Bersama Berjuang

Showing posts with label Interlok. Show all posts
Showing posts with label Interlok. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

INTERLOK - PUAK2 YANG TAK FAHAM BAHASA!!! SUMBAT JE KE ISA!!!



Sial punya lahanat.  Masih tak faham bahasa betul puak2 hindraf ini.  Nak sgt bakar interlok, sumbat dan masukkan je dalam penjara.  ISA.  Bila lagi???  

PERKASA telah membatalkan perhimpunan balas di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru yg sepatutnya dijadualkan pada 12 tgh hari ini.  PERKASA akur dengan nasihat dari pihak Polis, tanda menghormati institusi keselamatan negara ini.  

Jadi, siapa kata PERKASA ekstrim???  

Wednesday, January 19, 2011

INTERLOK AKAN DIBAKAR LAGI??? PERKASA AKAN MENYERANG BALAS???



Mengikut maklumat yang sahih, puak2 Hindraf akan membakar novel Interlok di Batu Caves jam 10 pagi esok.  Perkara yang telah dijelaskan oleh beberapa pakar ilmuwan nampaknya tidak mampu diterima oleh  pihak2 tertentu yang memang TAK FAHAM BAHASA!!!

Andai benar perkara ini, GT difahamkan PERKASA akan membuat bantahan secara aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru esok jam 12 tgh hari, sebagai tanda protes kebiadapan hindraf itu.

STANDBY!!!
STANDBY!!!
STANDBY!!!

ALLAHUAKBAR!!!
DAULAT TUANKU!!!      

Wednesday, January 12, 2011

INTERLOK TIADA ELEMEN RASIS - DS DR CHUA SOI LEK


Presiden MCA, DS Dr. Chua Soi Lek berkata bahawa novel Interlok tidak mempunyai elemen rasis.  

"MCA sudah meneliti novel ini dan kami berpandangan ia sebuah novel yang memupuk perpaduan serta keharmonian antara kaum dan tiada langsung elemen rasis seperti didakwa pihak-pihak tertentu."

"Ia menceritakan kisah pada tahun 1910, istilah yang digunakan adalah cerminan pada zaman itu.  Janganlah dipolitikkan, baca dengan penuh perspektif dan rasional."

Akhirnya dapat juga GT dengar sesuatu yang bernas dari Presiden MCA setelah sekian lama membuatkan hati GT panas membara.  Untuk perkara ini, GT gembira dengan kenyataan beliau namun belum cukup untuk mengubat luka dihati ini.  

Apapun, GT ucapkan terima kasih, DS Dr. Chua Soi Lek!!!

MIC, PPP dan Makkal Sakti bagaimana??? Sudahkan membacanya dengan penuh perspektif dan rasional???

Tuesday, January 11, 2011

INTERLOK!!! PERSATUAN PENULIS PERTAHAN MARUAH DAN REPUTASI SASTERAWAN NEGARA!!!



KUALA LUMPUR 10 Jan. - Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis untuk mempertahankan maruah dan reputasi Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain selepas novel miliknya bertajuk Interlok dibakar 100 penduduk berketurunan India di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Sabtu lalu.

NGO-NGO terbabit adalah Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Persatuan Penulis Nasional (Pena).

Selain itu, Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Persatuan Ikatan Melayu Asli Nusantara (Iman).

Menurut Presiden Pena, Mohamad Saleeh Rahamad, tindakan kumpulan berkenaan menampar, membakar gambar penulis novel Interlok itu dan menggelarnya sasterawan bodoh dianggap keterlaluan dan satu penghinaan tidak bertamadun.

"Penghinaan terhadap sasterawan negara sama seperti penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana gelaran itu diberikan baginda," katanya lagi ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini. Menurut Mohamad Saleeh, pihaknya berharap agar pihak polis dapat mengambil tindakan memandangkan kejadian itu boleh menggugat kestabilan dan keharmonian kaum di negara ini.

Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi kontroversi kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.

Kelmarin, Parti Progresif Penduduk (PPP), Parti Makkal Sakti dan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (Prima) menggesa kerajaan untuk mengharamkan dan menarik semula novel itu daripada dijadikan bahan rujukan sekolah. Ia disusuli dengan tindakan kira-kira 100 penduduk berketurunan India mengadakan demonstrasi sambil membakar novel Interlok di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang.

Sementara itu, Penasihat PIBGN, Datuk Mohamad Ali Hasan menyifatkan tindakan membakar novel tersebut sebagai kurang matang.

"Pendidikan tidak seharusnya dipolitikkan. Malah perbincangan secara intelektual dan bertamadun adalah perlu. Malah penulis itu tidak pernah berada atas pentas politik.

"Namun perkara ini sebaliknya berlaku, terlalu kebudak-budakan, kurang matang dan terburu-buru serta bersifat politik.
"Penulisan novel adalah berdasarkan fakta sejarah, menceritakan ikatan dan pertalian antara tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India yang membawa mesej keharmonian.

"Ketika karya ini diterbitkan 40 tahun dahulu tiada siapa bangkang tetapi peliknya kenapa sekarang baru jadi sensitif," soalnya.

Katanya, kumpulan NGO terbabit akan menghantar memorandum bantahan tindakan 100 penduduk India membakar novel Interlok ke pejabat Menteri Pelajaran, esok.

Ia disusuli pula dengan perhimpunan besar-besaran NGO Melayu di rumah Gapena Sabtu ini, manakala satu forum bagi membincangkan isu itu akan diadakan di Rumah Universiti, Universiti Malaya (UM), pada 26 Januari ini.

Dalam pada itu, pihaknya mencadangkan agar Kementerian Pelajaran dan pihak berkaitan mengadakan perbincangan meja bulat segera bagi menyelesaikan pertikaian berkenaan.

Sementara itu, Presiden GPMS, Jais Abd. Karim menyokong tindakan mempertahankan novel Interlok malah mencadangkan ia dijadikan buku teks sejarah pelajar sekolah menengah.

"Tindakan membakar novel itu merupakan tindakan melulu tanpa meneliti secara keseluruhan karya dihasilkan berdasarkan fakta-fakta sejarah yang tepat," katanya lagi.


Sumber - Utusan Online

THE MAKING OF "PARIAH!!!" - DIRECTOR, AZMIN ALI


Interlok dituduh menghina kaum India.  Isunya sebab perkataan "PARIAH".  

Video dibawah adalah bukti Azmin Ali mem"PARIAH"kan kaum India.  DHPP taknak berdemo ke??? Dr. Mariah wajib turun, bak kata dia dalam isu bakar Interlok, kehadiran bukan beerti menyokong, sekadar menyejukkan hati penyokong sahaja.  Manoharan harus memberi penerangan sekilas pandang kepada Dr. Mariah !!!

Demo... Demo.. Demo...



LINANGAN AIRMATA SASTERAWAN NEGARA!!! GERAKAN TIMUR BERDIRI TEGUH MENYOKONG BELIAU!



Linangan airmata Sasterwan Negara mengiringi temubual wartawan Utusan Malaysia, Mohd Khuzairi Ismail bersama beliau.  Karya yang telah dihasilkan 40 tahun lalu berdasarkan pengalamannya telah disalahertikan oleh pihak2 yang cuba mempolitikkan karya itu.  

Memilukan, Datuk Abdullah Hussein memohon agar berbaring untuk menjawab soalan2 yang dikemukakan.  Malah, beliau terpaksa menjawab dengan menulis dek keuzuran yang membelenggunya pada umur 91 tahun.  

Menurutnya, Interlok adalah cerita mengenai Maniam yg berasal dari India Selatan, gembira dgn kehidupan di negara ini apabila sistem kasta tidak wujud sama sekali.  

Bukan niat beliau untuk memperkecilkan masyarakat India, jauh sekali menghina.  Jelas, mereka yang membakarnya tidak memahami kandungan isi buku tersebut.  Andai bahasa Melayu cukup sukar difahami, sudah sampai masanya kerajaan wajib melaksanakan sekolah 1 malaysia, yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, agar penguasaan bahasa dapat mengelakkan dari salahfaham ini.  Atau, mereka sengaja tidak mahu faham kerana buku ini boleh dipolitikkan???

GERAKAN TIMUR dengan ini menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Sasterawan Negara ini

INTERLOK ADALAH REALITI - BUKAN PENGHINAAN!!!



BESUT 10 Jan. — Kewujudan kasta yang digambarkan oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussein dalam novelnya, Interlok bukan suatu bentuk penghinaan kepada mana-mana kaum malah merupakan realiti pada zaman berkenaan.

Penyandang Kursi Pengajian Bahasa Melayu, Malaysia-China di Foreign Studies University (BFSU) China Beijing Prof Awang Sariyan berkata golongan kasta itu dibawa oleh penjajah Inggeris untuk manipulasi ekonomi mereka.

Beliau berkata Sasterawan Negara itu ialah seorang penulis yang menghasilkan karya berdasarkan fakta dan realiti sosial pada zaman-zaman yang dilalui dan disaksikannya sendiri. - Bernama


GERAKAN TIMUR:
Teringat GT kepada seorang kawan yg menganggotai parti mewakili kaum India.  Dia melabelkan satu lagi parti yang juga mewakili kaum India sebagai "parti pariah".  Ini adalah fakta kehidupan untuk kaum India.  Perkara ini pahit, namun mengapa mahu menafikan fakta dan sejarah.  

Junjungan besar Rasullullah S.A.W. juga melarang keras umatnya dari membeza-beza status atau golongan.  Apatah lagi jika ia melibatkan perkara seperti kasta ini.  Namun adakah wajar bagi kita menidakkan  wujudnya perhambaan pada zaman Nabi???  Tidak kira dari bangsa mana, kabilah mana mahupun kaum mana, hamba itu wujud.  Perhambaan ini sgt memalukan namun ia adalah fakta.  

Dalam kes ini, kaum India marah apabila menyentuh soal kasta.  GT sgt tidak setuju wujudnya sistem kasta ini.  Namun ia adalah fakta sejarah.  Dan masyarakat India harus terima sejarah dan fakta, dan jadikan ia sebagai teladan agar ia tidak lagi wujud di zaman ini.  

Berkelakuan rasional dgn membaca buku ini, tafsir dan fahamkan.  Bukan membabi buta membakarnya, macam kaf lam ya nga mabuk todi!!!

Monday, January 10, 2011

BAKAR INTERLOK!!! "DEWAN HIMPUNAN PYOKONG PAS TERLIBAT" - DR. MARIAH MAHMUD


Dr. Mariah mengakui bahawa ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas terlibat dengan insiden membakar karya novel Interlok!!!  

Dr. Mariah mengakui bahawa dia belum membaca Interlok, namun memahami isi interpretasi yang dibacakan oleh Manoharan dan bersimpati.  

Dr. Mariah menjelaskan bahawa "wajar saya hadir menunjukkan kebersamaan saya ketika mereka memerlukan pemimpin mereka.  Saya tidak semestinya bersetuju dengan mereka tetapi kehadiran saya boleh menyejukkan kemarahan mereka."

Hahaha.. apa yang musibat muslimah Pas ni cakap?  Berbelit-belit.  Kalau tak tahu, jangan masuk campur.  Cari fakta dulu.  Bukan dengar dari si Manoharan tu.   Mariah, anta tu Dr.  Tapi itu pun takleh pikir ke?  

Opsss...  DHPP kan penyokong kuat, mestilah kena sokong kan.  Nanti mereka tak undi pulak.  Lantaklah walaupun karya Sasterawan Negara yang dibakar, yg penting undi.  

Kehadiran bukan beerti tidak setuju???  Cuba la anta buat press statement, bahawa anda tidak bersetuju dengan tindakan penyokong DHPP tu.  Cuba la...

Sama spesis dengan Dr. Lalok  Lo'Lo'.. kehkehkehkehkeh...

INTERLOK - DIMANA SUARA SASTERAWAN NEGARA, PAK SAMAD???



Interlok nampaknya mencetuskan ketidakpuasan hati terutamanya kaum India.  Mereka berdemo dan membakar novel ini sebagai tanda protes di Klang.  

Interlok adalah sebuah buku untuk pelajar sekolah menengah, yang telah diputuskan oleh panel yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran telah menyatakan bahawa buku ini tiada unsur2 menghina kaum lain.  Malah, novel ini mengandungi unsur pendidikan yg cukup signifikant.  GT percaya bahawa panel ini sudah tentunya melihat dari semua sudut.  

Kementerian Pelajaran akan berjumpa dengan penulis buku, Sasterawan Negara Abdullah Hussin bagi mendengar sendiri penjelasan dari beliau dalam masa terdekat.

GT merasakan bahawa mereka yang membakar buku ini mungkin tidak membacanya langsung.  Mgkin ada penghasut dikalangan mereka yang mempunyai agenda2 tersendiri.  Hairan, ketika demo dibuat, ada dua orang fuckatan bersama-sama pendemo.. apa tujuan mereka???  Dr. Mariah dan M. Manoharan mgkin ada kepentingan dalam isu ini.  Setuju???

GT ingin mendengar, apa kata Pak Samad??? Kali ini, hasil nukilan sahabat Sasterawan nya telah dibakar.  GT masih ingat beliau berdemo hebat apabila bahasa atau sesuatu yang melibatkan sastera diancam.  Kali ini, bagaimana???  GT ingin melihat tulusnya perjuangan Pak Samad dalam memartabatkan sastera.. bukan sekadar menjadi alat pembangkang sahaja!!!  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...