Pada siri skandal Yayasan Selangor Menuju Kehancuran, GT telah fokus kepada pengurusan perkhidmatan yang ternyata gagal ditadbir dengan baik oleh Khalid selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Selangor dan telah dikupas dalam 3 artikel.
Kali ini, GT akan kupas dari sudut pengurusan perbelanjaan. Kali ini, kupasannya akan melebihi 3 artikel. Terlalu banyak yang perlu didedahkan... Selangor menangis!!!
Program Sambutan 40 Tahun Yayasan adalah idea dari Timbalan Pengurus Besar yang kemudiannya diluluskan oleh Pengurus Besar. Dengan kelulusan ini, beberapa program telah dirangka oleh Yayasan meliputi:
Bil | Perkara | Amaun (RM) |
1 | Pertanding memancing | 178,200 |
2 | Pembelian cenderahati dan pakaian | 206,040 |
3 | Pembelian 10 ribu naskah Al Quran | 225,000 |
4 | Jamuan Makan Perdana | 387,232 |
Jumlah | 996,472 |
Perlu GT nyatakan bahawa tiada belanjawan yang disediakan untuk majlis sambutan ini mengikut Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 2010. Program ini kemudiannya telah diluluskan oleh Pengurus Besar tanpa dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengarah utk pertimbangan atau kelulusan. Tindakan ini jelas telah meminggirkan ahli lembaga pengarah yang bertanggungjawab dalam meluluskan perbelanjaan Yayasan.
Ini membuktikan bahawa Pengurus Besar telah membuat keputusan sendiri dan seharusnya bertanggungjawab terhadap perkara ini. Timbalan Pengurus Besar sekadar membuat cadangan, bukan keputusan. Mengapa Timbalan Pengurus Besar sahaja yang dikenakan tindakan? Bagaimana pula dengan decision maker? Terlepas? Mengapa boleh terlepas? Adakah amalam kronisme berlaku disini???
Perbelanjaan untuk majlis ini yang mencecah RM 1 juta jelas tidak masuk akal dan tidak melambangkan idea penubuhan sebuah yayasan.
Ia lebih mirip kepada yayasan ini bapak aku yang punya!!! Apa lagi... joli katak laaaaaa....
Tunggu pendedahan pada PART 5 nanti...
bagus GT.. Bongkar lagi sampai terkangkang..info pntg yg ptt rakyat slangor tau..
ReplyDeletebagus GT.. Bongkar lagi sampai terkangkang..info pntg yg ptt rakyat slangor tau..
ReplyDelete