Bersama Berjuang

Showing posts with label PRK Sungai Limau. Show all posts
Showing posts with label PRK Sungai Limau. Show all posts

Friday, November 1, 2013

PRK Sg Limau: Harakah Iktiraf Pemakaian Kopiah Adalah Budaya PAS??? Budaya Ke? Bodohnyaaaa.. Muahahaha...


Dengan tempoh kempen yang berbaki lagi 3 hari, Pas dilihat agak tertekan dengan pendekatan calon BN/Umno yang dilihat semakin berjaya menembusi beberapa kubu kuat / hitam milik parti itu. Risau dengan perkembangan terdesak, Pas terdesak Terdesak dengan perkembangan tersebut, jentera Pas mula menyerang dan mempertikaikan cara pemakaian calon BN, yang kononnya meniru parti itu dengan memakai kopiah. 

Pelik sungguh puak-puak Pas! Isu kopiah pun boleh dijadikan modal kempen seolah-olah pendekatan memakai kopiah / ketayap putih adalah merupakan hak milik mutlak parti itu. Sekiranya isu tersebut dibangkitkan oleh blog pencacai pakatan pembangkang mungkin ia boleh diterima, kerana sudah menjadi resam pencacai untuk menyerang BN/Umno.

Namun apabila akhbar yang merupakan lidah rasmi parti itu turut menggunakan isu tersebut, nampak sangat betapa rendahnya tahap pemikiran sidang editorial yang sebelum ini mendakwa mengamalkan tahap profesionalisme yang tinggi.

Paling menarik, apabila mereka turut mendakwa kononnya kopiah adalah merupakan budaya dalam Pas. Namun tanpa mereka sedari ada di kalangan pemimpin tertinggi mereka sendiri yang tidak menggunakan kopiah sebagai pakaian harian.

Contohnya seperti Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Setiausaha Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, dan banyak lagi. Jadi secara prinsipnya ia bukan merupakan pakaian rasmi parti itu.

Semua sedar, sekarang adalah masa untuk berkempen namun gunalah pendekatan yang lebih sihat bagi menarik sokongan pengundi. Bukankah itu yang cuba diperjuangkan oleh Pas sebelum ini? 

Cuba tonjolkan peribadi calon Pas, dasar dan perjuangan yang akan dibawa sekiranya dipilih oleh rakyat. Atau setidak-tidaknya misi atau visi yang ingin dibawakan untuk kesejahteraan pengundi di Sungai Limau. Bukannya mencari salah dan silap sehingga menggunakan isu kopiah dan sebagainya.

Itu belum lagi diambil kira pendekatan petugas parti itu yang bertidak liar dengan merosakkan poster dan membakar bendera BN. Malah ada yang cuba bertindak keterlaluan dengan mengugut para penceramah agama untuk membaling telor sekiranya mereka hadir atas tiket Umno. Malah dalam beberapa kejadian, petugas parti itu juga dilaporkan menghalang jentera Wanita dan Puteri untuk berjumpa dengan pengundi atas alasan ia adalah kawasan kubu kuat mereka.

Tambahan pula, Pas selama ini begitu mengaku sebagai sebuah parti yang ingin memperjuangkan Islam. Jadi ada baiknya mereka menjaga adap dan susila bagi mengelakkan Islam disalahkan atas setiap tindakan melampau dan ekstrem yang dilakukan oleh jentera parti.

Apa gunanya Islam digunakan sebagai dasar parti, namun di masa yang sama kelakuan dan tingkah laku yang ditunjukkan ahli mereka jela bertentangan dengan ajaran dan tuntutan yang ditetapkan oleh agama.

Kesimpulannya, mungkin sudah sampai masanya kerajaan menetapkan bagi menghalang mana-mana parti politik dari menggunakan Islam atau agama sebagai modal mencari sokongan. Atau dalam bahasa mudah, menggesa parti itu menggugurkan nama Islam dari partinya. 

Ia bagi mengelakkan Islam sebagai agama yang suci dan dijamin haknya dalam perlembagaan persekutuan tercemar dari sebarang unsur negatif dari segelintir penyokong mereka yang ekstrem.

PRK Sg Limau: Padanlah Sampai Ada Ugutan Pada Ustaz Kazim Elias.. Rupanyaa...


Ketika kempen ceramah anjuran Pas gagal menarik sokongan dan kehadiran pengundi di sekitar Sungai Limau, walaupun mereka menjemput beberapa artis seperti Abby Abadi, Leman Raja Lawak, Bob Lokman dan sebagainya. Ceramah di kem Barisan Nasional / Umno pula menunjukkan sebaliknya.

Dengan membawakan penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias ceramah tersebut berjaya dikategorikan ‘pecah panggung’ apabila berjaya mengumpulkan sekitar 5,000 pengundi. Dengan gaya bersahaja, ceramah Ustaz Kazim yang diadakan di RTC Simpang 3 itu menyebabkan para hadirin melekat dari mula hingga akhir.

Namun apa yang dikesalkan ialah, Ustaz Kazim memaklumkan sebelum kehadiran beliau ke Sungai Limau beberapa penyokong Pas telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ugutan dan ancaman bagi menghalangnya hadir.

Menurut Ustaz Kazim, beliau telah diugut agar memakai plastik kerana bakal berdepan dengan serangan balingan telur sebagai tanda protes. Namun ia langsung tidak menggentarkan beliau walaupun sedikit, kerana ingin menyampaikan dakwah.

Beliau turut menegaskan, dirinya bukanlah penceramah bagi mana-mana parti politik, namun hanya sekadar memenuhi jemputan dan itulah antara pendekatan dakwah yang dilakukannya dahulu lagi.

Ustaz Kazim juga melahirkan rasa kecewanya apabila dilabelkan sebagai penceramah kerajaan hanya kerana isi kandungan ceramahnya tidak mengikut selera pembangkang. Menurut beliau lagi, beliau hanya menyatakan apa yang benar dan cuba untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya bila mana politik menggunakan Islam sebagai perisai.

“Saya berkawan dengan semua orang. (Contohnya) apabila berceramah dengan orang asli, takkan saya dikategorikan sebagai penyokong orang asli.

“Saya juga turut berceramah dengan kumpulan lelaki lembut, takkan saya terus di cop sebagai penyokong golongan lembut. Relaks lah bro” ujar beliau secara berseloroh dan disambut dengan gelak tawa dari mereka yang hadir.

Inilah pendekatan pembangkang sejak dari dahulu, apabila mereka buat ia dianggap sebagai perkara biasa. Namun apabila mereka yang berlainan ideologi lakukan perkara yang sama, mereka akan diugut dan diancam dengan pelbagai cara.

Sedangkan sebelum ini mereka begitu lantang meminta kerajaan agar memberikan layanan yang adil kepada semua atas nama demokrasi hak bersuara. Sebenarnya Pas telah mula gelisah apabila melihat jentera mereka gagal menarik sokongan pengundi walaupun Dun Sungai Limau dikatakan sebagai kubu kuat parti itu.

Malah paling membimbangkan mereka, apabila isu perpecahan dalaman parti itu dilihat mula memberikan kesan sehinggakan ada di kalangan mereka yang mula saling boikot dan sabotaj antara satu lain.
Berbanding jentera BN/Umno yang dilihat semakin hebat dengan pendekatan dan misi pembangunan yang ingin dibawa. Apa pun bersamalah kita tunggu keputusan undi yang bakal diketahui seawal jam 9.00 malam pada 4 Oktober nanti.

Apakah Pas mampu mengekalkan kecemerlangan mereka ataupun tersungkur layu seperti yang berlaku ketika PRK Kuala Besut yang lalu

Wednesday, October 30, 2013

PRK Sg Limau: PANASSS... VIDEO CN Afghan Balun Mukhriz Mahathir Petanda Buruk Buat BN???



PRK Sg Limau makin panas apabila ahli seumur hidup PAS, CN Afghani atau Cikgu Non balun Mukhriz gara-gara isu KUIN. 

Cuba beri perhatian kepada video ini, terutamanya pada minit 1:39... 

Cikgu Non pun pening bila Mukhriz terlalu baik terhadap PAS, sedangkan bertalu-talu dirinya dibahankan waima bukan calon untuk PRK ini. 

Apapun, itulah Mukhriz Mahathir, yang lebih gemar pendekatan sederhana.  #BeraniBerubah

Dan video ini dedahkan siapa sebenarnya dalang kepada KUIN, dan musuh dalam selimut Allahyarham Ustaz Azizan..

Terima kasih Cikgu Non atas pendedahan ini. Orang PAS sila buka mata, dan jangan pekakkan telinga!!!

PRK Sg Limau: Video Ugutan Ke Atas Ustaz Kazim Elias!!!



Terdesaknyaaaa.... rileks brader... brader rileks... hahahaha..

Tuesday, October 29, 2013

PRK Sg Limau: Nik Aziz Dipulaukan Oleh Jentera PAS Kedah? Wooowwwww...!!!


Hairan bin Ajaib! Walaupun hari berkempen sudah memasuki ke hari ke-7, namun sehingga kini tiada satu pun poster Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kelihatan di sekitar kawasan Sungai Limau.

Berbanding sebelum ini, Nik Aziz sering dijadikan sebagai modal utama kempen bagi menarik sokongan pengundi yang dikatakan menghormatinya sebagai seorang ulama.

Tambah memelikkan apabila, kelibat Nik Aziz langsung tidak kelihatan atau setidak-tidaknya hadir untuk memberikan tazkirah di masjid atau surau. Apa sudah jadi? Nampaknya selepas Nik Aziz digugurkan dari jawatan Menteri Besar Kelantan, khidmat dan auranya turut hilang.

Lebih menyedihkan, khidmatnya sebagai penceramah juga langsung tidak diperlukan oleh jentera Pas Kedah, walaupun pemerhati politik merasakan parti itu bakal berdepan dengan laluan sukar bagi mempertahankan kerusi Dun di Sungai Limau.

Malah melalui sembang-sembang di kedai kopi, ada yang mengatakan Nik pada ketika ini sedang sakit tenat dan sukar untuk dibawa ke Sungai Limau bagi membantu jentera kempen. 

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak bersetuju dengan pemilihan Azam Samad sebagai calon Pas. Ini kerana Azam dikatakan bakal dijadikan sebagai boneka kumpulan liberal di dalam parti itu sekiranya menang sekali gus bakal menjadi kumpulan penentang terhadap kelompok pimpinan ulama Pas.

Walau bagaimanapun, dalam banyak isu yang dibangkitkan terdapat satu isu yang agak menarik untuk dikongsikan. Iaitu penolakan secara total oleh jentera Pas Kedah khususnya di Sungai Limau terhadap kehadiran Nik Aziz. 

Ini kerana rata-rata di kalangan mereka dikatakan sangat terkesan dengan tindakan Nik Aziz yang dilihat menyebelahi Phahrolrazi dan Mahfuz. Malah Nik Aziz juga dikatakan langsung tidak membela Azizan ketika belaiu dijadikan sebagai sasaran oleh para pengikut Pas kerana dikatakan ‘Mesra BN’.

Sikap berdiam diri itu, akhirnya telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengikut Azizan yang merasakan tindakan berdiam diri Nik Aziz itu telah menyebabkan keadaan menjadi semakin buruk dengan pelbagai fitnah dan cacian. Sedangkan sebagai seroang Musyidul Am, Nik Aziz sepatutnya mengambil pendekatan untuk menenteramkan suasana.

Disebabkan itu, ada yang mengatakan Nik Aziz telah dinasihatkan agar tidak turun ke Sungai Limau bagi mengelakkan jentera Pas kawasan Jerai mengambil pendekatan boikot.

Selain dari Nik Aziz, turut menjadi tanda tanya ialah treler Pas yang digunakan ketika pilihanraya umum yang lalu. Sekiranya sebelum ini mereka begitu berbangga dengan kehadiran treler yang dikatakan canggih itu terutama ketika program-program ceramah. Namun ketika kempen PRK di Sungai Limau ini jangankan treler, kereta sorong pun tak nampak bayang.

Kesimpulannya, PRK Sungai Limau ini telah menyebabkan Nik Aziz tidak lagi dianggap relevan sebagai umpan atau model yang boleh membantu kemenangan calon parti. Nampaknya gambar Nik Aziz menangis itu, amat sesuai dengan keadaannya pada ketika ini yang tidak ubah seperti kereta sorong buruk

PRK Sg Limau: Ya Ali Hadad... Menangkanlah PAS!!! Muahahahaha... Syiaahh Wooiiii...


Kemeriahan kempen di Sungai Limau sedikit tercemar apabila penduduk kampung dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang pelajar yang berketurunan arab di sekitar kawasan kempen. Setelah diselidiki, rupa-rupanya mereka adalah pelajar dari Iran yang belajar di beberapa universiti negara.

Dikatakan mereka di bawakan secara khas bagi mengikuti program ‘anak angkat’anjuran sebuah NGO yang pro pembangkang. Mereka menggunakan alasan kononnya untuk membuat kaji selidik, namun apabila disiasat, kehadiran mereka rupanya untuk membantu jentera kempen calon Pas.

Mungkin ada yang merasakan itu adalah merupakan perkara biasa dalam kempen pilihanraya. Namun yang menjadi persoalannya ialah mengapa pembangkang menggunakan pelajar Iran bagi membantu jentera kempen?

Ini kerana umum mengetahui, rata-rata di kalangan mereka berpegang kepada fahaman sesat Syiah yang jelas bertentangan dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jemaah. Apakah pembangkang sedang berusaha untuk menghalalkan Syiah di Malaysia?

Tambah memeranjatkan, mereka juga turut menaikkan beberapa poster Syiah di sekitar kawasan kempen bagi menyokong calon Pas. Salah seorang petugas Pas yang ditemui, diminta mengulas mengenai perkara ini menjelaskan dia langsung tidak mengetahui mengenainya.

Sambil mendakwa ia mungkin kerja jentera Umno / BN yang sengaja ingin mencemarkan imej Pas. Mungkin ada logiknya, tapi apabila difikirkan balik mungkin, mana mungkin NGO yang pro pembangkang mahu bersekongkol dengan BN.

Tambahan pula, selama ini Umno adalah merupakan satu-satunya parti yang menghalang dang menentang penyebaran ajaran Syiah di Malaysia. Dan lagi melalui data dan statistik yang dikeluarkan oleh pihak Jakim, antara kubu kuat ajaran Syiah ialah di Kedah. 

Malah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir adalah antara pemimpin negeri yang pertama mahu mengazetkan dan mengenakan tindakan undang-undang kepada pengikut Syiah.

Melalui kajian ilmu, Syiah merupakan golongan yang sesat lagi menyesatkan. Mereka tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pegangan mereka juga dilihat bercanggah dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW. 

Terdapat tiga kategori golongan Syiah iaitu: Syiah mughaliyah (pelampau), Syiah Rafidah (Imamiyah) dan Syiah Mu'tadilah (Zaidiyah).

Antara strategi yang digunakan ialah, memasuki ke dalam pertubuhan harakat Islamiyyah, tanzim haraki seperti Pas, ABIM, JIM, Hizbut Tahrir dengan cara taqiyyah,pura pura dan niat menguasai pucuk pimpinan atau menghancurkannya dari dalam.

Kesimpulannya, para pelajar asing dari Iran yang diturunkan itu selain digunakan untuk membantu kempen, mereka mungkin digunakan untuk menarik lebih ramai orang-orang Kedah agar terpengaruh dengan ajaran sesat ini. Dan tidak mustahil mereka juga turut akan menawarkan mutaah kepada para pengundi di Sungai Limau.

Monday, October 28, 2013

PRK Sg Limau: Video "Berani Hijrah... Selamatkan PAS!!!"




PRK Sg Limau: Kerana Terdesak, PAS Cuba Guna Bapa Jamil Khir Baharom!


Rata-rata pengundi di Sungai Limau baru-baru ini dikejutkan dengan laporan Harakahdaily yang mengatakan kononnya bapa kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyokong calon Pas dalam pilihan raya kecil kali ini. 

Tidak cukup dengan laporan tersebut, jentera Pas juga seakan terdesak apabila turut mengedarkan risalah dan gambar lawatan rombongan calon parti itu ke rumah Baharom Ramli bagi meyakinkan pengundi. 

Namun bak kata pepatah, ‘bangkai gajah masakan dapat ditutup dengan nyiru’. Pembohongan mereka akhirnya terbongkar, apabila Baharom Ramli yang juga dikenali sebagai Pak Ngah menafikan laporan tersebut. Malah beliau turut melahirkan rasa kesal atas fitnah tersebut yang jelas cuba menarik sokongan pengundi dengan cara yang kotor.

“Anak saya lebih utama. Kita mesti utamakan anak kita dahulu (merujuk kepada cara kempen yang cuba menggunakan beliau untuk memburukkan Jamil Khir)” katanya ketika ditemui oleh pihak media. 

Pak Ngah juga mengatakan, beliau amat tidak bersetuju nama beliau digunakan untuk kempen pilihan raya ini. Ketika diminta mengulas mengenai peluang Pas dalam PRK ini, beliau mengatakan ia agak sukar. 

Datuk Mukhriz Mahathir kesal dengan tindakan PAS yang cuba meraih simpati apabila mempolitikkan kunjungan mereka ke rumah bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang diserang penyakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu. 

Menteri Besar Kedah itu berkata, tindakan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat bersama Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar menziarahi Baharom Ramli, 77, di kediamannya di Kampung Ulu Sedaka menimbulkan tanda tanya khususnya mengenai keikhlasan dan motif disebalik tindakan tersebut. 

"Ini soal keikhlasan, saya tertanya-tanya mengenai niat calon PAS apabila beliau menziarahi bapa kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kemudian ambil gambar dan terus muat naik (di internet)," katanya 

Umum mengetahui jentera Pas sedang berdepan dengan masalah perpecahan dalaman dan berkemungkinan akan kalah di kubu kuat mereka ini. Malah melalui ceramah-ceramah yang diadakan sepanjang masa berkempen ini juga jelas menyaksikan parti itu gagal menarik sokongan masyarakat setempat. 

Walaupun mereka mengadakan ceramah hampir setiap malam, namun hanya sekitar 5 – 20 orang sahaja yang hadir untuk mendengar bebelan pimpinan parti itu menabur fitnah memburukkan calon Umno dan kerajaan. Hinggakan ada di kalangan penduduk setempat yang mempersoalkan, keikhlasan Pas dalam membela masyarakat di Sungai Limau. 

“Kami langsung tidak mengetahui, apakah misi dan visi calon Pas sekiranya diberi mandat untuk mewakili masyarakat di sini. Setiap kali ceramah, mereka hanya memburukkan calon dan kerajaan BN. 

“Patutnya, mereka menjelaskan isu-isu yang akan dijadikan keutamaan sekiranya menang” jelas salah seorang pengundi yang ditemui di Kampung Titi batu.

Friday, October 25, 2013

PRK Sg Limau: Bacaan Terkini, Lebih Ramai Ahli PAS Akan Undi BN


Berdasarkan beberapa pemerhatian dan perkongsian maklumat yang dikumpulkan sepanjang perjalanan PRK Sungai Limau ini, dapat dijangkakan Barisan Nasional mempunyai peluang cerah untuk merampas kerusi tersebut yang sekian lama milik PAS. 

Terdapat beberapa faktor yang diberi perhatian dan jelas ianya berpihak kepada BN termasuklah faktor calon yang dipertandingkan pada PRK ini. 

Pertamanya, calon yang dibawa PAS dalam PRK kali ini dilihat kurang dikenali berbanding penyandang kerusi ini dahulu, arwah Tan Sri Azizan. 

Ini tidak memberikan kelebihan kepada PAS berbanding calon BN yang lebih dikenali dan mudah mesra dengan penduduk sekitar Sungai Limau.

Walaupun difahamkan calon PAS merupakan anak jati kampung tersebut, tetapi ternyata hasil tinjauan yang dilakukan wartawan yang berada di lokasi PRK, Ustaz Azam Samat tidak begitu dikenali penduduk setempat berbanding calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim. 

Penduduk di sekitar kawasn itu juga lebih berminat untuk mempunyai Adun yang berpendidikan tinggi seperti mantan Adun Sungai Limau, arwah Ustaz Azizan. 

Sudah pasti, pendidikan merupakan antara faktor penting yang diberi perhatian tidak kira sama ada oleh parti mahupun rakyat. 

Ini kerana, pendidikan dapat menjamin pentadbiran yang baik dan lebih bermutu untuk memastikan masyarakat setempat mendapat pembangunan dan kemajuan yang sepatutnya. 

Dikatakan juga, beberapa ahli PAS dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) Matang Buloh, Sungai Dedap, Gelam Tiga dan Bukti Choras turut sama menyokong calon yang berpendidikan seperti Ustaz Azizan dahulu.

Malah, penyokong PAS di Pondok Pak Ya juga dikatakan menyokong calon BN ekoran Dr Sohaimi merupakan salah seorang bekas tenaga pengajar di sekolah pondok tersebut. 

Ini menunjukkan peluang cerah BN mendahului hati masyarakat setempat dalam memastikan kerusi Sungai Limau kembali menjadi milik BN. 

Dalam perkembangan yang sama, berdasarkan rekod yang sedia ada, ahli Umno di Sungai Limau berjumlah 7,833 orang. Namun, jumlah undi yang diperoleh oleh BN pada PRU13 yang lalu berjumlah 10,540 melebihi jumlah ahli Umno di kawasan tersebut. 

Dan dijangka pada PRK kali ini, akan lebih ramai ahli PAS yang bakal berhijrah menyokong BN dan berdasarkan faktor-faktor ini dan pemerhatian yang dijalankan, PAS dilihat perlu bekerja keras untuk berkempen sebelum hari pengundian tiba pada 4 November nanti. 

PRK Sg Limau: Mahfuz "Launch" Omar Sahkan Calon PAS Ada Pertalian Saudara Dengan Azizan Razak! KahKahKahKah...


CALON PAS PRK DUN Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat didakwa tidak mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebaliknya beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah.

Suasana kecoh semalam di kalangan penyokong PAS apabila adik beradik Allahyarham Tan Sri Azizan Razak tampil mempertikaikan tindakan calon PAS yang tergamak berbohong kepada wartawan Sinar Harian kononnya beliau ada pertalian saudara dengan keluarga Allahyarham.

Keluarga Allahyarham juga kesal kerana calon PAS mengaku yang beliau merupakan anak didik arwah, padahal semasa arwah hidup, calon PAS ini merupakan salah seorang yang menentang kepimpinan Azizan dan sanggup bersekongkol dengan musuh politik Allahyarham secara diam-diam.

PAS nampaknya sudah terdesak untuk meraih undi dengan menggunakan gambar Allahyarham Azizan untuk undi simpati.

Di Sg Limau, gambar calon PAS bersama Allahyarham Azizan yang disunting menggunakan perisian Photoshop bertebaran luas, semata mata untuk membuktikan bahawa wujudnya dakwaan pertalian saudara dan seterusnya meraih undi.


Hakikatnya Calon PAS PRK Sungai Limau adalah anak sepupu kepada Phahrolrazi, iaitu individu yang menjadi musuh politik Allahyarham semasa menjadi Menteri Besar Kedah.

Mahfuz Omar dalam satu sidang media sebelum ini memberitahu bahawa Azam adalah "adik-beradik arwah Ustaz Azizan."

Kasihan penyokong PAS, sekali lagi, setelah berkali-kali ditipu oleh Mahfuz "Launch" Omar!!!

PRK Sg Limau: Politik Gampang Dari PAS... Jual Nama Allahyarham Tan Sri Azizan Razak!


Pilihanraya Kecil Sungai Limau menyaksikan bagaimana PAS bergantung hampir sepenuhnya kepada pengaruh Allahyarham Tan Sri Azizan dalam usaha untuk meraih sokongan.  Walaupun ia merupakan kubu kuat PAS, tetapi kekuatan itu dilihat terletak kepada Tan Sri Azizan, dan bukan sangat kepada parti. 

Justeru, gambar-gambar Tan Sri Azizan digunakan sebagai bahan kempen untuk bermain dengan emosi dan sentimen pengundi.   Nama arwah juga digunakan sepenuhnya terutama dalam memperkenalkan calon, iaitu Ustaz Azam Samad. Kononnya, Ustaz Azam adalah pewaris arwah Tan Sri Azizan.  Kononnya, mereka berkongsi pendirian mengenai hala tuju parti dan juga pentadbiran di kawasan tersebut. 

Hakikatnya, PAS menipu pengundi kerana Ustaz Azam adalah proksi kepada Mahfudz Omar yang turut memusuhi Tan Sri Azizan.  Jika proksi kepada Mahfudz, mana mungkin beliau berkongsi pendirian dengan arwah?

Bukankah lebih murni sekiranya PAS berkempen di atas kebenaran iaitu atas nama calon tanpa menyalahgunakan nama Tan Sri Azizan?

Nampaknya, PAS agak segan untuk mengetengahkan calon tanpa membayanginya dengan personaliti arwah kerana PAS tahu, Ustaz Azam adalah jauh panggang dari api berbanding arwah. 

Beliau yang merupakan Pengarah PASTI dikatakan bukanlah seorang yang aktif di dalam politik.  Malah, dari segi kerjanya pula, beliau mengambil sikap santai dalam mentadbir PASTI.  Ini boleh dilihat dari laman web PASTI Kedah yang tidak bermaya dan tidak lengkap.  PASTI juga tidak mampu menyaingi pusat-pusat asuhan anjuran kerajaan, apatah lagi swasta yang jauh lebih berkualiti dari segi pembelajaran, guru-guru mahupun bangunan. 

Rata-rata anak-anak PASTI jauh ketinggalan apabila masuk ke sekolah rendah.  

Namun, satu kelebihan Ustaz Azam ialah beliau dikatakan seorang yang kekeluargaan (family man).  Walaubagaimanapun, kelebihan ini menjadi kekurangan jika dilihat dari konteks politik.  Apatah lagi, sebagai seorang calon wakil rakyat.  

Kita sedia maklum bahawa dalam banyak perkara, seorang wakil rakyat perlu mendahulukan rakyat berbanding keluarga.   Wakil rakyat tidak boleh bersikap seperti seorang rakyat biasa yang rutin hidupnya adalah pergi kerja dan balik kerja sahaja. Wakil rakyat tidak ada cuti hujung minggu untuk membawa keluarga bersiar-siar selalu. 

Seorang wakil rakyat kerjanya adalah 24 jam.  Justeru, memandangkan tugas beliau di PASTI juga tidak dapat dilakukan dengan cekap, bagaimana masyarakat Sungai Limau boleh membayangkan beliau mentadbir kawasan dengan cekap juga? 

Berdasarkan fakta ini, tidak hairanlah apabila kedengaran sedikit rungutan di kalangan PAS mengenai pemilihan calon.  Jelas, walaupun PAS kelihatan begitu yakin yang mereka boleh menang di Sungai Limau tetapi mereka sendiri meragui yang Ustaz Azam mampu memikul tugas dengan dedikasi. 

Sudahnya, bagi mengaburi mata masyarakat dan mengalih perhatian, maka nama Tan Sri Azizan ditonjol dan digunakan sehabis-habisan bagi menaikkan Ustaz Azam.  

Justeru, pengundi Sungai Limau perlu bijak menghalusi permainan PAS ini.  Ingatlah, Ustaz Azam bukan Tan Sri Azizan dan beliau tidak mungkin mampu menyaingi ketokohan Allahyarham. 

Janganlah tersilap mengundi kerana bayang-bayang tokoh yang tiada, tetapi undilah berdasarkan apa yang terlihat di hadapan mata.

Wednesday, October 23, 2013

Foto-Foto Kemeriahan Sekitar Penamaan Calon PRK Sungai Limau, Kedah


Pemuda "Berani Berubah" Shah Alam bersama Dato' Seri Low Tiong Lai dan Sdr Mohd Khairudin


Ketua Pemuda UMNO Shah Alam, Adzam Shah (Kiri) bersama Sdr Hairi


Bersama TPM mengiringi calon BN, Dr. Sohaimi Lazim




pemandangan "favourite" puak2 Pas.. hehehe..

Sawan Babi.. apakah ini bala kerana PAS membawa masuk DAP laknatullah ke Sg Limau? 

PRK Sg Limau: Amanat Haji Hadi Punca Umat Islam dan Melayu Sg Limau Berpecah Belah!


Takut kena ‘pulau’, itulah antara ungkapan keramat yang sering keluar dari mulut para pengundi di Sungai Limau apabila diminta mengulas mengenai calon yang diketengahkan oleh kedua-dua parti yang bakal bertanding esok.

Rata-rata di kalangan mereka gagal memberikan sebarang komen ketika diminta mengulas mengenai calon Pas, Azam Samad yang juga merupakan bekas guru. Ini kerana ramai di kalangan penduduk di Sungai Limau langsung tidak mengenali Azam walaupun Pas mendakwa calon parti itu adalah merupakan seorang yang dikenali dan dekat di hati masyarakat Sungai Limau.

Namun itu bukanlah satu perkara yang pelik, kerana Pas sebagai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, sering kali dilihat cuba memperbodohkan para pengundi dengan pelbagai cerita ‘penglipur lara’ di setiap pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. 

Berbanding Barisan Nasional (BN) / Umno, yang meletakkan calon dari golongan profesional Dr. Ahmad Sohaimi Lazim seorang bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Yang peliknya rata-rata penduduk di kawasan Kampung Sungai Daun dan Kabu Sepuloh menegaskan mereka takut untuk memberikan sebarang komen berhubung calon dari BN/Umno. 

Ini kerana menurut mereka, tindakan tersebut bakal menyebabkan mereka dipulaukan oleh para penyokong Pas di kawasan. Menurutnya, mungkin ada yang akan merasa pelik atau tidak mempercayainya, namun bagi penduduk kampung itulah realitinya yang berlaku. 

Walaupun tidak selesa dengan pendekatan jumud dan fanatik penyokong Pas itu, namun menurut mereka hubungan kekeluargaan antara penduduk kampung telah menyebabkan perkara itu merosakkan hubungan dan keharmonian. 

“Mereka bukan setakat memulaukan orang yang tidak sehaluan dengan mereka, tapi ada kalanya ia boleh menjadi semakin teruk. 

“Ramai juga di kalangan ahli Pas yang tidak berpuas hati dengan keputusan dan pendirian pemimpin atasan, semuanya terpaksa memendam rasa. Kerana bukan setakat penyokong Umno akan dipulaukan, mereka yang tidak bersetuju dengan parti juga akan turut menerima nasib yang serupa” katanya yang meminta agar identitinya dirahsiakan.

Menurut beliau, isu pulau-memulaukan ini bermula semenjak Amanat Hadi Awangdimainkan.

Sebagaimana telah dikupas oleh C.N. Afghani dalam bukunya Kafirkah Aku, saya dan masyarakat Terengganu sendiri mengalami sejak tahun berkenaan bahawa pengikut Pas berpendapat penyokong UMNO atau BN adalah golongan kafir. Ia telah dinyatakan secara terbuka di pentas ceramah, poster dan kain pemidang di merata tempat ketika itu, terutama setiap kali pilihan raya umum.

Sebagaimana kita sedia ketahui, akibatnya berlakulah pulau memulau secara meluas dan terbuka, bersembahyang dua imam dalam satu masjid, dua masjid dalam satu mukim, pernikahan dan penyembelihan orang UMNO sebagai tidak sah, perceraian dan pergaduhan sesama keluarga.

Kemuncaknya ialah peristiwa Memali yang mengorbankan beberapa nyawa pada 19 November 1985. Betapa sedihnya kita kerana ia berlaku di depan mata, melibatkan rakan-rakan dan saudara-mara yang suatu masa dulu begitu akrab, harmoni dan saling berganding bahu apabila ada majlis dan keramaian.

Amanat Haji Hadi tiba-tiba menjadikan masyarakat sekeliling kucar-kacir, benci-membenci, berpecah-belah. Sedih dan kecewa melihat fenomena perpecahan ini tanpa cuba diperbetulkan oleh Hadi dan pemimpin Pas.

PRK Sg Limau: PAS Mahu Kuburkan Mat Sabu!


Suka atau tidak ramai menjangkakan pilihanraya kecil DUN Sungai Limau bakal menyaksikan satu persaingan yang sengit di antara Umno / Barisan Nasional dan Pas. Bagi pihak Umno/BN, peluang ini sudah tentu merupakan satu peluang keemasan bagi merampas kerusi Sungai Limau bagi mengukuhkan kuasa politik di Kedah. 

Manakala bagi Pas, ia adalah merupakan kerusi yang WAJIB di pertahankan kerana ia adalah maruah buat parti itu yang kebelakangan ini dilihat semakin hilang pengaruh di kalangan orang Melayu Islam. 

Tambahan pula, Pas secara jelas mengatakan pendirian parti itu untuk membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Sedangkan isu tersebut dilihat penting kerana mereka sedar antara sebab utama Kristian mahu menggunakan kalimah Allah di dalam Bible ialah untuk mengelirukan masyarakat. 

Dari satu sudut pula, ramai di kalangan pengikut Pas merasakan ia adalah merupakan antara peluang keemasan untuk ‘membunuh’ sekali gus menyingkirkan terus pengaruh politik Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Kedah. 

Ini kerana rata-rata di kalangan mereka mengetahui pendirian Mat Sabu terhadap ajaran sesat Syiah. Malah ia juga adalah merupakan sebab utama pemimpin no 2 Pas itu kecundang di Pendang pada pilihan raya umum yang lalu. 

Walaupun Mat Sabu berulang kali cuba menafikan, bahawa dirinya adalah bukan merupakan penganut agama sesat Syiah. Namun isu tersebut dilihat telah menyebabkan parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu semakin ditolak oleh masyarakat Islam khususnya di Kedah yang berpegang kuat kepada fahaman Ahli Sunah Wal Jemaah.

Tambahan pula, ada di kalangan pemimpin dan ahli Pas sendiri yang pernah mendedahkan penglibatan secara langsung Mat Sabu dengan agama sesat Syiah.

Lebih mengejutkan, menurut sumber dalaman parti itu sudah ada desas-desus yang mengatakan Pas bakal kecundang di PRK Sungai Limau. Ini kerana menurut sumber tersebut, ada beberapa jentera di peringkat negeri yang telah memberikan pelbagai alasan untuk mengelak dan menyatakan hasrat untuk tidak terlibat bagi membantu jentera Pas Kedah dalam PRK kali ini.

Antaranya Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sebagai contohnya jentera Kelantan mengatakan mereka lebih berminat untuk mempromosikan Menteri Besar Kelantan yang baru, kerana dikatakan telah menjadi sasaran serangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tambahan pula, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah dikatakan bakal menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan tertinggi Pas dalam pemilihan parti itu yang kini disandang oleh Mat Sabu.

Jentera Terengganu pula dikatakan sangat membenci Mat Sabu kerana sering dikaitkan dengan Syiah. Manakala jentera Pahang dikatakan enggan memberikan sokongan kerana tidak mahu melihat Mat Sabu terus mendominasi Pas sekali gus membawa parti itu ke arah kehancuran.

Mereka dikatakan lebih berhasrat untuk mengangkat Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat lebih layak digandingkan dengan Presiden Pas bagi memimpin parti itu ke landasan Islam yang sebenarnya.

Pada pemilihan parti yang lalu, Mat Sabu berjaya merampas jawatan Timbalan Presiden apabila undi golongan ulama berpecah selepas persaingan turut menyaksikan'pertembungan' dua ulama iaitu Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kesimpulannya PRK Sungai Limau ini adalah merupakan medan yang terbaik untuk menyingkirkan Mat Sabu dari saf kepimpinan parti. Atau dalam bahasa mudah, calon Pas, Sungai Limau terpaksa di korbankan bagi ‘menguburkan’ karier politik pengikut SYIAH TEGAR.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...