Panasssss... Khalid Ibrahim telah melancarkan perang terbuka terhadap blogger mengatakan bahawa dia mengatakan berharap Yayasan akan hidup lebih lama daripada blogger!!!
Khalid berkata demikian apabila blogger mula mendedahkan kepincangan pentadbiran Yayasan Selangor yang mana dia adalah Pengerusi Lembaga Pengarah YS. Ini merujuk kepada kelemahan pengurusan perkhidmatan termasuklah perlantikan Pengurus Besar, Ilham Marzuki dan Timbalannya.
Kerisauan terhadap pengurusan perbelanjaan YS memuncak apabila laporan audit YS mengalami defisit RM 7.41 juta yang membawa kepada desakan meletakkan jawatan sebagai MB oleh DS Noh Omar.
DS Noh Omar adalah individu yang mendedahkan belanjawan "luar biasa" sambutan 40 tahun YS yg mengakibatkan proses audit terpaksa dibuat. Andai tiada pendedahan ini, adakah audit perbelanjaan ini akan dibuat?
Serangan dari blogger nampaknya membuatkan khalid tak senang duduk. Mengheret blogger ke kemelut ini adalah tanda "you are not intelligent". Blogger bukan ahli politik, apatah lagi ahli "new politics". Blogger sekadar menyampaikan kebenaran yg terjadi pada waktu ini. Dari rakyat untuk rakyat. Mmg kita mahu Yayasan kekal selama-lamanya, namun yang Khalid seharusnya tidak membuat perumpamaan sedemikian rupa!
Sahabat blogger, secara tidak langsung, khalid sudah mengiktiraf efektifnya blogger dalam mendedahkan kepincangan pentadbirannya.
Fokus dan teruskan serangan anda!!!
Gendang perang telah dipalu. Can I "balun" you???
Sahabat blogger KGC ada menulis isu yang sama DISINI.
Sahabat blogger KGC ada menulis isu yang sama DISINI.
p/s - dah lama pun GT balun.. kehkehkehkeh...
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!