Bersama Berjuang

Showing posts with label PEMBELA. Show all posts
Showing posts with label PEMBELA. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

COMANGO Memperjuang Hak Asasi Agama? Siapa Yang Kata??? Baca Nih...


COMANGO atau Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia yang mencabar kerajaan berkenaan hak LGBT, murtad, dan nama Allah untuk kegunaan Kristian, semakin terserlah sebagai pejuang hak asasi yang hipokrit. 

Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, Pengerusi Majlis Universiti Islam Malaysia pula menyifatkan perjuangan COMANGO sebagai keliru iaitu tidak dapat mendefinasikan ‘hak asasi’ dalam konteks yang tepat.  Hujah beliau, ‘hak asasi’ seharusnya meliputi hak asasi semua golongan dan semua perkara di dunia ini.   Bagaimanapun, COMANGO telah menyempitkan definisi ‘hak asasi’ dengan memilih hanya hak-hak yang kebetulan bertentangan dengan agama, terutamanya agama Islam sahaja. 

Bagi COMANGO, agama Islam telah menghalang kebebasan manusia untuk bertindak mengikut nafsunya. 

Secara dasarnya, bukan hanya agama Islam yang menentang LGBT tetapi semua agama-agama langit mengharamkannya. Seperti yang kita tahu, Vatican sendiri menyokong perjuangan kumpulan Kristian di negara-negara Eropah untukmenghalang pengiktrifan hak LGBT. 

Malangnya, ajaran Kristian mempunyai berbagai versi yang berbeza atau bertentangan antara satu sama lain mengikut tempat, citarasa dan juga ‘kaum’. 

Jika Kristian di negara lain turut menentang terjemahan nama Tuhan di dalam Injil sebagai ‘Allah’, Kristian di Malaysia pula bermati-matian menuntut untuk menggunakan nama Allah di dalam risalah agama mereka. Alasan yang diberi adalah, ia telah digunakan sekian lama di Sabah dan Sarawak. 

Perkara ini sebenarnya telah pun diputuskan di mahkamah iaitu pihak Kristian di Sabah dan Sarawak boleh meneruskan penggunaan nama Allah sepertimana kebiasaan mereka kerana yang dihalang oleh mahkamah hanyalah penerbitan The Herald yang menggunakan nama Allah untuk edaran di Semenanjung. 

Logik keputusan mahkamah ini ialah, sejak azali lagi, Kristian di Semenanjung tidak menggunakan nama ‘Allah’ di dalam risalah dan ceramah mereka dan ia tidak pernah menjadi masalah sebelum ini.  Entah kenapa akhir-akhir ini Kristian di Malaysia ingin menyebarkan nama ‘Allah’ di dalam ajaran mereka di sini tanpa memberikan alasan konkrit selain kerana ia telah lama digunakan di Sabah Sarawak. 

Jelas, ada pihak Kristian di Malaysia yang mempunyai niat jahat untuk memurtadkan umat Islam di Semenanjung melalui manipulasi halus. 

Sudah tentu sebagai sebuah negara Islam, kerajaan mempunyai hak untuk menggubal undang-undang yang menghalang umat Islam dari murtad atau dimurtadkan dengan sewenang-wenangnya. 

Oleh itu, tindakan COMANGO mencabar semua perkara ini membuktikan bahawa mereka adalah hipokrit terbesar yang sengaja ingin mencari masalah dengan umat Islam. 

Hakikatnya, apa yang dituntut oleh COMANGO samalah dengan menuntut agar kerajaan menukar perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.  Selain itu, COMANGO sebenarnya menuntut agar sebahagian amalan Islam itu dilonggarkan atau ditolak dengan mengiktiraf hak kepada golongan songsang LGBT.  COMANGO juga ingin menafikan hak umat Islam untuk mempertahankan akidah saudara-saudara mereka. 

Pendek kata, bagi COMANGO, umat Islam tidak punya hak untuk mengamalkan kepercayaan mereka dan kerajaan tidak punya hak untuk meletakkan Islam sebagai agama rasmi. 

Setiap agama ada garispanduan tertentu yang wajib diikuti oleh setiap penganutnya dan masyarakat wajib menghormati kepercayaan mereka.  Adalah tidak wajar menyuruh penganut Hindu agar jangan memecahkan kelapa di Hari Thaipusam atas alasan membazir.  Adalah tidak wajar menyuruh penganut Buddha agar jangan membakar colok atas alasan berbau busuk.  Dan adalah tidak wajar mengejek penganut Hindu yang enggan makan daging lembu walaupun kebuluran atau mengejek penganut Buddha yang amat gemar makan babi walaupun ia merupakan binatang yang paling kotor yang memakan najis sendiri. 

Semua agama ada pantang larangnya dan ritualnya yang kita perlu hormat dan terima sebagai sebahagian dari kehidupan di dunia.  Semua negara ada undang-undangnya, semua kaum atau puak ada adatnya dan semua ini wajib dihormati sekiranya kita berada di dalam jajahan negara atau kaum tersebut. 

Bak kata Tan Sri Yusof Nor, kerajaan juga ada hak ke atas negaranya dan COMANGO tidak berhak mempersoal hak sesebuah kerajaan untuk mentadbir mengikut cara masing-masing yang dirasakan terbaik untuk majoriti rakyatnya.  Ingatlah, di dalam pentadbiran demokrasi, dan kita percaya COMANGO turut mendokong demokrasi, hak majoriti adalah lebih utama dari minoriti.  Di Malaysia, umat Islam adalah majoriti manakala Kristian mahupun golongan songsang LGBT hanyalah minoriti kecil. 

Mungkin COMANGO tidak tahu bahawa manusia bertamadun adalah manusia yang mengikut peraturan. Nampaknya, COMANGO terdiri dari manusia yang tidak bertamadun, yang mengimpikan dunia tanpa peraturan. 

Justeru, sebagai manusia bertamadun, kita wajib menentang COMANGO dengan segenap kudrat yang termampu. 

Friday, January 6, 2012

Perhimpunan Sejuta Ummat Di Paroi Esok DIHARAMKAN???


Apo kono Jang.. ekau monung ajo..
Orang ke Paroi.. ekau di mano.. 

Selamatkan Akidah Umat Islam!!! 

Siapa yang mengharamkan ahli mereka ke perhimpunan ini???  Anda tahu jawapannya... 

Jadi, apakah akidah mereka sebenarnya???

Tuesday, November 15, 2011

JOM TURUN: Himpunan Aman Membantah Seksualiti Merdeka 2011!!!



Orang Meru!!!  Nyatakan pendirian anda!!!

Jangan jadi dayus...!!!

YB Adun Meru?  Errmmm... kalau program Himpunan Sejuta Umat pun ahli PAS dilarang dari menyertainya, lu fikir lah sendiri bro dan sis...

GT dengar macam ada kejutan pada hari Jumaat nanti...  
Hasan Ali turun???  Mungkinkah?  Kita tungguuuuuuuuuuuuu.....

Thursday, October 27, 2011

MESTI TAHU: Temberang PAS Didedahkan Berkenaan Himpunan Sejuta Ummah

Klik Gambar Utk Imej Yg Lebih Jelas


Itu adalah fakta.  Kredit kepada blogger Mymassa.

Dulu merekalah pejuang.. tapi itu dulu.  

Pangkat, harta, wang dan kuasa sudah menguasai diri mereka.  Dan satu lagi perkara jangan dilupa apabila kita berbicara tentang pemimpin PAS, iaitu wanita.  

Himpun mereka "fatwakan" haram.  Tetapi sejarah tak pernah berbohong.  

Siapa dia Ya Aiyuhal Munafiquuuuuuuunn...????

Monday, October 24, 2011

Busuknya Hati PAS....



Lanskap politik PAS benar-benar berubah setelah golongan Attartuk mengambilalih sepenuhnya kuasa yang ada.  Lebih menakutkan, PAS sebenarnya sudah lebih DAP dibandingkan dengan DAP! 

Semuanya demi undi.. undi dan undi...  isteri dijadikan taruhan, kalimah Allah dibiarkan menjadi bahan mainan, pemurtadan dihalalkan, tanpa pembelaan yang wajar.  PAS sesat!!!  

Usaha yang murni pula difatwakan haram.  Busuk sungguh hati mereka.  

Tak caya?  Cuba KLIK SINI.

Deklarasi Tuntutan 10 Akan Dikaji Oleh Kerajaan

Gambar Ihsan - GAP

Jitra, 23 Okt – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan memandang serius deklarasi tuntutan 10 perkara oleh Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam, semalam.

Katanya kerajaan persekutuan akan mengambil tanggungjawab dan memberi keutamaan untuk tindakan selanjutnya berhubung tuntutan itu yang antara lain mendesak penggubalan undang-undang khusus bagi membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam.

Beliau menegaskan hal tersebut kepada pemberita selepas merasmikan seminar Kewangan Islam untuk pentadbir-pentadbir masjid peringkat negeri Kedah di sini, hari ini.

Jamil Khir berkata, “Mana-mana perkara yang berkaitan kuasa kerajaan negeri, kita akan minta negeri ambil tindakan manakala bagi pihak persekutuan kita akan bertindak selepas mengkaji segala sudut termasuk perundangan.

“Kita juga lihat mana yang lebih tepat untuk dilaksanakan sekiranya negeri-negeri tidak mampu berdiri atas enakmen atau akta yang memerlukan pindaan,” tambahnya.

Mengenai seminar itu, beliau berkata, perkembangan pesat sistem kewangan dan perbankan Islam yang diterimapakai di peringkat global wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam Malaysia.
Katanya, sistem tersebut telah terbukti tidak terjejas semasa krisis ekonomi dunia serta tidak menganiaya pelanggan bank.

“Sistem dan mekanisme kewangan dan perbankan Islam yang kita miliki adalah lengkap dan berkembang pesat malah bank-bank konvensional mengikuti langkah dengan memperkenalkan sistem perbankan bercirikan Islam.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata jaminan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bahawa bekalan daging dan haiwan untuk sembelihan sempena Hari Raya Haji adalah mencukupi merupakan rahmat untuk umat Islam negara ini.

GERAKAN TIMUR:
Murtad adalah permasalahan ummah.  Malangnya, ada pihak yang mengambil sikap "mengharamkan" himpunan itu.  Lebih mendukacitakan, pihak itu seringkali mendabik dada kononnya mereka berjuang untuk Islam.  

Isu murtad ini dilihat tidak menguntungkan mereka dari segi politik.  Maka operasi "melacurkan" Islam pada tahap tertinggi diteruskan oleh mereka...  

Sialan...

MESTI TAHU: 10 Deklarasi Himpunan Sejuta Ummat


Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang berjaya menarik penyertaan lebih 10,000 umat Islam di Stadium Shah Alam petang semalam sepakat mengemukakan 10 deklarasi berikut :

1) Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadiran Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.

2) Kerajaan yang memerintah baik di peringkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi dalam Islam dan Perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

3) Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.

4) Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

5) Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tiada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan akidah. Kami menggesa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada akidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar.

6) Meminta kerajaan supaya mengadakan program penerangan menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

7) Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha menggugat kesucian Islam.

8) Menyeru semua institusi dalam masyarakat teruatamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas mendidik anak-anak dan waris terdekat daripada terjebak dalam aktiviti pemesongan akidah.

9) Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media sama ada media cetak, elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

10) Menyeru seluruh umat Islam hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama bersatu menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

Friday, October 21, 2011

Mufaraqah Hasan Bin Ali Dari Parti Ambiga Srevenasan: P.A.S. !!!


Himpunan Sejuta Umat yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam pada hari esok, jam 2 petang bakal menambah lagi warna-warni perjuangan sebuah bangsa yang menjunjung tinggi Islam, sebagai cara hidup.  Dan pabila Islam menjadi perjuangannya, ia berkisar kepada penganut agama itu sendiri, tanpa membezakan antara satu dengan lain.

Sebagai mentor program ini, Hasan Ali menjadi topik perbualan hangat kerana pendiriannya yang cukup konsisten mengakibatkan dirinya terus menjadi musuh no. 1 dalam kepimpinan PAS yang dikuasai oleh golongan Attartuk secara total.  Tidak sukar untuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani telah menyakinkan Hadi Awang untuk mengeluarkan “fatwa” haram bagi ahli PAS untuk hadir ke penyatuan ummah bagi menentang agenda pemurtadan oleh harbi laknatullah.

Ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa Dr. Rani tidak mendapat didikan usrah PAS yang sebenarnya.  Beliau hanya bersandarkan tempias pendidikan agama di luar negara, sewaktu bergelar pelajar perubatan ketika itu.  Tidak hairanlah seandainya Dr. Rani meminta semua ahli PAS melupakan perpaduan ummah, kenyataan pertamanya setelah dilantik sebagai orang no.1 oleh Khalid Samad.  Malah, mereka berdua secara terangan-terangan telah “melacurkan” kalimah Allah!

Baca seterusnya DISINI

Himpunan Sejuta Umat - Iblis Menangis...


PAS biarkan kalimah Allah dipermainkan...
PAS anti Perpaduan...
PAS kurang ajar dengan Tuanku Sultan Selangor...
PAS tiada lagi negara Islam
PAS menjadikan hudud modal politik PRU...

Yang terbaru, PAS "fatwakan" penyatuan ummah menentang agenda pemurtadan oleh harbi laknatullah sebagai HARAM!!!  

Islamik sungguh PAS nih... penyokong diorang kena bodo bodo je rupanya oleh ostat-ostat diorang.  Time tazkirah, sembang mendaulatkan Islam.. 

walhal...?

Monday, August 8, 2011

PANASSS.. PEMBELA Kecam Khalid Gagap Kerana Panik Tak Tentu Hala..!!!


Tahniah kepada PEMBELA yang konsisten dalam isu yang melibatkan agama Islam.  Dan dalam isu ini, GT terus berdiri di belakang PEMBELA.  

Semoga PEMBELA terus memperjuangkan Islam di bumi bertuah ini.  

Allahuakbar!!!

KUALA LUMPUR, 8 Ogos –Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang melakukan serbuan ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, Rabu lalu yang mencetuskan kontroversi dan bantahan banyak pihak.

Presiden Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) Dr Yusri Mohamad berkata, Jais tidak pernah melakukan “serbuan”, “menyerang” dan “merempuh” masuk ke dalam Gereja Methodist Damansara Utama seperti mana yang dilaporkan media.

“Berdasarkan maklumat yang diterima Jais, sebab melakukan pemeriksaan itu hanya untuk melihat sama ada terdapat orang Islam dalam majlis itu dan mahu memastikan tiada usaha menghina Islam,” katanya pada sidang media di sini.

“Operasi itu telah dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada,” kata beliau.

Yusri menambah laporan media terhadap operasi Jais itu tidak benar, sebaliknya pegawai agensi penguat kuasa itu telah berunding dengan penganjur program selama sejam, namun menemui jalan buntu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) A. Karim Ombar berkata, berdasarkan laporan agensi agama itu, “Jais hanya masuk ke dalam selepas program itu tamat, bukan semasa.”

Pembela juga menuduh sesetengah ahli politik telah masuk campur dalam urusan hal ehwal Islam melebihi bidang kuasa mereka sambil menegaskan, orang Islam tidak sepatutnya terpengaruh, sebaliknya berfikir semula tentang perkara itu.

“Pembela tidak bersetuju dengan campur tangan politik dalam hal ehwal agama Islam oleh pemimpin yang berkepentingan.

“Kenyataan Menteri Besar Selangor yang bersifat ‘apologetic’ amat dikesali dan tidak sepatutnya dibuat ketika siasatan sepenuhnya masih berjalan.

“Begitu juga kenyataan beberapa pemimpin politik yang bukan beragama Islam menghiris hati dan perasaan umat Islam serta menggambarkan seolah-olah agama Islam tidak bertempat di negara ini,” tambahnya.

Kata Yusri, kenyataan-kenyataan itu akan menambah kekeliruan dan boleh mewujudkan prasangka antara umat Islam dan bukan Islam.

Pembela juga menegaskan hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Sultan.

“Ini adalah fakta yang diterima semua dan had-hadnya perlu difahami dan (diamalkan) dalam kehidupan seharian.

“Kita tidak menentang akta kebebasan beragama, malah ia digalakkan,” kata Yusri dan menambah, pihak penganjur seharusnya berhati-hati apabila menganjurkan program yang boleh menimbulkan keraguan.

Beliau menambah pihaknya menuntut pihak berkuasa untuk menghalang tindakan provokasi agama yang boleh menghakis kedaulatan agama Islam.

Pada malam Rabu lalu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam.

Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti dihadiri kira-kira 100 orang termasuk orang Islam.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Persatuan Peguam Muslim Malaysia berkata pihaknya memandang berat terhadap kenyataan-kenyataan beberapa pemimpin politik sebagai reaksi susulan terhadap tindakan Jais ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama.

“Melihat pada respons sebahagian besar daripada pemimpin politik yang keliru dengan peranan dan tugas Jais, PPMM berasa sangat kesal atas kejahilan berkaitann hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan Enakmen-Enakmen.

“Malah sepanjang sejarah negara, hatta sebelum kemerdekaan sekalipun, urusan berkaitan Islam tidak pernah diletakkan di luar naungan sultan dan diambil alih pemimpin poitik,” kata Setiausaha Agungnya Abdul Halim Bahari.

Halim menambah hakikat itu mestilah dihormati dalam pemimpin memberikan sebarang komentar demi memberikan keadilan terhadap semua pihak dalam menilai isu ini.
Justeru kata beliau, PPMM membuat penegasan bahawa tindakan Jais dilakukan di bawah ruang lingkup peruntukan Perlembagaan dan enakmen negeri.

“Pemeriksaan tersebut adalah jelas berdasarkan pada aduan yang harus diselidiki pihak Jais sebagai pihak yang diberikan kuasa dan bertindak mengikut lunas dan perntukan undang undang.

“Ternyata kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan adalah tidak berdasarkan fakta-fakta serta tidak bertanggungjawab serta mungkin bermotif jahat untuk merendahkan kedudukan institusi Islam di negara ini,” kata beliau lagi.

Halim juga memberitahu aduan yang diterima pula adalah berkaitan dengan kesalahan di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.

Seksyen 9 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan tiap-tiap orang yang mengetahui pelakuan atau niat mana-mana orang lain untuk melakukan apa-apa kesalahan dengan serta merta memberikan maklumat kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis yang terdekat tentang pelauan atau niat itu.

Seksyen 57 Enakmen yang sama pula memperuntukkan “jika daripada maklumat yang diterima atau selainnya seseorang pegawai penguat kuasa agama mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan sesuatu kesalahan boleh tangkap, maka dia hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah daripada jenis yang telah diarahkan oleh Ketua Pendakwa Syarie tidak perlu dilaporkan kepadanya, dengan serta-merta menghantar laporan mengenai maklumat itu kepada Ketua Pendakwa Syarie dan hendaklah pergi sendiri atau hendaklah mempertanggungjawabkan seorang daripada pegawai bawahannya pergi ke tempat kesalahan itu dilakukan untuk menyiasat fakta-fakta dan hal keadaan kes itu dan untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi penemuan pesalah itu.”

“Oleh hal yang demikian apa yang dilakukan oleh Jais adalah dalam kuasa yang diberikan kepada mereka,” kata Halim.

Halim juga menambah, PPMM sekali lagi menegaskan bahawa dalam hal dan urusan melibatkan pentadbiran Islam, tiada sesiapapun yang sepatutnya campur tangan, khususnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengelirukan dan membawa pada penghinaan terhadap Islam dan institusi Islam.

Oleh itu katanya, PPMM menggesa semua pihak, terutamanya pemimpn politik agar lebih bertanggungjawab dalam memberikan komen terhadap isu semsasa ini.

“PPMM juga menggesa agar pihak Jais diberikan ruang seadilnya untuk menyelesaikan siasatan dengan lengkap dan sekiranya terdapat kes yang boleh dibawa ke ruang pengadilan, maka proses undang-undang hendaklah mengambil tempat sewajarya,” kata beliau lagi.

PAS memang hampeh!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...