan adalah idea dari Timbalan Pengurus Besar yang kemudiannya diluluskan oleh Pengurus Besar.  Dengan kelulusan ini, beberapa program telah dirangka oleh Yayasan meliputi:

Bil
Perkara
Amaun (RM)
1
Pertanding memancing
178,200
2
Pembelian cenderahati dan pakaian
206,040
3
Pembelian 10 ribu naskah Al Quran
225,000
4
Jamuan Makan Perdana
387,232
Jumlah
996,472

Perlu GT nyatakan bahawa tiada belanjawan yang disediakan untuk majlis sambutan ini mengikut Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 2010.  Program ini kemudiannya telah diluluskan oleh Pengurus Besar tanpa dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengarah utk pertimbangan atau kelulusan.  Tindakan ini jelas telah meminggirkan ahli lembaga pengarah yang bertanggungjawab dalam meluluskan perbelanjaan Yayasan. 

Ini membuktikan bahawa Pengurus Besar telah membuat keputusan sendiri dan seharusnya bertanggungjawab terhadap perkara ini.  Timbalan Pengurus Besar sekadar membuat cadangan, bukan keputusan.  Mengapa Timbalan Pengurus Besar sahaja yang dikenakan tindakan?  Bagaimana pula dengan decision maker?  Terlepas?  Mengapa boleh terlepas?  Adakah amalam kronisme berlaku disini???

Perbelanjaan untuk majlis ini yang mencecah RM 1 juta jelas tidak masuk akal dan tidak melambangkan idea penubuhan sebuah yayasan.  

Ia lebih mirip kepada yayasan ini bapak aku yang punya!!!  Apa lagi... joli katak laaaaaa....

Tunggu pendedahan pada PART 5 nanti...

Monday, March 21, 2011

PANASSS.. BUKTI YAYASAN SELANGOR MENUJU KEHANCURAN - FINALE!!!


DARI SUDUT PENGURUSAN PERKHIDMATAN

5.  Pertukaran Kakitangan
  • Bermula Mac 2010 seramai 50 pegawai dan kakitangan telah ditukarkan seperti dibawah:
    • Jusa -  1 orang
    • Gred 41-48 – 25 orang
    • Gred 17-27 – 19 orang
    • Gred 1-3 – 5 orang.
Penempatan seharusnya tepat dengan kemahiran dan sesuai dengan skim perkhidmatan yang ditawarkan semasa kakitangan dilantik. Pertukaran seramai 50 orang dan perletakan jawatan seramai 18 orang kakitangan pada 2010 menunjukkan bahawa sedang berlaku satu proses yang akan melumpuhkan kreativiti dan kecemerlangan kakitangan Yayasan Selangor


6.  Saguhati Faedah Persaraan
  • Sepanjang 2010, 18 orang kakitangan telah meletak jawatan. Ada diantaranya telah berkhidmat sehingga 18 tahun. Malangnya tiada pembayaran saguhati kepada kakitangan walaupun terdapat Skim Perkhidmatan Yayasan Selangor Fasal 5 Faedah Persaraan ( 5.1.4) Berhenti Kerja. Pengurusan YS mengubah peraturan tanpa mendapat persetujuan Ahli Lembaga dalam menjaga kebajikan kakitangan.

7.  Dokumen Perkhidmatan Kontrak
  • Pengurusan Yayasan Selangor tidak menyediakan perjanjian dalam isu perlantikan pegawai . Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat kelemahan dalam melindungi kepentingan dan hak kerajaan negeri dan yayasan Selangor sebagai majikan.Pengurusan YS juga tidak memikirkan tentang kebajikan kakitangan perkhidmatan kontrak yang melibatkan terma-terma dalam kebajikan pegawai. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008- Dasar dan Prosedur Perlantikan Secara Kontrak telah wujud tetapi tidak diguna pakai.

8.   Kelemahan Pengurusan YS dalam isu Kelulusan Melalui Resolusi
  • Sehingga bulan November 2010 sebanyak 12 resolusi telah dikeluarkan (bil. A121/2010 hingga A132/2010). Ini jelas memperlihatkan kelemahan pentadbiran pengurusan YS yang tidak tahu membezakan perkara yang dicadangkan itu:
    • Perlu pembentangan di dalam mesyuarat
    • Perlu diluluskan oleh Ahli Lembaga  melalui resolusi atau
    • Perlu mendapat keputusan Pihak Berkuasa Negeri untuk kelulusan atau sekadar makluman.  

 Jom tgk sumber ni dari mana...


Ini adalah asas kehancuran Yayasan Selangor dibawah pentadbiran Khalid.  Khalid wajib bertanggungjawab atas malapetaka ini.  Selaras dengan cabaran oleh DS Noh Omar, KHALID WAJIB LETAK JAWATAN!!!

Sekian dahulu pendedahan GT tentang tragedi Yayasan Selangor.  Ini dari sudut Pengurusan Perkhidmatan yang jelas gagal dilaksanakan.  Basic pun cacamarba, yang lain gerenti hancusssss...  Inilah bahananya dapat Punahsihat RM1!!! 

Anda ingin pendedahan dari sudut Pengurusan Perbelanjaan YS?  Nanti dulu.  GT tidak mahu Khalid mencapai klimaks... Tungguuuuu..

PANASSS.. BUKTI YAYASAN SELANGOR MENUJU KEHANCURAN - PART 2


Part 2, GT masih touch dari sudut pengurusan perkhidmatan.  Jom layan...

DARI SUDUT PENGURUSAN PERKHIDMATAN 

3.  Perlanggaran Arahan Bercuti oleh Timb. Pengurus Besar (Pengurusan)
  • Satu surat arahan bercuti telah dikeluarkan yang berkuat kuasa 15 Nov 2010. Malangnya arahan itu tidak dipedulikan dan Timbalan Pengurus Besar telah hadir ke mesyuarat pada 3 Disember 2010. Kehadiran Mesyuarat dilampirkan.



  • Lebih menghairankan,  arahan cuti bergaji telah dikeluarkan oleh Pengurus Besar kepada seorang Pegawai Kontrak . Mengikut syarat-syarat tawaran perhidmatan kontrak tiada terma atau syarat cuti bergaji penuh. Pengurusan YS tidak merujuk kepada Ahli Lembaga Pengarah dalam isu tatatertib pegawai tertinggi.  Untung, taraf kontrak namun cuti bergaji.  Kroni ke???



Ini secara langsung dilihat sebagai kelemahan integriti pegawai tersebut. Ini tidak seharusnya berlaku kepada pegawai yang berada di dalam kumpulan Jusa. Pengurus Besar juga gagal dalam mengikut arahan Menteri Besar  Ini juga menunjukkan kelemahan integriti kerajaan negeri kerana melantik pegawai pengurusan yang enggan mematuhi peraturan dan prosedur. Perlantikan Dato Khusrin dipertikaikan tanpa menyedari kerajaan negeri mengalami masalah yang lebih teruk.


4.  Kenaikan Pangkat
  • Terdapat Circular Resolusi ( No A127/2010 ) mengenai Pindaaan dan Penetapan Gred Perkhidmatan dan Penggajian bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi berkuatkuasa mulai 1 Julai 2010.
  • Gred Pengurus Besar telah dinaikkan daripada Jusa C pada tarikh lantikan 15/3/2010 ke Jusa B pada 15 April 2010 hanya 1 bulan selepas dilantik.
  • Gelaran Pengurus Kewangan dipinda kepada Pengurus Aset Pelaburan dan kewangan pada surat tawaran bil (17) dlm.YS/SM/03/0176 Jld VII bertarikah 22 April 2010 dan kemudian dinaikkan pangkat kepada Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Ruj(28)dlm.YS/SM/03/017 Jld.IV bertarikh 1 Julai 2010.



  • Jelas menunjukkan bahawa tempoh kenaikkan pangkat/perubahan gred penyandang jawatan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar adalah terlalu singkat. Terma Dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Yayasan Selangor serta Skim Perkhidmatan Peraturan Disiplin dan Tatatertib Yayasan Selangor  ( Pindaan Tahun 2004) tidak digunakan untuk kaedah penilaian kenaikkan pangkat. Pegawai yang bertanggungjawap adalah Pegawai Kewangan Negeri dan SUK untuk jawatan Pengurus Besar dan Pengurus besar dan SUK/Pegawai Kewangan Negeri untuk jawatan Timbalan Pengurus Besar.
GT pasti anda semua nampak "keistimewaan" yang diberikan kepada kedua-dua penjahanam Yayasan Selangor.  Skim perkhidmatan nyata tidak diikut, ibarat Yayasan Selangor bapak dia yang punya.  Janji masyuk.  So, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Selangor, Khalid gagap adalah master of destruction. 

Khalid Ibrahim wajib bertanggungjawab ke atas tragedi ini.  Khalid wajib letak jawatan!!!

Nantikan seterusnya pada jam 2 petang nanti... lebih panassss...

PANASSS.. BUKTI YAYASAN SELANGOR MENUJU KEHANCURAN - PART 1


Datuk Seri Noh Omar telah mencabar Khalid Ibrahim agar meletakkan jawatan berikutan kegagalannya mengurustadbir asset dan harta kerajaan negeri dengan berkesan. 

Cabaran ini berdasarkan dari laporan audit Yayasan Selangor yang mengalami defisit RM7.41 juta sedangkan baru sahaja 3 tahun memerintah Selangor!  Khalid diminta bertanggungjawab selaku Menteri Besar Selangor dan juga Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Selangor.

Pendedahan bukti-bukti ini akan GT buat secara bersiri supaya mudah untuk difahami.  Bukti sudah dikeluarkan, Khalid Ibrahim wajib letak jawatan!!!

Artikel ini permulaannya, dan lagi bukti akan didedahkan setiap 2 jam berikutnya. 

DARI SUDUT PENGURUSAN PERKHIDMATAN 

1.  Perlantikan Pengurus Besar
  • Jumlah permohonan 42 permohonan
  • Senarai layak hanya 8 calon
  • Tarikh temuduga pada 22/2/2010
  • Panel temuduga Pegawai Kewangan Negeri dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
  • Keputusan Panel- En Razali Tumirin ( Calon Utama) dan YM Raja Razman Shah
  • Perlantikan Pengurus Besar tidak menepati keputusan panel. Calon utama panel lebih sesuai kerana telah dinilai kebolehan, kepakaran dan kelayakan oleh panel yang dilantik oleh kerajaan negeri.
GT sertakan dokumen lengkap tentang keputusan panel yang jelas tidak memilih Ilham Marzuki sebagai Pengurus Besar.  Apakah berlaku amalan kronisme disini???  Anda lihat sendiri bukti dibawah ini.  Klik pada dokumen untuk "large view".





2.  Perlantikan Pengurus Kewangan
( kemudian jawatan di naikkan kepada Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan )
  • Perlantikan jawatan ini menepati keputusan panel tetapi terdapat Notis Kebangkrapan yang tidak dimaklumkan oleh calon pilihan utama. Melindungi maklumat demi kepentingan diri adalah satu kesalahan bagi penjawat kerajaan.  





Ini membuktikan Khalid lalai dan cuai, bagaimana jawatan penting seperti ini disandang oleh oleh individu yang tidak kredibel.  Perkara paling asas dalam pengurusan pun Khalid telah gagap gagal laksanakan.  Ini adalah permulaan kehancuran Yayasan.  

Tunggu sambungannya pukul 12 nanti...

Saturday, March 19, 2011

DEFISIT RM7.41 JUTA YAYASAN SELANGOR - INGAT DUIT BAPAK ENGKAU!!!

Yayasan Selangor mengalami defisit RM7.41juta mengikut laporan audit yang dikeluarkan baru-baru ini.  

Laporan Audit mendedahkan terdapat kepincangan dalam perbelanjaan yang dikategorikan sebagai tidak telus, tidak munasabah dan berkepentingan peribadi terutamanya pada perayaan ulangtahun ke 40 tahun yayasan yang menyaksikan perbelanjaan mencecah RM1juta.  

Bukan itu sahaja, perlantikan dua jawatan terpenting dalam Yayasan juga menimbulkan tanda tanya apabila nama-nama tersebut bukanlah pilihan utama panel temuduga.  Lebih mengejutkan, salah satu pemegang jawatan terpenting telah diberi notis kebankrapan.  Ternyata, terdapat kemusykilan atas perlantikan ini, kronisme. 

Mengikut laporan audit juga, kedua-dua mereka iaitu Pengurus Besar dan Timb Pengurus Besar telah dinaikkan pangkat dalam masa yang singkat tanpa mengikut prosedur standard kerajaan negeri Selangor.  

Semakan audit mendedahkan bahawa terdapat pembayaran elaun-elaun yang tidak sepatutnya kepada ahli majlis mesyuaratnya oleh Pengurus Besar.

Inilah hadiah kepada rakyat Selangor sempena 3 tahun pemerintahan Fuckatan Haram di Selangor.  Wang rakyat telah dipergunakan sewenang-wenangnya demi kepentingan peribadi.  Yayasan Selangor yang menjadi harta rakyat telah dirompak oleh sekutu-sekutu Khalid.  

Khalid harus bertanggungjawab dalam hal ini.  Dilaporkan bahawa Timb. Pengurus Besar akan dipecat.  Namun bagi GT, dia hanyalah kambing hitam yang dikorbankan untuk menyelamatkan Khalid dan kroni2 yang lain. 

Khalid wajib letak jawatan kerana gagal mengurustadbir Yayasan Selangor.  Khalid wajib letak jawatan kerana melantik individu yang tidak berkelayakan untuk menguruskan harta rakyat!

Wednesday, February 16, 2011

ILHAM MARZUKI YANG KHALID GAGAP KASIHI !!!


Ilham Marzuki bukanlah pilihan oleh panel interview Yayasan Selangor.  Dia tidak mempunyai latarbelakang yg sesuai untuk jawatan Pengurus Besar.  Namun entah bagaimana tiba2 dia pula yang mengisi kekosongan ini. 

Difahamkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah telah sebulat suara setuju untuk memecat Ilham.  Namun, perkara ini telah ditolak mentah2 oleh Khalid Gagap.  

Persoalannya, mengapa Khalid bertindak sedemikian??  Ilham telah menyebabkan kerugian kira2 RM10 juta kepada Yayasan Selangor.  Mengapa perlu lagi dia disimpan?  Apakah berlaku amalan kronisme disini?  

Baca tulisan sahabat blogger beserta bukti DISINI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...