Bersama Berjuang

Tuesday, March 29, 2011

BUKTI YAYASAN SELANGOR MENUJU KEHANCURAN - PART 5

Sempena sambutan ulang tahun ke 40 Yayasan Selangor pertanding memancing telah diadakan pada 14 Nov 2010 di Taman Rekreasi Sek 7 Shah Alam telah disertai lebih kurang 700 orang peserta dengan bayaran sebanyak RM 50 bagi setiap joran atau RM80 bagi penggunaan joran.


YS telah melantik Syarikat SDF Media&Event Sdn Bhd sebagai pengurus acara tanpa melalui proses sebut harga.Syarikat tersebut dikehendaki menyediakan butiran kerja dan jumlah perbelanjaan. Menurut surat YS kepada SDF Media bil.YS/PLB/05/SMP/-jilid 11 bertarikh 13 oktober 2010 Ilham Marzuki bersetuju tanpa pindaan atas cadangan kos sebanyak RM179,00. Disini kita boleh melihat bagaimana kelemahan Ilham Marzuki yang dipertahankan oleh Menteri Besar baru-baru ini tidak mengkaji cadangan yang ditawarkan agar bersesuaian dengan kemampuan kewangan Yayasan Selangor.


Menurut surat lantikan sejumlah RM125,300 iaitu 70% dari kos keseluruhan akan dibayar dalam tempoh 7 hari tarikh penerimaan lantikan. 20% (RM35,000) lagi akan dibayar selepas syarikat selesai membuat pengesahan tempat acara,penyertaan pengacara dan jemputan.Baki 10% (RM17,900) akan dibayar selepas YS berpuas hati dengan perjalanan acara.Yayasan juga telah membelanjakan sebanyak RM23,100 hadiah wang tunai dan RM31,180 untuk tujuan iklan dan promosi. 


Malangnya, YS telah menjelaskan hampir kesemua iaitu berjumlah sebanyak RM 178,200 ( 99.5% ) telah dibayar sebelum pertandingan dilangsungkan.Amalam ini menunjukkan tadbir urus kewangan yang tidak cekap serta perbelanjaan yang tidak diuruskan dengan berhemah.Yayasan Selangor sewenang-wenang menjelaskan 99% bayaran yang boleh menyebabkan YS mengalami risiko kerugian sekiranya syarikat tersebut gagal ataupun menghilangkan diri.Yayasan juga gagal untuk membuat kajian keatas syarikat tersebut samada syarikat tersebut mempunyai sumber kewangan yang kukuh sebelum melaksanakan sebarang aktiviti bersama Yayasan.

Bil
Perkara
No Baucer
Tarikh
Amaun (RM)
1
70% pendahuluan utk program memancing
20202919
18/10/2010
125,300
2
Bayaran baki 20%
20102923
19/10/2010
35,000
3
Bayaran akhir 10%
20103082
3/11/2010
17,900



Jumlah
178,200


Jumlah kutipan yang berjaya dikutip daripada pertanding memancing adalah sebanyak RM37,630 dan jika dibandingkan dengan perbelanjaan RM179,000 jelas menunjukkan YS mengalami kerugian sebanyak RM141,370 kerana program ini tidak mendapat sambutan daripada rakyat Selangor khasnya.Mereka menjangkakan seramai 1200 orang akan mengambil bahagian tetapi malangnya hanya 700 orang sahaja yang berminat.Adakah kos iklan dan promosi berjumlah RM54,280 itu menepati objektif ataupun tidak? Cuba kita fikirkan.

Apa yang lebih menarik adalah sejumlah RM16,600 hasil daripada kutipan memancing telah dimasukkan kedalam akaun bank Persatuan Yayasan Selangor selepas diarahkan oleh Timbalan Pengurus Besar Pengurusan merangkap yang dipertua Persatuan Yayasan yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Persatuan Yayasan  pada 20 Okt 2010. Tiada kelulusan diperolehi daripada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan untuk memasukkan wang tersebut ke dalam akaun bank Persatuan Yayasan. Jelas ini adalah satu keputusan yang membelakangi Lembaga Pemegang Amanah. Sehingga tarikh audit dibuat pada 1 Disember 2010 baki kutipan sebanyak RM 21, 570 masih disimpan di tangan Timbalan Pengurus Besar Pengurusan tanpa diserahkan kepada Bahagian Kewangan Yayasan.

Ini adalah bukti bagaimana duit YS yang tujuan sebenar ditubuhkan untuk membantu anak-anak Selangor di dalam bidang pelajaran telah diguna pakai sewenang-wenangnya tanpa ada pemantauan serius terhadap jumlah keluar masuk wang yang mengakibatkan kerugian ratusan ribu ringgit hanya untuk satu program sahaja.Apa gunanya Khalid Gagap mempertahankan Ilham Marzuki walhal satu program yang simple seperti ini boleh menyebabkan YS kerugian. Cuba kita renungkan berapa ramai pelajar Selangor boleh dibantu dengan jumlah tersebut..fikirkan bersama.


DIMANA PAKATAN KUAT DISITU RAKYAT MEREMPAT!!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...