Bersama Berjuang

Showing posts with label Selcat. Show all posts
Showing posts with label Selcat. Show all posts

Thursday, March 8, 2012

SELCAT: Apa Guna Beri Dokumen Samun Kepada Penyamun?


SELCAT adalah sebuah entiti yang ditubuhkan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Motifnya "politiking", dan melindungi kroni-kroni mereka.  Ianya sangat kontra dengan tujuan asal penubuhan SELCAT itu sendiri, seperti ketelusan, KONONNYA.  

Sejauh mana kemampuan SELCAT untuk menyiasat sesuatu kes?   Atau sekadar untuk, KONONNYA, pendengaran awam?

Umum masih lagi ingat, bagaimana satu kes penyelewengan pasir yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Kapar, di mana SELCAT tidak membenarkan SAKSI UTAMA memberi keterangan.  Inilah gunanya prosedur yang dicipta oleh SELCAT demi melindungi kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.  Prosedur yang mewajibkan kepada orang awam agar membuat permohonan bertulis bagi menyertai sesi pendengaran awam itu sebenarnya lebih kepada cara mengawal, atau "control mechanisme". 

Telus?  Kredibel? 

Dan alasan yang sama juga digunakan, dengan mengatakan tiada permohonan dari DS Noh Omar.  

Bagi GT mudah, DS Noh Omar tidak perlu bergantung kepada SELCAT yang jelas tidak mampu mengotakan tujuan penubuhannya.  SELCAT bagai mati hidup semula.  Sedangkan isu penyelewengan pasir telah terhenti pendengarannya, sebelum kembali dengan lakonan terbaru SELCAT gara-gara skandal surat yang melibatkan Amiruddin dan Rafizi Ramli.  Andai tidak, sampai kiamatlah SELCAT tidak bersidang.  

SELCAT ibarat mahkamah kanggaroo?  

Tidak.  SELCAT tidak layak untuk dibandingkan dengan mahkamah. Waima berstatus kangaroo. Panelnya sahaja terdiri dari ahli politik, yang tentunya punya kepentingan di dalam pentadbiran kerajaan negeri.  

Dan yang paling penting, seandainya dokumen bukti aktiviti penyamun ini, seperti yang dimiliki oleh DS Noh Omar diserahkan kepada "bapak penyamun", ia berkemungkinan menjadi sandaran kepada "bapak penyamun" untuk menjejaki dari mana sumber bukti itu diperolehi, bukannya untuk menyelesaikan masalah!!!

So, apa kata SELCAT benarkan SPRM, atau PAC, untuk siasat penyelewangan yang berlaku.  

Amacam?  Ada bran?

Tuesday, August 24, 2010

SELCAT - RAKYAT DIPERBODOHKAN!!!



KLANG 23 Ogos - Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam sekali lagi enggan bekerjasama dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) mengenai dakwaannya berlaku amalan rasuah dalam Kumpulan Semesta Sdn. Bhd., (KSSB).

KLIK SINI untuk berita lanjut. - Utusan Online

GERAKAN TIMUR:
Selcartoon jelas ditolak oleh orang-orang mereka sendiri.  Dalam penubuhannya yang baru setahun jagung, jelas menampakkan bahawa ianya adalah alat untuk mengaburi mata rakyat; kononnya mereka lebih telus dan bertanggungjawab.  Malang bagi YB Manika yang berusaha kuat namun dinafikan oleh Maharaja Teng.  Apa yang hendak dikata, kalau bukti2 dan saksi2 penting tidak dipanggil oleh Selcartoon.  Mana mungkin ia diadili dgn sebaik mungkin!!!  Kalau dah wakil rakyat mereka pun tak percaya, adalah malang dan sengal bagi rakyat Selangor untuk mempercayai mahkamah komunis ini.  Apakah kerajaan Fuckatan haram di Selangor ingat rakyat Selangor sebegitu bodoh untuk terus dibohongi?  Kerajaan Fuckatan ini telah merendahkan tahap keintelektualan rakyat Selangor!!!  Kalau bAhlul pas, pkr dan DAPigs bolehlah mereka perbodohkan. 

Apapun, penubuhan Selcat adalah satu cara untuk mengaburi mata rakyat demi menjaga kepentingan kroni2 Fuckatan.  Seharusnya isu-isu sebegini diserahkan kepada pihak berkuasa seperti Polis, SPRM dan lain-lain lagi. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...