Bersama Berjuang

Saturday, July 30, 2011

SELANGOR MENANGIS: Tanah Milik Yayasan Selangor Terus Menjadi Mangsa Kerakusan Rejim Khalid???

Lebih daripada 450 pelajar Yayasan Selangor (YS) bakal menghadapi masa depan yang gelap ekoran keputusan pentadbiran sayap pendidikan negeri Darul Ehsan itu bakal menutup dua buah asrama terkemukanya di ibukota yang selama ini menjadi penyambung talian pendidikan di beberapa sekolah terkemuka termasuk Sekolah Menengah Victoria dan Sekolah Aminuddin Baki.

Langkah itu walaupun ditentang oleh wakil Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanahnya, tetap dilaksanakan oleh YS dengan tidak lagi mengambil pelajar baharu tingkatan satu ke kedua-dua asrama pusat berkenaan pada awal tahun ini.

Malah, pihak pentadbiran bercadang menutup operasi kedua-dua asrama gah itu apabila sesi sekolah berakhir pada akhir tahun ini. Pelajar-pelajar sedia ada bakal dipindahkan ke asrama-asrama sekolah berkenaan yang pastinya tidak menjadi kenyataan kerana sekolah-sekolah tersebut juga menghadapi masalah kekurangan tempat di asrama masing-masing.

Penyelesaian yang dicadangkan oleh pihak pentadbiran YS ialah memindahkan para pelajar berkenaan ke asrama-asrama daerah. Justifikasi YS menutup asrama pusat iaitu Asrama Tun Dr. Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norasikin (ATPN) ialah tapak kedua-dua aset kebanggaan anak-anak Selangor itu kini dikelilingi pembangunan komersial dan tidak sesuai lagi untuk tujuan penginapan asrama dan pembelajaran.

Dalam laman rasminya di Internet, YS memberitahu bahawa kedudukan asrama berkenaan tidak sesuai lagi kerana para pelajar tersepit dalam kesesakan lalulintas sehingga menyebabkan mereka yang ke sesi petang hanya sampai ke asrama jam 8.30 malam dan tergesa-gesa untuk kegiatan selanjutnya dan ada yang mengantuk dalam kelas tambahan sehingga menjejaskan pencapaian akademik mereka.

Itu alasan dan justifikasi YS tetapi menurut sumber, kewangan defisit YS adalah punca utama tindakan tersebut kerana pihak pentadbiran sudah tidak mempunyai kewangan untuk mengurus para pelajar berkenaan dan dengan memindahkan mereka ke asrama-asrama daerah seperti di Sabak Bernam dan Klang pastinya mengurangkan beban yang ditanggung.

Sebelum ini YS menutup kolej kemahiran di Kuala Selangorv dengan alasan operasinya tidak menguntungkan.

Jika kesesakan lalulintas dijadikan alasan, sumber itu dan bekas pelajar-pelajar YS mempersoalkan adakah SAB yang hanya beberapa meter sahaja dari asrama di Jalan Cohcrane itu juga menyekat perjalanan pelajar sedangkan mereka hanya berjalan kaki ke sekolah.

"Kalau ATDI dan ATPN tidak sesuai kerana bakal dikelilingi oleh kegiatan komersial, bagaimana pula dengan SAB, SM Cohcrane dan Sekolah Menengah Lokman yang berhampiran?,'' tanya bekas pelajar YS yang kini menjadi pensyarah universiti tempatan.

Beliau setuju dan mengakui mengenai masalah kesesakan lalulintas kerana ada pelajar bersekolah di Petaling Jaya. Katanya, pihak pentadbiran harus membuka asrama di sekitar Petaling Jaya atau berdekatan dan bukannya menutup kedua-dua asrama yang sudah terbukti berjaya dan berjasa.

Agendadaily difahamkan, Alumni Yayasan Selangor turut membantah tindakan itu yang disifatkan berundur ke belakang, tetapi YS menyifatkan alumni berkenaan lebih kepada memperjuangkan nostalgia sahaja.

Alumni Yayasan Selangor yang menentang keputusan merugikan itu telah mengadakan perjumpaan dengan pihak pentadbiran Jumaat lalu. Bagaimanapun sesi perbincangan itu bertukar hambar apabila YS memperleceh pihak alumni dan meminta mereka ikut serta dalam usaha merampas Putrajaya.

Agendadaily diberitahu bahawa pertemuan itu diketuai Presiden alumni iaitu Aina Hanim tetapi forum itu hanya dijadikan medan menyerang alumni yang didakwa selama ini tidak berfungsi dan mempersoalkan kenapa hanya bangkit apabila ATDI dan ATPN mahu dirobohkan.

Dalam laman rasminya, YS berkata, tidak ada salahnya memindahkan para pelajar ke sekolah di daerah-daerah kerana semua sekolah menengah kini sama sahaja kerana dikendalikan oleh para guru berijazah dan terlatih dan ia mengambil Sekolah Menengah Jalan Tiga di Bandar Baru Bangi sebagai contoh yang berjaya mendapat pencapian akademik yang baik. YS tidak pula menyebut mengenai pencapaian di Kuala Kubu Baharu, Klang dan juga Sabak Bernam.

Sementara itu, seorang lagi bekas pelajar YS berkata pihak pentadbir YS harus mengetahui sejarah penubuhan yayasan itu dan bagaimana peritnya untuk mendapatkan kuota belajar di sekolah-sekolah terkemuka seperti VI, St. John Institution, Convent Bukit Nenas dan SAB serta La Salle.

"Dulu YS ambil pelajar luar bandar untuk ditempatkan di sekolah terkemuka di bandar, tetapi pentadbiran sekarang yang buta sejarah menghantar yang sedia ada di bandar balik ke luar bandar. Pelik dan menghairankan,'' katanya geram.

Krisis kewangan yang menjadi kemelut pentadbiran YS timbul menjadi isu apabila Sultan Selangor membatalkan kehadiran baginda ke majlis sambutan ulangtahun ke-40 yayasan itu tahun lalu kerana melibatkan perbelanjaan yang amat tingggi.

Pendedahan demi pendedahan terus disingkap termasuklah mengadakan pertandingan memancing dan acara qurban yang kesemuanya menelan belanja hampir RM1 juta.

Selepas itu timbul pula pendedahan lain apabila RM80 juta yang diwariskan pihak pengurusan lama tiba-tiba sudah habis dan menjadi negatif.-28/7/2011. - AD

GERAKAN TIMUR:
Satu persatu harta orang Melayu Selangor tergadai... mungkinkah nilai tanah di kawasan berkenaan yang tinggi mengakibatkan penutupannya?  

Apakah benar alasan-alasan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri?  

Atau sekadar mencari peluang untuk menutup kegagalan urustadbir yang mengakibat kerugian berjuta-juta ringgit?  

Pastinya, andai tanah ini berjaya dikomersilkan, Khalid bisa mendabik dada mengatakan Yayasan Selangor berjaya mencatat keuntungan, walhal dengan cara yang paling jijik, iaitu menggadaikan tanah milik bumiputera?

1 comment:

  1. Sebelum ini Institut Kemahiran Yayasan Selangor juga ditutup atas alasan tidak menguntungkan. Di Selangor, apa sahaja yang tidak menguntungkan walaupun ianya bertujuan untuk kebajikan kepada rakyat adalah TIDAK PERLU.

    Kalau nak tahu ceritanya rujuk di SINI

    Aku Yang Bingai

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...