Bersama Berjuang

Tuesday, September 13, 2011

Audit Dalaman Yayasan Selangor Didedahkan!!! Part 2 - Khalid Wajib Letak Jawatan!!


Sambungan dari Part 1.

Negeri ditadbir sewenang-wenangnya, tanpa menghiraukan prosedur yang telah ditetapkan bagi menjaga harta negeri, termasuklah tenaga kerja yang ada.  

Kerajaan negeri bertindak kejam terhadap pekerja, tetapi tidak kepada kroni.  Ini adalah berdasarkan laporan audit dalam Yayasan Selangor...

 
SAGU HATI FAEDAH PERSARAAN.

Sepanjang 2010, 18 orang kakitangan telah meletak jawatan. Ada diantaranya telah berkhidmat sehingga 18 tahun. Malangnya tiada pembayaran saguhati kepada kakitangan walaupun terdapat Skim Perkhidmatan Yayasan Selangor Fasal 5 Faedah Persaraan ( 5.1.4) Berhenti Kerja. Pengurusan YS mengubah peraturan tanpa mendapat persetujuan Ahli Lembaga dalam menjaga kebajikan kakitangan.

Pertukaran Kakitangan
Bermula Mac 2010 seramai 50 pegawai dan kakitangan telah ditukarkan seperti dibawah:
Jusa               -  1 orang
Gred 41-48   – 25 orang
Gred 17-27   – 19 orang
Gred 1-3       – 5 orang.

Penempatan seharusnya tepat dengan kemahiran dan sesuai dengan skim perkhidmatan yang ditawarkan semasa kakitangan dilantik. Pertukaran seramai 50 orang dan perletakan jawatan seramai 18 orang kakitangan pada 2010 menunjukkan bahawa sedang berlaku satu proses yang akan melumpuhkan kreativiti dan kecemerlangan kakitangan Yayasan Selangor

Kenaikkan Pangkat
Terdapat Circular Resolusi ( No A127/2010 ) mengenai Pindaaan dan Penetapan Gred Perkhidmatan dan Penggajian bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi berkuatkuasa mulai 1 Julai 2010.
 
Gred Pengurus Besar telah dinaikkan daripada Jusa C pada tarikh lantikan 15/3/2010 ke Jusa B pada 15 April 2010 selepas 1 bulan dilantik.
 
Gelaran Pengurus Kewangan dipinda kepada Pengurus Aset Pelaburan dan kewangan pada surat tawaran bil (17) dlm.YS/SM/03/0176 Jld VII bertarikah 22 April 2010 dan kemudian dinaikkan pangkat kepada Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Ruj(28)dlm.YS/SM/03/017 Jld.IV bertarikh 1 Julai 2010.
 
Jelas menunjukkan bahawa tempoh kenaikkan pangkat/perubahan gred penyandang jawatan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar adalah terlalu singkat. Terma Dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Yayasan Selangor serta Skim Perkhidmatan Peraturan Disiplon dan Tatatertib Yayasan Selangor  ( Pindaan Tahun 2004) tidak digunakan untuk kaedah penilaian kenaikkan pangkat. Pegawai yang bertanggungjawap adalah Pegawai Kewangan Negeri dan SUK untuk jawatan Pengurus Besar dan Pengurus besar dan SUK/Pegawai Kewangan Negeri untuk jawatan Timbalan Pengurus Besar.

Pelanggaran Arahan Bercuti oleh Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan )
Satu surat arahan bercuti telah dikeluarkan yang berkuat kuasa 15 Nov 2010. Malangnya arahan itu tidak dipedulikan dan beliau telah hadir ke mesyuarat pada 3 Disember 2010. Kehadiran Mesyuarat dilampirkan.

Ini secara langsung dilihat sebagai kelemahan integriti pegawai tersebut. Ini tidak seharusnya berlaku kepada pegawai yang berada di dalam kumpulan Jusa. Pengurus Besar juga gagal dalam mengikut arahan Menteri Besar  Ini juga menunjukkan kelemahan integriti kerajaan negeri kerana melantik pegawai pengurusan yang enggan mematuhi peraturan dan prosedur. Perlantikan Dato Khusrin dipertikaikan tanpa menyedari kerajaan negeri mengalami masalah yang lebih teruk.
 
Dokumen Perkhidmatan Kontrak.
Pengurusan Yayasan Selangor tidak menyediakan perjanjian dalam isu perlantikan pegawai . Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat kelemahan dalam melindungi kepentingan dan hak kerajaan negeri dan yayasan Selangor sebagai majikan.Pengurusan YS juga tidak memikirkan tentang kebajikan kakitangan perkhidmatan kontrak yang melibatkan terma-terma dalam kebajikan pegawai. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008- Dasar dan Prosedur Perlantikan Secara Kontrak telah wujud tetapi tidak diguna pakai.

Kelemahan Pengurusan YS dalam isu Kelulusan Melalui Resolusi
Sehingga bulan November 2010 sebanyak 12 resolusi telah dikeluarkan (bil. A121/2010 hingga A132/2010). Ini jelas memperlihatkan kelemahan pentadbiran pengurusan YS yang tidak tahu membezakan perkara yang dicadangkan itu:
  1. Perlu pembentangan di dalam mesyuarat
  2. Perlu diluluskan oleh Ahli Lembaga  melalui resolusi atau
  3. Perlu mendapat keputusan Pihak Berkuasa Negeri untuk kelulusan atau sekadar makluman.
Selangor menangis...

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...