Bersama Berjuang

Showing posts with label PTPTN. Show all posts
Showing posts with label PTPTN. Show all posts

Monday, June 25, 2012

Kutipan Bayaran Balik PTPTN Merosot Dari Bulan Mac Gara-Gara Isu Mansuh PTPTN. Anwar Wajib Bertaubat!!!


Puncanya Anwar.  Tidak lupa juga segelintir mahasewel pendek akal.  Kini, kutipan bayaran balik pinjaman PTPTN semakin merosot gara-gara #Occupy Dataran... 

KLIK SINI untuk mengetahui maklumat terperinci.  

Tuesday, June 12, 2012

Isu Mansuh PTPTN Iktiraf Anwar Sebagai Pelawak Politik Tanahair!!!



Pada Ahad lepas, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang masih juga tidak serik mendendangkan janji pendidikan percuma, tentu saja ramai yang ketawa berdekah mendengar propaganda tersebut.

Dalam ceramahnya di Stadium Kajang itu, katanya pakatan pembangkang optimis untuk menyediakan pendidikan percuma dan PTPTN tetap akan dimansuhkan.

Menurutnya, dengan cuma RM5 bilion setahun tanggungan untuk pendidikan percuma, bukan satu masalah kerana kos itu nanti boleh diambil dari hasil keuntungan jualan minyak negara yang berjumlah RM80 bilion.

Nampak mudah dan ringkas penyelesaiannya, seolah-olah segala hasil minyak itu akan kekal selamanya manakala sektor lain seperti kesihatan, pertahanan, pengurusan, bayaran pencen, kos subsidi dan lain-lain tidak memerlukan perbelanjaan.

Pada minggu lepas, kita dipertontonkan dengan aksi kalut malut menyelubungi kem pakatan pembangkang gara-gara langlah pembekuan sementara pinjaman PTPTN kepada UNISEL milik kerajaan negeri Selangor.

Paling penting, dalam tempoh pembekuan sementara itu kita berpeluang melihat model pendidikan percuma yang mereka propagandakan selama ini rupanya berkonsepkan gadai dan jual aset milik universiti. 

Penyelesaian mudah ala korporat keparat yang jika menjadi budaya dalam urus tadbir kerajaan tentunya bakal melingkupkan semua harta benda rakyat, negeri dan negara.

Itu baru melibatkan keperluan menanggung sebuah IPT dan jumlah pelajar yang terlibat pula cuma 1000 orang. Jika semuanya mengambil pengajian ijazah, bermakna sejumlah RM7 juta setahun sahaja diperlukan untuk menampung seribu orang pelajar tersebut.

Tapi dek kerana ura-ura menyediakan pendidikan percuma hanyalah propaganda politik semata-mata, mereka hilang punca untuk mempraktikkan janji tersebut. Yang terlintas di kepala mereka jual dan gadai tanah.

RM5 bilion seakan dipandang sebelah mata oleh Anwar tapi RM7 juta setahun untuk UNISEL pun sampai timbul ura-ura bergolok gadai tanah. Haru.

Jika angka sekecil RM7 juta setahun pun tidak mampu ditanggung sekalipun dikatakan kantung kerajaan negeri memiliki aliran tunai RM1.8 bilion, sebaliknya tanah milik universiti juga yang mahu dijual.

Bukankkah lawak namanya bila begitu yakin Anwar mahu menyelesaikan kos tanggungan yang lebih besar sehingga mencecah RM berbilion setahun?

Tidak syak lagi dengan sikapnya yang bermuka tebal dan gemar menabur janji tanpa mengukur baju di badan sendiri, Anwar layak digelar sebagai satu-satunya politikus yang memiliki pakej yang lengkap untuk dianugerahkan sebagai pelawak politik tanahair. 

Barangkali untuk sekurang-kurangnya 100 tahun akan mendatang, Anwar Ibrahim akan dikenang oleh rakyat Malaysia sebagai pelawak politik paling tersohor yang sukar dicari ganti. 

Isu PTPTN: Mari Kenali "Biawak Hidup" Rakyat Selangor!


Dia seharusnya menjadi nakhoda kepada negeri Selangor Darul Ehsan.  Setelah 4 tahun lebih mengepalai bahtera Merah Kuning, dia tidak ubah seperti mana waktu mula-mula pemerintahannya dahulu.  

Kurang cerdik, dan ambil jalan mudah dalam amanah yang diberikan kepadanya oleh Tuanku Sultan Selangor.  

Kenali "biawak hidup" rakyat Selangor sepanjang zaman... DISINI

Monday, June 11, 2012

Isu PTPTN: Akhirnya Kebenaran Terpacul Dari Mulut Fuckatan Sendiri!



Gempar politik yang dibuat oleh pembangkang apabila cuba meraih populariti akibat dari cadangan memansuhkan PTPTN semakin di penghujungnya.

Kita sedia maklum bahawa cadangan tersebut dianggap “pendek akal” dan tidak popular oleh kebanyakkan rakyat normal, kecuali Rafizi Ramli dan segelintir pengikut Syiah laknatullah yang cuba juga menegakkan “benang yang basah” untuk terus menjadi wajah kesayangan Anwar.

Umum mungkin sudah mengerti, bagaimana Anwar Ibrahim “dilibas” kiri dan kanan oleh rakan sekutunya seperti DAP dan PAS dalam satu mesyuarat tertutup Pakatan gara-gara isu PTPTN yang dilihat “memakan diri sendiri”.  Tidak hairanlah, sekiranya DAP mengajar PAS untuk bermufaraqah dalam isu PTPTN ini.  Sungguhpun begitu, PAS terus mengharapkan askar Syiah mereka bergerak untuk terus meracuni golongan mahasiswa di dalam isu ini.

Amat menghairankan apabila terdengar lolongan dan salakan dari pemimpin PR apabila PTPTN mengambil keputusan untuk memansuhkan PTPTN di Unisel.  Kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan adalah perkataan-perkataan popular yang digunakan bagi melabel betapa “zionisnya” kerajaan ke atas pelajar-pelajar di universiti tersebut.

Baca seterusnya DISINI

Isu PTPTN: Setelah Dibantai Sekutunya, Kini Anwar Gelabah Lagi!!!



Pembangkang di Selangor melenting dan menjadi tidak tentu arah apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengarah PTPTN membekukan pinjaman pendidikan bagi pelajar Unisel.

Tanpa mengkaji terlebih dahulu bahawa tindakan itu adalah bersifat sementara kerana PTPTN mahu melihat samada Pakatan Rakyat Selangor benar-benar serius mahu membela nasib pelajar di bawah universiti milik kerajaan negeri atau ianya sekadar retorik politik kosong mereka sahaja.

Bak kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan mahu melihat sejauh mana kebenaran janji Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mahu memberi pendidikan percuma kepada pelajar pusat pengajian tinggi dengan menghapuskan pinjaman PTPTN.

Bukan sesekali niat kerajaan  untuk memperjudikan masa depan generasi muda terutamanya anak-anak bangsa Melayu sendiri.

Sejak merdeka sampai sekarang, tidak ada kerajaan yang memperkasakan pendidikan di negara ini terutamanya menaikkan martabat bangsa Melayu kecuali Barisan Nasional.

Ini hakikat yang amat pahit untuk diterima pembangkang.

Begitulah sifat pembangkang yang ingin menjadi Mat Jenin - berjanji bulan dan bintang kepada rakyat, tetapi apabila mereka disedarkan dari alam mimpi kepada dunia realiti barulah mengerti betapa sukarnya untuk mengotakan janji-janji yang mereka tabur.

Inilah hasil budaya fitnah yang diamalkan oleh Anwar selama kerjaya politiknya.'

Kalau dahulu ia di tahan di bawah ISA pada awal 1970an kerana menghasut rakyat Baling bangkit menentang kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Hussein atas isu kemiskinan, kini Anwar mahu mmebuat onar yang sama dalam isu PTPTN.

Begitu juga Anwar membuat kacau bilau pada tahun 1998 apabila dipecat daripada jawatannya kerana jenayah liwat dan salahguna kuasa dengan menghasut rakyat melakukan demonstrasi jalanan.

Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Anwar sememangnya tidak mempunyai perasaan kasih sayang terhadap bangsa Melayu.

Yang beliau pentingkan ialah bagaimana hendak menjadi Perdana Menteri dan untuk itu dia sanggup memperkudakan bangsa Melayu untuk mencapai cita-citanya.

Anwar tidak peduli samada nasib pelajar-pelajar Melayu terbela atau tidak apabila beliau mengapi-apikan supaya pelajar yang menerima pinjaman PTPTN tidak membayar pinjaman mereka.

Alasan yang diberikan ialah Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, dan tidak perlu lagi pinjaman tersebut dibayar mulai sekarang kerana ia akan dimansuhkan juga.

Beginilah niat jahat Anwar yang menjanjikan sesuatu yang belum dan tidak akan berlaku dengan mengeksploitasi minda generasi muda melalui janji kosongnya.

Seperti biasa, PAS pula mengambil kesempatan untuk mengatakan kerajaan berlaku zalim kerana menindas pelajar Melayu.

Mungkin PAS yang hanya pandai berceramah di kampung-kampung boleh berikan bukti kepada rakyat satu universiti yang berjaya di binanya selama 20 tahun ia memerintah Kelantan.

Bak kata orang, satu tiang bangunan pun PAS tidak mampu tegakkan apatah lagi sebuah gedung! 

PAS yang sebelum ini beriya-iya mengarahkan askar syiah mereka yang diketuai oleh Khalid Ismath, yang mengidolakan Mat Sabun sebagai nadi belakang gerakan-gerakan mahasiswa termasuklah untuk mansuhkan PTPTN terpalit sama atas strategi yang akhirnya menyerlahkan kebodohan yang melantun-lantun.  

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mahu menunjukkan hero dengan berkata sebahagian aset Unisel akan dijual untuk menampung keperluan pendidikan pelajar universiti tersebut.

Dengan sendirinya Khalid telah membuka pekungnya kepada rakyat bahawa kerajaan negeri sebenarnya tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membiayai pendidikan pelajar universiit miliknya sendiri.

Apa perlu Selangor menjual aset Unisel jika benarlah dakwaan kerajaan negeri mempunyai rizab tunai lebih RM1 bilion yang amat dibanggakan itu?

Apa logiknya jika Selangor sudah kaya dengan simpanan tunai tetapi terpaksa juga menjual harta sendiri apabila keadaan terdesak?

Tidak lain tidak bukan dakwaan rizab yang besar hanyalah satu lagi pembohongan Pakatan Rakyat sebagaimana juga janji-janji kosong mereka yang dibuat pada pilihan raya umum 2008.

Dalam erti kata lain Selangor di bawah pembangkang sudah hampir bankrap dan ini dibuktikan dengan tindakannya mahu menjual aset-aset bernilai yang dimiliki Unisel.

Isu PTPTN telah memakan diri pembangkang sendiri dan mendedahkan tembelang Anwar dan Pakatan Rakyat yang suka berbohong kepada rakyat dan membuat janji manis.

Pembangkang boleh membuat timbunan janji dan mimpi manis tetapi hanya BN sahaja yang mampu mengotakan apa sahaja yang dijanjikan kepada rakyat.

Wednesday, June 6, 2012

Anwar Menjemput Bala Bila Menghasut Pelajar Tidak Bayar Pinjaman PTPTN



Pendedahan oleh akhbar Cina, Sin Chew Daily pada 4 Jun 2012 yang lepas berkenaan hasutan Anwar supaya peminjam PTPTN tidak membayar hutang mereka ternyata hanyalah satu janji populis yang tidak berpijak di bumi nyata.

Dalam ceramahnya bersama Lim Guan Eng itu, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor turut menjanjikan PTPTN akan dihapuskan dalam jangka masa setahun selepas peralihan kerajaan pusat sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihanraya umum ke 13 kelak.

Konon hendak diganti dengan pendidikan serba percuma. Walhal Anwar lupa, Yayasan Selangor milik kerajaan Selangor hingga kini telah menutup pusat pendidikan kemahiran serta asrama kediaman pelajarnya.

Mana logiknya untuk  Anwar mempraktikkan pendidikan percuma? Kontradik & memualkan sekali, tidak begitu?

Zaman sekarang sudah ramai yang buka mata dan bijak berfikir jauh ke depan. Tak semudah dan sewenang-wenangnya untuk Anwar terus menjual temberang dan mengabui mata rakyat. 

Omong kosong dan propaganda murahan seperti yang kerap di usung oleh Anwar dan pakatan pembangkang sudah dianggap seperti gebang penjual ubat & makjun kesihatan di jalanan. Seronok untuk di dengar tapi mudarat untuk di guna pakai.

Dari sudut lain pula, bukankah bila pinjaman yang sudah dimeterai perjanjian kontrak dan terma syaratnya dipersetujui, apabila sengaja dilanggar memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab? Walhal, jika PTPTN itu membebankan, lebih baik dari awal lagi dijauhi.

Anwar lupa, majoriti rakyat Malaysia bukannya sebodoh pemuja dan pengikutnya. Baik Melayu, Cina, India, kadazan, Iban dan apa saja kaum di bumi bertuah ini amat jelas resam bila berhutang menjadi kewajipan pula untuk patuh pada perjanjian pembayaran semula.

Tanyalah siapa saja yang waras fikirannya, mereka akan bercakap perkara yang sama - hutang wajib dibayar. 

Waima kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP hingga kini terus aktif memburu ratusan rakyatnya yang gagal membayar semula wang pinjaman pendidikan yayasan negeri, mana mungkin untuk rakyat meyakini temberang dan hasutan Anwar.

Namun apabila Anwar menghasut rakyat khususnya para pelajar mengingkari bayaran semula pinjaman PTPTN, itu jelas menonjolkan sikapnya tidak bertanggungjawab seorang pemimpin.

Jelaslah, Anwar sebetulnya hanya menjemput bala apabila menggesa peminjam mengabaikan tanggungjawab membayar semula pinjaman. 

Rakyat Malaysia tidak mungkin sanggup membiarkan tanahair ini diserahkan kepada Anwar dan pembangkang yang tiada sikap cakna dan tanggungjawab.

Sumber: Beruang Biru & The Pola Bear

Wednesday, April 25, 2012

0.0001% Mahasiswa Bangang, Puncanya Anwar Al Shamsidar!



Mungkin ramai tidak sedar bahawa yang melalak-lalak ingin mansuh PTPTN sebenarnya hanyalah 0.0001% dari kesemua 2.5 juta pelajar IPT, termasuk Universiti, Universiti Kolej, Kolej, Politeknik, Kolej Komuniti dan lain-lain IPT awam dan swasta yang ada di Malaysia ini.   

Itupun dalam 250 orang yang berdemo di Dataran Merdeka itu bukan semuanya pelajar.  Antaranya terdapat mak nya atau nyonya tua, apek tua, mak-cik dan pak cik berumur lebih 40 tahun, remaja yang rosak akhlak, yang berperangai tidak senonoh dan sebagainya.  

Jika benar semua mereka ini adalah peminjam PTPTN maka tentulah mereka antara pelajar-pelajar benak, pemalas yang sememangnya menjadi balaci atau pencacai sepenuh masa Pakatan Rakyat.   Ramai juga di antara mereka kelihatan seperti manusia sesat tetapi tidak pula kelihatan seperti sedang mencari-cari arah hidup.  Sebaliknya selesa dengan kesesatan dan cara gelandangan sebegitu. 

Justeru, apa yang boleh diperkatakan mengenai isu demo mansuh PTPTN ini?  Yang sebenarnya,  demo PTPTN ini bukanlah isu langsung! 

Kita juga tahu bahawa DAP dan PAS sebenarnya tidak bersetuju dengan Anwar untuk memansuhkan PTPTN.   Semua orang bertanya dari mana hendak dikaut RM43 billion untuk menampung kos pendidikan percuma dan Anwar tidak mampu memberi jawapan yang meyakinkan kerana beliau sendiri tidak tahu jawapannya.  

Akhbar-akhbar Cina juga menyiarkan banyak tulisan dan juga pendapat yang mengkritik idea pemansuhan PTPTN ini.   Hari ini juga tersiar satu tulisan di Nanyang Siang Pau yang meluahkan rasa malu dengan tindakan Pakatan Rakyat mempromosi sifat meminjam tetapi enggan membayar. 

Menurut penulis tersebut, budaya Cina sering menekankan sifat membayar balik pinjaman, dan , inilah faktor utama kejayaan bangsa mereka.  

Sepatutnya, orang-orang Melayu merasa jauh lebih malu lagi kerana membayar balik pinjaman bukanlah sekadar tuntutan adat atau budaya tetapi tuntutan agama.   Dan kerana enggan membayar hutang juga membuatkan ramai orang Melayu tidak berjaya.  

Selama ini, PR yang paling hebat melaungkan Melayu baru, yang moden berdaya saing dan mampu berjaya tanpa menggunakan tongkat.  Oleh itu, kita tidak faham, bagaimana pula di masa yang sama PR ingin menambahkan tongkat dan memanjakan lagi rakyat Malaysia, terutamanya Melayu dengan menambahkan subsidi itu dan ini, menjanjikan bulan dan bintang dan segala-galanya.  

Semuanya ingin disuapkan oleh PR kepada rakyat supaya kita merasa gembira dan tidak perlu bersusah payah bekerja kuat untuk meningkatkan taraf hidup.  Dan kini PR juga yang ingin memulakan era segalanya percuma di mana peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi adalah sama rata tidak kira sama ada pelajar tersebut cemerlang atau tidak dalam pelajaran peringkat menengahnya.  

Sedangkan memberikan pendidikan percuma di peringkat tinggi juga merupakan satu ketidakadilan selain membantutkan motivasi pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.  

Lagipun, bukankah ini bertentangan dengan aspirasi untuk melahirkan masyarakat yang berdaya saing, kuat dan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah walau di mana saja kita berada?

Tindakan PR ini hanya akan mengakibatkan kelahiran lebih ramai graduan tidak cukup masak seperti Anwar Ibrahim ataupun Adam Adli.  

Kini, demonstrasi PTPTN sudah jelas tidak berjaya, sebabnya ialah dalang pemikir dan penggeraknya adalah terdiri dari graduan tidak cukup masak belaka.  Ramai di kalangan rakyat menggeleng-gelengkan kepala melihat peserta demonstrasi yang tidak senonoh dan biadab dengan pihak berkuasa.   Akhirnya, hasil yang diperolehi PR melalui demo PTPTN hanyalah imej parti yang semakin buruk dan bukti kebodohan pemimpin-pemimpinnya.  

Apapun, melihat angka sokongan terhadap pemansuhan PTPTN membuatkan kita mengeluh lega.   Ini kerana ia jelas menunjukkan bahawa majoriti pelajar di IPT seluruh negara masih lagi waras dan benar-benar layak bergelar mahasiswa.  Hanya 0.0001% sahaja yang merupakan ‘maha tak berguna’ yang kewujudan mereka tidak membawa apa-apa manfaat kepada diri sendiri, keluarga, negara, dan jauh sekali kepada dunia.  

Tuesday, April 24, 2012

PTPTN Wajib Batalkan Pinjaman Mahasiswa Yg Berdemo



Riuh rendah demonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN telahpun reda selepas sambutan hambar yang diterima sabtu lalu pun begitu hingga saat ini masih ada beberapa kerat mahasiswa pro pembangkang yang keras kepala sedang berusaha menarik perhatian umum dengan berkhemah di Dataran Merdeka.

Melihat kepada kedegilan dan sikap kurang ajar yang ditunjukkan oleh segelintir mahasiswa ini rasanya amat wajar sekali untuk pihak berkuasa khususnya pihak PTPTN sendiri mengambil langkah pro aktif yang tegas dan berkesan sebagai pengajaran berguna di masa akan datang.

Langkah segera seperti membatalkan pinjaman PTPTN pelajar yang dikenalpasti sah terlibat dalm demonstrasi tersebut wajar dilaksanakan.

Nawaitu pelajar yang menyertai demonstrasi tersebut jelas menentang pembiayaan pinjaman pengajian yang dikelolakan PTPTN. Bagi mereka pinjaman tersebut membebankan dan zalim walaupun sebenarnya tiada paksaan atau undang-undang yang mewajibkan para siswa ipt memohon pinjaman PTPTN.

Lagipun rata-rata pelajar yang berdemo tempohari termasuklah yang masih berkhemah di Dataran merdeka sekarang kelihatan seperti tidak memerlukannya untuk tujuan pengajian. 

Lihat sahaja kepada gaya mewah mereka yang memiliki gadget berharga ribuan ringgit seperti iPhone, iPad dan Galaxy Tab tidak sukar kita jangkakan ianya dibeli menggunakan wang pinjaman PTPTN.

Di sinilah terletaknya kewajaran untuk pihak PTPTN menarik balik pinjaman yang diluluskan untuk mereka supaya ianya dapat dimanfaatkan oleh pelajar lain yang lebih memerlukannya.

Tapi jika masih ada saki baki wang pinjaman di tangan mereka, tidak salah untuk PTPTN menuntutnya kembali dan di masa yang sama mengeluarkan satu pekeliling meminta mereka segerakan pembayaran semula wang pinjaman yang telah digunakan. Hutang wajib di bayar, jika gagal atau sengaja dilambatkan pembayarannya takkan pula mereka mahu membawanya hingga ke liang lahad. 

Soal bagaimana mereka mahu mencari pembiayaan bagi meneruskan pengajian di ipt selepas ini terpulang pada mereka sendiri untuk memikirkannya. Mereka sendiri yang menolak PTPTN jadi tentu sahaja mereka ada caranya untuk mencari galang ganti, tak begitu?

Biarkan saja mereka belajar berdikari sendiri mencari wang ringgit untuk menampung pembiayaan seterusnya atau jika bernasib baik barangkali kerajaan PKR Selangor ataupun Anwar Ibrahim sendiri begitu bermurah hati untuk menampung sara hidup dan kos pengajian mereka hingga tamat, itupun kalau tamatlah.

Friday, April 20, 2012

PTPTN: Naib Canselor UM Sebenarnya Seorang Pondan ???



Bila sebut nama Universiti Malaya (UM) ramai yang akan bersetuju pusat pengajian itu adalah antara pilihan utama ibubapa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi bukan sahaja kerana sejarahnya yang besar dalam dunia pendidikan malah namanya juga tercatat antara 500 universiti terbaik dunia.

Bagaimanapun ranking yang baik tidak akan menjanjikan banyak perbezaan jikalau ada segelintir pelajarnya mudah terpengaruh dengan anasir luar yang hanya bermatlamatkan mempergunakan mereka untuk kepentingan politik kepartian misalnya menyertai demonstrasi jalanan di Dataran Merdeka tempohari.

Demonstrasi anti PTPTN sabtu lalu oleh sekumpulan mahasiswa pro pembangkang sekalipun gagal sama sekali apabila dari 5,000 orang sasaran penyertaan hanya 200 - 300 orang sahaja yang hadir namun kelibat beberapa pelajar UM dalam demo tersebut tentu sahaja menuntut tindakan bersesuaian daripada pihak pentadbir universiti.

Antara yang telah dikenalpasti merupakan pelajar UM ialah Haziq Abdullah, Syahid Zaini, Safwan Anang dan beberapa yang lain. Ramai yang tertanya-tanya apa langkah selanjutnya yang bakal diambil terhadap pelajar tersebut berikutan penglibatan mereka dalam demonstrasi tersebut.

Haziq misalnya adalah antara individu yang bertanggungjawab membawa gambar Perdana Menteri dengan kalungan bunga kematian, satu tindakan yang agak biadap dan bersifat provokasi sewajarnya disegerakan tindakan tegas terhadapnya.


Mana mungkin seseorang pelajar universiti yang tugas utamanya menelaah pelajaran boleh di biarkan bebas berkeliaran menyertai aktiviti politik sekalipun ada tikanya buah fikiran mereka berguna untuk negara namun ada tempat dan tikanya yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Demonstrasi jalanan ditambah lagi dengan perlakuan biadap, kurang ajar dan melampaui tabie asas seorang pelajar universiti tentu saja sukar diterima masyarakat sementelah lagi isu pemansuhan PTPTN yang mereka laungkan juga hasil usul dari golongan partisan yang hanya memperalatkan mereka untuk tujuan kepartian.

Walhal ramai mengakui hakikat dengan adanya dana pinjaman pendidikan dari PTPTN sejak lebih kurang 14 tahun ianya beroperasi telah membantu ratusan ribu rakyat melanjutkan pelajaran ke ipt, tiba-tiba kali ini semata-mata hampir pilihanraya umum ke 13 ianya menjadi puching beg orang politik, apakah logik untuk kita hapuskannya begitu saja?

PTPTN pula bukannya satu skim pinjaman bersandarkan keuntungan, semua dana yang ada dan jumlah bayaran diterima dikitar semula untuk kegunaan generasi pelajar akan datang dan caj perkhidmatan 1% yang dikenakan pula untuk menampung segala kos pentadbiran termasuklah pengurusan, kakitangan, utiliti dan lain-lain yang berkaitan.

Dan pula, PTPTN tidak sama sekali mewajibkan pelajar memohonnya. Semua bergantung pada kemahuan individu tidak mengira miskin atau kaya, jika memerlukan wang pinjaman maka PTPTN adalah tempatnya. Tapi jika berasa cukup mampu menanggung segala kos pengajian dan sara hidup selama 2 hingga 5 tahun di universiti, tiada paksaan untuk menggunakan khidmat PTPTN.

Andaikata masih ada segelintir pelajar begitu kemaruk mahukan pendidikan percuma sebagaimana dilaungkan dalam demo tersebut, ringan-ringankanlah otak untuk berfikir dan rajin belajar supaya mampu mencapai keputusan cemerlang dengan kelulusan ijazah kelas pertama tentu sahaja hutang pinjaman dilupuskan tanpa bayaran satu sen pun.

Berbalik kepada isu penyertaan beberapa pelajar UM dalam demonstrasi anti PTPTN sebagaimana disebut di awal tulisan ini, sekali lagi ditekankan keperluan pentingnya tindakan segera pihak pentadbir universiti bertegas dengan kebiadapan pelajar-pelajarnya. 

Jangan ditunggu hingga ada yang terdetik dalam hati menyangkakan yang Naib Canselor UM hanya makan gaji buta dek kerana lambat bertindak dan kurang responsif terhadap isu tersebut. 

Kita tidak mahu suatu hari kelak bakal lulusan universiti tergolong dari sekumpulan manusia yang kurang ajar, biadap dan menjengkelkan sikap perwatakannya sedangkan sifat dan tabie asas seseorang terpelajar mestilah menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

Apatah lagi mereka bukan sahaja menggalas harapan ibubapa dan negara supaya menjadi insan yang berguna malah suatu hari nanti khidmat mereka diperlukan untuk menabur jasa bakti bagi pembangunan masyarakat dan negara. 

Justeru itu, segeralah bertindak untuk kebaikan bersama agar ia tidak menjadi ikutan kemudian hari kelak yang tentu sahaja jika dibiarkan bukan sahaja memberi kesan terhadap nama baik UM sendiri malah akan menimbulkan keraguan masyarakat terhadap keupayaan UM untuk mendidik generasi masa depan.

Anwar Ibrahim Dibelasah DAP & PAS Dalam Mesyuarat Pakatan Gara-Gara PTPTN... Muahahaha..



Berita ini penulis dapati dari sumber dalaman yang kuat dan boleh dipercayai.  Semalam, di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, terjadi perang mulut antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat akibat dari isu pemansuhan PTPTN.   

DAP dan PAS dikatakan berang dengan Anwar Ibrahim dan PKR kerana menjerumuskan mereka ke dalam isu yang akhirnya memakan diri sendiri.    Kini, seluruh parti Pakatan Rakyat terpaksa menepis dan merasionalkan cadangan PKR untuk menghapuskan PTPTN. 

Akhbar-akhbar Cina juga kebanyakannya memberi reaksi negatif terhadap cadangan tersebut.   Sin Chew, misalnya mempersoalkan walaupun semua orang menginginkan pendidikan percuma  tetapi apakah cadangan tersebut logik untuk dilaksanakan.  Pendidikan percuma untuk semua bermakna kerajaan memerlukan RM43 bilion setiap tahun dan itu belum lagi diambil kira janji-janji manis yang lain yang ditabur oleh PR yang membawa jumlah lebih RM200 billion.  

Akhbar-akhbar Cina diketahui mempunyai pertalian yang rapat dengan DAP dan apa yang ditulis mereka kebanyakannya membayangkan pendirian DAP.  Oleh itu, walaupun secara dasarnya mereka menentang penghapusan PTPTN tetapi mereka memberi sedikit ‘muka’ kepada Pakatan Rakyat dengan menyebut tentang pengalaman dalam bidang ekonomi yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Kewangan.  

Bagaimanapun, menurut mereka, walaupun Anwar dan Tony Pua punya pengalaman dalam mengurus kewangan tetapi selagi mereka berdua tidak dapat membentangkan secara terperinci tentang bagaimana caranya untuk menampung kos lebih RM200 billion itu, maka mereka tidak ada pilihan selain dari meraguinya.  

Dari laporan akhbar tersebut, nampaknya kaum Cina mengakui bahawa PTPTN banyak membantu kerana kebanyakan anak-anak mereka memilih untuk ke pusat pengajian tinggi swasta yang kosnya jauh lebih mahal dari pusat pengajian tinggi awam.   Secara tidak langsung juga mereka telah mengakui bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum mereka, walaupun mereka tidak menyatakannya secara terang-terangan. 

Kita percaya, PAS juga banyak terhutang budi kepada kerajaan dalam isu PTPTN ini.   Mana tidaknya, jika kebanyakan anak-anak mereka tidak layak mendapat biasiswa kerana kurang menyerlah dalam pelajaran akibat terlalu asyik berpolitik kerana terpengaruh dengan ibubapa sendiri.   Jika ini senarionya maka hanya pinjaman seperti PTPTNlah sahaja yang dapat membantu anak-anak orang PAS ini mendapatkan pendidikan peringkat tertiari.  

Begitu juga dengan PKR, contohnya Adam Adli dan semua rakan-rakannya yang ke hulu ke hilir berdemo menentang apa saja yang dibuat oleh kerajaan, tiada seorang pun di antara mereka yang cemerlang dalam pelajaran.   

Justeru, munasabahlah jika PKR ditempelak oleh sekutunya DAP dan PAS kerana mengemukakan cadangan yang paling bodoh.  Apakan daya, tahap itu sajalah pemikiran Ketua Pembangkang yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu kelas 3.   

Apa nak dikata, bukan UMNO yang pilih Anwar jadi Ketua Pembangkang, tetapi PR sendiri yang melantiknya.   Tak dapat dibayangkan jika Anwar menjadi Perdana Menteri.  Entah apa lagi agaknya idea-idea bodoh yang akan dikemukakannya. 

Tuesday, April 17, 2012

300 Orang Je? Maknanya Adam Adli Gila Populariti dan... BODOH!



GEMPAKNYA dahsyat, gebangnya hebat tapi hasilnya alahai…itulah yang boleh digambarkan mengenai demonstrasi pemansuhan PTPTN oleh sekumpulan budak-budak minggu sudah.

Setelah perhimpunan yang menyasarkan 5,000 orang pada Sabtu, gagal mencapai matlamat apabila 250 orang sahaja yang datang, sekumpulan 30 orang mahasewel hardcore perhimpunan tersebut cuba memanjangkan bantahan dengan berkhemah di Dataran Merdeka.

Tapi penulis dimaklumkan sebentar tadi, kesemua khemah tersebut telah selamat dilipat dengan sempurna, menandakan berakhirnya demonstrasi pemansuhan PTPTN ini secara rasmi.  Menariknya, pihak penguatkuasa yang terlibat bukannya Polis Diraja Malaysia seperti biasa tapi penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tak pasal-pasal DBKL yang hanya setaraf pihak berkuasa tempatan (PBT) ini pun dianggap zalim seperti Nazi oleh media belaan Pakatan Rakyat.  Penulis serahkan kepada pembaca sama ada nak nangis atau ketawa.

Tapi jangan dilupa, dalam masa yang sama, Safwan Anang (ketua bersama mahasewel) mengugut mahu mengadakan mogok lapar sehingga PTPTN ini dihapuskan.  Apa cerita dengan ugutan yang itu dan siapa pula yang memantau sama ada Safwan Anang benar-benar berlapar atau cakap saja yang degar-degar?

Setakat yang penulis dimaklumkan, semasa DBKL datang ‘membantu’ membersihkan khemah-khemah itu semua pagi tadi, tidak ada pula yang kelihatan tidak bermaya kerana tidak makan sejak Sabtu lepas.  Semua pun bertenaga cuba menghalang pihak DBKL dari menjalankan tugas.  

Bercakap tentang mogok lapar ini dari sudut penceritaan berbeza, ia sekadar mendedahkan bagaimana banyaknya unsur-unsur agama hindu dibawa ke dalam demonstrasi yang disertai majoriti orang Islam ini.  Unsur hindu satu lagi yang penulis maksudkan ialah tindakan segelintir budak tak cukup akal ini mengalungkan bunga ke gambar Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi – menyamai adat istiadat penganut agama hindu bagi orang yang sudah meninggal dunia.

Provokasi jenis apakah ini dan apa yang cuba disampaikan budak-budak ini dengan tindakan sedemikian?  Adakah itu ugutan halus yang membawa maksud untuk membunuh Perdana Menteri? Jika itu benar, maka eloklah tindakan yang lebih keras dikenakan ke atas budak-budak yang jelas sudah tidak ada masa depan ini.  Penulis serahkan kepada polis untuk menyiasat kerana ancaman serupa ini bukan kali pertama, sebelum ini pun sudah ada dari kalangan mahasewel ini juga yang mengugut untuk meletupkan helikopter yang dinaiki Perdana Menteri. 

Apa pun yang lebih penting, demo yang gagal itu sebenarnya sangat memalukan Pakatan Rakyat dan persatuan mahasiswa yang menjadi dalang disebaliknya.  Pelik, bagaimana Pakatan Rakyat boleh meletakkan kepercayaan kepada beberapa orang budak tak cukup akal ini untuk melaksanakan agenda politik besar seperti ini?  Malah disebut-sebut pula bahawa demonstrasi ini adalah warming up kepada demonstrasi Bersih 3.0 yang lebih besar pada 28 April nanti!!

Yang maha sewel itu sudah tentulah sewelnya, yang kononnya bijak pandai dalam Pakatan harami ini sebenarnya lebih sewel lagi kerana menyerahkan tugas dalam skala sebegini besar kepada budak-budak, hanya untuk melihat ianya gagal dan akhirnya memalukan mereka semula.  Maklum, nak demo besar tapi kos rendah, dapatlah hasilnya macam yang kita lihat pada Sabtu.

Penulis mendengar, ada sesuatu yang buruk sedang menanti untuk didedahkan mengenai Adam Adli ini.  Apa yang diambilnya untuk mengisi ‘masa lapang’ sehinggakan mata kuyu dan badannya kurus kering macam jerangkung.  Tapi sebagai seorang yang professional dan punya intergriti, tunggulah sehingga bukti saintifik yang sahih diperolehi, sebelum pendedahan boleh dibuat ya.

Friday, April 13, 2012

Demo Anti PTPTN: Penjelasan Bergrafik Yg Perlu Anda Hebahkan!



Demonstrasi anti PTPTN anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Sabtu ini dijangka hanya dihadiri sekitar 200 orang sahaja selepas ramai kalangan pelajar universiti berbelah bagi dan hilang minat membicarakan isu tersebut.

Kebanyakkan mahasiswa dilaporkan semakin tawar hati dan melihat janji-janji Anwar dalam isu pemansuhan PTPTN hanyalah satu propaganda bersifat politiking semata-mata untuk kepentingan Anwar serta barisan pembangkang dan bukannya bermaksud mahu membantu mahasiswa.

Situasi tersebut dipercayai wujud selepas masing-masing telah mengetahui penglibatan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah antara pendukung utama yang meluluskan penubuhan PTPTN lewat tahun 90-an dulu.

Bagaimanapun menurut sumber rapat dengan SMM menyebut, beberapa langkah awal telahpun disegerakan untuk mengelakkan demoinstrasi tersebut gagal sama sekali.

Menurutnya, Adam Adli dan Safwan Anang telahpun mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin pembangkang yang rapat dengan Anwar Ibrahim untuk membincangkan strategi saat akhir untuk mobilise semaksima mungkin mahasiswa untuk turun ke jalanraya.

Antara langkah yang telah dipersetujui dan sedang digerakkan ialah menambah dana peruntukan kewangan untuk menampung kos upah pendemo yang dinaikan dua kali ganda bertujuan menarik minat lebih ramai mahasiswa menyertai demonstrasi tersebut.

Selain itu SMM juga telah meminta bantuan unit foto Harakahdaily dan Malaysiakini supaya menghantar seorang jurufoto terbaik mereka bagi merakamkan foto close-up semasa demonstrasi untuk memberi gambaran kepada umum yang demonstrasi tersebut berjaya dan mendapat sambutan hangat.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menafikan berita awal sebelum ini yang menyebut penglibatan mereka yang dikatakan menyokong demonstrasi anti-PTPTN anjuran SMM sebaliknya menyeru supaya mahasiswa menggunakan kewarasan akal fikiran dalam menilai setiap isu berbangkit.

Klik Utk Besarkan Imej
Sebarkan kartun ini kepada mahasiswa dan ibu bapa mereka agar tidak dilabel mahasewel!

Dah Bangkap Idea Ke Abg Non? KehKehKehKeh



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sekali lagi menunjukkan kedangkalan dalam ide pengurusan kewangan negara apabila mencadangkan pinjaman PTPTN dimansuhkan.

Sebaliknya, kerajaan harus membiayai pendidikan  peringkat kolej dan universiti secara percuma seperti mana yang dilakukan oleh negara-negara maju yag lain.

Alasan bekas Menteri Kewangan itu, kerana syarikat minyak milik negara, Petronas, memperolehi puluhan bilion ringgit keuntungan setiap tahun dan dana ini harus digunakan untuk memberi pendidikan secara percuma kepada rakyat Malaysia.

Bunyinya sudah tentunya amat menarik, tetapi apabila dipadankan dengan realiti kerangka pengurusan negara, ia akan menjurus kepada krisis kewangan yang amat serius jika cadangan itu dilaksanakan malah negara boleh bankrap.

Mengapa tidaknya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan cadangan pelik Anwar akan menambah RM43 bilion lagi kepada beban hutang negara.

Jumlah yang besar ini sudah tentu boleh disalurkan kepada pembangunan disektor ekonomi yang sama penting seperti kesihatan, perumahan rakyat, jalanraya, bantuan keusahawanan Bumiputera dan sebagainya.

Lagi pun kata Perdana Menteri negara seperti Sweden yang menyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya, pada masa yang sama juga mengenakan cukai yang amat tinggi.

Tidak ada kemudahan yang diperolehi dengan percuma tanpa pengorbanan pada sisi yang lain.

Sebagai pemimpin de facto Pakatan Rakyat, Anwar sudah kekeringan ide yang bernas untuk memajukan ekonomi negara.

Seperti juga cadangannya untuk mengurangkan harga minyak sejurus menjadi Perdana Menteri, semua idenya tidak berlandaskan kepada fakta dan penilaian yang teliti berkaitan ekonomi negara.

Ide Anwar hanya untuk memancing undi pada pilihan raya akan datang dan supaya beliau boleh jadi Perdana Menteri.

Malah bekas bosnya, Tun Dr Mahathir melihat Anwar sebagai Menteri Kewangan yang hambar dan 'mediocre' atau 'cukup makan'.

Kebolehan Anwar mengurus kewangan negara terserlah ketika negara berhadapan dengan krisis kewangan dan ekonomi yang teruk akibat serangan penyangak matawang antarabangsa pada 1998.

Dr Mahathir berkeras tidak mahu mengambil pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia ketika itu kerana ini bermakna negara akan dijajah dari segi ekonomi oleh kedua-dua agensi antarabangsa itu.

Dr Mahathir mahu kerajaan terus berbelanja dalam sektor-sektor yang kritikal seperti pembinaan, pembuatan dan sebagainya bagi menggerakkan ekonomi.

Sebaliknya Anwar yang menjalin persahabatan dengan ramai tokoh Yahudi di Amerika Syarikat dan Eropah mahu Malaysia tunduk kepada IMF dan Bank Dunia seperti mana yang berlaku kepada Indonesia, Thailand dan Korea.

Anwar selaku Menteri Kewangan ketika itu mengambil langkah drastik untuk mengambil hati IMF dan Bank Dunia dan tidak menghiraukan nasib rakyat Malaysia yang menderita teruk akibat krisis ekonomi.

Mereka yang mempunyai pinjaman perumahan ketika itu sudah tentu masih ingatkan bagaimana tindakan Anwar telah menyebabkan kadar faedah pinjaman perumahan telah naik secara mendadak sehingga dua kali ganda.

Ramai rakyat berpendapatan rendah dan sederhana jatuh bankrap, hilang tempat tinggal dan terpaksa menumpang di rumah saudara mara.

Ini hasil dasar ekonomi yang dilakukan oleh Anwar dan kini cuba menukar wajah untuk menjadi juara membela rakyat pula!

Tidak cukup dengan itu, mereka yang mempunyai kad kredit juga mempunyai pengalaman kerana Anwar telah menaikkan jumlah minima bayaran bukan daripada 10 kepada 15 peratus.

Semua ini dilakukan kerana Anwar adalah budak suruhan dunia Barat dan bukannya pemimpin yang prihatin kepada rakyat.

Cadangan menghapuskan PTPTN dan menurunkan harga minyak hanya mencerminkan minda seorang pemimpin pembangkang yang gagal dalam serba serbi - moral, akhlak, peribadi dan keikhlasan membela rakyat.

Malaysia akan menjadi sebuah negara yang mundur dan jauh daripada mencapai status negara maju jika Anwar mengurus ekonomi negara.

Jangan biarkan pengalaman pahit menghantui kita kembali.

Friday, April 6, 2012

PTPTN: Sebarkan Perkara Ini Kepada Mahasiswa! Anwar Kantoi Lagi!



1. Baru-baru ini saya berjumpa dengan sekumpulan mahasiswa yang begitu terpengaruh dengan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka yang terpengaruh dengan janji Pakatan ini tidak memahami sejarah dan pemimpin yang mewujudkan PTPTN sendiri. 

2. Apabila Anwar mengumumkan beliau akan menghapuskan pinjaman PTPTN mereka bersorak sakan tanpa melihat asal ususl kemunculan dana ini. 

3. Pada awal 1991, Perdana Menteri Keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) mengumumkan pelan jangka panjang Wawasan 2020 iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berasaskan kepakaran dan teknologi serta mewujudkan rakyat berpendapatn tinggi. Justeru, mahu tidak mahu jumlah pelajar pengajian tinggi juga perlu ditambah dengan banyaknya agar selari dengan hasrat Wawasan 2020 itu.

4. Selain itu, perkembangan pesat Institut Pengajian Awam dan Swasta, kemunculan begitu ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam pengajian peringkat menengah sejak penghujung alaf lalu menyaksikan kerajaan tidak lagi mampu menyediakan peruntukan yang besar dalam pemberian pinjaman dan biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam seperti sebelum itu.

5. Atas sebab itulah kerajaan menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566). 

Hipokrasi Anwar Ibrahim

6. Siapakah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN ini ditubuhkan? Nyata sekali PTPTN ditubuhkan di bawah batang tubuh pemimpin yang hari ini ke hulu ke hilir mendakwa PTPTN menekan mahasiswa, zalim dan merupakan tanggungjawab kerajaan untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke universiti.

7. Tujuan PTPTN ialah untuk mengambil alih peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sebelum ini merupakan agensi pemberian pinjaman pendidikan terbesar kerajaan selain Majlis Amanah Rakyat (MARA). PTPTN bertujuan mewujudkan satu tabung pinjaman pendidikan yang tidak lagi memerlukan peruntukan kerajaan saban tahun seperti JPA sebelum ini.

8. Malangnya PTPTN bermula dengan langkah yang salah apabila mengenakan caj sehingga 4% setahun ke atas pinjamannya. Ini menimbulkan kemarahan para pelajar yang terasa mereka dibebani oleh pinjaman pendidikan yang terlalu tinggi apabila mula bekerja.

9. Tapi sekali lagi pengenaan caj 4% ini dilakukan di bawah pengawasan Menteri Kewangan mana? Orang yang sama hari ini yang mendakwa pinjaman PTPTN dan caj pengurusan, yang jauh lebih rendah daripada zaman beliau, sebagai zalim dan menindas mahasiswa.

10. Namun kerajaan Barisan Nasional yang prihatin ini kemudiannya menurunkan kepada 3%dan setereusnya menganjurkan skim baru yang hanya mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 1% sahaja. Dan ingatlah semua ini berlaku bukan lagi pada zaman pemimpin "rakyat" bernama Anwar Ibrahim memegang kuasa.

11. Sungguhpun kita mengetahui sikap hipokrasi pemimpin Pakatan ini, namun kita juga harus menerima hakikat bahawa wajah, struktur dan bentuk PTPTN boleh diberi nafas baru yang menjadikannya lebih mesra rakyat.

Baca seterusnya pendedahan Dr. Khir DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...