Bersama Berjuang

Showing posts with label Dr. MAZA. Show all posts
Showing posts with label Dr. MAZA. Show all posts

Sunday, September 15, 2013

Ustaz Fathul Bari, Calon Exco Pemuda UMNO , & Dr. MAZAalah, Calon Exco Dewan Pemuda PAS?


Senada dengan GAP, GT pun turut nyatakan sokongan kepada Ustaz Fathul Bari.  

Istiqamah dalam perjuangan... dan berani nyatakan platform untuk berjuang dan berdakwah... 

Dr. MAZAalah? Ermmm.... malas GT nak komen... kerjanya asyik nak kacau Ustaz Fathul jer... apa kata dia cuba bertanding Exco Pemuda PAS ker... apa ker... 

Kenapa? Takut ker? 

Thursday, August 11, 2011

Gara-Gara Sering "Melalut", Ustaz Akademi Fantasia "Ditikam" Si Keris 7 Lok!!!


Ustaz Akademi Fantasia ini sering mencampuri urusan politik tanahair, termasuklah BeerShit dengan menjadikan rusuhan di negara arab sebagai kiblat hujahnya.  

Jangan terkejut kalau dia bertanding pada PRU akan datang.

Sering melalut, akhirnya dia "ditikam" oleh Keris 7 Lok..  

KLIK SINI

SAH!!! Ustaz Akademi Fantasia Mmg Nak Join Politik!!!


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan kebimbangannya terhadap perkembangan isu serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa "diadun" dengan isu politik.

Katanya, perkara itu boleh dilihat pada pendirian "pihak berkuasa agama" yang bimbang orang Islam memasuki gereja dan melarang bukan Islam memasuki masjid.

"Pihak berkuasa agama bimbang apabila ada orang Islam pergi ke gereja. Risau nanti mereka terpengaruh dengan Kristian.

"Peliknya kenapa dulu mereka menghalang orang bukan Islam masuk ke masjid? Apakah mereka juga bimbang bukan Islam terpengaruh dengan Islam?" soal Dr Asri.  ( Puak mana yang jemput ke masjid /surai sampaikan tazkirah ? Itu puak2 bangang PAS yang

Ogos tahun lalu, isu larangan terhadap bukan Islam memasuki masjid menjadi isu hangat selepas anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki surau di Kajang bagi menyampaikan sumbangan.

JAIS antara pihak pertama dilaporkan mengkritik tindakan itu atas alasan orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata larangan pihak berkuasa agama itu menjadikan orang ramai semakin tidak faham dengan politik negara ini apabila ia "diadun dengan agama".

GERAKAN TIMUR
Soal agama dipolitikkan atau politik diagamakan, tanyalah pada PAS, si "pelacor agama" yang cukup masyhur tentang itu.  

Tanyalah Khalid Gagap, yang sibuk mempolitikkan tindakan sah "pihak berkuasa agama" itu.

Seperkara yang menarik, dilihat Dr. Asri seolah-oleh masih tidak berpuas hati dengan JAIS.  Mungkin peristiwa dirinya dicekup akibat berceramah tanpa watikah dari Sultan Selangor membuatnya begitu teruja untuk memberi komen kepada JAIS.  

Dan diamati, antara banyak bijak pandai agama, dia yang paling kerap mencampuri urusan politik di negara ini.  Mungkin sudah sampai masanya dia belajar perbezaan antara ulama dan umarak.  

Atau, dia sememangnya ingin menceburkan diri ke dalam politik tanahair.  Mgkin dengan itu, lebih mudah "fahamannya" disebarkan kepada rakyat.  

Berdasarkan pendiriannya yang selalunya menyebelahi Pakatan, rasanya tidak sukar untuk dia tawarkan diri menjadi calon mereka.  

Anwar pasti memberi thumbs up!  Nicky Arjis kata "ambo stuju bena..".  Mak Lampir apatah lagi...

Sudahlah wahai ustaz akademi fantasia, isu murtad dan akidah adalah lebih penting berbanding putarbelit politikmu!!!

Monday, May 2, 2011

DR ASRI JAWAB ISU QAZAF DAN SUMPAH LAKNAT VERSI ANUWAR???


Berbagai-bagai versi tentang sumpah laknat andai mengikut mulut Anuwar dan kuncu2nya.  Spt biasa, Anuwar menjual nama-nama ulama terkemuka bagi menguatkan hujahnya.  Anuwar tahu bahawa penyokong2nya membabi-buta akan percaya tanpa membuat sebarang kajian atau rujukan kepada bahan2 yang lain.  

Kita masih ingat bagaimana Yusuf AlQadhrawi dimanipulasikan dalam isu sumpah Saiful.  Dan janganlah kita berhenti mempercayai bahawa Anuwar membawa risalah kehancuran ummah!  

Mari kita saksikan kupasan tentang isu qazaf dan sumpah laknat yg cukup takut dilafazkan Anuwar dari Dr. MAZA.  

Tuesday, November 2, 2010

DR. ASRI - ANWAR HARUS BERUNDUR!!!


Saya rasa politik kita memerlukan nafas baru. Seperti mana UMNO memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama. Saya seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti. Sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini. Kita jangan lupa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen kita. Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara. Ada beberapa perkara yang mungkin perlu dinilai:

1. Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksanaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara. Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat. Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi.
2. Justeru, politik kita memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas. Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai ‘al-quwwah’ (kemampuan) dan al-Amanah (amanah). Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh. MAKA, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat. Samada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini. Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat. Jika Tun Abdulllah pun bersara, makin mereka yang ‘sewaktu’ dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula.

3. Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama. Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar.

Maaf atas pandangan ini. Saya insyaAllah, tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan yang seperti ini. Saya tahu sesetengah pembangkang cepat ‘melenting’ jika ada pandangan yang mereka tidak setuju. Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik.

GERAKAN TIMUR:
GT sokong sangat pendapat Dr. Asri nih... kejadian Batu Sapi seharusnya membuka mata Al Jub.   2 kali jatuh, bad omeeennnnnnn...  Namun, GT juga percaya, mata dan hati Al Jub sudah tertutup menerima pendapat orang.  Hitam hati dan matanya...

Saturday, October 23, 2010

"UMNO TERBUKA PADA KRITIKAN" - DR. ASRI


Malam tadi wak terserempak dengan bekas Mufi Perlis,Dr Mohd Asri Zainul Abidin semasa majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri.

Pada mulanya wak agak terkejut dengan kehadiran beliau di sana. Maklumlah beliau sering sahaja mengkritik Umno secara terbuka.

Wak dan rakan-rakan menghampirinya untuk bertanya tentang kehadiran beliau di sana.

Dijawabnya, “Umno sebuah parti yang terbuka,walaupun saya sering mengkritik mereka, tetapi mereka tetap menjemput saya. Saya rasa kalau parti lain dah jemput saya jika saya membuat begitu kepada parti mereka”

Sewaktu ditanya parti mana yang beliau maksudkan, kelihatan beliau cuba mengelak dan tersenyum sinis dengan penuh makna.

Dr.Asri juga berkata, beliau tidak ada masalah dengan Umno dan kritikan-kritikannya selama ini adalah kiritikan membina dan Umno harus melihat dari sudut positif.

Apa yang wak nak perkatakan di sini ialah tentang suburnya demokrasi dalam Umno tidak seperti yang digambarkan oleh parti pembangkang negara selama ini.

Di dalam Umno, ahli atau orang luar bebas menegur, mengkritik dan sebagainya. Mereka tidak disekat dan Umno tidak menganggap mereka sebagai musuh.  Itulah salah satu rahsia kejayaan Umno sehingga ke hari ini.
Walaupun BN dilanda tsunami politik pada pru 2008, Umno tidak terjejas dengan banyak. Kebanyakan kerusi-kerusi yang ada di Dewan Rakyat, Dun Selangor, Perak, P.Pinang adalah milik Umno kecuali Kelantan.

Teguran, kritikan dan sebagainya adalah satu perkara yang penting. Dari situ kita dapat membetulkan apa yang salah dan apa yang silap.

Berbeza dengan parti-parti pembangkang. Jika ada yang menegur atau mengkritik terus dicop sebagai ejen Umno atau trojan horse.

Sistem demokrasi dalam parti mereka mati sama sekali. Kemudian pemimpin mereka menuduh Umno telah mematikan demokrasi negara ini. Sedangkan mereka yang menyekat demokrasi.

GERAKAN TIMUR:
UMNO tidak maksum, dan bersedia dikritik.  Langsung berbeza andai dibandingkan dengan parti sesat yang lain, yang mana ketua mereka akan baca doa pecah perut dan tidak menandatangani surat MASUK SYURGA untuk ahli yang lantang mengkritik parti itu...  Dan untuk parti bertaraf keldai, karier politik mereka akan dibunuh oleh kesayangan defuckto leader mereka...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...