Bersama Berjuang

Showing posts with label GAPS. Show all posts
Showing posts with label GAPS. Show all posts

Friday, January 11, 2013

Foto-Foto Himpunan Menjunjung Titah Tuanku Sultan Selangor Di Masjid Negeri sebentar tadi!!!







Hari ini GT berkesempatan solat di masjid negeri. So, ambil kesempatan untuk merakam beberapa snapshot sebelum menyambung tugas. 

Seronok bila umat Islam bersatu mempertahankan akidah dan kalimah suci Yang Esa. 

Lebih seronok, banyak NGO-NGO yang tampil memberi sokongan.  Anak-anak muda kita pun tidak mahu ketinggalan menegakkan yang Haq! 

Ucapan dari Hamidzun Khairuddin, YB Senator Ezam dan  Dato' Dr. Hasan Ali cukup bersemangat.  Tidak perasan meremang bulu roma GT, sehinggalah ditegur oleh teman yang perasan perkara ini. 

Demi Laillahillaallah.... 

Kun kata Allah, fayakun kata Muhammad... 

Allahuakbar!!!

Allahuakbar!!!

Allahuakbar!!! 

Daulat Tuanku!!!  Daulat Tuanku!!!  Daulat Tuanku!!!

p/s... psssttt.... kan GT dah cakap... PAS mmg takleh harap!!!

Monday, October 8, 2012

Dana Asing Guling Kerajaan; Kertas Putih Akan Dibentang Di Parlimen???



Pendedahan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang Suaram telah menerima sejumlah dana asing sehingga RM100 juta dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini sangat memeranjatkan rakyat. GAPS yakin penyaluran dana asing ini adalah bagi tujuan menggulingkan kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi.

Ia merupakan satu perkara yang sangat serius yang boleh mengancam kedudukan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di negara ini. Ancaman penderhakaan kepada negara ini disebut dalam perkara 149 Perlembagaan Persekutuan iaitu membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang Di-Pertuan Agong atau kerajaan dalam persekutuan serta usaha untuk mendapatkan perubahan secara tidak sah.

GAPS yakin JMM mempunyai bukti yang kukuh sehingga boleh mengaitkan Suaram membawa masuk sejumlah wang yang sangat besar yang dibiayai oleh anasir subversif asing.

Selain itu syarikat-syarikat dan individu yang menggunakan topeng NGO untuk melaksanakan kepentingan agenda asing ini juga wajar didedahkan kepada rakyat. NGO-NGO dan parti-parti politik yang mendapat tajaan dana asing juga wajib diumumkan.

Selain dari pihak Polis, Pendaftar Syarikat dan Bank Negara yang sudah terlibat menyiasat perkara ini, GAPS juga mencadangkan Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Sekuriti dan Jabatan Audit Negara serta lain-lain agensi yang berkaitan juga wajar menyiasat penyaluran masuk dana asing yang berniat jahat ini.

Oleh yang demikian GAPS mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat secara menyeluruh pengaliran masuk dana asing ini yang mahu menghancurkan sistem pemerintahan demokrasi negara sekali gus menghuru-harakan keamanan dan ketenteraman awam, kesejahteraan dan keharmonian rakyat serta kemakmuran ekonomi negara ini.

Kerajaan juga wajib membentang laporan suruhanjaya ini di Parlimen sebagai Kertas Putih mengenai usaha terancang campur tangan asing untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam sistem pemerintahan demokrasi dinegara ini.

Mereka yang terlibat menjadi agen dan talibarut anasir asing ini wajar dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya. Tiada kompromi kepada mereka yang menjadi penderhaka kepada negara Malaysia yang merdeka.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
5 Okt 2012
Shah Alam.

Wednesday, October 3, 2012

Memorandum Bantahan Kepada Majlis Peguam Malaysia Oleh Kawan-Kawan GT!!!



MEMORANDUM BANTAHAN
KEPADA
MAJLIS PEGUAM MALAYSIA

Keamanan negara merupakan satu perkara yang tidak boleh dikompromikan bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran negara dapat  dinikmati oleh seluruh rakyat. Tanpa keamanan, negara akan jadi hura-hara, tyrani, ekonomi akan kucar-kacir, rakyat sengsara, masadepan anak Malaysia jadi tidak ketahuan.

Peranan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejak dari sebelum merdeka telah memastikan hingga sekarang ketenteraman dan keamanan negara ini dapat kecapi hingga ke hari ini. PDRM telah diiktiraf sebagai antara pasukan polis yang terbaik di dunia apabila berjaya menyelesaikan antara 36% - 48% kes jenayah pada setiap tahun. Ini melebihi tahap piawaian INTERPOL iaitu 20 % daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun.

Berdasarkan pula kepada soal selidik bebas yang dilaksanakan oleh sebuah agensi bebas antarabangsa yang mengukur kepuasan masyarakat terhadap tugas yang dilaksanakan oleh PDRM, sebanyak 70.5 % daripada mereka yang berurusan di pejabat dan balai-balai polis telah menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan layanan yang diterima.

Namun kami amat kesal dengan tindakan sesetengah pihak termasuk Majlis Peguam Malaysia yang bersikap double standard dalam soal keamanan negara ini. Dalam banyak hal Majlis Peguam Malaysia telah mempersoalkan wibawa pasukan keselamatan dinegara ini terutamanya pasukan polis.

Majlis Peguam Malaysia dilihat gagal menyumbang kearah keamanan dan kesejahteraan dinegara ini. Badan ini dilihat sentiasa mencari salah dan mempertikaikan setiap inci tidak tanduk pasukan polis yang sentiasa bertungkus lumus menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat.

Majlis Peguam Malaysia harus bersikap neutral dalam setiap isu, tanpa mengorbankan hakikat bahawa soal ketenteraman, keamanan, kesejahteraan, dan keadilan rakyat serta kemakmuran ekonomi negara menjadi matlamat. Badan ini harus bebas dari cengkaman anasir asing yang cuba menggangu gugat dan irihati terhadap keharmonian dan kemakmuran yang rakyat nikmati sekarang.

Kami rakyat Malaysia menggesa agar Majlis Peguam Malaysia memperjuangkan kedaulatan undang-undang dinegara ini tanpa memperjudikan nasib majority rakyat yang mahukan ketenteraman dan keamanan negara menjadi kriteria utama kehidupan yang lebih baik dinegara ini.

Kami rakyat Malaysia juga menyokong penuh usaha gigih dan berterusan PDRM untuk menggunakan segala kuasa yang ada didalam undang-undang untuk memastikan ketenteraman, keamanan, keharmonian, dan kemakmuran negara dapat dipertahankan.

PDRM sumber keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.


Yang memperjuangkan ketenteraman dan keamanan negara,

Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) 

Jaringan Cina Malaysia (JCM)

Pertubuhan Waris Malaya

4 Justice

Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI)

2 Okt 2012

Tuesday, October 2, 2012

FITNAH TERBARU PR: Saman Malu Sedang Dikaji Oleh GAPS!!!



Saya melihat ada usaha yang terancang anasir-anasir yang tertentu untuk melemahkan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang aktif membongkar rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan di negeri Selangor.

Terbaru ada sebuah blog (yang sudah menarik balik berita fitnah ini) dan portal media serta portal media kerajaan pkr Selangor menyebarkan khabar kononnya firma Guaman saya terlibat dengan kes salah guna kuasa dan pecah amanah.

Saya perlu menegaskan bahawa berita itu merupakan fitnah, tohmah dan mehnah yang berniat jahat (mala fide) yang dirancang oleh agen-agen pkr yang cuba untuk mempertikaikan kredibiliti saya selaku Presiden GAPS.

Saya juga ingin menegaskan bahawa kedua-dua kes yang dikhabarkan melibatkan PKNS ini telah firma Guaman saya selesaikan dengan baik dan sempurna dengan penyelesaian sepenuhnya menurut terma-terma dan amalan biasa bidang perundangan.

Yang sedemikian tidak timbul soal salahguna kuasa dan pecah amanah seperti yang difitnah dan ditohmahkan oleh agen-agen pkr ini.

Saya amat kesal kerana maklumat korporat seperti ini dibocorkan oleh orang-orang tertentu dalam PKNS kepada pihak media. Tentunya mereka berniat jahat dengan misi politik mahu menakut-nakutkan saya agar saya tunduk dan patuh serta membiarkan setiap rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di negeri Selangor terus bermaharaja lela.

Saya telah mengarahkan sahabat peguam saya untuk mengkaji segala sudut bagi memastikan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan. Saman malu akan peguam saya failkan kepada semua pihak yang terlibat samada PKNS, blog yang berkenaan, akaun facebook yang berkenaan dan portal media berkenaan yang cuba memalukan dan merendahkan kredibiliti saya dimata masyarakat.

Saya mempersoalkan professionalisme pentadbiran PKNS yang diketuai oleh Othman Omar selaku Pengurus Besar. Bergaji RM40 ribu sebulan sepatutnya Othman Omar bersikap lebih professional dan bukan membiarkan anak buahnya menjadi agen-agen pencacai politik yang rakus dan menzalimi rakyat.

Saya yakin kredibiliti saya sebagai Presiden GAPS jauh lebih tinggi dari kredibiliti Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi PKNS yang masih terpalit dengan hutang RM60 Juta yang masih belum beliau jelaskan kepada BIMB. Begitu juga Penasihat Ekonomi Selangor yang terpalit dengan skandal seks dan tidak bermoral dengan china doll dan liwat yang masih dibicarakan dimahkamah.

Begitu juga dengan Othman Omar yang berbelanja mewah dan membazirkan wang PKNS seperti membiayai majlis makan malam astronut (RM400,000), melantik syarikat Telemarketing (RM1.2 juta), melantik penyanyi sebagai duta PKNS (RM500,000), melantik konsultan dari Dubai yang mana hasil kajiannya langsung tidak dipraktiskan oleh PKNS (RM1.2 juta).

Saya berazam untuk terus menjadi jurucakap rakyat dan laskar rakyat dengan terus membongkarkan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan Othman Omar. Sebagai anak jawa Selangor, saya juga mencabar Othman Omar (kelahiran Johor) untuk meletakkan jawatan sebagai Pengurus Besar PKNS dari terus menjadi “budak suruhan politik” yang bergaji besar kepada Khalid Ibrahim.

Saya berdoa agar Allah memberikan balasan setimpal kepada penguasa zalim yang terus cuba menzalimi rakyat marhaen kecil seperti saya. InsyaAllah saya tidak akan tunduk kepada tekanan penguasa yang zalim.


Yang Benar

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
1 Okt 2012


Friday, September 28, 2012

Bajet 2012 Pakatan: Macam2 Ada... Tapi Bukan Janji!!!




GAPS anggap status budget shadow pakatan ini bajet bohong. Ini serupa dengan manifesto mereka, juga bohong!  Mereka menjanjikan bulan dan bintang dalam manifesto mereka namun mereka tak laksanakan.

Bila didesak oleh Rakyat untuk laksanakan janji manifesto, MB Selangor  kata manifesto mereka tak perlu dilaksanakan kerana ianya bukan perjanjian. Dalam Islam orang yang tidak menunaikan janjinya bergelar munafiq.

Gaps cabar ANWAR laksanakan 3 perkara yang disebut dalam manifesto mereka dalam masa 30 yang kehadapan ini.
  1. Turunkan cukai pintu 20% spt yg disebut dalam manifesto mereka.
  2. Berikan 20m3 air percuma kepada semua rumah di selangor seperti yg mereka janjikan dalam manifesto mereka.
  3. Berikan pendidikan percuma kepada semua Pelajar UNISEL seperti yang mereka uar-uarkan untuk menghapuskan PTPTN.

Kalau 3 perkara ini tidak dilaksanakan dalam masa 30 hari, GAPS akan nobatkan ANWAR sebagai BAPA PEMBOHONG NEGARA @ BAPA MUNAFIQ NEGARA.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
GAPS

27 Sept 2012

Tuesday, September 4, 2012

Laporan Polis Oleh GAPS, Waris Malaya Dan 4 Justice



Semasa perhimpunan janji bersih yang diadakan pada malam 30 Ogos 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur telah berlaku beberapa insiden seperti berikut : - 

1.Beberapa individu yang mempamerkan bendera baru untuk mengantikan bendera Malaysia (Jalur Gemilang ) ;

2.Beberapa individu yang bertindak memijak gambar Perdana Menteri Malaysia; 

3.Seorang individu yang menunjukkan punggung keatas gambar Perdana Menteri Malaysia ;

Saya amat memandang serius perbuatan-perbuatan yang sangat kurang ajar dan tidak berpatriotik ini. Perbuatan-perbuatan ini telah menimbulkan api kemarahan rakyat dan boleh mengancam keamanan dan mengugat kestabilan negara. Perbuatan ini boleh mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan rakyat Malaysia.

Saya ingin membuat lapuran polis supaya penganjur serta mereka yang terlibat diambil tindakan undang-undang dibawah akta hasutan dan kanun keseksaan serta undang-undang yang lain.

Tuesday, March 13, 2012

WOW...!!! Suhaimi Sri Muda Sertai GAPS???



Kenyataan Media GAPS

Apalah sebenarnya matlamat pentadbiran kerajaan Dap, Pkr, Pas Selangor ? Menjalankan tugas dengan tanggungjawab atau menjalankan tugas dengan penyelewengan.

Dari hari pertama Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar hingga ke hari ini, Selangor tidak pernah kering dari dilanda pelbagai isu dan skandal. Rakyat masih ingat bagaimana isu pembinaan ladang babi moden yang dicadangkan dilaksanakan di Sepang dengan menjadikan matlamat Selangor sebagai pengeluar babi yang utama di rantau ini.

Yang terbaru adalah berita benar Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor yang akan berhadapan dengan tuduhan berkhalwat di Mahkamah Syariah Pahang apabila ditemui berada disebuah bilik hotel bersama dengan bini orang pada pukul 230 pagi.

Skandal Pasir, skandal Yayasan Selangor, skandal PKNS, skandal PKPS adalah antara barisan isu yang masih menjadi tandatanya rakyat.

Yb Seri Muda yang digelar pengundinya sebagai RAJA PASIR dalam kenyataan nya mendesak agar Noh Omar Timbalan Pengerusi BN Selangor berdebat dengan beliau berkenaan isu pasir. Untuk apa debat ini? Untuk selesaikan isu pasir dan penyelewengan lain atau untuk terus berpolemik dalam kerangka politiking yang tiada batas yang semakin jelek dilihat rakyat.

GAPS yang pernah dicela oleh Suhaimi dalam sidang-sidang Dun yang lalu ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kedangkalan ahli Yang Berhormat ini.

Cadangan GAPS adalah Khalid Ibrahim wajar menubuhkan sebuah Suruhanjaya diRaja bagi menyiasat skandal-skandal Pasir, Pkns, Yayasan Selangor, Pkps, kontrak sampah, skandal Anti Perlantikan SUK Selangor dan skandal seks yang melibatkan Exconya, Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri dan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor.

Setidak-tidaknya Khalid Ibrahim wajar punyai inisiatif untuk membentangkan Kertas Putih Skandal Penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor dalam sidang Dun yang akan datang, bagi membersihkan kerajaan pimpinannya dari cemuhan rakyat selepas dia bergelar Bekas Menteri Besar Selangor selepas PRU 13 ini.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

11 March 2012

Friday, February 10, 2012

Hilmi Malik Biseksual? Rela Pilih Azmin Berbanding Eli Wong?


Kenyataan Media GAPS

GAPS sangat terperangat apabila seorang warga malaysia ditangkap di Batam kerana memiliki kad pengenalan palsu negara Indonesia.

Lebih memeranjatkan apabila yang ditangkap adalah sdr Azmin Helmi, seorang bekas setiausaha politik MP Pkr di Selangor. Dia juga dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor yang berjaya mengejutkan negara dengan gambar seksi separa bogel yang menikam kalbu.

Azmin mengaku bahawa kehidupannya di Indonesia sepanjang 2 tahun yang lampau dibiayai sepenuhnya oleh PKR. Pengakuan ini menguatkan lagi emosi rakyat Selangor akan hubungan istimewa tanpa nikah antara Azmin dengan Exco kerajaaan negeri. Exco itu juga tidak pernah menafikan Azmin adalah kekasih di hatinya.

GAPS mahu penjelasan Menteri Besar mengenai gelagat dan kelakuan Exco nya yang menjolok mata rakyat Selangor ini. Rakyat Selangor mengharapkan pemimpin yang suci dari rasuah, suci dari penyelewengan kuasa dan suci dari maksiat serta noda nafsu.

Dengan episod terbaru ini GAPS ingin mencadangkan MB menasihatkan Exco berkenaan meletakkan jawatan sebelum cempedak menjadi nangka, sebelum nasi menjadi bubur.

Juga apa salahnya jika MB boleh menasihatkan Exco nya itu menjalani hubungan dengan kekasihnya secara sah bagi menjernihkan air yang keruh dan menceriakan malam yang suram. GAPS faham Exco itu bukan malaikat, namun itu bukan alasan untuk dia berwenang sebagai pemimpin publik di Selangor ini.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

10 Feb 2012

Tuesday, December 6, 2011

Alkisah & Foto2 Minum Petang Bersama YB Zul Noordin di OPS KHALID 2!






Sesi soal jawab bermula...




Program santai ini menepati apa yang GT mahukan.  Kerana sessi soal jawab adalah yang terbaik, di mana rakyat sendiri boleh mengajukan soalan.  

Ia lebih interaktif, dan bersifat membina, berakar dari pendapat rakyat.  

Ada beberapa point yang cukup bernas di jawab oleh YB Zul.  Salah satu apabila ditanya antara UMNO dan PAS, yang mana satu dipilih?  Kerana mengikut hamba Allah yang bertanya, dia adalah atas pagar, dan melihat kedua-dua parti ini punya masalah masing-masing.

Kalau anda, bagaimana untuk menjawab soalan ini dengan membina?

YB Zul berjaya menjawab dengan steady.  Siap bercerita tentang sejarah sahabat Rasullullah, iaitu Umar Al Khattab. 

Pesan YB Zul, bukan kerja orang UMNO untuk pujuk orang PAS sertai UMNO atau BN, akan tetapi cukup dengan pesanan ini:

"Kawan-kawan dalam PAS, tak masuk UMNO tidak apa... tetapi, kembalilah kepada ajaran Islam sebenar.."

Aduhhhh... Aduuhhh.. duuuuhhhh.. duuhhh.. duuhhhh... tajam menikam!  :)

Apa pula komen Khalid G, Master Gereja?

Sunday, December 4, 2011

Foto2 YB Dato' Zul Noordin Beraksi Di Rumah Mubin Mokhtar Dalam OPS KHALID 1!




YB Zul dijemput untuk mengepalai operasi Ops Khalid bermula pada hari Jumaat yang lalu, jam 9.00 malam.

Isunya tepat ke dahi Khalid Gereja, iaitu isu kalimah Allah dan murtad.  Dan bagaimana Ambiga bisa menggoncangkan iman-iman pak sheikh, ostat-ostat mahupun ularmak-ularmak PAS PIS PUS.  

Bukankah pada suatu ketika, PAS berakidahkan fatwa bahawa politik tidak boleh dipisahkan dengan agama, yang akhirnya membawa kepada pertuduhan UMNO mengamalkan politik suku, agama suku? 

Tetapi, mengapa PAS berperwatakan seperti dakwaan mereka terhadap UMNO apabila bersekongkol dengan Ambiga?  Kalau dulu mereka menggelarkan UMNO yang seperti dakwaannya adalah toghut, munafik dan kafir, apa pula status yang ingin mereka berikan kepada diri mereka sendiri pada waktu ini? 

Sekarang, pandai pula PAS berkata "Ya Sheikh, yang itu sahsiah syarie'ah!".  UMNO buat kafir, PAS buat sahsiah syarie'ah!



Hujan tidak menghalang hadirin dari bersama YB Zul

Langsung tidak konsisten terhadap kenyataan sendiri.  Munafik?

Pilihanraya yang semakin hampir ini, bukan soal survival UMNO atau BN yang utama, sebaliknya nasib Islam dan Melayu andai hilang kuasa politiknya. Itulah pesan YB Zul. 

GT tak sangka pulak tuan rumah yang sudi menyediakan tempat untuk ceramah ini ialah Mubin Mokhtar.  Terima kasih bro.  Kalau buat kat Dewan MBSA Seksyen 7, tapi mesti nanti kena sabotaj macam SSDE di Paya Jaras tu.

Kan?

tuuuu diaaa.. lelaki misteri berpaper, Mubin, Azman dan orang kuat Dato' Nawi
Azman Adnan pun ada, mungkin lepas nih diorang boleh pakat, macam mana nak selamatkan Padang PKNS yang telah melahirkan ramai jaguh bolasepak negara seperti Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh Singh, R. Arumugam dan ramai lagi.

Warisan yang tidak tahu Khalid Jamban hargai...

Saturday, December 3, 2011

LIVE: Zul Noordin Sedang Ajar Khalid Gereja Baca Alif Ba Ta Di Shah Alam!!!

Lintas langsung dari Batu 3 Shah Alam bersama YB Zul yg sedang membalun agenda pemurtadan pembawaan DAP dan Ambiga.

Ambiga berjaya menunggang PAS sehingga bacul mempertahankan akidah Islam.

Bukan itu sahaja, DAP di Selangor berjaya melahirkan tokoh Melayu terbaik mereka, Father Gonjol Khalid Gereja.

Laporan penuh dan foto akan menyusul kemudian.

Abihlah ko Mariah, Khalid sedang jeling tempat ko tuuu.

Published with Blogger-droid v2.0

LIVE: Zul Noordin Buat Khalid Gereja Ucap Kalimah Syahadah???

GT bersiaran secara lgsung d The Food Station Bukit Jelutong.

Minum petang bersama YB Zul.

Sori, gambar mlm tadi x sempat nak upload. Baru balik keje. Mlm nanti kot.

Apa2 hal pun, Mubin Mokhtar dan Azman Adnan kirim salam kat korang semua.  Jgn lupa undi BN sebab padang pkns bakal jadi sejarah. Padang kat kmpung2 pun byk terbiar. Projek agro lalang gamaknye!


Published with Blogger-droid v2.0

Friday, December 2, 2011

LIVE!!! Zul Nordin Sedang Pastikan Khalid Gereja Lobi Kuat Di Parlimen Kotaraja!

Bersiaran secara langsung dari Shah Alam di rumah bekas pemain bolasepak negara bersama YB Dato' Zul Nordin. Khalid Gereja tgh menung fikirkan strategi terbaik untuk tanding Parlimen Kotaraja plak lepas ni.

Ini baru mukadimah, esok petang satu sessi, esok mlm pun ada lagi!

Abih la ko Lid... Pi la minum Carlsberg kasi release tension!

Published with Blogger-droid v2.0

Thursday, December 1, 2011

PANASSS... Zul Nordin Bikin Khalid Gereja Melobi Di Parlimen Kota Raja Untuk PRU 13!!!


Roadshow Jom Ubah Selangor - Bersama YB Dato Zulkifli Noordin

2 Dec 11 / Jumaat / Parlimen Shah Alam

Ceramah Umum Jom Ubah Selangor 

Masa:  9.00 Malam
Tempat : No 1, Jln Lazurit 7/17, Seky 7, Shah Alam.


3 Dec 11 / Sabtu / Parlimen Shah Alam

Minum Petang bersama YB Zulkifli Noordin. 

Masa:      4.00 petang
Tempat:  The Food Station,
                No 18 @ D Bayu Jln Serambi U8/24 Bkt Jelutong, Shah Alam


Ceramah Umum Jom Ubah Selangor. 

Masa:     9.00 malam
Tempat:  Dewan KRT Taman Batu 3, Shah Alam. (Belakang Central Sugar)



Pejuang Anti-Murtad Vs Father Gonjol Khalid Gereja!  Sesi yang berlangsung pastinya panas bro... Itu yang buat Khalid sibuk melobi Parlimen Kota Raja kot...

Anjuran bersama GAPS dan Persatuan Kebajikan Shah Alam.

Semua di jemput hadir.

Monday, November 14, 2011

Kadar Gaji Minima Hanya Untuk Kroni-Kroni Sahaja!!!

Kenyataan Media GAPS

Pengumuman pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor yang menyebut selangor akan melaksanakan kadar gaji minima merupakan janji kosong kepada majoriti besar pekerja awam dan swasta di Selangor.

MB hanya mengumumkan gaji minima untuk dilaksanakan kepada 4 buah anak syarikat negeri selangor sahaja. Kenapa MB tidak mahu mewajibkan gaji minima ini kepada kesemua kakitangan anak syarikat negeri yang berdozen-dozen di selangor ?

Kenapa juga MB tidak melaksanakan kadar gaji minima kepada semua kakitangan awam selangor yang berkhidmat dipelbagai jabatan di negeri Selangor. Kenapa juga MB tidak mahu melaksanakan gaji minima ini kepada semua kakitangan PBT di negeri Selangor ini.

Dari segi pemberian bonus pula, MB juga memilih kasih dan bersifat berat sebelah antara kakitangan-kakitangan awam. Kakitangan Pkns yang juga kakitangan awam diberikan bonus sehingga 10 bulan. Manakala bonus kepada kakitangan awam yang lain dijabatan-jabatan kerajaan negeri dan PBT hanya setengah bulan gaji atau rm500 sahaja.

Timbul persoalan dimanakah keadilan yang diperjuangkan oleh kerajaan Pakatan Selangor untuk kakitangan awam kini? Adakah adil namanya jika layanan bonus dan gaji yang diterima oleh kakitangan awam ini dibeza-bezakan berdasarkan jabatan, PBT dan badan separa kerajaan.

GAPS mendesak kerajaan negeri Selangor memberikan bonus 10 bulan kepada semua kakitangan awam selangor seperti yang diberikan kepada kakitangan pkns pada tahun ini. GAPS juga mendesak kerajaan negeri selangor melaksanakan kadar gaji minimum kepada kesemua kakitangan awam dan swasta yang berkhidmat di negeri selangor.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

13 Nov 2011

Friday, November 4, 2011

Agenda Men"Chauvinist"kan Kakitangan Kerajaan Terdedah Dek Kebodohan Mereka!!!

 
Kenyataan Media

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua mendedahkan jika pakatan pembangkang berjaya memerintah kerajaan pusat ia akan meluluskan program untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam setiap tahun.

GAPS memandang serius hasrat DAP yang akan membuang kakitangan awam yang selama ini menjadi tulang belakang pentadbiran negara.

Kakitangan awam negara ini merupakan antara kakitangan eksekutif yang terbaik di rantau ini. Pentadbiran awam Malaysia yang berakar umbi dari pentadbiran United Kingdom mewarisi sebuah corak pentadbiran yang cekap, berintigriti lagi profesional.

Pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan SuruhanJaya Perkhidmatan Negeri sejak merdeka dulu adalah contoh terbaik betapa serius nya pengasas negara yang mahukan perkhidmatan awam yang profesional, berintigriti dan bebas dari pengaruh politik.

Pengalaman diperintah Pakatan Pembangkang di negeri Selangor dalam tempoh 4 tahun ini pula memperlihatkan dengan jelas campur tangan politik dalam perlantikan kakitangan awam. Kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah bukti bagaimana rakusnya Menteri Besar sehingga sanggup mencadangkan pindaan undang-undang tubuh kerajaaan negeri semata-mata mahu SUK yang dilantik itu adalah pilihan nya. Kuasa DYMM Sultan Selangor mahu diketepikan oleh MB semata-mata mahukan SUK yang cenderung kepada parti politik pembangkang.

GAPS ingin menempelak hasrat pakatan pembangkang yang rakus, zalim dan tidak berperi kemanusian terhadap perkhidmatan awam sekarang dan pada masa akan datang. Negara tidak memerlukan politikus yang hanya berupaya membaiki labu atau menjadi monyet yang mendapat cincin.

GAPS akan mendokong penuh dan mempertahankan pentadbiran awam yang profesional, berintigriti, cekap dan bebas dari pengaruh politik.

Politik ugutan oleh DAP kepada kakitangan awam ini memang menjelaskan lagi realiti pakatan pembangkang jika mendapat kuasa untuk memerintah. Itu sebabnya untuk sekian kali nya kakitangan awam dan rakyat akan menolak dalam PRU 13 kumpulan politikus chavanis yang semakin mabuk mahu mendapatkan kuasa, yang jika terpilih akan menzalimi rakyat dalam setiap dasar yang mereka bentuk.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

 4 Nov 2011
 
 
GERAKAN TIMUR:
Kakitangan kerajaan, majoritinya siapa?  Siapa yang mereka ingin singkirkan sebenarnya?  

Itu sahaja soalan GT.  Harap anda dapat menjawab dengan tepat, jelas dan tanpa ragu-ragu.

BICARA RAKYAT Mlm Tadi: Zul Nordin Dedahkan Hasan Ali Akan Mengikut Jejaknya!!!


Program malam tadi, yang paling menarik perhatian GT ialah respons dari para hadirin.  Bukan sahaja sporting, tetapi juga menunjukkan betapa hadirin sudah mengerti akan permainan politik gampangan oleh Anwar dan PAS PIS PUS. 

YB Zul, seperti biasa, perform up to the expectation. 

Antara yang menarik perhatian adalah bagaimana sikap Anwar yang sanggup menjual agama, demi undi.  Dan seharusnya menjadi persoalan, bagaimana PAS bersama-sama bersekongkol dalam perkara seperti ini.  
Mgkin anda masih ingat, bagaimana YB Zul dihadapkan ke lembaga disiplin parti, gara-gara kecaman terbuka kepada kepimpinan PKR dan Pakatan apabila berlakunya isu kalimah Allah. 

Siapa panel dalam lembaga disiplin tersebut? Ingat lagi..?  

Seorang paderi, seorang ahli Bible Reader, dan seorang beragama Hindu.  Bagaimanakah, 3 orang kafir ini mahu mengadili YB Zul dalam isu tentang Allah, tuhan kepada umat Islam?  

YB Zul ingin membicarakan tentang Allah, yang diadili oleh harbi laknatullah?  Begitulah zalimnya Anwar yang menghalalkan segala-galanya demi cita-citanya, PM at all cost!!!

YB Zul juga telah mendedahkan bahawa Hasan Ali akan mengikut jejaknya.  Bukan sebagai bebas, akan tetapi mendahulukan agama berbanding parti.  Dan itu bermaksud, mufaraqah lah Hasan Ali dengan PAS.  

Hasan Ali menjadi bebas?  Terpulang kepada dia, kerana sampai bila mahu terus bersubahat, dan bersikap dayus lagi penakut pahit seperti Ketua Pemuda PAS!

GT tidak mahu mengulas panjang, anda sendiri kena hadir program ini.

Ada kelihatan golongan muda, yang datang secara berkumpulan.  GT usha, katanya mereka pelajar UiTM!!!  Tahniah kepada lu orang bro.. jgn ikut student yang katanya universiti islam, tetapi pandai pulak pegang lilin cam bangang!!!

Foto-Foto Sambutan Rakyat Terhadap YB Zul Nordin Malam Tadi...!!!








glamour...dah mcm artis.. hehehe..
Program malam tadi mmg best... sebab bila YB Zul lambung je, penonton yang libas!!

Layan gambar di atas tu.. laporannya menyusul nanti...

Thursday, November 3, 2011

LIVE: Zul Nordin Sedang Balun Geng Attartuk!!!

Gambar diatas menunjukkan hadirin melimpah dari khemah.

Ramai yg hadir, GT percaya ada pelajar UiTM Puncak Alam yg dtg utk mendengar kebenaran hakiki.

Zul Nordin sedang balun Geng Attartuk kaw-kaw.

Foto2 esklusif esok, jam 8 pagi.

Published with Blogger-droid v2.0
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...