Bersama Berjuang

Showing posts with label DS Noh Omar. Show all posts
Showing posts with label DS Noh Omar. Show all posts

Monday, November 18, 2013

VIDEO: Rafizi Ramli Meroyan Di Parlimen Gara-Gara Tak Jaga Mulut Sendiri.. KahKahKahKahKah!!!



Bila orang mencelah... kau nak mencelah.... last-last meroyan bila orang balas balik..

Hambik kaaauuuuu...!!! KahKahKahKah...

Tuesday, May 22, 2012

Selangor Ditadbir Secara Korporat, Rakyat Merana Gara-Gara Si Keparat!


Melonjak sakan dengan hidung tinggi dan berbangga-bangganya juak-juak Fuckatan tatkala Khalid Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar, setelah PR mendapat mandat rakyat untuk mentadbir Selangor.

Dengan berlatarbelakangkan dunia korporat, perkara ini menjadi bualan hangat.  Betapa beruntungnya mereka memangkah gabungan pembangkang kerana berjaya mengangkat seorang "tokoh" korporat menjadi Menteri Besar.

Apa yang rakyat Selangor tidak sedar, kebanyakkan tokoh korporat hanya mementingkan untung semata-mata, kerana itulah "Key Performance Indicator" (KPI) yang harus mereka tepati sebagai tanda kerajayaan; sukses. 

Dan tanyalah kepada para pekerja, betapa sukar untuk mendapatkan atau meningkatkan lagi apa yang dipanggil "Fringe Benefits", atau  kemudahan sampingan selaku pekerja.  Naik gaji apatah lagi.  Itu hakikat perniagaan, terutamanya dunia korporat.

Itu juga antara penyebab, mengapa Akta Kerja, Akta Perhubungan Industri dan beberapa lagi akta digubal dan dikuatkuasakan, bagi memastikan hak rakyat dibela, dari serakah korporat yang mementingkan keuntungan semata.  

Begitulah yang terjadi di Selangor apabila Menteri Besarnya mentadbir dengan gaya korporat, yang berorientasikan keuntungan, dan bukannya kebajikan.  Lihat sahaja cara mereka beroleh keuntungan, dengan menjual asset yang ada, demi pengumuman gempar politik kononnya simpanan tunai sekian billion, walhal asset negeri habis tergadai.  

Begitu juga dengan isu bekalan air dengan pembinaan loji Langat 2.  Mungkin kerajaan negeri enggan meluluskan projek ini kerana tidak memberikan pulangan keuntungan tunai yang baik. 

Dalam mentadbir sebuah kerajaan, keuntungan bukanlah soal utama.  Mungkin pegangan itu berasas di dunia korporat, tetapi bukan di dunia politik yang mana kuasa yang diperuntukkan adalah untuk menjamin kesejahteraan rakyat.  

Justeru, Khalid Ibrahim, ternyata gagal dalam memahami unsur-unsur yang perlu ada dalam urustadbir kerajaan negeri.  

Institut Kemahiran Yayasan Selangor, Yayasan Selangor dan Yayasan Basmi Kemiskinan adalah contoh badan kebajikan telah dan sedang cuba di"untung"kan oleh Khalid Ibrahim.

Sekiranya pekerja terasa ditekan dan diabai dek kerana demi keuntungan syarikat, nasib pekerja itu kini dialami oleh  rakyat Selangor kerana keuntungan yang dikejar oleh Menteri Besar keparat korporatnya.


Benarlah dakwaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar apabila mempertikai corak pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang yang menjadikan negeri ini bagaikan sebuah syarikat korporat yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nasib rakyat.

Cuma, rakyat bakal diberi mandat sekali lagi dalam masa terdekat ini, samada untuk terus ditindas oleh gaya korporat pimpinan Khalid Ibrahim, atau BERUBAH SEBELUM REBAH!

Wednesday, May 2, 2012

Kocakan Keyakinan Gelombang Biru! DS Noh Omar & Ezam Md Nor Bikin Khalid Pening!


Gelombang Biru mula berkocakan.. dari riak ia berkocak, kocakan-kocakan kecil bakal menjadi ombak, dari ombak menjadi gelombang.

Ayuh!!!  Semarakkan riak-riak agar menjadi gelombang.... Kita tenggelamkan Khalid Ibrahim dan sekutunya dengan Gelombang Biru!

Sayangi Selangor, Yakini BN!

Saturday, March 17, 2012

Thursday, March 8, 2012

SELCAT: Apa Guna Beri Dokumen Samun Kepada Penyamun?


SELCAT adalah sebuah entiti yang ditubuhkan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Motifnya "politiking", dan melindungi kroni-kroni mereka.  Ianya sangat kontra dengan tujuan asal penubuhan SELCAT itu sendiri, seperti ketelusan, KONONNYA.  

Sejauh mana kemampuan SELCAT untuk menyiasat sesuatu kes?   Atau sekadar untuk, KONONNYA, pendengaran awam?

Umum masih lagi ingat, bagaimana satu kes penyelewengan pasir yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Kapar, di mana SELCAT tidak membenarkan SAKSI UTAMA memberi keterangan.  Inilah gunanya prosedur yang dicipta oleh SELCAT demi melindungi kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.  Prosedur yang mewajibkan kepada orang awam agar membuat permohonan bertulis bagi menyertai sesi pendengaran awam itu sebenarnya lebih kepada cara mengawal, atau "control mechanisme". 

Telus?  Kredibel? 

Dan alasan yang sama juga digunakan, dengan mengatakan tiada permohonan dari DS Noh Omar.  

Bagi GT mudah, DS Noh Omar tidak perlu bergantung kepada SELCAT yang jelas tidak mampu mengotakan tujuan penubuhannya.  SELCAT bagai mati hidup semula.  Sedangkan isu penyelewengan pasir telah terhenti pendengarannya, sebelum kembali dengan lakonan terbaru SELCAT gara-gara skandal surat yang melibatkan Amiruddin dan Rafizi Ramli.  Andai tidak, sampai kiamatlah SELCAT tidak bersidang.  

SELCAT ibarat mahkamah kanggaroo?  

Tidak.  SELCAT tidak layak untuk dibandingkan dengan mahkamah. Waima berstatus kangaroo. Panelnya sahaja terdiri dari ahli politik, yang tentunya punya kepentingan di dalam pentadbiran kerajaan negeri.  

Dan yang paling penting, seandainya dokumen bukti aktiviti penyamun ini, seperti yang dimiliki oleh DS Noh Omar diserahkan kepada "bapak penyamun", ia berkemungkinan menjadi sandaran kepada "bapak penyamun" untuk menjejaki dari mana sumber bukti itu diperolehi, bukannya untuk menyelesaikan masalah!!!

So, apa kata SELCAT benarkan SPRM, atau PAC, untuk siasat penyelewangan yang berlaku.  

Amacam?  Ada bran?

MEMALUKAN... Laporan Polis Terhadap Kerajaan Negeri Gara-Gara SAMPAH!!!



Belum pernah, Selangor yang terkenal sebagai negeri maju terpaksa berhadapan dengan laporan Polis semata-mata kerana isu SAMPAH!  

Ia berpunca dari longgokan sampah yang merata di seluruh Selangor, yang kemudiannya telah membuka mata rakyat, bahawasanya ada sesuatu yang tidak betul sedang berlaku di bawah pentadbiran kerajaan negeri.  

Ramai kontraktor kutipan sampah mengadu bahawa masih banyak lagi bayaran tertunggak, yang belum dilunaskan oleh kerajaan negeri.  Malah, sistem pemberian tender yang berbasiskan bulanan juga menerbitkan rasa tidak puas hati oleh Kontraktor, yang tentunya akan mengalami kerugiaan kerana pelaburan dalam industri ini memerlukan masa untuk meraih modal dan keuntungan.  

Semalam, satu laporan polis telah dibuat oleh Persatuan Pengguna Subang Dan Shah Alam berikutan dakwaan terdapat penyelewengan agihan kontrak kutipan sampah, berikutan ada wujudnya unsur-unsur kronisme.  Bukan itu sahaja, laporan kepada SPRM juga akan dibuat oleh persatuan ini untuk siasatan lanjut.  

Tindakan susulan dari persatuan seperti roadshow kepincangan kerajaan negeri akan dilakukan sekiranya Khalid gagal menangani isu mudah "kutipan sampah".  

Maklumat yang GT terima, di sekitar Kelana Jaya, projek kutipan sampah ini dimonopoli oleh seseorang, yang bertindak sebagai maincon, yang kemudiannya mengagihkan kontrak ini kepada kontraktor-kontraktor. Dengan harga yang ditawarkan, maincon tersenyum riang, manakala kontraktor kutipan ramai yang tidak sanggup menerima harga selepas "cukai" itu.  Akhirnya, sampah tidak diangkut, yang kemudiannya menyusahkan rakyat!

Apa yang berlaku menunjukkan bahawa Khalid Ibrahim dan PKR tiada kredibiliti untuk mentadbir Selangor.  Perkara asas dan mudah seperti kutipan sampah pun tidak mampu ditangani.  

Khalid Ibrahim memang SAMPAH!!!

Monday, March 5, 2012

DS Noh Omar Dedahkan Dana Yahudi Masuk Ke Syarikat Anak Negeri???


NOH MINTA KERAJAAN SELANGOR DEDAH SUMBER SIMPANAN TUNAI PKPS

TANJONG KARANG, 2 Mac (Bernama) --  Menteri Pertanian Datuk Seri Noh Omar hari ini meminta kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat, yang kononnya telus dalam pengurusan, mendedahkan sumber kewangan yang diperolehi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
 
Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, berkata ini kerana simpanan tunai itu didapati meningkat dari RM8.3 juta pada 2008 kepada RM114 juta tahun lepas.
Beliau mempersoalkan kenyataan negeri Selangor, menerusi  laporan SelangorKini terbitan  hari ini, yang mendakwa kenaikan prestasi kewangan PKPS hasil kecekapan  pengurusan kerajaan pembangkang itu.
Noh berkata beliau difahamkan hasil itu sebenarnya meningkat daripada penjualan tanah PKPS seluas 12,000 hektar di Sarawak kepada sebuah syarikat semasa pemerintahan BN, yang transaksi jual beli itu selesai pada 2010 dengan nilai RM97 juta.   
"Adakah dengan mendapat hasil jualan tanah boleh dikatakan kerajaan  Selangor sebuah kerajaan yang cekap?," katanya.
Terdahulu, beliau merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tiram Jaya di sini.
-- BERNAMA

GERAKAN TIMUR:
Ini adalah cara Fuckatan untuk mentadbirurus Selangor.  Apa juga peningkatan simpanan tetap, atau simpanan tunai yang didakwa hasil kecemerlangan pengurusan ekonomi adalah pembohongan semata-mata.  

Trend menjual asset negeri, dan kemudian diwar-warkan sebagai kejayaan meningkatkan hasil adalah satu doktrin membodohkan rakyat Selangor oleh kerajaan negeri.

Apalah ertinya sekiranya tunai meningkat, sedangkan asset negeri semua habis tergadai.  PKNS, Yayasan Selangor, dan tidak lama lagi mungkin Masjid negeri pun hendak dijualnya.  

Dari segi ekonomi, adalah tindakan kurang bijak untuk sesebuah entiti menjual asset tetapnya.  Dalam kebanyakkan kes, penjualan asset tetap adalah disebabkan simpanan tunai semakin menyusut, dan kekurangan dana untuk menjana aktiviti syarikat atau sesebuah entiti. 


GT tidak pernah bersetuju dengan cara menjual asset negeri ini. 

Tetapi untuk kes ini, satu lagi kemungkinan yang perlu rakyat Selangor fikirkan, iaitu "MEMFARAIDKAN HARTA RAMPASAN PERANG".  Dan bijaknya Khalid menggunakannya sebagai tanda mendabik dada kononnya pentadbirannya cemerlang.. cehhh..!!!  Penjualan asset dan pengurusan yang cemerlang adalah 2 perkara yang berbeza, dalam mendapatkan keuntungan.


Semuanya demi political mileage! 

Rakyat Selangor wajib sedar, jangan menang sorak tanah tergadai... Dan kepada semua, perhatikan terus movement kewangan PKPS, kerana si hanjing sudah menghidu di mana terdapatnya lambakan tulang untuk santapan!!! 

Friday, March 2, 2012

Dulu TPM, Kelmarin PM - DAP Mmg Kurang Ajar, Noh Omar Pula Yang Dipersalahkan!!!



Apabila DAP bersuara, maka percayalah kamu sesungguhnya ia adalah dusta, tiada yang lain melainkan dusta belaka.  

Kekecohan yang berlaku sempena lawatan PM kelmarin ke Kajang adalah disebabkan oleh sikap mereka yang gemar membuat provokasi.  Apabila tindakan diambil untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, maka mereka akan mendakwa negara ini tidak demokrasi, dan kebebasan mereka disekat.  

Walhal, kita masih ingat, bagaimana kumpulan yang sama cuba membuat provokasi sewaktu majlis rumah terbuka 1 Malaysia sempena Krismas di Kajang tempoh hari.  Mereka muncul dengan sepanduk dan kain rentang, dan cuba membuat huru-hara sebelum dileraikan oleh pihak berkuasa.  

Dan kejadian ini tentunya menjadi teladan, kerana tidak mustahil keadaan yang sama juga berlaku sewaktu PM hadir ke Kajang.

Telahan itu tepat, sekumpulan manusia berbaju HIJAU kahak, dari kalangan kumpulan yang serupa dari terdahulu hadir.  Tujuannya, untuk provokasi. Dan mereka juga bijak, kerana hadir dengan mata dan telinga Malaysiakinibabi, dan sebarang kejadian pastinya akan dirakam.  

Itulah yang terjadi, niat mereka telah digagalkan di peringkat awal.  Namun terus membuat kecoh, berharap akan ada tindakan luar batasan dari petugas, seperti menumbuk.  Dan kamera atau video cam mereka sentiasa bersedia untuk disalurkan kepada Msiakinibabi.  

Dato Seri Noh Omar yang terang-terang cuba menenangkan keadaan pun cuba dikaitkan dengan isu ini.  Seperti biasa, ianya untuk memalit lumpur ke imej pemimpin BN.  Mujur DS Noh sekadar bertanya, bukan bertindak.  

Akan tetapi, mereka tetap juga menuduh pembantu DS Noh Omar kononnya menolak salah satu ahli dalam kumpulan DAP itu.  Modus operandi standard dari DAP, yg sentiasa cuba mencipta cerita untuk menyalahkan BN.

Inilah cara DAP, cara samseng, tanpa segan silu hadir ke majlis orang lain untuk membuat kacau. Sesiapa pun  dibenarkan hadir, namun belajarlah menghormati tuan rumah.  




Itulah DAP, parti biadap dan ultra chauvinist yang menjadi pujaan seluruh bAhlul PAS.  

Sunday, February 26, 2012

Faekah Husin Cabar DS Noh Omar??? Kahkahkahkahkah...!!!



SELCAT BAGAIKAN MATI HIDUP SEMULA, KATA NOH OMAR
TANJONG KARANG, 23 Feb (Bernama) -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) "bagaikan mati hidup semula" apabila ia dilapor akan menyambung semula sesi pendengaran awam berhubung isu pasir pada 5 Mac ini.

Beliau berkata sewaktu Selcat ditubuhkan dan menyiasat salah laku pemimpin Barisan Nasional (BN), pendengaran awam yang dilaksanakan begitu laju sekali perjalanannya. 

Bagaimanapun, apabila pendengaran awam yang melibatkan pentadbiran negeri dan pengurusan pasir, Selcat hanya bersidang dua hingga tiga hari sahaja,katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 421 penerima di sini hari ini. 

"Ia berhenti setahun lebihlah dari 2010 sampai sekarang ni. Itupun (disambung) sebab kita timbulkan isu itu balik, Raja Petra timbulkan, kemudian UMNO Selangor timbulkan balik, pegawai-pegawai (Kumpulan Semesta Sdn Bhd) yang diberhentikan timbulkan balik... iapun (Selcat) hidup balik," katanya.

Noh berkata jika didiamkan, pendengaran awam Selcat mengenai isu penyelewengan pasir akan terus mati dan ia akan nampak seolah-olah ditubuhkan bagi kepentingan politik. 

Isnin lepas, Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Khim dilaporkan berkata pendengaran awam berhubung isu penyelewengan pasir yang membabitkan anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd, akan disambung tiga hari mulai 5 Mac. 

Noh turut mempersoalkan permintaan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Hussin supaya beliau hadir pada pendengaran Selcat. 

"Jadi, (perkara ini) kena jelas. Kalau setakat hadir suruh tengok, tak payahlah," katanya. 

Mengulas tindakan PAS mengarahkan calon pilihan raya parti itu agar membuat Bai'ah (perakuan sumpah setia kepada seseorang yang diberi kuasa), beliau berkata tindakan tersebut diambil mungkin kerana pembangkang dalam keadaan tertekan dan takut kepada bayang-bayang sendiri. 

Semalam, akhbar melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata setiap calonnya yang bertanding, diwajibkan berbai'ah dan siapa yang melanggarnya, akan "celaka dunia dan akhirat". 

"Dia tidak yakin rakyat akan menyokong mereka, malah mereka juga tidak yakin dengan calon-calon mereka kerana saya percaya calon-calon yang ada pendirian tegas akan bercakap soal perjuangan Islam," katanya. 

Sebagai contoh, bekas Exco Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang mendakwa perjuangan PAS telah lari daripada landasan awalnya, iaitu penubuhan sebuah negara Islam. 

Bernama

GERAKAN TIMUR:
GT cukup "teruja" apabila Faekah 3M (minah muka minyak) membuka mulut busuknya.  Dah berkali-kali lagaknya seperti MB, atau seorang ahli politik.  

Siapa Faekah Husin, untuk bersuara bagi pihak SELCAT?  SELCAT punya Jawatankuasanya sendiri, dan nama Faekah tidak tertulis dalam senarai itu.  

Ini adalah bukti Faekah perlukan "perhatian & belaian".  Itu bahasa kias.  Secara mudahnya, Faekah gila kuasa!  Setiap ruang yang ada, Faekah cuba menjadi heroin, yang akhirnya membawa kepada kenyataan-kenyataan lalok laksana menagih heroin.  

Apa yang rakyat mahu dengan adalah dari mulut Menteri Besar sendiri.  Mengapa sehingga kini, masih senyap dan membisu seribu bahasa?  

Adapun kebisuan MB itu dapat diduga, kerana kerajaan negeri tidak konsisten dalam menangani isu penyelewengan pasir.  Pada awalnya, MB mahukan Transparency International menyiasat isu pasir ini.  Kroni sendiri, maka mudah untuk buat cover up barangkali.  

Kedua, tiba-tiba sahaja Exco hebat yang berjaya menahan lori pasir dengan berkain pelikat pada subuh hari mahukan debat dalam isu ini.  

Ketiga, SELCAT pula dicadangkan untuk isu pasir ini, walaupun pernah dibicarakan suatu ketika dulu, namun ditutup setelah 2 hari diperdengarkan tanpa sebarang keputusan.  

Maka, benarkan dakwaan DS Noh Omar bahawa SELCAT hanya berfungsi untuk kepentingan politik semata-mata!

Chemistry antara Faekah dan pasir pula membawa kepada satu cadangan. GT cadangkan agar Faekah menggunakan pasir sebagai  "scrub" untuk hilangkan minyak di mukanya!

Thursday, February 2, 2012

Exco Perumahan Selangor Dibogelkan Oleh NGO!!! Amekawww..!!!

Iskandar Abdul Samad merupakan exco perumahan, bangunan dan setinggan, merangkap YDP PAS Pandan.  GT boleh katakan, dia antara exco yang paling tidak popular, kerana rakyat tidak nampak apa yang telah dilakukannya selaku exco perumahan.

Apatah lagi apabila melibatkan isu-isu Akidah.. senyap!!!  Mmg ada kriteria-kriteria pak turut...

Tiba-tiba dia muncul, dan mempolitikkan apa yang telah diusahakan oleh DS Noh Omar.  Walhal, apa yang dibuat oleh DS Noh adalah membantu rakyat, dan sebagai balasan, rakyat menjemput beliau dan menteri perumahan dan diberi penghormatan untuk menyerahkan kunci-kunci kepada para penduduk.

Mungkin sudah sampai masanya, Iskandar selaku exco perumahan menuntut janji yang dibuat oleh Khalid Ibrahim pada 2008, iaitu ingin membina 40 ribu rumah kos rendah PKNS. 

Sehingga kini, jangankan sebuah rumah, sedang asset PKNS pun telah hampir habis "difaraidkan".  So, GT cabar YB Iskandar untuk membantu rakyat golongan bawahan, dengan menuntut JANJI YANG DIBUAT OLEH KHALID IBRAHIM. 

Berkenaan dengan publisiti murahan yang cuba dikaut oleh YB Iskandar dengan menyelar DS Noh Omar, sebuah badan NGO yang membantu pembeli telah mengeluarkan kenyataan tentang apa yang berlaku sebenarnya. 

Alahai YB Iskandar... kan malu tak sudah jadinya... 


VICTIMS RESPONSE TO YB ISKANDAR,
SELANGOR HOUSING EXCO STATEMENT

1. We refer to YB Iskandar A Samad (YBI) statement with regards to the key handover ceremony that we had organized and graced by Dato’ Noh Omar at Ukay Bistari on the 28th Jan 2012. It is regrettable that YBI chose to politicize the matter especially when he had failed in his responsibility in solving abandon housing issue in Ukay Bistari and in many other parts of Selangor. VICTIMS Malaysia would like to put the record straight.

2. VICTIMS Malaysia maintains a close monitoring of the progress of abandon projects in several places in Selangor. At Ukay Bistari, the committee oversees the project development since 2007. In 2007, VICTIMS manage to deliver 103 units of terrace houses after solving the water issue without the involvement of the state or the MHLG. In May 2008, VICTIMS engaged the YB Saari Sungib (SS) to revive the project. He took the imitative and tried to get the buy in from SSG to solve the problem. It took them 2 years to complete a 30m ramp to link the low cost house to the nearest road. The SSG delivered 146 units of low cost house without CF in Feb 2010. The block did not even have a proper water supply. Dato Sri Anwar Ibrahim graced the key hand over ceremony where VICTIMS Malaysia expresses our displeasure publicly.

3. The TCF only came out several months later. The 146 units of houses do not have any CF until today. We acknowledge the limitation of the state and the limited capacity of YB SS in view of the rigid policy of the SSG under the stewardship of MB Khalid Ibrahim. We gave up and had to seek alternative assistance to solve our problems. Subsequently we sought the assistance of Dato Noh Omar.

4. On the 28th Jan 2012 VICTIM organized the key handover ceremony. We honored Dato Noh because her brought the issue to the attention of the cabinet that led to personal intervention of the housing minister.

The housing minister was invited but could not attend as he was overseas. The handover ceremony involves the delivery of service apartments and shops. In our speech we acknowledge the contribution made by YB SS in 2010 for the low cost units. The units that were handed over are commercial units where SPA agreement clearly indicates that the developer can handover the units without any CF.  The facilities are ready with water and electricity connection. YBI statement is highly political in nature,counter productive and do not help the purchasers. VICTIMS can also question YBI on his contribution in solving the problems that is affecting more than 1200 house buyers in Ukay Bistari.

We hope he can come forward and list specifically three actions that he has taken to help the buyers at Ukay Bistari. We also put forward the same challenge to YB Azmin Ali, the MP of Gombak.

5. VICTIMS Malaysia would like to appeal to SSG and to YBI to come forward and assist many other abandon project in Selangor. In Hulu Kelang there are 4 other projects that need the assistance. The victims know who helped and who did not. We know how to show our appreciation to those that had helped. What is clear is that we do not appreciate anyone that politicized the issue without actually helping the victims. We certainly do not appreciate those that make statement with correct facts. In line of the motto of the Ukay Bistari victims, we would like to remind all parties that “we shall remember who helped us and WILL NOT forget who didn’t". The SSG should take this challenge positively if they want the people to support their political ideologies. Politics without service to the people is meaningless.

VICTIMS Malaysia is an NGO and has no political inclination. We prefer to honor those who helped us.

For the record, we have extended an invitation to the PM to do a grand key handover ceremony for the remainder of the units in Ukay Bistari. We will invite YBI or Azmin Ali and the MB if they also help us.

The ball is in their court.

Wednesday, January 18, 2012

Video DS Noh Omar "Telanjangkan" Ronnie Liu. Orang Cina Pun Marah Dgn Ronnie!!!



Siapa kata UMNO rasis?  Video ini adalah contoh pemimpin UMNO mengangkat persepakatan Barisan Nasional dalam mempertahankan hak rakyat.  Dalam isu ini, GT melihat satu perkara yang mudah.

Isu ini tiada keuntungan politik kepada kerajaan negeri, jadi mmg akan cuba digagalkan.  

Mentaliti pembangkang yang tidak pernah menguntungkan rakyat.  Pembangkang mentaliti otak tungau!!  APTB!

Tuesday, December 13, 2011

ADUN Sekinchan Yang Bacul Lagi Tikus! Gentleman Lah Weiii... Hamsap!



DS Noh Omar sebelum ini pernah mencabar Ng Sue Lim untuk berdebat.

Apa yang terjadi?  Ng Sue Lim tak berani berdebat.  Difahamkan, tarikh dan tempat sudah ditetapkan, tetapi Ng menikus.  

GT masih ingat, bagaimana Ng larikan diri dari wartawan TV3 yang cuba menemubualnya sewaktu sidang DUN sebelum ini.  Dasar pengecut!  Namun apa yang menjengkelkan rakyat ialah sikap pengecut itu dipanjang-panjangkan, agar sentimen kebencian kepada DS Noh berterusan dengan membuat demo murahan seperti diatas.  

Gelanggang sudah disediakan, genderang perang sudah dipalu, akan tetapi sudah menjadi darah daging harbi laknatullah untuk mengelak dari rakyat mengetahui fakta sebenar tentang isu padi.  Lantas, strategi mengelak, agar isu ini terus berpanjangan.  Kebenaran hanya akan menyebabkan si Ng bakal hilang modal politiknya.  

GT sertakan cabaran dari DS Noh Omar, agar rakyat faham sikap bermuka-muka DAP laknatullah dalam memanipulasikan rakyat.  

Klik Utk Besarkan Imej

Faekah?  Apa yang dia sendiri cakap pun dia tak faham, ini kan pula nak dengar penjelasan orang lain?  Muahahahahaha...


Wednesday, November 23, 2011

"Khalid Ibrahim & Faekah Husin Adalah A.P.T.B" - DS Noh Omar ???


DUN Sarawak dengan Selangor berbeza: Noh Omar

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu tidak menjadikan Pilihan Raya Negeri Sarawak sebagai contoh untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kerana hanya memperlihatkan pengetahuannya yang cetek.

Bagi saya, agak menghairankan apabila Abdul Khalid sebagai seorang pemimpin Kerajaan Negeri tidak memahami perkara asas mengenai pembubaran Dun dengan menjadikan Sarawak sebagai perbandingan.

‘Tarikh luput’ DUN Sarawak berakhir pada 21 Julai tahun ini manakala tarikh akhir bagi pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013 dan negeri itu baru sekali mengadakan Sidang Dun.

Contoh yang diberikan Abdul Khalid itu tidak masuk akal kerana tarikh tamat DUN di negeri itu tidak sama, bezanya hampir dua tahun dengan pembubaran Parlimen. Negeri itu pula baru sahaja selesai pilihan raya negeri, takkan hendak dibubarkan.

Kalau buat dua kali pilihan raya, kos akan lebih tinggi dan menyusahkan rakyat untuk mengundi. Abdul Khalid sepatutnya mengikut langkah Kerajaan Kelantan yang turut membubarkan Dun sama seperti tarikh pembubaran Parlimen sejak Pas memerintah negeri itu.

Abdul Khalid berkata demikian dalam sebuah akhbar yang menegaskan pendirian bahawa Selangor tetap tidak akan membubarkan DUN sehingga Jun 2012 walaupun dikritik banyak pihak.

Abdul Khalid turut mempersoalkan mengapa tindakan Sarawak yang mengumumkan pilihan raya secara berasingan sebelum ini tetapi tidak dijadikan isu sebagaimana di Selangor.

Sebelum ini beliau dilaporkan berkata, kerajaan Negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.

Tindakan Kerajaan Negeri pimpinan pakatan pembangkang itu jelas menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri kerana sudah seronok berkuasa dan tidak yakin mampu mempertahankan kemenangan di Selangor.

Rakyat memang sudah faham mengenai perbezaan Dun Sarawak dan Parlimen tetapi Abdul Khalid sengaja tidak mahu faham kerana mahu menjaga kepentingan pakatan pembangkang di negeri ini.

Sementara itu saya menyifatkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah  Husin sebagai ‘tidak tahu berpolitik tetapi cuba berpolitik’ apabila mendakwa saya cuba menonjolkan diri dan menenggelamkan peranan Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman.

Faekah juga tidak memahami hierarki politik tetapi mahu komen tentang politik. Dia tidak faham jawatan saya sebagai Timbalan Pengerusi Umno Selangor dan jawatan Satim sebagai Ketua Pembangkang di Dun Selangor. Masing-masing ada peranan dalam pentadbiran dan politik. Jangan komen jika tidak faham kerana hanya akan memalukan diri sendiri.

Ini tidak ada dalam hierarki PKR yang sudah terbalik songsang apabila menteri besar tiada jawatan dalam parti, sebaliknya Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali hanya menjadi wakil rakyat biasa dalam Dun.

Sebab itu ada desakan dari ahli parti itu agar Abdul Khalid diturunkan sebagai menteri besar. Perkara ini diakui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ternyata pentadbiran Abdul Khalid semakin tidak dipercayai oleh ahli parti itu sendiri.


Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Selangor

GERAKAN TIMUR:
Adoiiyaaaa... Camna la buleh tak faham antara DUN Selangor dan Sarawak.  Kalau perkara asas begini pun tidak mampu difahami, siapa la yang dok lantik dia jadi Menteri Besar Selangor...  

Setpolnya pulak rindukan "belaian" kot... tu la.. alangkah eloknya jadi pembantu rumah kat rumah Azizah daripada jadi Setiausaha Politik.  Tak faham, tapi buat-buat faham.  Lepas tu, apa yang terlihat dari si Faekah ini?  

Apa?  

Tahu jawapannya? 

Confirm?  

Betul ke nih?

Yelah.. betul lah tu.. bodoh melantun-lantun!

A.P.T.B - Apa pun tak bley...!!!

Friday, November 11, 2011

PANASSS... Noh Omar Telanjangkan Rafizi Ramli Di.... ????


Tajuk- NFC- Tuduhan pembangkang tiada asas, sengaja dipolitikkan

Isu Pusat Fidlot Kebangsaan (PFK) menjadi kontroversi apabila Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mendakwa kerajaan berbohong berhubung isu geran RM250 juta kepada pengendali projek berkenaan. 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, dakwaan tersebut tiada asas dan bermotifkan politik.

Beliau berkata, dana berkenaan hanya dibayar sebanyak RM181 juta sehingga Julai 2011 dan masih berbaki yang digantung kerajaan berikutan beberapa faktor. 

Katanya, terdapat beberapa fakta yang disamarkan bagi tujuan memburukkan kerajaan sedangkan projek itu masih belum disiapkan sepenuhnya.
"Sehingga kini, kerajaan telah menyiapkan 67 daripada 310 ladang satelit seluas 5,000 ekar (2023.5 hektar) bagi tujuan itu dan 53 daripadanya telah siap," katanya. Daripada jumlah itu, 23 telah beroperasi dan 30 lagi masih menanti pengusahanya. Noh turut mencabar mana-mana pemimpin PKR agar mengendalikan ladang berkenaan sekiranya mereka benar-benar bijak menanganinya. Berikut adalah wawancara eksklusif tersebut.

Boleh jelaskan dakwaan pembangkang mengatakan Datuk Seri berbohong isu pinjaman RM250 juta kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC)?
NOH: Pembangkang langsung tidak beretika dan mengamalkan satu budaya yang tidak bertanggungjawab sebab satu isu yang dibangkitkan mengatakan saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pembohong. Perkara itu dibuat di lobi Parlimen di sebelah pagi sedangkan di sebelah petang dia (pembangkang) tahu saya akan menggulung mengenai isu-isu pertanian. 

Kalau pembangkang beretika dan tidak lebihkan politik, sepatutnya dibangkitkan dalam Parlimen. Kalau mereka bangkit dalam Parlimen, saya akan jawab. Kalau tidak puas hati dengan jawapan saya bagi, barulah dia boleh buat tuduhan yang mengatakan kita pembohong dan sebagainya.
Apa yang dikatakan kita pembohong, saya merasakan bahawa dia kata berkenaan duit RM250 juta. RM250 juta ini diperoleh daripada laporan audit bertarikh Disember 2010, mengatakan bahawa pinjaman mudah sebanyak RM250 juta hanya baru disalurkan kepada NFC sehingga Disember 2010, berjumlah RM134.7 juta. Kemudian ada baki lagi berjumlah RM115.28 juta. Dan disebut lagi bahawa baki ini hanya akan disalurkan apabila ada kajian ‘viability’ dan ‘business model’ projek selesai dilaksanakan.

Ini menunjukkan bahawa pada Disember 2010, sah audit kata duit ini masih ada baki. Tetapi pembangkang mengambil daripada penyata kewangan daripada syarikat yang menyatakan pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta. Ini bermakna, menurut pemerhatian keadilan, duit semua sudah habis dibayar. Dia kena ingat bahawa laporan tersebut dibuat oleh setiausaha syarikat. Sebab itu, kita nak minta penjelasan daripada syarikat ini, bagaimana dalam laporan yang mengatakan peruntukan telah habis dikeluarkan.

Apakah kerajaan sudah membayar penuh kepada pengusaha projek tersebut?
NOH: Akaun tidak habis bayar. Jadi akaun ini dia ambil dari laporan syarikat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM). Ini laporan syarikat pada tahun 2009. Laporan ini lebih awal manakala laporan audit kemudian iaitu pada Disember 2010. Dia kata jelas pada 2011 sudah habis dibayar. Jadi menunjukkan ada percanggahan di sini. Jadi kita kena percaya kepada laporan audit negara dan saya juga mengesahkan duit ini memang belum habis dibayar. Dia membuat tuduhan tanpa mendapat penjelasan daripada kita. Membuat tuduhan melulu. Jadi sebenarnya mereka lah yang bertindak membohongi rakyat dan mengelirukan masyarakat.

Maknanya, pembangkang mengambil laporan kewangan dari syarikat, bukan dari Laporan Audit?

NOH: Ya. Sebab itu saya dah mintak SSM bagi penjelasan. Dia telah membuat kenyataan akhbar, dia kata, syarikat ini telah ada tanggungan.

Bagaimana pula yang dikatakan sepatutnya 60,000 ekor lembu tapi mahu 8,000 sahaja itu?
NOH: Itulah yang saya terangkan semalam. Dia tidak faham fakta. Itu yang bila saya kata, dia terdiam. Dia kena ingat. Lihat target lembu 226,000 ini, ia sebenarnya bukan hanya bergantung kepada NFC sahaja. Dalam NFC ini ada dua syarikat. Satu dikenali Agroscience. Syarikat ini patut keluarkan 60,000 sahaja dan Lambert dari Australia sebanyak 20,000. Selebihnya melalui ladang satelit. Ladang satelit ini kerajaan sepatutnya bina sebanyak 310 buah. Ini tanggungjawab kita sebab dalam perjanjian ada skop apa tanggungjawab organisasi kerajaan dan apa tanggungjawab NFC. Mereka tidak faham. 

Mereka main rangkum semua, sedangkan dalam kita punya projektor itu melibatkan dua pihak. Kita bertanggungjawab untuk menghasilkan 186,000 ekor. Kita kena membina 310 buah ladang satelit (310 x 600 ekor). Tapi setakat ini kita sedang bina 67 buah. 53 sudah siap dan 23 sudah pun beroperasi. Jadi kena ingat, dari mana dapat jumlah 226,000 ekor ini, ia melibatkan tiga buah syarikat iaitu Syarikat Agroscience, Lambert dan ladang satelit. Ladang setelit ini yang paling banyak sebab kena keluarkan 186,000.

Adakah syarikat Agroscience dan Lambert ini di bawah NFC?
NOH: Ya, bawah NFC.

Berapakah tempoh diperlukan untuk 226,000 ekor ini?
NOH: Ia kita punya produk projeksi kita untuk Rancangan Malaysia Ke-9 iaitu dari tahun 2006 dan berakhir 2011. Tetapi bila NFC dapat tawaran, dia hanya mampu bermula tahun 2008. Sepatutnya mula tahun 2007. Tetapi oleh kerana kelewatan pihak kontraktor yang dipilih kementerian melalui tender terbuka, setahun selepas itu baru siap, jadi sebab itu projek ini tidak boleh masuk dulu. Dia hanya tinggal tiga tahun dan terlewat.
Oleh kerana projek baru, dia telah pun minta kaji semua pengeluaran 60,000 ekor dan diluluskan kerajaan dengan projek baru sebanyak 8,000 ekor dalam tiga tahun. Dalam tempoh tiga tahun, dia sudah capai sasaran tersebut. Bagaimanapun syarikat Lambert yang sepatutnya mengeluarkan 20,000 telah menarik diri. Agroscine berjaya capai sasaran yang telah dicadangkan kepada kerajaan.

Bagaimana pula dengan jumlah keluasan tanah yang dikatakan?
NOH: Itu juga tidak betul. Keseluruhan tanah yang diberikan sebanyak 5,000 ekar bukan diberikan semuanya kepada Agroscience. Agroscience dapat 1,500 ekar, Lambert 500 ekar dan syarikat kerajaan negeri mendapat 3,000 ekar diambil balik.


Boleh Datuk jelaskan pasal pembayaran?
NOH: Ini adalah pinjaman. Sehingga Julai 2011, RM181.9 juta sudah dapat. Jadi dari laporan kita bagi, jawapan yang diberikan Najib yang dijawab dalam parlimen. Perdana menteri kata, setakat Julai 2011, hanya RM181 juta telah diberikan, dan sehingga Disember 2010, yang mana laporan audit ditutup, kita sudah bayar RM134.7 juta.
Sebab dia kata kami bohong, dia menafikan kenyataan perdana menteri dan saya. Berdasarkan laporan kewangan yang tidak tahu mereka dapat dari mana, dia kata NFC keluar RM130 juta pada pinjaman pertama. Kenyataan ini mungkin benar. Kemudian dia kata NFC membuat ‘drawdown’ kedua berjumlah RM120 juta menjadikan jumlah sebanyak RM250 juta. Sebab itu dia kata duit dah keluar. Kemudian, dari sini, dia rujuk pula kepada laporan SSM, dirujuk kepada noncurrent liability berjumlah RM256 juta. Sebab itu dia kata duit 250 juta ini syarikat sudah bayar. Ini pandangan dia.

Apakah yang membuatkan perkara ini timbul hingga dijadikan modal politik?
NOH: Mereka tidak mendedahkan perkara sebenar, di mana wang berkenaan disalurkan ke dalam satu akaun khas (trust) dan tidak diberikan kepada syarikat secara terus. Untuk mengeluarkan peruntukan berkenaan mestilah disokong ahli jawatankuasa teknikal bawah Jabatan Veterinar dan Kementerian Kewangan. Syarikat kena bagi justifikasi apa yang hendak digunakan dengan wang berkenaan. Apabila Jabatan Veterinar berpuas hati dan menyokong barulah dibawa ke Kementerian Kewangan dan melalui proses sepatutnya sebelum kelulusan dibuat.
Sekiranya Kementerian Kewangan tidak meluluskan peruntukan itu, maka kami akan membatalkan projek yang dirancang. Pembayaran dihentikan atas arahan Perdana menteri, selaku Menteri Kewangan. Jika projek perlahan, beliau minta hentikan dan kaji semula bayaran. Bagi kes ini, Kementerian Kewangan melantik UPM Holding untuk buat kajian kerana mereka tidak puas hati dengan projek ini.


Adakah Datuk Seri merasakan perlu diberikan peluang kepada pimpinan PKR cuba melakukan projek ini?
NOH: Ya, saya cabar mereka laksanakannya jika mereka boleh mengendalikannya. Masih ada 30 ladang satelit yang tidak diusahakan. Cuba buktikan, jangan pandai bercakap. Hanya 23 daripada 53 ladang satelit berkenaan sedang beroperasi di Negeri Sembilan.

Wednesday, October 26, 2011

DS Noh Omar Tempelak Shuhaimi Penderhaka Sebagai Bangkai Bodoh???


Asal ada isu.  Itu yang dimainkan oleh pembangkang.  

Maka tidak hairanlah segalanya akan cuba diputarbelitkan.  Malangnya, Shuhaimi kali ini menyerlahkan kebodohan hakiki yang ada pada dirinya.  

Itulah masalahnya apabila "orang luar" cuba jadi pemimpin di Selangor.  Bodohnya melantun-lantun.  

Ikuti bagaimana Noh Omar tempelak si Penderhaka DISINI

Sunday, September 11, 2011

Foto-Foto Menteri Pertanian, DS Noh Omar Turun Padang - Korang Tau Tak Apa Itu ROCK MELON?











Program Turun Padang oleh Menteri Pertanian, DS Noh Omar di Kg Bukit Kapar di dalam DUN Meru semalam.  

Ladang ini diusahakan oleh seorang anak muda berkelulusan ijazah perakaunan dari Ireland, tetapi memilih untuk menceburkan diri di dalam bidang pertanian.  Petani Moden.  Tinggalkan degree beb..!  Anak muda ini bernama Irfahmi kalau tak silap, dan ladang ini adalah ladang ketiganya!!! Masyuuukkkk...

Buah rock melon yang dituai sebelum ini telah dipasarkan ke Hong Kong!  Tu gambar yang last sekali, tu la rock melon, baru GT tahu.. hehehehe... 

Secara mudahnya, populasi penduduk semakin bertambah, dan tanah semakin berkurangan gara-gara pembangunan.  Makanan semakin berkurangan. Bekalan kurang, permintaan tinggi, pastinya harga akan melambung. 

Dijangka pada tahun 2050, dunia akan berhadapan dengan krisis makanan yang kritikal.

So, jom try sektor pertanian.  Ada bran?

p/s:  semua yang hadir dapat sebiji rock melon, tapi GT tak dapat... ini tak adil! huhuhuhu..

Saturday, March 19, 2011

DS NOH OMAR: KHALID IBRAHIM WAJIB LETAK JAWATAN!!!


Datuk Seri Noh Omar telah mencabar Khalid Ibrahim utk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor berikutan isu Yayasan Selangor yang mengalami defisit RM7.41juta angkara kebengapan Khalid dalam perlantikan 2 jawatan utama di dalam Yayasan.  

Amalan kronisme yg diamalkan oleh Khalid dalam perlantikan itu, jelas telah menghancurkan Yayasan Selangor.  Kegagalan ini menyerlahkan ketidakupayaan Khalid Gagap menggalas jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. 

Cabaran tersebut juga telah dibuat melalui laman web dan laman sosial twitter.  Selangor tidak mampu untuk terus ditadbir oleh orang yang sesembab Khalid!!!
KLIK SINI untuk membaca cabaran DS Noh Omar terhadap Khalid.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...