Bersama Berjuang

Showing posts with label Muktamar PAS. Show all posts
Showing posts with label Muktamar PAS. Show all posts

Friday, November 22, 2013

Dewan Pemuda PAS Tolak Usul Ulamak... TAKBIIIIIRRRR...!!!!


Pas sebelum ini sering mendakwa bahawa asas perjuangan parti itu adalah untuk menegakkan negara Islam melalui‘Kepimpinan Ulama’. Malah ia adalah merupakan antara modal penting setiap kali parti itu mengadakan program ceramah di kampung-kampung.

Namun benarlah seperti kata pepatah ‘Ibarat Lidah Yang Tidak Bertulang’ semua yang diucapkan itu hanyalah merupakan kata-kata manis bagi menarik sokongan rakyat. Sedangkan pada hakikatnya ia amat bertentangan dengan pendirian sesetengah pemimpin parti itu.

Dewan Pemuda Pas yang bersidang semalam menolak usul bagi mempertahankan kepimpinan ulama atas alasan teknikal.

Pengerusi tetap Muktamar Pemuda Pas, Misbahul Munir menyatakan usul tersebut ditolak kerana bertentangan dengan perlembagaan parti serta kurang jelas dan perlu diperbaiki.

Seterusnya Sheikh Umar Ali perwakilan dari Kluang dan Fakrulrozi Hasan (Lumut) ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan menyatakan usul tersebut kurang jelas dan mempunyai agenda orang tertentu.

Haris Alimudin (Sandakan) pula menyatakan secara teknikal Fasal 25 dalam Perlembagaan Pas yang menyatakan jawatan presiden dan timbalan presiden Pas perlu terdiri daripada ahli Pas dan tidak tercatat perlu dari golongan ulama atau profesional.

"Kalau nak buat semua (ulama), perlu tukar perlembagaan," ujarnya.

Selain Pemuda, Dewan Muslimah Pas juga sebelum ini turut mengambil pendekatan yang sama apabila menolak usul yang dibawakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib agar parti itu mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang selepas dilanda pelbagai kemelut dalaman dengan sekutu mereka DAP dan PKR.

Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) sebelum menerima usul yang mendesak agar Pas pusat memasukkan fasal yang memperuntukkan jawatan presiden, timbalan dan sekurang-kurang salah seorang naib presiden terdiri daripada golongan ulama.

Desakan tersebut dibuat oleh Urusan Ulama Pas Kuala Nerus, Terengganu, supaya "tidak timbul kecelaruan" dalam pemikiran ahli dan memastikan kelangsungan kepimpinan ulama berhubung kepimpinan di peringkat tertinggi parti itu.

Menurut pemerhati politik senario ini dapat dinilai dengan jelas bagaimana kumpulan yang di label sebagai Anwarinas telah merosakkan perjuangan Pas dan membelakangkan slogan kepimpinan melalui ulama yang menjadi modal politik dan survival parti itu.

Jadi persoalan yang perlu ditanya oleh ahli akar umbi dan perwakilan Pas, adakah benar kempen para parasit dan kaumpro-Anwarinas bahawa tidak perlu Jawatankuasa Pas pusat dianggotai oleh ulama kerana konon sudah ada Majlis Syura' Pas. Sedangkan pada hakikatnya mereka secara terang-terangan telah menolak ketetapan Majlis Syura' dalam soal fundamental seperti kalimah ALLAH?

Di dalam perkembangan yang lain pula, Pengarah Perpaduan Nasional Pemuda Pas, Afnan Hamimi melahirkan harapan agar suatu hari nanti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dapat memeluk Islam.

Walaupun kenyataan tersebut hanyalah merupakan satu harapan, namun dari satu sudut pula ramai yang melihat ia sebagai satu pendekatan untuk menarik kembali sokongan masyarakat Islam dan Melayu yang semakin meninggalkan parti itu.

Ini kerana ramai di kalangan ahli dan penyokong Pas yang pro-ulama jelas tidak bersetuju dengan beberapa pendekatan parti itu sebelum ini yang dilihat terpaksa akur dan tunduk terhadap gesaan DAP.

Antaranya pendirian berhubung isu kalimah Allah, menggugurkan penggunaan slogan Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan terbaru sikap berdiam diam berhubung tuntutan Comango yang jelas bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.

Thursday, November 21, 2013

Muktamar PAS: Dewan Muslimat PAS Tidak Menghormati Dewan Ulama???


Walaupun Hadi Awang berkeras menafikan wujudnya perpecahan di dalam PAS antara golongan Ulama dengan Anwarinas tetapi semua orang tahu bahawa Hadi Awang hanya menipu diri sendiri dengan penafian itu.  

Hadi cuba menuduh isu perpecahan hanyalah rekaan UMNO untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Hakikatnya, pertentangan antara golongan Ulama dengan Anwarinas bukanlah rahsia, malah merupakan pengetahuan umum bagi setiap rakyat Malaysia yang celik politik. 

Perpecahan di dalam PAS menjadi semakin parah dengan timbulnya isu Kalimah Allah sehingga menyebabkan pemimpin PAS terpaksa berdolak dalih.  Akhirnya, sehingga kini tiada siapa yang dapat menyatakan dengan jelas apakah pendirian PAS sebenarnya berkenaan isu ini.   

Bagi menyemarakkan api yang sedang membara, Karpal Singh pula mengacah-acah PAS agar membuang sahaja nama Islam pada parti itu atas alasan parti berasaskan agama sudah tidak relevan lagi di Malaysia. 

Apa yang berlaku menyebabkan golongan Ulama di dalam PAS semakin tercabar.  Mereka menganggap Karpal sebagai sudah melampaui batas dengan cuba mencampuri urusan dalaman PAS.  Bertitik-tolak dari itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mencadangkan agar tahaluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat dikaji semula atau dalam kata lain, mencadangkan PAS agar keluar dari pakatan. 

Cadangan Datuk Harun tidak mengejutkan memandangkan kedudukan PAS ternyata semakin hari semakin lemah sejak bekerjasama dengan PKR dan DAP. 

Ini terbukti dari keputusan PRU-13 yang memperlihatkan PAS mendapat kerusi yang semakin berkurangan selain tercorot dalam pakatan pembangkang.  Selain itu, undi yang diperolehi PAS di dalam pilihanraya kecil sejak 2009 juga dilihat mengalami pengurangan secara agak konsisten, tidak kira sama ada PAS menang atau tidak dalam PRK tersebut. 

Sekiranya keadaan ini berterusan tanpa ada apa-apa pembaikan tidak mustahil kedudukan PAS akan semakin parah dan lemah dalam PRU yang akan datang. 

Bagaimanapun, Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof telah tidak bersetuju dengan Datuk Harun.  Beliau merasakan yang kedudukan PAS semakin kuat berdasarkan kedudukan Pakatan Rakyat. 

Nampaknya, Siti Zailah benar-benar berpegang kepada kesepakatan yang jitu dengan PKR dan DAP dan tidak lagi melihat PAS sebagai satu entiti berasingan.  Baginya, PAS, PKR dan DAP adalah satu, dan kedudukan DAP yang semakin kuat adalah juga kekuatan PAS. 

Siti Zailah kemudian berhujah bahawa kerjasama itulah yang membolehkan PR menang di 4 buah negeri dalam PRU-2008. Beliau bagaimanapun tidak menyebut kekalahan satu dari negeri-negeri tersebut dalam PRU-2013.   Beliau juga berhujah bahawa tahaluf siyasi ini berjaya kerana hari ini ramai di antara pemimpin PAS terlantik menjadi EXCO negeri berbanding sebelumnya

Kita tidak tahu sama ada Siti Zailah telah mendengar hujah Datuk Harun mengenai tahaluf siyasi perlu dikaji semula, tetapi kita pasti Siti Zailah telah benar-benar kemaruk kuasa sehingga tidak mampu mentafsirkan antara kekuatan dan kelemahan PAS.  

Dari hujah Siti Zailah, kita melihat bahawa sekiranya PAS hanya mempunyai 1 kerusi sekali pun, tetapi jika PR menang dalam PRU serta melantik pemimpin PAS memegang beberapa jawatan, maka ia sudah merupakan satu kemenangan baginya. 

Siti Zailah jelas terlupa bahawa perjuangan PAS, DAP dan PKR adalah berbeza.  Jika PR menang PRU dengan PAS mempunyai jumlah kerusi tercorot, maka PAS tidak berhak untuk mengatur pemerintahan negara.   Ini bermakna PKR dan DAP bebas mencorakkan pemerintahan menjadi negara liberal atau memperkenalkan pluralisme dalam beragama sepertimana hala tuju perjuangan mereka. 

Apakah Siti Zailah sememangnya tidak punya masalah dengan hala tuju PKR dan DAP asalkan PAS dibenarkan memegang beberapa jawatan?  Inikah yang Siti Zailah ingin katakan? 

Jika benar, maka jelaslah bahawa golongan Ulama di dalam PAS kini merupakan golongan yang terpinggir, bersendirian dan mungkin mewakili segolongan kecil sahaja.  Ini kerana PAS sebenarnya telah berubah hampir sepenuhnya. 

Jika dulu PAS menganggap wanita sebagai kelas dua sehingga melarang mereka menjadi calon, tetapi hari ini wanita PAS bangun menentang Ulama. 

Apakah komen Datuk Harun mengenai hujah Siti Zailah?  Kita sama-sama tunggu dan lihat sama ada Ketua Dewan Ulama ini juga akan memusing kenyataan sendiri bagi menunjukkan yang PAS tidak punya masalah dalaman mahupun masalah dengan pakatan.  

Apa yang pasti, walau sejauh manapun mereka memusing dan memutarbelit kenyataan sesama sendiri, mereka juga yang akan pening akhirnya.  Apabila mereka semakin pening, semakin ramailah yang akan meninggalkan mereka. 

PERGHHH!!! Stopa Ali Pilih Muktamar Dewan Muslimat...Pandai Pilih Yer!!! Hahahaha..

klik gambar untuk "larger view". 

Stopa Ali tidak asing lagi di kalangan peminat politik tanahair. 

Stopa Ali cukup sinonim kepada peminat politik tanahair, apatah lagi jika terlihat spender putih atau aktiviti menebar roti canai. 

Stopa Ali pilih untuk berada di perasmian mesyuarat dewan muslimat PAS. 

Propa si Stopa kononnya muslimat atau kaum wanita sudah memaafkannya. Tetapi Stopa tidak tahu apa yang dibisik-bisikkan oleh perwakilan di belakang sana. 

Stopa buat muka tak malu... 

Stopa mmg muka tak malu...

Seantero dunia sudah kenal Stopa... 

Stopa buat tak tahu... Stopa mmg tak malu. 

Stopa pilih Muktamar Dewan Muslimat... apa lagi yang Stopa mahu? 

MUAHAHAHAHAHAHAHA...

Tuesday, November 19, 2013

MUKTAMAR PAS: Haron Din Memang Orang Yang Berilmu... Tetapi Bila Agaknya Beliau Akan Keluar Dari "Kelambu"???


Kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din di dalam Berita Harian hari ini menyebabkan kita menggeleng-gelengkan kepala. Haron Din menempelak Karpal Singh atas kenyataan pemimpin DAP itu mengenai parti berasaskan agama wajar diharamkan.  Menurut Haron Din, Karpal tidak faham agama Islam dan Karpal tidak wajar masuk campur dalam urusan rumahtangga PAS atau tidak wajar ‘masuk ke dalam kelambu’ PAS. 

Analogi ‘kelambu’ yang digunakan Haron Din membawa makna yang mendalam sekali. 

‘Kelambu’ selalunya dikaitkan dengan keintiman dan menyatakan bahawa DAP telah masuk ke dalam kelambu PAS membayangkan betapa DAP telah mengetahui segala-galanya tentang PAS.  Tiada lagi rahsia PAS yang tidak diketahui oleh DAP. 

Apa yang pelik ialah, walaupun DAP atau Karpal telah masuk ke dalam kelambu PAS, Karpal masih lagi tidak faham Islam, sepertimana yang disahkan oleh Haron Din sendiri. 

Jelas, apa yang ada di dalam PAS tidak mampu menarik Karpal ke arah Islam, jauh sekali memahamkannya mengenai agama suci ini.  Ini kerana apa yang dapat dilihat di dalam kelambu PAS hanyalah kekeliruan antara menjaga hati bukan Islam, mengambil hati umat Islam, memerangi sesama Islam, membela Syiah, menyokong komunis dan ketidakpastian mengenai LGBT. 

Justeru, tidak hairanlah Karpal semakin jauh dari Islam dan bukannya semakin tertarik dengan Islam sejak DAP ‘masuk ke dalam kelambu PAS’. 

Apa yang lebih melucukan ialah kenyataan Haron Din itu membayangkan beliau marah-marah kerana Karpal menceroboh kelambunya. Mungkin Haron Din terlupa bahawa PAS yang menjemput Karpal duduk sekelambu. 

Sehingga ke tahap ini juga, PAS yang kelihatan enggan berpisah dengan DAP sedangkan DAP sudah pernah mengugut untuk keluar pakatan sekiranya PAS terus mempertahankan Negara Islam dan Hudud.   Tetapi, PAS tidak pernah mengugut keluar pakatan sekiranya DAP terus mempersoalkan Islam.  Sebaliknya, PAS sering menganggap kenyataan DAP adalah kenyataan peribadi pemimpin tertentu dan enggan mencari gaduh dengan parti itu.  Selamanya, PAS yang terus mengalah, mengharapkan kesetiaan DAP kepadanya. 

Kini setelah DAP berada dalam kelambu yang sama, Haron Din pula yang berpura-pura baru tersedar. Apakah Ulama ini selama ini buta? 

Jika beliau boleh melihat makhluk halus yang manusia biasa tidak dapat lihat, kenapakah beliau tidak boleh melihat makhluk ‘kasar’ iaitu Karpal Singh di dalam kelambunya?  Atau Kit Siang dan Guan Eng di dalam kelambu PAS?  Hanya kerana mereka berwajah Mat Sabu, mereka tetap Kit Siang, Guan Eng dan juga Karpal berdasarkan tindak tanduk dan kenyataan yang dibuat.  Apakah Haron Din tidak nampak mereka di sebalik wajah Mat Sabu itu sedangkan seluruh negara boleh melihatnya?

Itu belum lagi Ambiga Sreevanesan atau mungkin juga Bridget Welsh yang didakwa sebagai agen CIA yang juga pernah dijemput masuk dalam kelambu PAS.  Apakah Haron Din terlepas pandang akan mereka juga? 
Hakikatnya, kelambu PAS itu sudah koyak.  Semua orang boleh melihat apa yang berlaku di dalamnya termasuk hubungan terlarang mahupun songsang. 

Kebusukan PAS sudah terdedah luas dan tidak hairanlah apabila Karpal menyuruh PAS membuang saja nama agama pada parti. Sememangnya, PAS sudah terlalu jauh dari landasan Islam.

Monday, November 18, 2013

Muktamar PAS: Tuan Ibrahim Tuan Man Ingkar Kata-Kata Hadi Awang???


Nampaknya menjelang Muktamar Tahunan Pas ke-59 yang akan diadakan pada 21 dan 22 November ini, rakyat bakal disajikan dengan pelbagai drama dan sandiwara terbaru yang menggelikan hati.

Antara kenyataan Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan Pas akan mendesak negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan rakyat (Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang) untuk melaksanakan hudud.

Bukanlah niat untuk memperlekehkan usaha parti itu, namun umum mengetahui rakan sekutu mereka DAP dan PKR tidak pernah bersetuju dengan pendirian parti itu yang sering mendakwa ingin memperjuangkan Islam.

Ini kerana DAP memang sejak dari dahulu lagi memang terkenal sikap cauvinisme / ultra kiasunya dan begitu tebal dengan semangat kecinaan mereka. Malah melalui analisa dan kajian yang dilakukan, DAP masih tetap dengan perjuanganaliran sosialis demokratnya, yang ditunjangi dengan fahaman sekular "sama rata sama rasa" dan ingin menghasilkan negara yang berorientasikan Konsep Malaysian Malaysia.

Itu belum lagi diambil kira kenyataan Pengerusi parti itu yang pernah mengatakan untuk meminta mana-mana pemimpin untuk melangkah mayatnya dahulu, sekiranya ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Islam. Malah dia melalui kenyataan terbarunya turut mendesak agar Pas dibatalkan pendaftaran kerana disifatkan sebagai sebuah pertubuhan yang berbahaya. 

Manakala bagi pihak PKR pula, melalui perjuangan ‘pemimpin anugerah tuhan’ yang ingin membangunkan sebuah negara liberal yang berasaskan pluralisme agama. Malah disebabkan faham pluralisme agamanya itu PKR turut sama memperjuangkan kalimah Allah agar boleh digunakan oleh gereja untuk menerbitkan naskah Bible versi Bahasa Melayu.

Paling menarik, apabila Anwar dengan segala tipu daya dan helahnya telah berjaya mempengaruhi Pas sehingga sanggup menggadaikan dan menggugurkan slogan negara Islam yang menjadi asas perjuangan sejak dahulu dengan menerima konsep negara kebajikan.

Perbezaan ideologi antara ketiga-tiga parti terbesar di dalam pakatan pembangkang ini sudah cukup membuktikan desakan yang cuba dilakukan oleh Pas itu hanyalah sekadar retorik dan sandiwara semata-mata. Ini kerana ramai yang melihat kenyataan Tuan Ibrahim itu hanyalah merupakan kenyataan politik yang bertujuan untuk meraih simpati para perwakilan yang bakal mengundi nanti.

Ini kerana, dengan mengambil kira pendekatan kempen Pas selama ini, sekiranya benar parti itu ikhlas ingin memperjuangkan Islam dan Hudud mereka tidak akan bersifat seperti ‘talam dua muka’.

Di depan pengundi Melayu mereka mencanangkan Islam, namun di depan pengundi Cina dan India mereka menggunakan konsep negara berkebajikan. Seolah-olah konsep Islam tidak layak untuk semua kaum. Jadi dimanakah konsep dakwah yang merupakan sebahagian dari Islam?

Sebenarnya isu Hudud ini sengaja dibangkitkan, kerana Tuan Ibrahim sedar parti itu mempunyai terlalu banyak isu yang dijangka akan berbangkit dalam muktamar Pas pada kali ini. Di samping isu pencapaian dalam PRU-13, isu tahalluf siasi, isu syiah, kalimah Allah, pengaruh liberal dalam Pas dan isu memorandum Comango yang tidak diberi perhatian oleh Pas mungkin antara perkara yang akan dibangkitkan.

Ia terkait langsung dengan asas perjuangan Pas untuk memartabatkan Islam. Isu kalimah Allah menyebabkan dalam kalangan kepimpinan utama Pas bercanggah pendirian. Sedangkan isu itu terhubung dengan persoalan akidah. Isu Syiah menyebabkan Pas tidak ambil pendirian yang jelas sedangkan fahaman Syiah bercanggah dengan fahaman Ahlu Sunnah wal jamaah.

Isu perjuangan Comango sangat jelas bercanggah dengan Islam. Isu Hak Asasi Manusia yang bercanggah dengan syariat tidak dibantah oleh Pas. 54 organisasi Comango sangat jelas anti-Islam dan anti Perlembagaan Malaysia. Mengapa Pas membisu? Lujnah Penyelidikan Pas yang diketuai oleh Dr. Zulkifli tidak membantu.

Isu parasit dalam Pas dan pengaruh Anwariyyun memang diketahui umum. Apakah dukungan Anwar terhadap pluralisme agama menyebabkan Datuk Mujahid tertarik dengan fahaman ini dan menyebabkan beliau menulis dalam sebuah buku yang amat liberal sifatnya.

Isu Pas dalam politik Malaysia bukan sekadar isu kerusi dan kuasa tetapi isu ideologi dan sinergi ulama dan professional. Ideologi Pas ingin memartabatkan Islam dalam sistem kenegaraan. Bila Pas bersetuju melunakkan perjuangannya ke arah negara “berkebajikan" ia sudah lari daripada ideologi. Ia adalah suatu kesilapan besar.

Berbalik kepada isu asal, PKR mungkin tidak akan membantah secara terang-terangan bagi mengelakkan masyarakat Melayu dan Islam mengetahui belang sebenar mereka. Namun DAP sudah pasti bakal menentang habis-habisan sebarang cadangan dan gesaan parti itu untuk melaksanakan hudud bukan sahaja di Pulau Pinang namun turut merangkumi di Selangor dan Kelantan.

Kepada para pemimpin Pas, berhentilah dari terus bersandiwara.

Hakikatnya... apa pula kata Tuan Presiden? 

Ihsan: mediawangsamaju.blogspot.com

Friday, November 15, 2013

Tiba-Tiba Msiakini Siar Rencana "Permata Kepimpinan Ulamak Dalam Perjuangan PAS"... KahKahKahKahKah!!!!


Di saat banyak mata yang sedang memberikan tumpuan terhadap pemilihan kepimpinan Pas pada Muktamar Tahunan ke-59 parti itu yang akan diadakan pada 22 November ini, portal pembangkang Malaysiakini semalam menyiarkan satu rencana yang bertajuk ‘Permata 'kepimpinan ulama' dalam perjuangan PAS’.

Rencana yang ditulis oleh Penolong Setiausaha Agung Pas itu, dilihat sebagai usaha untuk menepis dakwaan berhubung wujudnya pertembungan antara kumpulan ‘Ulama’ dan ‘Liberal’ parti itu. Selain Liberal, kumpulan tersebut turut dilabelkan dengan gelaran Endorgan dan Anwarinas kerana gaya dan pendekatan yang digunakan.

Pelbagai hujah digunakan bagi meyakinkan pembaca, kononnya di dalam Pas hanya ada satu kumpulan sahaja dan langsung tidak wujud sebarang perpecahan yang melibatkan kepimpinan tertinggi parti.

Sedangkan isu yang dibangkitkan itu bukanlah merupakan isu baru, ia telah lama didendangkan oleh pemimpin parti itu sendiri. Sebagai contoh kenyataan Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz sebelum ini yang meminta agar para perwakilan memilih ulama sebagai Timbalan Presiden parti.

Ia sudah cukup membuktikan bahawa pemilihan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan yang lalu bukan dari kumpulan ulama. Malah kemenangannya juga dikatakan tidak disenangi oleh segelintir pihak. Ditambah dengan tindakannya yang ‘mesra’ dengan DAP juga dirasakan sebagai punca semakin ramai yang mula meninggalkan parti yang sering menggunakan Islam sebagai modal untuk menarik sokongan itu.

Paling menarik, apabila penulis rencana tersebut dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk menafikan perkara yang telah diketahui umum sebagai pertembungan antara dua kumpulan itu. Tidak cukup dengan itu, dia juga turut melampirkan sejarah parti yang kononnya disifatkan sebagai 'kebijaksanaan' pemimpin dalam membuat keputusan bagi menempuh cabaran politik baru.

Dia turut mengatakan bahawa Pas bukanlah sebuah parti politik murahan yang boleh diperkudakan oleh mana-mana pihak. Sedangkan pada hakikatnya, sejak parti itu menggunakan pendekatan ‘tahluf siyasi’ dengan DAP dan PKR, hala tuju dan perjuangan yang selama ini dikendong sudah semakin dicicirkan.

Kepada yang masih ingat, Pas sebelum ini begitu hebat mempromosikan negara Islam, namun apabila kepimpinan parti itu membuat keputusan untuk menerima parti ultra kiasu sebagai rakan sekutu, slogan negara Islam terpaksa digugurkan dan digantikan dengan ‘Negara Berkebajikan’.

Itu belum lagi dikira dengan isu ‘hudud’ yang seakan-akan telah lenyap dari perjuangan Pas ketika ini. Bahkan ketika ditanya mengenainya, bekas menteri besar Perak dari Pas suatu ketika dahulu dan tanpa segan silu mengatakan ‘hudud’ tiada dalam perlembagaan parti.

Seterusnya penulis rencana itu mengatakan “PAS mempunyai organisasinya yang tersendiri dan setiap kepimpinan perlu patuh kepada disiplin dan adab-adab parti. Tidak timbul soal ‘kumpulan ulama' dan ‘kumpulan profesional'. Jangan ada lagi keraguan ‘ulama diprofesionalkan dan profesional diulamakan' dalam saf kepimpinan Pas”.

Sekiranya betul mereka patuh kepada disiplin dan adap parti, mengapa pula penyandang jawatan Timbalan Presiden tampil meluahkan rasa kurang senangnya dalam pemilihan yang diadakan ini?

Dia yang terkenal dengan panggilan Mat Sabu semalam, meluahkan rasa kesal kerana menurutnya sepanjang 35 tahun berada dalam parti itu sejak dari tahun 1978, inilah kempen paling teruk pernah dilihtanya.

''Untuk menjatuhkan seseorang pemimpin Pas, pelbagai label diberikan. Paling popular ialah Syiah dan yang kedua liberal,'' kata Mat Sabu.

Ketika Mat Sabu keluh kesah dengan apa yang beliau anggap perubahan minda ahli Pas terhadap muktamar dan kepimpinan parti, tersebar pula gambar wajah salah seorang calon Ketua Pemuda Pas digantikan dengan kepala anjing.

Gambar itu dipaparkan dalam laman Facebook 'Fikrah Islamiah Pilihan Kami'. Walaupun Pas pusat masih belum mengenal pasti siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan biadab itu tetapi ia sebenarnya memberi isyarat kepada kepimpinan dan ahli Pas bahawa politik tetap politik.

Persoalannya dimanakah disiplin dan adap yang dikatakan? Apakah ini bentuk pendekatan ‘ulama diprofesionalkan’? Hanya sekadar untuk renungan.

Thursday, November 14, 2013

Video Telagah: PAS Perlu Dipimpin Oleh Ulamak!!!



Tonton sampai habis! Maka anda akan lebih faham ke mana hala tuju PAS.

Tuesday, November 12, 2013

Muktamar PAS: Siapa "Power Broker" ???


Menjelang Muktamar PAS 24 November ini, bukan sahaja politik dalaman PAS semakin bergolak, tetapi ia turut menyaksikan rakan sekutunya, DAP, sama-sama menyibuk, mengacah dan menjentik PAS agar menari mengikut rentak mereka.

Ini terbukti apabila Karpal Singh, dengan tidak semena-mena membuat kenyataan yang begitu ‘menyakitkan’ PAS dengan mengecam parti yang berasaskan kaum dan agama sebagai merbahaya.  Karpal juga menyarankan parti seperti PAS dibubarkan sahaja atas alasan tidak menepati ‘sifat’ negara ini yang majmuk.

PAS menjadi bertambah kelam kabut apabila sebuah laman facebook melaporkan petikan kenyataan AJK Kerja PAS Pusat iaitu Dr. Siti Mariah Mahmud yang menyarankan agar Majlis Syura Ulama dibubarkan saja.  Beliau juga dilaporkan berkata bahawa cadangan melantik Presiden dan Timbalan Presiden PAS di kalangan Ulama sebagai cadangan yang kurang bijak.

Bagaimanapun, Dr. Mariah kemudiannya dikatakan menafikan kenyataan tersebut.   Sehingga kini, tiada siapa yang dapat mengesahkan kisah sebenar mengenai laporan facebook itu.

Benar atau tidak, kita semua tahu bahawa PAS telah lama membelakangkan Majlis Syura termasuk pemimpin dari kalangan Ulama sendiri.    Antaranya, isu mengenai Kalimah Allah di mana PAS dilihat berada dalam keadaan kabur dan keliru, tidak tahu untuk berpegang kepada pendirian Majlis Syura atau keputusan Pakatan Rakyat.

Di kalangan akar umbi PAS, mereka menganggap Majlis Syura sebagai badan tertinggi mengatasi segala yang lain.  Namun mereka lupa bahawa PAS tertakluk di bawah kerjasama dengan Pakatan Rakyat yang mana secara automatik meletakkan keseluruhan parti itu di bawah satu payung yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. 

Justeru, semua keputusan wajib mengambilkira pandangan sekutu PAS iaitu DAP dan PKR, serta wajib pula diluluskan oleh Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Umum tahu bahawa DAP dan PKR sama sekali tidak bersetuju sekiranya Ulama menerajui PAS.

Dengan kemasukan golongan Anwarinas secara meluas di dalam PAS, maka tidak mustahil bahawa PAS sedang dicatur dari dalam agar menepati pendirian PKR/Anwar Ibrahim. 

Manakala, dari luar pula, PAS sedang dicatur oleh DAP.   Contohnya, kenyataan Karpal sebenarnya hanyalah sebagai ujikaji terhadap reaksi PAS, mungkin untuk mengenalpasti secara tepat siapakah yang paling lantang menentang DAP dan siapa pula yang menyokong.  Selain itu, kenyataan Karpal juga boleh dijadikan sebagai alat untuk menonjolkan mereka yang bakal bertanding dalam Muktamar nanti.

Inilah masanya bagi mereka untuk menunjuk ‘Islam’ dan ‘lantang’  menempelak Karpal.  Inilah masanya untuk menunjuk sebagai pejuang tulin yang tidak gentar dengan kafir harbi.

Malangnya, percaturan PAS hanyalah sebahagian dari mainan politik DAP dan PKR yang jauh lebih besar dari sekadar pemilihan parti.  Kita pasti, sepertimana kenyataan Karpal mengenai parti berasaskan agama, isu mengenai saranan pembubaran Majlis Syura adalah sebenarnya suara DAP dan PKR.

Percaya atau tidak, PAS kini sedang berhadapan dengan cabaran yang melibatkan akidah dan iman.  PAS sedang diasak dari dalam dan dari luar agar menghumbankan saja golongan Ulama yang degil tidak dapat menerima pendekatan liberal dan plural DAP dan PKR.

Persoalannya, mampukah golongan Ulama PAS menolak asakan mereka?  Apakah ahli-ahli PAS menyedari apa yang sedang berlaku di dalam parti mereka?

Apapun, hanya Muktamar PAS yang dapat memberikan jawapan kepada semua persoalan ini.   Sekiranya golongan Anwarinas berjaya memegang jawatan penting, maka bersedialah untuk PAS yang hanya Islam pada nama.  Sekiranya balaci DAP juga turut berjaya menduduki jawatan tinggi, maka bersedialah PAS untuk menghapuskan terus nama ‘Islam’ pada parti mereka. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...