Bersama Berjuang

Showing posts with label Hasan Ali. Show all posts
Showing posts with label Hasan Ali. Show all posts

Tuesday, January 8, 2013

WOW!!! ALI BERSAUDARA BUAT PESURUHJAYA PAS SELANGOR TAK TIDUR MALAM!!!


Fuhhhh.... lagi sekali, antara liabiliti kepada Islam, Melayu dan Raja-Raja iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor akan digempur. 

Jom pakat turun... panassss weeeiii.... 

Wednesday, November 21, 2012

Hasan Ali Balun PAS Lagi.... Dr. Rani Terkebil-Kebil!!!



Saya terkejut bila melihat dan mendengar sendiri doa yang dibacakan melalui kaca tv malam semalam. Ada lima perkara yang menyebabkan saya tersentak. Pertama, inti apa yang dipohon melalui doa tersebut, kedua, bahasa yang digunakan, ketiga, nada suara yang dilafazkan, keempat, orang yang terlibat membaca doa itu sendiri dan kelima, ribuan makmum yang mengaminkan doa tersebut.

Mengenai apa yang dipohon. Setakat yang saya faham mengenai doa, apa yang dipohon melalui doa hendaklah sesuatu yang baik untuk diri, anggota keluarga, jiran tetangga, masyarakat dan umat keseluruhannya. Islam melarang umatnya memohon sesuatu keburukan dan kecelakaan bagi seseorang atau sesuatu golongan. Doa ulama PAS itu sama sekali tidak mencerminkan perkara ini.

Dalam doa bahasa yang digunakan hendaklah bahasa yang baik-baik. Ini disebabkan yang berdoa memohon kepada Allah SWT sebagai kuasa yang menjadikan semua makhluk termasuk manusia. Sebagai hamba Allah yang begitu kerdil, bahasa yang diucapkan tatakala menghadap Allah seharusnya menggunakan bahasa yang penuh dengan kesopanan, ketertiban dan kehambaan diri. Perkara ini juga tidak tergambar dalam doa yang dibacakan sebaliknya mengulang-ngulang beberapa kali perkataan-perkataan “hukumlah UMNO”, “KO BN”, “BN KO” dan seterusnya.

Nada suara yang dilafazkan. Nada suara terutama bila melafazkan kehancuran dan kemusnahan UMNO/BN dibuat dengan nada yang paling tinggi memenuhi ruang angkasa stadium. Perkara ini jelas bertentangan dengan adab berdoa dalamana mereka yang berdoa hendaklah memilih kata-kata yang sopan, halus dan nada suara yang penuh syahdu.

Orang yang terlibat membaca doa itu sendiri. Setakat yang saya kenali, orang yang membaca doa adalah seorang ulama yang mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas mendidik dan mertarbiah masyarakat Islam sejak puluhan tahun yang lalu. Tidakkah adab berdoa yang pernah diajarkannya kepada jemaah masjid, surau dan madrasah di seluruh negara buat sekalian lamanya dilupakan begitu sahaja.

Ribuan makmum yang mengaminkan doa tersebut. Doa yang dibaca diaminkan oleh ribuan pimpinan PAS yang sebahagian besarnya dari aliran agama. Tidakkah terdetik di hati mereka dikala mengaminkan doa tersebut bahawa adab sopan doa yang dibacakan bertentangan dengan tatasusila berdoa yang diturunkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Saya sangat khuatir kalau ahli-ahli PAS yang jumlahnya mencecah 1 juta orang yang sebahagiannya ada yang begitu taksub kepada pemimpin akan menerima pakai percontohan berdoa itu dan terus mengamalkannya di tempat masing-masing. Tidakkah tindakan orang yang berdoa itu akan memungkinkan timbulnya jurang dan perpecahan yang lebih dahsyat diantara sesama muslim khususnya di kalangan ahli dan penyokong PAS dan UMNO.

Bagaimana pula kalau ulama-ulama UMNO mendoakan supaya sesuatu yang buruk berlaku kepada PAS? Apakah yang akan berlaku kepada masyarakat Melayu-Islam di negara ini akibat daripada kebodohan kita itu? Kita boleh membuat jangkaan bahawa sesuatu yang jauh lebih buruk akan berlaku di kalangan anggota dan penyokong dua parti terbesar yang mewakili Melayu/Islam seandainya kebodohan ini terus dilindung dan dipertahankan.

Pimpinan PAS lebih mengetahui bahawa dalam PRU-12 pada tahun 2008, kemenangan PAS didokong bukan sahaja oleh ahli dan penyokong PAS tetapi pada ketika itu atas sebab-sebab tertentu, ahli dan penyokong UMNO pun ada yang mengundi PAS. Sokongan penyokong UMNO itu menyebabkan PAS menang dengan agak bergaya. Apakah ulama yang berdoa dan makmum yang mengaminkan doa tersebut tidak memerlukan lagi sokongan kumpulan ini untuk membolehkan mereka ke Putrajaya? Seperti yang dipaparkan dalam media matlamat ke Putrajaya begitu ghairah diperbahaskan dalam Muktamar kali ini. Tidakkah doa yang dibaca itu akan menutup ruang sokongan pengundi dari kalangan mana pun termasuk ahli dan penyokong UMNO? Saya tidak dapat membayangkan betapa sempitnya pemikiran mereka yang terlibat hingga sanggup melafazkan doa memohon dihancur musnahkan parti yang seagama dan sebangsa dengan mereka.

Akhirnya saya bimbang piawaian akhlak yang ditunjukkan oleh mereka yang bergelar ulama yang mewarisi para Nabi dicontohi oleh generasi muda Muslim dan generasi pengganti Muslim yang akan datang. Atas kealpaan dan hilang kecermatan mereka yang terlibat akan mengakibatkan kesan buruk berganda di kalangan Umat Islam di negara ini..

Saya doakan Allah terus memelihara kita dengan kasih sayang dan keredhaanNya. Moga pembaca doa dan makmum yang mengaminkannya ditunjukkan jalan yang benar dan sentiasa berada dalam pengampunan Allah SWT.


Pejabat Operasi Jati
153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
18 Oktober 2012

Thursday, November 8, 2012

Nurul Izzah Merengek Kena Balun Dengan Hassan Ali.. Muahahah..



KENYATAAN MEDIA YB DATO’ DR HASAN MOHD ALI
PRESIDEN JATI, MALAYSIA


Saya tersentak membaca laporan dalamana YB Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR membuat kenyataan bahawa rakyat Malaysia termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu. Nurul Izzah membuat kenyataan itu ketika menjadi ahli panel forum “Islamic State: Which Version; Who’s Responsibility? Anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang. Pandangan ini kononnya merujuk kepada peruntukan di dalam Al-Quran tidak ada paksaan dalam agama (Islam).

Mungkin kenyataan yang keluar dari mulut Nurul Izzah secara amnya kepada sesetengah pihak tidak dianggap serius. Tetapi jika ditinjau dari sudut aqidah, syariah dan akhlak yang menjadi asas kehebatan Islam sudah tentu kenyataan sedemikian bertentangan sama sekali dengan apa yang diajarkan kepada kita selama ini.

Kenyataan yang menyebut bahawa orang Melayu harus menerima hakikat yang mereka bebas memilih mana-mana agama selain daripada Islam mempunyai implikasi yang sangat besar kepada generasi kini dan generasi yang akan datang. 

JATI, Yayasan Murni Aqidah bersama dengan NGO-NGO yang perihatin terhadap permasalahan aqidah sentiasa berusaha menangani masalah kecelaruan aqidah termasuk gerakan Kristianisasi yang begitu licik memesongkan aqidah Umat Islam. 

Sekiranya pandangan Nurul Izzah menjadi kenyataan, ruang yang cuba ditutup bukan sahaja terbuka luas malah menjadikan gerakan memesongkan aqidah bertambah kuat dan garang. Mereka mempunyai seluruh jentera dan keupayaan. Kenyataan Nurul Izzah memberi laluan dan tiket percuma kepada mereka menyesatkan Umat Islam.

Seperti yang diketahui, keupayaan kita membendung gejala memesongkan aqidah mempunyai kelemahan dan batas-batasnya yang tersendiri. Bukan sahaja kita tidak mempunyai kuantiti dan kualiti tenaga pendakwah tetapi kita berdepan dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran dan pengaruh seperti Nurul Izzah dan konco-konconya. Kehadiran orang-orang seperti ini dalam masyarakat kita pastinya menambahsulitkan lagi gerakerja memurnikan aqidah yang sememangnya penuh dengan liku-liku itu.

Inilah diantara gejala buruk yang ditakuti akan berlaku, dan pada kenyataannya telah, sedang dan akan berlaku. Ini juga bermakna virus pluralisme agama dan fahaman Islam liberal sudah merebak luas. Kenyataan Nurul Izzah menjadi petanda bahawa gerakan ini sudah secara terang-terangan beroperasi secara aktif dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini.

Nurul Izzah juga mengulas persoalan LGBT. Beliau dikatakan menerima LGBT. Beliau juga menyarankan supaya kita menghormati mereka yang terlibat dengan LGBT dan menyatakan tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang melakukannya dalam keadaan tersembunyi.

Adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah kelihatan saling tak tumpah seperti apa yang pernah disebut oleh ayahanda beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam banyak hal aliran pemikiran dan fahaman beliau mengenai LGBT selari seperti arca di cermin dengan hujah yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim.

Jelas kelihatan mereka tidak bersembunyi lagi menyuarakan pandangan yang jauh terpesong dari sudut mana sekalipun secara terbuka dikhalayak ramai tanpa ada “reservation” mengenai isu ini. Inilah bahana fahaman liberalisme barat. Inilah juga bahana fahaman yang dibawa oleh mereka yang berpengaruh seperti DSAI.

Sekiranya DSAI boleh mempengaruhi dan merosakkan minda anak kandungnya  sendiri, beliau juga mampu dan berkeupayaan memesongkan minda rakyat jika beliau diizinkan untuk memegang tampuk pemerintahan negara ini. Gerakan ini menjadi bertambah mudah apabila PAS yang sepatutnya menjuarai isu aqidah, syariah dan moral kelihatan begitu terpesona dan terpaku dengan kelicikan DSAI. Ini menyebabkan rakyat Malaysia khasnya Melayu-Islam akan terjerumus dalam kancah aqidah, syariah dan akhlak yang begitu mengerikan.

Saya ingin mengingatkan pimpinan gereja supaya tidak mengambil kesempatan dengan hampirnya PRU ke 13 dalamana mereka kelihatan begitu bertenaga untuk menganjurkan acara-acara yang menyentuh perkara-perkara dasar melibatkan masyarakat Islam terutamanya. Dikhuatiri gerakan terancang ini akan menyebabkan masyarakat Islam semakin berpecah belah. Perpecahan sedemikian sudah tentu menguntungkan mereka yang gemar menangguk di air yang keruh.

Kita ingin melihat pimpinan tertinggi PAS terutamanya golongan parasit tampil menyatakan pendirian mereka berhubung dengan kenyataan Nurul Izzah itu. Apakah mereka akan terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan aqidah terus menular? Apakah mereka memilih untuk terus menikus melihat fahaman pluralisme agama dan Islam liberal terus melonjak tanpa sekatan? Apakah golongan parasit ini sudah menjadi beku, kaku dan terus terselimut mempertahankan prinsip hak asasi manusia yang mereka sama-sama perjuangkan? 


Pejabat Operasi Jati
153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
5 November 2012

Wednesday, September 19, 2012

WOW... Hasan Ali Terkejut Ngeh Koo Ham Alami Kejahilan Peringkat Tertinggi Setelah Berkawan Dengan PAS!!!



Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan terhadap tweet yang dilakukan oleh YB Ngeh Koo Ham semalam yang menyifatkan umat Islam seolah-olah membuang masa dan tenaga apabila mengadakan perhimpunan besar-besaran Jumaat ini untuk membantah penghinaan Sam Bacile ke atas agama Islam melalui filem Innocence of Muslims.

Saya merasakan kenyataan tersebut menggambarkan kejahilan peringkat darjah tertinggi beliau tentang Islam walaupun DAP sudah berkawan dengan Parti Islam Se-Malaysia PAS buat sekian lamanya.

Kenyataan sedemikian sudah tentu menyinggung perasaan dan menghiris jiwa keIslaman masyarakat Islam dalam konteks mempertahankan aqidah sehingga sanggup menginfaqkan nyawa untuk mempertahankan kesucian agama mereka. Perasaan sedemikian terbayang dalam demontrasi yang diadakan dikebanyakkan negara Islam dan seperti yang diketahui, ramai menjadi korban akibat daripada manifestasi keimanan yang dipaparkan oleh mereka.

Kenyataan pemimpin DAP Perak itu bagi saya seolah-olah mencabar maruah dan tingkat kesabaran masyarakat Islam di negara ini. Tak cukup dengan kenyataan Karpal Singh yang berterusan bersifat menghina Islam, rupa-rupanya ramai lagi pemimpin-pemimpin DAP yang mudah menyatakan pendirian anti Islam tanpa mengira sensitiviti masyarakat Islam.

Saya merasakan YB Ngeh yang dianggap senior dan sudah begitu lama bergiat dalam politik seharusnya dapat membaca reaksi masyarakat Islam. Saya bimbang kenyataan-kenyataan seperti ini boleh menimbulkan kemarahan dan seterusnya tindakan yang tidak boleh dijangkakan yang mungkin di ambil oleh masyarakat Islam yang terasa begitu di hina oleh orang-orang bukan Islam yang selama ini mereka hormati.

Saya ingin melihat pemimpin-pemimpin PAS tampil kehadapan terutamanya mereka yang saya labelkan sebagai parasit untuk menyatakan pendirian mereka sekurang-kurangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh melegakan ahli dan penyokong PAS. Tetapi saya tidak terperanjat kalau mereka menyepi diri membisu tanpa bahasa seperti yang biasa berlaku sebelum ini.


YB DATO DR HASAN ALI
Presiden JATI
ADUN Gombak Setia

19 September 2012


Wednesday, July 11, 2012

PANASSS... Aktivis GMP DiSerang Dengan Parang Gara-Gara Debat Hasan Ali vs Rani Osman???!!!


GT baru sahaja dimaklumkan bahawa terdapat usaha yang terdesak dari pihak tertentu apabila menurunkan semua kain rentang untuk hebahan debat perdana seperti diatas.

Pagi tadi, dalam satu kejadian, seorang aktivis GMP (Gerakan Masyarakat Prihatin), yang terserempak dengan individu yang sedang menurunkan kain rentang program debat perdana itu telah diajukan dengan parang gara-gara menegur perbuatan yang tidak demokratik itu. 

GT difahamkan, satu laporan polis telah dibuat di IPK Klang Utara atas kejadian tersebut.  

Fuhhhhh.. panasssssss... jom turun, malam ini!!!  Kita tengok, siapa yang kenaaaaaa....


Wednesday, July 4, 2012

PANASSSS... Debat Perdana: Hasan Ali VS Rani Osman!!! SEBARKAN...


GT, dengan merendah diri, ingin menjemput seluruh ahlul PAS dan penyokong-penyokong PAS untuk hadir bagi mendengar sendiri, dari mulut yang empunya badan. 

Ahli UMNO tidak perlu hadir, kerana ini urusan dalaman PAS.  Kita mahu lihat, berapa ramai ahlul PAS yang sudi lapangkan dada, celikkan mata dan bukakan telinga untuk mencari kebenaran.

Atau, ahlul PAS lebih sanggup pejamkan mata, pekakkan telinga, dan bodohkan diri sendiri secara melantun-lantun agar minda mereka terus terkunci rapat di dalam kegelapan jahiliyah. 

Errr... ahli UMNO yang mahu dengar boleh juga hadir kot... Untuk tambahkan pengetahuan, betapa PAS sudah lumat dan berkulat gara-gara penangan DAP laknatullah!

Sebarkan program ini ke seluruh pelusuk alam!!!

Jangan lupa bawa Pengetua Sekolah Menengah Meru sekali.. k... see ya!

Tuesday, June 26, 2012

Pesuruhjaya PAS Selangor Menggelupur Kepanasan Gara-Gara Kebenaran!!!




Apa lagi yang anda nantikan.... Hadirkan diri anda untuk menjadi sebahagian daripada sejarah perjuangan menentang liabiliti kepada Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.  

Langgar sajaaaaaa...

Monday, June 11, 2012

PANASSS... Beranikah Pesuruhjaya PAS Selangor Sahut Cabaran Sekretariat Mobalisasi Ummah?


Di dalam ceramah anjuran SMU baru-baru ini, GT tertarik dengan lontaran yang dibuat oleh pihak sekretariat, iaitu mengadakan pidato terbuka di antara mantan Pesuruhjaya PAS Selangor dengan Pesuruhjaya PAS Selangor.  

Usaha ini dibuat atas dasar apa jua yang disensasikan di media-media, akan dijawab sendiri oleh mulut empunya diri.  

Ramai yang sebenarnya masih tertanya-tanya tentang isu yang melingkari kedua-dua individu ini.  Pelbagai tuduhan pula dilemparkan kepada Hasan Ali setelah pemecatannya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. 

Lucunya, gerakan JATI oleh Hasan Ali pula telah disabotaj oleh pihak-pihak tertentu, yang rupanya tidak senang duduk dengan apa yang cuba disampaikan olehnya.  

Bukankah Pesuruhjaya PAS Selangor, mengatakan "perginya" Hasan Ali dari PAS tidak langsung memberi kesan kepada PAS?  Siapa yang sebenarnya khuatir akan gerakan dari Hasan Ali?  UMNO? MCA? MIC? atau BN? 

Berbalik kepada cadangan pidato terbuka, mengikut maklumat, Dato Dr. Hasan Ali, mantan Pesuruhjaya PAS Selangor telah bersetuju secara lisan untuk turut serta dalam pidato ini.  Dikhabarkan, Hasan Ali bersedia untuk berpidato atas apa jua tajuk yang dicadangkan nanti. 

Persoalannya, ia berbalik kepada Pesuruhjaya PAS Selangor samada mahu menerima jemputan dari SMU.  SMU akan mengutuskan sepucuk surat jemputan bagi tujuan ini.  

Pastinya, rakyat Selangor khususnya, menanti pidato ini dengan penuh minat.  

Friday, May 11, 2012

"Saya Tidak Sanggup Lihat PAS Memusuhi Islam" - Hasan Ali



KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
ADUN GOMBAK SETIA

Kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk melaksanakan hudud di negara ini memang sudah dijangka mendapat tentangan keras daripada DAP sebagai parti komponen dalam Pakatan Rakyat. Alasan TG Abdul Hadi Awang bahawa hudud akan dilaksanakan setelah fenomena pengangguran dan kemiskinan dapat ditangani tidak sedikitpun mengubah pendirian DAP.

Pengerusi DAP itu dengan keras dan tegas mengulangi kenyataannnya bahawa atas apa alasan pun DAP sememangnya tidak dapat menerima syariat Islam dan perlaksanaan hudud. Seingat saya Setiausaha Agung DAP dalam salah satu sidang akhbarnya tahun lepas juga menyatakan perkara yang sama dengan apa yang ditegaskan oleh Karpal Singh. PAS tidak boleh sama sekali membuat kenyataan mengenai hudud apa lagi melaksanakannya sebelum mendapat restu daripada dua komponen parti yang lain khususnya DAP.

Ini bukan kali pertama kenyataan sedemikian diutarakan oleh pimpinan tertinggi DAP. Rakyat Malaysia termasuk ahli dan penyokong PAS memang dapat menduga respon daripada DAP berhubung dengan isu Negara Islam dan hudud tersebut.

Bagi saya, sebagai pemimpin parti Islam, tidak dibenar membuat apa-apa kenyataan berhubung dengan dasar perjuangan partinya, sama sekali tidak dapat diterima oleh akal orang yang siuman. Bagi saya juga, apa hak DAP untuk menyelar dan menidakkan kenyataan umum yang dibuat mengenai perlaksanaan hudud yang seperti diketahui pada dasarnya melibatkan penganut Islam sahaja. Saya menganggap tindakan pimpinan utama DAP begitu keterlaluan hingga tidak langsung mengambil kira sensitiviti umat Islam khasnya ahli dan penyokong PAS termasuk mereka di akar umbi yang ingin melihat syariat Islam dan hudud dilaksanakan. Itu jugalah janji PAS kepada mereka.

Secara peribadi, saya tidak sanggup dan rela ulama-ulama dihina sedemikian rupa. Saya tidak sanggup melihat ahli dan penyokong PAS terbabit sama dihina dan hilang maruah disebabkan pimpinan utamanya dicabar sedemikian rupa. Ahli dan penyokong PAS tidak seharusnya menganggap isu ini sebagai perkara yang mesti diletakkan ke pundak pemimpin tertinggi tersebut sahaja. Ahli dan penyokong PAS mesti menggalas sama tanggungjawab melaksanakan misi dan visi perjuangan PAS dan menjadikan PAS parti yang bermaruah bukan parti yang boleh ditunggangi sesuka hati seperti sekarang oleh pihak luar yang sememangnya mempunyai track record memusuhi Islam.

Dalam hubungan ini saya ingin kembalikan ingatan ahli dan penyokong PAS mengenai deskripsi yang diberi oleh Presiden PAS terhadap Karpal Singh satu masa dahulu berhubung dengan isu yang sama bahawa Karpal Singh tidak lebih daripada ubat yang sudah tamat tempoh. Bagi saya bukan sahaja setakat itu tetapi beliau tidak lebih daripada manusia yang sudah melangkah ke zaman “menopause” dalam arena politik yang tidak perlu lagi diberi perhatian sehingga boleh merugikan masa, tenaga dan pemikiran.

Sedikit pengalaman saya selama 4 tahun menjadi Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, apa yang disarankan oleh pimpinan tertinggi PAS itu, itulah juga yang sering saya timbulkan waktu di amanahkan untuk mendokong portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu di negeri Selangor. Demi mempertahankan posisi yang saya ambil selama ini, saya telah menjadi mangsa dan dipecat daripada parti Islam itu.

Saya ingin menegaskan kepada ahli dan penyokong PAS serta masyarakat Islam di negara ini, inilah realiti kedudukan, kemampuan dan cabaran yang berterusan serta tekanan yang dihadapi oleh sebarang usaha untuk melaksanakan hasrat murni merealisasikan hukum hudud dan syariat Islam. Saya terus berasa pesimistik terhadap usaha tersebut di dalam PAS disebabkan kehadiran majoriti golongan parasit yang menguasai saf kepimpinan tertinggi parti ketika ini. Saya meramalkan di bawah gagasan Pakatan Rakyat jalan ke arah itu semakin sempit dan semakin gelap. Telahan saya ini semakin hampir ke realiti lantaran sikap Karpal Singh tersebut serta kata-kata yang pernah diucapkan oleh beliau sendiri bahawa PAS perlu melangkah mayat beliau terlebih dahulu sebelum dapat melaksanakan hudud.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
ADUN GOMBAK SETIA
Pinggiran TTDI,
Kuala Lumpur
11 MEI 2012

MESTI BACA: Laporan & Foto Ceramah Hasan Ali Vs Ceramah Parasit di Meru! Siapa Unggul???









Kawasan Perusuhjaya PAS Selangor, YB Dr. Rani Osman, terus digempur oleh pejuang-pejuang Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu.  

Yang menariknya, kira-kira 35% hadirin adalah di kalangan anak muda.  Walaupun mereka malu untuk duduk di bawah khemah, sekadar duduk di atas kapcai masing-masing sudah cukup menunjukkan mereka ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku.  

Maaf, foto GT kurang memuaskan, kerana masih belum ada sponsor dari NED, IMF ataupun Republik Rakyat China untuk mendapatkan kamera canggih.  

Jangkaan GT tidak ramai, sekitar 1000 orang sahaja.  Bagi GT, itu adalah petanda yang baik, dan signal penolakan rakyat terhadap PAS di Dewan Undangan Negeri Meru.  Jangan kita terlupa, bahawa YB Dr. Rani berkata pemecatan Hasan Ali tidak memberi apa-apa kesan kepada PAS!  

GT difahamkan, ada 5 kain rentang untuk mempromosikan ceramah ini, hilang dalam terang. Itu bukti, bahawa seseorang berasa tidak selesa dengan perjuangan Islam, Melayu dan Raja-Raja ini yang dibawa oleh Hasan Ali.

So, sekarang, siapa yang terkesan?  

Mungkin pada Pesuruhjaya PAS Selangor, angka 1000 orang hadirin belum menghadirkan gerun pada keangkuhan dan kesombongannya.  

Tetapi, mari kita lihat, renung dan fikirkan, ceramah PAS yang diadakan berhampiran dengan lokasi ceramah Hasan Ali sebelum ini.  





Izinkan GT menjual pantun kepada semua pembaca yang budiman...

Anwar Ibrahim menari-nari,
Dr. Rani, suka membontoti,
Wahai pembaca yang bijak bestari,
Apakah pentanda, berdasarkan bukti?

Haaa.. jawab... jawab....

Wednesday, May 9, 2012

MALAM INI: Hasan Ali Dedahkan Dokumen Saman Parasit??? Jom Turun!!!


Sekali lagi, Hasan Ali terpanggil untuk menentang parasit di DUN Meru.  

Parasit itu pernah berkata, lupakan kerajaan perpaduan untuk Islam & Melayu...

Parasit itu pernah berkata, turun mempertahankan Anwar adalah jihad...

Parasit itu juga berkata, isu pendedahan video murtad adalah soal kecil... 

Seluruh rakyat, anda bertanggungjawab untuk hadir malam ini, dalam misi mempertahankan Islam, Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu.  

Jadikan diri anda sebahagian dari perjuangan ini.  

Monday, April 30, 2012

PANASSS... Video Ust Hasan Basri Dedahkan Din Pudu Parasit Nombor Wahid!


GT gelarkan Ust Hasan Basri sebagai superstars JATI.  Anda harus hadir jika berkesempatan sekiranya beliau berceramah di sekitar kawasan anda.  

GT gerenti, anda mesti puas hati!  Jom lihat bagaimana Ust Hasan dedahkan siapa itu Din Pudu. Muahahaha.. KLIK LINK kat bawah nih...

http://youtu.be/8Kl2kH5YgGQ

Monday, April 23, 2012

PERGGHHH... JATI Sertai BERSIH 3.0 ???



PANDANGAN JATI TERHADAP PERHIMPUNAN BERSIH 

Pada 28 haribulan ini, seperti yang dilaporkan akan berlaku satu perhimpunan yang dinamakan perhimpunan Bersih. Bersih pertama dan kedua telah pun berlalu, dan  kini muncul Bersih ketiga. JATI sebagai sebuah badan bukan kerajaan, sentiasa peka terhadap isu-isu ketelusan, kebebasan hak asasi, demokrasi dan lain-lain tuntutan yang biasa disuarakan oleh pelbagai pihak. Namun, JATI bukan sekadar peka pada niat yang baik, tetapi juga pada cara yang baik dan pertimbangan nilai-nilai yang baik untuk mengjustifikasikan sesuatu hasrat itu.

Pada JATI, ada isu-isu yang sebenarnya jauh lebih penting kerana isu-isu yang menjadi tumpuan JATI adalah perkara-perkara pokok sementara isu-isu yang dijadikan sandaran anjuran Bersih merupakan perkara-perkara yang telahpun nampak usaha pembaikan dibuat oleh pihak kerajaan dan agensi-agensi berkaitan.

JATI mengalu-alukan sebarang usaha untuk menentukan sistem pilihanraya pada sebarang ketika dibuat secara adil dan saksama. Persoalannya, sudahkah usaha untuk memperbaiki sistem ini berlaku? Pada JATI, pihak-pihak berkaitan telahpun menunjukkan kesungguhan untuk mempertimbang dan seterusnya menginstitusikan pelbagai cadangan yang telah dimajukan.

JATI berpendirian bahawa selain dari usaha Bersih, banyak pihak-pihak lain yang telah memajukan pelbagai cadangan ke arah pembaikan sistem pilihanraya walaupun bukan secara kaedah nak mencari publisiti. Penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) menggambarkan darjah keseriusan mereka yang berwajib untuk sama-sama menentukan supaya sistem pengendalian pilihanraya umum berada di tahap yang terbaik dan memuaskan semua pihak. Namun, adat sesuatu yang datang daripada manusia, maka ruang pembaikan sentiasa wujud dengan munculnya pelbagai pertukaran pada sesuatu realiti. 

Siasatan yang dibuat oleh PSC yang dianggotai bersama oleh wakil-wakil pembangkang telah menjelajah ke seluruh negara bagi mendengar sendiri pendapat dan pandangan pelbagai pihak selain dari mengkaji memorandum-memorandum yang diterima.

Dengan keahlian yang terdiri daripada mereka yang berwibawa dan disegani oleh masyarakat, termasuk wakil-wakil pembangkang, maka agak keterlaluan bagi mana-mana pihak untuk mempersoalkan kemampuan, kebolehan dan kredibiliti mereka yang diamanahkan.

Laporan telah dibentangkan di Parlimen dan telahpun diluluskan. Justeru, segala cadangan dan perakuan telah melalui semua proses perundangan. Setiap proses juga mempunyai mekanisme tapisan tersendiri. 

JATI kurang selesa dengan cadangan mengerahkan rakyat untuk berhimpun pada 28hb April untuk mengadakan Bersih ketiga. Bagi JATI, perhimpunan tersebut tidak lebih dari memancing perhatian rakyat untuk menyokong penganjur yang sebahagian besarnya terdiri daripada anggota-anggota pembangkang, khusus dengan suatu kaedah yang berkaitan dengan permainan emosi rakyat. JATI bimbang rakyat akan diperalatkan untuk membolehkan pihak-pihak tertentu mendapatkan keuntungan politik. JATI juga berpendapat setakat yang telah dirumuskan, PRU ke 13 akan dapat dilangsungkan dalam suasana yang lebih tenteram,sekaligus menggambarkan kedewasaan rakyat Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang bersandarkan nilai-nilai sejagat yang menjaga kesucian tamadun kita. 

JATI yakin apa juga masalah yang dikatakan masih belum selesai boleh dibawa ke meja perundingan. Tidak ada perkara yang tidak dapat diselesaikan seandainya setiap daripada mereka yang terlibat bersandarkan pada semangat mencari kebenaran, tidak membelai ego serta terbuka untuk diperbetulkan apabila mereka sendiri menunjukkan kelemahan pertimbangan.

Dengan ini, JATI ingin menyeru kepada rakyat Malaysia yang mana setelah lebih 50 tahun kita mempraktikkan demokrasi, sekurang kurangnya akan berjaya untuk berfikir buruk baik sesuatu perkara dan menilai matlamat jangka panjang. Tidak ada satu sistem pun yang sempurna melainkan Islam. Bahkan kita diutus oleh Allah untuk menjadi khalifah di permukaan bumi ini adalah di antara lain untuk menyempurnakan kehidupan itu sendiri.

Dalam konteks ini, amalan demokrasi adalah salah satu juzuk daripada lingkungan kehidupan insan, dengan insan-insan yang terlibat juga berpegang pada nilai-nilai sejagat tanpa terbelenggu dengan emosi luar kawalan serta pengagungan nilai-nilai yang berlawanan dengan sifat fitrah manusia yang mencintai kedamaian serta kestabilan.

JATI memesanan kepada golongan muda khususnya, siswa siswi masyarakat kampus supaya tidak mudah menjadi alat kepada pihak-pihak yang cuba mengeksploitasi mereka untuk menyertai Bersih ketiga. Daripada pemerhatian kami, didapati bahawa tindakan segelintir mahasiswa yang terpengaruh dengan pujukan dan rayuan penganjur Bersih Ketiga tidak berjaya mempengaruhi majoriti masyarakat kampus untuk menyertai demonstrasi bersabit dengan PTPTN di Dataran Merdeka. Jelas kepada kita bahawa anak-anak muda di kampus lebih mampu berfikir panjang serta menyedari kesan demontrasi sedimikian pada penghidupan rakyat di negara ini. Kita yang lebih dewasa seharusnya lebih mampu berfikir dan mampu mengunjurkan kesan tindakan kita itu berbanding dengan kebolehan berfikiran anak-anak muda yang  bakal menjadi pemimpin di masa depan.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI
TTDI, KL
21 April 2012

Saturday, April 7, 2012

Hasan Ali dan Zul Noordin Fokus Serangan Kpd PASrasit! Jom Turun...!



Orang Jeram perlu turun, kerana di dalam DUN Jeram sudah ada gereja yang pembaktiannya di dalam bahasa Melayu.  

Orang Shah Alm juga perlu turun, kerana Shah Alam sudah bertukar menjadi bandar segala maksiat.. macam-macam adaaaa... 

Jom, jadikan diri anda sebahagian dari sejarah... 

Takbiiiirrr...!!!

Foto Ribuan Rakyat Bersama Hasan Ali Ajar Exco Agama Islam Penang Baca Surah Al Kafirun



Jutaan terima kasih kepada rakyat Penang yang turun hadir mendengar sendiri dari mulut Hasan Ali.  Itu adalah perbuatan terpuji, kerana memberi peluang kepada diri sendiri untuk menilai.  Adil kepada diri sendiri.  

Dan bukannya mendengar dari mulut-mulut mereka yang fasiq, yang mana Allah tidak memberi hidayah dan petunjuk kepada mereka.  Maknanya, Allah menggerakkan hati anda untuk hadir yang mendengar apa yang hendak disampaikan oleh Hasan Ali.  Apa jua keputusan anda, ia terserah kerana proses demokrasi diri sendiri sudah pun terlaksana. 

Penang mencipta sejarah apabila orang Melayu dan India dihalau dari kediaman mereka dalam skala besar-besaran oleh kerajaan DAPigs Penang.  Begitu juga dengan tapak perniagaan mereka.  

Lebih memilukan, hari ini, para pejuang di Penang terpaksa berhadapan pula dengan kehilangan tapak masjid Bayan Mutiara.  

Apa tugas Abdul Malik Abul Kassim, si exco Agama Islam Penang?  Jangan hanya asyik menonton model-model seksi ber catwalk sahaja!  Di mana tanggungjawab mu?

Dihalau dari kediaman mereka, dan tapak untuk syiar Islam dinafikan, sudah cukup untuk pejuang Penang berjihad menentang DAPigs habis-habisan.  

Firman Allah (Surah Al-Mumtahanah) :
"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil"

Maka, wajib bagi pejuang di Penang untuk bangkit FISABILILLAH...

Lagi foto-foto kebangkitan ummah di Penang, DISINI

Friday, April 6, 2012

Foto Provokasi Pembangkang Di Ceramah Hasan Ali Ditunjangi Tua Terkutuk!



Klik Imej Kasi Clear!

Ini gambar seorang ahli PAS yang terjerit-jerit bila Hasan Ali nak memulakan ceramah beliau di Desa Mentari, Kelana Jaya semalam.. Lepas jerit cepat2 balik naik kereta yang dipandu isterinya.


Seorang lagi ahli PKR yang memekik dihujung ceramah Hasan Ali.

Minta siarkan gambar mereka dalam blog untuk memberi pengajaran - lain kali jangan kacau majlis orang.

GERAKAN TIMUR:
Foto dan keterangan diatas adalah titipan teman dari lokasi medan tempur Hasan Ali.  Terima kasih atas email yang dikirimkan untuk makluman seluruh rakyat bahawa, benih-benih parasit mula mekar subur hasil "baja" liberalisme dan pluralisme.

Ia mengimbas tentang satu lagi kejadian, dengan modus operandi yang sama apabila Hasan Ali bertempur di Kg Kuantan, kalau tidak silap, apabila terdapat wanita separa waras melilau-lilau dan mengganggu tumpuan hadirin.

Taktik terbaru ini menunjukkan betapa kegusaran yang maha tinggi di kalangan PASrasit yang risau dengan risalah kebenaran akan menoktahkan cita-cita ala Syiah mereka.  Sekaligus, ia membungkam kenyataan Dr. Rani pada sidang akhbar sejurus selepas Hasan Ali dipecat.  

Dlm sidang akhbar itu, Dr. Rani mengatakan pemecatan Hasan Ali tiada impak kepada PAS.  Hakikatnya, ceramah Hasan Ali di kwsn Pesuruhjaya PAS Selangor, dilagakan dengan ceramah PAS oleh Khalid Samad, Zuraidah Kamaruddin dibantu dengan kehadiran istimewa, Khalid Ibrahim menyaksikan jurang kehadiran rakyat yang jauh berbeza.  1000 : 250 !

Hakikatnya, PASrasit kini kepanasan sehingga dapat dihidu "bau" terbakarnya, persis seperti yang berlaku kepada syaitan tatkala sahabat Nabi membaca Ayatul Kursi, seperti yang diterangkan di dalam sirah.

Dan kedua-dua parasit (merangkap tua terkutuk) ini bernasib baik, apabila tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku sungguhpun sikap mereka itu melayakkan untuk menerima barang se das dua penumbuk. 

Semoga Allah bukakan pintu hati mereka.  Amin. 


Thursday, April 5, 2012

Rapat "Rakyat Penentu Kuasa" Oleh Jalur Tiga, Malam Ini!


Giliran Kelana Jaya sebagai tuan rumah untuk program ceramah IMR oleh YB Dato' Dr. Hasan Ali.  Pakat-pakat datang, kerana anda akan menjadi sebahagian dari sejarah dalam misi mempertahankan Islam, Melayu dan Institusi Raja yang diancam oleh gerakan liberalisme dan pluralisme.  

Jom turun!

Wednesday, April 4, 2012

CERAMAH TERKINI: Hasan Ali Punca PAS Menjadi Parti Akidah Sifar?



Jadikan diri anda sebahagian dari sejarah untuk menumbangkan Parti Akidah Sifar!  

Ada 2 venues yang telah confirmed setakat ini oleh Sekretariat Mobalisasi Ummah.  Jom turun...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...