Bersama Berjuang

Wednesday, February 29, 2012

Definisi "Bercuti Sebulan" Oleh MB Selangor Adalah...???


Menurut Badrul Amin, dia disarankan bercuti oleh majikannya.

Bercuti sebulan untuk merehatkan fikiran, atau mententeramkan emosi? Seharusnya ia begitu, seandainya konsep manusia yang sedang menghadapi masalah dalam hidupnya dijadikan dasar.

Dalam konteks pentadbiran korporat, bercuti sebulan bermakna berehat dari memikirkan hal-hal yang membelenggu diri, atau menyelesaikannya secepat mungkin supaya boleh kembali bertugas.  Tak salah sekiranya seorang majikan bersikap "ihsan" dalam menjaga kebajikan pekerjanya.  

Namun pada Badrol Amin dan majikannya, cuti sebulan mungkin bermakna menjelajah seluruh negara untuk berceramah tentang apa yang sedang dihadapinya.  

Itu prosedur operasi standard PKR dalam menjawab isu, berceramah untuk terus memburukkan UMNO sebagai dalang konspirasi.  

Dan prosedur ini diambil, diciplak, diilhamkan dari apa yang telah dilakukan oleh Anwar apabila menghadapi prosiding mahkamah.  

Bercuti apa ke jadah sekiranya mampu membuat roadtour bukankah itu petanda "fit to work".  Khalid Ibrahim, yang dicanangkan oleh Mat Sabu sebagai pakar ekonomi dan korporat, harus faham membezakan samada pekerjanya fit to work atau pun tidak.  

Badrul Amin berkata untuk "berehat", tetapi rupanya "berehat" itu bermakna berceramah.  Kita tunggu, apa yang bakal terjadi apabila dia mula "bercuti" nanti.

GT nak tanya, bercuti sebulan tu tanpa gaji, atau cuti bergaji?  Kalau berbayar, mmglah dasar perabih harta negeri.  Udahlah dibayar, diberi cuti, kemudian berceramah tentang masalah peribadi pulak tuh..

Khalid faham tak ni, ye?

Apakah Video Ini Membenarkan Berlakunya Konspirasi Dalaman PKR Terhadap Badrul Amin???



Hilang garangnya Badrul Amin.  Ungkapan-ungkapan panas seperti bapak syaitan, segala perkataan kurang enak jelas hilang dari mulutnya.  Walhal, semua orang tahu betapa "hebat"nya dia berceramah.  

Itulah yang dinamakan menagih simpati, baik dari masyarakat, mahupun kepimpinan partinya sendiri.  Nadanya merendah diri, sugul dan mungkin bingung.  Sangat kontra berbanding karektornya sebelum ini.

Ada beberapa point penting yang sahabat blogger, Semut Hitam, cuba utarakan dalam video ini.  Antaranya bagaimana sikap Peguamnya yang cuba cover line bila berbicara soal kepartian.  Apakah peguam itu juga ahli PKR?  

Sejak bila PKR gagal membuat laporan polis, sekiranya berlaku sesuatu kepada pemimpin mereka?   Apatah lagi apabila dipukul beramai-ramai?  Bukankah ini budaya mereka, bagi mencipta persepsi bahawa ianya benar-benar berlaku?  Mengapa tidak serahkan kepada pihak polis? 

Menanggung segalanya bersendirian?  Sayang perjuangan PKR?  Fuhhh.. sungguh mulia!  Psywar untuk simpati. Apakah bukan kerana sudah tersepit, disebabkan penolakan dalam parti sendiri?

Minit 4:09 pula membayangkan seolah-olah ada krisis dalaman...

Minit 4:35 pula dia "tersasul", sebelum peguamnya cuba cover line...

Amati video di atas, kerana ianya memberi seribu makna.  Kredit kepada sahabat blogger, Semut Hitam.

Suka bermunajat, Akhirnya Isteri Orang Nak Dipanjat? Apa pula kena mengena dengan pihak Istana?



Maaf andai ada yang tersinggung dengan tajuk diatas.  Sesungguhnya perkataan bermunajat itu sangat mulia, namun ianya juga sering digunapakai oleh segelintir pihak sebagai topeng semata-mata.  

Berikutan dengan isu From Lynas To Lendir? ini, terdapat cubaan mengaitkan Tengku Mahkota Pahang.  Ini bukan fitnah, inilah yang ditulis di laman portal pembelit, Malaysiakini.  

Kenyataan dari Badrol Amin itu sebenarnya berunsurkan menagih simpati.  Namun pada hemat GT, terdapat unsur-unsur mengheret institusi Raja ke dalam isu ini.  Ia mungkin bertitik tolak kepada kes yang berlaku suatu ketika dulu, iaitu kes Kartika Sari yang diberi pengampunan dari menjalani hukuman sebat.  

Dengan menceritakan betapa "rapat"nya hubungan di antara dirinya dan Tengku Mahkota Pahang, dan kononnya Tengku Mahkota ingin campurtangan adalah taktik terbarunya.  Bagi PKR, "menjual" nama kerabat bukanlah asing, di mana di Selangor pada suatu ketika, Faekah Husin juga pernah memberi kenyataan yang berunsurkan "penjualan" nama Tuanku Sultan Selangor dalam isu perlantikan SUK Selangor.  Ia semata-mata untuk menagih simpati rakyat, terutamanya orang Islam dan Melayu.

Untuk makluman, Bernama melaporkan Tengku Mahkota Pahang sedang berada di Korea, untuk tujuan rawatan dan sekadar ingin tahu siapa pemimpin PKR yang telah ditangkap khalwat.  Tiada unsur campurtangan istana dalam isu ini.  

Jangan pula nanti, pihak Istana pula dituduh berkonspirasi kerana tidak membantunya, kerana mengikut kenyataan awal Badrul Amin, yang Tengku Mahkota telah menghantar orang kanannya bertemu dirinya dan gambaran awal kononnya akan ada campurtangan istana. 

Atau, lebih perit lagi, UMNO pula dipersalahkan kerana menghalang Istana dari campurtangan dalam isu khalwat ini. 

Tuesday, February 28, 2012

TERKINI: Badrul Amin Diperangkap Pimpinan PKR? Siapa Dalangnya?


Sungguhpun "menggunakan" isteri pertama bagi meminimakan apa yang sedang dilaluinya, ia langsung tidak menjadi gara-gara pendedahan laporan polis, tentang betapa "ringan tangan" nya, waima di hadapan anak-anaknya sendiri.  

Percubaan untuk mempotretkan imej sang suami mithali, ia tetap gagal.  Facts don't lie.

Perhatikan Badrul Amin ketika ini, dari saat dia hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Pahang untuk memberi keterangan.  Di manakah pemimpin-pemimpin PKR atau Pakatan yang lain?  

Ianya sama sekali bertentangan dengan kelaziman mereka.  Strategi untuk menunjukkan saling menyokong sudah  hilang apabila Badrul Amin berkeseorangan tanpa teman-teman seperjuangan di sisi.  Kes Anwar, Elizabeth Wong, Suhaimi Penderhaka, dan beberapa yang lain, pasti akan ada teman mengiringi.  Sekarang apa sudah jadi?

Maklumat yang GT terima mengatakan segalanya berpunca dari jawatannya sebagai Ketua Penerangan Negeri, lantikan dari Menteri Besar Selangor. Mungkin ramai yang masih ingat, bagaimana Khalid Ibrahim dan DUN telah meluluskan dana yang besar, kira-kira RM15 juta untuk TV Selangor, dan media-media propaganda mereka yang lain.  

Berlaku sesuatu yang diluar dugaan Badrul Amin, apabila wujudnya "pengacau" gara-gara peruntukan yang telah diluluskan itu.  Dan "pengacau" ini sangat sukar dibendung, gara-gara sikapnya yang dilihat gila kuasa, dan suka mencampuri urusan orang lain.  

Apa yang berlaku kepada Badrul Amin mungkin juga berpunca dari RM15 juta ini.  Tidak menghairankan, kerana jumlah yang banyak itu pastinya membangkitkan selera penyamun-penyamun yang sedang memfaraidkan kekayaan negeri.  Mana mungkin ikan di depan mata dibiarkan sahaja oleh si kucing.

Berlakulah krisis dalam, dalam merebut harta "rampasan perang" tersebut.

Pengacau yang wujud pula memang tidak mengenal erti malu, kecuali kemaluan, dek kerana sikapnya yang asyik lagak kononnya berkuasa.  Ia membawa kepada pengunduran salah seorang orang penting di sebalik media propaganda mereka.  Tak boleh tahan... 

Badrul Amin diasak bertubi-tubi, sehingga tersentap hatinya, dan bengang. Tatkala amarah syaitan menguasai, Badrul Amin dikhabarkan membawa sekumpulan pengamal media yang bersamanya keluar dan menyertai "kumpulan media" lain. 

Ini membangkitkan kemarahan si "pengacau".  Story coverage tergendala, dan segalanya menjadi kucar-kacir.    Tiada berita mahupun liputan untuk propaganda.  Perhitungan harus dibuat.  

Apakah benar ini menjadi pencetus konspirasi dalaman bagi menyingkirkan Badrul Amin dari peta politik ?

Perkembangan terkini menyaksikan tiada sebarang usaha mempertahankan Badrul Amin dengan bersungguh di kalangan pemimpin mereka.  Malah, blogger-blogger mereka dilihat senyap, seolah membiarkan Badrul Amin terkapai-kapai keseorangan.  Berseorangan tanpa teman politik ketika memberi keterangan.

Dan kenyataan untuk berundur diri kononnya demi parti, adalah usaha mendapatkan simpati dengan menjual kononnya "kesetiaan".


Ia memberi indikasi penamatan karier politiknya.  Perbuatannya yang boleh dianggap "sabotaj" kepada gerakan proganda mereka, kini tiba masa terbaik untuk menitiknohtahkannya.  Full stop!

Siapa dalangnya?

GEMPAR!!! Laporan Polis Oleh Isteri Badrulamin; "Dia pukul saya depan anak-anak"!!!



Perghhh.. kaki pukul bini rupanya dia nih.  Kaki pukul bini, nak selesaikan masalah bini orang.  Camner tu?  haaa.. jawab sikit.  KLIK SINI untuk baca apa Bukan Kaki Pusing tulis.

WAJIB TONTON: Video Tentang Anwar Yang Wajib Anda Sebarkan!!! WAJIB!!!




Mgkin ramai yang lebih berminat mengikuti perkembangan edisi From Lynas To Lendir? yang sedang hangat diperkatakan ramai.  

Namun jangan lupa, ada ancaman yang lebih besar kepada negara ini.  Tanpa segan silu Anwar teguh dengan kenyataan pro Israelnya.  

Dan setiap tangisan anak Palestin, akan mengingatkan GT kepada anak GT sendiri.  Untung nasib generasi akan datang terletak kepada kita.  

Apa jenis manusia yang sanggup "menghalalkan" negara haram Israel...  Apakah motif kenyataan menyokong penubuhan Israel oleh Anwar?

Bismillahirahmannirrahim...

Ya Allah... Kau bukakanlah hati umat Muhammad di bumi bertuah ini,
Ya Allah... Kau sinarilah kebenaran di hati-hati mereka,
Ya Allah... Kau berikan kekuatan kepada hati-hati mereka,
Ya Allah... Kau lindungilah bumi bertuah ini dengan rahmat Mu,

Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in...

Monday, February 27, 2012

Demokrasi Kepala Hotak Hang...!!!


GT setuju dengan rencana ini DISINI

Blogger Pembangkang "Angkat Tangan" Isu Badrul Amin Gara-Gara 3 Hari Yang "Indah"??? Fuiiyyooo..


Kehkehekeh..  KLIK SINI untuk pendedahan.

Saifuddin Nasution Perlu Cermin Mukanya Dahulu Dalam Isu Badrul Amin!



Perhatikan tajuk oleh Malaysian Insider ini.  Ia diambil dari kenyataan Saifuddin Nasution berikutan isu From Lynas To Lendir? oleh Badrulamin.

Ia sebenarnya memberi gambaran awal, atau pre-amp untuk meneruskan serangan terhadap kredibiliti Jabatan Agama Islam Pahang.  

Signal ini memberi idea kepada seluruh jentera mereka untuk mencari apa juga isu yang berkaitan dengan 2 prinsip yang disebutkan; professional dan telus.  

Bicara soal professional dan telus, mungkin Saifuddin Nasution harus kembali kepada realiti kata-katanya suatu ketika dulu, kononnya dia menyimpan bukti ada wakil rakyat Pakatan yang keluar bebas dibayar.  Sehingga kini, perkara itu senyap.  Di mana ketelusan bermaklumat, dan keprofesionalisma seorang wakil rakyat?  

Yang paling penting, Saifuddin wajib halakan dua prinsip itu kepada kerajaan PKR Selangor, spesifiknya kepada SELCAT, yang gagal secara total, tersurat atau tersirat.  

Cuba anda hubungkaitkan prinsip professional dan telus kepada isu penyelewengan pasir di Selangor.

Jauh panggang dari api!

Berlabelkan seorang Ustaz, di manakah sikap professional dan telus Badrul Amin dalam melaksanakan apa yang termaktub di dalam Islam?  

Bukankah apa yang berlaku kepadanya sangat hampir kepada fitnah apabila bukan muhrin bersama di tempat-tempat seperti itu?  Tidakkah dia terfikir tentang itu?

Ohhhh... sekadar simpati dan membantu....

Sunday, February 26, 2012

PAS Kg Melayu Subang Terasa Bahangnya... Hasan Ali Bakal Gempur!!!


Giliran Kg Melayu Subang digempur oleh Hasan Ali pada hari Selasa nanti. Jangan lupa!!!  Turunnnn...

Foto2 Sekitar Bantahan Pemuda BN Terhadap Anwar Sokong Israel






Tahniah kepada Pemuda BN.  Berdemo depan HQ PKR.  Baru ada "jantan"! Wakil PKR tidak mahu menerima memorandum bantahan dari Pemuda BN.  

Sah-sah penyokong Zionis laknatullah!!!

Terima kasih sahabat yang kirimkan gambar.

Faekah Husin Cabar DS Noh Omar??? Kahkahkahkahkah...!!!



SELCAT BAGAIKAN MATI HIDUP SEMULA, KATA NOH OMAR
TANJONG KARANG, 23 Feb (Bernama) -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) "bagaikan mati hidup semula" apabila ia dilapor akan menyambung semula sesi pendengaran awam berhubung isu pasir pada 5 Mac ini.

Beliau berkata sewaktu Selcat ditubuhkan dan menyiasat salah laku pemimpin Barisan Nasional (BN), pendengaran awam yang dilaksanakan begitu laju sekali perjalanannya. 

Bagaimanapun, apabila pendengaran awam yang melibatkan pentadbiran negeri dan pengurusan pasir, Selcat hanya bersidang dua hingga tiga hari sahaja,katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 421 penerima di sini hari ini. 

"Ia berhenti setahun lebihlah dari 2010 sampai sekarang ni. Itupun (disambung) sebab kita timbulkan isu itu balik, Raja Petra timbulkan, kemudian UMNO Selangor timbulkan balik, pegawai-pegawai (Kumpulan Semesta Sdn Bhd) yang diberhentikan timbulkan balik... iapun (Selcat) hidup balik," katanya.

Noh berkata jika didiamkan, pendengaran awam Selcat mengenai isu penyelewengan pasir akan terus mati dan ia akan nampak seolah-olah ditubuhkan bagi kepentingan politik. 

Isnin lepas, Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Khim dilaporkan berkata pendengaran awam berhubung isu penyelewengan pasir yang membabitkan anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd, akan disambung tiga hari mulai 5 Mac. 

Noh turut mempersoalkan permintaan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Hussin supaya beliau hadir pada pendengaran Selcat. 

"Jadi, (perkara ini) kena jelas. Kalau setakat hadir suruh tengok, tak payahlah," katanya. 

Mengulas tindakan PAS mengarahkan calon pilihan raya parti itu agar membuat Bai'ah (perakuan sumpah setia kepada seseorang yang diberi kuasa), beliau berkata tindakan tersebut diambil mungkin kerana pembangkang dalam keadaan tertekan dan takut kepada bayang-bayang sendiri. 

Semalam, akhbar melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata setiap calonnya yang bertanding, diwajibkan berbai'ah dan siapa yang melanggarnya, akan "celaka dunia dan akhirat". 

"Dia tidak yakin rakyat akan menyokong mereka, malah mereka juga tidak yakin dengan calon-calon mereka kerana saya percaya calon-calon yang ada pendirian tegas akan bercakap soal perjuangan Islam," katanya. 

Sebagai contoh, bekas Exco Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang mendakwa perjuangan PAS telah lari daripada landasan awalnya, iaitu penubuhan sebuah negara Islam. 

Bernama

GERAKAN TIMUR:
GT cukup "teruja" apabila Faekah 3M (minah muka minyak) membuka mulut busuknya.  Dah berkali-kali lagaknya seperti MB, atau seorang ahli politik.  

Siapa Faekah Husin, untuk bersuara bagi pihak SELCAT?  SELCAT punya Jawatankuasanya sendiri, dan nama Faekah tidak tertulis dalam senarai itu.  

Ini adalah bukti Faekah perlukan "perhatian & belaian".  Itu bahasa kias.  Secara mudahnya, Faekah gila kuasa!  Setiap ruang yang ada, Faekah cuba menjadi heroin, yang akhirnya membawa kepada kenyataan-kenyataan lalok laksana menagih heroin.  

Apa yang rakyat mahu dengan adalah dari mulut Menteri Besar sendiri.  Mengapa sehingga kini, masih senyap dan membisu seribu bahasa?  

Adapun kebisuan MB itu dapat diduga, kerana kerajaan negeri tidak konsisten dalam menangani isu penyelewengan pasir.  Pada awalnya, MB mahukan Transparency International menyiasat isu pasir ini.  Kroni sendiri, maka mudah untuk buat cover up barangkali.  

Kedua, tiba-tiba sahaja Exco hebat yang berjaya menahan lori pasir dengan berkain pelikat pada subuh hari mahukan debat dalam isu ini.  

Ketiga, SELCAT pula dicadangkan untuk isu pasir ini, walaupun pernah dibicarakan suatu ketika dulu, namun ditutup setelah 2 hari diperdengarkan tanpa sebarang keputusan.  

Maka, benarkan dakwaan DS Noh Omar bahawa SELCAT hanya berfungsi untuk kepentingan politik semata-mata!

Chemistry antara Faekah dan pasir pula membawa kepada satu cadangan. GT cadangkan agar Faekah menggunakan pasir sebagai  "scrub" untuk hilangkan minyak di mukanya!

JOM: Kenduri Jom Daftar Undi Di Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Setiawangsa!



KUALA LUMPUR 22 Feb. - Restoran Sekinchan Ikan Bakar Sdn. Bhd. (Restoran Sekinchan) akan menganjurkan kempen pendaftaran pemilih ”Kenduri Jom Daftar Undi” di Laman Pengantin di Setiawangsa di sini pada Ahad ini.

Pengasas dan pemilik Restoran Sekinchan, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, kempen itu, yang diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), akan berlangsung dari 11 pagi hingga 6 petang.

"Ini merupakan tanggungjawab sosial korporat Restoran Sekinchan dalam membantu SPR menambah jumlah pengundi ekoran jumlah rakyat Malaysia yang masih tidak mendaftar sebagai pengundi masih tinggi”, katanya pada sidang media mengenai kempen itu di sini, hari ini.

Sambil mempelawa orang ramai mengambil peluang untuk mengundi, Jamal berkata, restoran itu juga akan membuat promosi menerusi Facebook, Twitter selain mengedar risalah di sekitar Lembah Kelang. - BERNAMA

GERAKAN TIMUR:
Bergegar mana pun komentar anda di blog ini, tidak akan ada makna sekiranya anda belum mendaftar sebagai pemilih.  

Berapi mana pun komentar anda di blog ini, tidak akan bermakna sekiranya ahli keluarga anda belum lagi mendaftar sebagai pemilih.  

Sekiranya anda dan ahli keluarga sudah layak untuk mendaftar, maka daftarlah sebagai pemilih.  Kerana anda adalah senjata, undi anda adalah peluru.  

Kita akan berperang tidak lama lagi, perang dunia moden yang menjadikan demokrasi sebagai ideologinya.  Jadi, apa tunggu lagi?

1 undi bermakna kemenangan!  JOM DAFTAR!!!

TERKINI: Kenyataan Rasmi Dari Dr. Badrulamin Baharon Berhubung Isu Khalwatnya.


25 Februari 2012.

Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr Badrulamin Baharon

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron

GERAKAN TIMUR:
GT kena berlaku adil juga kepada Badrol Amin.  Dan diatas adalah kenyataan dari beliau, menafikan apa yang sedang heboh diperkatakan.

Soalan GT mudah, perlukah beliau menemani wanita berkenaan sehingga ke dalam bilik?  Apakah sudah tiada muhrim (wanita PKR) untuk menemankan wanita berkenaan?  Bukankah ia lebih baik, demi mengelakkan fitnah?

Apapun, kita tunggu kenyataan rasmi dari Jabatan Agama Islam Pahang tentang isu ini.

Saturday, February 25, 2012

TERKINI: PANASSS... Identiti Wanita Pasangan Khalwat Badrul Amin Didedahkan???


Adakah wanita seperti gambar di atas ini pasangan khalwat Badrul Amin? Pisau.net punya tikaman  DISINI

TERKINI: From Lynas To LENDIR - PKR Sedang Cuba Kowtim JAIP, Selamatkan Badrul Amin!


Heboh di seluruh Kuantan, terutamanya di Swiss Garden Hotel, apabila berlaku adegan "luar biasa" dengan penangkapan seorang individu dipercayai Ostat Badrul Amin Baharum, bersama pasangannya yang bernama Zatiwani, dipercayai bekerja sebagai Juruteknik di Kolej Komuniti Rompin.  

Apa yang lebih memalukan ialah, Zatiwani adalah isteri orang, bukan anak dara, mahupun janda.  Terdapat maklumat mengatakan bahawa suami kepada Zatiwani, iaitu Fazli Pungot, adalah individu yang membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Pahang.  

Berlaku situasi "kowtin-mengkowtin" di antara pegawai JAIP dengan pimpinan PKR, namun pegawai JAIP enggan berkompromi dan tetap membawa kedua-duanya untuk sesi soalsiasat selanjutnya.  

Nampaknya, trend ditangkap basah atau skandal dengan bini orang menjadi kegilaan pemimpin Fuckatan.  Bukan sahaja berlaku kepada ostat-ostat PAS, malah sudah berjangkit kepada ostat PKR pula.  

Bak kata seorang sahabat, "Apa nak heran kalau dia tutuh bini orang, sedangkan "imam Mahadi"nya pun tutuh bini orang, chinadoll mahupun "suami" orang!".

Isteri sudah dua, tapi masih lagi bikin hal!

Like leader, like follower!  From LYNAS, to LENDIR!  Heh...!

TERKINI!!! PANASSS... Pentaksub "IMAM MAHADI" Ditangkap Khalwat Di Kuantan!!!

GT baru saja menerima maklumat bahawa seorg pemimpin parti politik yg masyhur dgn ketaksubannya terhadap "Imam Mahadi" telah ditangkap khalwat di Kuantan sebentar tadi.

Ia berlaku semasa parti politik berkenaan membuat "retreat".

Isu Lynas bertukar menjadi isu LENDIR!!!

Maklumat selanjutnya akan dikemaskinikan dari masa ke semasa. GT tgh pantau ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 24, 2012

PANASSS... Tun M Kata Buang Masa Layan Anwar!!!


Pada sidang akhbar, sejurus selepas tamatnya program Bicara Minda Bersama Tun M - Transformasi Kepimpinan Belia Meniti Cabaran Wawasan 2020, Tun M ditanya oleh seorang wartawan berkenaan dengan cabaran debat oleh Anwar Ibrahim terhadap DS Najib, berhubung dengan isu pelaburan asing dan keadaan ekonomi dunia.  

Apa Tun M jawab?  

"Wasting of time!". "Ini kerana DS Najib ada pandangan, dan Anwar ada pandangan tersendiri. Yang penting, pelan ekonomi negara sedang berjalan". 

Begitulah mudahnya Tun M menjawab. Bagi GT, cabaran ini hanyalah cara untuk Anwar meraih populariti murahan. Dan janganlah hendaknya DS Najib membuang masa melayan manusia meroyan itu.  

Andai benar hebat, Anwar seharusnya menyelesaikan janji-janji pilihanraya 2008 Pakatan di Selangor. Bukankah Anwar dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor? Harta anak syarikat negeri habis terjual, nilai simpanan tunai semakin merosot, pelaburan asing semakin menurun.  

Cuba pulihkan Selangor dahulu.  Jangan cakap tarak serupa bikin!

"Full House" di Bicara Minda Membuktikan Tun M Tokoh Negarawan Yang Dihormati!!


GT ingin ucapkan syabas kepada Kementerian Belia dan Sukan, yang dipimpin oleh Datuk Ahmad Sabery Chik, yang mengambil inisiatif dalam mendekatkan golongan kepimpinan persatuan belia kepada tokoh negarawan tersohor, Tun M.  

Foto diatas membuktikan betapa sambutan luar dugaan ini adalah petanda Tun M mendapat perhatian serius di peringkat pemimpin pelapis.  Mengikut penganjur, mereka menjangkakan seramai 1000 orang belia akan hadir, namun jangkaan meleset, apabila seramai kira-kira 1500 wakil belia yang memenuhi ruang Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC pagi tadi.  Penganjur terpaksa membuka satu lagi dewan, bersebelahan dengan Dewan Tun Dr. Ismail ini bagi menampung jumlah hadirin.

Dalam ucapan pembukaan, Datuk Ahmad Sabery Chik mengimbas kembali kejayaan Tun M dalam menentukan halatuju negara.  Bukan itu sahaja, Tun M juga dilihat sebagai pemimpin yang berjaya mentadbir negara dengan cara tersendiri, sehinggakan negara-negara lain mengikut cara dan pendekatan yang diambil oleh Tun M.  

Tun M pula, dalam ucapannya secara terbuka menyatakan bahawa golongan pimpinan belia adalah pelapis kepimpinan negara.  Dan mereka seharusnya diberi ruang dan peluang untuk menyumbang idea untuk pembangunan negara.  Sedikit teguran, budaya mencantas pemimpin muda yang berkaliber harus diminimakan, dan pemimpin yang sedia ada perlu sedia berundur apabila tiba masanya, bukan terus-terusan berada di tampuk kuasa.  

Paling menarik, sesi soal jawab, di mana Datuk Ahmad Sabery Chik bertindak sebagai moderator.  Dan respons dari hadirin sangat menggalakkan, sehingga terpaksa menghadkan soalan-soalan berikutan kekangan masa.  Siapa yang tidak teruja, apatah lagi golongan belia, apabila diberi peluang untuk melontarkan soalan tentang kepimpinan dan halatuju belia kepada negarawan tersohor negara.  Tun M sendiri menjawab soalan-soalan itu.  

GT merasakan aura kehebatan seorang pemimpin, yang pastinya menjadi ikon kepada setiap warga belia yang hadir pagi tadi.  

Dan kehadiran yang ramai itu sebenarnya memberi petanda atau isyarat yang sihat kepada KBS, kerana satu acara terbesar untuk belia, iaitu Himpunan Sejuta Belia 2012 di Putrajaya pada bulan May nanti.  

Syabas KBS, program bersama Tun M ini, GT klasifikasikan sebagai berjaya!  Semoga kejayaan ini dapat menjadi benchmark, untuk bersiap sedia, May menanti.

Foto2 Program Bicara Minda Bersama Negarawan Tersohor, Tun M, Pagi Tadi!!!









Laporan dan ulasan GT selepas ini... Tungguuuuu....

PANASSS... Nik Aziz Pemimpin Tidak Bermaruah???


Perkara yang simple, namun dirumitkan oleh Nik Aziz, demi survival politik PAS. Dirumitkan dalam ertikata berpolitik untuk menghalalkan cara.  Politik suku, agama suku.

Anwar terus mendabik dada selaku pendukung cita-cita penubuhan negara Israel.  Nik Aziz masih tidak faham.  Buta hatinya.  

Di manakah maruah Nik Aziz selaku "pejuang Islam"?  KLIK SINI untuk selanjutnya.

TAZKIRAH PAGI: Hadi Awang Perlu Faham Maksud "Wasatiyyah"!!!


Wasatiyyah dari segi bahasa, merujuk kepada konsep pertengahan dan seimbang. Konsep ini diambil sebagai pendekatan terbaik dalam pelbagai perkara, termasuk modal insan, masyarakat madhani dan mentadbir negara. Pendekatan Wasatiyyah ini semakin popular, apabila Perdana Menteri sendiri mengiktiraf konsep Wasatiyyah, dalam membangunkan aspirasi 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.  

Bersederhana dalam segala pendekatan, dan mengelakkan sifat melampau, fanatik dan taksub yang akhirnya akan membawa kepada sifat khawarij.    

Konsep ini bukan baru, malah ianya telah pun diaplikasikan oleh mantan-mantan Perdana Menteri yang lalu. "Moderate", itulah yang selalu bermain di mulut Tun M, sehingga disalahertikan oleh pihak pembangkang, dengan melabel Tun M sebagai liberalis, dan tidak berpegang kuat kepada ajaran Islam.  

Wasatiyyah, dengan pendekatan kesederhanaan dan seimbang, sebagai contoh, boleh dikaitkan dengan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Contohnya, Islam dijulang sebagai agama persekutuan, namun agama-agama lain masih dikekalkan hak untuk diamalkan oleh penganutnya. Jelas, tiada budaya melampau yang menafikan hak agama lain.  

Dalam erti kata lain, GT berpendapat boleh juga wasatiyyah ini didefinasikan sebagai pendekatan berhemah. Dalam apa juga keadaan, berhemah amat penting dalam menyampaikan maksud, atau melaksanakan sesuatu perkara. Ia selaras dengan sabda Rasullullah SAW "Allah SWT menyukai sifat lemah lembut dalam segala urusan".  

Wasatiyyah membawa pengamalnya ke dimensi baru pemikiran, apabila hujah atau pendapat yang berbeza diambil kira sebelum kesimpulan dibuat. Pendapat yang terbaik akan diambil, dengan hitungan dalil aqli dan dalil naqli. Ia mengelakkan dari sifat jumud yang menghalang keupayaan otak untuk berfikir.  

Wasatiyyah juga berperanan mengelakkan sikap fanatik dan taksub, yang kebanyakkannya boleh dilihat pada ahli PAS. Sifat keterlaluan dan melampau PAS sejak bermulanya Amanat Hadi Awang sehinggalah sekarang telah melahirkan ahli-ahli yang kaku hatinya, beku otaknya, kerana merasakan hanya mereka sahaja yang benar. Menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya demi kepentingan politik dapat dilihat jelas wujud di dalam  PAS. Haram dan bidaah menjadi ucapan mereka, tanpa memperhalusi secara mendalam sebelum sesuatu hukum itu dijatuhkan.  

Kenyataan Undi PAS masuk syurga, kenyataan Nik Aziz itu nabi, adalah contoh terbaik. Ianya berpunca dari doktrin pentarbiyahan melampau, yang melahirkan ketaksuban dan fanatikal.  

Hadi Awang perlu bermuhasabah, kerana pendekatan ekstrimnya, apatah lagi dengan kenyataannya yang terbaru, iaitu barangsiapa melanggar baiah PAS, maka celakalah dunia dan akhirat.  

Suatu pengakuan yang membuktikan betapa keras dan kakunya hati beliau, apabila menolak hujah-hujah lain dan merasakan dirinya sahaja yang betul.  

Tanpa disedari, nafsu sedang menungganginya, untuk mengekalkan kuasa, lantaran tiada lagi kehormatan buat seorang Presiden di kalangan mereka sendiri.  Maka Hadi Awang telah gagal membezakan antara Islam dan PAS. Menjadikan Islam sebagai topeng, PAS sedang berusaha untuk terus relevan di persada politik negara.  

Kepada Hadi Awang, fahamilah konsep wasatiyyah, iaitu berhemah, bersederhana dan seimbang.

Thursday, February 23, 2012

TERKINI: Hadi Awang Semakin "Tenat", Kini Perlu Ditempatkan Di ICU???



Setelah membuat "market research" tentang samada dirinya masih lagi "marketable" atau tidak, Hadi Awang kembali lagi dengan siri kegilaannya.  Seperti gila "isim" barangkali.  Ia mengingatkan kita tentang amanat Hadi Awang yang telah memberi sumbangan besar dalam perpecahan umat Islam di Malaysia.  

Akhirnya, tanpa berlindung, Hadi Awang mengarahkan agar kesemua calon PAS harus berbai'ah dan barangsiapa yang melanggar bai'ah tersebut, maka akan celaka dunia dan akhirat.  

Andai diperhatikan secara halus, tindakan terbaru oleh Hadi Awang tidak ubah seperti mana tindakan Anwar apabila mengetahui Saiful Bukhari membuat laporan polis.  Gubra. Akhirnya mengambil tindakan terdesak,  selari dengan dirinya selaku Presiden PAS paling lemah dalam sejarah parti itu.  Umum mengetahui bahawa Hadi Awang sudah tidak boleh mengawal apa yang berlaku di dalam PAS.  Hilang taringnya, kejantanannya dijentik-jentik oleh Anwar dan proksi-proksinya.  Kenyataan melampau ini dilihat cara terakhir bagi mengukuhkan pengaruh dirinya, yang semakin sirna dek kekhilafan sendiri.

Anehnya, Hadi Awang masih bersifat "munafik" dengan cubaan kononnya mempertahankan Islam.  GT percaya, anda masih ingat sorotan atau kronologi bagaimana kesucian Islam diragut dan "diliwat" oleh ramai pimpinan PAS, sehingga membawa kepada penyingkiran Hasan Ali.  

Kalimah Allah, penjualan arak secara berleluasa, pemurtadan, pengharaman HIMPUN, dan sebagainya, sehingga membawa kepada isu terbaru, iaitu sokongan terhadap Israel, berdasarkan hitungan "Anwar sokong Israel dan PAS sokong Anwar" membuktikan bahawa PAS sekadar menggunakan agama Islam sebagai muslihat politiknya.  

Hudud, bagaimana?  Sekadar dijadikan modal politik basi, yang disuapkan kepada pengundi pada tiap kali pilihanraya.

Apakah rakyat buta kepada liPASrasit seperti Khalid Gereja, Dr. Runny, Zul Ahmad ?  Itu belum dikira "syaiton-syaiton kecil yang membisu" dek kerana "playsafe" karier politik mereka!

Bagaimana bai'ah yang dibuat itu kononnya mempertahankan Islam, sedangkan penyelewengan yang jelas, nyata dan terang dari kepimpinan PAS sendiri?  Hadi Awang telah gagal secara total.

Mungkin Hadi Awang perlu bermuhasabah, membezakan di antara Islam dan PAS.  Islam adalah agama tauhid, sedangkan PAS adalah parti politik, yang mana doktrinnya "mentauhidkan" pengikut mereka kepada pemimpin semata-mata.  

Pendekatan melampau ini dikategorikan sebagai fanatik dan taksub, yang membawa kepada kejumudan dan pembekuan otak untuk berfikir.  Akhirnya, ahli mereka tertutup kepada pendapat orang lain yang berbeza, serta gagal membuat perbandingan pendapat dalam mencari kebenaran atau solusi terbaik, berdasarkan dalil aqli dan dalil naqli.  

Tidak hairanlah, ramai yang beranggapan, dalam istilah sufi, bahawa manusia jenis ini amat kaku hatinya, dan keras perwatakannya gara-gara enggan menerima pendapat orang lain.  Kekerasan dan sifat melampau terhasil daripadanya, kerana percaya bahawa mereka sahaja yang benar sebenar-benarnya.  Kewarasan tidak berguna lagi.  

Mungkin Hadi Awang perlu pendekatan "wassatiyah" untuk membuka semula mindanya, dan pengikut-pengikut PAS yang telah jauh terpesong, bertitik tolak dari amanatnya suatu ketika dulu.  

Hadi Awang semakin "tenat", karier politiknya kini berada di ICU, menanti waktu "gol".  Maka, kenyataan berbai'ah itu hanyalah medium terakhir, kerana tiada apa lagi yang ada padanya untuk membuat ahli dan kepimpinan PAS "samikna wa atokna" kepadanya!

Baca juga hukum tentang bai'ah kepada bukan pemerintah, DISINI.

MESTI BACA: Hukum Bai'ah Kepada Bukan Pemerintah



Soalan: Sebahagian kumpulan moden mengikat bai’at kepada pemimpin-pemimpin mereka yang mereka pilih untuk diri mereka dan mereka berkeyakinan wajibnya dengar dan taat kepada mereka (pemimpin-pemimpin jamaat) sedangkan mereka ini berada di bawah kekuasaan pemimpin-pemimpin yang sah yang dibai’at oleh umum kaum muslimin.

Adakah perbuatan ini harus? Yakni adakah boleh di atas tengkuk seseorang itu mempunyai lebih daripada satu bai’at dan sejauh manakah kesahihan bai’at ini?

Jawapan Samahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz –rahimahullah- :

Bai’at ini adalah BATIL dan TIDAK BOLEH melakukannya; kerana ia akan membawa kepada perpecahan kesatuan, fitnah (kekecohan) yang banyak, dan pemberontakan ke atas pemerintah secara tidak syar’ie. Telah sahih bahawa Nabi s.a.w bersabda:

أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد ، فإنه من يعش منكم
فسيرى اختلافا كثيرا ، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين من بعدي ،
تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ ، وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة
بدعة ، وكل بدعة ضلالة

Maksudnya: “Aku berpesan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah serta dengar dan taat walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba, kerana sesungguhnya barangsiapa yang hidup antara kamu dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kamu berpegang dengan sunnah ku dan sunnah para Khalifah al-Rasyidin selepasku, berpegang teguhlah dengannya dan gigit dengan geraham kamu serta hati-hati olehmu akan perkara baharu kerana setipa perkara yang diadakan (-dalam agama-pent-) itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat”. [al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad].

Serta sahih juga baginda bersabda:

على المرء السمع والطاعة فيما أحب وكره ، ما لم يؤمر بمعصية الله ، فإن
أمر بمعصية الله فلا سمع ولا طاعة

Maksudnya: “wajib atas seorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang dia suka dan benci selama mana dia tidak diperintah melakukan maksiat kepada Allah, jika dia diperintah melakukan maksiat kepada Allah maka tidak wajib dengar dan taat”. [Muslim].

Dan baginda s.a.w bersabda:

إنما الطاعة في المعروف

Maksudnya: “Sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam perkara makruf”.
[al-Bukhari dan Muslim].

Dan baginda s.a.w bersabda:

من رأى من أمره شيئا من معصية الله فليكره ما يأتي من معصية الله ولا
ينزعن يدا من طاعة

Maksudnya: “Barangsiapa yang melihat pemerintahnya melakukan sesuatu maksiat kepada Allah maka hendaklah dia membenci apa yang dia lakukan daripada maksiat kepada Allah itu namun jangan pula dia mencabut tangan daripada ketaatan (bai’at)”. [Muslim].

Hadis-hadis dalam perkara ini sangat banyak semuanya menunjukkan wajib taat kepada para pemerintah dalam perkara makruf serta tidak boleh memberontak kepada mereka melainkan mereka melakukan kekufuran yang jelas yang ada pada pemberontak bukti daripada Allah.

Tidak diragukan lagi bahawa wujudnya bai’at kepada sebahagian manusia akan membawa kepada perpecahan dan pemberontakan kepada pemerintah maka WAJIB MENINGGALKANNYA, dan HARAM MELAKUKANNYA, kemudian wajib atas mereka yang melihat pemerintahnya melakukan kufur yang jelas untuk MENASIHATINYA sehingga dia (pemerintah) meninggalkan perbuatan itu, dan tidak boleh memberontak kepadanya jika pemberontakkan itu membawa keburukan yang lebih banyak kerana mungkar tidak dihilangkan dengan perkara yang lebih mungkar, seperti yang dinyatakan oleh para Ulama seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiah dan al’Allamah Ibn al-Qayyim –rahmatullahi ‘alaihima-. Wallahu waliyyut Taufiq.


[Sumber: Majmuk Fatawa Ibn Baz, jil 28, m.s 250-253].

Jika memberontak kepada pemerintah yang jelas kafir pun tidak harus jika membawa kemudaratan yang lebih, maka bagaimana pula memberontak kepada mereka yang bukan kafir?  Allahul Musta'an.

Gambar diatas adalah hiasan semata-mata.

Wednesday, February 22, 2012

LIVE: Bersama Ahmad Maslan Dan Warga Pendidik

Program Rapat 1 Malaysia ini bertujuan utk memberi penerangan kpd warga pendidik tentang bagaimana transformasi yg dibawa oleh kerajaan boleh diperkukuhkan dgn sumbangan oleh warga pendidik.

Juga, penekanan konsep 1 Malaysia dengan 8 nilai yg perlu dipegang oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dan ini bukanlah kali pertama utk Tok Mad bersama warga pendidik.

Tahniah Tok Mad, kerana cukup rajin turun padang memberi penerangan 1 Malaysia.

Semoga warga pendidik yg ada di CIAST ini dapat menyumbang ke arah masyarakat berilmu.  Modal insan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 21, 2012

MESTI BACA: Program Jom Shopping RM100 Untungkan Syarikat Kroni???


Mercu tanda "infrastruktur" terhebat kerajaan PR di Selangor, banner dan billboard memaparkan betapa pekanya mereka kepada rakyat, dengan menjadikan program ini sebagai "benchmark". 

Tetapi, siapa yang untung sebenarnya, dek kerana program ini?  

Nak tau, KLIK SINI

Hasan Ali Ajar Zul Parasit Apa Itu Tauhid, MALAM INI !!!


Jom... kita nisankan si penggadai kalimah Allah.

Allahuakbar!!!

Video: Anwar Sokong Yahudi, Apakah Kata Cendiakawan Islam



Jelas, wajib kita membenci yahudi zionis laknatullah.  Siapa pula yang menyokong mereka?  

PANASSS... Khalid Ibrahim Akui Menipu Tuanku Sultan Selangor???


Kenyataan Media GAPS

Skandal Pasir memasuki era baru di Selangor apabila sah KSSB syarikat yang ditubuhkan oleh MB Selangor gagal untuk menepati janji sumbangan RM150 juta kepada rakyat Selangor seperti yang dijanjikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Ucapan Belanjawan Selangor 2009.

Maknanya dari tahun 2009 hingga sekarang dianggarkan lebih RM300 juta pendapatan rakyat Selangor dari hasil pasir telah diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu yang menjalankan peniagaan pasir di Selangor khususnya KSSB.

KSSB yang diberikan hak mutlak dan monopoli peniagaan pasir di Selangor sejak pakatan DAP, PKR dan PAS memerintah juga dilihat sangat lemah sehingga gagal untuk melaksana, mengawal, menyelia dan memberikan pulangan kewangan seperti yang dijanjikan oleh MB Selangor.

Lebih buruk lagi apabila kematian seorang pemberi maklumat skandal pasir yang juga seorang ahli perniagaan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan skandal pasir di Selangor itu.

Sehingga ini pejabat MB Selangor memandang sinis kepada Raja Petra Kamaruddin, blogger tersohor yang terus mendedahkan maklumat-maklumat di media maya tanpa segan dan silu yang menjadikan rakyat semakin jelas dengan maklumat terkini lagi sensasi polemik pasir Selangor ini.

Pemecatan 9 orang kakitangan KSSB yang cuba mencari kebenaran dalam skandal Pasir merupakan episod kezaliman kerajaan negeri Selangor kepada kakitangan anak syarikat nya. Dimanakah nasib dan masadepan mereka yang cuba menegakkan kebenaran dan keadilan dalam pentadbiran di Selangor sekarang ? - jawapan nya - You are FIRED !

Dimanakah kesudahan skandal yang melibatkan wang ratusan jutaan ringgit ini ? Mahkamah Rakyat atau Debat Rakyat, pilihan kerajaan negeri ? Debat Rakyat tentunya tidak menyelesaikan skandal ini malah ia sekadar mempolemik terus isu penyalahgunaan ini.

SELCAT pula terlalu politiking sifat nya selain mempunyai bidang kuasa yang amat terbatas. Skandal Pasir ini terlalu besar dan replika kuching dan tikus tidak mampu untuk menyelesaikan persoalan penyelewengan yang besar ini.

GAPS melihat penubuhan Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor memang satu kewajipan kerana skandal ini melibatkan penyelewenang ratusan jutaan ringgit wang rakyat Selangor dan menyebabkan kematian seorang rakyat Malaysia.

Cakap kosong MB dan putar alam Exco nya dalam skandal pasir ini langsung tidak menyakinkan rakyat Selangor. Rakyat Selangor menuntut agar Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor ditubuhkan segera agar penyangak pasir ini dapat dihadapkan kemuka pengadilan.

Rakyat Selangor menuntut ketelusan yang hakiki, bukan ketelusan yang diwarnai oleh kepentingan politik individu atau parti tertentu.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

GERAKAN TIMUR:
GT rasa anda semua masih ingat, bagaimana Khalid berjanji tentang kutipan pasir Selangor di hadapan Tuanku Sultan Selangor.

Sedang dengan Tuanku Sultan Selangor pun Khalid sanggup berbohong, apatah lagi dengan kita semua, rakyat Selangor.  

Friday, February 17, 2012

PANASSS.. Nando's Pula Teruskan Usaha Membunuh Perniagaan Orang Melayu???


Sensitivi itu sekali lagi digunakan sebagai modal perniagaan.  Di mana etika sebuah iklan?  

Dasar harbi.... sahabat blogger menulis, DISINI

Thursday, February 16, 2012

Video DS Noh Omar Jelaskan Bagaimana PASIR JERLUS Berlaku Di Selangor




GEMPAR!!! Blogger Pro Kerajaan Sedang Diserang... ALERT!!! ALERT!!!


Jeffrydamien sedang mengalami kemusnahan yang teruk pada blognya, DIMENSI.  Baru sebentar tadi beliau menelefon GT dan memberitahu agar membuang linknya untuk sementara.  Beliau sedang berusaha keras untuk memastikan serangan lahanat ini dapat diatasi.  

Mmg GT fobia, sebab blog GT yang terdahulu menjadi mangsa serangan siber.  Dan yang paling mencemaskan, sahabat GT baru sahaja menelefon GT, mengatakan blog GT mempunyai masalah, malware!  

GT sudah check, malware tersebut tidak dapat dikesan.  Mohon rakan2 yang ada memberi feedback sekiranya anda mengalami kesukaran akses kepada blog Gerakan Timur.  

Blogger Hhalem juga mengatakan bahawa blog Dimensi, aku-tak-peduli.blogspot, nasionalis1946.blogspot juga sedang diancam kemusnahan.  

Mohon siapa yang terer pasal benda alah nih, tolong GT?  

Sial punya Fuckatan!!!  Nak lawan hujah, kita hujah je lah...  

EDISI GILA BABI: Babi Pun Malu Tgk Anwar Gila Babi !!!






Gila babi... Babi pun tak gila macam Anwar!!!  Baca seterusnya DISINI

Mangsa Tragedi Pasir Jerlus Pertama Di Selangor Dikenalpasti!!!


Akuan Bersumpah

Dokumen diatas merupakan satu dokumen yang akuan Bersumpah yang SAH mengenai kenyataan seorang lelaki cina yang terlibat dalam penyelewengan pendapatan rakyat Selangor melalui hasil penjualan Pasir.

Gomo nak memetik ulasan dari Kita Gempur.Com

Skandal pasir di Selangor sebenarnya tidak akan tamat selagi kerajaan PKR memerintah. Kenapa aku katakan begitu? Kerana pasir Selangor adalah antara sumber dana terbesar untuk kerajaan negeri kerana kegagalan mereka untuk menjana ekonomi daripada sumber lain. Tidak perlu mendabik dada diatas jumlah simpanan tetap kerajaan negeri kerana semua duit itu adalah hasil penjualan aset-aset yang ada. Sebelum aku pergi jauh, tolong fikir, kenapa dengan duit kerajaan negeri yang berbillion itu tidak dibelanjakan untuk rakyat Selangor? Sumber mengesahkan bahawa duit tersebut akan digunakan untuk dana pilihanraya nanti.

Kematian Patrick Wong yang disyaki dibunuh selepas dikatakan akan membongkar skandal pasir KSSB sebenarnya bukan satu perkara yang pelik. Pendedahan RPK itu ada betulnya. Setiap individu yang cuba mengganggu KSSB akan di ugut supaya tidak lantang bersuara kerana kerajaan PKR tidak mahu ada pengacau dalam memastikan kantung kewangan mereka mencapai target sebelum PRU bermula.


Diatas ini pula Laporan Polis yang telah dibuat oleh bekas pegawai pemasaran yang telah dipecat oleh Syarikat Keroni Kerajaan Selangor yang mana mengesahkan KBSB dibawah pentadbiran Khalid telah mengaut keuntungan yang besar melalui Wong Swee Leong pegawai kanan KBSB. Wong Swee Leong merupakan ketua jabatan Pemasaran KBSB yang berada dibawah tanggungjawap Ronnie Liu.

Menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wong Swee Leong telah memberi harga khas untuk pasir kepada sebuah syarikat bernama Sungai Rambai Angkut Sdn Bhd yang dimiliki oleh Dato’ Tan Chin Huat dengan harga RM13.50 satu tan pasir sedangkan harga pasaran adalah RM17.50.

MP Kapar juga pernah menamakan Wong Swee Leong ini sebagai antara pegawai kanan KSSB yang terlibat di dalam perlombongan pasir secara haram di Selangor. MP Kapar juga mereka bertanggungjawab terhadap kerugian RM10 juta kerana salah urus dan mendakwa mereka mengeluarkan permit kepada pengusaha lombong pasir haram

Psssttt... Rakyat Selangor harus mendesak agar Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja Ditubuhkan dalam menyiasat penyelewengan ini.

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sumber:  Papa Gomo

GERAKAN TIMUR:
Pertuduhan Raja Petra memang berat.  Sebelum ini, kematian TBH juga dikaitkan dengan strategi menutup isu penyelewengan DAP.

Apakah Patrick Wong juga mengalami nasib yang sama dengan TBH?

Wednesday, February 15, 2012

PANASSS... Inilah Pemimpin PAS Yg Dihalau Oleh Anak Kariah Gara-Gara Berpolitik Di Dalam Surau!


Ustaz Azrul Hakim Suradi, telah dijemput oleh AJK sebuah surau di Meru untuk menyampaikan ceramah sempena Maulidur Rasul.  

GT difahamkan segalanya berjalan dengan baik selama 45 minit, sebelum dia mula melalut lalu menyentuh hal-hal politik.  Tipikal PASrasit, yang suka menjadikan rumah ibadah umat Islam sebagai gelanggang politik.

Azrul bermula dengan usaha memperkecilkan usaha kerajaan untuk menyediakan harga barangan berpatutan melalui KR1M.  Kemudian, ostat PAS ini menyerang pula pemberian RM500 BR1M.  Aiii.. goyang nampak...

Hasan Ali tidak terlepas dari bahan ceramahnya, dengan segala tuduhan.  Mmg Azrul menunjukkan ciri-ciri PASrasit sejati.  Apakah si Azrul Hakim ini "sedang gila talak" kerana Hasan Ali enggan bersama dengan PAS semula? 

Sesi ceramah politik berlarutan melalut-lalut, sehinggalah satu detik waktu.

Mungkin sudah tidak tahan dengan Ustaz yang tidak sedar diri bahawa kehadiran ini DIBAYAR oleh pihak surau, dengan tidak semena-mena, seorang ahli kariah di syaf depan berkata dgn nada sopan "Ustaz, kempen ke?".  

Azrul pula dikhabarkan menjawab " Saya sentuh bab rasuah tak boleh ke? ".  

Anak kariah membalas " Ustaz, kalau nak tuduh orang rasuah, tak payahlah sebut nama dia, nama parti, ini tak bagus, itu tak bagus.  Cuba kemukakan bukti, jangan hanya cakap sahaja.  Lagipun ini program Maulidur Rasul, bukan politik".  

Azrul kemudian membalas "Kalau tak berminat, awak boleh keluar dari surau ini".

Anak kariah, dengan tegas memberitahu " Kenapa saya perlu keluar?  Ini kariah saya, tempat saya. Ustaz lah KELUAR"  

Seraya dengan jawapan itu, escort-escort si Azrul cepat-cepat mengajak keluar.  Si Azrul dilihat mencapai mikrofon mini yang tersemat di bajunya dan menghempaskannya ke lantai sambil bangkit dan terus berjalan keluar!

AMEKAW...!!! Muahahahaha... kene uppercut sebijik!!!

Ahli kariah yang ada semuanya terpinga-pinga, mengenangkan betapa tidak sabar dan kakunya hati seorang yang bergelar Ustaz.  Tidak mampu menjawab, atau menangani masalah ini dengan berhemah.

Azrul Hakim Suradi adalah bekas calon PAS 2008 yang bertanding di DUN Air Tawar tetapi tewas kepada calon BN.  


Beliau juga merupakan AJK Pemuda PAS Selangor.  

GT ucapkan tahniah kepada anak kariah yang berani itu, kerana bertindak selaras dengan titah Tuanku Sultan Selangor yang melarang surau atau masjid dijadikan tempat berpolitik.  

Dan kepada Azrul Hakim, jangan ingat Meru kawasan Pesuruhjaya PAS Selangor, maka tiada siapa yang berani cantas sifat PASrasit yang anta miliki.  

Begitulah cerita yang dimaklumkan kepada GT pagi tadi.

Kepada pembaca di Meru yang tahu akan cerita ini, boleh tambah apa yang terkurang di ruangan komentar. 

PANASSS... Hasan Ali Dedahkan Siapa Pemimpin PAS Yg Dihalau Dari Surau Di Selangor???

Klik Banner Utk Besarkan Imej
Malam ini, Hasan Ali akan gempur Puchong.  So, jadikan diri anda sebahagian dari sejarah, kesatuan ummah yang digeruni oleh DAP.  Malangnya, PAS dan PKR masih "mengabdikan" diri mereka kepada parti rascist chauvinist, pencetus peristiwa 13 Mei ini.

Islam, Ummah dan Raja-Raja Melayu.  Itulah konsepnya.  Dan sampaikan kepada sahabat-sahabat bukan Islam, jangan risau dengan gelombang ini.  

Perkara kedua, iaitu ummah terbahagi kepada dua, iaitu ummatul ijabah yang membawa maksud ummah yang menerima hidayah dari Allah, iaitu kita, orang Melayu.  Dan yang kedua, ummatul dakwah, iaitu ummah yang perlu disampaikan dakwah, agar menerima hidayah Allah.  Cuma, M - Melayu diambil sebagai tanda, kita (ummatul ijabah) harus memimpin mereka (ummatul dakwah).  

Sebab itu, gerakan ini dipanggil Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu (I.M.R). The facts is, the move will never victimise the non muslim. 

Siapa Pemimpin PAS yang dihalau dari surau di Selangor?  Tunggu artikel pendedahan itu selepas ini, jam 4.03 petang. 

Tebal muka, ingat digelar "ustaz", rakyat marhaein tak berani nak TEGUR?  

Tungguuuuuu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...