Bersama Berjuang

Thursday, September 15, 2011

Audit Dalaman Yayasan Selangor Didedahkan!!! Part 3 - Khalid Wajib Letak Jawatan!!!


DARI SUDUT PENGURUSAN PELABURAN

Yayasan Selangor telah bersetuju membuat pelaburan jangka panjang dalam Deposit Berstruktur “ Amtriple Oppurtunities Frind” bersama Ambank Berhad Cawangan Amcorp Mall, Petaling Jaya dengan nilai pelaburan RM15 Juta.

Simpanan pelaburan akan matang dalam tempoh 3 tahun dimana Yayaan diberi jaminan pulangn faedah 5.5%. Yayasan juga akan mendapat pulangan tambahan pada tahun ketiga berdasarkan Prestasi Indeks Dinamik dianggarkan kadara minimum 3.4%.

Pelaburan dipecahkan kepada 3 sijil bernilai RM10 jutam RM3 juta dan RM 2 juta.Pelaburan ini akan member upront profit ( keuntungan terdahulu ) bernilai      RM525,000 pada masa sama pelaburan dimasukkan. Pada tahun kedua pelaburan Yayasan telah menerima 1% keuntungan bernilai RM150,000. Jumlah keuntungan diterima sehingga 11 November 2010 adalah RM702,345.

Pada 4/11/2010 Timbalan Pengurus Besar Pengurusan telah menghantar memo kepada Pengurus Kewangan memaklumkan bahawa Pengurus Besar telah memberi kelulusan membatalkan pelaburan di Ambank Berhad sebanyak RM15 juta dan melaburkan semula di Malaysian Building Socities Berhad (MBSB) dalam jumlah yang sama sebagai pelaburan baru. Malangnya sehingga 13 Disember 2010 pelaburan tersebut belum dilakukan.

Ini telah menyebabkan Yayasan Selangor mengalami kerugian dalam bentuk pelaburan jangka panjang yang telah terbukti mampu memberikan pulangan lumayan kepada Yayasan. Kelewatan membuat pelaburan baru juga menyebabkan peluang Yayasan untuk menambah pendapatan  dalam bentuk pelaburan.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...