Bersama Berjuang

Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts
Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts

Friday, November 8, 2013

Parti Bukan Berasaskan Kaum Lebih Berbahaya Mengikut Sejarah Malaysia!!! Tak Percaya???


DAP telah lama menuduh UMNO sebagai rasis kerana tidak membuka keahlian kepada semua kaum. Tuduhan ini dimainkan bersungguh-sungguh bagi membentuk persepsi bahawa UMNO itu jahat dan tidak adil.

Walhal, UMNO, bekerjasama dengan MCA dan MIC iaitu parti Cina dan India dan bergerak sebagai satu parti di bawah Barisan Nasional.  Dengan cara ini semua kaum mempunyai ketua atau Presiden yang mempunyai kuasa untuk menyampaikan suara kaum masing-masing tanpa ada yang terpinggir.

Berbeza dengan DAP yang mempunyai ahli dari berbagai kaum tetapi semua pemimpin tertinggi merupakan dari kaum yang sama dan kaum-kaum lain tidak punya platform langsung untuk bersuara.

Bukan itu saja, kaum bukan Cina di dalam DAP juga ditindas dan tidak punya ruang untuk mencabar kepimpinan melalui apa jua cara sepertimana MCA dan MIC dan parti-parti komponen BN yang mewakili kaum bumiputera di Sabah Sarawak diberi ruang di dalam kerajaan untuk turut sama membuat keputusan dalam negara.

Hari ini, DAP juga turut menimbulkan soal parti keagamaan, yang mana ditujukan khas kepada PAS, sekutunya sendiri.  Menurut Karpal Singh, parti perkauman dan keagamaan adalah merbahaya untuk negara.

Kita tahu bahawa DAP ingin mengubah sejarah, tetapi kita tidak percaya yang Karpal telah lupa sejarah. PAS telah wujud sejak tahun 1951, MCA pula sejak 1949, MIC pada 1946 sama dengan UMNO.  Ini bermakna parti berasaskan kaum dan agama ini telah wujud sejak sekian lama di negara ini. 

Namun, selama itu juga terbukti, selain PAS, peranan UMNO, MCA dan MIC adalah membawa perpaduan dan keharmonian di negara ini bukannya ketegangan.

Malangnya, semangat perpaduan UMNO, MCA dan MIC telah tidak dikongsi oleh parti berbagai kaum seperti DAP.

Justeru, DAP telah mencetuskan keganasan kaum pada 13 Mei 1969 atas dasar semangat keCinaan yang melampau.  DAP dan juga Gerakan pada waktu itu, iaitu dua parti yang kononnya tidak ditubuhkan dengan berasaskan kaum, telah dengan sengaja mencabar  orang-orang Melayu dengan memperlekehkan dan menghalau mereka ke hutan.  Kononnya, laung DAP, negara ini adalah milik Cina dan bakal diperintah oleh DAP iaitu parti yang mendabik dada sebagai ‘parti berbagai kaum’ itu.

Dalam ketegangan itu, pemimpin UMNOlah yang bangkit bertindak untuk memulihkan keadaan.  Pemimpin UMNOlah yang mengembalikan keamanan dan perpaduan dengan kerjasama dan bantuan MCA serta MIC.  Ketiga-tiga parti perkauman ini menjadi agen keharmonian yang berjaya diteruskan sehingga ke hari ini.

Manakala parti berbagai kaum iaitu DAP pula terus berusaha untuk mencetuskan ketegangan kaum melalui berbagai cara.  Di era teknologi maklumat ini, laman-laman sosial digunakan sepenuhnya oleh penyokong-penyokong DAP untuk memprovokasi umat Islam dan Melayu.  Mujurlah kerajaan pimpinan UMNO itu cukup matang dan bijaksana untuk mengendalikan keadaan dan berjaya mengekang sebarang ketegangan.

Jelas, yang penting di sini bukan nama atau atas dasar apa parti ditubuhkan tetapi, siapa yang menerajui parti itu.  Jika penerajunya seorang rasis, maka ia akan tetap bersikap rasis biarpun partinya terbuka kepada semua kaum.  Jika penerajunya bukan seorang rasis, maka ia akan tetap berlaku adil kepada semua walaupun partinya adalah parti satu kaum.

Karpal Singh tentunya seorang yang lembab kerana tidak dapat menganalisis perkara ini.  Itulah jadinya jika enggan belajar dari sejarah dan menafikan sejarah.

Sejarah tidak pernah menipu, manusia sahaja yang boleh menipu, apatah lagi seorang peguam yang juga seorang ahli politik seperti Karpal Singh.   

Tuduh Media Spin Kenyataan Karpal Singh, Kit Siang Harus Saman Msiakini dan Msian Insider!!!


Menyedari akan keterlanjuran dan kesilapan yang dilakukan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung kenyataan kontroversinya semalam, Penasihat parti itu, Lim Kit Siang dengan pantas menarik ‘hand break’ bagi membetulkan keadaan bagi menjaga hati rakan sekutunya Pas. 

Karpal semalam dilaporkan telah menggesa agar semua parti politik dan pertubuhan yang berasaskan kepada satu kaum dibatalkan pendaftaraannya supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa fahaman dan latarbelakang keturunan. Menurutnya lagi parti politik dan pertubuhan profesional yang berasaskan kaum dan agama sepatutnya tidak dibenarkan kerana ia merupakan sesuatu yang serius.

Bertindak untuk menjernihkan suasana, Kit Siang mendakwa bahawa kenyataan ahli parlimen Tasik Gelugor itu telah diputarbelitkan dan sengaja digembar-gemburkan oleh pihak media. Menurut Kit Siang lagi, kenyataan tersebut hanya merujuk kepada Persatuan Peguam Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) kerana mengkritik Majlis Peguam atas sokongan yang diberikan badan tersebut terhadap akhbar mingguan Katolik, The Herald.

Ekoran kenyataan yang dikeluarkan itu juga, Karpal dan DAP dilihat mula tertekan ekoran kecaman demi kecaman yang dilemparkan khususnya dari kalangan pimpinan Pas yang jelas tidak berpuas hati dengan pandangan itu. Mereka menyifatkan pandangan tersebut sebagai serius dan merbahayakan.

Tambah membimbangkan mereka, apabila hampir kesemua kepimpinan tertinggi Pas menolak dan tidak bersetuju dengan pandangan Karpal yang turut dilabelkan sebagai politik sempit seorang peguam dan ahli politik.

Tambah membimbangkan Kit Siang ialah, kumpulan pro-ulama dan liberal Pas dilihat saling bergabung untuk tidak bersetuju dengan kritikan pedas tersebut. Maka bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak menguntungkan, Kit Siang terpaksa men‘mengalah’ dengan meletakkan kesalahan kepada pihak media. 


Sedangkan selain media arus perdana, media-media pembangkang juga dilihat begitu berminat untuk menyiarkan kenyataan Karpal itu. Antaranya ialah portal Malaysia Insider, Malaysiakini dan sebagainya. Sekiranya Kit Siang mendakwa kenyataan tersebut telah diputar-belitkan, apakah dia bermaksud, media-media pembangkang sebenarnya telah tersilap dalam laporan yang dikeluarkan?

Atau dalam bahasa lain, media pembangkang telah tersalah ‘spin’ kenyataan Karpal sehingga menyebabkan rakan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang saling bergaduh antara satu sama lain. Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa media pembangkang adalah merupakan media yang suka ‘spin’ bagi menanamkan sentimen kebencian rakyat kepada pihak kerajaan.

Kesimpulannya, sekiranya apa yang didakwa oleh Kit Siang mempunyai kebenarannya, dia sepatutnya menasihatkan Karpal agar mengemukakan saman fitnah terhadap Malaysiakini dan Malaysiainsider. Tambahan pula Karpal sebagai seorang peguam yang kononnya hebat sepatutnya tahu akan haknya memandangkan ini bukanlah kes yang pertama berhubung media. Malah menurut rekod dia juga pernah berulang kali mengemukakan saman sama ada bagi pihaknya atau anak guamnya. Jadi tidak timbul sebarang isu tersalah tafsir atau sebagainya

Friday, February 22, 2013

Isu Kalimah Allah Pun PAS & Karpal Singh Dramaswastakan!!!



Pakatan Rakyat masih belum dapat mencari titik penyelesaian dalam isu ‘Kalimah Allah’.   Media juga berselang seli menyiarkan kenyataan antara ahli-ahli Majlis Syura dengan Karpal Singh yang tidak habis-habis menempelak dan menghentam sesama sendiri.   

Majlis Syura menganggap isu tersebut selesai dengan membuat keputusan bahawa ‘Kalimah Allah’ tidak boleh digunakan di dalam Injil Kristian dan bahawa keputusan itu tertakluk kepada ahli-ahli PAS sahaja.  

Tetapi,  Karpal menafikan ianya selesai, selagi Majlis Syura tidak menyatakan secara jelas untuk membenarkan Kalimah Allah digunakan di dalam Injil serta menerima hakikat bahawa Majlis Syura tidak ada hak bersuara di dalam Pakatan Rakyat, melainkan di dalam PAS sahaja.  

Menganalisis perkembangan ini secara terperinci, kita akan mendapati bahawa isu ini sebenarnya telah lama selesai bagi Pakatan Rakyat.

Ini kerana Majlis Syura sendiri telah menegaskan bahawa keputusan majlis tersebut hanyalah tertakluk kepada ahli-ahli PAS sedangkan hakikatnya, tidak mungkin ada ahli PAS yang terlibat menterjemah atau mencetak Injil dalam bahasa Melayu untuk membolehkan mereka menggunakan Kalimah Allah di dalamnya.  

Di masa yang sama, Majlis Syura sebenarnya tidak menghalang, dan tiada hak untuk menghalang mana-mana ahli DAP atau sesiapa sahaja yang bukan ahli PAS untuk berbuat demikian sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh.   

Ertinya, kedua-dua pihak telah pun menemui titik persetujuan iaitu “Kalimah Allah boleh digunakan di dalam Injil, kecuali oleh ahli-ahli PAS”.  

Justeru, perbalahan antara Majlis Syura dan Karpal Singh di media hanyalah lakonan dengan skrip yang penuh dengan ayat tersirat.   Seperti juga isu Hudud, Isu Kalimah Allah ini juga adalah satu lagi Telenovela yang tiada penghujung bagi PR, walaupun secara dasarnya ia telah pun tamat dengan PAS akur kepada kehendak DAP.  

Bukan kita tidak tahu bahawa DAP perlu menunjukkan pada kaum bukan Melayu betapa mereka kuat, tegas dan mampu mengawal PAS dari membawa unsur-unsur Islam ke dalam pentadbiran PR.  Isu kalimah ini, bukan sahaja menjadi ‘tanda aras’ kepatuhan PAS kepada DAP, tetapi juga merupakan strategi serampang dua mata di mana ia turut memberi kelebihan kepada puak Kristian untuk memurtadkan umat Islam.  

Sedangkan PAS pula perlu menunjukkan pada umat Islam yang parti itu kekal tegas mempertahankan Islam dari dinodai oleh mana-mana pihak memandangkan imej ‘Islam’ parti itu sudah rosak teruk kerana kalah dengan UMNO dalam isu Amanat Hadi, kalah dengan DAP dalam isu Negara Islam, hudud, judi, arak, rumah urut, pusat hiburan dan juga salon serta tidak mampu menempelak PKR dalam isu pluralisme, liberalisme mahupun isu menyokong negara Israel.  

Telenovela Kalimah Allah ini, adalah talian hayat terakhir PAS untuk memperlihatkan yang parti itu masih se-‘Islam’ dulu.  Justeru, ia perlu terus ditayang untuk tontonan umum sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya.  Skripnya juga akan berterusan di mana Karpal dan Majlis Syura saling berbalah dan bercakaran.  

Hakikatnya, jika benar perbalahan ini bukan hanya sebuah Telenovela, maka sudah tentulah PAS telah meninggalkan PR.  Bayangkan, sedangkan Nasharuddin Mat Isa juga sanggup PAS ‘ceraikan’, tetapi PAS tidak sanggup meninggalkan kerjasama yang membawa risiko kepada akidah umat Islam dan pencemaran kepada kesucian ‘Kalimah Allah’.  

Tuesday, January 29, 2013

Karpal Singh Dilantik Ketua Majlis Syura PAS Yg Baru??? Padanlah Ust Nasha Kena Seylang..


Pergghhhh... Rupanya Karpal Singh lebih berkuasa berbanding Majlis Syura PAS... Kasihan Ustaz Nasharuddin Mat Isa...

Tak caya? Cuba usha, selusuri dan fahaminya  DISINI

Thursday, November 22, 2012

Karpal Singh Tersengih Menghanjingkan Hadi Awang & Anwar Ibrahim



Ramai yang tersenyum sendirian bila membaca kenyataan sinis dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyarankan agar Pengerusi DAP, Karpal Singh dimasukkan dalam senarai sebagai calon Perdana Menteri.

Menurut Tun Dr. Mahathir, Karpal sebagai orang yang sudah lama berjuang dalam politik tentunya turut mengharapkan jawatan itu sama saja seperti diangan-angankan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Sindiran pedas ini tentunya mengundang rasa tidak senang ramai pemimpin PR yang sekarang ini sedang kelam kabut bersilat lidah untuk meredakan isu jawatan Perdana Menteri yang sekarang ini ibarat duri dalam daging kepada kerjasama parti pembangkang dalam gabungan PR.

Isu jawatan PM mula menjadi polemik umum selepas Dewan Ulama PAS serta perwakilan parti itu sepakat untuk mengangkat Presiden mereka sebagai PM, dengan alasan ketokohan dan kredibilitinya jauh lebih baik berbanding Anwar Ibrahim.

Apa sahaja alasannya, cadangan tersebut jelas bercanggah dengan kesepakatan bersama pemimpin tertinggi PR yang sebelum ini telah menetapkan Anwar sebagai calon PM seandainya pembangkang berjaya menguasai PRU 13.

Namun demikian, ramai juga ahli dan penyokong PAS yang teruja bila saranan itu ditimbulkan, sedikit sebanyak berjaya mengurangkan rasa rendah diri mereka yang selama ini terkenal dengan jolokan balaci dan keldai tunggangan DAP dan PKR.

Bagaimanapun tak semua pemimpin PAS berani mengiakan cadangan melantik Hadi sebagai PM, terutama bagi mereka yang sudah sebati sebagai geng Anwarinas rata-ratanya lebih selesa melihat Anwar terus kekal sebagai satu-satunya calon PM bagi PR.

DAP pula melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng tanpa berselindung tegas menolak sebarang usaha untuk menobatkan Presiden PAS sebagai PM, sebaliknya menyeru pemimpin dan penyokong PAS supaya memegang persetujuan bersama untuk merealisasikan impian Anwar untuk merasai keempukan kerusi PM.

Polemik ini tambah menarik lagi apabila kenyataan Guan Eng itu disokong pula oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan turut dipersetujui Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang mahu pencalonan Anwar sebagai PM kekal milik Anwar.

Namun begitu, disebalik polemik dan kekalutan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk mempertahankan calon pilihan masing-masing, ia sebenarnya memperlihatkan betapa kemaruknya parti pembangkang mahu mengejar kuasa.

Rakyat di serata pelusuk negara tidak buta untuk melihat hakikat ini, belum pun diberi peluang mentadbir Kerajaan Pusat tapi pemimpin pembangkang sudah berebut-rebut jawatan, nampak gayanya kalau betul mendapat kuasa kelak mahunya bercakaran siang dan malam.

Silap percaturannya, tatakala PAS dan PKR sibuk bertegang leher berebut sakan untuk menentukan antara Hadi dan Anwar mana satu yang patut menjadi PM, alih-alih Karpal Singh ataupun Lim Kit Siang pula yang tersenyum sumbing sambil hati berbunga riang.

Friday, September 21, 2012

Adakah PAS Setuju Hudud a.k.a Bulan Di Dada Karpal Singh???



Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh nampaknya tidak pernah gentar dengan mana-mana pemimpin PAS terutama sekali dalam hal melibatkan pendirian tegasnya yang menolak secara total angan-angan PAS untuk mendirikan negara Islam mahupun merealisasikan perlaksanaan hukum hudud.

Menurut Karpal, pendirian PAS untuk melaksanakan hudud bakal memberi kesan tidak baik terhadap pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. Tambahnya lagi, "PAS perlu menerima realiti. Walaupun ia pahit, desakan agar hukum hudud dilaksanakan di Malaysia hanyalah retorik semata-mata".

Satu kenyataan yang ringkas dan tidak berlapik secara langsung mewakili pendirian DAP yang sebenar-benarnya dalam isu ini. 

Kelihatannya seperti DAP pun amat menyedari tujuan PAS mempropagandakan isu hudud hanyalah untuk kepentingan politik kepartian sahaja dan tidak lebih sekadar retorik semata-mata.

Entah apa reaksi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat setelah membaca kenyataan tersebut yang bukan sahaja mencabar kewibawaannya malah turut bernada sinis memperlekehkan angan-angan PAS berkaitan hukum hudud yang dianggap sebagai satu retorik politik semata-mata oleh DAP.

Kita harap Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan tidak melatah sebagaimana kebiasaannya sebelum ini dengan mengalihkan perhatian ramai berkenaan isu hudud itu dengan menyalahkan UMNO atau Kerajaan Pusat. 

Harapnya untuk sekali sekala Nik Aziz dan semua pemimpin PAS dapat menunjukkan sikap gentleman menjawab kritikan Pengerusi DAP itu.

Setidak-tidaknya PAS perlu mengambil langkah tegas dan segera dengan mengikrarkan secara terbuka dan rasmi bahawa parti itu tetap jua akan melaksanakan hukum hudud seandainya PR menang dalam PRU 13 nanti sekalipun mendapat bantahan dari DAP.

Atau paling lekehpun, PAS patut berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan calonnya bertanding di minima 150 kerusi Parlimen supaya sekiranya menang kesemuanya dapatlah mengubah suai perlembagaan negara demi memberi laluan kepada perlaksanaan hudud.

Tapi beranikah PAS bertindak sedemikian dengan melanggar arahan abang besarnya DAP yang sekarang ini memegang talian hayat untuk survival PAS di kebanyakan kerusi Parlimen dan DUN yang pengundinya bercampur dan sedang disandang oleh ramai pemimpin PAS pro Anwarinas?

Tergamakkah PAS menonjolkan dirinya sebagai ketua dalam PR selanjutnya menguasai lebih separuh kuota pembahagian kerusi Parlimen di antara parti-parti dalam PR untuk ditandingi dalam PRU 13? 

Tentu sekali tidak. PAS tidak akan sanggup menjadi ketua dan menguasai pembahagian kerusi Parlimen kerana sifat kewujudan PAS sejak dulu sudah termaktub sekadar menjadi alas kaki kepada parti pembangkang lain.

PAS mahupun Nik Aziz sendiri juga tidak akan sesekali berani mempertahankan angan-angannya untuk melaksanakan hukum hudud. PAS juga tidak akan sanggup mengasingkan dirinya dari PR demi kerana hudud.

Bukan sahaja kerana isu hudud itu sendiri adalah retorik PAS semata-mata, tapi juga kerana hakikatnya PAS juga tahu realiti semasa belum mengizinkan ke arah perlaksanaannya.

Sudah acapkali PAS tunduk diam mengikut sahaja arahan abang besarnya asal sahaja isu hudud menggugat PR dan tiap kali itulah selepas sesatu mesyuarat tergempar PR berkaitannya, PAS akan berbelit lidah seterusnya orang lain pula dijadikan kambing hitam.

PAS juga tergamak mengecam bekas Timbalan Presidennya sendiri hanya semata-mata takut kenyataan tegas Nasharudin Mat Isa berkaitan isu hudud bakal menjejaskan hubungannya PAS dengan DAP. Sayangnya PAS pada DAP sehinggakan Mursyidul Am PAS sendiri sanggup boikot mesyuarat Majlis Syura yang sepatutnya dipengerusikannya sampai tamat.

Bila sudah sedemikian rupa, janganlah salahkan rakyat bila ramai berkongsi ppendapat bahawa PAS akhirnya akan setuju dengan pandangan DAP bahawa isu hudud tidak mendatangkan kebaikan kepada PAS dan PR.

Seterusnya seperti biasa, PAS akan menyalahkan UMNO sebagai punca retorik hukum hudud yang dijajanya gagal direalisasikan. Dan, si balaci serta penyokong PAS akan meneruskan amalan rutin mereka, angguk-angguk tanda setuju pada tipu daya propaganda tersebut.

Monday, September 17, 2012

Kes Saman: PAS Rela Pertahan Karpal Berbanding Nasharuddin? Perghhhh...



Sehingga ke hari ini, kita masih tidak dapat merasionalkan kerjasama antara DAP-PAS.   Ini berdasarkan kedua-dua parti berpegang kepada prinsip yang bukan hanya berbeza, tetapi bertentangan atau berlawanan antara satu sama lain iaitu PAS memperjuangkan Islam dan DAP pula menentang Islam.  

Walaupun telah berkali-kali bertelagah, berbincang dan berbalah lagi dan kemudian berdamai lagi, kedua-dua parti masih belum dapat mencari titik pertemuan dalam perjuangan mereka tetapi masih kekal bekerjasama atas dasar ingin sangat berkuasa.    

Akibatnya, kedua-dua parti sering terperangkap dalam kata-kata sendiri yang ada kalanya bertentangan dengan perjanjian yang dimeterai mereka dan ada kalanya bertentangan dengan kehendak penyokong-penyokong sendiri dan juga sebaliknya.  

Justeru, tidak salah jika dikatakan bahawa asas kerjasama DAP-PAS sebenarnya adalah sandiwara.  

Akhir-akhir ini, kedua-dua parti nampaknya mula sedar bahawa akibat dari sikap dan tindakan mereka yang sering bercanggah, maka parti PAS semakin diragui di kalangan penyokong sendiri, dan begitu juga DAP yang mana pendirian dan sikap mereka mula dipersoal oleh masyarakat. 

Bagi memulihkan sokongan, DAP perlu terus dilihat oleh penyokongnya sebagai tegar, tegas dan keras menentang hudud dan segala bentuk ‘pengIslaman’ oleh PAS, manakala PAS pula perlu kembali dilihat tegar, tegas dan keras ingin melaksanakan hudud dan ‘mengIslamkan’ lagi Malaysia.  

Untuk itu, kedua parti perlu terus bertelagah secara lantang, cabar mencabar hatta mencemuh dan menghina sesama sendiri bagi meyakinkan penyokong masing-masing yang mereka benar-benar serius mempertahankan pendirian masing-masing serta memberi harapan bahawa parti mereka pasti akan dapat menguasai parti sekutu lain dalam PR apabila menang nanti.  

Berdasarkan hakikat ini, maka kita melihat adalah tidak mustahil pertelagahan antara Nasharuddin dan Karpal Singh berkenaan hudud hanyalah satu sandiwara, begitu juga apabila Nasharuddin menyarankan agar PAS mengkaji semula kerjasama dalam PR dan Karpal pula mengugut untuk menyaman beliau.  

Kerana itulah, tiada tindakan diambil ke atas Nasharuddin oleh PAS, dan Karpal juga masih belum mengemukakan saman terhadap Nasharuddin.  

Benar, kumpulan Anwarinas ingin benar agar Nasharuddin dipecat atas dasar beliau mewakili golongan ulama, tetapi mereka juga tahu yang mereka memerlukan Nasharuddin untuk terus melakonkan adegan ‘pejuang Islam’ bagi pihak PAS untuk menang pilihanraya.  

Oleh yang demikian, kita bolehlah menjangkakan sandiwara pertengkaran Nasha-Karpal akan berterusan seadanya sehinggalah pilihanraya tanpa ada apa-apa tindakan dari mana-mana pihak dari kedua-dua belah parti.   

Sandiwara ini hanya akan berakhir jika PR benar-benar berjaya memenangi PRU kali ini.  Namun, ini bukan bermakna keadaan akan menjadi lebih baik, sebaliknya bakal menjadi jauh lebih buruk kerana walaupun mereka berhenti bersandiwara, mereka tidak akan berhenti bertengkar.  

Dalam ertika lain, pertengkaran mereka bukan lagi sandiwara tetapi nyata dan benar belaka dan rakyat pasti akan menanggung akibatnya.  

Wednesday, September 12, 2012

Ustaz Nasha Steady Belasah DAP... Tapi Yang Lain Masih Samikna Wa Atokna Pada DAP!!!



Buat pertama kalinya, pihak Anwarinas di dalam PAS kalah.   Kalah kerana gagal mempengaruhi Majlis Syura untuk mengambil tindakan ke atas Nasharuddin setelah ‘mencari fasal dengan DAP’.   

Kita sedia maklum bahawa pihak Anwarinas di dalam PAS telah hampir berjaya ‘membersihkan’ sepenuhnya pengaruh golongan Ulama sehingga ke kepimpinan atasan.  Tetapi, nampaknya, dengan kekalnya Nasharuddin di dalam PAS, pihak Anwarinas kemungkinan besar akan menghadapi tentangan hebat untuk mengukuhkan kuasa hingga ke puncak.  

Sebelum ini, kumpulan Anwarinas telah berjaya menyingkirkan Hassan Ali atas alasan melanggar dasar PR.    Salah Hassan Ali ialah menentang usaha memurtadkan umat Islam oleh puak Kristian yang dinaungi DAP serta mengkritik Karpal Singh dengan keras.  

Namun, entah kenapa alasan yang sama tidak digunakan, malah tidak dibincangkan pun terhadap Nasharuddin sedangkan ia hampir sama saja.   Sedangkan umum tahu bahawa Anwar telah pun menggerakkan usaha untuk meyakinkan Majlis Syura agar memecat Nasharuddin.  

Nampaknya, rancangan Anwar tidak diendahkan oleh Majlis Syura sedangkan sebelum ini, segala-gala tindakan yang diambil PAS wajib direstui oleh Anwar.   Entah kenapa kali ini, apa yang Anwar mahukan tidak dapat dipenuhi oleh PAS.  

Pastinya PAS menyedari akan impak yang akan menimpa parti itu jika mereka mengambil tindakan terhadap Nasharuddin.  Pengajaran yang diterima mereka dari pemecatan Hassan Ali menyedarkan mereka bahawa akar umbi adalah lebih penting dari Anwar.  Malah Karpal juga lebih penting dari Anwar.  

Hanya kerana mengkritik DAP dan Karpal, seorang pemimpin PAS boleh dipecat tetapi kali ini, kes yang hampir sama tidak pula di bawa ke perbincangan Majlis Syura walaupun ia bertentangan dengan kemahuan Anwar.

Inilah bukti bahawa darjat Karpal atau DAP adalah lebih tinggi dari Anwar.   

Anwar tentunya semakin resah kerana walaupun kumpulannya sudah menyerap masuk dari dasar sehinggalah ke permukaan PAS, tetapi mereka masih lagi tidak mampu berdiri dengan yakin untuk terus mengambil-alih PAS dengan mudah.    

Sebenarnya, strategi Anwarinas ini tidak sukar dibaca.  Jawatan Timbalan Presiden yang ‘diberikan’ mereka kepada Mat Sabu hanyalah sementara bagi membuka jalan yang lebih mudah untuk Husam merampas kerusi tersebut kelak iaitu dalam Muktamar ke 59.  Perkiraan mereka, tidak mungkin Mat Sabu dapat menandingi Husam walaupun mungkin ramai di kalangan PAS yang musykil dan tidak bersetuju dengan Anwarinas.   

Kumpulan Anwarinas telah belajar dari kesilapan dengan tidak turut bertanding tetapi memberikan sokongan kepada Mat Sabu dalam pertandingan jawatan tersebut sebelum ini.  Ini kerana mereka takut undi kumpulan mereka terpecah lagi sepertimana yang berlaku dalam pertandingan sebelumnya.  

Siapa yang sangka bahawa dengan strategi yang dirancang kemas dan rapi, kedudukan Anwarinas masih juga belum pasti.  Malah, tidak mustahil kesabaran mereka selama ini tidak akan berakhir dengan kejayaan.  

Ini kerana manusia hanya merancang, dan Allah S.W.T jua yang menentukan – satu peringatan buat golongan Anwarinas yang masih gagal dalam perancangan mereka berkuasa di Malaysia walaupun mendapat bantuan dari kuasa besar dunia. 

Tuesday, June 5, 2012

Karpal Singh Akan Mati, Tetapi PAS Itu Persis Karpal Singh!!!



ENAM PULUH tahun lalu - ketika Kerajaan British gagal menjadikan Semenanjung Tanah Melayu sebagai jajahan takluknya dan negara kita diberikan nama baru Persekutuan Tanah Melayu - siapa pernah terfikir sebuah pulau warisan nenek moyang kita, akhirnya akan diperintah oleh pendatang dari luar dunia Melayu. 

Semasa Raffles menjejak kakinya di pulau yang amat strategik ini, pulau ini diperintah oleh raja yang bergelar sultan, lengkap dengan istana, para pembesar dan para penggawanya. Tetapi akibat ingin hidup leka-mewah dan lihainya (pintarnya) politik pegawai British, Sultan Husain Shah terpaksa membawa diri ke Melaka dan mangkatlah baginda di sana.

Selepas Perang Dunia Pertama, semasa UMNO mengepalai perjuangan kemerdekaan, di pulau ini ada juga parti UMNO yang kuat di samping pertubuhan-pertubuhan Melayu yang lain. Akhbar Utusan Melayu yang menjadi suara utama perjuangan kebangsan Melayu yang bertunjang di Semenanjung, pun bertapak di pulau ini. 

Waktu itu orang Melayu pribumi pulau ini di pandang tinggi. Para penulis, wartawan dan seniman dari Semenanjung berhijrah ke pulau ini - mencari hidup baru. Keris Mas, Usman Awang, Asraf, Wijaya Mala, Abdullah Hussain, Jamil Sulung, P.Ramlee dan Romai Noor tertawan oleh gadis Singapura. Itulah Singapura, kebanggaan kita pada zaman itu - bukan Kuala Lumpur. 

Sekarang, UMNO Singapura sudah lama terkubur dan tidak jadi sebahagian daripada sejarah moden Singapura. Orang Melayu Singapura jadi kelompok-kelompok minoriti yang hidup mengharapkan belas kasihan pemerintah. 

Dua puluh tahun lagi, dunia akan lupa bahawa di pulau ini pernah ada bangsa dan kerajaan Melayu (sekarang pun yang masih ingat hanya generasi tua seperti saya). Anak-anak keturunan Melayu yang masih tertinggal pun tak akan peduli lagi pada bangsa Melayu. Mereka sudah jadi warga Singapura.

Nyatalah sejarah telah menjadi bukti, bahawa Sultan dengan institusi istananya dan satu bangsa yang pada suatu masa dipandang tinggi, boleh hilang kedudukannya dalam masa 60 tahun saja. Sang Nila Utama dan Temasik tinggal dalam hikayat yang usang. 

Kuasa memerintah berpindah ke tangan kaum pendatang. Lalu di tengah-tengah Nusantara Melayu wujudlah sebuah negara bukan Melayu yang gagah dan makmur.

Kita gelabah dan memukul bayang-bayang

Apabila Karpal Singh mengumumkan secara terbuka: “Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri," tokoh-tokoh Melayu mengatakan, ini cita-cita yang ‘mustahil’ dapat dicapai. 

Karpal dikatakan ‘mimpi di siang hari’ dan ‘buta sejarah’. Pengerusi DAP ini dikatakan tidak memahami Perlembagaan Negara dan kedudukan serta kuasa institusi raja, khususnya Yang di-Pertuan Agong. 

Karpal memang sudah tahu dia akan diserang dengan macam-macam tuduhan. Itu pun memang salah satu tujuannya - memancing lawan. Mengacu Melayu bertinju, tetapi dia berdiri di luar gelanggang. Terciptalah satu lagi isu politik yang panas lagi sensasi menjelang pilihan raya. 

Kalau pun tidak di bibir, dalam hatinya Karpal tersenyum puas, melihat gelagat pemimpin pertubuhan dan tokoh-tokoh cendekiawan Melayu memukul bayang-bayang, terlupalah tugas penting yang perlu dikerjakan. Tokoh peguam-politik terkenal ini, gembira melihat Pas yang gelabah dan orang UMNO lawan bertengkar dengan orang Pas! Pancing politiknya dimakan. Umpannya Melayu!

Beberapa tahun lalu Karpal berikrar, jika Pas hendak menegakkan pemerintahan Islam, langkah mayatnya dulu. Provokasi politik ini menimbulkan reaksi panas dan orang Melayu di luar UMNO menyerang Pas habis-habisan, kerana masih tetap bersekongkol dengan DAP. Maka Pas pun jadi gelabah dan membatalkan perjuangan menegakkan negara Islam. 

Kali ini sekali lagi Karpal menguji pendirian politik Pas dan keutuhan politik Melayu. Yang nyata Pas gelabah lagi. Kedua-dua pemimpin besarnya mengagau-ngagau mencari-cari jawapannya.

Kata Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang, “Itu pandangan peribadi Karpal. Pas akan ikut resolusi Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui rakan-rakan parti lain dan itu merupakan keputusan parti." Ini jawapan orang politik. Tidak mahu terperangkap. Mengapa tidak berani kata, “Pas tetap mahu Perdana Menteri Melayu"? 

Apabila pemimpin Melayu tidak berani bertegas dan takut menerima risiko politik, bukanlah mustahil suatu masa nanti PM kita bukan orang Melayu. Ketakutan itulah salah satu sebab Singapura terlepas daripada tangan kita. 

Reaksi awal Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula, tak mahu buat ulasan. Hanya kata, “Karpal Singh orang tua." Maknanya, cakap orang tua tak boleh pakai kerana sudah nyanyok. Pada detik itu mungkin Nik Aziz terlupa, beliau pun sudah terlalu tua! 

Lepas itu, beliau buat komen lanjut, " Nak bukan Melayu tidak apa, asalkan beragama Islam. Mana boleh pimpin Islam kalau tidak Islam. Negeri Islam, maka orang Islamlah pegang. Jadi, bangsa apa pun tak peduli." Bagi Nik Aziz, syaratnya Islam. Syarat Melayu tak perlu.

Presiden Biro Ekonomi Majlis Perundingan Melayu, Tan Sri Dr. Kamal Salih kata, “Selagi kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan Raja-Raja Melayu di takhta, selagi itulah hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama Persekutuan terpelihara, termasuk kedudukan Perdana Menteri di kalangan orang Melayu."

Persoalannya, bagaimana kalau perkara-perkara yang disebut oleh Dr. Kamal itu tidak ada lagi? Bagaimana kalau Perlembagaan dipinda, kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja itu diubah atau berubah? (Saya teringat kedudukan Sultan dan Raja-Raja Melayu semasa zaman pemerintahan British dan semasa mereka menandatangani perjanjian Malayan Union.) 

Perubahan ini tidak mustahil. Dalam sistem demokrasi, kuasanya di tangan pengundi dan parti yang mendapat kuasa memerintah.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu. Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar kata, “Sebagai pemimpin dia (Karpal Singh) harus sedar negara ini kepunyaan nenek moyang Melayu sejak 4,000 tahun lalu dengan pemerintah terdiri daripada Raja-Raja Melayu dan penduduk majoriti ialah 67 peratus orang Melayu." 

Persoalannya, apakah cukup kita menghadapi persaingan politik sekarang hanya dengan mengatakan “negara ini kepunyaan nenek moyang dan ada Raja-Raja Melayu sejak 4,000 tahun lalu"?

Saya rasa, sejarah dan masa lalu, bagaimana hebat pun, tiada kuasa untuk masa ini dan masa depan kita dan anak cucu kita. Jumlah 67 peratus Melayu mungkin berubah (contohnya di Pulau Pinang, dalam masa dua tahun, 18,000 sudah membawa diri). Juga yang menentukan bukanlah sangat jumlah penduduk, tetapi yang lebih penting, berapa jumlah kawasan pilihan raya yang Melayu sudah jadi minoriti atau sudah terpecah dua?

Pada masa ini memanglah cita-cita Karpal itu tak mungkin akan tercapai. Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pun yakin, “PM daripada kaum Cina sesuatu yang tidak mungkin dicapai pada masa sekarang." Tegasnya, “Ahli DAP tidak boleh menjadi PM jika mereka mendapat kuasa sekarang."

Tetapi kita bercakap tentang masa depan - 10 atau 15 tahun lagi? Mengira-ngira keputusan dua atau tiga kali pilihan raya lagi - cita-cita yang disuarakan Karpal itu bukanlah sesuatu yang mustahil. 

Lebih-lebih lagi yang prihatin sekarang hampir semuanya generasi tua, berumur 60 tahun ke atas. Suara generasi muda - peringkat anak-anak dan cucu-cucu saya - hilang entah ke mana.

Jika generasi muda ini tidak ambil peduli dan hati mereka tidak tersentuh apabila Karpal kata dia mahu PM bukan Melayu, adalah petanda kuasa Raja dan bangsa Melayu akan hilang - mengulang sejarah Singapura. Suara Karpal Singh itu bukan suara peribadi. Kalau dia sudah tidak ada lagi pun, ingatlah! Suara itu tidak akan mati.

DATUK NOOR AZAM ialah bekas Ketua Editor Buku Umum, Majalah di Dewan Bahasa dan Pustaka, kolumnis dan bekas Pengerusi TV3

Sumber: Utusan Malaysia

Wednesday, May 23, 2012

Airmata Darah Bercampur Keringat: Karpal Singh Akan Beri Taraf Bumiputera Kepada Cina & India!!!



DAP nampaknya masih belum dapat menerima dengan tenang keputusan Tunku Abdul Aziz Ibrahim untuk keluar parti.   

Di kalangan pemimpin DAP, ada yang meluahkan kekecewaan, ada yang bertindak menghamun Tunku Aziz dan memperlekehkan sumbangan beliau kepada parti tersebut dan ada yang tercungap-cungap mengerahkan balaci menepis dan memperbaiki imej yang terserlah sebagai kukubesi dan korup.   

Tidak ketinggalan juga cubaan memulihkan imej dan mengalihkan isu oleh akhbar-akhbar yang ‘bersimpati’ dengan perjuangan DAP, termasuk the Star.  

Namun, Tunku Aziz wajar memahami bahawa rakan-rakannya bukanlah kecewa kerana tindakannya keluar parti, tetapi mereka kecewa kerana beliau telah membuka pekung DAP.   Kekecewaan mereka berganda apabila beliau kemudiannya menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri dan memuji program-program transformasi.

Akibatnya, DAP terus lupa akan hakikat bahawa Tunku Aziz adalah seorang yang lurus, berintegriti dan berprinsip serta akan sentiasa berkata yang benar.   Kualiti inilah yang menyebabkan  mereka ‘menyambutnya’ ke dalam DAP dahulu,  dan kualiti ini jugalah yang menyebabkan beliau keluar dari DAP hari ini.  

Antara yang lantang menempelak kenyataan ikhlas dari Tunku Aziz ialah Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan.   Menurut Karpal, pelan transformasi Datuk Seri Najib hanya berada di pinggiran dan sepatutnya lebih mendalam.  

Bagi Karpal, untuk mendalami pelan transformasi tersebut, langkah pertama yang perlu diambil oleh Perdana Menteri ialah “mengembalikan status bumiputera kepada semua warganegara yang lahir pada dan selepas 31 Ogos 1957, iaitu tarikh kemerdekaan negara ini.”  

Intipati dari kata-kata Karpal ini hanyalah satu, iaitu menghapuskan hak keistimewaan bumiputera.  

Kita tidak terkejut dengan kenyataan Karpal kerana kita tahu ia sudah menjadi matlamat utama perjuangan DAP, iaitu melenyapkan penguasaan Melayu di bumi Malaysia ini.   

Bagi mencapai matlamat ini, DAP sering memomokkan bahawa hak istimewa bumiputera itu adalah satu bentuk diskriminasi terhadap warganegara bukan bumiputera.  Kononnya warganegara bukan bumiputera tertindas, dianaktirikan dan terpinggir dari kemudahan-kemudahan dan bantuan-bantuan kerajaan.  

Sedangkan walaupun dengan wujudnya hak istimewa bumiputera, warga bukan bumiputera telah berjaya menghalau 18,000 bumiputera di Pulau Pinang, lalu bagaimana agaknya nasib bumiputera jika hak mereka tidak dilindungi oleh kerajaan?  

Sedangkan walaupun dalam melaungkan nasib diri yang ‘tertindas, terpinggir dan dianaktirikan’,  warga bukan bumiputera tega bermegah mendabik dada punya kuasa untuk mengawal ekonomi dan peluang pekerjaan di Malaysia.   Justeru, bagaimana agaknya nasib bumiputera jika ekonomi mereka tidak dibantu oleh kerajaan?

Hak bumiputera telah digariskan di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia sebagai melindungi bumiputera, terutamanya dari segi ekonomi dan pemilikan tanah.  Ini kerana, di era penjajahan, kaum bumiputera telah tidak diberi peluang yang sama dari segi pendidikan dan sosial oleh penjajah British sehingga mereka jauh ketinggalan dan sukar untuk meningkatkan diri, apatah lagi bersaing dengan kaum-kaum pendatang.   Tanpa pendidikan dan pendedahan sosial, kaum bumiputera terdedah kepada manipulasi dan kehilangan hak-milik mereka di bumi ini.  

Tindakan British mengekang peluang pendidikan dan sosial kepada kaum bumiputera adalah untuk memastikan tiada kebangkitan semangat patriotik dan pemberontakan.   

Kaum pendatang pula dianggap tidak punya sifat patriotik terhadap negara ini dan tidak akan memberontak.  Justeru, peluang pendidikan dan pekerjaan untuk mereka adalah terbuka kerana British memerlukan mereka sebagai pekerja atau penyelia kepada kaum bumiputera.  

Tragedi 13 Mei 1969 kemudiannya menyerlahkan sifat sebenar kaum pendatang yang tidak patriotik, tidak ikhlas malah angkuh dan suka menindas kaum bumiputera.   Bertitik-tolak dari itu, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan bagi memantapkan lagi usaha meningkatkan taraf hidup dan daya saing bumiputera dan mengelak berulangnya tragedi berdarah itu.  

Hakikatnya, kaum bumiputera sendiri merasa tidak selesa dengan kewujudan hak istimewa mereka.  Namun, hakikatnya juga, kaum bumiputera perlu mempertahankan hak ini selagi wujudnya keangkuhan dan sifat menindas di dalam diri kaum bukan bumiputera atau berhadapan dengan risiko merempat di negara sendiri, kalau pun tidak satu lagi tragedi.  

Walaupun DAP menafikan yang mereka bersifat perkauman dan sering melaungkan hak samarata, namun, rekod sejarah politik DAP  atau kaum Cina itu sendiri membuktikan betapa mereka kekal cenderung, malah tegar untuk menindas kaum lain apabila berkuasa.   Keangkuhan yang ditunjukkan dalam tragedi 13 Mei tidak pernah padam.   Ini terbukti dari cara mereka mengurus syarikat swasta dan perniagaan yang diterajui mereka di mana kaum bukan bumiputera diberi keutamaan sementara peluang bersaing untuk bumiputera disempitkan.  

Justeru, walaupun kita semua ingin menghapuskan ‘diskriminasi kaum’ yang tertulis dalam perlembagaan tetapi selagi kita tidak mampu menghapuskan diskriminasi kaum yang TIDAK tertulis di syarikat-syarikat swasta dan perniagaan, Malaysia tidak ada pilihan selain dari terus mempertahankan Artikel 153.    

DAP sebenarnya sedia maklum mengenai kewujudan diskriminasi kaum yang TIDAK tertulis dalam ekonomi  Malaysia yang diterajui kaum Cina tetapi DAP tidak berniat untuk menghapuskannnya.    Lebih buruk lagi, DAP sememangnya memperjuangkannya iaitu untuk memastikan kaum Cina mengawal semuanya – politik, ekonomi, pendidikan, perniagaan dan segala-galanya.  

Inilah yang membuatkan Tunku Aziz tidak sanggup lagi duduk bersama mereka, dan kenapa Karpal begitu terdesak untuk menutup mulutnya.

Sunday, November 20, 2011

Karpal Dedahkan Koh Tsu Koon Bakal Sertai DAPigs?

Fuhhh.. tiba-tiba pula nak jadi tukang simpati.  Tipikal Karpal, dia takkan buat sesuatu kalau takde sebab.  Dan strategi ini cukup mudah dibaca, Karpal mahukan Koh Tsu Koon sertai DAPigs untuk kepentingan politiknya.  

Helah politik.  

Koh Tsu Koon tidak akan bertanding pada PRU nanti.  Beri peluang kepada orang muda.  Terima kasih untuk pendirian itu.  Sedar diri la jugak kerana sudah terlalu lama.  

Cerita pasal terlalu lama.. Kit Siang, Karpal, Hadi Awang dan Nicky Arjis sudah lama juga.  

Tak reti nak resign ke?  Ohhh.. orang masih pilih katanya.  

Sampai mati lah si Nicky tu akan pegang jawatan MB Kelantan jawabnya...

Wednesday, August 3, 2011

Video Terkini Dari Karpal PooSingh: PAS TIDAK AKAN WUJUDKAN NEGARA ISLAM


Video di atas diambil pada 5 April 2011.  

Itu bermakna ia terjadi belum pun melebihi 6 bulan.  Dan DAP cukup konsisten untuk anti Islam dan saudara-saudara kita nun di sebelah sana masih lagi bermimpikan pentadbiran khilafah Islam di negara ini.  

Mungkin mereka masih bermimpi, dibuai kelentong dari ostat-ostat PAS yang saban hari keluar masuk surau-surau dan masjid-masjid terutamanya di negeri yang ditadbirkan oleh mereka untuk memberi "tazkirah" sempena Ramadhan Al Mubaraq.  

Yang menghairankan, mengangguk-angguk pak lebai dan mat kepiah mempercayai dongeng dan rekayasa ostat-ostat PAS itu.  Apa la punya mentaliti!  Senang dibodoh2kan...

DAP tidak akan memberi walau seinci ruang untuk syiar Islam.  Dan bagaimana pula Khalid Gereja boleh berkata DAP itu bagus, beri peluang kepada mereka memerintah.  

Sebarkan video ini, kerana DAP akan tetap dengan pendiriannya, apatah lagi menyedari politik sesumpah ajaran Al Jub yang cukup mekar berkembang di dalam Parti Islam Se Malaysia itu! 

Saturday, June 11, 2011

Saturday, May 7, 2011

EDISI KITE BAKOR: VIDEO PENDEDAHAN ZUL NOORDIN TENTANG KARPAL POOSINGH !!!



Video ni GT dah cuba untuk publish di blog tapi telah di "private" kan.  Yang ini tak tau la sampai bila boleh anda tonton.  

Tapi sementara masih boleh ditonton, tontonlah.  Penting untuk kita lebih mengenali siapa dia Karpal PooSingh dan Al Juburin... 

Tuesday, April 5, 2011

SPEAKER DEWAN, JGN MALUKAN PARLIMEN. CUKUPLAH BERUK2 JADIAN BUAT KACAU TEMPOH HARI!!!


Karpal Singh mendesak agar video seks lelaki Y ditayangkan di Parlimen untuk tatapan semua.  

Apakah relevannya untuk ini ditayangkan di Parlimen?  Bagi GT, kedaulatan Parlimen harus dipertahankan agar perkara spt ini tidak berlaku.  Permintaan Karpal Singh sebenarnya adalah cubaan untuk merendahkan martabat Parlimen itu sendiri.  

Ini adalah usaha untuk memalukan kerajaan Malaysia apabila Parlimen berbuat demikian.  Ia akan menjadi bahan jenaka berbulan bulan lamanya.  Imej Parlimen itu akan tercalar dek permainan politik Karpal andai kemahuannya dituruti.

Kita tahu bahawa ramai pemimpin Fuckatan menolak bulat2 tanpa melihat video tersebut.  Kebodohan mereka sebenarnya terjejas dek sifat kelam-kabut membuat statement berkenaan penayangannya sebelum ini.  Percayalah, apabila mereka telah melihat video itu, mereka akan menafikan bermati-matian, dgn alasan mereka telah menonton video tersebut.  Jadi, mereka dapat mencipta kredibiliti untuk kenyataan berhubung isu ini. 

Kesucian Parlimen sebelum ini telah tercemar apabila juak2 ini berubah menjadi beruk jadian yang diketuai oleh seekor gendoruwo dengan membuat kacau di parlimen.  Jembalang-jembalang ini telah melarikan diri dari terkantoi dgn keluar dari parlimen apabila isu APCO hendak dibahaskan.

Speaker Dewan hendaklah bersikap rasional dan janganlah memalukan lagi institusi Parlimen.  Dgn kata lain, dgn kuasa yang ada, janganlah hendaknya dibenarkan penayangan video ini.  

Dari melayan desakan Karpal PooSingh, lebih baik Parlimen tumpukan kepada peranannya.  Biarlah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk siasatan.
Atau lebih "daring", serahkan sahaja untuk tatapan umum.  Dari rakyat untuk rakyat.  Biarlah rakyat tentukan.  

Amacam?  Ada bran? Meh rakyat.. tgk video nih...

Tuesday, January 18, 2011

KARPAL SINGH KENA GELAK!!! KAHKAHKAHKAHKAHKAH!!!!


Peguam Ummi gelakkan karpal!!!
Karpal Singh kena gelak!!! hahahahahaha...
Karpal Singh ingat undang2 tu mak bapak dia yg punya.. hahahahaha...
Karpal Singh ingat dia sorang je peguam kat negara ini... hahahahahaha...

Nazri Aziz kata saman je karpal ni.  ingat bagus sgt ke... hahahahaha
Nazri Aziz kata karpal kuat buat gempak!!
Nazri Aziz kata sapa2 yg boleh saman karpal, saman!! hahahahahah

JOM SAMAN KARPAL!!!!

Sunday, January 9, 2011

PEGUAM NEGARA WAJIB MEMANGGIL KARPAL SEBAGAI SAKSI UTAMA KES LIWAT ANWAR!!!


Karpal didesak agar menjelaskan dakwaan oleh MP Wangsa Maju, Wee Choo Keong berhubung dengan kenyataan Karpal di hotel Federal tentang wujudnya bukti Anwar meliwat.  

Bekas Pengerusi DAP Johor, S.K Song menyelar sikap pemimpin2 DAP yang suatu ketika cukup lantang mengetengahkan isu moral dan prinsip namun bertindak diam-diam babi apabila berhadapan dengan dakwaan Wangsa Maju.  

GT pernah menulis artikel DISINI.  

Peguam Negara wajib memanggil karpal sebagai saksi berikutan dakwaan dia mempunyai bukti tentang kedurjanaan Anwar Al Juburi...

Apa tindakan Peguam Negara???  Shadap you jugak ke???

Wednesday, December 29, 2010

GEMPAR!!! PENGAKUAN KARPAL SINGH!!! "SAYA ADA BUKTI ANWAR TERLIBAT"


Karpal Singh akhirnya mengaku bahawa dia pernah mendesak agar Anwar Ibrahim yg ketika itu TPM, disiasat kerana didakwa terlibat dalam isu liwat.  Menggemparkan, Wee Choo Keong (Wangsa Maju) mendedahkan dalam satu ceramah DAP di Hotel Federal di Kuala Lumpur pada 1997, Karpal telah menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti Anwar terlibat dalam kegiatan liwat.

Tapi, kenapa masih mempertahankan Nuar tu lagi??? Berhentilah jadi peguam si Nuar tuh...  

Kalau masih lagi jadi peguam Nuar.. there should be something's going on.... Adakah ini cara DAPigs untuk menunggangi Nuar Berahi yang songsang dan serakah nafsunya???

Di mana moral seorang peguam yang punya bukti bahawa perkara itu berlaku, namun kebenaran disorokkan.  Jelas, kita harus tolak spesis macam karpal nih.  Dan spesis ini cukup banyak dalam DAPigs... spesis lidah biawak.  Dosa dan pahala GT rasa tiada dalam kamus hidup mereka.  Spesis ni yang nak korang angkat memimpin negara??? Alamat hancurlah...   

Awas... simptom2 spesis ni dah menular dalam PKR dan Pas...  Tak caya???  Tanya Ustaz Harun Din...

"Anwar Ibrahim has created enough trouble for the country" - Karpal Singh.

Thursday, November 25, 2010

KAPAL TUNDA MAHU HAKIM TARIK DIRI SECARA SUKARELA!!!

 
KARPAL TUNDA MAIN2 LAGI.  KALI INI, BELIAU BERTERUS-TERUSAN LAGI CUBA MENCARI "HELAH TEKNIKAL" DEMI UNTUK MELEWATKAN PERBICARAAN YANG GERAKAN TIMUR PERCAYA TUJUAN UTAMANYA IALAH UNTUK MENGGUGURKAN  KES LIWAT ANWAR.  

SEMALAM KARPAL BERHUJAH DI MAHKAMAH TINGGI BAHAWA HAKIM DATO MOHD ZABIDIN MOHD DIAH HARUS MENARIK DIRI SECARA SUKARELA KERANA KONONNYA ADA ELEMEN BERAT SEBELAH YANG KETARA APABILA DIKATAKAN MEMBUAT UGUTAN PENGHINAAN MAHKAMAH TERHADAP PEGUAM TERSEBUT.  

APA YANG KAU MEREPEK SETAN!!!! RAKYAT NAK TAU, SOALAN NYA MUDAH.  ANWAR LIWAT SAIFUL, YA ATAU TIDAK...BUKAN MELALUT KE BENDA2 LAIN..

DASAR PUTAR ALAM, SAMA MACAM ANWAR... MORAL DIORANG??? LUPAKAN SAHAJA...

Saturday, August 21, 2010

"HUDUD? NO WAY!!!" - KARPAL SINGH


KUALA LUMPUR 20 Ogos - Pengerusi DAP Karpal Singh berkata hari ini beliau tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

Karpal berkata, partinya tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini.

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Karpal mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa adalah wajar untuk berbalik kepada hudud oleh kerana beliau dakwa undang-undang sivil sekarang gagal mengawal jenayah dan penyakit sosial. 

Sumber - Bernama

GERAKAN TIMUR :
N.Ajis kena lagi.  Dalam isu Hudud (termaktub dalam cita2 negara Islam), Karpal Tunda menentang keras usaha itu.  Dah berkali-kali N.Ajis kena libas dalam isu ini.  Kali ini, kita ingin melihat sejauh mana N.Ajis akan mempertahankan pendiriannya.  Ataupun, N. Ajis akan berkata bahawa itu adalah cadangan, atau pendapat peribadi dia.  Malang pejuang2 Islam dalam parti amPAS, Gerakan Timur percaya semua akan menikus untuk berdebat dengan Karpal Tunda.  Andai pemimpin UMNO yang mengeluarkan statement anti-islam ini, pasti berdoyong-doyong lembu berkopiah akan cabar untuk berdebat!!!  Hai, malang sungguh Islam dan Melayu di Malaysia, berani lawan bangsa seagama, namun dayus dan pengecut untuk menentang musuh yang terang - kafir harbi!!!  Kena hina pun hinalah, janji dapat kuasa memerintah.  Jadi keldai pun keldai lah, janji dendam kesumat terbalas!!  SAH... INILAH PARTI KASTA PARIAH DALAM FUCKATAN HARAMMMMM.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...