Bersama Berjuang

Friday, December 13, 2013

Jawapan Jurutera Kepada Para Pengkritik Kereta Nasional


APABILA Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord. Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini. 

Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut: 

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan. 

2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda, mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham. 

3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama empat minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak AUD$600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini? 

4- “Rebadging” atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman. Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka “rebadging” model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang “pilih kasih” menyebabkan Proton menjadi ibarat “punching bag”. Buat apa pun dikira salah. 

5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri. Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?” 

Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur. 

Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas “Saya tak suka Proton”. 

Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka. 

Engr. Hj Norzafry B Norhalim Mantan Presiden Pembina. 

Sumber: Tengoktvonline.

GERAKAN TIMUR:
GT tetap berbangga dengan kereta nasional...

Masih teringat Leem Keet Siyal dan Kapal Sink gelakkan Tun M sewaktu idea pembinaan kereta nasional ini diutarakan. Kononnya Malaysia tak mampu membina kereta sendiri..

26 comments:

  1. anti kominis dan DAPpigsDecember 13, 2013 at 11:28 AM

    Kebanyakan yang kutuk Proton ialah geng2 penjilat tegar DAPpigs, hamPAS dam P'Gay'R. Mereka ni akan tetap kutuk apa yang BN buat walaupun benda baik. Jadi tak payah lah ambik pot apa yang mereka kutuk tu, tak mendatangkan kudis pun...

    ReplyDelete
  2. Proton walaupun dah tua masih belum dewasa, tidak seperti adik nya Perodua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa belum dewasa pulak proton dah pernah buat kereta sendiri ...perodua mana pernah buat kereta sendiri...

      Delete
    2. 9 tahun aku pakai Wira tanpa masalah.. kereta bagus engine bagus... tapi untuk upgrade ke kereta lain kene pikir 18 kali sebab takde re-sale value.. pakai la sampai reput nampaknyer..

      Delete
  3. dan ada blogger pro-BN pun kutuk juga. sampai sebut 'tak tahu nak ketawa ke nak menangis'. belum betulkan alignment otak dia kot...

    ReplyDelete
  4. Ada golongan baru yang benci Proton, Puak Syiah..:)

    ReplyDelete
  5. yang kelakarnya ada yang beli proton tapi dlm masa yang sama mengutuk proton.

    kalau proton tutup kesianlah adik saya dan kawan-kawan lain yang sekerja dengannya di proton - loan kereta belum habis, loan rumah jauuuuuhh lagi nak habis, anak nak masuk kolej nak pakai duit, isteri hanya suri rumah saja.....

    ReplyDelete
  6. malaysia kan terkenal dengan pirate dan klonkan barang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro bawak2 lah membaca sikit....badge engineering ni bukan proton saje yg buat merce, toyota, ford dah lama buat.......bro jgn jadi kejutan budaya plak....dgr proton buat badge eng....dekat oversea dah buat semenjak tahun 1917 lagi dah...

      Delete
  7. sudahlah banyak pulak cakap, apasal harga lebih mahal berbanding jual kat luar. kalau tutup pun proton aku tak rugi apalah.............

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kt mana tu? Berapa harga dia yg murah tu? Model apa yg dijual kt luar tu? Cuba la komen detail sikit. Jgn jd burung kakak tua la bro

      Delete
  8. Yang pastinya apabila ke mekanik Cina ayat lazim yang selalu didengar ialah " Proton taklak bagui lo!".

    "Taklak power lo" tak ada power tapi charge service berganda. Tapi sayangnya ada bangsa Melayu masih seperti kadok naik junjung.

    ReplyDelete
  9. Yg komen bukan-bukan tu bukannya tahu apa. Kosong.. Kosong.. Cuba la search sikit. Kt europe sana siap ada kelab pemilik proton lg. Diorg siap ada forum lg. Ramai jugak ahliny. Yg bagusny diorg ni, x de pun kutuk proton. Kalau ada masalah, diorg bincang mcm mana nk setle. Forum kt malaysia? Satu masalah kita tny, yg bg suggestion sorg dua, yg jd batu apinya 20-30 org.

    Belajar-belajarlh baca forum luar negara tu woii.

    ReplyDelete
  10. begitu la mentaliti rakyat Malaysia..... (3rd class mentality).....

    ReplyDelete
  11. betul yg kutuk proton geng mat jubut dar redbean cyber triiper...sebab ramai melayau yg keja di sana..tutup proton melayu hilang keja.. pelik juka yg keja di proton darai puak sampah pun kutuk proton so mcm mana

    ReplyDelete
  12. Puak2 nie cuma takan kutuk kalau melayu buat kereta lembu...tu jer...lepas tu melayu buat belacan...buat budu...diorang akan ckp melayu nie penuh dgn tradisi...budaya tak lapuk ditelan zaman...org2 melayu traditional manyak bagus utk ditonton seni budaya bla..bla...bla...kereta cherry yg berganda2 mcm pundek pon puak2 nie tak kata apa...tu haa..klon2 handphone yg org melayu dok kena tipu tu sapa punya...? Urut2 amoi yg mcm pukimak tu pon sapa punya..? Takde lak nak bising2 perabih duit...! Org2 kita nie kalau aku kata mcm bodoh bangang tau pulak nak marah tapi mende positive yg bebudak melayu buat...biar la sikit pon tapi ada la jugak...tuuu pon nak kutuk...MCM GAMPANG LA KORANG!

    ReplyDelete
  13. Proton bagus. Keluarga sahabat pena saya di u.k memilikinya dan mereka sangat berpuas hati dan memuji ianya setanding dgn produk2 asia timur. Sudah 4 thn mereka menggunaksn proton tanpa ada masalah. Segelintir orang malaysia ni langsung takda jati diri..bodoh adalah

    ReplyDelete
  14. buat kereta sendiri dikutuk ...tak buat kata bodoh...

    ReplyDelete
  15. Mampus la org nak kutuk apa....aku rasa aku mampu beli perdana ni...nak beli honda xmampu.....terima kasih proton...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa nama gelemor..dari budakbotak

      Delete
  16. Mungkin ramai yg x sng hati bila bc statement2 seperti berikut dari orang Proton:

    “Even with such short request time, we were up for the challenge – and through sheer dedication and hard work, we are here today to present the completed Perdana. We are truly grateful to the Prime Minister and the Malaysian Government for keeping their faith in Proton, and for giving us the opportunity to once again be the provider of the official government vehicle. I represent all Warga Proton when I say that this moment serves as inspiration and motivation for us to work even harder than ever, to continue leading the national automotive industry,” added Tan Sri Mohd Khamil.

    Kamon la... re-badge je kut. x perlu la nk gambarkan kepayahan mcm design keter dari scratch.

    ~Flat Black~

    ReplyDelete
  17. Sungguhpun kereta WAJA Campro terdapat banyak masalah (masalah remeh seperti power window dan plastik agak mudah rosak dibuat oleh vendor celaka), saya telah menggunakannya sejak 2007 hingga 2012 dalam jarak 300,000 km. Ada juga alat yang rosak seperti petrol pump, tetapi jika kita hantar baiki di pusat servis proton tidaklah timbul masalah. Kini saya gunakan pula kereta Preve yang dicemuh oleh ramai orang.... okay je... selesa je, sejuk je, pickup pun ada dan ianya amat berbeza dengan WAJA. Kereta toyota, Honda, Hyundai dan lain-lain memanglah bagus namun saya juga pernah mendengar rungutan senyap dari pengguna dan baiknya tidak diheboh. Cemuhan ke atas Proton adalah terbit dari rasa dengki atas keteperanjatan orang yang tidak menjangka yang Mayasia boleh membina kereta di negara ini. Rebadging adalah perkara biasa seperti kereta Ford dengan Mazda yang pernah saya beli dulu. Sungguhpun kereta jenis Hyundai adalah bagus, jualannya di negara Jepun tidak menggalakkan malahan Hyundai telah tidak membekalkan keretanya ke Jepun. Rakyat Jepun mempunyai sikap sayangkan hasil buatan anak-anak mereka dan tidak hendak untuk menambah pengangguran di negara mereka jika kilang kereta mereka terpaksa tutup. Di Malaysia pula terdapat ramai yang tidak suka akan kejayaan proton malah ada yang mengata ianya kereta potong, pihak bank pula berusaha meranapkan penjualan kereta proton dengan merendahkan kadar pinjaman kereta jenama lain. Malah ada juga Menteri yang benar-benar benci akan proton dan membawa masuk kereta terpakai luar negara untuk dijual, mereka juga mencemuh Proton agar berupaya bersaing dengan pembuat kereta luar negara, membandingkan kekuatan antara pengeluar kereta adalah ibarat menumpang di atas kapal....tidak membuat perjalanan dalam kelas yang sama, dan mereka juga tidak mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan bot penyelamat.Saya percaya Malaysia akan berhenti mengeluarkan keretanya dan bergantung kepada impot yang mana ianya mudah diekplotasikan harga jualan bila sudah tidak ada kereta Proton lagi. Pada ketika itu akan naiklah kadar pinjaman dan juga pelbagai cukai ke atas kereta import....

    ReplyDelete
  18. Saya ambil komen penulis dari blog yang bingung kenapa gagalnya jualan kereta Korea di Jepun. {The Koreans and Japanese share a cultural trait…that of a “support the national economy” viewpoint amongst it’s citizens. They will not buy comparable cars of foreign origin–and Hyundais are only comparable to their Japanese competitors, not better.).
    ~ jo ~

    ReplyDelete
  19. turunkn harga proton dlm negara.knp yg diekspot lebih murah dan berkualiti..

    ReplyDelete
  20. Saya memiliki proton iswara aeroback sejak 2006 sehingga kini. Millage sudah 290 ribu lebih. Tidak pernah lagi menghadapi kerosakan major. Wear n tear tu biasalah. Tak jaga air, tak tukar minyak pelincir; memang jahanamlah kereta. Bawa banyak barang balik ke kampung n dari kampung, ok je. Pickup pun ok. Xdelah nk bawa sampai 140km/j kat jalan. Tapi xde masalah utk maintain pada 110km/j. Ok je proton. Memadailah untuk saya.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...