Bersama Berjuang

Thursday, June 30, 2011

PANASSS... " Harga Saifuddin Nasution Hanya 99sen !!!" - PATRIOT

Sewaktu Saifuddin Nasution menggembar-gemburkan bahawasanya PATRIOT hadir di Tropicana untuk membakar ibupejabat PKR, GT hanya tersenyum.  Walhal, ianya adalah satu psywar "nakal" dari Pemuda UMNO yang taat kepada kedaulatan undang-undang.

Rakyat perlu tahu bahawa Saifuddin adalah leftenan paling kanan Anwar yang berjaya meniru cara politik pembohongan seperti bossnya.  Auta dan bikin gempaknya hampir menyerupai Al Jub.  Cume effectnya kepada rakyat, kureng, gara-gara tiada wibawa padanya.

Rujuk kembali kepada beberapa siri autanya, spt dakwaannya kononnya punya bukti pembayaran jutaan ringgit kepada wakil rakyat fuckatan yang lompat parti.  Sehingga hari ini, masih tiada apa-apa bukti, skadar politik gempak untuk meraih publisiti murahan.  

Dan Saifuddin bakal disaman diberikutan tuduhannya bahawa PATRIOT ingin membakar IbuPejabat PKR di Tropicana itu.  Perkara ini diberitahu oleh wakil PATRIOT siang tadi, selepas peristiwa kecoh di hadapan Ibu Pejabat PKR.  

“Itu hanya fitnah dan saya diwakili peguam Kevin akan saman Saifuddin dengan jumlah 500,000.99 sen. 99 sen itu nilai diri Saifudin,” kata Lokman Nor Adam dalam sidang media ringkas selepas membuat laporan polis tersebut.
Malam Isnin lalu, kira-kira 600 ahli  Pemuda Umno yang bermotosikal mengepung ibu pejabat PKR.
Lokman dan beberapa yang lain memberi ucapan yang disifatkan oleh PKR sebagai provokasi kepada mereka.
Lokman mendakwa ibu pejabat PKR itu bukan milik Anwar sebaliknya milik ahli perniagaan bernama Datuk Soh Chee Wen.
Beliau turut menafikan dakwaan Saifuddin bahawa ucapannya adalah bertujuan memberi arahan untuk membakar ibu pejabat PKR.
“Dalam ucapan saya pada malam itu tiada saya cakap nak bakar. Kenapa Saifuddin kata saya bagi arahan nak bakar? Saya cabar beliau keluarkan rakaman video seperti didakwa. Saya bagi dia lima hari buat rakaman seperti video (Datuk) Johari Abdul dan Anwar di Thailand,” katanya yang turut mewakili badan bukan kerajaan NGO lain.


Akibat suka berbohong demi publisiti murahan, akhirnya Mat Muka Bulan terima akibatnya.  5 hari untuk MMB keluarkan video seperti yang didakwanya, atau bersedia disaman di mahkamah!!!  

Ambik kau!!!

Menggulingkan Kerajaan Melalui Politik Jalanan - "ISA" kan Shamsul Ketot!!!


Membaca beberapa laporan di blog yang menyatakan Shamsul Ketot secara terang-terangan mencabar kedaulatan undang-undang negara apabila menghasut rakyat untuk menggunakan politik gampangan;  rusuhan jalanan sekiranya BeerShit 2.0 gagal menumbangkan kerajaan.  

Andai benar, ini bermakna Shamsul menghasut agar gaya subversif digunakan untuk menghuru-harakan negara, sebelum merampas kuasa.  

Ini adalah sesuatu yang serius dan selayaknya KDN mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini.  ISA adalah "preventive measure" yang paling tepat untuk melayan "karenah" Sam Ketot ini.  

Hisham, alangkah dukacitanya andai dibiarkan ISA berhabuk dan lusuh gara-gara tidak digunakan.  Senjata ampuh berada digenggaman, rupanya di hati hanya punya taman....  

Rakyat umumnya tahu bahawa Sam Ketot adalah penakut pahit, yang kebiasaannya terkencing apabila disergah.  Asal bergambar berada dibarisan hadapan, datang pihak berkuasa hilanglah dia!  Lintang pukang! 

Tidak pernah belajar dari pengalaman lalu, kali ini Sam Ketot mencabar undang-undang pula!  

KDN, tangkap sahaja si Sam Ketot ini dan pastikan bekalan pampers berhampiran dengan pusat tahanan cukup untuk menampung "keperluan harian" nya!!!

UPDATES: PEMUDA UMNO VS AMK DI TROPICANA!!! MANA SHAMSUL KETOT???

Polis terpaksa meleraikan pertembungan yang menyebabkan huru di perkarangan ibu pejabat PKR di Tropicana yang membabitkan Pemuda Umno dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) tengah hari tadi.


Enam kereta polis yang turut berlegar-legar di kawasan ibu pejabat PKR itu.

Ketua Balai Polis Damansara, Thomas Long kelihatan berbincang dengan Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Khairul Anwar Ahmad Zainuddin.

Kekecohan bermula apabila sekumpulan ahli Pemuda Umno yang diketuai Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bertembung dengan anggota AMK yang menunggu di hadapan ibu pejabat PKR. AMK pula melaungkan kata-kata provokasi kedatangan Pemuda Umno seperti ‘mamak balik’.

Selepas itu, Pemuda Umno yang turut digelar ‘Patriot’ hadir jam 12.50 tengah hari, untuk membuat laporan polis di balai polis Tropicana.

Mereka diketuai oleh Exco Pemuda Umno, Exco Pemuda Lokman Adam dan turut serta Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia-Datuk Seri Reezal Merican, Ketua Pemuda Wilayah Rizalman Mokhtar,ketua pemuda Selangor Ungku Salleh Ungku Jamal.

Laporan itu berhubung kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismial yang mendakwa Pemuda Umno mengugut membakar ibu pejabat PKR.

“Saifuddin Nasution pada 27 Jun lalu kata saya berada di pejabat PKR dan keluarkan ugutan bahawa akan membakar pejabat terbabit.

“Beliau (Saifuddin) juga berkata kami (Pemuda) bertindak akan mencederakan (Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk S Ambiga sekiranya perhimpunan Bersih tetap diadakan,.

“Itu hanya fitnah dan saya diwakili peguam Kevin akan saman Saifuddin dengan jumlah 500,000.99 sen. 99 sen itu nilai diri Saifudin,” katanya dalam sidang media ringkas selepas membuat laporan polis tersebut.

“Dalam ucapan saya pada malam itu tiada saya cakap nak bakar. Kenapa Saifuddin kata saya bagi arahan nak bakar? Saya cabar beliau keluarkan rakaman video seperti didakwa. Saya bagi dia lima hari buat rakaman seperti video (Datuk) Johari Abdul dan Anwar di Thailand,” katanya yang turut mewakili badan bukan kerajaan NGO lain.


Reezal Merican yang ditemui pula kecewa dengan kata-kata provokasi yang sering dilaungkan anggota AMK iaitu ‘mamak’ dan disifatkannya sebagai satu penghinaan.

“Teriakan mamak satu provokasi. Kami datang ibu pejabat ini kenapa? Kerana niat Bersih yang menjadi petualang untuk gulingkan kerajaan dengan haram.

“Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin pernah berkata jika tidak boleh gulingkan kerajaan secara pilihan raya kita akan guna jalan raya dan akan kuburkan perlembagaan,” kata ketua penerangan Pemuda Umno itu.

Menurut Reezal,‘Patriot’ akan tetap turun 9 Julai ini untuk mempertahankan tanah air.

Selain Reezal dan Lokman, Ketua Pemuda Wilayah, Rizalman Mokhtar dan Ketua Pemuda Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal hadir sama. - fmt

SELANGOR MENANGIS: PANASSS... Wang Rakyat Demokrasi Digunakan Untuk Kegiatan Subversif ???


Kenyataan Media GAPS


GAPS selar MB Selangor biayai Rusuhan Bersih 9 Julai.


Pengakuan Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan bahawa kerajaan Negeri Selangor akan membiayai perhimpunan haram dan rusuhan 9 Julai adalah bukti kukuh bahawa Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim adalah antara dalang yang terlibat dengan perancangan perhimpunan haram dan rusuhan di Kuala Lumpur itu.


Sekali lagi wang rakyat akan diselewengkan oleh kerajaan pakatan haram Dap, Pkr dan Pas pimpinan Khalid Ibrahim. Rakyat masih ingat bagaimana hasil pasir negeri di selewengkan oleh Khalid, rakyat masih ingat bagaimana ratusan ribu ringgit di gunakan oleh Khalid untuk membiayai ahli perwakilan PKR di Hotel Armada dan rakyat masih ingat bagaimana ratusan ribu ringgit dibazirkan untuk membiayai penderhaka institusi Raja Melayu di Selangor.


Kini MB melangkah setapak lagi dengan membiayai kegiatan rusuhan yang bertujuan menumbangkan kerajaaan rakyat yang dipilih secara demokrasi melalui jalan raya. Dimanakah kali ini MB hendak menyembunyikan diri bila sipenerima wang itu mengakui dia akan dibiayai oleh pentadbiran nya ?


Tentunya pembiayaan itu bukan 1 ribu, bukan 10 ribu, bukan 100 ribu. Ada sumber menyebut pembiayaan itu berpuluh juta ringgit. Kalau ini benar, ia merupakan pembaziran dan penyelewengan yang amat nyata pemerintahan seorang Menteri Besar di Selangor.


Lebih buruk lagi sejarah akan mencatatkan yang hendak dibiayai adalah perhimpunan haram dan rusuhan yang akan membawa anarki kepada ibu negara Kuala Lumpur pada 9 Julai nanti.


Sebelum nasi menjadi bubur, GAPS menggesa pihak berkuasa mengheret MB Selangor untuk disiasat dan dibawa ke muka pengadilan kerana beliau membiayai perhimpunan haram dan rusuhan ini. Khalid Ibrahim kena bertanggungjawab diatas dokongan  pentadbirannya menyokong Bersih yang kini nyata mirip pergerakan subversif  dengan terbongkar dan tertangkapnya mereka-mereka yang mempunyai ideologi komunis yang mendalangi perhimpunan dan rusuhan 9 Julai.


Hamidzun Khairuddin

Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)



30 Jun 2011

TERKINI!!! PANASSS... PEMUDA UMNO VS AMK dan PAS SEDANG BERTEMPUR DI 2 LOKASI!!! PATRIOT ALERT!!! PATRIOT ALERT!!!


GT baru terima sms dari pada seorang pejuang yang memberitahu bahawa Pemuda UMNO sedang bertempur dengan AMK di hadapan Ibupejabat PKR di Tropicana!!!  

PATRIOT... ini masa terbaik!!! Seranggggggg.............

Lokasi kedua di Pejabat SPR Selangor di Kompleks PKNS, Shah Alam, suasana tegang menyelubungi ruang pejabat itu apabila pemimpin UMNO DUN Meru sedang bertikam lidah dengan PAS Selat Klang dan Meru berhubung dengan isu daftar pemilih DUN Meru.

GT ada menulis tentang keengganan jentera Kak Limah Selat Klang membayar gantirugi seperti yang diarahkan oleh SPR selepas memfitnah rakyat, juga berhubung isu yang sama, daftar pemilih!!!  

Agak2 anda berada di kawasan berhampiran, singgah2 dan "hulur"kan salam jari genggam berlima kepada pengkhianat negara, kalau perlu!

MESTI BACA: Pengalaman Ngeri 13 Mei Seorang Pejuang Yg Mesti Anda Ketahui !!!


13 Mei 1969 satu tragedi berdarah yang tercatit dalam sejarah hitam negara kita.Pada generasi baru atau generasi lama yang tidak terlibat secara langsung yang hanya mendengar cerita dari sumber bacaan atau penceritaan dari mulut orang mungkin 13Mei tidak membawa apa apa erti atau keinsafan dalam diri.Tapi pada mereka yang mengalami dan terlibat pastinya kesan nya amat mendalam sekali apatahlagi mereka yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi berdarah itu.



Aku berumor 9 tahun masa tragedi itu berlaku.Keluarga aku tinggal disatu perkampungan setinggan di Jalan Kelang Lama yang dipanggil Kg Sentosa B dimana Bandar Seri Sentosa berdiri hari ini.Penempatan bekas lombong ini mengandungi  2 buah perkampungan Melayu iaitu Kg Sentosa A & B serta satu perkampungan kaum Cina bernama Kg.Manggis.Kampung aku betul betul bersempadan dengan Kg Manggis ini dan rumah kami adalah rumah ke-5 dari sempadan kedua kampung ini yang hanya dipisahkan oleh satu anak sungai dan jambatan kayu.

Disempadan inilah tempat kami yang masih kanak kanak masa itu berkumpul untuk bermain kerana terdapatnya kawasan lapang disitu yang agak besar juga(masa kanak kanak semuanya nampak besar) yang aku kira seluas 2 gelanggang bola keranjang.Disitu terdapat sebuah kedai runcit yang dipunyai oleh seorang India Muslim yang aku panggil Pakcik Hamid dan diseberang jambatan sana dikawasan kampung Cina terdapat kedai runcit milik seorang apek Cina.

Jadi tak hairanlah kanak kanak suka berkumpul disini untuk bermain kerana kemudahan membeli gula gula dan 'Aiskrim Malaysia'(mungkin generasi sekarang tak tahu apa dia aiskrim ini) bila ada duit.


Saperti yang pernah aku ceritakan dalam entri aku sebelum ini atas tajuk yang sama,dari kawasan permainan inilah aku selalu melihat kaum Cina kampung sebelah sering membawa masuk lembing tajam dengan menaiki motorsikal lama sebelum tragedi ini terjadi.

Kekerapan Cina Cina ini mengangkut senjata tajam kedalam kampung mereka pernah aku ceritakan kepada ayahku,tapi masa itu cerita aku tidak diambil kisah sangat mungkin kerana memikirkan aku masih budak lagi.

Baca seterusnya DISINI

Beershit 2.0 aka IFC: Tuan Ibrahim Tuan Man Berotak Udang !!!


Disaat rusuhan BeerShit menghampiri waktunya, PDRM dilihat bekerja keras untuk mengekalkan keamanan negara.  Sekalung tahniah kepada PDRM yang menjalankan tugas dengan berkesan setakat ini.  

Ada ciri2 "preventive" yang diambil menunjukkan tahap keseriusan menangani keganasan politik jalanan ilham dari pecacai abadi Yahudi yang menunggangi si kopiah putih dan ostat-ostat PAS.  

PAS terus-terusan membodohkan dirinya sendiri, sambil sedang dilirik oleh sekutunya yang tersengih, bagaimana mudahnya mereka untuk terus mengkeldaikan parti jumud itu.

Terbaru, Tuan Ibrahim Tuan Man menyarankan agar pihak Polis mengadakan "buffer zone" atau zon penampan bagi memisahkan kumpulan-kumpulan pendemo.  Sekiranya berlaku, maka Polis harus dipersalahkan!

Begitulah kisahnya tahap pemikiran anak saudara Nicky Arjis ini.  Tidak cukup dengan "memangsakan" calon PAS di Kerdau tempohari, serta memecahkan undi Ustaz Nasha, hari ini rakyat melihat dia cuba mencari mangsa terbaru.

Pihak Polis sudah begitu tolak ansur dengan mencadangkan agar venue ditukar di stadium untuk mengelakkan sebarang provokasi ketenteraman awam namun ditolak mentah2 oleh IFC.  

Key point yang penting ialah polis tidak mengeluarkan sebarang permit untuk perhimpunan BeerShit ini.  Jadi, mengapa pula Polis harus bertanggungjawab untuk menyediakan "buffer zone"?  Dan mengapa Polis harus dipersalahkan andai BeerShit bertembung dengan Tentera Sabil, Tentera Fi Sabillillah, Selempang Merah, Selendang Merah, Jagat Persilatan Melayu, PERKASA, PATRIOT dan pejuang alif ba ta yang lain?

Apakah Tuan Ibrahim terlalu sembab untuk memahami bahawa demo BeerShit di kawasan terbuka dan tumpuan orang ramai tidak dibenarkan oleh pihak Polis?

Tanggungjawab polis ialah mengelakkan dari sebarang kejadian yang bakal menggugat dan menghuru harakan negara.  Jadi, serbuan dan tangkapan awal adalah wajar sebagai "preventive measure".  

Mgkin Tuan Ibrahim keliru situasi sebenar BeerShit.  Ataupun dia sebenarnya tidak tahu apa-apa, hanya angguk-angguk geleng-geleng, ikut saja.  

Contoh mentaliti pariah dan pandey kuttey dari PAS!!!

Selamat Pagi Semua.... Santapan Anda Pagi Ini Di GERAKAN TIMUR !!!


Hari ini dimulakan dengan ucapan selamat, tanda syukur kita masih lagi menikmati keharmonian dan kedamaian di bumi bertuah ini.  

Agaknya berapa ramai dari kita yang bangun pagi sambil ucap alhamdullillah?

Gelisah melanda di jiwa tiap-tiap rakyat Malaysia yang bencikan kerosakan dan kemusnahan.  Gementar melanda di jiwa, betapa BeerShit 2.0 aka IFC ini bakal mengundang malapetaka yang besar.  

Simpan dan tahan dulu gelisah dan gementar anda.  Kerana pada saat ini, pihak Polis telah sedaya upaya memastikan tiada sebarang bentuk ancaman keganasan di dalam negara.  Tangkapan demi tangkapan, serbuan demi serbuan dibuat untuk menghalang rusuhan BeerShit pada 9 Julai ini.  

GT dapat lihat betapa kerja keras dari pihak Polis ini adalah untuk menghalang rusuhan BeerShit itu nanti.  Strategi bijak yang bersifat "preventive", hampir sama dengan ISA, akta yang mencipta gerun kepada fahaman komunis, fasis, dan seangkatan dengannya.

Jom sama-sama kita beri sokongan kepada pihak Polis agar tiada sebarang pertumpahan darah diantara Melayu Islam dengan Melayu Isle yang dikeldaikan oleh AmPIGa!


Rakyat bersama PDRM... KLIK SINI

Wednesday, June 29, 2011

Skuad Harimau Malaysia MENGAUM Malam Ini!!! Selamat Berjuang Wahai PATRIOT!!!


Gerakan Timur mengucapkan selamat berjuang kepada skuad Harimau Malaysia yang bakal menentang Taiwan untuk siri kelayakkan Piala Dunia malam ini.  

Seluruh pengharapan rakyat dan doa mengiringi...  

Pastikan kejayaan milik kita!!!  

MALAYSIA BOLEH !!!  Tunjukkan semangat PATRIOT - Tidak Gentar!!!

PSM Komunis Pun Ada Rangkaian Antarabangsa, AmPIGa Apatah Pula!!!


Tidak cukup dengan demonstrasi jalanan yang ganas, BeerShit 2.0 juga digemparkan dengan fahaman komunis yang menumpang populariti, disamping agenda tersembunyi mereka.  

Jangan ingat mereka hanya mahu turut serta berdemo.  

Jelas dalam satu pertubuhan, tujuan merekrut seramai mungkin ahli adalah lambang kebesaran.  Ini adalah satu langkah permulaan dalam misi menghidupkan dan menyebarkan semula fahaman komunis, si durjana yang tidak mungkin akan dilupakan oleh rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, kecuali Nicky Arjis dan kuncu2nya.  

Tidak cukup dengan rakyat tempatan, pergerakan mereka disertai juga dengan rakyat tempatan "import", strategi yang sama pernah digunakan oleh Hindraf sewaktu membuat huru-hara suatu masa dahulu.  

Perhatikan dengan teliti, kenyataan dari Arutchelvan membenarkan bahawa 2 import ini hadir menyertai kongres PSM.  Ia bermaksud rangkaian antarabangsa yang berkongsi fahaman yang sama.  Dan perhatikan juga, strategi siapakah yang menggunakan dunia luar untuk menekan kerajaan Malaysia?  


Persetankan apa jua alasan dari PSM, kerana 2 import ini hadir dengan tujuan dan matlamat.  Bukanlah bersifat jalan2 cari makan seperti yang suka dibuat oleh Theresa Kok kononnya mencari pelabur asing.  

Dan harus kita kenali siapa Arutchelvan, kerana sudah menjadi prinsip strategi dari mereka yang belajar dengan zionis, meletakkan "orang-orang" mereka di setiap pertubuhan adalah wajib.  

Perhatikan pergerakan NGO-NGO mereka.  NGO tulen ke?  Atau rancangan terperinci sekian lama yang mula membuahkan hasil?  

Kalau komunis pun punya rangkaian, jangan ingat AmPIGa berani andai tanpa back-up besar, lebih2 lagi pertubuhan atau proksi yahudi yang bertopengkan "antarabangsa"!

Dan perlukah GT ingatkan betapa kafir harbi itu musuh Islam?  Masih lagi percayakan mereka?

GEGAK GEMPITA!!! : Mahaguru & Guru Utama Silat-Silat Melayu Bersidang Demi Rakyat!!! Biar Mati Berkalang Tanah, Jangan Hidup Jadi PENGECUT!!!

KUALA LUMPUR 28 Jun - Lebih 50,000 pengamal silat di negara ini bersedia untuk bertempur dengan pihak yang terlibat dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini.


Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju berkata, seramai 100 guru daripada pelbagai pertubuhan silat akan membuat kata sepakat pada pertemuan Sabtu ini demi mempertahankan keselamatan negara.

Tegasnya, sebagai benteng ketiga selepas tentera dan polis dalam menjaga keamanan negara, adalah menjadi tanggungjawab pertubuhan itu untuk berdepan dengan mereka yang cuba membuat kacau dan mengganggu gugat keharmonian negara.

''Kami tetap dengan pendirian untuk 'berperang' jika mereka mahu meneruskan perhimpunan haram itu.

''Jika benar ia berlaku, saya tidak boleh jamin untuk mengawal emosi anak-anak buah saya pada hari tersebut kerana mereka diajar untuk bertindak jika berdepan dengan pihak lawan.

''Bukan kerja kita hendak bersorak atau menjerit seperti mereka, tetapi kerja kami hanya untuk memastikan negara tidak susah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga bertegas tidak akan menukar pendiriannya untuk menganjurkan perhimpunan haram itu meskipun dihalang pihak berkuasa dan pihak lain.

Omardin berkata, Pertubuhan Silat juga tidak akan berganjak dengan pendirian mereka, bagaimanapun ia tidak bermaksud bahawa pertubuhan itu anti kaum atau agama selain Islam. - UM


GERAKAN TIMUR:
Salam perjuangan buat semua pemegang amanah Alif Ba Ta.  

Para Mahaguru dan Guru Utama dunia persilatan Melayu bakal membuat kata sepakat, demi bumi bertuah ini.  Maruah dan keamanan tidak boleh digolokgadaikan. Anasir luar dan barua-baruanya harus disekat! 

Selama berguru bukan berdiam.  Menyendiri bukan sendiri.  Berguru kepalang ajar, jangan jadi bunga kembang tak jadi.  

Kudrat Iradat.  

Ya Qawwiyu... Ya Matiin...
Ya Qawwiyu... Ya Matiin...
Ya Qawwiyu... Ya Matiin...

ALLAHUAKBAR!!!

Biar Mati Berkalang Tanah, Hidup Jangan Jadi PENGECUT!!!

Konsert 2 Raksasa 2001 Dibatalkan - Penganjur Kerugian, Ingin Saman Penganjur BeerShit RM90ribu ?

Konsert yang akan menggabungkan dua kumpulan rock legenda, Sweet Charity dan Blues Gang, iaitu “2 Raksasa 2011” ditangguhkan pada 1 Oktober depan atas nasihat pihak polis gara-gara demonstrasi yang akan dibuat oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).


Penganjur konsert tersebut, Produser Eksekutif Netzah Production, Shirazdeen Karim berkata, konsert yang sepatutnya berlangsung pada 9 Julai depan di Stadium Merdeka itu tidak dapat dilaksanakan kerana ditakuti berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kerana demonstrasi haram tersebut.
"Kami sudah bersedia secara keseluruhannya untuk konsert itu tetapi atas nasihat pihak polis, kami terpaksa akur. Perkara ini dimaklumkan kepada kami pada Jumaat lepas."
"Polis telah menasihatkan supaya tidak menganjurkan konsert pada tarikh berkenaan demi keselamatan pengunjung yang mungkin akan bertembung dengan kumpulan demonstrasi tersebut," ujarnya pada sidang media Pengumuman Penangguhan Konsert 2 Raksasa 2011, di sini, Selasa.
Selain itu, Shirazdeen berkata disebabkan penangguhan itu pihaknya juga telah kerugian puluhan ribu ringgit bagi menampung kos-kos yang sudah dilaksanakan.

Katanya ia termasuk kos-kos yang melibatkan soal promosi, pembelian iklan dan bunting
"Kami juga tidak boleh menukar lokasi konsert itu ke tempat lain kerana sudah membayar deposit kepada pihak Stadium Merdeka. Atas sebab itulah konsert berkenaan terpaksa diadakan di lokasi yang sama dengan tarikh yang berbeza,” ujarnya.
Bagaimanapun katanya, individu yang sudah membeli tiket boleh mendapatkan semula wang masing-masing daripada pihak penganjur.

Sementara itu, vokalis Sweet Charity, Ramli Sarip berkata, pihaknya berasa sedih dengan penangguhan berkenaan tetapi menganggap ia sudah ketentuan Tuhan.
"Kami sememangnya sudah bersedia untuk konsert tersebut. Kami akui agak sedih dan terkilan kerana kami terlalu teruja untuk bertemu peminat.”
"Namun begitu kami percaya apa yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Lebih penting ialah keselamatan peminat," ujarnya.
Sumber: Mystar Online 


GERAKAN TIMUR:
GT dah beli 2 tiket.  Isteri dah beriya-iya.  Alih2 tangguh pulak.  Bagaimana kalau pada tarikh tersebut kena kerja, atau ada kenduri saudara mara?

Inilah bahananya politik gampangan pembangkang.  Menyusahkan orang ramai!  

Penganjur konsert pula kena tanggung kos puluhan ribu.  Baru orang kita nak berniaga, dah kena sabotaj oleh kafir harbi.  Ironinya, pendukung kuat kafir harbi ini adalah mereka yang berkopiah, taraf al fadhil ustaz.  

Saman je penganjur BeerShit nih... Funder diorang kuat tu.  Gara-gara nak buat kecoh, orang lain terima padahnya.  Mgkin inilah yang dimaksudkan oleh Din Pudu, BeerShit buat ramai peniaga ada untung!  

Apa punya pemikiran lah! Pariah sungguh!!!

EDISI KANTOI: Panasss... Joe Bedul Buat Anwar dan Kak Wan Meroyan Mengamuk Tak Tentu Hala ???


Pengakuan Kak Wan yang masih "menyimpan" jam tangan Omega milik Anwar sebenarnya telah digelakkan oleh rakyat yang sememangnya tahu dan faham perangai keluarga puaka ini.  

Bohong lagi membohongi!

Video yang menayangkan kegembiraan dan betapa "khusyuk"nya Joe Bedul menonton adegan belalai bosnya rupanya telah membuka satu lagi rahsia.  

Joe Bedul telah mengakibatkan terkantoinya pembohongan Kak Wan di depan media massa.  Turut sama berbohong adalah anak puaka, Nurul Ijjah.  Jom saksikan video pembohongan itu... !



Tak cukup dengan itu... tgk pula Anwar naik angin gara2 soalan jam omeganya.. hahahaha... hangin!

BEERSHIT 2.0 aka IFC: Rakyat Bersama PDRM KLIK SINI !!!


GT percaya bahawa rakyat Malaysia yang cintakan keamanan mengharapkan agar pihak berkuasa terutamanya pihak Polis agar terus memastikan kemakmuran dan ketenangan di bumi bertuah ini berpanjangan. 

Tugas getir untuk PDRM bagi menidakkan gerakan politik jalanan yang sebenarnya cuba menimbulkan bibit-bibit tentangan secara kekerasan dan keganasan.  Apatah lagi, PDRM sendiri berjaya mematahkan gerakan subversif komunisme yang bersama dengan BeerShit 2.0 ini.  

GT difahamkan PDRM punya kuasa seperti yang termaktub untuk menahan penganjur rusuhan ini selama 14 hari, tanpa perlu kelulusan KDN.  Kira ala-ala ISA.  

Harap KDN tidak masuk campur dalam urusan PDRM kali ini.  Dan GT serta rakyat tentunya faham dan jelas akan perkara ini.  

Untuk tindakan samada secara preventive atau pun di medan tempur, rakyat perlukan PDRM!  Dan BeerShit 2.0 harus disapu bersih dari Malaysia, kerana rakyat Malaysia telahpun menyatakan pendiriannya dengan memilih kerajaan melalui sistem demokrasi yang luhur dan telus!

Demi keamanan dan kemakmuran negara, jom nyatakan sokongan anda terhadap PDRM DISINI

Lagi Parti Baru Bakal "Memeriahkan" PRU 13! - Parti BERSAMA


Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama) yang telah bertapak di Semenanjung Malaysia berhasrat bertanding di semua negeri pada pilihan raya umum ke-13. 

Presidennya Shuhaiddin Langkap yakin keahlian parti itu dijangka mencecah 1.3 juta orang tahun depan dan akan memberi impak besar terhadap parti-parti yang bertanding pada pilihan raya umum.

Menurut laporan Bernama Online beliau mendakwa keahlian Bersama di Semenanjung telah melebihi 167, 000 manakala 56 000 ahli di Sabah dan Sarawak.  Bersama negeri Kedah dilancarkan semalam.

Shuhaiddin mendakwa parti itu mampu bertanding atas kekuatan sendiri dan tidak akan bekerjasama dengan parti-parti lain. 

Parti itu ditubuhkan di Sabah pada 1994 dengan nama Parti Demokratik Setia Hati Rakyat Bersatu Sabah dan menukar kepada nama baru Bersama pada 23 Mac lepas apabila mengembangkan sayapnya ke Semenanjung.

GERAKAN TIMUR:
Sekadar khuatir undi Melayu terus berpecah...  Apapun, inilah demokrasi, dan orang Melayu harus bangkit dan sedar tentang perlunya bersatu padu demi agama, bangsa dan tanahair!

Dan kuasa politik jangan dipertaruhkan hanya dengan berseloroh " parti yang sekadar memeriahkan".  Undi Melayu yang terpecah bakal mengundang malapetaka!!!

Demokrasi bukan alasan untuk berpecah belah!

Tuesday, June 28, 2011

Apabila Si Penyakit Anjing Gila Mahu Orang Lain Jaga Tingkah Laku.. Hahahahaha...


Kehkehkeh.... 

GT tergelak apabila Tian Chua membuat kenyataan agar UMNO mengawal tindak tanduk Pergerakan Pemudanya melalui PATRIOTIK yang baru sahaja menggemparkan senario politik tanahair apabila "menyerang" Ibupejabat PKR.  

Tian Chua mahukan agar perhimpunan PATRIOTIK tidak menimbulkan huru-hara nanti.  Untuk makluman, PATRIOTIK tidak didalangi oleh politik jalanan seperti yang dilaungkan oleh Ketua AMKnya sebagai cara untuk mengguling kerajaan demokrasi yang dipilih rakyat.  Maka, istilah keganasan tidak wujud dalam PATRIOTIK.  Juga, PATRIOTIK tidak berlanskapkan fahaman Komunisme, yang berorientasikan keganasan, juga salah satu pendukung kuat BeerShit 2.0.  

Kejantanan PATRIOTIK yang tidak diduga oleh Fuckatan ini sememangnya menggusarkan mereka.  Bukan itu sahaja, keberanian ini jelas membuatkan Tian Chua dan Nurul Izzah cukup marah, dan merasa terhina!   Apatah lagi mereka melihat Pemuda UMNO sudah tidak bermaya untuk berfungsi, tiba-tiba pula bangkit!

Seharusnya Tian Chua bermuhasabah diri, andai tidak faham, tanyalah ostat2 PAS apa itu muhasabah.  Dia yang didenda RM2000 sehingga statusnya sebagai MP dipertikaikan perlu maklum, bahawa dialah si penggigit laksana anjing, yang ganas menjadikan polis sebagai mangsanya!  

Rasanya dia sendiri perlu mendapatkan dos penenang secukupnya, agar tidak menggonggong atau menyalak, malah lebih bahaya lagi terus-terus menggigit mangsanya, gara-gara penyakit anjing gilanya!

GT Nak Tabik Spring Kepada PATRIOT !!! Lu Orang Mmg Gempak Bro!!!


Fuhhh... dah lama GT tunggu kejantanannya.

Akhirnya, sudah sedikit kelihatan.  Syukur... dari tiada apa-apa langsung, sekurang-kurangnya ini adalah detik permulaan bagi sebuah kebangkitan (GT harap).  

Pemuda UMNO yang sering digelar lesu dan tidak bermaya, mula menunjukkan taring.  Harap2 ia berpanjangan sehinggalah kita sapu habis BeerShit 2.0 aka IFC ini.  

PATRIOT, nama yang cukup WOW pada pengamatan GT.  Berani Berubah, Berani Bertempur, Berani Gugur adalah antara ciri-ciri yang harus ada pada seorang PATRIOT.  

Tahniah kepada Pemuda UMNO W/P dan Selangor yang menggempur Ibu Pejabat PKR di Tropicana malam tadi!!!  Tersenyum "girang" si Rozan Azen, tersipu-sipu, nasib baik tidak terkencing dalam seluar seperti Abg Sam K!

Dan GT cabar PATRIOT untuk turunkan seramai mungkin ahli pada 9 Julai ini bagi membuktikan peristiwa besar malam tadi bukanlah hangat-hangat tahi ayam semata-mata!!!

GT tertanya-tanya sejak bila Pemuda UMNO buat "giler" camni.... rupanya...


Orang "giler" ni pun ader juga...hahahahaha.... Kau peluk je si skema tu... gugur air kencing nanti...Tahniah pada semua yang BERANI !!!

Errrrr... Armand, ada stock baju lagi tak?  GT rasa "ganas" kalau dapat pakai baju tuu.... hehehehe...

KLIK SINI untuk foto2 gegar PKR!!!

PANASSS... Amaran Keras Kepada PDRM, FRU, PERKASA, PATRIOT !!! BeerShit Akan Melepaskan Binatang Buas dan Ganas Peliharaannya!!!


Artikel ini GT tujukan kepada semua pejuang Alif Ba Ta yang anti BeerShit anjuran IFC laknatullah.  

Walaupun putik-putik komunis telah berjaya dipatahkan oleh PDRM, belum tentu BeerShit 2.0 nanti bakal aman berikutan perancangan yang rapi telah dibuat oleh penganjur BeerShit.  Pelbagai strategi telah diatur bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan rakyat.  

Pastinya Fuckatan sedang meletakkan persepsi ganas dan salah kepada PERKASA dan PATRIOT yang bakal turun mempertahankan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.  Tidak terkecuali ahli Silat Lincah yang dikhabarkan sedang bersiap sedia menunggu watikah pengumuman maju ke medan tempur demi mempertahankan Alif Ba Ta.  

Akan tetapi, ingin GT ingatkan bahawa BeerShit 2.0 telah bersedia melepaskan anjing peliharaannya yang paling ganas, dan pernah menggigit anggota Polis yang bertugas!!!  

Ya... betul.  Ini bukan fitnah.  Ini adalah fakta.  Berhati-hati dengan makhluk ganas dan buas ini apabila hadir di medan tempur nanti.... 


BERHATI-HATI DGN SI PENGGIGIT INI....!!!

MUAHAHAHAHAHAHAHAHA......

PANASSS... Bukti Pesuruhjaya PAS Selangor Terkeliru Dgn Isu Teoh Beng Hock!!!


A picture speaks more than words.. Itulah peribahasa JAWA yang paling mudah untuk menggambarkan betapa gambar di atas menceritakan segala-galanya.  

Rupanya YB Dr. Rani pun tergolong dalam golongan yang diperkudakan oleh DAP untuk kepentingan bangsa harbi semata-mata.  

Mgkin YB Dr. Rani tidak tahu bahawanya mendiang TBH adalah saksi kepada SPRM.  Kematiannya mengakibatkan SPRM terpaksa menghentikan siasatan terhadap ADUN Selangor.  Pastinya, ia sangat merugikan rakyat.  

Gambar diatas menunjukkan YB Dr. Rani agak kabur tentang situasi sebenar.  Mohon warga Meru, tidak kira UMNO, MCA, PPP, IPF, PAS, PKR, DAP, PDI-Perjuangan, tolong beritahu perkara ini kepada YB Meru ini.  

Sudah menjadi lumrah PAS dan PKR untuk "dilembukan" oleh DAP.  Jangan esok DAP make-upkan kambing, pakaikan skirt dan dijadikan calon, PAS dan PKR undi, sudahlah!!!

Mgkin lepas ini YB Dr. Rani boleh melawat kawasan2 Tionghua di Meru sambil gantung gambar TBH di tengkuk.  Jgn lupa panggil GT untuk snap shot yang terbaaaaiiikkk... 

Say, "Cheeeesseeeee..."  



Panasss... Hantu Kak Limah Selat Klang Bergentayangan Gara2 Fitnah Kepada Rakyat!!!


Pembangkang terus membangun dengan fitnah!  

Gara-gara memfitnah rakyat jelata yang tidak bersalah, SPR telah mengarahkan parti pembangkang di DUN Selat Klang yang dimenangi oleh YB Dr. Halimah membayar RM 150 sehingga RM200 kepada kira-kira 150 pengundi dari DUN Selat Kelang.

Dasar penjilat tegar fitnah... sampai rakyat marhaen pun difitnah!  Itu pun rakyat masih lagi nak mengundi parti pembangkang ini...  Kasihan rakyat, hak mereka cuba dinafikan!

Dok sibuk kata SPR tak bersih.. rupanya diorang nih yang BEERSHIT!!!


Lagi berita mengenai penganiyaan ini...


SHAH ALAM: Kekecohan tercetus di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), di sini, apabila sebahagian 150 pengundi dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang menuntut parti pembangkang membayar ganti rugi RM150 hingga RM200 setiap seorang kerana menuduh mereka pengundi hantu, di sini, semalam.


Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas wakil parti pembangkang gagal membayar ganti rugi itu walaupun SPR negeri sudah mengarahkan parti terbabit membuat pembayaran kerana membuat tuduhan tidak berasas.

Namun, wakil parti pembangkang terbabit memberikan alasan kepada pengundi berkenaan wang ganti rugi itu sudah diberikan kepada SPR.


Ekoran tindakan wakil parti pembangkang itu, pengundi terbabit meluahkan rasa tidak berpuas hati sehingga menimbulkan suasana tegang di kalangan pengundi lain yang ada antaranya mengambil cuti bagi menghadiri sesi Pendengaran Awam dan Rayuan yang dilakukan SPR sejak jam 9 pagi semalam.

Bagaimanapun, hasil sesi pendengaran awam itu, semua pengundi mengemukakan bukti mereka pengundi sah termasuk taraf mereka yang bermastautin di kawasan berkenaan.


Pengarah SPR Selangor, Dzulkifli Abdul Rahman (gambar), ketika ditemui berkata, pengundi berkenaan sepatutnya menerima ganti rugi itu memandangkan pembantah (parti pembangkang) membuat bantahan tanpa sebab munasabah.


“Kami bagi ganti rugi (award) berdasarkan peruntukan undang-undang kecil yang tertakluk kepada SPR. Kalau ada dakwaan SPR menerima wang ganti rugi daripada parti pembangkang untuk diserahkan kepada pengundi yang dituduh, itu tidak benar. Kami langsung tidak menerima wang daripada parti pembangkang.

“Soal bayaran ganti rugi itu tidak ada kena mengena dengan SPR. Kami hanya arahkan bayaran itu dibuat. Saya juga minta pihak yang membantah (parti pembangkang) berbincang dengan pengundi terbabit mengenai soal bayaran ganti rugi itu,” katanya.


Kata Dzulkifli, tanggungjawab untuk membayar ganti rugi terletak pada pihak yang membuat bantahan (parti pembangkang) seperti yang tertakluk dalam undang-undang di bawah SPR.

Namun, sekiranya wakil parti itu tidak melaksanakan tanggungjawabnya, pihak yang dibantah (pengundi) boleh membawa perkara itu ke mahkamah.




Sumber:  Harian Metro

PANAS JAHANAM !!! Fitnah Terbaru UMNO: Video Johari Abdul Sahkan Anwar si Pelaku Seks Chinadoll !!!




Fitnah terbaru UMNO dan BN ?  kehkehkehkehkeh...

GT cabar Joe Dol saman pula Datuk T selepas ini...

Mgkin boleh tuntut RM 1 juta "pelincir" yang dia dok gila-gilakan tuh...

Habih la Anwar...

Monday, June 27, 2011

EDISI DEDAH: Satu Persatu Niat Jahat BeerShit 2.0 Berjaya Dirungkai...


Dah berkali-kali para bloggers menyatakan bahawa terdapat motif tersembunyi di sebalik penganjuran Rusuhan BeerShit 2.0 aka IFC.  

Dari semua aspek, terutamanya sumber kewangan mereka cukup mencurigakan.  Satu persatu dirungkai dan terungkai untuk tatapan rakyat.  

Komunis subur disebalik BeerShit 2.0.  Fahaman yang telah lama menyepi timbul kembali dan menyarankan agar rakyat merusuh di jalanan untuk gulingkan kerajaan.  Nada yang sama pernah dilaungkan oleh AmPIGa sebelum ini.  

Tidakkah jelas maksud dan tujuan kafir harbi laknatullah ini?  

Apakah KDN buta?

Apakah PAS bodoh dan bahalul serta tolol?  

Nicky Arjis pernah menyelar nasionalisme, kononnya tidak Islamik.  Walhal semangat nasionalisme Melayu bersendikan Kitabullah, sesuatu yang tidak pernah si terompah faham.  Hari ini, mereka "bergomol dan bersetubuh" dengan komunis, sang durjana yang telah membunuh ramai Melayu... 

Tahniah kepada PDRM yang bertegas, tanpa kompromi terhadap anasir-anasir laknatullah ini.  Tangkap dan terus tangkap... jangan beri peluang mereka untuk menghuru-harakan negara!  

PSSLM Dendang Genderang Perang Terhadap BeerShit 2.0 aka IFC !!!


Batalkan jika tidak mahu 'perang' - Omardin

KUALA LUMPUR 26 Jun - Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) memberi amaran kepada penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya membatalkan hasratnya itu jika tidak mahu 'berperang' dengan pengamal seni silat di negara ini.


Mahagurunya, Tan Sri Omardin Mauju berkata, adalah menjadi tanggungjawab pengamal seni silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan kerajaan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan serta huru-hara.

"PSSLM yang mempunyai ratusan ribu ahli juga akan turun pada 9 Julai itu sekiranya Datuk S. Ambiga masih mahu meneruskan perhimpunan haram tersebut. Kami tidak akan biarkan perkara itu berlaku kerana jelas sekali ia perbuatan yang menghina negara.

"Kami sebagai golongan pengamal silat merupakan pelindung kepada negara dan sultan sejak beratus tahun dahulu tidak akan berdiam diri. Sekiranya kami tidak mengambil apa-apa tindakan, kami akan dianggap dayus.

"Saya sendiri akan mengetuai persatuan silat ini walaupun saya berkerusi roda, saya akan turun dan berada di barisan paling hadapan. Kami tidak sanggup lagi melihat keamanan negara dipermainkan untuk tujuan politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Menurut Omardin, PSSLM telah lama berdiam diri dan bersabar dengan tindak-tanduk segelintir golongan seperti Ambiga yang cuba menganggu gugat keamanan di negara ini.

Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.

"Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.

"Banyak lagi kaedah lain boleh dilakukan daripada berarak di jalan raya dan menyusahkan banyak pihak seperti polis, peniaga dan rakyat. Perkara ini boleh diselesaikan melalui cara meja bulat, jadi gunakanlah saluran yang betul," jelasnya.

GERAKAN TIMUR:
Akhirnya ada juga pemegang amanah perjuangan Melayu bangkit!  

GT bersama dengan Pak Guru!

Sejauh mata memandang, ku libas jadi padang jarak...  

BAKAR LINE: Hisham Amaran Jual Nama ISA dan Tentera Untuk Bikin Gempak !!!


Hisyam rupanya masih lagi berkira-kira untuk mengambil tindakan.  Amaran adalah rutin harian, manakala kenyataan terbarunya tentang ISA dan Tentera akan dikerahkan tidak ubah seperti satu lagi AMARAN.  

GT tidak pernah mempersoalkan PDRM, FRU mahupun Tentera yang mmg komited menjaga keselamatan negara.  Tindakan tegas mereka dalam memastikan kemakmuran dan keamanan terjamin cukup dihargai rakyat.  

Namun mereka tidak boleh bertindak tanpa arahan.  Mereka bertindak mengikut arahan.  Lemah arahan yang diterima, lemahlah implementasinya.  Dan begitulah lemahnya mereka yang bertanggungjawab memberi arahan.  

Musa Hassan pernah melahirkan kekecewaan akibat terlalu banyak campurtangan KDN dalam urusan Polis. Ia sekaligus merencatkan capabiliti pasukan Polis dalam melaksanakan tugas mereka.  

Hisham memberi amaran lagi, walhal ISA is a preventive measure.  Sukarnya dia memahami tujuan ISA dibentuk.  Rupanya dia tidak pernah belajar dari sejarah negara, dia tidak pernah belajar bagaimana negarawan ulung menempuh gelora dan badai dalam pemerintahannya.  

Hisham Hanya Sekadar Amaran!  

Tidak perlu banyak kenyataan "bikin gempak", yang penting bertindak!  

Apakah Hisham berani?  Tidak.. dia TAKUT!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...