Bersama Berjuang

Showing posts with label Zuraidah Taliban. Show all posts
Showing posts with label Zuraidah Taliban. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

Tuuuu Diaaa Kenderaan Zuraidah Mak Lampir!!!



Sakan betul Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin memborong pelbagai jenis kereta mewah sejak bergelar wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Ampang. Daripada sekadar memiliki sebuah MyVi tetiba saja bertukar citarasa kepada Toyota Hilux, Volvo dan Mercedes Benz.

Sebelum ini dalam salah satu kempen PKR, ada pemimpinnya menyeru rakyat memboikot pembelian kereta kononnya selepas PR memerintah nanti, harga kereta akan diturunkan, tika itu barulah rakyat digalakkan membeli dengan harga baru yang jauh lebih rendah.

Rupa-rupanya saranan tersebut tak terjangkau untuk dilaksanakan oleh Zuraidah, itu yang belum pun kereta VOLVO XC90 mencecah usia dua tiga tahun dibelinya pula dua buah Toyota Hilux dan terbaru pula kini Zuraidah sedang selesa memandu Mercedes Benz E240.

Bukan calang-calang orang boleh merasai pelbagai jenis keempukan kereta yang berjenama dan mahal sebegitu. Tapi bak kata rakan kita di Sel13.Com, tuah ayam nampak di kaki, namun tuah manusia sekalipun masam tubuhnya tiada siapa yang tahu.

Memang bertuah betul menjadi pemimpin pembangkang, dalam sibuk-sibuk mereka menuduh pemimpin BN hidup bermewah-mewahan, sempat pula Ketua Wanita PKR sendiri menunjukkan contoh kehidupan tawadduk dan zuhud sehinggakan penyokong PR yang sudah sedia pening jadi mereng akhirnya.

Kata dulang paku serpih, kata kat orang pemimpin PKR pula yang terlebih-lebih. Dan kemewahan hidup gaya zuhud yang dikecapi Zuraidah sekarang, bukanlah satu-satunya yang pernah wujud. 

Timbalan Presiden PKR sendiri, walaupun suatu ketika dulu kerap ke hulu hilir bertemu rakyat dengan hanya memandu kereta buruk Wolkswagen untuk memperlihatkan kezuhudannya di mata rakyat, namun ramai yang tahu ada sebuah Ferrari yang bernilai ratusan ribu ringgit menjadi miliknya.

Malah ada khabar menyatakan Azmin telahpun membeli sebuah Lamborghini yang harganya hanya termampu dibayar oleh jutawan dan tauke balak sahaja. 

Jika Zuraidah yang sebelum dilantik menjadi YB Parlimen Ampang dulunya cumalah seorang penjual buah-buahan sambil menjual ubat-ubatan tradisonal dan kini mampu bergaya sakan mengalahkan seorang jutawan, apa nak hairannya dengan Azmin, ya tak?

Jual buah tepi jalan pun mampu beli Toyota Hilux, Volvo dan Mercedes. Takkanlah sebagai orang penjual aiskrim special berperisa jamban tak mampu pula memiliki Ferrari dan Lamborghini, tak begitu?

Monday, March 19, 2012

Bukti Zuraidah Abaikan Pengundi Ampang Sewaktu Banjir!!!


Ramai yang merungut pabila ahli Parlimen Ampang dikhabarkan langsung tidak kelihatan sewaktu rakyat di Ampang dilanda banjir.  

Rupa-rupanya Zuraidah lebih mementingkan orang lain dari pengundi sendiri... KLIK SINI

Macamanalah GT boleh tak perasan pulak.. ish... ish... ish..

Monday, March 12, 2012

PANASSS... Zuraidah Mak Lampir Punca Ramai Ahli PAS Lebih Rela Ke Ceramah Hasan Ali!!!


Setelah dapat mencari lokasi ceramah Dato Dr. Hasan Ali, GT cepat-cepat meninjau ceramah PAS.  Terima kasih kepada sahabat yang sudi menjadi juruarah aka co-pilot.  

Amat memeranjatkan, apabila sewaktu GT sampai, ada kira-kira 10-15 pak aji - pak aji PAS sedang meninggalkan lokasi ceramah PAS itu.  GT perhatikan, mereka menunggang motorsikal menghala ke ceramah Hasan Ali.  

Apabila GT masuk ke dalam dewan ceramah, rupa-rupanya si Mak Lampir sedang membebel, melalut-lalut seperti biasa, bercerita tentang saman gara-gara isu NFC.  

Mmglah Zuraidah Mak Lampir ini sangat membosankan.  


Dan dia rupanya telah menjadi beban kepada PAS di Meru, berdasarkan tindakbalas dari pak aji- pak aji itu.  Jenis "mulut busuk", ramai yang tak tahan dengan "baunya", lebih baik beredar... 

Dan pak aji pak aji itu semuanya datang ke SINI

AMEKAW!!!

PANASSS... Foto Petanda PAS Meru Nak Mampos!!! AMEKAW Rani Oiii...




Ini adalah fakta, yang diambil dari satu lagi ceramah oleh PAS yang dianjurkan bersempena dengan ceramah Hasan Ali di Meru, di lokasi yang jaraknya kira-kiran 1 kilometer sahaja.

Ikut perkiraan GT, mereka yang di dalam dewan ini hanya sekitar 70 hingga 80 orang hadirin.  

Perlu diingatkan, ceramah ini dibuat di kawasan Pesuruhjaya PAS Selangor, yang menang dengan jumlah majoriti 5000 lebih pada PRU yang lalu.  

Apakah 70 hingga 80 hadirin ini memberi justifikasi kekuatan PAS di Meru, seperti mana kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor bahawa pemecatan Hasan Ali tiada kesan kepada PAS?  

Mungkin seperti yang GT pernah dedahkan DISINI juga dapat membantu tafsiran anda tentang "Hasan Ali tiada kesan kepada PAS".

Dan strategi ini adalah untuk mengurangkan jumlah yang bakal hadir ke ceramah Hasan Ali. Malangnya, ceramah PAS pula yang kurang kehadiran...  

Apa pula fungsi Zuraidah Ampang dan Khalid Samad jika tidak mampu tarik "crowd"?  Nampak sangat rakyat mula muak dan bosan dengan kedua-dua mereka ini.  

Friday, November 25, 2011

Isu NFC: Kenapa Rafizi & The Lembu's Sorokkan Identiti Danny Fong Sai Yuk???


Siapa Danny Fong?  Apa hubungan dia dengan NFC?  

Dan kenapa Rafizi & The Lembu's tidak mendedahkan butiran pasal Danny Fong kepada umum? 

Kenapa mereka nak sangat NFC lingkup?

Kenapa sasaran politik mereka adalah NFC?  

Apakah NFC bakal memecahkan monopoli kartel daging yang dikuasai oleh pihak-pihak tertentu?  

Apakah hubungan Danny Fong dengan "pihak-pihak tertentu"?

Sahabat blogger menerjah Rafizi & The Lembu's beserta Danny Fong Sai Yuk (bukan nama sebenar) DISINI


Tuesday, August 23, 2011

Mak Lampir Gentayangan Di Ampang Gara-Gara Saman KDN!!!

Zuraidah dalam keadaan "kurang stabil", walaupun dia mmg tidak stabil sejak menyertai PKR!  

Sumber mengatakan bahawa dia tertekan gaga-gara kenyataan dari KDN yang ingin menyamannya ekoran dakwaannya bahawa Program 6P sebagai muslihat kerajaan menyeludup pengundi bagi pilihan raya akan datang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata tindakan itu merupakan langkah kedua yang diambil kementerian setelah laporan polis dibuat terhadap Zuraida di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam pagi ini.

Pembangkang yang suatu ketika cukup hebat membalun KDN berhubung isu kebanjiran warga asing, rupanya tidak ikhlas dalam memperdebatkan isu berkenaan.  
Tindakan dari KDN yang sebenarnya cuba mengesan dan menyenaraikan PATI di Malaysia tidak disambut dengan semangat sayangkan negara.  Melalui Zuraidah, pembangkang sedang mencari isu untuk kepentingan politik mereka semata-mata. 

Dan program 6P sebagai sebahagian cara untuk mengawal dan mengemaskini senarai PATI di negara ini seharusnya dianggap sebagai tindakan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.  

Politik pembangkang, tidak menyumbang ke arah kesejahteraan rakyat, apatah lagi yang membabitkan keselamatan negara.  

Bagi mereka, apa jua yang dilakukan oleh kerajaan harus dibangkang, bangkang dan bangkang, sesuai dengan status mereka sebagai PEMBANGKANG.  

Dan Zuraidah tidak terlepas dari fahaman ini, walaupun ianya sekadar menyerlahkan tahap kebangangan yang teramat.  
Dalam keadaan tertekan, dia cuba berdolak dalih.  Dia berkata kerajaan tidak boleh menyaman pengkritik kerajaan, dan dalam isu ini, PATI diberikan "skrip bersumpah" untuk menyokong BN.  

Nampaknya, seseorang perlu mengajar si Mak Lampir, perbezaan diantara mengkritik, dan membuat dakwaan yang tidak berasas!

Maka itulah maksud GT, bahawa pembangkang tidak bersifat konstruktif, tetapi lebih kepada destruktif.  Tiada tanggungjawab terhadap apa yang mereka bangkitkan.  

Politik gampang!

"Surat" Terbaru Dari Mak Lampir... Hebat Betul Wakil Rakyat Ampang Nih.. Muahahahaha.


Untungnya warga Ampang yang diwakili oleh seorang wakil rakyat yang cukup proaktif dalam mencari isu-isu terbaru untuk perjuangannya.  

Akan tetapi, sayangnya isu yang sering ditimbulkan telah berkali-kali menyerlahkan kebangangannya ke tahap tepu.  Sudah tidak boleh dibantu lagi.  

Belum pun isu surat palsu yang cuba memfitnah Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor menemui kesudahan, Mak Lampir kembali dengan "surat terbaru".  Kononnya, dia punya bukti iaitu "surat" bersumpah agar PATI yang mahu menjadi warganegara patuh dan mengundi BN.  Begitulah politik gampang seseorang yang digelar Mak Lampir, Zuraidah Taliban atau apa sahaja yang mencermin tahap intelektualnya sebagai wakil rakyat Ampang!

Mgkin berorientasikan cara Al Jub, Mak Lampir cuba meniru ikonnya, walaupun dia tidak punya daya bohong dan manipulasi yang setanding dengan bosnya itu.  Hasilnya, rakyat Malaysia semakin bijak menilai betapa busuk politik garapan PKR.  

Program 6P menjadi alternatif yang rasional, meskipun bukan yang terbaik dalam memastikan keselamatan negara dapat dikawal dengan baik.  Selain dari meminimakan tugas yang sukar, ia juga dapat menambah pendapatan negara secara tidak langsung, hasil dari levi atau caj-caj yang berkaitan.  

Lebih penting, ia melambangkan usaha kerajaan dalam terus mendaulatkan undang-undang negara!  Dan dalam soal keselamatan negara, tidak perlu ada kompromi.  Betul tak Hisham? hehehehe...

Namun seperti yang GT berulang-ulang beritahu, politik pembangkang tidak konstruktif, tetapi lebih kepada destruktif.  Pastinya, politik mereka tidak membantu hidup rakyat, apatah lagi jika kita mahu melihat mereka mendaulatkan undang-undang negara!  

Apa jua dakwaan dari Mak Lampir ini, desakan untuk mengemukakan bukti telah berkali-kali dibuat.  Namun, Mak Lampir masih berkata beliau mempunyai "bukti".  Politik tipikal PKR, dari Anwar, Saifuddin Nasution hinggalah Zuraidah Mak Lampir, mewar-warkan spekulasi, tetapi akhirnya habuk pun tiada!  

Mungkin jua Mak Lampir sedang memikirkan format terbaik bagi "surat" yang didakwanya, kerana dia cukup malu terkantoi dengan surat palsu yang menuduh UMNO Hulu Selangor suatu ketika dulu!  

Tahniah orang Ampang, kebangangan Mak Lampir sedikit sebanyak tercalit kepada anda, yang telah memilihnya sebagai wakil rakyat Ampang!

Thursday, August 4, 2011

PANASSS... JEJAK KASIH: "Pak!!! Apa Bisa Ketemuin 3 Saudara Saya Seperti Di Foto Ini?" - Budi Kusuma


Lunga tak anti – anti kapan nggonmu bali
Mecak’e endahing wengi kutha Nganjuk iki
Sumilir angin wates nggugah kangene ati
Apa kowe ora ngerteni
Kowe tak kangeni
Ning alun – alun tak goleki
Terminal stasiun tak ubengi
Senajan setahun tak enteni
Tresnamu sing tak gondheli
Lali tenan to dhik nggonmu janji – janji ?
Disekseni lampu alun – alun iki
Lali tenan to dhik karo aku iki ?
Ning terminal stasiun nggonku nggoleki

Begitulah kisah sedih tentang Budi dan 3 saudara.

Kasihan GT melihat Budi, yang sampei ke hari ini, masih mencari saudaranya yang belum ditemuin.  Khabarnya, mereka udah lama di Malaysia cari rejeki.  Bisa-bisa aja mereka sudah menjadi warganegara Malaysia.  

Ayuh.. dibantu dong... kalau-kalau ada yang melihat 3 orang seperti foto dibawah, sila nelepon Mas Budi di +6281361357642.  

Tiada yang gratis di dunia, lumayan kalu bisa njumpai mereka!!!

Sunday, July 17, 2011

Oiii Pemuda PAS!!! - Yang Ni Korang Tak Nak Sound Ke? Cukup Menghairankan..

Khusus untuk pemuda PAS yang melalak apabila UMNO dan PERKASA dilihat bersetuju dengan larangan yang mahu dilaksanakan oleh ostat kita, Ajijan tentang pusat hiburan di bulan Ramadhan.  

Nak sembang pasal Islam sangat, GT rasa lebih baik mereka fokus kepada gambar si Mak Lampir Zuraidah dengan Azan.  

Bukanlah nak cakap GT ni alim sangat, tapi dah mmg Pemuda PAS berlagak alim.  So, apa kata Pemuda PAS buat kenyataan akhbar pasal gambar ini pulak.  Siap dengan aksi Mak Lampir melolong macam polong!

Kata amar makruf nahi mungkar!  Ke Pemuda PAS telah "halal"kan perbuatan ini?  

Ye la.. mana la tau diorang keluarkan fatwa kulit si Mak Lampir dan Azan tidak bersentuhan!  Almaklum, bab-bab putarbelitkan agama nih, serahkan pada mereka!  

Atau, Nicky Arjis dah "maafkan" kedua-dua mereka ini?

Oii pemuda PAS, GT cabar korang buat kenyataan akhbar!!!

Monday, May 16, 2011

LAPORAN POLIS: ZURAIDAH BAKAL BERUBAH MENJADI MAK LAMPIR DI BULAN PENUH INI??


Kalau nak tgk penyebar fitnah tegar berjantinakan wanita, perhatikan si Mak Lampir aka Zuraidah ni.  Sindrom PMS nya kelihatan berterusan dari hari ke hari...  bukan pusingan haidnya yg tak betul, tapi otaknya.

Momentum untuk namanya terus panas di persada politik tanahair, dia menggunakan sepenuhnya teknik dan taktik Anuwar.  Mgkin juga Mak Lampir mengirimkan kad ucapan Selamat Hari Guru kepada Anwar, siapa tahu? Kan? 

Dialah orang pertama yang mensensasikan kononnya ada bukti mengatakan UMNO akan merampas Selangor seperti mana yang terjadi di Perak.  Tapi sampai sekarang, hanyalah bau busuk mulutnya yang diterima oleh rakyat.  

Kali ini, dia mengilai lagi sempena bulan penuh.  Katanya UMNO Hulu Selangor telah mengutuskan surat kepada KDN memohon agar 2000 penduduk bertaraf tetap dipindahkan sebagai warganegara untuk membolehkan mereka mengundi BN pada PRU akan datang.  Dan surat permohonan itu diwar-warkan ada ditangannya.

Fakta penting yang perlu semua rakyat tahu ialah surat itu tiada cop diterima oleh pejabat KDN.  Malah, tandangan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohd Idris Abu Bakar adalah ditiru dan tidak sama dengan tandangan beliau.  Dan ejaan nama Datuk Mohd Idris yang ditaip di dalam surat itu juga salah.  

Bukti yang boleh "dibuat" di mana-mana cybercafe di Selangor ini.. hehehehe... dan UMNO Hulu Selangor telahpun membuat laporan polis berkenaan dengan fitnah jahat ini.  Siap kau Mak Lampir, nak backup ketua, akhirnya kejahatan dan kebodohannya yang terserlah!

Hati-hati kepada pihak Polis, pastikan dia tidak mengilai dan menggila kerana apabila tubuhnya kemasukan entiti puaka, dia akan bertukar rupa!!!!  

Wednesday, January 5, 2011

DENDAM SYAITANIRRAJIM KHALID GEREJA & ZURAIDAH TALIBAN


Kekusutan yang melanda berikutan perlantikan SUK Selangor yang baru, Datuk Kushrin sebenarnya didalangi oleh 2 watak yang penting.  

Khalid Samad masih menyimpan dendam syaitannirrajim terhadap Kushrin berikutan kalid tidak dibenarkan untuk memberi ceramah di masjid dan surau selaras dengan nama samarannya iaitu Kalid Gereja.  Khalid hadir pada majlis solat hajat singkirkan Kushrin di kediaman MB paling bebal, Khalid Gagap.  Mana mgkin konsep Allah terjemahan Kalid digunapakai di masjid dan surau yang berfahaman Allah itu Esa.  Kalid ini agaknya tidak pernah menghayati surah Al-Ikhlas... Kul Hu Allah hu Ahad!!!

Zuraidah Taliban, masih lagi meroyan berikutan kes penahanan "bahan publisiti"nya oleh MAIS di Bukit Antarabangsa sewaktu waktu dahulu.  Mujur waktu itu tiada bom dibadannya, kalau tak mungkin dia akan meletupkan dirinya sendiri.  Sesuai dengan tahap IQnya, mana mungkin dendam meroyannya mudah terpadam. 

Kushrin ke tampuk SUK dengan kredibiliti yang cukup tinggi.  Gelora cabaran sewaktu di MAIS telah membuktikan bahawa dia bukanlah serendah maruah si Nizar Komunis, Kalid Gereja mahupun Mansor Othman. 

Jgn lupa petang nih... Rakyat menuju SUK bersama GAPS.  Jom turun. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...