Bersama Berjuang

Showing posts with label TS Muhyiddin Yassin. Show all posts
Showing posts with label TS Muhyiddin Yassin. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

Lawatan TPM Di Meru Beri "Durian Runtuh" Kepada Rakyat!!! Itu Pun Dituduh Rasuah!!!


Hairan bin ajaib untuk juak-juak Fuckatan.  Kalau kerajaan negeri bagi, itu katanya berkebajikan.  Tapi kalau kerajaan persekutuan bagi, itu rasuah.  

Korang nilailah sendiri mental diorang nih... 

BACA DISINI untuk mengetahui apa yang DUN Meru dan Negeri Selangor dapat dari BN hasil lawatan TPM tempohhari.  

Ada wartawan Selangor Daily rupanya.. kirim salam kat Wak Cetuk ye..

Monday, September 26, 2011

Foto Menarik Sekitar Lawatan TPM Sempena Majlis Penutupan Program BNBBC Di Meru!!!

Orang kuat Pemuda UMNO Meru, Ustaz Nor Azizi (berkaca mata hitam) dan jenteranya



Teringat masa GT jadi kadet bomba dulu.. huhuhuhu..

Otai-otai tak sabar nak sambut TPM


Gelombang Merah di Meru...

YB Noriah Kasnon (berbaju BN) dan Penyelaras DUN Meru, Pn Norliza Ahmad

I.S.A.. hehehehe.. steadylah Tan Sri..

Macam GT kenal jer...

Dato' Jaei (baju melayu biru), bekas ADUN Meru turut sama menyambut ketibaan TPM




Kumpulan Seni Cempuling SMK Meru

Sendat dan padat menyambut ketibaan TPM

Generasi 1 Malaysia... kiut miut.. bagus betul lah bebudak nih..

Dato' Haji Abdul Rahman Palil, Ketua UMNO Bhgian Kapar

Pengerusi BNBBC

"Saya umumkan pembinaan SMK Bukit Kapar..."

Penyerahan bantuan kepada Maahad Tahfiz seluruh Selangor yang berjumlah RM 6 juta

Fuhhhh... macam2 cerita yang GT dapat dari program TPM ini.. panas bro.. Yang penting, rakyat khususnya warga Meru akan dapat sebuah lagi sekolah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kapar.  

Dan sekolah agama rakyat di kawasan DUN Meru mendapat bantuan RM10 ribu satu sekolah.  

Ilmu untuk anak bangsa, bukankah itu yang terbaik???

Nak yang panasss???  Tungguuuuuuuuuuuuu... selepas ini...

Sori.. 2 hari tak update blog.. GT outstation kat Singapore.. huhuhuhu..

Thursday, September 22, 2011

PAS Selangor Mula "Serang" Majlis Lawatan TPM Ke DUN Meru!!!


Semalam GT ada siarkan artikel tentang lawatan TPM ke DUN Meru esok jam 5.00 petang.  

Tak sangka ada respon yang baik dari kepimpinan PAS Selangor berkenaan majlis ini.  Pesuruhjaya PAS Selangor kata itu tindakan terdesak dari BN.  

Ohhh.. apa punya statement la si Dr. Rani nih... kalau pun nak cari glamer, GT rasa carilah isu yang lebih baik dari itu.  Bukan sekadar keluar kat portal pariah dengan statement tahap kanak-kanak PASTI.  


Pemukiman bukanlah sesuatu yang asing bagi pihak yang kalah.  PAS, PKR pernah membuat program yang sama selepas kekalahan mereka.  This is politics brader...

Rupanya ada udang disebalik otak udang.... DUN Meru, kawasan si Dr. Rani ini bakal menjadi majlis penutup program BNBBC dengan kehadiran TPM!  Takkan sudah goyang kot...

Padanlah terasa.. hehehehe..

Oppssss.. anda semua dijemput hadir.  Kalau takde banner atau petanda, tanyalah sesiapa sahaja kat seberang jalan tu.. kerana info dari rakan-rakan di Meru, mmg bukan luar biasa sekiranya banner diorang selalunya "ghaib".

Wednesday, September 21, 2011

TS Muhyiddin Yassin Sedia Gempur Pesuruhjaya PAS Selangor !!!


TS Muhyiddin Yassin akan membuat lawatan ke DUN Meru pada 23 September 2011 (Jumaat) jam 5 petang.  

Sehubungan dengan itu, satu Jamuan Aidilfitri 1 Malaysia akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, sekaligus sebagai acara penutupan program sempena lawatan BNBBC ke Selangor yang bermula hari ini.  

Semua rakyat Malaysia dijemput hadir.  

GT mendapat maklumat dari rakan-rakan dari Meru yang berharap ada BERITA BAIK dapat disampaikan oleh TPM kepada warga Meru berikutan status SMK Meru sebagai sekolah yang mempunyai kepadatan pelajar tertinggi di Malaysia!  

Ini bermakna keselesaan pelajar sewaktu sesi persekolahan mungkin terjejas.

Dan sebagai blogger jalanan, dari rakyat untuk rakyat, kepada anda atau sesiapa yang mempunyai akses kepada pejabat TPM atau TPM secara peribadi, sampaikan berita ini kepada beliau demi DENYUT NADI RAKYAT!!!

Kalau diambil kira dari kes menurunkan kain rentang pro kerajaan di Meru sedikit masa dulu, yang pernah GT siarkan, GT tidak akan terkejut sekiranya majlis ini juga bakal disabotaj oleh pihak tertentu!  

Kepada Pemuda UMNO, dan Pemuda BN, bersiapsiaga!!!

Friday, August 19, 2011

Anda Semua Dijemput Hadir Bersama PM dan TPM!!!

SAtu program Memperkasakan Ekonomi Bumiputera akan diadakan pada butir-butir berikut:

Tarikh:  19 Ogos 2011 - 20 Ogos 2011
Masa :   9.00 pagi
Tempat: Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam

YAB Perdana Menteri akan membuat ucapan perasmian pada sebelah pagi, dan YAB Timbalan Perdana Menteri membuat ucapan penutupan pada 20 Ogos 2011 jam 3 petang.  

Semua dijemput hadir...

Thursday, August 18, 2011

Sokong TS Muhyiddin... Fuckatan Mmg Paranoid!!! Hampeh...!!!


Kata-kata TS Muhyiddin memang masuk akal.  

Pembangkang mmg bersifat paranoid.  Sebab itu GT selalu kata, pembangkang di Malaysia boleh dikategorikan sebagai pembangkang paling tak guna di Malaysia.  

Kenapa?  Sebab mereka tidak bersifat konstruktif, melainkan cuba mencari isu untuk kepentingan politik semata-mata. Mereka bersifat negatif, tanpa memberi peluang kepada idea baru, sekalipun idea itu bertitik tolak dari kehendak mereka sendiri!

Contoh terbaik, apa sahaja yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat akan dianggap samada rasuah kepada rakyat, "gula-gula" kepada rakyat, atau tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada rakyat.  

Bila kali terakhir anda dengar atau baca, juak-juak Fuckatan memuji "pemberian" kerajaan kepada rakyat, sekalipun pemberian itu juga diterima oleh penyokong-penyokong mereka?

Maka apa yang TS Muhyiddin maksudkan mmg benar.  Pembangkang bersifat negatif, destruktif dan tidak pernah menyumbang ke arah kesejahteraan rakyat.  

Bukankah pembangkang diberi tempat di dalam panel parlimen?  Mengapa tidak disambut dengan terbuka, dan memberi sumbangan dahulu?  

Pananoia sungguh!!!

Saturday, August 6, 2011

Kerisauan TS Muhyiddin Perlu Perhatian Kerana Pembangkang Malaysia Berotak Udang!!!

Kerisauan TPM ini harus diambil serius dari semua pihak.  

Aspek penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar amat penting berikutan masa depan yang lebih mencabar.  

Berpijak di bumi yang nyata, pelajar yang dapat menguasainya adalah lebih berpeluang besar untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.  Malah, graduan yang fasih berbahasa Inggeris adalah lebih "marketable", dan selalunya diburu oleh syarikat-syarikat besar.  

Mungkin peluang sedikit tertutup untuk bekerja di syarikat yang mengiklankan "abiliti to speak mandarin is an added advantage.  Ini adalah fakta, dan secara tidak langsung menunjukkan "taste" syarikat berkenaan, yang bukannya orang Melayu.  Jangan cakap GT rasis, kerana i get that info thru my observation in the newspaper.  

Kenyataan dari TPM menunjukkan keikhlasannya, dan mengakui permasalahan yang melanda.  Secara tidak langsung, TPM sebenarnya perlukan kerjasama dari semua pihak untuk memastikan anak bangsa mendapat penguasaan bahasa Inggeris secukupnya.  

Dan sebagai seorang pemimpin, beliau sebenarnya cuba mengatakan bahawa permasalahan ini harus ditangani secara berpasukan.  Dan GT respeks dengan keterbukaannya dalam memastikan pihak-pihak yang bertanggungjawab maju kehadapan untuk satu penyelesaian yang konstruktif.  Dan tentunya, TPM tidak bermuka-muka dan cuba menutup kelemahan yang sedang dihadapi oleh anak Melayu.

Ia lebih baik dari bersikap berpura-pura seperti yang ditunjukkan oleh kebanyakkan pemimpin pembangkang, terutamanya di Selangor, yang saban hari mengatakan Selangor bagus, Selangor maju dan sebagainya dibawah pentadbiran mereka.  Walhal, rakyat lebih bijak menilai apa yang berlaku.

Satu tindakan yang pragmatik dan mungkin radikal harus diambil, walaupun terpaksa memaksa Pak Janggut Putih kembali di jalanan untuk menjadi "hero" lagi.  

Pedulikan dia, kerana kriteria pembangkang yang ada padanya sekadar berotak udang.  Itulah pembangkang di Malaysia, yang sangat minima untuk menyumbang ke arah kesejahteraan rakyat, hanya menumpukan kepada kelangsungan politik semata-mata!

Dan jangan hairan, apabila pembangkang akan cuba mempolitikkan kenyataan dari TPM ini.  Standard pembangkang otak udang, yang pandai bangkang.. bangkang... dan bangkang... 

Apa pun tak boley..!!!

Tuesday, August 2, 2011

Rakyat Mohon Bantuan Dari Tan Sri Muhyiddin Yassin...!!!

KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Pekerja Dawama Sdn Bhd, syarikat konsesi mencetak dan mengedar buku dan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin campur tangan menyelesaikan kemelut yang menyebabkan hampir 400 orang telah diarah mengambil cuti tanpa gaji bermula hari ini.

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama Sdn Bhd Zainal Awit berkata tindakan pengurusan syarikat itu amat keterlaluan kerana menyebabkan kesemua kakitangan kehilangan mata pencarian.

Justeru kata beliau, pihaknya mahu Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran memandang serius kemelut semasa dan selesaikan dengan segera.

“Cuti tanpa gaji ini berkuat kuasa hari ini dan tiada tarikh akhirnya, kami para pekerja rasa terkilan dan tertekan di atas tindakan pihak Dewama memberi cuti tanpa gaji kepada kami dan bayangkan bagaimana anak-anak kami akan menghadapi bulan Ramadan dan hari raya akan bakal menjelma.

“Justeru kami merayu kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya campur tangan dengan serius dalam permasalahan yang berlaku ini. Beliau perlu mengambil tindakan yang tegas bagi membantu kami pekerja-pekerja,” katanya pada sidang media selepas mengadakan protes bantahan di depan pejabat Dawama, Hulu Klang di sini.

Antara sepanduk yang dibawa berbunyi “DBP hendaklah mengambil alih kegagalan yang diswastakan”, “Ingat! Doa makbul”, “Konsesi rezeki, istimewa, amanah”, “Mana hak dan pampasan kami” dan “Cuti tanpa gaji aniaya kami.”

Khamis lalu 380 kakitangan Dawama telah menerima notis cuti tanpa gaji ekoran masalah kewangan dihadapinya.

Notis itu yang menggariskan pertikaian dengan DBP sebagai alasan, agensi terletak di bawah Kementerian Pelajaran, sebagai punca kepada tindakan tersebut.

Dawama dilaporkan berhadapan dengan masalah kewangan rumit.

Tegas Zainal, pihaknya juga mahu agar DBP menamatkan konsesi dengan Dawama dalam kadar segera.

Jelas beliau, tindakan itu akan membolehkan kesemua kakitangan kembali bekerjasa seperti biasa.

“Kalau kita lihat di dalam surat cuti tanpa gaji, alasan yang diberi bahawa Dawama sudah tidak mampu untuk membiayai operasi harian termasuk bayaran gaji kepada kakitangan dan kita terkejut dengan alasan yang tidak munasabah ini.

“Ini kerana sejak mendapat konsesi, Dawama memperoleh tender kerajaan yang pendapatannya dianggarkan puluhan juta ringgit, jadi kami berharap pihak berwajib menyiasat perkara ini dan kami juga mahu supaya konsesi ini ditamatkan dengan segera supaya DBP boleh mengambil alih operasi,” katanya.
Zainal Awit menunjukkan notis meminta pekerja-pekerja Dawama bercuti tanpa gaji.
 
Zainal juga menegaskan agar Dawama tidak menjadikan pertelingkahan dengan DBP sebagai alasan untuk menggantung tugas kakitangan.

Beliau juga kesal pengurusan Dawama tidak amanah apabila skim potongan gaji tidak disalurkan kepada agensi yang terlibat sejak penghujung tahun lalu.

“Masalah yang kami tanggung juga termasuk potongan gaji kami yang diamanahkan kepada Dewama untuk menjelaskan kepada agensi yang sepatutnya tidak dilakukan, walaupun potongan (gaji) dibuat tapi wang tidak sampai kepada agensi seperti KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), pinjaman peribadi bank dan sebagainya.

“Justeru kami berharap Timbalan Perdana Menteri membantu kami dalam pertikaian ini dengan menepati slogan 1 Malaysia kerana kami adalah rakyat Malaysia,” katanya.

Difahamkan kesatuan juga telah menghantar wakil untuk menyerahkan memorandum kepada Muhyiddin pagi ini.

Dawama diberi tanggungjawab mencetak dan memasarkan bahan bacaan terbitan DBP menerusi kontrak yang ditandatangani pada 1 September 2002 dan sejak itu berlaku kemerosotan yang agak ketara daripada segi cetakan dan jualan.

Tempoh kontrak dengan syarikat konsesi itu adalah selama 12 tahun dan akan tamat pada 2014.

GERAKAN TIMUR:
Harap TS Muhyiddin dapat selesaikan masalah ini dengan segera.  Kita sedang dalam ibadah puasa, dan akan menyambut Lebaran pula.  Mereka punya tanggungjawab bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi kepada keluarga; anak dan isteri.  

Harapan dari rakyat, untuk rakyat. 

TS Muhyiddin: Bersyukur Dengan Keamanan Menunaikan Ibadah Dan Menjaga Kebajikan Anak Yatim!!! Tapi Ada Orang Nak Rampas Pulak!!!

Bersempena dengan Ramadhan, TS Muhyiddin Yassin berkata umat Islam di negara ini harus bersyukur dengan keamanan yang ada sehingga ibadah berpuasa dapat dilaksanakan dengan tenang. 

Beliau juga menyarankan umat Islam agar mempertingkatkan ibadah di bulan yang mulia ini.  

Kenyataan yang jelas bahawa syiar Islam berkembang pesat di Malaysia.  Itupun masih ada suara-suara sumbang yang asyik mempertikaikan Islam di negara ini.  Lebih malang, terdapat gerakan yang mahu menghuru-harakan negara yang ditunjangi oleh orang Islam sendiri.  

Sibuk menjadikan huru-hara di timur tengah sebagai kiblat politik mereka, seolah-olah Islam ditindas dan syiarnya dihalang oleh kerajaan.  Mgkin mereka ini tidak tahu keadaan sebenar di timur tengah itu yang pincang terutamanya dari sudut ekonomi.  Nak makan pun susah, padanlah rakyat marah! 

Walhal, di Malaysia, segalanya makmur, nak cari makan, insyaallah, mudah.  Kalau tidak, masakan ramai pemimpin PAS yang boleh hidup dengan berceramah ke sana ke sini.  Masyuk tuuuu...

Seperkara yang menarik, TPM juga menyentuh tentang kewajiban menjaga anak yatim.  Perlu diingatkan, anak yatim adalah tanggungjawab masyarakat.  Dan Allah telah mengamanahkan mereka kepada kita.  

Tiba-tiba GT teringat dengan demand sesetengah pihak yang mahukan duit zakat.  Lebih mendukacitanya, terdapat pula pertubuhan yang mahukan wang zakat diberikan kepada yang bukan Islam.  GT berbicara tentang IFC, pertubuhan harami beraltarkan yahudi.  

Siapa kepalanya?  Ambiga, yang disokong oleh puak-puak PAS!  Anak yatim adalah asnaf; yang layak menerima wang zakat.  Dan dalam Islam, anak yatim tidak boleh dinafikan haknya.  Bukan atas dasar kasihan, tetapi atas dasar tanggungjawab.

Dan kenapa GT soalkan tentang anak yatim?  Sebab GT pun dahulu tergolong dalam golongan ini.  Hidup penuh kesukaran beb.  Kerajaan banyak membantu.  Dan jasa nya tetap GT kenang sehingga ke hari ini.  

Sebab itu badan-badan yang pernah berbakti kepada keluarga GT seperti Yayasan Selangor, JAIS dan JKM tetap di hati.  Bro, BN dah lama laksanakan kerajaan kebajikan lah... Cuma mereka yang penuh tahi syaitan di hatinya menafikan perkara ini.

Yayasan Selangor menuju kehancuran, dan GT cukup sedih tentang ini.  Andai ada pula yang tidak berhak tetapi mahukan wang zakat; 

OVER MY DEAD BODY!!!

Baca keprihatinan TS Muhyiddin tentang anak yatim DISINI.

Thursday, May 19, 2011

"SELESAIKAN MASALAH DALAMAN" - TS MUHYIDDIN YASSIN


Saranan TS Muhyiddin Yassin agar UMNO harus menangani dan menyelesaikan masalah dalaman yang membelenggu samada bahagian atau cawangan dianggap satu tindakan berani dan berpijak pada bumi yang nyata.  

Kenyataan ini hadir setelah beliau mengadakan lawatan dan pemantauan di beberapa bahagian UMNO baru-baru ini. 

Kenyataan ini seharusnya membuka mata setiap ahli UMNO bahawasanya pilihanraya umum yang dijangka bakal diadakan dalam masa terdekat dan sebarang pergeseran serta pergaduhan sesama sendiri bakal melemahkan jentera parti.  

Semangat setiakawan amat penting dalam perjuangan selain sikap hormat-menghormati dan bertolak ansur sesama.  Budaya cantas-mencantas juga antara penyebab terjadinya sengketa kepada kumpulan-kumpulan kecil atau berpuak.  Inilah antara faktor yang melemahkan bukan sahaja UMNO, malah Barisan Nasional itu sendiri.  

TS Muhyiddin juga mengingatkan agar usaha gigih dan kerjasama dipergiatkan diantara ahli dan juga parti komponen BN bagi membentuk jentera pilihanraya yang kuat dan ampuh dalam misi memenangi PRU yang akan datang. 

Wednesday, March 30, 2011

FOTO2 SEKITAR LAWATAN KERJA TAN SRI MUHYIDDIN DI KUALA LANGAT!!!


KLIK SINI untuk foto-foto menarik seterusnya.

FOTO2 SEKITAR LAWATAN KERJA TAN SRI MUHYIDDIN DI AMPANG!!!








  
Lawatan kerja TS Muhyiddin Yassin dimulakan dengan solat Zuhur di Masjid Al-Ubudiah.  Kemudian, beliau menikmati jamuan ringan sambil beramah mesra bersama AJK masjid.

Gerak kerja seterusnya adalah ke Sekolah Menengah Taman Tasik, Ampang bagi bertemu rakyat dalam sessi "Townhall Meeting".  Beberapa perkara telah dibangkitkan oleh beberapa wakil masyarakat  dan NGO yang berharap agar BN dapat membantu mereka dalam beberapa perkara sekaligus merampas semula Selangor.  Foto-foto seperti dibawah:















Gambar2 seterusnya pada jam 12 nanti... saksikan rintihan rakyat Selangor dibawah perintahan Khalid Gagap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...