Bersama Berjuang

Showing posts with label Husam. Show all posts
Showing posts with label Husam. Show all posts

Monday, July 22, 2013

PRK Kuala Besut: Lembu & Kambing Penuhi Ceramah PAS... JAMNAPARI STYLES!!!


Dengan masa untuk berkempen masih berbaki lagi 3 hari, Pas dilihat semakin gelisah apabila melihat sambut masyarakat khususnya pengundi di Kuala Besut semakin merosot. Walaupun pelbagai program dan aktiviti telah diaturkan oleh unit-unit penjumlahan undi (UPU) mereka, namun ia hanya dihadiri oleh para petugas dan ahli-ahli parti sahaja.

Malah strategi mengunakan khidmat pimpinan tertinggi untuk berceramah juga hanya dipandang sepi oleh masyarakat setempat. Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini kehadiran Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden parti itu, malah Mursyidul Am sendiri, juga tidak mampu menukarkan pendirian pengundi yang dilihat semakin sebati dengan Gerakan Gelombang Biru.

Tambah menarik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria baru-baru ini berhubung permohonan permit ceramah yang dikemukakan oleh Pas. Dari 8 permohonan yang dibuat, pihak penganjur terpaksa membatalkan 6 permit di saat akhir.

“Enam ceramah dibatalkan oleh pihak penganjur di saat-saat akhir walaupun permit yang dipohon diluluskan. Hanya dua permit ceramah yang digunakan, itupun berbentuk tayangan video " katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah baru-baru ini.

Apa sudah jadi? Sekiranya merekalah yang paling kuat menyalak kononnya polis cuba sabotaj gerakan kempen pembangkang dengan tidak mengeluarkan permit. Namun kini, permit yang telah diluluskan tidak mampu untuk digunakan kerana GAGAL menarik sokongan.

Sekiranya pada 5 hari di permulaan kempen, kehadiran penonton yang hadir untuk mendengar cerita ‘penglipur lara’ parti itu masih lagi sekitar angka 200 – 300 orang. Namun di penghujung hari-hari berkempen ini, kehadiran penonton jatuh merosot dengan secara mendadak, sehinggakan pada satu-satu ketika para penceramah dilihat seperti sedang bercakap seorang diri.

Nasib baik program ceramah diadakan pada waktu malam dan dalam suasana yang gelap. Kerana sekiranya ia dilakukan di tempat yang terang, sudah pasti kita dapat melihat jumlah kehadiran lembu dan kambing jauh lebih banyak mengatasi jumlah orang.

Nampaknya analisa dan pandangan yang diberikan oleh Tan Sri Abdullah Ahmad ada kebenarannya. Ini kerana menurut beliau, Pas, akan lebih berjaya, sekiranya  bersendirian dalam PRU-14 sebab telah kelihatan potensi sebagai Politikal Islam yang sederhana cerah di seluruh alam Islam.

Tetapi disebabkan Pas terus dilihat oleh majoriti Melayu/Islam sebagai sebuah parti yang “di prop-up” oleh DAP dan PKR, demi 'electoral strategy' maka Pas, sebagai parti yang lebih tua dan lebih teruji, akhirnya akan rugi 'electorally' seperti telah berlaku padanya dalam PRU-13. 

Kesimpulannya rakyat tidak perlu menunggu sehingga ke PRU-14, PRK Kuala Besut ini seakan telah membuktikan analisa yang dilakukan itu. Disebabkan tunduk dan akur untuk berkongsi kuasa dengan PKR dan DAP, parti yang kononnya berjuang atas nama Islam itu semakin ditinggalkan oleh orang Islam sendiri.

Buat ahli dan penyokong Pas, bertindaklah untuk membuat perubahan, atau bersedia untuk menjadikan lembu dan kambing sebagai teman akrab di setiap program ceramah yang diadakan.

Friday, June 8, 2012

Hedop! Hedop! Hidep Cangkul!!! Nok Ghoyak Orghe, Demo Tok Betul! Muahahaha..



Demonstrasi yang berlangsung di perkarangan Pejabat Menteri Besar Kelantan pada 06 Jun 2012 sebetulnya agak unik dan sinis sekali bagi yang mengerti realiti hidup rakyat Kelantan yang sudah 22 tahun berada dalam pemerintahan PAS.

Unik kerana belum pernah rakyat marhaen di mana-mana tempat datang beramai-ramai ke pejabat MB dengan membawa bersama cangkul, kereta sorong dan peralatan pembinaan usang untuk didermakan kepada kerajaan negeri.

Sinis kerana baru sahaja kira-kira seminggu lalu kerajaan negeri PAS Kelantan meminta rakyat menderma wang ringgit untuk tujuan pembinaan lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai (KB-KK) yang sebelum ini dirasmikan oleh Nik Aziz.

Selama ini Nik Aziz dan PAS Kelantan sentiasa selesa dan yakin kelemahan pimpinannya membawa kemajuan untuk rakyat dapat ditampung dengan berselindung di sebalik jubah dan hujah agama selain menuding jari dan mengalihkan beban kesalahan kepada kerajaan pusat.

Apabila muncul sekumpulan rakyat yang mewakili pelbagai NGO dengan peralatan pembinaan usang ketahuilah tahap kesabaran rakyat sudah sampai ke kemuncaknya.

Projek Lebuhraya KB-KK sepanjang 73km yang bernilai RM1.8 bilion itu sudah menjadi satu bebanan yang merintis desakan dari rakyat yang menuntut supaya kerajaan PAS Kelantan tidak hanya pandai berjanji dan memerah duit rakyat, sebaliknya mesti serius menunaikan janji.

Dahlah konsep meminta rakyat mengeluarkan duit sendiri konon atas nama derma kebajikan langsung tak menepati dasar PAS yang mahu menjaga kebajikan rakyat, harapkan sembang saja kuat tapi balik-balik rakyat yang kena berkorban, baik tak payah ada kerajaan yang tadbir negeri.

Lagipun sudah banyak projek pembangunan yang dicanang keliling kampung oleh Nik Aziz misalnya Koridor Depu, penternakan kambing Jamnapari, Ladang Rakyat, Bandar Baru Pengkalan Kubur serta berbelas lagi projek lain yang semuanya hanya gah semasa perlancaran kemudian senyap tanpa perkhabaran.

Sekarang tiba-tiba pula datang janji dan propaganda baru konon nak buat lebuhraya, mana tak marahnya rakyat. 

Janji lama berbakul-bakul belum ditunaikan malah bekalan air bersih pun masih banyak yang sangkut - jadi bila kereta sorong usang singgah depan pejabat, tolonglah faham kesabaran rakyat ada hadnya, belajarlah menunaikan janji bukannya terus menabur janji.

Bukankah manusia yang gemar mungkir janji tergolong dalam kalangan munafikun. Atau sememangnya Nik Aziz dan pimpinan PAS lebih selesa dengan gelaran tersebut?

Friday, June 1, 2012

Semakin Gersang, PAS Gunakan Talian Hayat Terakhir??? Jamnapari Sungguh!!!


Mulanya kerajaan PAS Kelantan terutama sekali Husam Musa menjangkakan pengumumannya untuk membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) pada Ogos 2011 lepas dapat dimanipulasikan sepenuhnya dalam PRU 13 yang diramalkan akan berlangsung pada November 2011.

Perkiraan PAS Kelantan cukup mudah, peristiwa menang nyawa-nyawa ikan di PRK Manek Urai (Julai 2009) dengan kelebihan hanya 65 undi serta kekalahan PAS di kerusi DUN Galas (Okt 2010) dengan majoriti lebih 1,000 undi menyedarkan PAS dari lamunan panjang.

Kekuatannya dikalangan pengundi dalam negeri semakin merosot manakala sokongan pengundi luar pula kian merudum. Disebabkan itu apabila ramai pemerhati meramalkan pilihanraya bakal berlangsung dalam bulan November 2011, PAS mengambil langkah segera mengumumkan pembinaan lebuhraya tersebut pada Ogos 2011.

Dengan langkah tersebut PAS percaya akan mampu menarik kembali sokongan majoriti pengundi luar sekiranya projek tersebut dapat dimanipulasikan sepanjang kempen pilihanraya sekaligus dapat menampung kemerosotan sokongan dari kalangan pengundi dalam negeri.

Tanpa sokongan besar pengundi Kelantan yang berada di luar negeri agak sukar untuk PAS meneruskan hayat pemerintahannya di negeri tersebut tatkala asakan gelombang merah semakin kuat merobek kekuatan PAS di Kelantan.

Soal pembinaan lebuhraya tersebut mampu direalisasikan atau sebaliknya, bukan persoalan penting kerana baik Husam mahupun kerajaan PAS Kelantan mereka tahu pembinaan jalan baru menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai sememangnya akan direalisasikan juga oleh Kerajaan Pusat sebagaimana termaktub dalam perancangan Central Spine Expressway.

Bagaimanapun hasrat PAS untuk mengabui mata umum gagal dengan kehendak Allah s.w.t apabila pilihanraya umum tidakpun berlangsung dalam bulan November 2011. Berikutan itu selama beberapa bulan isu pembinaan lebuhraya KB-KK tenggelam begitu sahaja.

Apabila khabar angin pilihanraya umum kembali bertiup kencang pada awal tahun 2012 yang menjangkakan pada bulan Jun 2012 parlimen akan dibubarkan, PAS melalui Husam Musa sekali lagi tampil dengan idea pembinaan lebuhraya tersebut.

Setelah PAS pasti parlimen akan dibubarkan pada Jun 2012, maka mereka segera bermesyuarat menetapkan tarikh majlis pecah tanah sebagai monumen bukti penting lebuhraya tersebut benar-benar akan dilaksanakan.

Pun demikian, setelah majlis pecah tanah selesai dilaksanakan oleh Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012, keesokan harinya Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan pembentangan Belanjawan 2013 akan dilakukan pada 28 September 2012 yang menandakan pilihanraya umum hanya akan berlangsung selepas pembentangan tersebut.

Kini PAS pening kepala mencari idea untuk membuktikan projek lebuhraya tersebut tetap akan dilaksanakan juga tanpa perlu menunggu tempoh tiga empat bulan lagi sementara menanti tarikh pasti pilihanraya umum ke 13.

Melihat pada gerak tari politik PAS kita boleh menjangkakan banyak cara yang mereka akan lakukan untuk mengabui mata masyarakat bagi tujuan memanfaatkan talian hayat terakhir ini, namun di hujung sandiwara itu kelak akhirnya Kerajaan Pusat juga yang akan dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan janji politik PAS. 

Wednesday, September 21, 2011

LIVE: Video Kickdefella Lawan Husam!!! Kick The Kusam!!! Yehaaaaaaa...!!!


Skandal panas antara Husam dengan Kickdefella bukanlah sesuatu yang asing.  Hubungan yang terputus membuat mereka saling bermusuhan secara politiknya.

Seperti yang ramai ketahui, Kickdefella mencabar agar Husam menyamannya berhubung isu RM350,000 yang didedahkan oleh Kickdefella.  

Husam menikus dan terus menikus. Dan pabila takut, itu beerti benarlah dakwaan Kickdefella itu.  GT percaya, banyak lagi bukti yang ada kepada Kickdefella, sewaktu berada "se kapal" dulu.  

Kali ini, Husam benar-benar ingin menyaman Kickdefella. 

Husam ingin menyaman Kickdefella atas 3 artikel yang disiarkan di blog Kickdefella bertajuk, "Husam telah menipu rakyat dan sahabat", "Sebelum kita lupa Normala Sudirman" dan "Husam itu pembohong".  

Husam dilihat cuba membuat 'counter attack" akibat tidak mampu berbuat apa-apa terhadap isu RM350 ribu sebelum ini.  Inilah options terbaiknya bagi "mengajar" Kickdefella yang menyimpan banyak rahsia Husam.

Namun yang menjadi persoalan, writ saman diserahkan kepada media, dan bukannya kepada Kickdefella.  

Apa motif Husam sebenarnya? 

Apakah Husam sudah menghidu bau kapur barus beserta kain kafan untuk karier politiknya?  Jom layan video ini...

Saturday, July 16, 2011

PANASSS... Husam Buat Hal Lagi!!! Anwar Terperangkap Lagi Dek Video Pendedahan Husam!!!


2 dalam 1.  Itulah yang boleh GT katakan dari video hasil "sengatan" si semut hitam.  Terbaeek bro!  

Video dibawah menunjukkan Husam hanya sekadar menyampaikan apa yang disampaikan, dan tidak tahu pun kejadian sebenar!  Benarkah bodyguard Anwar cedera sebelah kanan?

Yang paling menarik, Husam membuka tembelang Anwar yang berlakon hendak mati... oksigen.. oksigen... Satu Malaysia dok simpati kat Anwar, Husam pula mengesahkan Anwar selamat!  

Jadi, terkantoilah Anwar.. muahahahahahaha!!!!  Layannnn..


Husam... Husam... hari tu ujian pembohongan, kali ini direct serang ye.  pandai bebenor deme nyucuk jarum yee...

Terima kasih Husam!

Monday, June 6, 2011

PANASSS.. KOMEN PEMBACA YANG MENELANJANGKAN NIZAR LAMBAI?

Komentar dibawah GT dapat dari pembaca yang menggunakan samaran ahli PAS Perak.  Beliau memberi komentar pada artikel GT yang bertajuk "Akhirnya PAS Akur Dgn Syaitannirrajim".  

Sekadar ingin memberi ruang dan peluang kepadanya tentang apa yang beliau ketahui.  Beliau sendiri tidak tahu ke mana harus disalurkan berita ini.  Kepada pemimpin PAS, jauh sekali.  Sama-sama kita selusuri tentang politik kotor dalam PAS yang sedang diamalkan...

Terima kasih GT ucapkan kepada ahli PAS Perak kerana mahu berkongsi maklumat ini.  Sekurang-kurangnya, pembaca semua tahu PAS tidak seindah yang disangka...

Strategi Nizar terhadap Husam tidak mengena....
 
ahli pas perak said...

saya adalah seorang ahli pas dari perak . kisah ini diceritakan oleh seroang rakan saya yg pada awalnya turut sama dilibatkan dengan rancangan untuk menjatuhkan husam musa. Selepas rakan saya ketahui taktik kotor tersebut dia larikan diri dari mereka kerana tidak mahu terlibat dgn perkara2 fitnah. kisah ini sengaja didedahkan pd saat2 akhir pertandingan&ditambah berbagai2 perisa supaya Nampak sedap oleh geng2 Nizar. nizar tidak mahu husam menang kerana takut menjadi pesaingnya dalam pemilihan pas akan datang.nizar hendak menang dalam pemilihan ini &bercita2 utk bertanding jawatan timbalan presiden pas dalam pemilihan akan datang.DAP telah berjanji untuk bantu kewangan. nizar nak pancung husam habis-habisan, kerana dia lihat husam boleh menghalang cita-cita besarnya kiranya husam juga menang bersama dia. Nizar kata sekiranya husam kalah karier politik dia akan hancur kerana telah kalah dua kali. Norazli musa@pak janggut adalah salah seorang jentera nizar yang paling utama memainkan peranan penting ini utk bunuh karier politik husam. Pada hari isnin 30.5.2011 norazli telah bertemu dgn seorang rakannya bekas org kuat pkr . norazli telah memberi maklumat berhubung penyelewengan husam kepada rakannya itu utk dipanjangkan kpd blogger2. Semua skrip telah ditulis dgn begitu baik supaya senang difahami oleh blogger. Bekas orang kuat pkr sampaikan kpd seorang blogger di perak dalam masa sama dia bocorkan maklumat itu dtg dari pihak nizar. tujuan org itu beritahu supaya taktik kotor politik dlm pas diketahu ramai. berita itu sampai kpd blogger, mereka dedahkan maklumat pasal husam& siapa pemebri maklumat. dlm hal ini kerja blogger Nampak tersusun. 1pihak dedah husam&1 pihak dedah siapa pemberi maklumat. husam nasib baik -cepat2 menafi-nizar pula diamkan diri. takut kerana rahsia telah pecah. Semasa muktamar pemuda ramai ahli2 pas telah berbisik sesama mereka apa yg dilakukan oleh nizar. Bisik2 &sms tersebar tentang taktik kotor nizar. brita itu dibisik dari telinga ke telinga hingga ke saat perwakilan beratur sebelum membuang undi. Pasal itu nizar kalahdi tempat corot. Bukan setakat kisah wang , byk lagi fitnah2 lain yg direka2 oleh orang nizar utk membunuh karier husam-termasuk kisah skandal dgn seorang wanita cina serta kunjungan husam ke tempat2 maksiat. Saya tidak mengetahui samada perkara itu benar atau fitnah-tetapi perkara itu imasuk dlm rancangan orang2 nizar utk bunuh karier husam. Saya tak tahu saluran mana harus saya guna untk dedahkan perkara ini. Kalau saya ceritakan perkara ini kpd pemimpin2 pas tempatan -mereka minta kita diamkan & jgn cerita kpd sesiapa. kita akan dibaca dgn mcm2 surah & hadis supaya menjaga jamaah. saya terpaksa guna saluran komen di blog2. Tujuannya supaya pemimpin2 atasan pas tahu perangai2 kotor yg sdg menjalar dlm pas. Jangan hanya Nampak kuman di seberang laut tapi tak Nampak gajah dpn mata.
June 5, 2011 3:59 PM

Thursday, June 2, 2011

BAKAR LINE: HUSAM BAKAL TERKULAI DI IBU JARI NIZAR JAMALUDDIN?


Nizar Lambai bukanlah nama asing dalam politik meroyannya terhadap jawatan Menteri Besar Perak yang disandangnya suatu waktu dahulu.  

Dengan izin Allah, kerajaan "gila" nya dapat ditumbangkan, bukan oleh UMNO seperti dakwaan meroyannya, namun oleh wakil rakyat mereka sendiri. 

Berada di tampuk kerusi empuk dan dikenali ramai rupanya menjadi candu nafsu yang menguasai segenap lubuk hatinya, sehinggakan dia tidak mampu menundukkan amarah, lawammah dan suffiah.  Maka dengan hati yang berdendam, dia terus berangan untuk menjadi seorang yang berkuasa.  

Dan PAS adalah "elevator" terbaik untuk memuncakkan dirinya di persada politik.  Nizar bukanlah kecik anak, kerana dia didukungi DAP, maka "zahir batin" terjamin.  Namun dalam hierarki PAS, Nizar tidak sehebat Husam Musa, yg telah lama "beroperasi" mengukuhkan cengkamannya.  Nizar tahu bahawa Husam adalah halangan terbesarnya untuk berada di puncak.  

Pemilihan PAS yang bakal berlangsung sedikit hari lagi, sudah pun panas dengan pelbagai dakwaan dari pihak dalaman PAS sendiri.  Isu proksi Anwar, politik wang dan cerita-cerita belakang yang menjengkelkan menjadi buah mulut samada awam mahupun ahlul PAS.  Dan nama Husam adalah yang paling hangat dikaitkan dengan isu-isu panas ini.  

Angin lalu yang membawa berita mengkhabarkan bahawa Nizar adalah antara pemain utama dalam konspirasi "membunuh" karier politik Husam, seterusnya membuka peluang cita-cita Nizar untuk senyum sumbing kambing di singgahsana PAS.

Dakwaan ini juga dikuatkan dengan tersebarnya beberapa lembaran modus operandi Husam siap bersama senarai tangan-tangan ghaib yang menguruskan "operasi" Husam selama ini.  Senarai itu juga menyatakan "asset" operasi berkenaan yang bisa meng"kaget"kan malah melopongkan perwakilan PAS nanti.  

Adakah Nizar benar-benar mempunyai "akses" kepada operandi Husam?  

Benarkah lembaran modus operandi Husam ini disebarkan oleh individu yang rapat dengan Nizar yang dikenali sebagai Musa?

PANAS BERAPI SIDANG MEDIA KICKDEFELLA - HUSAM BAYAR SAYA RM350 RIBU!!!




Kickdefella mengaku dibayar oleh Husam sebanyak RM350,000!  

Wowwwww!!!!  Jadi, benarlah bahawa Husam mmg "funder" kepada Kickdefella sebelum ini.  Difahamkan pembayaran itu adalah "tanda simpati" akibat ditamatkan kontrak oleh MB Kelantan.  

Masyuuukkkk.. Mmg masyuuuukkk....

KLIK SINI untuk berita selanjutnya.

MUKTAMAR PAS: HUSAM DI LUAR NEGARA? "DAMAGE CONTROL" TERBARU KE? KICKDEFELLA PE CITER?


Husam Musa bercita-cita besar. Nafsu serakahnya tidak mengenal kawan, asal cita-citanya tercapai.  

Umum maklum bahawa Husam Musa bukanlah golongan ulama, malah sebilangan ahlul politik PAS mengerti sungguh permainan Husam.  Dan Husam is untouchable berikutan kekuasaan yang dimiliki dari tangan-tangan ghaib, yang bisa membunuh karier politik kawan mahupun lawan.  Apatah lagi, pemegang kunci syurga secara terus terang mahukan pemimpin PAS Kelantan memimpin parti itu.  

Terlalu banyak cerita dari ahlul PAS yang menggambarkan seolah-olah Husam antara nama yang dipahat utuh pada pendedahan sebuah akhbar berikutan politik wang yang berleluasa di dalam PAS sempena pemilihan kali ini.  

Dan GT menjangkakan bahawa berita yang diterima bahawa dia berada diluar negara dan hanya dijangkakan balik pada atau malam menjelang muktamar adalah satu "damage control" yang cuba "menyucikan" dirinya dari tuduhan politik wang.  

GT mengganggap dia sedang mencipta "alibi" yang kononnya dapat membersihkan dirinya, sedang itu hanyalah sandiwara musim pemilihan.  Secara bijaknya, dia tidak perlu turun untuk mengotorkan dirinya.  Apalah guna tangan-tangan ghaib aka jentera "penggerak" yang mampu membuat kerja untuknya?  Persis modus operandi Anwar Ibrahim, kan?

Melalui sahabat blogger, GT juga mengetahui bahawa terdapat dakwaan yang mengatakan Husam telah menemui semula blogger "Sepak Orang Itu", bekas hulubalangnya, untuk meningkatkan semula populariti sempena pemilihan kali ini.  

Dan "pertolongan" ini bukanlah sabilillah, kerana dimaklumkan sejumlah wang RM300 ribu dibayar kepada bloger Sepak Orang Itu untuk kerja-kerja "promosi" dan "pengiklanan" Husam. 

Bloger Sepak Orang Itu dan Husam Musa, GT ingin bertanya, benarkah dakwaan ini?

Ingatkan kambing je yang dipromosi dan diiklankan, orang pun sama.. hehehehe...  Meniaga orang lebih untung dari meniaga kambing... WOWWWW!!!!

Wednesday, May 4, 2011

PAS TERUS HANYUT... KALI INI DINAKHODA HUSAM!!!



Seronok melihat permainan politik dangkal PAS. Terbaru, Husam Musa telah menunjukkan belang sebenar, iaitu dimana arah kiblat perjuangannya!

Amat menghairankan dengan salasilah perjuangan yg diwarisi dari Allahyarham Ustaz Fadhil Nor, PAS rupanya tidak lagi meletakkan Islam sebagai landasan dan ketetapannya dalam mencari kebenaran. Andai arwah masih hidup, pastinya beliau tidak menduga bahawa PAS hari ini telah menjadi liberal dan pro kepada pluralisme!

PAS suatu waktu dahulu cukup berbangga kononnya menyebarkan risalah Islam, akhirnya terkulai di tangan kepimpinannya masakini yang tidak mampu berdiri atas kaki sendiri, dek sedikit madu kuasa yang membuatkan mereka tergila-gila, tanpa memikirkan tapak dan asas penubuhan parti itu sendiri.

Di mana silapnya PAS, yg suatu ketika dulu menjadi suara keras yang mengingatkan UMNO bahawa Islam dan kepentingan Melayu jangan dipergadaikan?

KUASA.  Itulah kesilapannya.

KLIK SINI untuk baca seterusnya.

Tuesday, May 3, 2011

PANASSS.... ANWAR TAKUT UTK BUAT UJIAN POLIGRAF!!! CAMNA NI HUSAM???


Inilah masalah PKR - apa jua akan mereka spin untuk kepentingan mereka.  Fahaman Anwarista dicerca hebat, lebih2 lagi oleh Assmin, madu si Jijah.

Gambar diatas jelas bagaimana usaha untuk terus memburuk-burukkan Datuk Eskay.  Dalam artikel diatas, Azmin mengatakan bahawa PKR tidak akan melayan desakan Datuk T untuk ujian poligraf.  

Samada patut kita labelkan sebagai BODOH atau BANGANG atau kedua-duanya sekali, Azmin sememangnya layak mendapat gelaran itu.  Ujian poligraf adalah cadangan HEBAT dari Husam Kambing.  Dan Datuk T hanya menyambut cabaran itu.  

Jelas Azmin mahu mengalihkan perhatian penyokong-penyokong mereka bahawa isu poligraf adalah "game" Datuk T.  Azmin tahu cadangan Husam itu sebenarnya berbahaya kepada Anwar.  Apa yang boleh dikatakan lagi apabila rakan sekutu yang memberi idea menarik ini.  Ujian poligraf  bakal  memerangkap bosnya, tetapi yang lebih penting, ujian ini diakui berkesan untuk membuktikan kebenaran.  

Dan kebenaran itulah yang mahu dilenyapkan dari pemikiran rakyat!!!

Camne ni Husam???  Takkan nak cakap UMNO yg dalangi ujian poligraf ini???  Azmin gak yg untung ye Husam...

LIABILITI KEPADA FUCKATAN, HUSAM MUSA PERANGKAP ANWAR IBRAHIM ???

Husam Musa seakan tidak mahu mengiktiraf sumpah laknat yg dibuat oleh Datuk Eskay.  Dia menyerlahkan sikap liberalnya.  Demi untuk berpaut di bahu Anwar, Husam mengorak langkah untuk menjadi hero.  Apakan daya telahan bijaksana baginya rupanya perangkap kepada Anwar.  

Datuk Eskay telah menyahut cabaran Husam untuk membuat ujian poligraf.  Malang bagi Husam, dia kini terpaksa menelan kepahitan akibar mencabar kebenaran!  Bukan sahaja maruah Anwar yg dipertaruhkan, namun perkara yang lebih berat untuk kita fikirkan bersama, adakah Husam Musa RAGU-RAGU MEMPERCAYAI ALLAH?

Mgkin agak keras bagi GT berkata sedemikian, namun apa lagi yang boleh dikatakan apabila bersumpah dengan nama Allah tidak lagi mahu dipercayai.  Tidak semua perkara harus dilihat dalam bentuk syariat semata-mata, kerana Islam juga mengajarkan kita tentang tauhid.  Dan proses tauhid (kepercayaan) itulah perjalanan kita mengesakan Allah, Tuhan sekelian alam.  Lantas apakah tidak wajar untuk seorang ummat Islam bersumpah atas nama Tuhannya, selaras dengan kepercayaannya?

Baca petikan dari blog GAP ini berhubung dengan sms yg diterima dari Datuk Eskay:

'Saya menyambut dengan lapang dada dan hati yang terbuka berkenaan dengan cabaran untuk melakukan ujian poligraf sepertimana yang diminta oleh husam musa. Panggilkan kesemua pakar sepertimana yang disarankan oleh husam musa.'

'Mungkin dengan cara islam (bersumpah laknat) nampaknya mereka masih tidak berapa yakin, namun atas dasar kebenaran dan menyampaikan yang HAK saya bersedia untuk menyahut cabaran poligraf ini .'

TETAPI..

'Saya meletakkan syarat untuk melakukan ujian poligraf tersebut. Pertama ujian poligraf tersebut hendaklah disertai oleh anwar ibrahim .Saya mencabar anwar ibrahim untuk turut serta melakukan ujian poligraf tersebut. Kedua, ujian ini hendaklah dilakukan/disiarkan  secara langsung di media utama seperti TV3,RTM,ASTRO dan kesemua media antarabangsa. Biar rakyat seluruhnya menilai keputusan tersebut !'.

Husam terperangkap.  Gertak yang dilaungkan disambut dengan hati terbuka demi membuktikan kebenaran.  Dan kebenaran yang mahu dibuktikan oleh Datuk Eskay ingin dikongsikan bersama dengan rakyat, sejajar dgn tujuan utamanya mendedahkan video karya agung xxx omega itu.  

Pada ketika ini, Husam telah berada di level yang sama dengan Rafizi yg terperangkap dengan isu twitternya, dan Nik Nazmi yang menjawab isu video ini walhal belum menontonnya lagi?

Mereka telah menyebabkan Anwar terperangkap atas "kebijaksanaan" masing-masing.

Ataupun, adakah ini taktik Husam untuk me"nyah"kan Anwar dari dunia politik tanahair kerana Anwar menjadi liabiliti utama yg menghakis kenyakinan rakyat terhadap Fuckatan???

Thursday, December 9, 2010

EXPO CHENG HO - SIAPA YANG UNTUNG???

Sebagai Rakyat Kelantan,Mj Nak Ucapkan Jutaan Terima kasih Kepada Seluruh Kerajaan Kelantan Yang Kononnya Expo Tersebut Telah Berjaya Menarik Minat Ramai Pelabur,Dan Sepanjang Expo Tersebut DiJalankan Pada Pengamatan Mj,Hanya Dikunjungi Oleh Ribuan Budak Sekolah Bersama Guru Mereka Sahaja.Maklumlah,Sekarang Musim Cuti Dan Ianya Riadah Akhir Tahun Untuk Kanak-Kanak Sekolah.Mungkin Itu Adalah Pelabur Bagi Mereka.
Hehehehehe...,

Dan Apa Yang Betul-Betul Berjaya Adalah,Bila Berjaya Mengelakkan Konsert Serta Hiburan,Yang Sekali Gus Banyak Mengundang Perkara Buruk Dari Baik,Dan Ianya Berjaya Diganti Dengan Permainan Tradisional Kelantan Iaitu Gasing.

Tahniah Jugak Kepada Hussam Musa,Antara Calon MB Bukan Pilihan Tok Guru Berbanding Nik Amar Yang Sentiasa Ada DiBibir Tok Guru Di Mana Ceramahnya Sekalipun,Walau Di Perkarangan Stadium Setiap Jumaat Disini.Sebagai Exco Ekonomi Kelantan,Hussam Mussa Antara Kepala Dan Peneraju Expo Ini Yang Semua Rakyat Tahu Bahawa Ia Adalah Ubat Untuk Memulihkan Lukanya Dalam Saf Kepimpinan Kelantan Yang Mula Tercemar Setahun Dua Nih.Mungkin Jua Hussam Menganggap Bila Berjayanya Expo Ini,Maka Lukanya Kian Pulih.Tetapi Ia Tidak Sama Sekali Sam..!!!

Sedar Tak Bahawa,Deligasi Tersebut Enggan Datang Pada Awalnya Walaupun Telah Banyak Kali Hussam Ke Sana.Macam Biasalah,Takkan Expo Besar Mahu DiLaksanakan Pada Peringkat Negeri,Melainkan Peringkat Nasional Yang Benar-Benar Mencapai Objektif Penganjuran Dan Banyak Pelabur Dapat Dikumpul.Maka Banyaklah Pulak Pitis Kami Rakyat Yang "Diguna".Sedar Tak Hussam,Ia Makin Tercalar Pada Pandangan YB Pas Kelantan.Keh Keh Keh Keh..!!!

Menurut Beberapa Peserta Expo Tersebut Juga,Mereka Di Bayar Mengikut Persetujuan Untuk Meneruskan Expo Tersebut Dengan Bayaran RM50 Ribu Termasuk Makan Dan Minum Serta Tempat Tidur,Melainkan Kos Pengangkutan Di Tanggung Sendiri Oleh Syarikat Terbabit Yang Sekali Gus Berbeda Dengan Cara Expo Sebenar DiJalankan,Dan Tak Mustahil,Gegernya Pulak Dalam DUN Kelantan Nanti.

Bayangkan Jumlah Bayaran Dengan Gunakan Pitis Rakyat Kelantan Kepada Syarikat Tertentu Dengan Jumlah RM50 Ribu Kepada 200 Syarikat (Peserta Expo),Dan Telah Melibatkan Sebanyak RM10 Juta Untuk Biayai Syarikat Yang Hadir.Kan Pembaziran Namanya.Adakah Penganjurannya Telah Berjaya Dan Mungkin Baiknya Juga Duit Tersebut Betol-Betol Membantu Rakyat Kelantan Yang Ramai Berada Dalam Kedaifan.



Mungkin RM 10 Juta,Kalau DiGunakan Secara Berhemat Untuk Pembangunan Rakyat,Mungkin Jua Keadaan Dan Permasalahan Begini Dapat Dikurangkan.

Nik Aziz Menyampaikan Cenderamata Kepada Imam Besar Guoangzou 
Dalam JamuanPerdana Kerajaan Kelantan Bersama Deligasi

Sehingga Hari Ini,Permasaalahan Ini Masih DiBangkitkan Oleh Ramai Rakyat Khasnya,Golongan Tua Di Kedai-Kedai Kopi.Alhamdulillah,Rakyat Kini Sudah Mulai Sedar Yang Selama Ini Mereka Telah Di Bohongi Oleh Pentadbiran Ulamak Yang Sebenarnya.Kalau Begini Gamaknya,Tidak Mustahil Kota Darul Naim Akan Dapat Di Tawan Kembali,Dan Insyaallah,Expo Cheng Ho Yang Sebenarnya Telah Mula Menjatuhkan Politik Manusia Durjana Khasnya Hussam Mussa Sendiri,Yang Banyak Bersikap Musang Dan SonglaP Pitis Rakyat,Untuk Terus Mengkayakan Kroni Dan Anak Buah Yang langsung Kebajikan Rakyat DiAbaikan Dan Terus Merena Dan Merena Sehingga Merana..!!!..


GERAKAN TIMUR:
Macam mana pulak join expo dapat bayaran??? bukan nak join expo syarikat yang kena bayar ke??? ishhhh... songsang semacam je bunyinyer... apa hal???  Ader sapa2 boleh perjelas???

Habihla ko husam... siap2 la nak di cah keting kan... hahahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...