Bersama Berjuang

Showing posts with label Perkasa. Show all posts
Showing posts with label Perkasa. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

LINTAS LANGSUNG dari Kompleks Mahkamah Putrajaya - Pertahan Kalimah Allah Sampai Mati !!!


Mungkin ada yang menganggap ungkapan ini sebagai keterlaluan, namun apa lagi yang perlu dilakukan sekiranya ia melibatkan akidah? 

Bukankah "hidup dan matiku ... Lillahi Ta'ala" ? 

Laungan ini bergema, di hati sanubari setiap pejuang yang bersama-sama di perkarangan mahkamah. Dan GT yakin, anda yang tidak dapat bersama di Putrajaya, mendoakan agar kemenangan milik kita. 

Ramai yang bertanya, di mana agaknya saudara-saudara kita dari Parti Islam Se-Malaysia? Errmmm.. Mungkin mereka tersangkut akibat kesesakan lalulintas di Lebuhraya Rakyat... 

Lupakan politik, isu ini menjangkaui seluruh alam. Isu ini melibatkan setiap batang tubuh yang mengaku dirinya Islam... 

Sedang sidang mahkamah sedang berjalan, untuk kita... teruskan berdoa... 

Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!

LINTAS LANGSUNG dari Kompleks Mahkamah Putrajaya.. Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!


Ini soal akidah, dan mengikut fatwa Harun Din, barangsiapa bersekutu dengan apa yang dimahukan oleh umat Kristian ini, maka jatuh hukum sebagai kufur. 

GT tidak mahu mengulas tentang pendirian Harun Din yang masih bersama PAS, parti yang dibarisi oleh kebanyakkan pemimpin yang bersetuju untuk menggadaikan kalimah Allah. 

Insyaallah, situasi terkini akan dibawa terus menerus kepada anda. 

Niat, usaha, doa dan tawakkal.  Itu pegangan kita. 

Terima kasih yang sama-sama hadir di kompleks ini. Dan sokongan seluruh umat Islam amatlah diperlukan, waima doa sudah cukup agar akidah dapat dipelihara. 

Dan GT tidak pernah jemu untuk bersama mereka-mereka ini seawal pagi...



Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!

Monday, April 22, 2013

PRU 13 - Nik Aziz Risau Anaknya Tidak Dapat Jadi MB Besar Kelantan Seumur Hidup Sepertinya Gara-Gara Tok Him !!!



Mimpi indah Nik Mohammad Abduh, anak lelaki kesayangan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengambil kesempatan dalam pertarungan tiga penjuru di Parlimen Pasir Mas akhirnya berkecai apabila calon BN, Che Johan Che Pa tidak menghantar borang pencalonan.

Che Johan dalam satu kenyataannya secara terbuka memohon maaf di atas tindakannya itu sambil menjelaskan ia dilakukan selepas mengambil kira betapa pentingnya dielakkan pertandingan tiga penjuru yang sekiranya berlaku hanya akan menguntungkan PAS.

Berikutan senario itu, Nik Abduh terpaksa berdepan cabaran satu lawan satu menentang calon Bebas, Ibrahim Ali yang pastinya menjanjikan pertarungan cukup sengit yang menjadikan Pasir Mas sebagai satu lagi kerusi panas yang menjadi tumpuan ramai.

Perkembangan saat akhir penamaan calon ini memang mengecewakan Nik Abduh dan ayahandanya yang sebelum ini cukup yakin PAS akan meraih kemenangan mudah hasil dari pertandingan tiga penjuru itu. 

Andai diketahui ini yang berlaku pastinya keputusan asal meletak Nik Abduh bertarung di kerusi selamat, Parlimen Rantau Panjang dikekalkan manakala penyandangnya pula yang merupakan pemimpin muslimah PAS iaitu Siti Zailah Mohd Yusof dibiarkan terkontang konteng di Pasir Mas.

Namun apa yang berlaku ketentuan takdir Illahi, sama ada Nik Abduh mahu pun Nik Aziz perlu menerima hakikatnya dan tidak guna merungut menyalahkan sesiapa. 

Yang penting rakyat Kelantan agak teruja untuk mengetahui siapa yang akan muncul sebagai pemenang dan siapa pula yang akan tumbang.

Diambil kira dari segi pengalaman dan hubungan rapat dengan penduduk setempat, tidak syak lagi Ibrahim Ali yang juga adalah Presiden PERKASA memiliki kelebihan terbaik dalam PRU-13 ini untuk mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada PRU-12 2008.

Nik Abduh pula hanyalah orang luar yang sekelumit jasa bakti pun tidak pernah dilakukannya untuk kepentingan penduduk Pasir Mas. Kiranya aspek itu yang menjadi pertimbangan para pengundi memang sukar sekali untuk putera MB Kelantan itu menang.

Bagaimana pun satu faktor yang tidak boleh dipandang remeh oleh Ibrahim Ali ialah Nik Abduh sebagai anak lelaki paling disayangi Nik Aziz pastinya akan berusaha keras menjual nama bapanya bagi menarik perhatian pengundi.

Ia pernah berjaya dilakukan dalam usahanya merebut jawatan parti, jadi tentu sahaja ia berpeluang untuk memanfaatkannya sekali lagi. Soal kerja buat untuk rakyat itu kemudiannya punya cerita, yang penting Nik Abduh adalah anak bapak , bukan begitu?

Sekiranya faktor kekeluargaan dijadikan asas dan saki baki pengaruh Nik Aziz diambil kira, jelas sekali Ibrahim Ali bukan lawan Nik Abduh. Dari sudut ini ternampak seperti sukar untuk Nik Abduh ditumbangkan.

Apatah lagi PAS Kelantan juga tidak akan membiarkan Nik Abduh semudah itu diratah oleh Ibrahim, justeru itu sepanjang kempen pilihan raya ini PAS akan mengerahkan segala jenteranya berkubu menggempur Pasir Mas demi memastikan air muka Mursyidul Am PAS terjaga.

Nik Aziz pula dikhabarkan akan memberi perhatian khusus di Parlimen Pasir Mas dengan memanfaatkan pengaruhnya dan akan lebih kerap berulang alik berceramah serta menyertai pelbagai aktiviti kempen demi memastikan anaknya menang kali ini.

Persoalannya, mampukah Ibrahim Ali menghadapi semua cabaran ini sekali gus menumbangkan anak Nik Aziz? Buat masa ini sukar ditentukan, tapi jika semarak Gelombang Merah UMNO Merentah gagal dicegah oleh PAS, ada harapan untuk tengok seorang anak MB terjelepok  dalam longkang.

Friday, January 11, 2013

Foto-Foto Himpunan Menjunjung Titah Tuanku Sultan Selangor Di Masjid Negeri sebentar tadi!!!







Hari ini GT berkesempatan solat di masjid negeri. So, ambil kesempatan untuk merakam beberapa snapshot sebelum menyambung tugas. 

Seronok bila umat Islam bersatu mempertahankan akidah dan kalimah suci Yang Esa. 

Lebih seronok, banyak NGO-NGO yang tampil memberi sokongan.  Anak-anak muda kita pun tidak mahu ketinggalan menegakkan yang Haq! 

Ucapan dari Hamidzun Khairuddin, YB Senator Ezam dan  Dato' Dr. Hasan Ali cukup bersemangat.  Tidak perasan meremang bulu roma GT, sehinggalah ditegur oleh teman yang perasan perkara ini. 

Demi Laillahillaallah.... 

Kun kata Allah, fayakun kata Muhammad... 

Allahuakbar!!!

Allahuakbar!!!

Allahuakbar!!! 

Daulat Tuanku!!!  Daulat Tuanku!!!  Daulat Tuanku!!!

p/s... psssttt.... kan GT dah cakap... PAS mmg takleh harap!!!

Tuesday, January 8, 2013

WOW!!! ALI BERSAUDARA BUAT PESURUHJAYA PAS SELANGOR TAK TIDUR MALAM!!!


Fuhhhh.... lagi sekali, antara liabiliti kepada Islam, Melayu dan Raja-Raja iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor akan digempur. 

Jom pakat turun... panassss weeeiii.... 

Wednesday, October 3, 2012

Memorandum Bantahan Kepada Majlis Peguam Malaysia Oleh Kawan-Kawan GT!!!



MEMORANDUM BANTAHAN
KEPADA
MAJLIS PEGUAM MALAYSIA

Keamanan negara merupakan satu perkara yang tidak boleh dikompromikan bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran negara dapat  dinikmati oleh seluruh rakyat. Tanpa keamanan, negara akan jadi hura-hara, tyrani, ekonomi akan kucar-kacir, rakyat sengsara, masadepan anak Malaysia jadi tidak ketahuan.

Peranan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejak dari sebelum merdeka telah memastikan hingga sekarang ketenteraman dan keamanan negara ini dapat kecapi hingga ke hari ini. PDRM telah diiktiraf sebagai antara pasukan polis yang terbaik di dunia apabila berjaya menyelesaikan antara 36% - 48% kes jenayah pada setiap tahun. Ini melebihi tahap piawaian INTERPOL iaitu 20 % daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun.

Berdasarkan pula kepada soal selidik bebas yang dilaksanakan oleh sebuah agensi bebas antarabangsa yang mengukur kepuasan masyarakat terhadap tugas yang dilaksanakan oleh PDRM, sebanyak 70.5 % daripada mereka yang berurusan di pejabat dan balai-balai polis telah menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan layanan yang diterima.

Namun kami amat kesal dengan tindakan sesetengah pihak termasuk Majlis Peguam Malaysia yang bersikap double standard dalam soal keamanan negara ini. Dalam banyak hal Majlis Peguam Malaysia telah mempersoalkan wibawa pasukan keselamatan dinegara ini terutamanya pasukan polis.

Majlis Peguam Malaysia dilihat gagal menyumbang kearah keamanan dan kesejahteraan dinegara ini. Badan ini dilihat sentiasa mencari salah dan mempertikaikan setiap inci tidak tanduk pasukan polis yang sentiasa bertungkus lumus menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat.

Majlis Peguam Malaysia harus bersikap neutral dalam setiap isu, tanpa mengorbankan hakikat bahawa soal ketenteraman, keamanan, kesejahteraan, dan keadilan rakyat serta kemakmuran ekonomi negara menjadi matlamat. Badan ini harus bebas dari cengkaman anasir asing yang cuba menggangu gugat dan irihati terhadap keharmonian dan kemakmuran yang rakyat nikmati sekarang.

Kami rakyat Malaysia menggesa agar Majlis Peguam Malaysia memperjuangkan kedaulatan undang-undang dinegara ini tanpa memperjudikan nasib majority rakyat yang mahukan ketenteraman dan keamanan negara menjadi kriteria utama kehidupan yang lebih baik dinegara ini.

Kami rakyat Malaysia juga menyokong penuh usaha gigih dan berterusan PDRM untuk menggunakan segala kuasa yang ada didalam undang-undang untuk memastikan ketenteraman, keamanan, keharmonian, dan kemakmuran negara dapat dipertahankan.

PDRM sumber keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.


Yang memperjuangkan ketenteraman dan keamanan negara,

Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) 

Jaringan Cina Malaysia (JCM)

Pertubuhan Waris Malaya

4 Justice

Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI)

2 Okt 2012

Thursday, May 31, 2012

Tahniah ABY!!! YDP PERKASA Selangor Yang Baru!!!


Gerakan Timur ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi PERKASA Daerah Klang, Abu Bakar Yahya (ABY) atas perlantikannya sebagai Yang Di Pertua PERKASA Selangor oleh Presiden PERKASA, Datuk Paduka Ibrahim Ali dan dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Tertinggi (ADT) PERKASA dalam satu mesyuarat, semalam.

Perlantikan ini GT anggap tepat berdasarkan kepimpinan beliau yang penuh komited semenjak penubuhannya, sebagai daerah yang paling aktif mengendalikan pelbagai aktiviti termasuklah ceramah kesedaran untuk orang Melayu di sekitar daerah Klang.  

Tahniah juga GT ucapkan kepada seluruh jentera PERKASA Daerah Klang yang tidak jemu-jemu turun padang untuk mempertahankan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan.  Pastinya, komitmen dan kerjasama jentera PERKASA Klang telah menyumbang kepada perlantikan ABY ini.  


Apa yang GT harapkan ialah, ABY mampu memimpin PERKASA Selangor agar lebih tegar, tekad dan aktif dalam mengibarkan panji-panji perjuangan sebuah bangsa yang menjunjung tinggi agama Islam.  

Melayu itu bersendikan adat, adat bersendikan syarak, syarak bersendikan kitabullah.  

Syabas ABY dan PERKASA Klang!

Monday, April 16, 2012

Foto2 Zul Noordin Label Pesuruhjaya PAS Selangor GILA!





Mengikut seorang sahabat, lokasi ceramah kali ini adalah kawasan hitam, yang mana rata-rata kejiranannya adalah golongan hijau berkahak pekat!  

Bagi GT, pemilihan YB Dato Zul Noordin untuk menggempur lokasi seperti ini.  Bagai naik syeh, performance Zul Noordin malam semalam berada di gred A+.  

Topiknya agak berbeza dari apa yang beliau utarakan di ceramahnya sebelum ini, di mana 2 jam yang diperuntukkan tidak dapat menyentuh langsung isu liwat Anwar Ibrahim.  

Kalaulah YB Dr. Rani Osman ada malam itu, maka ibarat dipanah petirkan gegendang telinganya, lantaran cabaran demi cabaran yang dilontarkan oleh YB Dato Zul Noordin kepada YB Meru itu.  Bak kata YB Dato Zul Noordin, YB Meru tu GILA! Muahahahaha...

Jurus tempur malam tadi berkisar tentang isu akidah, bagaimana PAS telah jauuuuuuuh tersimpang dari matlamat asal perjuangannya.  Ia sangat serius, kerana berkait rapat dengan "syahid"nya Ibrahim Libya.  Juga, bagaimana Ambiga yang difatwakan musuh nombor wahid, harbi laknatullah dan wajib diperangi, telah berjaya mengadakan hubungan "terlarang luar tabiee" terhadap ostat-ostat dan ularmak-ularmak PAS.  

Dalam masa 2 jam, beza perjuangan yang dibawa oleh YB Zul sewaktu dalam PAS sangat berbeza dengan apa yang berlaku sekarang ini.  Malah, GT buat kesimpulan, YB Meru bukanlah level atau standard YB Kulim Bandar Baharu.  

Bagai langit dengan bumi, padanlah PAS Selangor hancur berderai dikerjakan DAP.  Pemimpinnya lebih utamakan undi bukan Melayu demi kuasa, dari mempertahankan aqidah Islam.  

Bak kata YB Zul, kalau nama tuhan orang Islam pun boleh dijual, apatah lagi hak orang Islam dan Melayu.  Habis "disundalkan" demi menuju Putrajaya.  Bak sindiran YB Dato Dr. Hasan Ali, zikir terbaru penganut PAS... 

Dahulu:  Subhanallah.. Subhanallah... Subhanallah... 

Sekarang:  Putrajaya... Putrajaya... Putrajaya... 

Sesat lagi menyesatkan!  Nauzubillahinimzalik!

Tunggu video dari Gerakan Timur... errrr.. korang tau tak free software yang mantap untuk edit video apa namanya? hehehe... baru belajar bro.. pakai window movie maker je..

Tunggu video panas itu nanti... ada sesuatu yang lebih dari itu...

Saturday, April 14, 2012

Foto & Laporan Penuh Program Sejarah & Perjuangan Bangsa Melayu Oleh PERKASA!






Penyerahan Sijil Ahli Dan Penghargaan Kepada Warga Emas

Barisan Jentera PERKASA Klang 

Program anjuran PERKASA Daerah Klang ini telah diadakan di dalam DUN Meru, dalam misi PERKASA untuk mempertahankan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan.  

Coraknya, secara ilmiah, dengan menampilkan seorang tokoh iaitu Datin Paduka Dato' Dr. Prof Ramlah Adam, seorang intelek yang tidak perlu kita pertikaikan akan pengetahuan sejarahnya.  

Penyampaian lengkap berfakta jelas membuka mata ramai hadirin, akan bahaya ancaman kepada kedaulatan negara.   Pendekatan santai, yang kadang-kala diselitkan kisah lama seperti watak Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun menjelaskan bahawa sejarah Melayu itu sudah berkurun tertulis lamanya.  

Sang Sapurba & Demang Lebar Daun, agak-agak berapa ramai antara kita yang pernah dengar nama-nama itu? 

Kemuncak acara ini tentulah ucapan dari Presiden PERKASA, Tok Him.  GT malas nak ulas panjang-panjang, sebab semua orang tahu cara penyampaian Tok Him yang keras dan padat.  Tok Him juga berpesan kepada seluruh hadirin, akan siapa musuh Islam, Melayu dan Negara ini.  

Betapa keras dan lantangnya suara Tok Him, GT difahamkan telah menyebabkan "orang kuat" Dr. Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap ADUN Meru, menelefon Penyelaras PERKASA Meru gara-gara "telinga berdarah" mendengar ucapan dari Tok Him, walaupun "orang kuat" ini tiada di majlis anjuran PERKASA itu.

Apasal? Panas telinga ke mendengar hujah Tok Him melalui corong pembesar suara? Hehehehe... Itulah penangan Tok Him.  

Pujian harus diberikan kepada PERKASA, yang berjaya membawa kira-kira 100 orang anak muda, lingkungan umur 16 - 20 tahun untuk hadir bersama-sama untuk mengetahui akan sejarah dan perjuangan bangsanya.  

Selain itu, penyerahan sijil keahlian kepada warga emas juga dibuat.  Umur sudah menjangkau 80 - 90 tahun, tetapi semangat untuk mempertahankan Islam dan Melayu tetap utuh.  Anda yang muda, kuat dan sihat bagaimana?  

Dan jutaan tahniah serta terima kasih kepada PERKASA Daerah Klang yang dipimpin oleh Sdr Abu Bakar Yahya (ABY) dan barisan jenteranya kerana cukup aktif dalam siri jelajah di daerah itu, dalam misi MEMPERTAHANKAN APA YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN.  

Setelah Presiden PERKASA menggegarkan DUN Meru tempoh hari, kini tiba giliran Naib Presiden PERKASA pula menggempur kawasan yang didakwa oleh Hasan Ali diketuai oleh parasit kepada IMR.  

Jom turun, malam ini:


Ada orang fening kefala la weeiiii.............. Muahahahahaha...


Monday, April 9, 2012

LIVE: Tok Him Bikin Rakyat Meru Panas!!!

Sambutan full house mlm ini membuktikan bahawa kehadiran 2 tokoh Melayu sememangnya dinanti oleh rakyat tempatan.

Penekanan Institusi Raja sebagai tonggak sistem demokrasi sgt penting berikutan sudah wujud fahaman di kalangan Melayu liberal yg menafikan kepentingan institusi tonggak melayu ini.

Rentetan daripada itu, Islam diancam oleh golongan harbi, yg suatu ketika dulu tidak berani berlaku biadap seperti hari ini.

PERKASA menyampaikan mesej mudah, kekalkan sistem yg sedia ada utk kedamaian dan keamanan yg dinikmati sekian lama.

Meremang GT apabila lagu Negaraku dan Warisan bergema.

Foto2 dan laporan penuh akan GT upload kemudian.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Tok Him & Prof. Dr. Ramlah Adam Di Meru, Malam Ini!!! Jom Turun...


Satu lagi gerakan dari Perkasa Daerah Klang.  Sepanjang pemerhatian GT, PERKASA Daerah Klang  yang dipimpin oleh En. Abu Bakar Yahya, cukup aktif dalam siri program ceramah mereka, dalam usaha untuk memperingatkan tentang sejarah dan perjuangan bangsa Melayu.  

Mungkin ada yang sinis, assobiyah kata mereka... sila buka kitab, tinjau balik makna sebenar assobiyah.  

Mungkin ada yang kata PERKASA merampas hak orang bukan Melayu.  Itu hanya sindrom fobia yang dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu yang mahukan undi bukan Melayu.  

Hakikatnya, PERKASA adalah pertubuhan yang mempertahankan hak orang Melayu berdasarkan ancaman-ancaman dari harbi laknatullah pasca PRU 2008.  Ia berperanan sebagai pendesak, sekiranya agenda untuk orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan tidak dituruti.  

Dan terbaru, betapa Dong Zhong tanpa segan silu membuktikan betapa mereka adalah rasis sejati.  

PERKASA, adalah "rival" yang terbaik kepada Dong Zhong.  

Marilah kita sama-sama mengimbas kembali sejarah perjuangan orang kita, tanpa mengenepikan sumbangan bukan Melayu.  

Jumpa anda disanaaaa.. sanaaaa.. sanaaaaaa...

Tuesday, March 20, 2012

PERKASA Klang Bikin Pesuruhjaya PAS Selangor Pening Kepala!!!


GT memantau perkembangan PERKASA Klang, antara daerah yang cukup aktif menggerakkan jenteranya bagi memastikan perjuangan Agama Bangsa dan Negara terus menjadi kiblat perjuangan umat Islam dan Melayu di bumi bertuah ini.

Rata-rata, nama PERKASA Klang yang dipimpin oleh Sdr Abu Bakar Yahya (ABY) menganjurkan ceramah pada setiap bulan menjadi bualan ramai. 


Untuk bulan Mac sahaja, sudah ada 2 program ceramah di DUN Meru yang mereka, samada sertai atau bertindak sebagai penggerak.  Itu belum dikira program penerangan di kawasan DUN Sementa, DUN Jeram, DUN Selat Kelang dan beberapa kawasan lagi di Selangor.

Pada pemerhatian GT, kawasan yang PERKASA Klang sasarkan bagi program ceramah mereka majoritinya Islam dan Melayu.

Walaupun bertindak sebagai NGO dan bukan parti politik, gerakan PERKASA ini telah membuatkan Pesuruhjaya PAS Selangor tak senang duduk.  

Nama-nama seperti YB Datuk Zul Noordin, Ust Roslan Kassim dan Prof Ramlah Adam sering membicarakan betapa umat Islam dan Melayu harus menolak Pakatan atas sebab-sebab Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu yang tergugat, gara-gara kiblat perjuangan Pakatan yang sangat liberal, selain masalah moral pemimpin-pemimpin mereka.  

Pastinya Pesurujaya PAS Selangor kepanasan dengan gerakan ini.  Hasan Ali dengan gerakannya, PERKASA dengan gerakannya, matlamatnya satu, menghumbankan PARASIT kepada Agama, Bangsa dan Negara dari lanskap politik negara.

Jutaan tahniah kepada jentera PERKASA Klang, dan PERKASA Selangor yang tidak pernah jemu untuk terus berjuang memastikan status quo yang tercatat pada Perlembagaan Negara terpatri rapi!  

Allahuakbar!!!

Tuesday, March 13, 2012

Giliran PERKASA Gempur DUN MERU, Malam Ini!!!


Setelah Hasan Ali menggempur DUN Meru minggu sudah, kini tiba giliran PERKASA untuk meneruskan agenda menyingkirkan liabiliti-liabiliti kepada Islam, Melayu dan Raja-Raja.  

Ceramah akan diadakan pada butir-butir seperti berikut:

Tarikh:  13 Mac 2012 (Selasa)
Masa:   9.00 malam
Tempat:  Rumah Hj Jabbar, Lot 2165 Jalan Khamis, Meru, Klang
Penceramah:  Ust Roslan Kassim, Ketua Penerangan PERKASA Malaysia

Semua golongan, Wira Perkasa, Wiranita, Wirawati serta anda, RAKYAT SELANGOR, yang sayangkan agama, bangsa dan negara disarankan hadir dalam misi menyingkirkan liabiliti kepada Islam, Melayu dan Raja-Raja.

SELANGOR BANGKIT!!!

Sunday, October 30, 2011

PAS Ingin Jadi TUHAN?


Kenyataan keras dari Tok Him berikutan dakwaan dari PAS bahawa beliau akan kalah bertanding di Parlimen Pasir MAS pada PRU akan datang.  

Fakta tercatat bahawa Tok Him bertanding di atas tiket PAS pada PRU 2008 dan menang, sebelum bertindak menjadi bebas selepas itu.  

Kali ini situasinya berbeza, kerana Tok Him tidak akan menggunakan bendera panadol itu sekiranya bertanding di Pasir Mas.  

Persoalannya, apakah Tok Him akan menang atas dasar calon, atau kalah kerana tidak menggunakan bendera panadol pada PRU akan datang nanti?

PAS telah membuat damage yang teruk kepada Islam dan Melayu, terutamanya selepas 2008 yang lalu.  Dan keadaan ini telah membuatkan PERKASA bertegang urat dengan PAS.  

Kenyataan yang menyerlahkan sikap bongkak dan takbur memang sebati dengan PAS.  Dan Tok Him, kita tahu seorang pejuang.  

Kata Tok Him kepada PAS "Tunggu aku di PRU nanti..."

Wednesday, October 26, 2011

YB Zul Nordin Adalah Naib Presiden PERKASA!!! Allahuakbar...!!!


Gerakan Timur mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Zul Nordin kerana telah dilantik sebagai Naib Presiden PERKASA.  

Perjuangannya terhadap Islam menyebabkan beliau dilantik ke jawatan tersebut.  Ia selari dengan matlamat PERKASA yang menjunjung tinggi agama Islam selaras dengan status ahlinya yang beragama Islam, juga apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan.  

Semoga PERKASA semakin mantap dengan kehadiran seorang lagi pemimpin barisan hadapan, demi Alif Ba Ta.  

Teruskan perjuangan kepada seluruh ahli PERKASA, juga kepada YB Zul Nordin.  

Untuk yang bukan Islam atau bukan Melayu, PERKASA ditubuhkan untuk mempertahankan apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan semata-mata, sebagai suara NGO.  

Tidak lebih daripada itu. 

Thursday, September 15, 2011

PERKASA vs Mat Syabu Pada PRU 13!!!


GT sokong sangat dengan idea ini.  

Namun Tok Him kena pergi lebih jauh dari itu.  Bukan hanya menentang kempen Mat Sabu, tetapi menentang terus kempen PAS.  

Mat Sabu wakil PAS, dan PAS menyokongnya, maka menjadi wajib untuk PERKASA menentang seluruh jentera PAS pada PRU nanti. 

Ini soal sejarah bangsa, yang termaktub rapi dan diakui oleh pakar sejarah.  Malangnya selama ini PAS hanya bersandarkan "kepakaran" dari pemimpin mereka seperti Mahfuz dan Idris Ahmad yang berotak gendeng!  

Sedang mengharap supaya munculnya pemimpin-pemimpin yang berkarisma dan intelektual, PAS semakin hampas apabila si pakar khalwat, ingin menjadi pakar sejarah!!! 

Mah.. Mah.. Muka abang bau (........................) la Mah.

Sila isikan tempat kosong diatas!

Friday, September 9, 2011

PANASSS.. PERKASA Akan Bakar Mat Sabu Hidup-Hidup!!!


JEMPUTAN Ke FORUM MERDEKA

'KEKEJAMAN KOMUNIS, MAT INDERA DAN KEMERDEKAAN'
(Menghayati Peristiwa Bkt Kepong).

Tarikh; 14hb. Sept (RABU)
Masa: 8.45mlm
Tempat: Dewan Kelab Sultan Sulaiman (KSS), Kg Baru, KL.

Ahli Panel:
1. Tan Sri Prof Emeritus Khoo Kay Kim ( UM - Pakar Sjarah)
2 .Comissioner Dato' Zulkifli Ab.Rahman, Mantan Pengarah Cawangan Khas Msia. 
3. Lt.Jen (B) Dato' Jaafar Onn (Mantan Tim. Ketua Angkatan Tentera Darat).
4. Datin Paduka Prof Dr. Ramlah Adam (UiTM - Pakar Sejarah)

Moderator:
 
YB Dato Ibrahim Ali, Presiden Perkasa.

Anjuran: 
PERKASA MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 54. 

Anda dijemput hadir!!!

Wednesday, August 24, 2011

Laporan Polis Oleh GAPS, PERKASA Dan YB Senator Ezam Terhadap Khalid Jamban!!!



Lapuran Polis

Saya ada membaca surat khabar Utusan Malaysia pada 23 Ogos 2011 di rumah saya dialamat diatas, mengenai kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyatakan Sultan Selangor telah menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim "Penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh baginda minggu lalu dan saya menjunjung titah serta nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan.”
 
Namun pada hari ini 24 Ogos 2011 diakhbar Utusan Malaysia Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Tuanku Sultan Selangor rasa amat terkejut dengan kenyataan Menteri Besar seperti yang dilaporkan oleh media hari ini bahawa baginda telah memperkenankan penubuhan majlis penasihat tersebut sedangkan perkara itu adalah tidak benar.
 
Malah menurut Datuk Munir lagi ''Pendirian Sultan Selangor berkaitan dengan majlis penasihat syura atau pun berbentuk dialog berkaitan agama, tidak pernah diperkenankan kerana negeri Selangor telah mempunyai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), JAIS dan Jabatan Mufti Negeri Selangor. Oleh yang demikian, isu tentang Sultan Selangor menitahkan atau menasihatkan kerajaan Negeri Selangor menubuhkan majlis penasihat syura adalah tidak benar. “

Ternyata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menderhaka kepada Tuanku Sultan Selangor dengan menipu dan memfitnah Sultan Selangor dalam isu  penubuhan majlis penasihat syura ini. MB juga telah menghina Institusi Raja di Negeri Selangor.

Saya berpendapat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 atau undang-undang lain yang berkaitan.
 
Saya menggesa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim disiasat, didakwa dan dihukum dibawah Akta Hasutan 1948 atau undang-undang lain yang berkaitan.

Sekian saja lapuran saya.

Friday, August 19, 2011

Anda Semua Dijemput Hadir Bersama PM dan TPM!!!

SAtu program Memperkasakan Ekonomi Bumiputera akan diadakan pada butir-butir berikut:

Tarikh:  19 Ogos 2011 - 20 Ogos 2011
Masa :   9.00 pagi
Tempat: Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam

YAB Perdana Menteri akan membuat ucapan perasmian pada sebelah pagi, dan YAB Timbalan Perdana Menteri membuat ucapan penutupan pada 20 Ogos 2011 jam 3 petang.  

Semua dijemput hadir...

Monday, July 25, 2011

DAP Bakal Bergoncang Gara-Gara Ahlinya Menyertai PERKASA!!!


MOHAMED Razali Abdul Rahman (kiri) menyerahkan borang untuk menjadi ahli Perkasa kepada Muhammad Zahid Md. Arif (tengah) sambil disaksikan Ahmad Saad (kanan), di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di sini hari ini memohon maaf secara terbuka kepada orang Melayu kerana pernah menyertai parti itu.

Mohamed Razali, 42, juga melahirkan kekesalan kerana pernah menyertai DAP yang merupakan sebuah parti cauvinis.

Bagi menyedarkan orang Melayu tentang perancangan jahat DAP, beliau hari ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

"Saya nak minta maaf kepada seluruh rakyat khususnya yang beragama Islam atas keterlanjuran masuk DAP. Saya kesal kerana menyertai parti cauvinis ini.

"Bagi menebus kesalahan, saya mahu berjuang dalam Perkasa bagi memberitahu rakyat terutama orang Melayu tentang apa yang DAP telah dan akan lakukan terhadap mereka," katanya.

Beliau ditemui pada mesyuarat khas tahunan Perkasa Pulau Pinang di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan borang keahlian kepada Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Kebangsaan, Muhammad Zahid Md. Arif.

Hadir sama Yang Dipertua Perkasa Negeri, Datuk Ahmad Saad.

Menurut Mohamed Razali, beliau selepas ini akan mengadakan majlis penerangan bersama Perkasa bagi membongkar satu persatu 'rahsia' DAP.

"Slogan demokrasi yang mereka laungkan selama ini hanyalah omong kosong. Mereka cuma pandai bersandiwara.

"Mereka ada agenda sendiri yang orang Melayu tidak tahu," ujarnya.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu.

Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu.

Beliau, berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan. 
 

GERAKAN TIMUR:
Alhamdulillah, satu lagi bukti bahawa orang Melayu makin sedar akan agenda tersembunyi DAP laknatullah, apatah lagi dengan penyertaan Mohamed Razali yang menggemparkan negara apabila tampil memberi keterangan kepada pihak polis berhubung isu pertemuan pihak gereja dengan DAP.
 
Dan niatnya untuk memberi penjelasan kepada orang Melayu tentang agenda "rahsia" itu sememangnya di nantikan.  GT berharap saudara-saudara kita nun di sebelah sana mahu buka mata, buka minda dan nilailah sendiri dari bekas "orang dalam" DAP ini.  
 
DAP cuba menukar perlembagaan, PERKASA hanya MEMPERTAHANKAN perlembagaan.

Allahuakbar!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...