Bersama Berjuang

Showing posts with label Datuk Noraini Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Datuk Noraini Ahmad. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

LIVE PRK TENANG: DATUK NORAINI AHMAD TURUN PADANG!!!





Pagi tadi, sewaktu ronda di hari penamaan calon, terserempak dengan Datuk Noraini Ahmad, MP Parit Sulong. GT dan sahabat blogger bertanyakan  tentang peluang BN untuk menang di Tenang.  

Dari raut wajahnya, jelas menunjukkan bahawa beliau yakin bahawa pengundi di Tenang akan memilih calon BN.  Datuk Noraini memberitahu bahawa kekuatan yang ada pada Azhar Ibrahim atau dikenali sebagai Tok AI ialah beliau muda, berpengalaman berkhidmat untuk rakyat sebagai ADO dan sangat ramah kepada penduduk sekitar.  

Juga, arwah bapa Azhar Ibrahim adalah bekas wakil rakyat yang cukup dihormati oleh warga setempat.  Budi dan jasa baik arwah masih lagi dikenang.  Ini menerbitkan rasa kepercayaan dan harapan pengundi Tenang agar Tok AI meneruskan sejarah gemilang keluarganya berkhidmat untuk rakyat seperti arwah bapanya.  

Ditanya tentang bilakah beliau akan membuat "comeback", Datuk Noraini tersenyum sambil mengatakan bahawa beliau sibuk dengan urusan hariannya berkhidmat kepada rakyat Johor, khususnya pengundi2 Parit Sulong.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...