Jalur Gemilang berkibar di bumi Somalia, mematrikan perjuangan sahabat-sahabat dalam misi kemanusiaan.
Saksikan gambar-gambar yang meruntunkan jiwa, yang diambil dari blog sahabat pejuang DISINI. Dan Allah memberi kita peluang untuk menilai, mentafsir agar kita faham erti syukur atas rahmat dan nikmat yang dikurniakanNYA kepada sebuah bumi bertuah bernama Malaysia!
Sukarnya kehidupan umat Islam apabila berperang sesama sendiri. Faktanya ialah 4 tahun selepas Malaysia merdeka, Somalia pula telah mencapai kemerdekaan.
Bukanlah jauh perbezaan tahun itu, namun dari sudut pembangunan, dan segala-galanya, Malaysia jauh mendahului.
Namun persengketaan sesama sendiri telah memusnahkan segalanya. Dan persengketaan itu telah berputik, apabila ada golongan yang sanggup menjadi pecacai harbi laknatullah!!!
Ikuti perjuangan sahabat blogger yang "jahat", dalam misinya membantu penduduk Islam di Somalia, dan bukannya bersama Chinadoll di China!
Ayuh...!!! Kita bantu sahabat blogger ini dan misi bantuan kemanusiaan yang diketuai oleh Datuk Azeez Rahim, dengan mendoakan keselamatan mereka, selamat pergi dan selamat balik...!!!
Misi bantuan kemanusiaan kelolaan BAKTI dengan kerjasama Kelab Putera 1 Malaysia ini bukanlah sesuatu yang mudah. Sukar... cukup sukar.
Tahniah kepada Datin Seri Rosmah Mansur, dan Datuk Azeez Rahim selaku "front liner" dalam misi ini.
Untuk makluman, tiada satu pun pesawat komersil yang sanggup terbang ke Somalia kerana risiko yang cukup berbahaya. Apatah lagi syarikat insurans yang berani menandatangani kontrak dengan sahabat-sahabat yang akan ke sana. Jangan harap!!!
Jadi, risiko adalah atas mereka sendiri!!!
Begitulah murninya erti sebuah perjuangan apabila ada golongan yang sanggup berdepan dengan maut, apatah lagi akan mengorbankan Aidilfitri bersama insan tersayang.
GT difahamkan ahli misi terpaksa dikurangkan berikutan isu pesawat yang terpaksa ditukar, dari pesawat komersil Air Asia kepada pesawat TUDM Charlie C-130.
Dugaan pertama yang dihadapi oleh konvoi, yang terpaksa terbang tanpa kekuatan seperti perancangan awal. Namun, ahli misi telah bertekad, kerana masa adalah musuh utama, kerana pada setiap 6 minit, seorang kanak-kanak akan menemui ajal!!! Dan 300 ribu bakal menghadapi ancaman ini!!!
Hayati video yang cukup menyayat hati ini...
Dan misi ini akan disertai oleh para sahabat, juga seorang sahabat blogger, yang GT cukup hormat akan pengorbanannya demi Agama, dan atas dasar kemanusiaan. Biarlah yang empunya badan membuat pengumuman itu nanti.
GT mohon doa dari kalian semua, pembaca, samada dari UMNO, PAS, PKR mahupun yang atas pagar, agar misi ini berjaya hendaknya, atas dasar kasih sesama saudara Islam.
Bismillahi Allahuma...
Ya Allah... Dengan kemulian Ramadhan yang engkau kurniakan kepada umat Muhammad, Aku bermohon kepada Mu ya Allah, rahmatilah, berilah perlindungan kepada sahabat-sahabat pejuang
Ya Allah... berikan kekuatan hati dan jasmani mereka, agar teguh berhadapan dengan dugaan Mu...
Ya Allah.. Iringi mereka dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Mu, agar sahabat-sahabat pejuang selamat pergi dan selamat pulang...
Ya Allah... Hanya Engkau yang kami sembah, dan Engkau tempat kami memohon pertolongan...
Itulah yang boleh GT katakan tentang Azeez Rahim ini. Mengapa?
Ia semua gara-gara misi kemanusiaan Somalia yang akan berlepas pada 28hb ini. Mmg tujuannya murni, ingin membantu mangsa kebuluran yang rata-ratanya beragama Islam. Dan mengikut nisbah, setiap 7 minit, seorang kanak-kanak akan meninggal dunia kerana kekurangan makanan. Dan sehingga kini, ada lebih 200 ribu yang telah mendaftar untuk memdapatkan bantuan makanan disana!
Ini adalah misi kemanusian yang ke 15 darinya, selepas Mesir, Jepun, New Zealand dan banyak lagi.
Yaa.. GT tetap dakwa dan tuduh Datuk Azeez sebagai gila!!! Nak saman, samanlah... kita jumpa di mahkamah!!!
Datuk Azeez gila kerana beliau terlupa beberapa fakta seperti dibawah:
Somalia adalah bandar kedua paling berisiko selepas Baghdad dek kerana perang. Maknanya, desingan peluru bakal menanti beliau di Mogadishu nanti! Itu gila pertama!!!
Seorang rakyat Malaysia yang bertugas dalam bidang telekomunikasi telah ditembak mati sebelum ini! Risiko besar!!!
Kejayaan TLDM mematahkan serangan lanun Somalia cukup menerbitkan rasa tidak puas hati lanun-lanun ini. Dan seramai 7 orang lanun telah diektradisi ke Malaysia. Tidak mustahil andai beliau terdedah kepada bahaya penculikan oleh pihak lanun terbabit sebagai"ransom" untuk membebaskan rakan-rakan mereka!
Apa lagi yang hendak ditafsirkan apabila destinasi yang anda tuju mempunyai ciri-ciri diatas???
Gila... mmg gila. Misi kemanusian yang murni, tetapi terpaksa mengorbankan Aidilfitri bersama tersayang. Lebih daripada itu, pilihan destinasi boleh dilabelkan sebagai "the death valley"!
Kebuluran, penyakit, perang adalah kombinasi terbaik bagi menggambarkan risiko yang bakal dihadapi oleh konvoi berkenaan!
GT hanya mampu doakan yang terbaik untuk konvoi yang diketuai oleh Datuk Azeez ini. Misi ini disertai oleh 40 orang termasuk doktor, sukarela dsb. Semoga tujuan yang baik ini akan dirahmati oleh Allah.
Dan ucapan tahniah kepada seluruh keluarga ahli misi yang rela melepaskan pemergian ahli misi demi agama, bangsa dan negara! Pastinya, airmata ahli keluarga, isteri, anak dan ibu bapa mereka telah kering kerana menangis berikutan berita yang dapat mereka terima. Bukan untuk menambah pilu, sekadar terharu kepada pengorbanan anda!
Itulah pengorbanan yang cukup besar, dan berisiko tinggi dari pemimpin Barisan Nasional!!!
Berjuang untuk membantu saudara sesama Islam, mungkin tidak keterlaluan andai GT kategorikan sebagai fisabilillah!
Kepada Datuk Azeez dan konvoi, semoga berjaya pergi dan kembali dengan selamat. Kibarkan Jalur Gemilang dan panji Islam di sana!!!
Samir Nasri Dan Fabregas Sedang Kacau Dodol..kehkehkehkeh..
Dato' Azeez memberikan ucapan ringkas
Tengku Temenggung Kelantan
Dato' Abdul Rahman Palil
Kompang Seni Warisan... Mmg Gempak dan Happening!
Pn. Norliza, Exco Wanita UMNO Malaysia
Bertempat di Taman Seri Pekan, Klang, program Kacau Dodol telah dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar.
Yang panasnya masa mengacau dodol tu la... berpeluh!
Yang menariknya, pelbagai gaya dan ragam ditunjukkan oleh peserta. Ramai pula yang hadir dengan baju team masing-masing.
Paling menarik perhatian, ada team Arsenal malam tu.. Padanlah kena "kitai" dengan Liverpool, player diorang dok kacau dodol, marah lah si Arsene Wenger.. hehehe..
Proses Pembuatan dodol bukan mudah, memerlukan tenaga yang banyak. Maksudnya, ia memerlukan kerjasama yang erat untuk menjayakannya.
Satu program yang simple, tetapi penuh semangat kekitaan dan ukhwah.
Apatah, lagi, para tetamu dan peserta dikejutkan dengan kehadiran Dato' Azeez Rahim, Pengerusi Kelab Putera 1 Malaysia dan Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Mohammad Fakhry!
GT lihat ramai yang teruja dengan kehadiran 2 VIP ini!
Tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar pimpinan Tn Haji Rosli dan Ustaz Nor Azizi kerana acara mmg happening!