Bersama Berjuang

Showing posts with label DS Najib. Show all posts
Showing posts with label DS Najib. Show all posts

Tuesday, August 11, 2015

SULTAN JOHOR DAN PERDANA MENTERI DIFITNAH!

“A lie told often enough becomes the truth.” Kata-kata Vladimir Lenin ini ada kebenarnya lebih-lebih dengan perkembangan Internet dan media-media sosial yang menjadikan kita semua hidup dalam era maklumat di hujung jari.

Ada pihak yang cuba menangguk di air keruh apabila menyebarkan berita palsu melalui media sosial seperti Facebook dan Whatsapp yang mengatakan kehadiran YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri ke negeri Johor terpaksa melalui Lapangan Terbang Singapura.

Tidak cukup dengan itu, fitnah tersebut berterusan dengan memalitkan Perdana Menteri ke kancah politik kotor dengan penyebaran fitnah bahawa tiada kemudahan dan majlis sambutan dibuat bagi menyambut ketibaan Perdana Menteri oleh Kerajaan Negeri Johor atas titah Sultan Johor.


Cubaan mengheret institusi beraja Johor dilihat sebagai tindakan terdesak pihak pembangkang yang bermain persepsi dengan cubaan melemparkan persepsi negative terhadap hubungan antara Putrajaya dengan Kerajaan Negeri Johor serta insititusi beraja negeri Johor.

Walhal, Perdana Menteri dijadualkan untuk ke Singapura bagi memenuhi undangan Kerajaan Singapura bagi acara Hari Kebangsaan Singapura. Visual kereta bernombor plat negara Singapura yang digunakan oleh Perdana Menteri adalah disediakan oleh Kerajaan Singapura kepada Perdana Menteri untuk masuk ke Johor bagi tujuan merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang, sebelum kembali ke Singapura untuk acara rasmi di sana.

Infrastuktur telekomunikasi yang baik di Malaysia telah disalahgunakan oleh pihak pembangkang yang telah banyak menyebarkan fitnah dan tidak berlandaskan fakta. Tanpa mengira kesahihan sumber maklumat, mereka telah sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan liar tanpa bukti untuk menyokong hujah-hujah mereka. Fitnah dan penipuan yang ditanam hasil penyebaran maklumat palsu ini amatlah berbahaya kerana ianya akan meracuni pemikiran rakyat tanpa disedari.

Walaupun sesuatu maklumat tersebut adalah tidak benar, jika ianya diulang berulang kali maka ianya akan dipercayai sebagai maklumat yang betul. Ini secara tidak langsung akan membentuk persepsi rakyat untuk membenci kerajaan secara membuta-tuli dengan membuat pelbagai fitnah terhadap pemimpin negara termasuk cubaan mengaitkan pemimpin-pemimpin negara dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas.

Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada membunuh kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.

Firman Allah S.W.T :- “Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh” (Al-Baqarah : 217)

Dalam perkara ini, rakyat perlu lebih bijak dalam menentukan kesahihan sesuatu maklumat terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Ini penting bagi mengelakkan rakyat terpedaya dengan tipu helah pembangkang yang menggunakan taktik propaganda songsang, penentuan agenda dan sensasi.

Monday, January 20, 2014

Isu Kangkong: Siapa Yang Cuba Dilindungi???


Pasaran penawaran di negara ini diboloti oleh satu pihak sahaja. Apa-apa sahaja barangan yang dipasarkan, hanya golongan mereka sahaja yang boleh hidup, manakala seandainya ada campurtangan daripada pihak Kerajaan terutama sekali apabila memberi modal, mendidik dan menggalakkan Melayu-Bumiputera menceburi bidang tersebut, golongan yang sudah lama memonopoli pasaran kepenggunaan, akan segera bertindak, baik dengan cara kasar, mahupun dengan cara halus.

Perdana Menteri dalam ucapannya ketika merasmikan Program Pemberian Bantuan kepada Mangsa-Mangsa Banjir Peringkat Negeri Terengganu oleh UMNO Pusat, telah menyebut tentang KANGKONG yang mengalami penurunan harga tetapi tidak langsung disebut dan penurunan itu juga tidak mendapat perhatian daripada para penyokong Pakatan Rakyat.

Hari ini, dunia maya bersepah-sepah dengan bahan ejekan yang dibuat khusus dan secara kreatif oleh para penyokong Pakatan Rakyat untuk mengejek KANGKONG dan perbandingan yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Bagi mereka yang pernah hidup pada zaman inflasi dan kemelesetan ekonomi, kangkung meninggalkan nostalgia dan sentimen mendalam kepada mereka. Ini adalah kerana, ramai daripada mereka, terutama yang tinggal di perkampungan-perkampungan setinggan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur, sanggup mengambil kangkong-kangkong longkang yang tumbuh meliar untuk dimasak dan menggantikan nasi yang berasnya tidak mampu dibeli.

Perkara pokok yang menjadi isu ialah KENAIKAN HARGA. Sudah berkali-kali diterangkan bahawa harga komoditi dan servis di Malaysia tidak tertakluk kepada kuasa kerajaan sebaliknya tertakluk kepada teori harga, penawaran dan permintaan. Malangnya, para pecacai Pakatan Rakyat yang sudah buta perut, gagal dalam subjek Ekonomi sewaktu di bangku persekolahan tetap cuba merealisasikan teori karut mereka iaitu KERAJAAN SEBENARNYA YANG MENAIKKAN HARGA, bukan kuasa pasaran.

Mereka juga gagal menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan sebahagian daripada sistem perdagangan dunia yang membabitkan kesemua negara di planet ini. Mereka sentiasa melihat dan menganggap Malaysia sebagai sebuah kawasan yang tidak mempunyai perdagangan luar, tidak mengeksport atau mengimport, tidak melakukan pertukaran barter atau tidak menjadi hub atau feedlot.

Dan lebih aneh lagi ialah apabila mereka berjaya pula meyakinkan ramai rakyat Malaysia bahawa semua barangan yang dikehendaki, tidak perlu diperolehi dari luar, sebaliknya tertanam di tanah Malaysia.

Tidak ada satu negara pun di dunia ini, sekarang ini mengalami penurunan harga, baik barangan, komoditi, makanan mahupun perkhidmatan. Walaupun beberapa negara seperti Greece dan Sepanyol memberikan subsidi yang besar kepada rakyat dalam usaha mempopularkan kerajaan yang memerintah, apa yang berlaku selepas itu ialah, kedua-dua negara tersebut berada di ambang kemusnahan dengan peluang pekerjaan hampir ke paras 0%. Kedua-dua negara itu kini hidup dalam keadaan muflis dan rakyatnya yang suatu ketika dahulu berbangga kerana negara mereka banyak memberikan subsidi, kini terumbang-ambing dan terpaksa mengharapkan belas ehsan daripada pihak luar.

Kangkung turun harga dan ianya memang berita benar. Siapa sebenarnya yang mengalami kerugian atau pengurangan keuntungan daripada penurunan harga kangkung? Apa yang perlu dilakukan untuk menaikkan semula kadar harga kangkung yang sudah turun itu?

Kangkung tiba-tiba menjadi peluru terbaik oleh para pecacai Pakatan Rakyat untuk menghentam Najib Abdul Razak dan UMNO sekaligus menutup ruang-ruang kritikan, cemuhan atau kebencian terhadap perbuatan Pakatan Rakyat dalam menaikkan sentimen permusuhan di kalangan rakyat negara ini menerusi polemik KALIMAH ALLAH, Bible Berbahasa Melayu, mahupun tindakan JAIS menyerbu premis The Bible Society of Malaysia yang sebenarnya sudah terkantoi besar bagi tujuan politik di Sarawak. Pakatan Rakyat dan jentera-jentera propaganda mereka gagal menjawab isu kereta mewah yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng.

Justeru, apabila Najib Abdul Razak menyatakan tentang kangkung turun harga, inilah masanya untuk mereka mengalihkan perhatian. Isu kangkung telah digunakan dengan seluas-luasnya. Ramai yang terikut-ikut dengan permainan ini sehingga lupa apa sebenarnya yang sedang berlaku, terutama sekali kegiatan DAP di Selangor yang sedang giat merampas tanah-tanah yang telah dicabut status TOLnya dan menempatkan pelbagai premis entiti untuk masyarakat marhein.

Lebih menarik lagi ialah apabila para pecacai Pakatan Rakyat tidak langsung menghiraukan faktor penurunan dan kenaikan harga seperti yang dinyatakan oleh Najib Abdul Razak dalam ucapannya di Kemaman, sebaliknya melawak-lawakkan Kangkung yang bagi mereka merupakan makanan hina yang tidak penting.

Ada dua perkara yang boleh dirumuskan dalam isu KANGKUNG ini iaitu; pertama, Pakatan Rakyat terlalu terdesak sehingga perlu memutarbelitkan isu sebenar dan dalam isu KANGKUNG, mereka telah berjaya melakukannya; kedua, para pecacai Pakatan Rakyat memang dari jenis yang telah ditololkan dan langsung tidak faham teori serta konsep ekonomi, termasuklah ekonomi Islam yang turut membenarkan pasaran menguasai permintaan dan harga.

Disebabkan itulah, mereka tidak malu-malu untuk menjadikan KANGKUNG sebagai isu untuk membalun UMNO dan Najib Abdul Razak sekaligus membantu para pemborong yang membekalkan kangkung ke pasaran untuk menaikkan harga komoditi tersebut.

Justeru, maafkanlah mereka kerana kejahilan mereka yang sangat diperlukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya yang berjenama LGBT seperti Anwar Ibrahim mahupun yang berfahaman Islam songsang seperti pak-pak lebai PAS.

Sumber: MyKMU

Sunday, September 15, 2013

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera... Najib Razak Belajar Dari Morsi Mesir???


Bersabarlah… ambil ikhtibar dari kejatuhan Morsi di Mesir gara-gara tidak sabar untuk menunjukkan bahawa beliau pro Islam, dengan membuka pintu Rafah dengan segera setelah diangkat sebagai Perdana Menteri. 

Akhirnya, pihak zionis Israel dan Amerika sakit mata dan hati, lantas terjadilah apa yang kita semua lihat pada hari ini. Itu belum dikira kegagalannya menyelesaikan masalah utama; bekalan makanan kepada rakyat Mesir, yg mengakibatkan ramai menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dan berpihak kepada tentera.

Baca seterusnya DISINI

Wednesday, September 11, 2013

Apa Lagi Yang Rakyat Mahu ??? (Sila Lihat Senarai)


Setelah mengalami ‘kejutan’ dalam PRU-13 lalu, BN terus mengharungi berbagai cabaran dalam usaha meneruskan pemerintahan.  Sejurus selepas PRU, BN perlu berhadapan dengan serangan dari pembangkang dalam bentuk demonstrasi dan fitnah yang tidak kunjung henti.  Bagaimanapun, setelah beberapa ketika, serangan pembangkang semakin reda.  Kalau adapun, ianya tidaklah sehebat mana, malah jelas terlihat seolah-olah ia hanyalah usaha untuk mengalih perhatian. 

Sebaliknya, apa yang berlaku ialah BN menghadapi serangan dari pihak penyokong sendiri. 

Serangan yang pada mulanya berupa persoalan, semakin hari semakin hangat sehingga mencetuskan ketegangan sama ada sesama blogger mahupun pihak atasan.  Akhir-akhir ini, serangan dari penyokong BN telah mencapai tahap tertinggi iaitu terus kepada Perdana Menteri dan mereka-mereka di sekeliling beliau. 

Jika diteliti, serangan dari pihak penyokong BN ini bermula sejak barisan kabinet diumumkan lagi.  Jelas, ramai yang tidak berpuas hati dengan barisan kabinet yang menyenaraikan muka-muka yang pernah menjadi kontroversi.  Semakin hari, serangan semakin hebat sehingga hampir mengaburi segala kebaikan dan pencapaian BN sepanjang pemerintahan Dato’ Seri Najib Razak. 

Untuk berlaku adil, rakyat harus menilai kepimpinan tanpa terbawa-bawa dengan emosi.  Di masa yang sama, kepimpinan juga perlu berlaku adil dengan mengambilkira resah hati rakyat tanpa terbawa-bawa dengan ego dan juga kepentingan diri. 

Sehingga ke hari ini, kita tidak dapat menafikan bahawa Dato’ Seri Najib telah melakukan begitu banyak perubahan dan kebaikan kepada rakyat dan negara.  Antaranya: 

11 Julai 2009 – Mengumumkan penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.

7 Jan 2010 – Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.

31 Jan 2010 – Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.

28 Jan 2010 – Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.

19 Feb 2011 – Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.

22 Jun 2011 – Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia

7 Okt 2011 – Memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah yang kni menjadi inisiatif tahunan

 4 Julai 2011 – Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

7 Julai 2011 – Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4

7 Julai 2011 – Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.

19 Dis 2011 – Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.

18 Feb 2012 – Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.

23 Jun 2012 – Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.

24 Jun 2012 – Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.

7 Julai 2012 – Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.

14 Julai 2012 – Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.

7 Ogos 2012 – Memperkenal kad ’1Malaysia Privilege Card’ khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.

28 Sept 2012 – Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.

12 Nov 2012 – Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.

15 Feb 2013 – Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

16 Mac 2013 – Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

28 Sept 2012 – Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat.

15 Dis 2012 – Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

23 Feb 2010 – Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.

23 Feb 2010 – Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.

25 Mac 2013 – Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS).

25 Okt 2010 – Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).

11 Jan 2011 – Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.

7 Okt 2011 – Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti.

Program-program yang disenaraikan di atas adalah yang melibatkan rakyat secara langsung.  Walaupun kelihatan begitu banyak sekali, tetapi entah kenapa masih terdapat rungutan di kalangan rakyat, terutama bumiputera yang merasakan diri mereka dipinggirkan oleh kerajaan. 

Rakyat, terutama bumiputera yang menyokong BN, mempersoalkan kerajaan kerana tunduk kepada desakan pembangkang untuk menghapuskan Akta Pencegahan dan Keselamatan Dalam Negeri sekali gus membebaskan tahanan terus ke dalam masyarakat.  Keputusan ini ternyata salah apabila kadar jenayah meningkat secara drastik.

Sikap beberapa anggota kabinet yang angkuh, samseng dan tidak beretika turut menambah keraguan rakyat terhadap kerajaan.   Apatah lagi apabila rakyat telah terlebih awal melihat perlantikan mereka sebagai satu kesilapan.   

Justeru, terbentuklah persepsi bahawa kerajaan tidak punya kredibiliti, takut kepada pembangkang dan tidak mendengar suara rakyat.  Akibatnya, setiap satu yang dilakukan kerajaan semuanya diragui kerana rakyat telah memutuskan bahawa kerajaan hanya mementingkan pembangkang dan minoriti selain menjaga kepentingan sendiri.  

Dan nampaknya, setakat ini, masih tiada penjelasan yang mampu memulihkan persepsi negatif ini.   

Pengumuman pengurangan subsidi minyak baru-baru ini dilihat bagaikan simbahan petrol ke atas api yang sedang membara.  Rakyat kini mula memperinci keputusan kerajaan dari segi ekonomi.  Kejatuhan ringgit, kelembapan pasaran, penurunan kadar eksport, pelaburan asing yang tidak menggalakkan dan sebagainya diambil sebagai bukti bahawa kerajaan tidak cekap. 

Walaupun pada dasarnya rakyat turut menyalahkan pembangkang kerana sering memburukkan Malaysia sehingga menyebabkan pelaburan asing jatuh tetapi alasan ini masih tidak mampu mengurangkan marah mereka terhadap kerajaan.  Bagi rakyat, alasan pelaburan asing semata-mata adalah tidak cukup bagi menjelaskan keadaan ekonomi Malaysia yang semakin merudum. 

Rakyat tertanya-tanya, sejak bila Malaysia perlu bergantung kepada pelaburan langsung asing semata-mata?  Di mana projek-projek yang mampu menjana ekonomi negara?  Kenapa tidak dimantapkan ekonomi domestik?  Dan ke manakah dilaburkan hutang yang menjulang tinggi itu?  

Secara ringkasnya, rakyat tidak melihat sesuatu yang signifikan dalam usaha menjana ekonomi. 

Lebih menyukarkan lagi ialah apabila rakyat turut maklum akan kewujudan begitu ramai konsultan dan pakar-pakar yang membantu dan menasihat kerajaan dalam urusan pentadbiran negara.  Persoalan yang menerjah minda mereka tentulah, apa gunanya semua konsultan dan pakar jika mereka tidak mampu membawa negara ke arah kecemerlangan sebaliknya semakin hari semakin menjunam, semakin merudum dari segala segi? 

Namun, apa yang benar-benar membuat rakyat marah ialah apabila mengetahui bahawa semua konsultan dan pakar-pakar, termasuk dari luar negara itu dibayar berjuta-juta ringgit dalam keadaan ekonomi semakin merosot.

Justeru, rakyat mula membandingkan Malaysia di kala menjadi Harimau Asia tidak memerlukan konsultan asing tetapi hanya bergantung kepada kepakaran anak Malaysia yang berpengalaman dan telah terbukti berjaya, untuk membantu kerajaan. 

Keadaan bertambah buruk apabila rakyat mengetahui bahawa beberapa individu yang terlibat menasihat dan membantu kerajaan, mempunyai latarbelakang yang diragui iaitu cenderung menyokong pembangkang.  Malah ada juga yang mempunyai kehidupan peribadi liar, yang tidak sepatutnya bagi seorang yang terlibat dalam rahsia negara.  Akibatnya, rakyat tidak dapat mengelak dari terus meragui kerajaan apabila membayangkan bagaimana individu seperti itu mempunyai akses kepada maklumat sulit serta strategi keselamatan negara.   Mengambil mudah persepsi rakyat adalah satu risiko yang BN tidak mampu tangani. 

Dalam era teknologi maklumat ini, tiada apa yang menjadi rahsia lagi.  Untuk pengetahuan, senario di syarikat-syarikat milik kerajaan atau GLC turut menyumbang kepada persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan.  Apa yang berlaku dengan MAS-Air Asia sehingga kedua-duanya perlu membayar denda RM10 juta menguatkan persepsi ini.   Malah, di laman-laman sosial, rungutan dari mereka yang berkait dengan GLC cukup lantang memperkatakan tentang permainan halus untuk menyingkir para nasionalis dari jawatan atasan.  Rakyat kini memerhatikan apa yang berlaku di Petronas dengan dekat. 

Tindakan kerajaan melantik personaliti yang mempunyai imej buruk di mata rakyat sebagai peneraju syarikat-syarikat yang berkait dengan kerajaan pula seolah-olah ingin membuktikan bahawa semua persepsi rakyat itu benar belaka. 

Kecenderungan tunduk pada desakan pembangkang, keputusan yang berunsur liberalis iaitu mementingkan keterbukaan pasaran yang keuntungan golongan kaya, memujuk golongan miskin dengan BR1M yang tidak memberi apa-apa makna dalam persaingan ekonomi yang semakin sengit, perlantikan personaliti kontroversi ke kabinet dan GLC serta ketiadaan projek yang signifikan untuk menjana pendapatan menjadikan rakyat memandang kerajaan dengan pandangan yang sinis sekali.  Pengurangan subsidi hanyalah ‘alat kawalan jauh’ bagi sebuah bom jangka. 

Perit untuk diakui bahawa segala konsultan untuk membina dan memulihkan imej, memperkenalkan slogan, ‘branding’ atau ‘rebranding’ yang bernilai berjuta-juta, telah akhirnya memburukkan lagi imej kerajaan. 

Walaupun kerajaan berjanji tidak akan meminggirkan bumiputera biar apapun berlaku, namun persoalannya, bagaimanakah kerajaan mengatasi persepsi buruk yang telah terpahat kuat ini?  Rakyat inginkan bukti, bukan janji. Rakyat ingin melihat hasil, bukan persembahan ‘powerpoint’ yang hebat.  Rakyat ingin melihat ‘kerja’ bukan ‘politik’.  Hentikan tindakan melantik seseorang atau berbuat sesuatu atas alasan politik.  Kita ingin melihat BN memerintah selama-lamanya, bukan sehingga PRU-14 sahaja.

Akhir sekali, inilah diingatkan bahawa jika subsidi dikurangkan lagi tanpa terlebih dahulu  mengatasi persepsi buruk ini, maka BN pasti akan mengalami mimpi ngeri dalam PRU-14 nanti. 

Friday, March 29, 2013

PRU 13:Najib Razak Yakin Dengan 2/3 Majoriti... Apa Plan Terbaru Anwar Sulu?



Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini.  Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.  

Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini. 

Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu.  Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.  

Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah. 

Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?  

Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.  

Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.  

Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?

Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri.  Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.  

Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik. Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.   

Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman.  Malah, ‘Arab Spring’ merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?

Sedang Anwar sentiasa berada di dalam ‘mode’ menyerang kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato’ Seri Najib pula amat bertentangan dengannya.   

Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.  


Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’ Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti. Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini.  Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.  

Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja.  Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020.  Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC. 

Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.  

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan.  Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato’ Seri Najib pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak.  

Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional.

Thursday, February 14, 2013

Modus Operandi DAP Terhadap Najib Razak.... FAILED!!!



Harapan PR khususnya DAP untuk melihat penduduk Pulau Pinang memboikot majlis sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN nampaknya tidak kesampaian walaupun berhari-hari sebelumnya jentera propaganda DAP kerap memainkan isu pembaziran wang rakyat.

Hatta cubaan DAP dan PR untuk memalukan PM kononnya rakyat Pulau Pinang dan orang ramai yang hadir menolak kehadiran BN juga menemui kehampaan bila mana ketika PM mengajukan soalan "Are you ready for BN" sebahagian besar hadirin menjawab “Yes” dan “Ready” manakala pekikan "No" hanya datang dari segelintir penyokong PR yang berada berdekatan jururakam video itu sahaja.

Dianggarkan lebih 80,000 orang hadirin yang majoritinya keturunan Tionghua dan selebihnya dari kaum Melayu dan India tetap membanjiri lokasi sambutan perayaan, sekaligus mengatasi jangkaan awal yang majlis tersebut hanya akan dihadiri oleh kira-kira 50,000 orang sahaja.

Mereka bukan sahaja datang untuk mengikuti persembahan hiburan dari superstar Korea, Psy dan lagu tarian kuda Oppa Gangnam Style tetapi yang lebih penting masing-masing mengambil peluang untuk beramah mesra dengan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.

Ternyata makin lama propaganda DAP dan PR kian hilang bisanya apabila khalayak umum tidak lagi menerima bulat-bulat tohmahan DAP kononnya penganjuran majlis tersebut yang diserikan dengan persembahan Psy telah menyebabkan pembaziran berjuta ringgit duit rakyat.

Walhal, jika benar penganjuran majlis perayaan sempena Tahun Baru Cina ini dianggap satu pembaziran sebagaimana didakwa oleh DAP, bukankah kehadiran sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di majlis tersebut boleh diumpamakan sebagai bersekongkol menyokong pembaziran? 

Tak terdetik rasa malukah dalam diri Setiausaha Agung DAP itu terhegeh-hegeh hadir menyaksikan sama persembahan Psy tatkala parti sendiri sibuk mencanangkan propaganda kehadiran artis popular Korea itu adalah satu pembaziran dan tidak berfaedah?

Hakikatnya majoriti rakyat tahu segala urusan perbelanjaan langsung tidak melibatkan wang rakyat atau wang pembayar cukai. Sebaliknya keseluruhan kos penganjuran ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta yang kemudiannya akan beroleh kelebihan dari segi rebet percukaian kerana program yang ditaja turut melibatkan kepentingan umum.

Bayaran kepada Psy yang mencecah RM2.3 juta untuk persembahan selama lebih kurang 15 minit mungkin mahal, tapi kehadirannya nyata memberi impak positif kepada industri perlancongan Pulau Pinang apabila ia turut menggamit kehadiran orang ramai dari seluruh negara.

Ia nyata berbaloi dan jauh lebih bermanfaat berbanding dengan program hiburan larut malam dan memabukkan di Batu Feringgi yang pernah dianjurkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan kerjasama syarikat arak, Carlsberg pada November 2012 yang lalu yang menelan belanja RM3 juta.

Dalam pada itu, gesaan Lim Guan Eng supaya penyokong PR hadir dengan pakaian berwarna merah, kuning, hijau dan oren juga tidak mendapat sambutan seperti diboikot penyokong sendiri apabila hanya segelintir sahaja yang sanggup meneruskan provokasi politik busuk sedemikian di majlis perayaan itu.

Jelas sekali penyokong PR sendiri agak segan untuk menjayakan provokasi politik itu, barangkali mereka keliru dengan mainan propaganda DAP dan PR yang mencemuh majlis tersebut atas alasan pembaziran tapi di masa yang sama mengarahkan pula penyokong PR hadir seumpama menyokong pula pembaziran yang didakwa. 

Melihatkan senario ini, tampak jelas majoriti rakyat kian jauh dari jangkauan PR. Malang benar nasib PR, bukan sahaja kempen provokasi dan propaganda mereka telah diboikot oleh penyokong sendiri malah masyarakat Cina juga kian hari cuba menjarakkan diri dari terus dikaitkan dengan DAP & PR.

Tuesday, October 2, 2012

Bajet 2013: "Man (-al) La Yashkurun-nasa La Yashkurullah"



Rata-rata kedengaran rakyat mengucapkan syukur atas pembentangan Bajet oleh Dato’ Seri Najib yang menyeluruh, padat dan tepat. Nampaknya, tiada yang terpinggir dari mendapat perhatian kerajaan iaitu dari golongan miskin dan sederhana serta merangkumi semua golongan seperti pelajar, pekerja, petani sehinggalah OKU, menunjukkan yang ianya dirancang dengan penuh prihatin lagi terperinci.

Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat luar bandar dan golongan miskin bandar adalah golongan yang paling ‘tercabar’ untuk bersaing dalam pembangunan yang begitu yang pesat dan ekonomi yang tidak menentu. Dengan itu, seperti kelaziman, kerajaan tidak pernah melupakan golongan ini dalam pembentangan Bajet tahunan. Rumah-rumah kos rendah dan berbagai program bantuan dan peningkatan pendapatan telah disusun khas untuk golongan ini bagi memastikan kesejahteraan mereka dalam jangka masa panjang.

Namun, hakikat hari ini ialah golongan berpendapatan sederhana iaitu dalam lingkungan RM3,000 – RM5,000 di bandar juga tidak terkecuali dari tekanan hebat peningkatan kos sara hidup. Golongan ini diwakili oleh mereka-mereka yang telah berkeluarga di mana pemilikan hartanah dan pendidikan anak-anak merupakan keutamaan.

Secara dasarnya, sebuah keluarga di bandar memerlukan sekurang-kurangnya dua buah kenderaan untuk memastikan segala-galanya ‘berfungsi’ dengan baik. Maka, kos bagi dua buah kenderaan dan sebuah rumah selalunya sudah menjangkau separuh dari pendapatan bulanan mereka. Itu belum lagi dikira kos pembantu rumah atau pengasuh, tadika, bas sekolah, kelas agama, tuisyen, keperluan harian serta kecemasan. Selain itu, kos sampingan yang perlu ditanggung mereka secara harian semata-mata untuk bekerja, seperti minyak, tol serta parkir yang tinggi di bandaraya Kuala Lumpur amatlah membebankan.

Dengan pendapatan sebegini, adalah sukar bagi sesebuah keluarga berpendapatan sederhana untuk membuat simpanan atau pelaburan untuk masa depan. Oleh itu, ramai yang memilih untuk berniaga sambilan bagi memastikan ekonomi rumahtangga mereka lebih ‘selesa’.

Akibatnya, masa berkualiti keluarga ini amat terhad, di mana masa ibu bapa banyak dihabiskan dalam kesesakan lalu-lintas, bekerja sambilan atau keletihan lalu menyebabkan anak-anak terabai sehingga menyumbang kepada masalah yang lain pula di dalam masyarakat, seterusnya, negara.

Alhamdulillah, nampaknya kerajaan cukup maklum dan sedar akan masalah yang membelenggu golongan ini sebagaimana terbukti dalam Bajet yang dibentangkan semalam. Antaranya, pengumuman mengenai rumah mampu milik sebanyak 123,000 unit di kawasan Sungai Buloh dan Seremban, iaitu kawasan di mana golongan ini tertumpu bagi mengelak kos sara hidup yang tinggi di bandar.

Selain itu, Skim Rumah Pertama yang sebelum ini dibuka kepada mereka yang berpendapatan bawah RM3,000 kini ditingkatkan kepada RM5,000 dengan gabungan pendapatan isi rumah di bawah RM10,000 bagi rumah di bawah harga RM400,000 juga pastinya mensasarkan kepada golongan ini.

Tidak cukup dengan itu, pengurangan cukai pendapatan sebanyak 1% bagi pendapatan RM2,500 – RM50,000 juga dilihat mampu mengurangkan beban golongan berpendapatan sederhana ini.

Perlu diingatkan bahawa golongan berpendapatan sederhana bukan sahaja melibatkan pekerja kerajaan atau kakitangan awam, tetapi juga pekerja-pekerja swasta. Seperti yang kita maklum, pekerja swasta tentunya tidak berpeluang menikmati kemudahan pinjaman perumahan sepertimana kakitangan kerajaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa walaupun Bajet yang dibentangkan kerajaan adalah menyeluruh iaitu melibatkan golongan petani, pelajar, kakitangan kerajaan, polis, perubatan, tentera sehinggalah kepada peniaga dan korporat, tetapi ramai yang terlepas pandang akan golongan pekerja swasta. Oleh itu, pekerja swasta telah biasa merasa terpinggir dalam pengumuman Bajet oleh kerajaan.

Namun, dengan skim atau program perumahan yang dibentangkan dalam Bajet semalam, pekerja swasta kini boleh sama-sama tersenyum dan berterima kasih kepada kerajaan kerana turut berpeluang menikmatinya.

Justeru, tidak salah jika dikatakan bahawa Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri adalah bajet yang terbaik, tepat dan lengkap. Pembangkang boleh menuduhnya sebagai Bajet Pilihanraya atau apa saja, tetapi apakah salahnya Bajet Pilihanraya sekiranya ia berasaskan kemampuan sebenar setelah diambilkira maklumat kewangan yang tepat?

Bukannya seperti Bajet Alternatif yang disediakan dengan menggunakan imaginasi semata-mata di mana hasilnya ialah bajet khayalan yang tidak masuk akal dan mampu mengbankrapkan negara.

Jadi, bukankah seratus kali lebih baik bagi rakyat untuk memilih kerajaan yang membentangkan Bajet Pilihanraya daripada memilih pembangkang yang berkhayal sambil mencanangkan Bajet Imaginasi?

Thursday, September 27, 2012

GEMPAR!!! Kajian UMCEDEL Buktikan Mahfuz Omar Lebih Popular Dari Najib Razak Untuk Jadi PM??? Perrghh..



Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak sehingga kini terus menjadi pilihan sebahagian besar rakyat Malaysia apabila 58% daripada 1,536 respondan yang dikajiselidik cukup selesa berada di bawah kepimpinannya.

Senario tersebut dapat dilihat dari keputusan kajiselidik terbaru yang dijalankan oleh Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL). Dalam kajian Mac lepas, UMCEDEL merekodkan populariti Najib berada pada aras 61%, sedikit tinggi berbanding laporan terkini yang dipaparkan. 

Mungkin bagi pembangkang kejatuhan 3% populariti Najib adalah satu berita baik untuk mereka atau barangkali penurunan itu akan dikaitkan dengan 'kejayaan' PR menganjurkan beberapa siri demonstrasi jalanan seperti BERSIH 3.0, Himpunan Oren dan Janji Demokrasi.

Penurunan 3% tahap populariti PM itu bagaimanapun bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana turun naik populariti seseorang pemimpin utama negara sudah menjadi satu perkara biasa dan jarang statik pada satu-satu tahap sahaja.

Hakikat tersebut diakui ramai penganalisis politik dan mereka percaya ia hanya bersifat sementara sementelah lagi angka 58% itu jauh lebih baik berbanding rekod terendah hanya 45% respondan sahaja yang selesa dengan corak pentadbiran Najib semasa beliau baru mengalas jawatan tersebut pada April 2009.

Jika populariti Najib terus kekal di atas paras 50%, mana-mana pemimpin pembangkang khususnya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akan berdepan kesukaran untuk menggugat kedudukan Najib sebagai PM malah peluang PR merampas tampuk pemerintahan negara dari BN juga ibarat jauh panggang dari api.

Kerana memahami realiti itulah, Anwar dan ramai pemimpin PR cukup aggresif melakukan serangan peribadi terhadap Najib dan isterinya tapi hingga kini satu demi satu usaha tersebut menemui kegagalan.

Mungkin sedikit sebanyak serangan politik terancang yang dilakukan pembangkang ada kalanya berjaya memalitkan sedikit persepsi buruk pada Najib dan BN, namun ia biasanya tidak bertahan lama kerana kebenaran selalunya akan mengatasi kebatilan.

Lagipun, sejak Malaysia diterajui oleh Najib setelah mengambil alih jawatan PM dari Tun Abdullah Badawi Mei 2009, sudah banyak perubahan positif dirasai rakyat jelata. 

Pelbagai program transformasi yang diilhamkan oleh Najib yang semakin menunjukkan hasilnya jika dibandingkan dengan jerit pekik dan propaganda kosong yang digebang oleh Anwar dan pakatan pembangkang, jelas wujud perbezaan ketara di antara kedua-duanya.

Dari situ, masyarakat umum sudah dapat menilai mana satu yang bermanfaat dan mana satu yang membawa mudarat. Itu hakikat yang menjadi faktor utama dan diambil kira oleh rakyat jelata dalam menentukan kelayakan seseorang pemimpin. 

Najib telah menunjukkan kemampuannya memacu pembangunan negara malah ternyata cukup tahan layak dalam menghadapi kerenah pembangkang yang banyak ragam. Dan beliau telah membuktikan sikap caknanya terhadap kehidupan rakyat jelata, satu sikap murni yang diwarisinya dari Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak.

Justeru itu tidak salah untuk kita jangkakan apabila tiba PRU 13 kelak, akhirnya majoriti rakyat akan memuktamadkan pilihan mereka dengan memberikan kemenangan yang lebih besar kepada Najib dan pasukannya bagi meneruskan kesinambungan memakmurkan tanahair tercinta ini.

Jangan berangan lah Mahfuzzz ooiiiii... Muahahahahahaha..

Bajet 2013 - Kerajaan Tawar Kemakmuran, PR Tawar Bintang Dan Matahari!!! Lu Pikir Lah Sendiri!!! Jgn Jadi Badut!!!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013 pada hari Jumaat 28 September.

Ini merupakan bajet yang ke empat yang dibentangkan di Dewan Rakyat sejak memegang tampuk pentadbiran negara pada April 2009.

Walaupun ramai yang mengatakan ini adalah bajet pilihan raya kerana ini adalah bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang hingga April tahun depan, namun bagi kerajaan Barisan Nasional ia adalah sama sahaja, samada pilihan raya atau tidak.

Program serta projek pembangunan bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara perlu diteruskan walaupun rakyat bakal memilih parti mana yang bakal menerajui kerajaan untuk tempoh lima tahun akan datang.

BN sentiasa yakin sokongan padu rakyat kerana ia tidak perlu berbohong mengenai rekodnya yang cemerlang jika dibandingkan dengan pembangkang.

Sebab itu tidak salah kalau Perdana Menteri memberi lebih tumpuan kepada kebajikan rakyat dan pertumbuhan ekonomi dalam belanjawan kali ini.

Malah jika belanjawan kali ini pro-rakyat adalah kerana itulah yang dijanjikan oleh Datuk Seri Najib ketika melancarkan slogan pentadbirannya yang mendahului rakyat dalam segala aspek program pembangunan negara.

Setakat ini Perdana Menteri telah menepati segala janjinya yang dibuat kepada rakyat ketika melafazkan sumpah jawatan dahulu.

Inilah yang menjadi jurang perbezaan yang amat ketara antara kerajaan BN dan pembangkang yang menamakan diri mereka Pakatan Rakyat.

Jika dilihat daripada kemelut air yang berlanjutan di Selangor, kegagalan kerajaan negeri PAS Kelantan membekalkan air bersih kepada rakyat, usaha menumbangkan Menteri Besar PAS oleh anggota Exco daripada parti sendiri dan sikap rasis, sombong dan bongkak yang ditunjukkan oleh DAP di Pulau Pinang, tidak silap kalau dikatakan pembangkang hanyalah satu pakatan untuk menipu rakyat.

Sementara kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib mengorak langkah dan menyusun strategi rapi untuk meningkatkan tahap pendapatan rakyat dan negara di tahun-tahun mendatang, Ketua Pembangkang pula tidak segan silu menabur janji-janji manis yang beliau sendiri tahu tidak mampu di tepatinya.

Ambil sahaja contoh janji-janji yang dibuat Anwar untuk meraih undi antaranya menurunkan harga petrol, menjanjikan pendidikan percuma, menghapuskan PTPTN, menurunkan harga kereta dan terakhir menjanjikan rumah mampu milik kepada rakyat.

Memang bunyinya sedap didengar dan apabila dibaca janji-janji ini di dalam kitab mereka yang dinamakan Buku Jingga, ada juga yang terpikat dan terpangaruh.

Namun hakikatnya adakah semua janji yang dibuat pembangkang praktikal kepada rakyat dan menguntungkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang?

Umpamanya Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ingin menjadi juara kereta murah.

Jika kereta murah memang berduyun-duyun rakyat daripada setiap lapisan masyarakat mungkin akan mampu memiliki kereta idaman mereka tetapi bagaimana pula dengan perancangan untuk mengurangkan kesesakan dan juga kemalangan.

Jika jumlah kereta sudah sesak di jalan raya, kerajaan terpaksa pula membina lebih banyak jalan dan lebuh raya untuk mengatasi kesesakan.

Tol pula perlu dikenakan di lebuh raya baru oleh syarikat konsesi untuk tempoh beberapa dekad.

Rakyat kini merungut kerana di kebanyakan kawasan perumahan tempat meletak kereta tidak mencukupi.

Sudahkah Rafizi memikirkan bagaimana mengatasi masalah tempat parkir yang amat terhad jika cadangan beliau itu menghasilkan lambakan kereta yang tidak terkawal?

Contoh yang mudah ini sudah cukup untuk membuat rakyat faham bahawa pembangkang tidak mampu menjana penyelesaian kepada masalah yang dihadapi samada sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Anwar hanya menyediakan alternatif bukannya penyelesaian - jika harga petrol kini didakwa tinggi, beliau hanya mengambil jalan mudah dan populis dengan berjanji untuk menurunkan harga.

Begitu juga dengan PTPTN - jika kini pinjaman diberikan kepada ribuan pelajar kolejm dan universiti, Anwar hanya mengambil jalan mudah untuk menghapuskan segala hutang PTPTN dan menjanjikan pendidikan percuma.

Persoalannya adakah pernah Anwar menerangkan walaupun sedikit kepada rakyat cara mana atau mekanisma cadangan-cadangan beliau atau yang terdapat di dalam Buku Jingga ingin dilaksanakan? 

Bagi kerajaan BN pula, setiap dasar, program dan projek pembangunan yang hendak dijalankan telah melalui satu proses penilaian yang ketat supaya apabila dilaksanakan kelak menepati tujuan dan matlamat.

Bukannya seperti program air percuma Pakatan Rakyat di Selangor tetapi akhirnya rakyat sendiri yang menyaman kerajaan negeri kerana tidak mampu menunaikan janji.

Monday, September 17, 2012

Fahami "Man La Yasykurun-nasa La Yasykurullah"?


GT sangat setuju dengan artikel ini kerana ramai kawan-kawan GT yang berlonggok nun di sebelah sana menggunakan hujah pendek akal ini.  

Sedar tak sedar, mereka semakin jauh dihanyutkan oleh permainan politik pembangkang.  Anda mesti baca dan wajib tahu tentang ini. 

"Man La Yasykurun-nasa La Yasykurullah" - KLIK SINI

Monday, September 10, 2012

Pakatan Rakyat Panggil Najib Firaun... Boleh Tak Kita Sebut Anwarnirrajim???



Membaca tulisan terbaru dari blog pro pembangkang, suarapakatanrakyat.com bertajuk "Buat Apa Minta Maaf Maaf Pada Firaun Seperti Najib?", pastinya membuatkan hati kita membuak marah dengan tulisannya yang agak melampau dan berbaur fitnah.

Blog tersebut bukan sahaja telah mempertikaikan kesediaan ibu bapa kepada Mohamad Ammar Ab Rahman dan Ong Sing Yee untuk memohon maaf dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di atas kesilapan yang dilakukan anak-anak mereka.

Malah tanpa berselindung turut memperlekehkan tindakan ibu bapa terbabit sebagai satu kelemahan yang ketara dan tidak patut dilakukan apatah lagi memohon maaf dengan DS Najib yang digelarnya sebagai firaun kedua selepas Tun Dr Mahathir.

Padahal apa sahaja agama mahupun bangsa atas dunia ini tidak ada satupun yang memandang remeh kesediaan seseorang insan memohon maaf atas keterlanjuran yang berlaku, sebaliknya menyanjung tinggi kesedaran yang datang dari hati yang tulus ikhlas.

Gelaran firaun yang dilemparkan terhadap DS Najib pula ternyata agak melampau dan terbukti memperlihatkan sikapnya yang kurang ajar serta tidak beradab. 

Melihat pada gambar replika kepala firaun dengan logo UMNO seperti terpampang di blog tersebut pula bukan setakat menyebabkan amarah kita membuak-buak tetapi juga mengimbas kembali ingatan kita kepada gerakan reformasi yang terkenal dengan kempen melampaui batas dan kurang ajar satu ketika dulu.

Ternyata doktrin kebencian dan sikap kurang ajar yang disemai oleh pemimpin pembangkang semasa zaman gelap reformasi tahun 1990-an dulu nampaknya masih lagi kuat melekat dikalangan sebahagian besar penyokong totoknya.

Bertahun-tahun dulu di zaman kegelapan reformasi tersebut, panggilan mahafiraun, mahazalim dan sebagainya cukup popular meniti dari bibir ke bibir penyokong pembangkang yang bergabung tenaga di belakang Anwar Ibrahim. 

Tidak cukup dengan gelaran-gelaran itu, diguna pula kreativiti mereka dengan memuat naik gambar superimposed Dr Mahathir yang sengaja diperlihatkan seperti firaun.

Apa yang berlaku dulu kini seperti cuba dilaksanakan kembali menunjukkan hakikat yang PR sudah ketandusan idea dalam mendepani cabaran PRU 13 yang semakin hampir disebalik tanda-tanda nyata kekuatan mereka sudah kian merudum.

Memfitnah DS Najib dengan gelaran firaun dan kononnya zalim mungkin berjaya menambah kebencian penyokong pembangkang terhadap kepimpinan DS Najib yang menerajui Kerajaan Barisan Nasional, namun realitinya majoriti rakyat tidak dapat menerima kempen politik yang melampaui batas seperti itu.

Jika dulu rakyat telah menghukum pakatan pembangkang dengan menghadiahkan kemenangan kepada BN gara-gara keceluparan dan sikap kurang ajar penyokong Anwar sewaktu di zaman Dr Mahathir sebagai PM, pastinya PRU 13 kelak penangan yang lebih teruk bakal melumpuhkan terus PR dari persada politik negara.

Monday, July 16, 2012

Jelajah JANJI DITEPATI Kena Tepat Di Muka Pembangkang!!!



Pembangkang kini amat gementar dengan siri lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program Jelajah Janji Ditepati yang bermula sejak April lalu.

Dalam masa hampir empat bulan, Perdana Menteri telah bertemu atau 'touch base' dengan rakyat daripada pelbagai lapisan di Johor hinggalah ke Sarawak, Perak, Kedah dan Melaka.

Sambil mendengar keluhan dan rintihan rakyat, beliau juga berjaya menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, bak kata pepatah sambil berenang minum air.

Malah slogan Janji Ditepati juga telah dijadikan tema sambutan perayaan 55 tahun Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 31 Ogos dan 16 September tahun ini.

Ketakutan pembangkang terhadap slogan tersebut terserlah apabila mereka menuduh ia sebagai propaganda politik Barisan Nasional dan usaha mengugut rakyat.

Malah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan individu paling takut kepada pengaruh kuat Perdana Menteri sepertimana yang dilihat daripada sambutan hangat rakyat terhadap beliau.'

Kini ke mana sahaja Datuk Seri Najib berkunjung, Anwar pula akan menyusul.

Pada 12 Julai lalu Anwar berceramah di Selangor, diikuti sehari kemudian di Kedah dan ke Sarawak pula pada 14 Julai, semua destinasi tersebut telah dikunjungi Perdana Menteri.

Nampaknya Anwar kini keletihan atau capek mengejar program-program Perdana Menteri untuk melawan impak besar hasil daripada lawatan Datuk Seri Najib.

Rakyat boleh bandingkan antara kepimpinan dan ketokohan kedua individu tersebut.

Melalui pelbagai program seperti BR1M dan TR1M serta banyak lagi bantuan-bantuan terus kepada rakyat yang dijanjikan dalam Program Tranformasi Ekonomi, Perdana Menteri telah membuktikan bahawa janji-janji tersebut adalah benar dan telahpun ditepati.

Berlainan pula dengan Anwar dan pemimpin pembangkang lain yang bermodalkan janji kosong serta caci hamun dan fitnah sebagai daya tarikan ceramah mereka.

Tidak ada yang boleh diharapkan daripada pembangkang kerana tidak ada satu pun janji mereka boleh dipercayai seperti di Kelantan yang sehingga kini tidak mampu menyerdiakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu walaupun sudah memerintah lebih 20 tahun.

Di Selangor, lebih dahsyat pula penagan pembangkang; negeri paling kaya itu kini digugat dengan pelbagai krisis dari bekalan air di tahap kritikal kepada dakwaan penyelewengan dana awam ratusan juta ringgit.

Inilah yang ditakuti oleh Anwar kerana di setiap siri Jelajah Janji Ditepati, barulah rakyat di negara ini sedar bahawa di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang, masalah yang membelenggu rakyat tidak dipedulikan, malah pembangunan pun boleh dikatakan tidak ada langsung.

Ambil sahaja contoh Lembah Pantai, di mana anak Anwar, Nurul Izzah menjadi ahli parlimen.

Beliau amat jarang sekali dilihat menyantuni rakyat di kawasan yang diwakilinya kerana siang dan malam hanya sibuk berceramah di merata tempat.

Tidak ada pembangunan yang di bawa oleh Nurul Izzah ke Lembah Pantai.

Kebanyakan projek-projek ekonomi seperti pembinaan Bazaria dan gerai peniaga dan pembaikan infrastruktur seperti jalan raya di situ semuanya adalah hasil kerja kuat Menteri Wilayah  Persekutuan dan Kesejateraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Baru-baru ini pula isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur, merasmikan pembukaan Pusat Anak PERMATA Negara di Kerinchi.

Rakyat tertanya-tanya di mana Nurul Izzah yang bangga di gelar 'Puteri Reformasi' pada satu ketika dahulu tetapi apabila dipilih rakyat untuk mewakili mereka, yang mampu dibuktikan olehnya hanya janji-janji basi.

Hakikatnya, Anwar dan Pakatan Rakyat semakin menerima kenyataan bahawa mereka akan ditolak rakyat di peti undi pada PRU-13 nanti kerana tidak menepati janji-janji yang mereka lakar pada PRU-12 dahulu.

Membuat janji adalah perkara yang berat dan menggotakannya adalah lebih berat lagi, hanya kerajaan yang bertanggungjawab dan berwibawa seperti BN mampu melakukan kedua-duanya sekali.

Monday, June 18, 2012

Zul Noordin Dedah Dipaksa Menipu, Tetapi Ramai Yang Masih Sanggup Ditipu! Bodoh Melantun-Lantun!!!



KENYATAAN yang dibuat Datuk Zulkifli Nordin di atas itu bukan kenyataan baru, ia pertama kali di bangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat pada Mac 2010 setelah beliau dipecat dari PKR tidak berapa lama sebelum itu.  Tapi bila kenyataan sama diulang semula semalam, secara terbuka dalam TV, ia mengejutkan ramai orang, terutama kalangan pensimpati pembangkang yang tidak terdedah dengan maklumat seumpama itu sebelum ini.

Orang pembangkang penulis tahu, trauma tengok TV, lebih lagi TV3.  Tapi yang dianjur untuk diboikot itu setahu penulis Buletin Utama sahaja, rancangan Soal Jawab semalam tidak termasuk dalam senarai kot.

Ini pun satu hal juga, dalam pada bercakap tentang kebebasan bersuara, boleh pulak boikot-boikot media tertentu.  Kebebasan suara apa macam ini?

Tapi tidak mengapalah, kita tinggalkan soal itu untuk perbincangan di lain masa.  Yang penting sekarang ialah, apa akibatnya kalau tuduhan Zul Nordin itu benar, yang dia diarah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mereka-reka cerita mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal pembunuhan Altantunya?  Termasuk menyediakan Akuan Bersumpah (statutory declaration) palsu untuk mengaitkan Najib?

Ini perkara serius. Anwar bukan calang-calang orang, pernah diangkat sebagai pemimpin anugerah tuhan (oleh isterinya sendiri), dipandang tinggi sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia in the making, cakapnya, gayanya menjadi ikutan ramai anak muda dan anak tua.  Malah kalau diikut-ikutkan Anwar adalah segala-galanya bagi sebahagian orang sehingga sanggup membuang ibu dan adik beradik sendiri.  

Semasa demo Bersih itu hari, kita lihat sendiri begitu ramai yang bangga, cukup dengan berdiri di sebelah bayang-bayang Anwar saja pun.

Kita sendiri boleh "berbangga" dengan Anwar, terutama sejak melihat video seks yang didakwa melibatkannya – tak sangka rupanya ada orang Melayu yang punya ‘size’ seperti dia, ingat Mat Salleh saja.  Kebanggaan menjadi Melayu, bertambah kuat setelah menonton video itu. 

Ini sekadar nak menunjukkan betapa hebatnya Anwar.

Tapi siapa sangka, di antara semua yang hebat dan ‘baik-baik’ itu, rupanya Anwar juga tidak banyak beza dengan apa yang dia sering tuduh kepada musuh politiknya  - guna politik kotor untuk jatuhkan imej pemimpin tertentu.  Yang dedah bukan orang lain, tapi bekas peguam dia sendiri.  Setakat orang lain yang hanya mampu lihat Anwar dari jauh tapi pertahan Anwar mengalahkan pernah tidur sekatil, jangan mimpi nak disamakan dengan Zul Nordin yang susah senang bersama Anwar waima semasa Anwar bergelar banduan!!

Sudah tentu cakap Zul Nordin ada merit dan sebab yang kuat untuk dipercayai.  Kalau ini salah, apa yang diungkapkan oleh Zul Nordin itu salah, macam biasalah – saman.

Dari mula tak ramai yang percaya Najib terlibat dalam pembunuhan Altantunya ini.  Apa bukti yang ada, melainkan akuan bersumpah yang diketahui sekarang hanyalah rekaan semata-mata.  Apa yang hebat pasal Akuan Bersumpah?  Ramai tak tahu bahawa Akuan Bersumpah ini adalah adaptasi Sumpah Muhabalah dalam Islam.  Dinamakan Akuan Bersumpah supaya ia boleh dimasukkan dalam sistem perundangan sivil negara ini, kalau Sumpah Muhabalah hanya terpakai di kalangan orang Islam sahaja.

Jangan kita lupa, Anwar tolak amalan Sumpah Muhabalah ini tapi dia nak pengikutnya percaya Akuan Bersumpah yang sebenarnya versi yang lebih kurang sama, sumpah juga.

Sudah tentu tuduhan terlibat dalam pembunuhan bukan calang-calang tuduhan, kalau tidak, Raja Petra Kamarudin (RPK) tidak akan lari ke luar negara setelah Najib mengemukakan saman terhadapnya.  Kita perlu lebih dari Akuan Bersumpah yang boleh direka dan dicipta untuk meyakinkan diri kita bahawa orang yang dituduh itu benar-benar terlibat. 

Sebab itu akibat dari dakwaan Zul Nordin ini besar.  Bukan sedikit orang yang dah termakan pembohongan Anwar bahawa Najib terlibat dalam membunuh Altantunya.   Apa nak jadi dengan orang-orang ini kalau mati sebelum sempat minta maaf dengan Najib sebab tersilap percayakan Anwar dalam soal pembunuhan ini?  Siapa nak tanggung dosa semua tu?

Ada yang jenis orang ini yang penulis kenal, bergelar pak Haji.  Jangan silap saja sebut pasal Anwar depan dia, cepat-cepat dia mintak 4 saksi, walaupun apa yang sebut itu tidak ada kena mengena dengan hukum hudud di mana soal penyediaan 4 saksi ini adalah satu kewajiban.

Tapi bila sebut pasal silap Najib, terlupa dia soal 4 saksi, laju saja dia mengangguk, tak sempat kita habis cakap pun – kita sedang cakap tentang Najib bin Yusof (jiran kampung), bukan Najib Razak.

Tuesday, June 12, 2012

Anwar Tuduh Najib Sebagai Punca Keganasan Politik... KahKahKah Hanya Yg Bodoh Bersetuju!!!



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa meningkatnya kejadian keganasan politik adalah disebabkan sikap berdiam diri Perdana Menteri terhadap insiden yang berlaku.

Anwar memberi contoh kekecohan yang berlaku semasa ceramah beliau di Lembah Pantai tempoh hari sebagai bukti dakwaannya.

Rakyat tahu hakikat sebenar bahawa sepanjang sejarah politik negara tidak pernah berlaku kejadian seperti mana yang dituduh oleh Anwar.

Pola keganasan politik yang disebut beliau mula kelihatan dalam masyarakat Malaysia sebaik sahaja Anwar dibebaskan dari penjara lapan tahun lalu.

Ia bertambah rancak apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2008 dan seterusnya diangkat sebagai Ketua Pembangkang.

Kalau dahulu hanya terdapat protes secara kecil-kecilan dan terpencil oleh penyokong pembangkang tetapi setelah Anwar memimpin gabungan parti-parti PKR, PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat, seolah-olah terdapat perancangan yang lebih teratur dan tersusun untuk menimbulkan huru hara di negara ini.

Kemuncaknya boleh dilihat daripada rusuhan yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada April lalu.

Bukan sahaja harta benda awam musnah dan rosak, malah kenderaan pasukan polis juga dimusnahkan serta petugas media tercedera.

Klip video jelas menunjukkan Anwar memberi arahan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya penyokong merempuh halangan perimeter Dataran Merdeka.

Rusuhan Bersih 3.0 disebabkan peranan utama Anwar menghasut orang ramai serta pengerusi perhimpunan, Ambiga Sreenevasen yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Inilah politik benci dan hasutan yang diamalkan oleh pihak pembangkang sejak dari dahulu.

Pergi sahaja ke mana-mana ceramah yang dianjurkan mereka, rakyat akan berpeluang mendengar bermacam-macam tuduhan liar, fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan dan pemimpin-pemimpin negara.

Sudah tentu sasaran utama mereka ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tidak cukup dengan itu, pembangkang menggembangkan budaya politik kotor mereka untuk menyerang isteri Perdana Menteri, malah anggota keluarga Perdana Menteri juga tidak bebas daripada serangan politik pembangkang.

Politik hasutan yang dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar, Nik Aziz, Lim Guan Eng, Mat Sabu dan lain-lain inilah yang mewujudkan suasana tidak tenteram dan ketidakstabilan politik di dalam negara.

Pembangkang tidak mempunyai modal politik yang kukuh  untuk menghentam kerajaan melainkan membuat dakwa dakwi yang kadangkala di luar logik dan penerimaan akal yang sihat.

Setiap isu diputar belit dan diselewengkan fakta, umpamanya menuduh Datuk Seri Shahrizat Jalil terlibat secara langsung dalam isu NFC semasa beliau menjadi anggota Kabinet.

Setelah meletak jawatan barulah SPRM membersihkan namanya dan keluar fakta sebenar bahawa beliau tidak terbabit langsung dalam isu tersebut.

Namun kerosakan terhadap integriti dan maruah seorang menteri telah pun berlaku disebabkan fitnah pihak pembangkang.

Anwar serta pemimpin pembangkang tidak peduli samada apa yang dihamburkan dari mulut mereka dalam siri ceramah kepada rakyat berlandaskan kepada fakta atau sebaliknya.

Yang penting pembangkang mahu menimbulkan semaksimum kebencian di dalam hati rakyat terhadap kerajaan.

Segala usaha pembangunan yang di bawa oleh kerajaan Barisan Nasional untuk membela nasib rakyat sejak merdeka mahu ditutup oleh pembangkang dengan budaya fitnah dan hasutan mereka.

Pembangkang berfikir jika rakyat sudah cukup membenci kerajaan atas propaganda dan dakyah ang mereka sebarkan, maka mereka untuk merampas Putrajaya menjadi semakin cerah.

Mereka gagal memahami politik lapuk yang mereka amalkan sudah lama ketinggalan zaman.

Pemimpin politik seperti Anwar dilihat sebagai sudah usang dan lebih sesuai dikaitkan dengan zaman Jurassik.

Rakyat mahu kerajaan sediada terus menerajui usaha membela mereka kerana mereka tahu membezakan antara fakta Perdana Menteri dan auta Anwar.

Tuesday, May 22, 2012

Gara-Gara Puji Najib Razak, Kini Tunku Aziz Pula Didakwa Terima RM50 Ribu Dari BN.. Pulak Daaah...



Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz yang secara terbuka menyokong program transformasi Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang disiarkan oleh kebanyakkan media massa nyata mengundang perasaan kurang selesa dari kem pakatan pembangkang.

Menurut Tunku Aziz, "apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri sekarang ini adalah betul dan tepat, kita perlu memberikan sokongan kepadanya". Satu kenyataan yang ringkas dan padat namun ianya pedas untuk diterima oleh pemimpin dan penyokong pembangkang.

Sebelum ini, Tunku Aziz juga pernah mencetuskan kemarahan ramai pemimpin pembangkang terutama dari DAP apabila mengecam perhimpunan Bersih 3.0 yang disifatkannya sebagai tindakan yang sengaja mahu mencabar undang-undang dan sukar untuk berlangsung dengan aman.

Tidak sedikit respon negatif diterima dari kalangan penyokong tegar pembangkang yang mengganyang kenyataan Tunku Aziz itu. Rata-ratanya menyifatkan Tunku Aziz sebagai pengkhianat dan tidak berpendirian teguh.

Pun begitu, respon negatif pembangkang tidak sukar dimengertikan kerana hampir kebanyakkan penyokong pembangkang memahami peranan sebagai pembangkang hanyalah dalam konteks sentiasa bangkang apa saja tanpa mengira baik atau buruk sesuatu perkara.

Namun telahan Tunku Aziz terbukti betul apabila di saat-saat akhir perhimpunan Bersih 3.0 telah berlaku perlanggaran undang-undang setelah peserta-peserta di barisan depan yang diketuai oleh Unit Amal PAS dan beberapa kelompok lain terlibat secara langsung menceroboh masuk ke Dataran Merdeka sehingga memaksa FRU bertindakbalas menyuraikan mereka.

Dalam hal sokongan Tunku Aziz menyanjung agenda transformasi yang diterajui oleh Najib sebenarnya menunjukkan kematangannya sebagai pembangkang yang rasional dan bukannya dari jenis bangkang dari longkang. 

Perbezaan nyata seorang yang rasional dan berakal berbanding dengan golongan bangkang dari longkang. Sokongan beliau adalah satu pengiktirafan atas usaha penat lelah PM menerajui kerajaan dan ia tentu saja memberi makna besar kepada kerajaan BN.

Dari satu sudut, kenyataan Tunku Aziz juga merupakan satu manifestasi betapa urus tadbir kerajaan BN sudah berada di landasan yang betul untuk memacu pembangunan dan kemajuan negara selain tanda aras penting yang membuktikan kemampuan Najib sebagai pemimpin negara.

Jika kita fahami secara tersirat kenyataan Tunku Aziz itu, mungkin bertepatan kalau kita tafsirkannya sebagai pengiktirafan rasmi dari beliau terhadap kemampuan Najib untuk terus memimpin negara selain menepati kriteria sebagai pilihan utama rakyat berbanding pemimpin politik berjiwa retorik seperti Anwar Ibrahim.

Wednesday, May 16, 2012

BERSIH 3.0: Najib Tun Razak, PM Malaysia Yang Cool & Steady!!! Perusuh London Malukan Anwar!!!



BERLAWANAN dengan tanggapan Anwar Ibrahim bahawa tindakan beberapa orang penyokong Bersih (sebut Pakatan Rakyat) di London semalam akan memalukan serta menjatuhkan imej Datuk Seri Najib Tun Razak, ia sebaliknya bertukar menjadi medan untuk membuktikan kepada dunia bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang tidak mudah melatah, sebaliknya tenang dalam menghadapi situasi yang agak ‘mencemaskan’.

Mungkin Anwar memikirkan 2 orang penyokong Bersih itu akan digari, ditekan kepalanya kebawah oleh polis UK ataupun pengawal peribadi Najib setelah cuba mengganggu ucapan beliau.  Imej-imej seumpama itu penting untuk menyokong pembohongannya bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang zalim.  Tapi itu tidak berlaku, yang berlaku ialah, kedua orang terlibat diam dengan sendirinya setelah di’bahasa’kan oleh Najib secara terbuka.  

Sekali lagi, tindakan yang sepatutnya menjadi senjata menekan Najib, berubah arah kepada menekan Anwar dan Bersih pula.

Tindakan tidak beradab di London semalam, hanya mengulangi tindakan tidak beradab perusuh Bersih 3.0 di jalan-jalan raya sekitar Dataran Merdeka pada 28hb April yang lepas.  Rakyat yang naik meluat dengan kejadian rusuhan di Kuala Lumpur itu, semakin meluat dengan pendekatan hampir sama yang dilakukan oleh 2 ke 3 penyokong Bersih di London semalam.


Kita tidak tahulah dari mana budaya seumpama itu dikutip, yang nyata ia bukan budaya dan pendekatan orang Malaysia.  Dalam tradisi masyarakat yang bertamadun pun, pendekatan ‘hostile’ seperti itu bukan satu kebiasaan, tak kira apa jua alasan.  Ada banyak pendekatan lain yang lebih baik boleh digunakan untuk menyatakan pendapat dan meluahkan perasaan.

Amat meyakinkan bahawa perbuatan itu semata-mata dibuat untuk mendapat perhatian media asing yang hadir untuk dijadikan cerita bahawa Najib ditentang oleh rakyatnya sendiri walaupun berada di luar negara.  Hakikat yang sebenarnya, hanya 2 ke 3 orang yang terlibat dan kelakuan biadap itu berlangsung tidak sampai beberapa minit pun.  Tidak cukup untuk mengatakan Najib ditentang rakyatnya sendiri (Malaysia ada 27 juta rakyat).

Kalau itupun dijadikan asas untuk mengatakan Najib ditentang rakyatnya sendiri, nampak sangatlah media asing tersebut tidak berminat dengan kebenaran tapi dengan sensasi dari pemberitaan seumpama itu.

Dari sudut demokrasinya, majoriti rakyat Malaysia sudah memilih Najib sebagai Perdana Menteri dan para minoriti yang lain sepatutnya akur dengan kehendak tersebut, walaupun tidak berpuas hati dengan pilihan majoriti yang lebih besar tapi inilah demokrasi.

Perkara ini jugalah yang disentuh Datuk Seri Najib dalam ucapannya selepas kekecohan yang cuba dicetuskan penyokong Bersih itu dipatahkan oleh beliau sendiri.

Perlu diingat, ada lebih beratus-ratus orang rakyat Malaysia yang hadir dalam sesi di London semalam, dan 2 ke 3 orang ini hanya mengambil kesempatan dari itu untuk menunjuk hero dan provok yang lain supaya turut serta, malang sekali bagi mereka (keuntungan bagi Perdana Menteri), itu tidak berlaku.

Malah kehadiran beliau disitu turut disambut  dengan hangat sehingga berebut-rebut orang yang nak bersalam dengan beliau – pemandangan yang boleh membuatkan bulu mata Anwar, Nik Aziz dan Ambiga terbakar.

Yang nyata, perbuatan biadap itu dan ketenangan Perdana Menteri hanya menguntungkan lagi BN ddalam menghadapi pilihanraya akan datang.  Nak mengatakan Najib dimalukan, penulis tidak nampak dimana yang beliau dimalukan sebab disamping perbuatan biadap itu berlaku dalam masa yang sangat singkat, Najib sendiri yang mengendalikannya dengan mengarahkan penyokong Bersih yang menjerit-jerit itu supaya diam.

Dan mereka benar-benar diam!!! 

Hikmahnya, apa yang terjadi hanya akan memudahkan lagi kempen BN dalam pilihanraya akan datang.  Untuk Bersih ini sahaja, ada begitu banyak material untuk menunjukkan kebiadapan puak-puak ini dalam memuaskan nafsu politik masing-masing.

Mohon supaya diadakan lebih banyak lagi perbuatan biadap sedemikian diaturkan Anwar agar memudahkan urusan memenangi 2/3 majoriti pada PRU yang akan datang.

BERSIH 3.0 Serang Perdana Menteri Di London! 2 Perusuh Dikenalpasti!


Sukar untuk memastikan budaya sopan santun dan budi pekerti yang baik, yang ada pada orang Melayu untuk diterimapakai oleh seluruh rakyat Malaysia.  

Kita faham, sesungguhnya Malaysia ini unik, dan majmuk, yang akhirnya membawa kepada satu ruang yang sangat "fragile" atau mudah pecah, apatah lagi masing-masing (merujuk kepada kaum) dipengaruhi oleh sentimen dan sumber masing-masing.  Ruang ini seringkali dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu, sehingga ia mewujudkan jurang. 

Apa yang berlaku kepada Perdana Menteri baru-baru ini, dalam majlis An Evening With Prime Minister di London benar-benar menyerlahkan lagi sikap melampau yang wujud pada pendemo BERSIH.  Majlis yang sepatutnya bersifat ramah mesra antara rakyat dengan pemimpin, digunakan untuk melakukan provokasi.  

Cukup-cukuplah dengan pelbagai aksi ganas dari pendemo, sehingga ke tahap menceroboh Ambulans untuk menyerang anggota keselamatan yang cedera!  

Mungkin kerana mendapat maklumat kurang tepat, apatah lagi sekiranya kedua individu ini hanya merujuk kepada DAP dan Majlis Peguam yang secara terang-terangan berbohong dan tidak bersikap adil kepada kerajaan dalam laporannya berkenaan BERSIH 3.0.  

Mungkin inilah punca mengapa kedua-dua individu ini bertindak sedemikian rupa.  Sudah menjadi amalan murni orang Melayu, iaitu menghormati tuan rumah. Dan dalam perkara ini, tuan rumah merujuk kepada Perdana Menteri, yang menjemput rakyat Malaysia di perantauan untuk beramah mesra, atau bertukar-tukar pendapat.  

Mungkin budaya menghormati tuan rumah tiada di dalam kamus hidup kedua-dua individu ini. Lantas, sebagai kapasiti sebagai tetamu, "menyerang" pula si tuan rumah!  

Sungguh tidak malu, hadir ke majlis orang untuk membuat kacau.  Andai tidak sehaluan dengan sekalipun, rasanya tindakan untuk tidak hadir adalah lebih baik dari apa yang telah berlaku.  

BERSIH didukung kuat oleh DAP dan fahaman komunis menebal di dalam parti itu.  Dan fahaman komunis adalah cara kekerasan, dan melampau.  Merujuk kepada 2 individu berkenaan, Maka tidak hairanlah kedua-dua perusuh BERSIH ini berperangai buruk dan tidak beradap.  



Teruskan bersama GT, kerana pkul 10 nanti, satu video yang berkaitan hukuman pada jenis-jenis manusia seperti ini akan GT upload.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...