Bersama Berjuang

Showing posts with label AZIZ BARI. Show all posts
Showing posts with label AZIZ BARI. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

Aziz Bari Semakin Mempopularkan Dirinya Kepada DAP!!!


Gelaran akademik selalunya menunjukkan tahap, atau jawatan.  Ia seharusnya selaras dengan pemikiran. 

Dan Aziz Bari juga punya pemikiran, akan tetapi menafikan adat, norma, pegangan budaya yang sudah sebati dengan kehidupan masyarakat Malaysia. 

Apatah lagi sekiranya ia telah dilembagakan, dipiagamkan, satu keperluan untuk merentasi dunia moden, sekalipun institusi Raja-Raja Melayu telah berkurun melebarkan kedaulatannya di nusantara Melayu. 

Namun Aziz Bari tidak melihat semua itu.  Kononnya hanya berpandukan perlembagaan, maka dia layak untuk bercakap, tanpa peduli sensitiviti dan perasaan umat Islam dan Melayu, sekalipun berkongsi agama dan rumpun. 

Dan munculnya Aziz Bari ini sangat digemari oleh DAP.  Ia kerana isu yang dibawanya, mempertikaikan titah Tuanku Sultan Selangor berkenaan isu pemeriksaan JAIS terhadap DUMC. 

Betapa "mahal"nya Aziz Bari di mata DAP, kerana menentang arus budaya Melayu, kerana menderhaka kepada Sultan. 

Semalam Aziz Bari melatah.  "UIA ingin memalukan saya".   Nadanya marah.  

Bukankah pengagungan konsep kebebasan hak bersuara wujud dalam hatinya?  Mengapa perlu emosi, hanya kerana gelaran Professor nya ditarikbalik oleh UIA?  Apakah hak bersuara bermakna, Aziz Bari layak mengkritik sesiapa sahaja yang dimahukannya?  Apakah hak bersuara bermakna orang lain tidak boleh mengkritiknya pula?  Sungguh luas definasi demokrasi Aziz Bari. 

Aziz Bari, permata DAP!

Ada juga yang berkata Aziz Bari sudah sertai PKR.  

Bagi GT mudah...  Apa beza PKR dan DAP?  Sama-sama mughalazah!!!

Saturday, October 29, 2011

Aziz Bari Terima Ugutan dan Peluru... Takde Taktik Psywar Lain ke?


Psywar pembangkang telah dihidu oleh blogger, dan pemerhati politik.  

Karpal PooSingh, Tony PuaKA, dan beberapa lagi pemimpin Fuckatan juga telah menggunakan modus operandi yang sama.  GT sarankan agar mereka ubahlah cara psywar, kerana isu yang melibatkan institusi raja-raja, pastinya benda yang sama diterjemahkan kepada rakyat untuk menelan.  

Sekali mungkin, dua kali mungkin, tetapi andai berkali-kali, rakyat sudah muak dan faham akan permainan politik gampangan Fuckatan.

Tujuannya, untuk meraih simpati, seterusnya menyalahkan pihak lain dalam isu ini.  

Akhirnya, Aziz Bari jadi hero.  

Aziz Bari jadi hero, dia pro kepada Fuckatan.  

Siapa yang untung?  Dan siapa yang rugi?  Yang rugi adalah Islam dan Melayu, kerana peranan DAP sudah diambil oleh orang MELAYU yang beragama ISLAM!!!

Apa??? Bercakap atas kepakaran??? Chittt... podaaaahhhhhh...!!! 

Thursday, October 27, 2011

Tarbiyah Kristianisasi P.A.S Di UIA Menjadi???


Gambar di atas adalah pelajar universiti, yang standard pemikirannya ingin menjadi hero.  Dan mereka ini selalunya mendabik dada, dengan alasan golongan terpelajar.  

Berbekalkan kuliah dengan ilmu teori. lagaknya seolah-olah menteri.  

Biarkan.. kerana itu sudah lumrah seorang mahasiswa.  Dengan status mahasiswa, mereka kononnya hebat.  Dengan status mahasiswa, mereka kononnya lebih tahu dari Yang Maha Tahu.  

Maka tiadalah mereka sedar akan perbuatannya itu.  Status mahasiswa rupanya menjerumuskan mereka ke lembah kejahilan.  Kebodohan hakiki.. bodoh yang melantun-lantun.

Banyak lagi cara untuk menunjukkan protes, mengapa ini yang mereka pilih?

Upacara memegang lilin itu, mirip kepada upacara agama apa?  

Bukankah kita dilarang meniru upacara agama lain?  

Universiti ISLAM Antarabangsa, namun ISLAM hanya kosmetik.  Sama kedudukannya seperti ajaran PAS.  Dan dibawah adalah contoh terbaik, siapa yang mengamalkan upacara sebegini.



Tarbiyah kristianisasi Parti Ambiga Srevenesan (PAS) semakin berkesan...

Take Beer..... 

Monday, October 17, 2011

DEBAT RAKYAT Makin Panas... Zul Nordin Terima Cabaran Debat Aziz Bari!!!


GT mohon maaf kepada pembaca kerana tidak dapat membuat liputan DEBAT RAKYAT di DUN Sri Muda malam tadi.  

Ada meeting penting... VVIP nak bayar GT sebab nak buat cover up story anak dia ramas buah dadu ahmoi.. muahahahahaha...

Apapun, watak utama debat rakyat, YB Zul Nordin dikhabarkan telah menerima cabaran dari Prof kangkung, Aziz Bari untuk berdebat.  Waima di depan pelajar si prof kangkung sekalipun, YB Zul sanggup!  

Dengan syarat, Aziz Bari mestilah memohon maaf kepada Tuanku Sultan Selangor.  

Ada brani ka, wahai prof kangkung???

Aziz Bari Ni Sebenarnya Manusia Jenis Apa???


Prof Dr. Aziz Bari telah melangkaui sempadan pertuturan rakyat.  Selama ini, beliau yang diberi kebebasan untuk berkata-kata walaupun telah beberapa kali mencetuskan kontroversi.  Fahamannya lebih kepada PAS, kerana beliau sememangnya fanatik PAS dan ianya bukanlah rahsia kepada mahasiswa se zamannya sewaktu di UIA dulu.

Beliau acapkali mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat berikutan kenyataan-kenyataannya berhubung isu politik masakini.  Dan statusnya sebagai pakar undang-undang menyebabkan pendapatnya berkiblatkan barat, kononnya moden, tanpa mengambil peduli sensitiviti orang Melayu, malah orang Islam sendiri.

Statusnya itu mengakibatkan beliau sukar untuk membezakan antara yang tersurat dan tersirat.

Dan tindakan terbarunya kali ini sangat menjengkelkan ramai.  Titah Tuanku Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama telah dipertikaikan.  Sungguhpun beliau mungkin bercakap atas dasar pengetahuan dan kepakarannya, itu bukanlah segalanya kerana beliau seolah-olah lupa bahawa hal-ehwal Islam di Negeri Selangor adalah tertakluk kepada kuasa Tuanku Sultan Selangor.

Kuasa ini termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.  Agak menghairankan apabila “pakar” sepertinya tidak mengambil peduli undang-undang tubuh kerajaan negeri, yang sekian lama menjadi pegangan, yang membezakan di antara Persekutuan dan Kerajaan Negeri.  Ini soal yang sudah dimeterai, melainkan apabila bukan Barisan Nasional yang memerintah nanti, siapa tahu mungkin undang-undang ini akan digubal semula, atau dimansuhkan.

Baca seterusnya DISINI.

Sunday, October 16, 2011

Laporan Polis Terhadap Aziz Bari Yg Mangkuk Ayun!!!


Laporan polis oleh GAPS pada hari Khamis yang lalu.  Sori.. lambat upload sebab GT demam... 2 hari yang seksa.. terbaring bro, gara-gara keja kuat nak bagi BN menang.. hehehehehe.. 

Apapun, sekarang dah sihat.  Layan video dibawah:

Sunday, May 8, 2011

AZIZ BARI SEMAKIN MENJADI-JADI: PECACAI JADI-JADIAN?


Nahhhh!!!  Tu diaaaaaa...  wajah sebenar yang semakin lama semakin terserlah.

GT tidak nafikan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan bahawa Perdana Menteri wajib dari kalangan Islam dan Melayu.  Namun, apakah motif dia untuk memberitahu kepada ummat Islam dan Melayu agar tidak perlu risau seandainya Perdana Menteri terdiri dari bukan Melayu?  

Adakah hanya kerana ia tercatat di dalam Perlembagaan, maka apa yang tersirat demi untuk Islam dan Melayu tidak pernah diambil kira?  

Ataupun adakah dia terlalu sukar untuk memahami yang tersirat?  

Takkanlah... professor tuuuuu.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...