Pertandingan Memancing Ulangtahun ke 40 YS
Pertandingan dijadualkan diadakan pada 14 Nov 2010 di Taman Rekreasi Sek 7 Shah Alam yang telah disertai lebih kurang 700 orang dengan bayaran sebanyak RM50.00 untuk setiap jorang dan RM80 untuk 2 joran.
SDF Media & Event Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengurus acara tanpa melalui proses sebut harga. Kos cadangan diterima tanpa ada pindaan melibatkan kos RM179,000. YS sepatutnya mengkaji cadangan dan bukannya menerima bulat-bulat cadangan agar sesuai dengan kemampuan kewangan YS.
70% bayaran sebanyak RM125,000 akan dijelaskan dalam tempoh 7 hari tarikh penerimaan lantikan tetapi YS telah menjelaskan RM178,200 (99.5%) sebelum pertandingan dijalankan.
Bil Perkara No Baucer Tarikh Amaun (RM)
1 70% pendahuluan 20202919 18/10/2010 125,300
2 Bayaran baki 20% 20102923 19/10/2010 35,000
3 Bayaran akhir 10% 20103082 3/11/2010 17,900
Jumlah 178,200
1 70% pendahuluan 20202919 18/10/2010 125,300
2 Bayaran baki 20% 20102923 19/10/2010 35,000
3 Bayaran akhir 10% 20103082 3/11/2010 17,900
Jumlah 178,200
Ini menunjukkan tadbir urus kewangan yang tidak cekap dan dilaksanakan secara tidak berhemat .Bayaran awal 70% adalah tidak munasabah malah pengurusan YS dengan sewenang-wenangnya menjelaskan RM 178,200 (99%) walaupun program masih belum dijalankan. Ini seolah-olah syarikat yang dilantik tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan ada mungkin syarikat yang dilantik adalah daripada kroni-kroni pihak tertentu.
Jumlah kutipan daripada peserta hanya berjumlah RM 37,630 manakala perbelanjaan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM 179,000. Jelas YS mengalami kerugian dalam pertandingan ini.
Sebanyak RM 16,060 daripada RM 37,630 hasil kutipan daripada peserta telah dimasukkan ke dalam akaun bank Persatuan Yayasan Selangor yang mana Yang Di pertua Persatuan Yayasan tersebut adalah Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan) walaupun tiada kelulusan diperolehi daripada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan. Manakala baki kutipan sebanyak RM 21,570 masih disimpan dalam tangan Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan) yg masih belum diserahkan setakat 1 Disember 2010.
Wang rakyat digunakan sewenang-wenangnya... Pentadbiran berwibawa??? Bullshit!!!
Macam ni ke orang yg nak kita percaya utk pimpin negara? Hancur!!!
ReplyDeletehttp://apakecoh2.blogspot.com/