Bersama Berjuang

Monday, March 21, 2011

PANASSS.. BUKTI YAYASAN SELANGOR MENUJU KEHANCURAN - PART 2


Part 2, GT masih touch dari sudut pengurusan perkhidmatan.  Jom layan...

DARI SUDUT PENGURUSAN PERKHIDMATAN 

3.  Perlanggaran Arahan Bercuti oleh Timb. Pengurus Besar (Pengurusan)
  • Satu surat arahan bercuti telah dikeluarkan yang berkuat kuasa 15 Nov 2010. Malangnya arahan itu tidak dipedulikan dan Timbalan Pengurus Besar telah hadir ke mesyuarat pada 3 Disember 2010. Kehadiran Mesyuarat dilampirkan.



  • Lebih menghairankan,  arahan cuti bergaji telah dikeluarkan oleh Pengurus Besar kepada seorang Pegawai Kontrak . Mengikut syarat-syarat tawaran perhidmatan kontrak tiada terma atau syarat cuti bergaji penuh. Pengurusan YS tidak merujuk kepada Ahli Lembaga Pengarah dalam isu tatatertib pegawai tertinggi.  Untung, taraf kontrak namun cuti bergaji.  Kroni ke???



Ini secara langsung dilihat sebagai kelemahan integriti pegawai tersebut. Ini tidak seharusnya berlaku kepada pegawai yang berada di dalam kumpulan Jusa. Pengurus Besar juga gagal dalam mengikut arahan Menteri Besar  Ini juga menunjukkan kelemahan integriti kerajaan negeri kerana melantik pegawai pengurusan yang enggan mematuhi peraturan dan prosedur. Perlantikan Dato Khusrin dipertikaikan tanpa menyedari kerajaan negeri mengalami masalah yang lebih teruk.


4.  Kenaikan Pangkat
  • Terdapat Circular Resolusi ( No A127/2010 ) mengenai Pindaaan dan Penetapan Gred Perkhidmatan dan Penggajian bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi berkuatkuasa mulai 1 Julai 2010.
  • Gred Pengurus Besar telah dinaikkan daripada Jusa C pada tarikh lantikan 15/3/2010 ke Jusa B pada 15 April 2010 hanya 1 bulan selepas dilantik.
  • Gelaran Pengurus Kewangan dipinda kepada Pengurus Aset Pelaburan dan kewangan pada surat tawaran bil (17) dlm.YS/SM/03/0176 Jld VII bertarikah 22 April 2010 dan kemudian dinaikkan pangkat kepada Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Ruj(28)dlm.YS/SM/03/017 Jld.IV bertarikh 1 Julai 2010.



  • Jelas menunjukkan bahawa tempoh kenaikkan pangkat/perubahan gred penyandang jawatan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar adalah terlalu singkat. Terma Dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Yayasan Selangor serta Skim Perkhidmatan Peraturan Disiplin dan Tatatertib Yayasan Selangor  ( Pindaan Tahun 2004) tidak digunakan untuk kaedah penilaian kenaikkan pangkat. Pegawai yang bertanggungjawap adalah Pegawai Kewangan Negeri dan SUK untuk jawatan Pengurus Besar dan Pengurus besar dan SUK/Pegawai Kewangan Negeri untuk jawatan Timbalan Pengurus Besar.
GT pasti anda semua nampak "keistimewaan" yang diberikan kepada kedua-dua penjahanam Yayasan Selangor.  Skim perkhidmatan nyata tidak diikut, ibarat Yayasan Selangor bapak dia yang punya.  Janji masyuk.  So, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Selangor, Khalid gagap adalah master of destruction. 

Khalid Ibrahim wajib bertanggungjawab ke atas tragedi ini.  Khalid wajib letak jawatan!!!

Nantikan seterusnya pada jam 2 petang nanti... lebih panassss...

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...