Bersama Berjuang

Showing posts with label HKR. Show all posts
Showing posts with label HKR. Show all posts

Friday, January 18, 2013

PDRM hanjingkan Pendemo HKR #KL 112... Muahahahahaha...


Pendemo HKR #KL112 terima tamparan hebat apabila dimatikan akalnya oleh pihak Polis... hahahaha... 

Strategi mereka tak mengena...  DISINI

HKR #KL112 Bukti Kepimpinan Melayu Ditolak Masyarakat Cina!!!



Seminggu sudah berlalu sejak berakhirnya Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) yang berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu minggu lepas, namun hingga kini khalayak umum masih tercari-cari jawapan kenapa kehadiran masyarakat Cina di HKR #KL112 merosot dengan agak ketara.

Keadaan luar biasa itu jauh berbeza bila dibandingkan dengan penyertaan besar mereka semasa demonstrasi Bersih 3.0 pada April 2012 yang diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan di mana hampir separuh pesertanya adalah keturunan Cina.

Mungkinkah benar majoriti masyarakat Cina kini sudah beralih arah setelah menyedari pakatan pembangkang, PR hanyalah satu kerjasama longgar yang berpaut pada dahan rapuh yang tidak menjamin perubahan yang lebih baik berbanding BN?

Persoalan ini menarik perhatian ramai kerana senario selepas PRU 12 2008, menyaksikan majoriti pengundi Cina dilihat lebih dekat dengan PR dan mereka dianggap sebagai aset utama yang membolehkan PR membina kekuatannya untuk berdepan dengan BN.

Bila mana HKR #KL112 yang dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu memperlihatkan senario berbeza di mana amat ketara kurangnya penglibatan orang Cina dari DAP dan PKR, ia tidak hanya menyebabkan khalayak umum tercenggang kehairanan malah dikalangan pimpinan PR sendiri garu kepala kepeningan.

Untuk merungkai persoalan ini, kompilasi info dari beberapa sumber dalaman PR yang menggariskan ringkasan faktor penyebab kegagalan HKR #KL112 menarik penglibatan besar orang Cina mungkin boleh memberi gambaran sebenar kenapa berlakunya keadaan sedemikian.

Pertama, kejadian 'silap pengiraan' undi semasa pemilihan CEC DAP seperti diumumkan pada minggu pertama tahun 2013 nyata memberi impak besar dalam menggugat kepercayaan masyarakat Cina terhadap integriti dan kredibiliti PR khususnya DAP.

Kedua, beberapa hari sebelum menjelang tahun baru 2013, PR melalui NGO proksinya yang didominasi penyonong Cina DAP dan PKR telah melancarkan kempen Mogok Lapar Anti Lynas yang kemudiannya menjadi bahan lawak orang ramai apabila peserta dan penganjurnya makan senyap-senyap di lobi hotel dan restoran berhampiran.

Ketiga, penglibatan ramai anggota keluarga dan saudara mara terdekat dalam kepimpinan tertinggi DAP, PKR dan PAS dilihat oleh khalayak umum khasnya bagi majoriti orang Cina adalah amalan yang tidak sihat yang boleh memudaratkan negara.

Manakala faktor keempat dan paling besar impaknya ialah ketidaksediaan Cina DAP dan Cina PKR untuk mengiktiraf penglibatan utama PAS dalam menggerakkan HKR #KL112. 

Pada mereka, kepimpinan Ambiga dalam menjayakan Bersih 3.0 dilihat lebih meyakinkan hala tujunya berbanding HKR #KL112 yang diketuai pemimpin kanan PAS, Mat Sabu yang bercampur baur dan kabur matlamat penganjurannya. 

Ini merupakan manifestasi ketidakyakinan orang Cina DAP & PKR terhadap kemampuan PAS untuk mengetuai dan mengurus tadbir sesuatu program besar atau lebih tepat lagi ia adalah signal dan bukti penolakan terhadap kepimpinan yang diterajui oleh orang Melayu.

Justeru itu, suka atau tidak, pahit atau kelat sekalipun, PAS terpaksa menerima hakikat kedudukannya dalam PR akan kekal sebagai keldai tunggangan selagi ramai orang Cina dalam DAP dan PKR meragui keupayaannya dan menolak kepimpinan orang Melayu dalam menentukan arah tuju PR.

Wednesday, January 16, 2013

Siapa Wanita Yang Menjadi Mangsa Raba HKR #KL112 ???



Riuh rendah seketika dikalangan pimpinan dan penyokong PR membicarakan kekecohan dan hiruk piruk yang berlaku di pintu masuk utama Stadium Merdeka semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) Sabtu lepas.

Dalam kekecohan tersebut dikatakan seorang pengiring kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah ditumbuk oleh seorang penyokong PAS gara-gara enggan memberi laluan kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun mengikut perkhabaran lain dari peserta HKR #KL112 yang berada di tempat kejadian kemungkinan kejadian tersebut berpunca daripada kes mengambil kesempatan dan meraba wanita.

Bagaimanapun ini tiada kaitan dengan sekeping gambar meraba punggung seorang wanita bertudung yang sengaja disebarkan oleh bloggers PR dalam usaha mereka untuk menuding jari menyalahkan bloggers UMNO.

Sebaliknya kes meraba yang diperkatakan ini menyebut lelaki yang bertopi biru itu khabarnya secara tak sengaja 'tersilap raba' isteri lelaki berbaju kuning sewaktu berhimpit di luar stadium dan bila bertemu secara kebetulan di pintu utama stadium maka hutang maruah dilangsaikan melalui tumbukan padu ke kepala lelaki bertopi biru.

Barangkali terangsang dengan kehadiran sesetengah peserta HKR #KL112 yang berpakaian seksi dan menjolok mata, ataupun mungkin juga teruja dan ghairah dengan penampilan golongan pondan lgbt yang menyeksakan mata yang turut serta memeriahkan himpunan anjuran PR. Ada kemungkinannya.

Mengikut maklumat lain daripada anggota Unit Amal yang bertugas pula, mereka mendakwa mendengar laungan Shamsidar daripada lelaki bertopi biru semasa kehadiran Anwar menyebabkan orang ramai mengamuk dan mengusirnya, diikuti dengan satu tumbukan singgah ke kepalanya.

Sementara seorang rakannya pula menyanggah keterangan itu sebaliknya mendakwa laungan yang didengar ialah "Anwar, jam omeganya mana?," kemudian diikuti dengan tindakan penyokong PR yang lain mengusirnya. 

Agak tidak logik keterangan tersebut memandangkan lelaki bertopi biru itu adalah pengiring Anwar ataupun AJK bertugas, tentunya dia tidak tergamak mempertikaikan di mana jam omega Anwar yang sehingga kini gagal ditunjukkan oleh isteri Anwar kepada orang ramai.

Dalam kesemua keterangan di atas, sukar ditentukan mana satu yang betul. Tiada saksi lain yang dapat mengesahkan, tambahan pula sehingga kini tiada pihak yang tampil membuat laporan polis untuk dibuka kertas siasatan bagi mengelpasti punca sebenar kekecohan.

Namun berdasarkan beberapa video yang sedang ditayangkan di Youtube kebarangkalian besar kekecohan tersebut berlaku sebenarnya disebabkan pengiring Anwar rasa terhina kerana bosnya sebagai Ketua Pembangkang tidak dihormati oleh penyokong PAS untuk menuju dahulu ke pentas.

Tindakan kasar lelaki bertopi biru itu berusaha menghalang rombongan Nik Aziz menyebabkan ramai penyokong PAS berang dan dipercayai menjadi punca utama kekecohan tersebut.

Apapun, sebagai langkah susulan eloklah pemimpin PR membuat penjelasan rasmi untuk meredakan ketegangan, jika betul disebabkan kes raba meraba ataupun provokasi sesama sendiri perlulah dikeluarkan jaminan perkara tersebut tidak akan berulang.

Andainya kekecohan berpunca daripada kelemahan pihak penganjur menyebabkan berlakunya salah faham, maka lelaki yang berkelakukan ganas menumbuk orang lain di depan khalayak ramai itu perlulah diadili mengikut undang-undang.

WOW!!! Hishamuddin Rais Iktiraf Najib Razak Setelah HKR #KL 112???



Akhirnya selesai sudah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112), semuanya berjalan aman dan tenteram. Sekalipun HKR #KL112 gagal mengumpulkan sejuta orang, sekurang-kurangnya penganur dapat juga kutip wang derma lebih dari RM200,000.00 dari penyokong yang hadir.

Soal angka kehadiran berbeza sekejap 100,000 malah ada yang dakwa 150,000 ataupun 300,000 hatta 700,000 sekalipun, bukannya isu utama untuk diperdebatkan.

Yang penting HKR #KL112 sudah membuktikan kapasiti Stadium Merdeka yang cuma 30,000 itu dan kehadiran sebenar cuma 45,000 termasuk peserta atas padang dan di luar stadium, jika bijak dipropagandakan ramai juga yang akan terpedaya dengan temberang angka dan nombor yang bombastik.

Sehingga kini tiada kekecohan besar yang dilaporkan. Kalau ada pun cuma kejadian menumbuk rakan sepakatan semasa kedatangan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang bertembung dengan ketibaan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat di pintu utama Stadium Merdeka, itu sebetulnya sekadar manifestasi kejujuran sikap sesama penyokong PR sahaja.

Demikian halnya dengan penglibatan besar golongan LGBT, aktivis hak asasi manusia ala barat dan puak liberal dalam HKR #KL112, itu tidak mendatangkan aib pun kerana ia hanya satu kejujuran PR sebagai gabungan liberal yang mendukung agenda pluralisme.

Tak salah berlaku jujur menampakkan sikap dan dasar sebenar PR serta sesekali tumbuk kepala pengiring khas pemimpin PR, sedangkan adik beradik lagikan bergaduh, apa sangatlah tumbuk menumbuk sesama rakan dalam pakatan dan berhimpun bersama golongan pondan dan liberal, yak tak?

Malah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri pun teruja sehinggakan turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada PR di atas kelancaran perjalanan HKR #KL112.

"Perhimpunan yang berlaku pada hari tersebut (Sabtu lalu) telah menunjukkan islah atau pembaharuan yang kita lakukan (kuatkuasakan APA) adalah amat tepat sekali. Tahniah di atas profesionalisme yang dipamerkan oleh pihak berkuasa," katanya dalam satu majlis di Kuala Lumpur semalam.

Baru PM sedar dan tahu hakikat yang PR pun ada juga sikap warasnya yang mampu mengatasi angin gila pus-pus disamping berupaya juga untuk berkelakuan sopan macam manusia biasa yang lain, terutama sekali bila dah nak hampir PRU 13.

HKR #KL112 telah mengiktiraf perubahan dan pembaharuan yang dibawa oleh Najib kepada negara dan rakyat maka layaklah ucapan terima kasih itu ditujukan pada semua pimpinan pembangkang. 

Secara ringkasnya HKR #KL112 telah membuktikan tanpa kerjasama dari pimpinan PR sukar untuk menjayakan idea transformasi PM khususnya dalam menjayakan Akta Pehimpunan Awam (APA 2012), betul tak?

Bila agaknya Hisham akan buat press conference untuk mengakuinya? hehehehe...

Tuesday, January 15, 2013

#HKR 112: Anwar Tension Hanya Monyet Dengar Ucapannya!!!


Beberapa kesimpulan dapat dirumus daripada 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' anjuran parti-parti pembangkang Sabtu lepas.

Pertama, sekalung tahniah kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengotakan janji untuk mempastikan perhimpunan tersebut dijamin aman dan tidak berlaku sebarang rusuhan atau kekacauan seperti pengalaman lalu.

Kemenangan besar dan hakiki pada hari Sabtu lalu bukan kepada pembangkang tetapi kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional.

Kewujudan Akta Perhimpunan Aman 2012 telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan apabila rakyat mengetahui keselamatan terjamin serta kehidupan mereka tidak lagi terganggu bilamana pembangkang mahu mengadakan sebarang demonstrasi di masa depan.

Ini adalah satu pendekatan inklusif oleh pihak polis yang patut diberi pujian dan penghargaan termasuk pihak pembangkang sendiri.

Sikap keterbukaan Perdana Menteri yang berkata kerajaan pimpinannya sanggup dikritik dan ditegur adalah satu cerminan dasar yang mengutamankan hak dan kebajikan rakyat dan pada masa yang masa menghormati nilai-nilai sistem demokrasi negara ini.

Kedua, perhimpunan yang diuruskan dengan begitu baik oleh PDRM telah menggagalkan sebarang percubaan pihak pembangkang untuk menimbulkan huru hara di jalanan sebagaimana ang mereka telah lakukan pada perhimpunan Bersih 3.0.


Sudah tentunya individu yang paling kecewa ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengharapkan penyokong-penyokong pembangkang dapat digerakkan sekali lagi untuk merusuh dan menimbulkan suasana tegang.

Strategi Anwar supaya berlaku kakacauan ialah supaya media antarabangsa yang membuat liputan berita akan menyebarluaskan gambaran bahawa kerajaan bertindak zalim, kuku besi, diktator dan sebagainya.

Malangnya perkara ini tidak terjadi dan perhimpunan yang diadakan tidak ubah seperti mana-mana ceramah politik pembangkang.

Kerajaan masih menunjukkan sikap prihatin dan berlembut walaupun pembangkang melanggaar beberapa syarat yang telah dipersetujui seperti menghadkan kehadiran peserta perhimpunan kepada 30,000 sahaja dan dilarang membawa bersama kanak-kanak.

Ketiga, ketiadaan Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang menimbulkan tanda tanya mengapa beliau tidak hadir pada perhimpunan terbesar pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke 13.

Pembangkang berkata dengan jumlah mereka yang berkerumun di Stadium Merdeka sudah cukup untuk menyampaikan mesej kepada Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Mungkin penyokong pembangkang penuh yakin berdasarkan semangat membuak-buak mereka pada hari itu namun Kit Siang nampaknya tidak begitu menaruh harapan yang menggunung. 

Keempat, melihat kepada kerenah penyokong pembangkang yang mewakili pelbagai ideologi dan politik serta landasan perjuangan yang berbeza-beza menjadi satu persoalan adakah pemimpin dan penyokong mempunyai kesatuan fikrah dan pandangan politik yang sama untuk ke Putrajaya?

Pas dengan baju serba hijau yang gemar melaungkan takbir, kumpulan Bersih dan ant-Lynas pula dengan baju kuning mereka, dan PKR dengan baju biru muda masing-masing bersorak dengan sloganan tersendiri seolah-olah ia hanyalah satu perhimpunan carca marba atau 'motley crue'.

Malah terdapat kumpulan-kumpulan serpihan yang menumpang sekaki untuk bersama perhimpunan itu seperti golongan LBGT, anti-Islam, anti-Melayu, pluralis dan liberalis, cauvinis dan rasis, anti-Raja, pendakwah Kristian dan sebagainya.

Semuanya juga mempunyai impian Anwar aagar memenuhi agenda perjuangan kumpulan mereka jika berkuasa.

Malah jika dibilang dengan jari jumlah yang hadir jauh daripada 1 juta yang disasarkan sebelum ini.

Anggaran pihak polis hanya sekitar 40,000 orang yang hadir hanyalah empat peratus dan ini merupakan satu kegagalan besar pihak penganjur.

Di mana 300,000 penyokong yang hendak dikerah oleh Pakatan Rakyat Selangor?

Akhirnya yang datang adalah muka sama yang juga turut menyertai perhimpunan dan demonstrasi jalanan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, Perhimpunan Anti -Isa, dan Perhimpunan Air Selangor sebelum ini. 

Kehadiran penyokong Cina juga amat hambar sekali dikatakan sekitar 8 peratus atau 3,000 sahaja manakala penyokong India kira-kira 2 peratus sahaja.

Ini jelas membuktikan orang Melayu telah dipergunakan oleh Dap untuk menjayakan agenda politik mereka.

Yang tidak faham politik adalah penyokong pembangkang dari kalangan orang Melayu dalam Pas dan PKR yang gagal mengerti bahawa mereka hanyalah keldai tunggangan Dap yang bersikap talam dua muka dan berpura-pura.

Mungkin ini menjadi penyebab mengapa Anwar hanya berucap setakat 20 minit sahaja kerana penyokong sudah meluat dan mula keluar stadium ketika beliau mula berceramah.

Himpunan Shamsidar juga tidak menjadi kerana penyokong Pas dan Dap tidak mahu terbabit menyokong isu peribadi dan moral buruk Anwar.

Hakikatnya 'kebangkitan' yang diharapkan menjelma menjadi kekecewaan yang amat menghampakan.

#HKR 112: Harakah No. Wahid Dalam Soal Menipu!!!



Dengan kapasiti tempat duduk stadium yang hanya 30,000 dan luas padang stadium yang hanya lebih kurang 50 ribu kaki persegi, masihkah ada yang percaya bahawa hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat mencecah 200,000 orang seperti yang didakwa Harakah?   Malah, laporan media-media pembangkang serta laman sosial penyokong-penyokong mereka juga ada yang mendakwa lebih lagi, iaitu sehingga 700,000!  

Jumlah ini dikira kononnya berdasarkan stadium yang padat, ditambah dengan peserta diluar yang merangkumi perimeter sejauh 7km sekeliling stadium.    Adakah sesiapa yang akan percaya dakwaan pembangkang ini?  

Jika dakwaan mereka benar, tentulah Kuala Lumpur menyaksikan kesesakan lalulintas yang teruk serta rungutan para peniaga sepertimana yang berlaku dalam himpunan-himpunan yang didalangi PR sebelum ini.   Tetapi, ini semua tidak berlaku.   Malah, peserta juga tidak menghadapi masalah atau halangan untuk ke lokasi perhimpunan kerana tiada sekatan jalanraya secara besar-besaran.   

Hakikatnya, walaupun keadaan begitu longgar, PR masih tidak mampu mengumpul 1 peratus pun dari jumlah sasaran 1 juta, apatah lagi 200,000 hingga 700,000.  Jumlah rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis iaitu 30 ribu di tempat duduk stadium, 10 ribu di padang stadium dan lebih kurang 5 – 7 ribu di luar stadium adalah lebih munasabah untuk diterima di akal.    

Ini kerana, logik PR yang mengambil kira perimeter sejauh 7km tidak boleh dipakai kerana adalah mustahil untuk peserta berada di sekeliling stadium.  Hanya satu jalan sahaja yang dipenuhi mereka iaitu di hadapan pintu stadium, itupun hanya menyaksikan barisan peserta sejauh 1km atau kurang.   Keadaan di jalanraya di kawasan lebih dari 1km dari stadium adalah lengang, aman dan tenteram.  Hanya kelihatan beberapa peserta yang mungkin balik awal, atau terlambat datang yang mundar mandir, berjalan santai dalam beberapa kumpulan.  

Mungkin kerana telah mendapat maklumat lebih awal bahawa keadaan akan mudah dikawal, maka pihak mengambil keputusan untuk bersikap tidak begitu tegas sepanjang perhimpunan berlangsung.   Maklumat dan tindakan pihak polis terbukti tepat apabila peserta juga tidak membuat provokasi dengan mencabar polis atau bertindak ganas.  

Maknanya, polis telah dapat mengagak jumlah peserta sebelum perhimpunan bermula lagi tetapi PR masih tidak dapat menganggarkan jumlah tepat peserta walaupun perhimpunan telah selesai. 

Perbezaan besar di dalam jumlah yang dilaporkan media pro-PR dengan sendirinya membuktikan yang PR hanya ‘hentam’ sahaja dalam membuat laporan mengenai sambutan terhadap HKR.   Yang sebenarnya, PR cukup maklum yang HKR telah gagal dan tiada sambutan.  Ia dapat dihidu sejak malam sebelumnya lagi di mana hanya mampu mengumpul seribu orang.    

Ada juga peserta yang berkata bahawa HKR adalah jauh lebih hambar dari BERSIH 3.0.  Terdapat ramai yang pulang awal dan kaum Cina dan India juga sudah tidak ambil peduli lagi.  

Yang terus dibuai mimpi, percaya bermati-matian bahawa gambar-gambar superimpose serta stadium kecil dengan ruang di luar yang terhad itu mampu menampung sehingga 200,000 – 700,000 orang adalah benar, hanyalah puak-puak balaci PAS dan segelintir remaja-remaja haprak dalam PKR.   Mereka inilah saja harapan PR untuk meneruskan langkah menuju pilihanraya.  

Mahu tidak mahu PR perlu terus menjaja gambar superimpose tersebut untuk menyedapkan hati penyokong mereka.  Manakala, media seperti Harakah pula perlu terus memainkan peranan menjaja pembohongan demi menutup malu.  

Lagipun, bukanlah Harakah namanya jika melaporkan yang benar iaitu bahawa HKR gagal kerana peserta yang hadir tidak sampai pun 50,000 orang?    Tidak mungkin Harakah mampu menjelaskan bahawa jika stadium tersebut menampung lebih sedikit daripada jumlah itu, maka kita pasti menyaksikan tragedi stadium runtuh dengan kecederaan atau kematian para peserta HKR.    

Tetapi, tidak mustahil juga inilah sebenarnya yang diharapkan pemimpin PR, iaitu tragedi berlaku bagi membolehkan mereka menyalahkan kerajaan…  malangnya, untuk tujuan ini juga mereka telah gagal. 

HKR #KL112: Keliru & Mengelirukan... Pembangkang Cuba Cover Line!


Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) ataupun dikenali juga Himpunan Menyokong Gadaikan Kalimah Allah Kepada Kristian sudah pun selesai. Namun ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi, para penyokong pakatan pembangkang pula masih sosek-sosek sesama sendiri.

Keliru dan mengelirukan. Itu yang sedang berkecamuk dalam minda penyokong pakatan pembangkang berikutan pelbagai angka kehadiran dikeluarkan oleh pimpinan PR dan medianya.

Ada yang kata HKR #KL112 dibanjiri 100,000 orang, 160,000 malah ada juga yang kata nampak dengan mata kepala sendiri 300,000 orang berhimpun di Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya.

Sama-sama sendiri pun berlaku percanggahan ketara, sudahlah angka sejuta gagal dicapai, angka kecil pun tiada satu pun yang tepat dan realistik dengan keluasan lokasi perhimpunan berlangsung.

Mengikut kajian semasa melibatkan pengguna internet seperti blog, portal, twitter dan facebook pada 12 Januari 2012 yakni hari perhimpunan tersebut diadakan terdapat sejumlah 76,000 komen positif yang membicarakan HKR #KL112.

Bagaimanapun keesokan harinya, 13 Januari 2012 komen-komen positif turun mendadak kepada hanya 12,300 komen sahaja. Keghairahan para penyokong PR seperti terbantut. Kenapa dan mengapa?

Berkemungkinan besar kerana tiada insiden besar seperti rempuhan oleh peserta himpunan ataupun tindakbalas keras dari pihak polis. Mungkin ada kebenarannya kerana berdasarkan tinjauan di Stadium Merdeka, banyak kedengaran keluhan para penyokong PR yang merasakan acara kali ini agak membosankan dan tidak mencabar.

Tambahan pula bila mana selepas perhimpunan berlangsung pelbagai angka kehadiran yang tidak munasabah dikeluarkan yang akhirnya memalukan PR sendiri. Semangat penyokong yang sudah sedia tergugat terus jatuh setangga demi setangga dan akhirnya merudum.

Mungkin menyedari populariti HKR #KL112 dilihat gagal menandingi Bersih 3.0, maka datanglah seorang bekas professor kangkung yang terlebih cerdik dengan talian hayat baru untuk menyelamatkan maruah HKR #KL112.

Katanya perarakan yang memanjang 7 kilometer menghala ke Stadium Merdeka bersamaan di hadiri 700,000 orang, itu dakwanya selepas melihat beberapa keping gambar secara sepintas lalu. Seketika bekas professor itu bangga ada yang percaya congak kiranya yang logik kebenaran hanya orang gila sahaja yang mengiakannya.

Maka berkokok gembiralah pemimpin PR mendabik dada dengan gah dan bangganya. Padahal tiada pun perarakan memanjang 7 kilometer dipenuhi peserta HKR #KL112, sebaliknya yang wujud ialah jarak perjalanan perarakan yang jauhnya sekitar 7 kilometer dari KLCC ke Stadium Merdeka.

Stadium Merdeka yang berkapasiti cuma 30,000 ditambah lagi kapasiti maksima atas padang 10,000 orang serta 5,000 orang lagi di luar stadium tiba-tiba boleh dibanjiri 700,000 orang? Makin bengong dan kelu jadinya penyokong PR mahu mencerna angka fantasi yang tak masuk dek akal.

Sia-sia penyokong PAS bawahan yang datang dari jauh mematuhi kerahan tenaga termasuklah ada yang tidur bermalam dalam van dan kereta ketika pemimpin peringkat cawangan, kawasan dan negeri lena selesa di bilik hotel, alih-alih kecelaruan pula yang terus menghantui kepala.

Entah apa lagi usaha PR untuk menaikkan semangat penyokongnya tika ini, satu demi satu serba tak menjadi. 

Lagi bertambah parah bila mana malam Ahad lepas, Majlis Syura Ulama PAS yang hanya sesekali saja bermesyuarat itu tiba-tiba pula mengubah keputusan parti apabila tidak bersetuju membenarkan kalimah Allah s.w.t digunakan dalam kitab Bible.

Jatuh lagi semangat penyokong PR khususnya PAS, makin busuk nama HKR #KL112 jadinya.

Monday, January 14, 2013

8% Cina Di HKR Serlah Ketunggangannya Ke Atas PAS PIS PUS!!!



Berminggu-minggu pemimpin pakatan pembangkang memainkan propaganda bombastik bahawa ibukota KL kononnya akan dibanjiri sejuta orang sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) di Stadium Merdeka.

Besar angan-angannya nak gapai angka sejuta (1,000,000) sedangkan lokasi perhimpunan hanya dilangsungkan di stadium yang berkapasiti 30,000 orang sahaja.

Dalam bab memperbesarkan cerita, menipu dan melagukan propaganda serah saja pada pemimpin PR, itu salah satu kelebihan utama mereka. Memanjang saja bila gebang politik, kakinya jarang sangat memijak bumi nyata.

Akhirnya realiti yang berlaku seperti mana disaksikan khalayak ramai, nak mencapai 5% daripada sejuta orang sasaran kehadiran pun tercunggap-cunggap PR nak menggapainya.

Secara keseluruhannya HKR hanya merekodkan kehadiran sekitar 45,000 orang sahaja termasuk ribuan penyokong PR yang berada di luar Stadium Merdeka bersamaan 4.5% daripada sasaran utama sejuta orang hadirin. 

Menarik untuk dianalisa apabila kehadiran kaum Cina kelihatan seperti merudum di mana penyertaan mereka dalam HKR dianggarkan hanya sekitar 8% sahaja daripada keseluruhan peserta. Manakala kehadiran dari kalangan masyarakat India pula mewakili sekitar 2% sahaja.

Majoriti peserta himpunan adalah orang Melayu Islam yang terdiri daripada ahli dan penyokong totok PAS dan PKR, sebahagian besarnya dari PAS yang dikerah datang dari seluruh negara untuk meramaikan himpunan.

Kekurangan ketara sokongan dari masyarakat India kepada PR semestinya tidak sukar dijangkakan setelah mengambil kira layanan buruk PR terhadap mereka khususnya membabitkan insiden Kampung Buah Pala dan isu perobohan kuil-kuil ibadat Hindu tanpa melalui prosedur yang betul.

Kegagalan DAP & PKR mengembleng tenaga ahli dan penyokongnya dari kalangan kaum Cina untuk beramai-ramai menyertai HKR barangkali benar disebabkan penonjolan ketara pemimpin PAS dalam penganjuran himpunan kali ini.

Lagipun HKR #KL112 ini bagaikan rojak yang tak siap bila mencampur adukkan 4 kumpulan propaganda terdiri daripada merah, oren, hijau dan kuning yang berlainan matlamat menjadikannya seakan hilang tarikan apabila digabungkan bersama.

Walau apapun, yang pastinya HKR #KL112 ternyata telah gagal mencapai objektifnya untuk menghimpunkan sejuta orang penyokong PR. Kegagalan yang agak memalukan disaat himpunan itu menyaksikan hampir kesemua pimpinan utama PR telah turun memberikan sokongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...