Bersama Berjuang

Showing posts with label Hadi Awang. Show all posts
Showing posts with label Hadi Awang. Show all posts

Monday, January 20, 2014

Hadi Awang Kritis Soal Negara Orang, Tetapi Menikus Di Parti Sendiri


Pasti ramai yang akan tergelak besar atau sekurang-kurangnya tersenyum sinis apabila membaca kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengenai kerajaan Arab Saudi yang dikatakan telah menjadi ‘alat’ kepada Amerika Syarikat dan negara Eropah untuk menjaga kepentingan Israel di Timur Tengah.

Tawa dan senyum itu bukan untuk menolak kenyataan tersebut, namun disebabkan kerana Hadi hanya mampu melihat dari satu sudut sahaja. Dalam erti kata mudah, dia hanya mampu melihat kuman yang berada di seberang laut berbanding ‘bangkai’ gajah yang berada di depan mata.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu, ketika diwawancara oleh saluran televisyen satelit Press TV baru-baru ini mengatakan pergolakan berpanjangan akibat perbezaan mazhab di negara Islam sebenarnya adalah hasil plot terancang negara Barat dengan mempergunakan Arab Saudi untuk melebarkan pengaruhnya di negara Islam.

“Arab Saudi sudah dipengaruhi oleh permainan politik AS dan negara Eropah. Saudi dan negara Arab lain menjadikan negara mereka sebagai pangkalan Barat. Mereka lakukan ini bukan untuk menyokong Islam tetapi untuk meluaskan kuasa,” katanya.

Betul, dari satu sudut kita menyokong dan tidak boleh menafikan kenyataan Hadi itu. Ini kerana apabila dinilai dan diteliti, banyak tindakan dan keputusan kerajaan Arab Saudi yang boleh dilihat seakan-akan menyokong barat terutamanya apabila melibatkan konflik negara Islam.

Namun yang menjadi persoalan pokoknya ialah, mengapa Hadi hanya mampu melihat, menilai dan merasakan perkara yang melibatkan negara Arab Saudi berbanding masalah yang sedang dihadapi oleh parti itu? Sedangkan sekiranya dikaji semula, isu tersebut turut berlaku di dalam Pas, apabila parti itu mengambil pendekatan ‘tahalul siyasi’ untuk bersama DAP dan PKR. Sedangkan isu yang berlaku hampir sama.

Ini kerana, sebaik sahaja Pas mengambil keputusan untuk menerima DAP dan PKR di bawah gabungan ‘Pakatan Rakyat’, ia dilihat semakin merugikan Islam dan orang Melayu. Ini kerana dasar perjuangan DAP yang ‘ultra kiasu’ dan PKR dengan pendekatan ‘liberal’ telah menyebabkan Islam dan orang Melayu semakin tertekan.

Malah perkara itu turut diakui para penyokong dan ahli Pas sendiri yang merasakan parti Islam itu semakin ‘hilang taring’ sejak berada di dalam pakatan. Malah di dalam Muktamar pas yang diadakan tidak lama dahulu, perkara ini turut mendapat perhatian beberapa orang perwakilan dan pemimpin Pas yang merasakan sokongan orang Melayu kepada parti itu khususnya dalam pilihan raya umum lalu semakin merosot.

Tambah mengecewakan apabila menyentuh soal Melayu, menjaga kepentingan umat Islam dan institusi raja-raja, Pas dilihat terlalu berhati-hati kerana bimbang menyinggung perasaan sekutunya. Ia ditambah pula dengan pendirian Pas yang tidak mahu terlalu menjaga memperjuangkan nasib orang Melayu kerana menganggap itu perbuatan assobiyah.

Paling memeranjatkan, apabila seakan terpaksa menyalahkan Umno, kononnya ingin mempolitikkan isu kalimah Allah kerana desakan dan tekanan DAP dan PKR. Sedangkan apabila diteliti ‘ahli-ahli agama’parti itu turut berbalah dalam memberikan pendapat dan pandangan berhubung isu ini.

Kesimpulannya pelaksanaan tahaluf siyasi itu dilakukan semata-mata untuk mengukuhkan kedudukan Pas tanpa mengambil kira kepentingan rakyat adalah bertentangan dengan fikrah siasah Islamiah. Ini kerana apabila parti itu tidak mampu mendominasi pakatan pembangkang ia secara tidak langsung telah memberi kesan negatif kepada agama dan orang Melayu itu sendiri.

Contohnya sudah banyak isu yang dibangkitkan oleh DAP dilihat telah menyentuh sensitiviti agama sehingga menimbulkan kontroversi, namun sebagai parti yang ingin memperjuangkan Islam, Pas hanya mampu diam dan membisu seolah-olah menyokong perbuatan itu walaupun ia jelas bertentangan dengan akidah.

Jadi ada baiknya, Hadi selaku Presiden melihat, mengkaji dan meneliti perkara ini sebelum cuba mempertikaikan perkara yang lebih besar.

Tuesday, October 29, 2013

PRK Sg Limau: Nik Aziz Dipulaukan Oleh Jentera PAS Kedah? Wooowwwww...!!!


Hairan bin Ajaib! Walaupun hari berkempen sudah memasuki ke hari ke-7, namun sehingga kini tiada satu pun poster Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kelihatan di sekitar kawasan Sungai Limau.

Berbanding sebelum ini, Nik Aziz sering dijadikan sebagai modal utama kempen bagi menarik sokongan pengundi yang dikatakan menghormatinya sebagai seorang ulama.

Tambah memelikkan apabila, kelibat Nik Aziz langsung tidak kelihatan atau setidak-tidaknya hadir untuk memberikan tazkirah di masjid atau surau. Apa sudah jadi? Nampaknya selepas Nik Aziz digugurkan dari jawatan Menteri Besar Kelantan, khidmat dan auranya turut hilang.

Lebih menyedihkan, khidmatnya sebagai penceramah juga langsung tidak diperlukan oleh jentera Pas Kedah, walaupun pemerhati politik merasakan parti itu bakal berdepan dengan laluan sukar bagi mempertahankan kerusi Dun di Sungai Limau.

Malah melalui sembang-sembang di kedai kopi, ada yang mengatakan Nik pada ketika ini sedang sakit tenat dan sukar untuk dibawa ke Sungai Limau bagi membantu jentera kempen. 

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak bersetuju dengan pemilihan Azam Samad sebagai calon Pas. Ini kerana Azam dikatakan bakal dijadikan sebagai boneka kumpulan liberal di dalam parti itu sekiranya menang sekali gus bakal menjadi kumpulan penentang terhadap kelompok pimpinan ulama Pas.

Walau bagaimanapun, dalam banyak isu yang dibangkitkan terdapat satu isu yang agak menarik untuk dikongsikan. Iaitu penolakan secara total oleh jentera Pas Kedah khususnya di Sungai Limau terhadap kehadiran Nik Aziz. 

Ini kerana rata-rata di kalangan mereka dikatakan sangat terkesan dengan tindakan Nik Aziz yang dilihat menyebelahi Phahrolrazi dan Mahfuz. Malah Nik Aziz juga dikatakan langsung tidak membela Azizan ketika belaiu dijadikan sebagai sasaran oleh para pengikut Pas kerana dikatakan ‘Mesra BN’.

Sikap berdiam diri itu, akhirnya telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengikut Azizan yang merasakan tindakan berdiam diri Nik Aziz itu telah menyebabkan keadaan menjadi semakin buruk dengan pelbagai fitnah dan cacian. Sedangkan sebagai seroang Musyidul Am, Nik Aziz sepatutnya mengambil pendekatan untuk menenteramkan suasana.

Disebabkan itu, ada yang mengatakan Nik Aziz telah dinasihatkan agar tidak turun ke Sungai Limau bagi mengelakkan jentera Pas kawasan Jerai mengambil pendekatan boikot.

Selain dari Nik Aziz, turut menjadi tanda tanya ialah treler Pas yang digunakan ketika pilihanraya umum yang lalu. Sekiranya sebelum ini mereka begitu berbangga dengan kehadiran treler yang dikatakan canggih itu terutama ketika program-program ceramah. Namun ketika kempen PRK di Sungai Limau ini jangankan treler, kereta sorong pun tak nampak bayang.

Kesimpulannya, PRK Sungai Limau ini telah menyebabkan Nik Aziz tidak lagi dianggap relevan sebagai umpan atau model yang boleh membantu kemenangan calon parti. Nampaknya gambar Nik Aziz menangis itu, amat sesuai dengan keadaannya pada ketika ini yang tidak ubah seperti kereta sorong buruk

Friday, March 1, 2013

Kalimah Allah: Anwar Tuduh Hadi, Hadi Tuduh UMNO... UMNO Jugak Yang Salah!!!



Tika ini ramai ahli dan penyokong PAS yang belum kebas dari demam terkejut dan masih lagi dalam kebingungan gara-gara pendirian rasmi PR yang telah muktamad menggugurkan agenda perlaksanaan hukum hudud dari Manifesto PR.

Tambah mengeruhkan keadaan bila mana Manifesto PR tanpa agenda hudud itu turut disepakati dan diperakui oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. 

Lebih parah lagi, tiga hari selepas Manifesto PR bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" dilancarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-4 di SACC Shah Alam, Selangor pada 25 Februari 2013 lepas, tak semena-mena Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil menyalahkan Hadi Awang berhubung kontroversi isu kalimah Allah.

Ketua Umum PKR itu mendakwa ketetapan bersama PR pada 8 Januari 2013 lalu untuk membenarkan kalimah Allah s.w.t diguna pakai oleh orang bukan Islam termasuklah untuk kegunaan kitab Bible versi Bahasa Melayu hanya dimuktamadkan selepas mendapat penerangan dan persetujuan Presiden PAS.

Maksudnya, PR tidak akan mengambil ketetapan sedemikian jika Hadi menerangkan perkara benar. Tapi disebabkan Hadi telah menyembunyikan kebenaran, akhirnya PR terjerumus ke kancah kontroversi. Ini dakwaan serius, ia seperti menuduh Hadi telah menipu Anwar dan PR.

Anwar juga menegaskan kenyataan rasmi yang diiktiraf sebagai dasar PR yang disepakati bersama berhubung isu itu juga dibaca dan ditandatangani sendiri oleh Hadi Awang sebagai mewakili PAS. Gayanya seperti Anwar mahu memberitahu khalayak yang kesilapan yang dilakukan oleh PR disebabkan Hadi.

PAS patut tampil ke depan mempertahankan maruah Presidennya, itu pun kalau terasa masih ada sekelumit keberanian untuk berdepan dengan Anwar. Tapi jika berdiam diri atau sekadar sepintas lalu sahaja menjawab dakwaan Anwar, bermakna betullah dakwaan itu.

Anwar memang akan sedaya upaya melepaskan dirinya dari dikaitkan dengan kesilapan pendirian PR dalam isu kesucian kalimah Allah s.w.t, dengan cara mengalihkan beban ke bahu Hadi. Itu kehebatan Anwar dalam bab spin sana sini. Hadi dan pemimpin PAS sahaja yang masih belum sedar.

Pun begitu, sama ada Anwar, Hadi mahupun PR dan PAS, kesemua mereka telah melakukan telah memilih pendirian dalam isu sensitif ini. Suka atau tidak, kenalah terima hakikat selagi PR kekal dengan pendirian 8 Januari 2013, selagi itulah amarah umat Islam akan terus menghantui PAS dan PR. 

Friday, February 22, 2013

Sah!!! Ku Li Bakal Perdana Menteri... Anwar Fenin Lagi Lah.. MUAHAHAHAHA!!!



Anwar ditolak oleh Majlis Syura PAS bukan lagi merupakan desas-desus atau khabar angin yang digembar-gemburkan atas nama propaganda politik.   Hakikatnya, Majlis Syura PAS kini benar-benar tegas enggan menerima Anwar sebagai Perdana Menteri kerana diselubungi masalah moral, LGBT, liberalisme dan pluralisme.  

Penolakan itu diketuai sendiri oleh Hadi Awang, Haron Din, Haron Taib, Tuan Ibrahim dan beberapa lagi nama-nama penting dalam Majlis Syura.  

Nama Hadi Awang dan Ku Li kemudiannya diumumkan sebagai calon Perdana Menteri.   

Namun, Ku Li dilihat mempunyai lebih berpotensi kerana beliau mampu mengekalkan Kelantan, selain mempunyai imej yang lebih bersih dari Anwar.   Ku Li juga diterima baik oleh orang Melayu, malah dilihat mampu melonjakkan sokongan Melayu terhadap PAS yang sudah berada di tahap tepu.   Selain itu, Ku Li yang telah lama di dalam UMNO juga mempunyai imej lebih terbuka yang mana memudahkan penerimaan kaum bukan Melayu terhadapnya.  

Atas faktor ini maka nama Hadi telah terpaksa dibelakangkan buat sementara waktu, terutamanya bagi mengelak sebarang masalah dengan DAP.  

Strategi PAS ialah, Ku Li yang telah disahkan akan bertanding atas tiket UMNO di kawasan azalinya, Gua Musang, tidak akan dicabar, sebaliknya dibiarkan menang tanpa bertanding.   Setelah menang, Ku Li kemudiannya akan mengumumkan keluar UMNO dan berkempen untuk Pakatan Rakyat sebagai calon PM.   

Bagaimanapun, keputusan ini diambil oleh PAS secara sendirian, iaitu tanpa berbincang dengan PKR dan DAP kerana menganggap perbincangan mengenai calon PM dengan kedua-dua sekutu mereka itu sebagai sia-sia berdasarkan pengalaman di mana semua isu yang berbangkit, tidak akan sama sekali memihak kepada PAS.   Selama ini juga, keputusan meletakkan Anwar sebagai PM tidak pernah dibincangkan dan tidak pernah dipersetujui oleh PAS tetapi tetap dikira sebagai keputusan bersama atas dasar demokrasi 2-1.   

Nampaknya, PAS sudah mula bangkit dan tidak sanggup lagi dipijak-pijak oleh DAP dan PKR.  Majlis Syura melalui suara lantang Dato’ Haron Din, kini berusaha membuktikan bahawa mereka bukanlah sampah atau anjing kurap mahupun kuda tunggangan kepada sesiapa dan PAS tidak akan lagi bertolak ansur dalam isu-isu yang membabitkan Melayu dan Islam, terutamanya isu Kalimah Allah.     

Keputusan mengenai ‘Perdana Menteri PR’ ini disampaikan kepada Anwar dalam satu pertemuan yang dihadiri oleh Nik Aziz, Hadi Awang, Haron Din di pihak PAS serta Azmin, Saifuddin Nasution, Rahim Ghouse dan Anwar sendiri di pihak PKR.  Anwar dilaporkan begitu berang, tetapi terpaksa menahan kemarahannya apabila diberitakan bahawa beliau ditolak mentah-mentah sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat.  

Anwar yang tidak dapat menerima penolakan tersebut telah menemui Haron Din secara peribadi di rumah.  Bagi mengelak desakan Anwar, Haron Din memberi alasan bahawa perlantikan Ku Li hanyalah bersifat transisi, iaitu sekadar untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya sebelum menyerahkan jawatan PM kepada Anwar.  

Namun, pastinya Anwar lebih tahu apakah alasan itu logik atau tidak.  

Keputusan yang diambil oleh Majlis Syura ini, bagaimanapun, masih bersifat ‘tergantung’.  Ini kerana pihak yang terlibat, iaitu Ku Li sendiri, belum lagi bersuara dan kalaupun beliau bersuara kita belum tahu lagi apakah ia suara hati atau suara politik.  

Dengan DAP tidak dilibatkan dalam perbincangan yang membawa kepada keputusan ini, tentulah lebih sukar lagi bagi Majlis Syura untuk memastikan rancangan mereka berjaya.  

Apa yang pasti, Anwar benar-benar berang dan kemarahan tersebut telah dihamburkannya tanpa sembunyi-sembunyi lagi di dalam mesyuarat PKR.  Dan pastinya, DAP lebih lagi berangnya kerana PAS jelas ‘tidak mendengar kata’.  

Ini bukan kali pertama PAS membuat U-Turn ketika bersama Pakatan Rakyat.  PAS telah beberapa kali U-turn dalam isu hudud, begitu juga dengan isu-isu arak, judi dan lain-lain.  Isu Kalimah Allah ini juga belum pasti merupakan U-turn PAS yang terakhir.  Pada tahun 2010 PAS bersuara senada dengan DAP tetapi pada 2012, PAS bermain irama berlainan pula.  

Oleh itu, selagi PAS masih berangan untuk ke Putrajaya dan menduduki kuasa, apakah jaminan yang parti itu tidak akan membuat U-turn sekali lagi dan turut menyertai koir DAP menyanyikan lagu Kalimah Allah di dalam Injil demi mencapai cita-citanya?  

Jika Majlis Syura benar-benar ikhlas untuk kembali meletakkan agama mengatasi politik, maka ia adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan.  Tetapi, kita masih tidak faham bagaimana sekumpulan Ulama boleh menggunakan strategi yang licik, tidak ikhlas, malah khianat kepada rakan sekutu sendiri dalam usaha untuk berkuasa.    

Seharusnya, para Ulama membawa sikap tulus dalam berpolitik iaitu tanpa tipu helah atau muslihat serta menyatakan kebenaran secara konsisten, tidak kira sama ada sesama sendiri atau di depan rakan sekutu, di depan musuh atau di dalam media.  

Lihat saja bagaimana para Ulama ini yang masih enggan mengambil risiko kehilangan peluang untuk menang PRU, maka mereka pun menghantar ‘bola’ ke kaki Ku Li.  Tetapi dihalang oleh Anwar dan DAP.  Justeru, apakah kesudahannya permainan para Ulama di dalam Majlis Syura ini?  

Jelaslah bahawa PR sudah pun kehilangan arah sebelum Pilihanraya.  Justeru, bagaimana kita boleh mengharap kepada parti yang kehilangan arah ini, untuk membawa kita ke mana-mana?    

Friday, February 15, 2013

"Hadi Awang, Nik Aziz, Tak Guna!!!" - Anwar Ibrahim ????



Anwar Ibrahim akhirnya mengakui bahawa beliau tidak langsung ada rasa hormat terhadap pemimpin-pemimpin PAS. "Hadi Awang tidak tahu apa-apa!, Nik Aziz hanya ikut apa yang dilakukan PAS," adalah antara perkara yang dikatakan oleh Anwar dalam ucapan beliau kepada 1,500 penyokong PKR ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Putera Ballroom Kota Kinabalu, Sabah pada 10 Februari lalu.

Isu yang disentuh diperkatakan oleh Anwar adalah tentang isu Kalimah Allah. Video tersebut kini sudah mula tersebar di blog-blog, Facebook dan juga YouTube.

PKR kini berada dalam keadaan terdesak untuk meraih undi dari rakyat Sabah. Sehingga kini, PKR tidak yakin bahawa mereka akan menang lebih daripada 3 kerusi di Sabah, walaupun mereka percaya bahawa mereka akan meraih 13 daripada 25 kerusi Parlimen. Dengan hanya RM35 juta yang boleh dibelanjakan untuk meraih undi di 7 kerusi seperti Penampang, Kota Belud, Tuaran, Kota Marudu, Putatan, Libaran dan kemungkinan besar di Tawau, Anwar perlu bekerja keras untuk PKR.

Memandangkan majoriti penduduk Sabah adalah penganut agama Kristian, isu kalimah Allah dikatakan sebagai isu yang boleh membantu Anwar untuk menunjukkan bahawa beliau bersifat terbuka terhadap agama Kristian. Namun, ini boleh mendatangkan masalah kepada Anwar apabila PAS sering mengkritik perbuatan beliau.

Jadi, Anwar sedar bahawa beliau perlu menolak PAS ke belakang, memastikan bahawa penduduk Sabah percaya bahawa PAS tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Pakatan Rakyat. Anwar perlu meyakinkan penduduk Sabah bahawa Nik Aziz dan Hadi Awang hanyalah simbol semata-mata dan mereka tidak tahu apa-apa tentang kalimah Allah.

Kami setuju dengan Anwar bahawa Hadi dan Nik Aziz tidak tahu akan Islam dan hampir segalanya. Bagaimanapun, menyatakan bahawa beliau adalah lebih 'Islam' berbanding kedua-dua pemimpin PAS tersebut adalah 'lawak'.

Jika Nik Aziz dan Hadi Awang benar-benar tahu tentang Islam, mereka tidak akan bermain politik - memecah-belah umat Islam dan membantu musuh-musuh Islam. dan jika Anwar adalah lebih baik berbanding mereka, Anwar tidak akan mengadakan hubungan sulit sesuka hati beliau. Dan yang penting, Anwar tidak akan mengakui bahawa Wolfowitz, salah seorang individu yang memecah-belahkan umat Islam, sebagai sahabat baik beliau.

Persoalannya di sini, apakah agaknya reaksi Hadi Awang dan Nik Aziz terhadap perkara ini? Mungkin mereka akan menidakkan video ini dan berkata bahawa video ini telah di-edit.

Selain itu, terdapat juga kemungkinan di mana penyokong-penyokong akan mempertahankan Anwar dan menuduh UMNO.

Dari situ, Anwar percaya bahawa beliau boleh berkata apa sahaja terhadap pemimpin-pemimpin PAS, kerana beliau percaya bahawa,"Pemimpin-pemimpin PAS tidak guna, dan jika anda berada dalam Pakatan Rakyat, anda boleh katakan apa sahaja tentang mereka, termasuklah yang yang berkaitan dengan Islam, mereka tidak kisah. Pemimpin-pemimpin PAS tidak kisah jika mereka dilayan seperti sampah, mereka tidak akan melawan, kerana mereka tidak tahu apa-apa dan tidak ada nilai!"

Jika Anwar salah, mengapa kita masih tidak menerima sebarang respon dari Tok Guru dan Tuan Guru?

Thursday, January 17, 2013

Majlis Syura: Isu Kalimah Selesai... Tapi Amanat Hj Hadi Amacam???



Isu Kalimah Allah akhirnya selesai dengan semua pihak sependapat iaitu, ia tidak boleh sama sekali digunakan dalam kitab dan risalah agama lain.  Walaupun sebelum ini PAS mengambil pendirian bertentangan, tetapi kembali rasional setelah Majlis Syura bersidang dan memutuskan bahawa Kalimah Allah adalah ekslusif dan tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan agama lain.  

Seperti biasa, PAS menegaskan konon mereka sentiasa konsisten dan tidak pernah membuat U-turn walaupun kenyataan-kenyataan rasmi pemimpin PAS beberapa tahun kebelakangan sejak isu ini mula timbul, membuktikan pendirian flip-flop PAS.   Alasan kononnya PAS hanya bersetuju sebelum ini dengan syarat Kalimah tersebut tidak disalahguna, adalah alasan dangkal untuk menutup malu.  

Tidak mungkin selama ini PAS menyangka yang puak Kristian ingin menggunakan Kalimah Allah untuk merujuk kepada Allah SWT yang Maha Esa, pencipta sekalian alam.   Tidak mungkin PAS menyangka yang Kristian percaya pada Allah SWT dan tidak akan menyalahgunakan nama ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan Kristian.    

Apa yang berlaku menunjukkan kegagalan PAS menangani isu agama di mana ketika PAS menyokong penggunaan Kalimah tersebut oleh agama lain, pemimpin PAS tidak pula terlebih dahulu merujuk kepada Majlis Syura tetapi hanya terus membuat kenyataan mengikut sesedap rasa.   

Keputusan Majlis Syura PAS menunjukkan yang masih ada harapan bagi PAS untuk kembali ke pangkal jalan.  Sesungguhnya, PAS telah tersasar jauh kerana memberi kuasa mutlak kepada pemimpin tertinggi membuat apa jua keputusan dan kenyataan dalam isu agama.   Bagaikan seorang Pope Kristian, pemimpin tertinggi PAS diangkat mengatasi manusia biasa, Majlis Syura, Jawatankuasa Fatwa dan mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, mengatasi Sheikhul Azhar juga.   Tindakan inilah yang menjadikan mereka riak dan takbur serta tersesat jauh dalam mempertahankan ego masing-masing.  

Ego pemimpin-pemimpin PAS telah banyak merosakkan ummah selama ini.   Oleh itu, walaupun isu Kalimah Allah selesai tetapi Majlis Syura PAS tidak wajar untuk merasa lega.  Ini kerana masih terdapat isu lain yang sama berat dengannya yang masih belum selesai hanya kerana ego pemimpin PAS yang terlalu tinggi.  Isunya tidak lain tidak bukan adalah isu Amanat Haji Hadi.  

Hari ini, nampaknya Hadi cuba membayangkan seolah-olah beliau tidak pernah menuduh UMNO kafir.  Tetapi, dalam Muktamar PAS yang baru lalu, pemimpin PAS terus bermain kata-kata dan memberi gambaran seolah-olah UMNO itu murtad yakni kafir.   Walaupun tidak secara langsung, tetapi ia membawa kepada pemahaman yang sama.  

Walaupun PAS cuba mengelak dengan alasan isu ini telah basi dan terkubur bersama pejuang Memali di tahun 1980-an, namun itu hanyalah cakap-cakap Hadi untuk memujuk perasaan bersalah di dalam dirinya.   Tidak apa jika isu ini hanya melibatkan Hadi seorang.  Malangnya, ia tidak semudah itu, kerana ia melibatkan begitu ramai umat Islam dari beberapa generasi selama lebih 2 dekad.  

Sehingga ke hari ini,  masih ada yang enggan bersolat berimamkan orang UMNO.   Jika melihat dari segi positif, tidak apalah kerana mereka mungkin masih punya peluang menyedari kesilapan dan bertaubat sebelum mati.  

Tetapi, bagaimana yang telah meninggal dunia dalam keadaan mengkafirkan atau dikafirkan ibu bapa sendiri?  Bagaimana yang telah meninggal dunia dalam keadaan tidak dimandikan konon ‘syahid’ sebab menentang kerajaan Islam UMNO yang hakikatnya tidak pernah menentang Islam pun?  

Jika Hadi berkata beliau tidak pernah mengkafirkan UMNO, kenapakah tragedi ini semua terjadi?   Salah siapa?   Apakah salah mereka sendiri kerana tersalah faham amanatnya?  

Memandangkan Hadi enggan bertanggungjawab, maka Majlis Syura PAS wajar memikul tanggungjawab ini bagi menghapuskan kekeliruan dan mengembalikan pemahaman penyokong mereka yang terbabit, ke landasan yang betul.   Tiada siapa lagi yang dapat menghentikan kegilaan mengkafirkan sesama Islam ini selain Majlis Syura PAS kerana jelas Hadi tidak punya kekuatan yang cukup untuk mengorbankan egonya.   Ulama UMNO atau mana-mana Ulama luar tidak mampu membantu kerana suara mereka tidak laku dalam komuniti PAS.  

Hanya Majlis Syura sahaja harapan kita untuk meletakkan noktah kepada kegilaan yang ditimbulkan oleh Amanat Haji Hadi.   Masalah mereka yang meninggal dunia tanpa dimandikan atau meninggal dalam keadaan dikafirkan sanak saudara dan keluarga sendiri pula, bolehlah diuruskan selepas Majlis Syura membuat keputusan.  

Apakah Majlis Syura juga tidak punya cukup kekuatan untuk bersemuka dengan ego Hadi?  Apakah air muka Hadi lebih penting dari ummah dan akidah?  Apakah politik lebih penting dari agama?

Thursday, November 22, 2012

Karpal Singh Tersengih Menghanjingkan Hadi Awang & Anwar Ibrahim



Ramai yang tersenyum sendirian bila membaca kenyataan sinis dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyarankan agar Pengerusi DAP, Karpal Singh dimasukkan dalam senarai sebagai calon Perdana Menteri.

Menurut Tun Dr. Mahathir, Karpal sebagai orang yang sudah lama berjuang dalam politik tentunya turut mengharapkan jawatan itu sama saja seperti diangan-angankan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Sindiran pedas ini tentunya mengundang rasa tidak senang ramai pemimpin PR yang sekarang ini sedang kelam kabut bersilat lidah untuk meredakan isu jawatan Perdana Menteri yang sekarang ini ibarat duri dalam daging kepada kerjasama parti pembangkang dalam gabungan PR.

Isu jawatan PM mula menjadi polemik umum selepas Dewan Ulama PAS serta perwakilan parti itu sepakat untuk mengangkat Presiden mereka sebagai PM, dengan alasan ketokohan dan kredibilitinya jauh lebih baik berbanding Anwar Ibrahim.

Apa sahaja alasannya, cadangan tersebut jelas bercanggah dengan kesepakatan bersama pemimpin tertinggi PR yang sebelum ini telah menetapkan Anwar sebagai calon PM seandainya pembangkang berjaya menguasai PRU 13.

Namun demikian, ramai juga ahli dan penyokong PAS yang teruja bila saranan itu ditimbulkan, sedikit sebanyak berjaya mengurangkan rasa rendah diri mereka yang selama ini terkenal dengan jolokan balaci dan keldai tunggangan DAP dan PKR.

Bagaimanapun tak semua pemimpin PAS berani mengiakan cadangan melantik Hadi sebagai PM, terutama bagi mereka yang sudah sebati sebagai geng Anwarinas rata-ratanya lebih selesa melihat Anwar terus kekal sebagai satu-satunya calon PM bagi PR.

DAP pula melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng tanpa berselindung tegas menolak sebarang usaha untuk menobatkan Presiden PAS sebagai PM, sebaliknya menyeru pemimpin dan penyokong PAS supaya memegang persetujuan bersama untuk merealisasikan impian Anwar untuk merasai keempukan kerusi PM.

Polemik ini tambah menarik lagi apabila kenyataan Guan Eng itu disokong pula oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan turut dipersetujui Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang mahu pencalonan Anwar sebagai PM kekal milik Anwar.

Namun begitu, disebalik polemik dan kekalutan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk mempertahankan calon pilihan masing-masing, ia sebenarnya memperlihatkan betapa kemaruknya parti pembangkang mahu mengejar kuasa.

Rakyat di serata pelusuk negara tidak buta untuk melihat hakikat ini, belum pun diberi peluang mentadbir Kerajaan Pusat tapi pemimpin pembangkang sudah berebut-rebut jawatan, nampak gayanya kalau betul mendapat kuasa kelak mahunya bercakaran siang dan malam.

Silap percaturannya, tatakala PAS dan PKR sibuk bertegang leher berebut sakan untuk menentukan antara Hadi dan Anwar mana satu yang patut menjadi PM, alih-alih Karpal Singh ataupun Lim Kit Siang pula yang tersenyum sumbing sambil hati berbunga riang.

Thursday, November 8, 2012

Hadi Awang Buat Lawak Politik... Rupanya Terkena Nik Aziz.. Muahahaha..



Niat di hati sekadar nak buat gimik politik sambil menguji pengaruh, kemudian tak pasal-pasal ianya memalukan diri sendiri dan menjadi bahan lawak politik tanahair pula.

Akhirnya terpaksalah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengakui kenyataannya untuk bertanding di Parlimen Pekan hanyalah bertujuan untuk membuktikan dirinya bukan diktator. 

Tahu pun Hadi takut untuk menyerahkan tengkuknya untuk disembelih oleh para pengundi di Parlimen Pekan. Lagipun dikalangan ramai pemimpin PAS sendiri pun tak yakin Hadi akan merealisasikan gimik lawaknya itu.

Kecuali, hanya Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang kelihatan seronok hingga senyum sampai ke telingga bila sahaja mendengar berita berkenaan ura-ura Presiden PAS itu mahu bertanding di Pekan, Pahang.

Seronoknya Nik Aziz bukan main lagi sehinggakan terus sahaja memberi lampu hijau kepada Hadi kerana tahu dengan demikian akan tamatlah riwayat politik Hadi dalam PAS dan hilanglah satu lagi perintis cadangan Kerajaan Perpaduan (UG).

Persoalan sekarang dalam keadaan ribut tak ada, angin sepoi-sepoi bahasa, mengapa agaknya perihal diktator pula yang Hadi bangkitkan? Tentu ada yang tersirat disebaliknya, tak begitu? 

Kira-kira sebulan lalu, Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan ada membuat kenyataan media bahawa dirinya akan terus berpaut pada kuasa dan jawatan sekalipun wujud desakan yang mahukan beliau berundur atas faktor kesihatan.

Manakala pada awal tahun ini pula, Mursyidul Am PAS itu pernah memberi bayangan keinginannya untuk terus bertanding dalam pilihanraya dan memegang jawatan politik sampai mati.

Alasannya, jawatan politik tak sama macam jawatan kakitangan awam yang ada tempoh persaraan.

Hakikatnya, hanya diktator sahaja yang berasa amat sayang pada kuasa duniawi dan agak takut untuk melepaskan kuasa dalam genggaman. Dan kebetulannya, Nik Aziz memenuhi ciri-ciri tersebut.

Sementara itu, tidak berapa lama dulu, Anwar Ibrahim pernah mengumumkan bahawa namanya adalah satu-satunya calon yang sudah disahkan akan bertanding dalam PRU 13 nanti, sedangkan nama pemimpin PKR yang lain masih lagi dalam pertimbangan.

Mengikut fahaman Hadi Awang, hak penentuan siapa yang akan bertanding atau tidak terletak pada keputusan parti, jika keputusan mendahului parti bermakna seseorang itu adalah diktator.

Jelas sekali, Anwar memenuhi ciri diktator yang dimaksudkan itu kerana Anwar telah membuat keputusan sendiri tanpa merujuk keputusan bersama pemimpin lain. Lagipun, sejak dulu hingga kini Anwar memang layak digelar diktator merangkap bapak segala nepostisme dan kronisme.

Kini terlerailah sudah kenapa tiba-tiba sahaja Hadi menimbulkan isu diktator. Rupanya ia satu sindiran sinis kepada rakan separti dan sepakatan. Tak sangka ya, dalam kalut menepis gelak tawa orang ramai dengan lawak politiknya sempat lagi melepas tembakan tepat ke dahi Nik Aziz dan Anwar.

Hadi Awang & Zaid Ibrahim... Gila Publisiti Murahan!!!



Kembang dada sekejap penyokong pakatan pembangkang khususnya para balaci PAS apabila Presiden PAS, Hadi Awang tiba-tiba sahaja mengumumkan akan bertanding menentang Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan, Pahang.

Hiruk piruklah para penyokong dan pemimpin pembangkang menyokong rancangan Hadi itu, tanpa diketahui itu hanyalah kisah gempak yang menjadi bahan lawak politik tanahair sahaja.

Satu perkara yang perlu difahami oleh segenap lapisan masyarakat negara ini ialah, rata-rata politikus pro pembangkang sememangnya gemar buat gempak dan gila publisiti murahan. 

Ini realiti, sementelah lagi sebahagian besar pemimpin pembangkang kerja mereka hanyalah bercakap dan berceramah siang dan malam, namun bab kerja buat kebajikan untuk rakyat, satu haram pun tak diambil peduli.

Jika betul Hadi serius mahu mencuba nasib di Pekan, tak perlulah menunggu arahan rasmi dari PAS Pusat. Selaku Presiden parti, Hadi berhak untuk menentukan mana tempat yang sudah muktamad untuk ditandinginya. 

Nampak sangat temberangnya bermotifkan mencari publisiti murahan tapi akhirnya menjadi bahan lawak politik apabila berselindung pula konon menunggu arahan rasmi parti.

Hakikatnya, Hadi takkan sama sekali menghulur tengkuknya untuk disembelih oleh pengundi di Parlimen Pekan. Kawasan sendiri di Rhu Rendang serta Parlimen Marang pun tak terjaga, apatah lagi nak berkhidmat bagi penduduk Pekan.

Sementara itu, Zaid Ibrahim yang baru melepaskan jawatan sebagai Presiden KITA pun nampaknya mahu tumpang semangkuk memeriahkan pesta lawak politik tanahair apabila kisah Hadi mahu bertanding di Parlimen Pekan diperkatakan ramai.

Zaid pun teringin namanya disebut sebagai pak lawak politik. Bekas calon PKR di Hulu Selangor ini sejak dulu lagi agak gemar mencipta kontroversi sambil mencari publisiti murahan.

Beberapa tahun dulu, dialah yang atas kapasiti peribadinya menyaman hudud PAS. Tapi ditarik balik selepas Zaid menyertai PKR dan dosanya dengan PAS terus 'diampunkan', namun hingga kini beliau masih berpendapat hudud PAS bertentangan dengan perlembagaan.

Peliknya hingga kini juga, pemimpin PAS masih menyalahkan UMNO dalam isu saman itu. Ajaib betul perangai pemimpin pakatan pembangkang, mereka boleh bersetuju untuk tidak bersetuju, kemudian akhir kalamnya UMNO juga yang dijadikan kambing hitam. Fobia betul mereka dengan UMNO.

Apapun, sama ada Hadi mahupun Zaid, kedua-duanya dialu-alukan untuk mengotakan hasrat mereka bertanding di Parlimen Pekan. Mereka ada hak, malah Dato' Seri Najib sendiri tidak menghalang sekiranya benar mereka berminat untuk mencuba nasib.

Tapi, soalnya sekarang berapa ramai yang percaya Hadi dan Zaid akan mengambil risiko untuk dimalukan oleh rakyat Pahang khususnya pengundi di Pekan?

Wednesday, October 31, 2012

Perjanjian Rahsia DAP-PKR-PAS... PAS Paling Pariah?



Kata orang politik itu kotor.   Kata-kata ini mungkin benar tetapi kurang tepat kerana yang kotor adalah orang-orang politik dan bukan politik.  Namun, bagi Pakatan Rakyat, jangankan orang-orang politiknya kotor diselaputi berbagai skandal tetapi strategi politiknya juga kotor.   

Semua orang tahu bahawa antara PKR, DAP dan PAS tidak ada titik persamaan dan untuk mereka bergabung di dalam satu pakatan merupakan sesuatu yang pelik atau ‘taboo’.   Bagi ketiga-tiga mereka untuk bekerjasama dalam ertikata sebenar sebenarnya amatlah mustahil tetapi itulah yang mereka serlahkan kepada rakyat, iaitu kononnya mereka bekerjasama untuk memperjuangkan rakyat.  

Mengenali DAP yang diterajui Dinasti Lim, sifat kiasu semulajadi mereka tidak memungkinkan mereka menerima sesiapa sebagai pemimpin mengatasi kedudukan mereka.  Begitu juga dengan PAS yang kononnya memperjuangkan kepimpinan  Ulama dan Negara Islam, mana mungkin menerima orang lain di luar kelompok mereka sebagai Ketua.  

Tetapi, DAP dan PAS telah menerima Anwar Ibrahim sebagai ketua mereka dan sekali gus bakal Perdana Menteri atau lebih tepat Presiden, jika mengambilkira perjuangan PR untuk menubuhkan Republik.   Tentunya, ini adalah pelik.  

Lebih pelik lagi jika kita melihat kepada sejarah hubungan Anwar dengan PAS dan DAP.  Dalam tahun 1997, iaitu apabila kegemaran luar-tabiee dan salahlaku Anwar mula terhidu oleh orang luar, Mat Sabu mengambil langkah awal mendedahkannya di dalam wawancara dengan Majalah Tamadun.    Mat Sabu jugalah yang merekacipta gelaran manja ‘Aljuburi’ untuk Anwar.   Di dalam wawancara itu, Mat Sabu membelasah UMNO kerana mempunyai pemimpin yang begitu kotor sekali seperti Anwar Ibrahim.  

Dalam tahun yang sama, Karpal Singh telah mengambil langkah lebih jauh dengan membawa isu salahlaku dan luar-tabie Anwar ke parlimen.  Bukti ini boleh didapati dengan mudah melalui rekod Hansard Parlimen.  Karpal Singh mempersoalkan kerajaan kerana membiarkan manusia yang begitu kotor sekali menjadi pemimpin.  Beliau juga mendedahkan yang DAP mempunyai bukti terhadap apa yang didakwa mereka itu.  

Apabila Anwar akhirnya dipecat kerana kesalahan yang terlebih dahulu dihidu PAS dan DAP tersebut, tidak semena-mena Karpal Singh telah bertindak membela Anwar habis-habisan.   Tentu sekali, segala bukti yang dimiliki mengenai kesalahan Anwar seperti yang didakwanya disimpan baik-baik.    Dan bukti ini pastinya masih ada di tangan Karpal dan DAP.  

Dengan pengetahuan dan bukti yang dimiliki oleh DAP dan PAS mengenai Anwar, tindakan mereka menerima Anwar sebagai ketua membuktikan yang mereka mempunyai agenda tersendiri atau berasingan dalam memastikan kekuasaan parti masing-masing sekiranya PR memerintah.  

Dari sumber-sumber dalaman yang diperolehi, dimaklumkan bahawa DAP dan PAS telah membuat perjanjian lisan di antara beberapa pemimpin tertinggi kedua-dua parti mengenai Anwar.   Menurut sumber tersebut, kedua-dua parti bersetuju dalam keadaan terpaksa menerima Anwar kerana tiada calon lain yang boleh ditonjolkan sebagai ‘orang tengah’ yang berwibawa untuk mewakili sebuah pakatan yang bertentangan dalam prinsip perjuangan.  Anwar yang mempunyai sejarah Islamik radikal dan kemudiannya berubah menjadi liberal dan plural adalah yang paling sesuai untuk duduk di tengah-tengah antara Islam ekstrem dan kafir harbi.  

Namun, kedua-dua PAS dan DAP juga tidak senang membiarkan Anwar terus menjadi ketua mereka.  Justeru, mereka sepakat bahawa Anwar hanya akan memegang jawatan untuk seketika, sementara keadaan stabil dan rakyat mampu menerima cara pentadbiran PR.  Dengan cara ini juga, PAS dan DAP boleh mengkambing-hitamkan Anwar sekiranya kerajaan PR dikecam dan diragui rakyat.  

Ini juga akan membantu menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar serta memudahkan mereka menendang Anwar keluar.  Sebagai menyediakan alasan rasmi untuk menyingkirkan Anwar, mereka akan membangkitkan kembali semua isu skandal seks Anwar dengan mendedahkan bukti-bukti baru yang selama ini disimpan.   Pada ketika ini juga, pemimpin DAP dan PAS akan memberi kenyataan bahawa mereka percaya yang video seks Anwar-Chinadoll adalah sahih.  

Sumber juga berkata bahawa dalam masa 2 tahun, paling lewat, Anwar akan disumbat kembali ke penjara oleh PAS dan DAP.  Ini adalah perjanjian lisan yang dibuat antara PAS dan DAP.  

Namun, sama ada mereka mampu mempercayai sesama sendiri adalah cerita lain sama sekali.  Ini kerana DAP mempunyai lebih persamaan dengan Anwar berdasarkan 4 perjuangan asas parti itu iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja, menghapuskan Rejimen Askar Melayu DiRaja, menghapuskan hak istimewa Melayu dan menjadikan Malaysia Negara Sekular.   

Sedangkan PAS pula ingin mengekalkan apa yang ada dan hanya menambah ‘dos’ agama iaitu melaksanakan hudud dan meningkatkan perlaksanaan undang-undang Islam dan cara hidup Islam yang bertentangan dengan DAP.  

DAP dan PAS kedua-duanya percaya yang mereka boleh mencapai segala matlamat mereka tanpa Anwar.   Tetapi, mampukah mereka mencapai matlamat tersebut secara bersama?   Salah satu parti akan terpaksa mengalah juga akhirnya dan kita sudah dapat menjangkakan bahawa yang akan kalah adalah PAS walaupun majoriti rakyat negara ini adalah Melayu.  

Ini kerana pemimpin PAS telah terbukti terlalu lemah dan tidak mampu melawan DAP.  Lebih buruk lagi, apabila PAS sendiri sudah dikuasai Anwarinas yang prinsipnya lebih cenderung menyerupai DAP berbanding PAS.  Kumpulan ini juga pasti akan menimbulkan masalah jika perjanjian lisan PAS-DAP dilaksanakan.  

Justeru, apa yang kita lihat ialah negara bakal bergoyah apabila PR memerintah.  Dengan Dinasti Lim menggenggam kuat takhta melaksanakan agenda DAP dengan licik dan pantas sementara PAS terkial-kial merebut takhta cuba menghalang mereka, manakala Anwar pula menggunakan sepenuhnya pengaruhnya di barat untuk menepis tendangan mereka.   

Perebutan dan pergolakan ini akan mempengaruhi penyokong masing-masing, lalu merebak membangkitkan kemarahan rakyat keseluruhan apabila negara semakin tidak terurus.   Pada ketika itu, campurtangan asing dan sang kiasu DAP naik tocang lalu mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Melayu adalah sesuatu yang pasti akan berlaku.   

Kesudahan nasib kita tidak perlulah penulis nukilkan di sini kerana penulis pasti anda semua dapat fikirkannya sendiri.  

Friday, September 21, 2012

Adakah PAS Setuju Hudud a.k.a Bulan Di Dada Karpal Singh???



Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh nampaknya tidak pernah gentar dengan mana-mana pemimpin PAS terutama sekali dalam hal melibatkan pendirian tegasnya yang menolak secara total angan-angan PAS untuk mendirikan negara Islam mahupun merealisasikan perlaksanaan hukum hudud.

Menurut Karpal, pendirian PAS untuk melaksanakan hudud bakal memberi kesan tidak baik terhadap pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. Tambahnya lagi, "PAS perlu menerima realiti. Walaupun ia pahit, desakan agar hukum hudud dilaksanakan di Malaysia hanyalah retorik semata-mata".

Satu kenyataan yang ringkas dan tidak berlapik secara langsung mewakili pendirian DAP yang sebenar-benarnya dalam isu ini. 

Kelihatannya seperti DAP pun amat menyedari tujuan PAS mempropagandakan isu hudud hanyalah untuk kepentingan politik kepartian sahaja dan tidak lebih sekadar retorik semata-mata.

Entah apa reaksi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat setelah membaca kenyataan tersebut yang bukan sahaja mencabar kewibawaannya malah turut bernada sinis memperlekehkan angan-angan PAS berkaitan hukum hudud yang dianggap sebagai satu retorik politik semata-mata oleh DAP.

Kita harap Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan tidak melatah sebagaimana kebiasaannya sebelum ini dengan mengalihkan perhatian ramai berkenaan isu hudud itu dengan menyalahkan UMNO atau Kerajaan Pusat. 

Harapnya untuk sekali sekala Nik Aziz dan semua pemimpin PAS dapat menunjukkan sikap gentleman menjawab kritikan Pengerusi DAP itu.

Setidak-tidaknya PAS perlu mengambil langkah tegas dan segera dengan mengikrarkan secara terbuka dan rasmi bahawa parti itu tetap jua akan melaksanakan hukum hudud seandainya PR menang dalam PRU 13 nanti sekalipun mendapat bantahan dari DAP.

Atau paling lekehpun, PAS patut berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan calonnya bertanding di minima 150 kerusi Parlimen supaya sekiranya menang kesemuanya dapatlah mengubah suai perlembagaan negara demi memberi laluan kepada perlaksanaan hudud.

Tapi beranikah PAS bertindak sedemikian dengan melanggar arahan abang besarnya DAP yang sekarang ini memegang talian hayat untuk survival PAS di kebanyakan kerusi Parlimen dan DUN yang pengundinya bercampur dan sedang disandang oleh ramai pemimpin PAS pro Anwarinas?

Tergamakkah PAS menonjolkan dirinya sebagai ketua dalam PR selanjutnya menguasai lebih separuh kuota pembahagian kerusi Parlimen di antara parti-parti dalam PR untuk ditandingi dalam PRU 13? 

Tentu sekali tidak. PAS tidak akan sanggup menjadi ketua dan menguasai pembahagian kerusi Parlimen kerana sifat kewujudan PAS sejak dulu sudah termaktub sekadar menjadi alas kaki kepada parti pembangkang lain.

PAS mahupun Nik Aziz sendiri juga tidak akan sesekali berani mempertahankan angan-angannya untuk melaksanakan hukum hudud. PAS juga tidak akan sanggup mengasingkan dirinya dari PR demi kerana hudud.

Bukan sahaja kerana isu hudud itu sendiri adalah retorik PAS semata-mata, tapi juga kerana hakikatnya PAS juga tahu realiti semasa belum mengizinkan ke arah perlaksanaannya.

Sudah acapkali PAS tunduk diam mengikut sahaja arahan abang besarnya asal sahaja isu hudud menggugat PR dan tiap kali itulah selepas sesatu mesyuarat tergempar PR berkaitannya, PAS akan berbelit lidah seterusnya orang lain pula dijadikan kambing hitam.

PAS juga tergamak mengecam bekas Timbalan Presidennya sendiri hanya semata-mata takut kenyataan tegas Nasharudin Mat Isa berkaitan isu hudud bakal menjejaskan hubungannya PAS dengan DAP. Sayangnya PAS pada DAP sehinggakan Mursyidul Am PAS sendiri sanggup boikot mesyuarat Majlis Syura yang sepatutnya dipengerusikannya sampai tamat.

Bila sudah sedemikian rupa, janganlah salahkan rakyat bila ramai berkongsi ppendapat bahawa PAS akhirnya akan setuju dengan pandangan DAP bahawa isu hudud tidak mendatangkan kebaikan kepada PAS dan PR.

Seterusnya seperti biasa, PAS akan menyalahkan UMNO sebagai punca retorik hukum hudud yang dijajanya gagal direalisasikan. Dan, si balaci serta penyokong PAS akan meneruskan amalan rutin mereka, angguk-angguk tanda setuju pada tipu daya propaganda tersebut.

Wednesday, September 19, 2012

PAS Minta Nyawa... Muahahahahaha...!!!



Penulis tidak mempolitikkan Islam itu sendiri, tetapi lebih fokus bagaimana PAS mempolitikkan agama.  Dan mempolitikkan agama untuk kepentingan parti sudah lama dipraktikkan oleh PAS, yang mengakibatkan perpecahan ummah dalam skala yang cukup besar.

Tentunya mereka membandingkan samada memilih Islam, atau Melayu. Mendabik dada kononnya merekalah pejuang Islam, dan lebih Islamik dari mana-mana pihak, bercerita soal Melayu adalah satu dosa besar kepada mereka.

Assobiyah, itulah gelaran kepada mereka yang berbicara soal Melayu; terutamanya UMNO. Gelaran itu dikuatkan lagi apabila Khalifah Lim mereka menggelarkan UMNO sebagai perkauman.  Bertepuk sakanlah puak-puak kepiah putih, percaya kononnya DAP itu sudah faham tentang Islam!  Bercerita tentang Melayu sahaja, maka itu adalah assobiyah!

Itu belum lagi diambil dari rasa betapa “malunya” Nik Aziz menjadi Melayu! Kedengarannya seperti tidak bersyukur dengan kejadian dirinya yang dicipta Allah.

Baca seterusnya DISINI

Tuesday, June 5, 2012

Hadi Awang Bakal Mulakan Mufarakah Terhadap Anwar Ibrahim!



SELALU sudah disebutkan bahawa Pakatan haram pembangkang ini tidak ada persefahaman yang baik di antara mereka.  Ada banyak percanggahan dan semua ini berlaku sebelum mereka dapat perintah negara pun.

Dalam hal ini penulis merujuk kepada kenyataan terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang mahu penyokongnya menurunkan kerajaan (BN) dalam keadaan ‘sopan’.  Apa maksud Hadi dengan sopan, bila Anwar Ibrahim pula mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara ganas?

Bukan satu rahsia yang Anwar akan mengadakan demonstrasi besar-besaran menolak keputusan pilihanraya jika kerajaan BN mengekalkan kemenangan dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Hadi pulak cakap pasal sopan?  

Yang penulis nampak disini ialah, berlakunya percanggahan antara 2 pemimpin utama Pakatan Rakyat ini.  Kelihatannya Pakatan yang tidak berdaftar secara rasmi ini tidak tahu arah mana yang nak dipilih untuk menumbangkan kerajaan BN.  Satu orang nak secara sopan@aman dan satu orang lagi cara huru hara dan ganas.

Ini belum lagi Kit Siang anak beranak dan Karpal anak beranak dari DAP buka mulut.  Tak tahu pendekatan apa yang mahu dipilih mereka, mungkin Mahkamah.

Semua ini menunjukkan percanggahan dan pertelagahan yang jelas berlaku dalam Pakatan Rakyat.  Pakatan ini kelihatannya semakin hari semakin keliru dengan tujuan penubuhan Pakatan Rakyat.  Nampaknya macam laki bini yang bergaduh, dimana tak satu pun cakap mereka yang boleh dipakai.

Yang akan jadi masalah sudah tentulah penyokong, mana satu nak dipilih sebagai tindak balas kalau Pakatan kalah besok, nak duduk diam-diam atau bangkit melawan?  Percayalah, Pakatan akan kalah, tapi bukan sebab penipuan BN, sebaliknya sebab diri sendiri banyak buat silap seperti dibuktikan di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Hadi jangan ingat kita bodohlah.  Kalau rancangan Anwar ini menjadi (demonstrasi ganas), saf baris paling depan nanti akan diisi oleh budak-budak PAS dari Unit Amal, macam dalam perhimpunan Bersih 3.0 April lepas.  Itulah yang akan berlaku, pegang sajalah cakap penulis ini.  Hadi memang terkenal dengan cakap depan lain, belakang lain, kalau cakap lurus macam mana pulak dia boleh berbini 3.

Hadi pun dah tau rancangan Anwar yang terlepas keluar itu, sebab itu Hadi keluar kenyataan sopan apa segala ini.

Hadi sendiri, dimana layaknya bercakap soal sopan ini?  Hadi masih ingatkan apa yang berlaku di Terengganu bila PAS menang di negeri tersebut?  Kunci Wisma Darul Iman dipecahkan, kereta rasmi kerajaan yang digunakan Exco ditahan dan dirampas penyokong fanatic PAS waima di tengah jalan.

Ketika itu dimana Hadi dan nasihat tentang kesopanannya?  Hilang dalam serban atau terjuntai dalam jubah?  SIlap-silap yang mengarahkan semua itupun adalah Hadi sendiri kerana terlalu taksub berkuasa dan menjadi Menteri Besar.  Ketaksuban yang ditamatkan rakyat Terengganu pada 2004 dan masih gagal menawan kerajaan negeri tersebut pada saat UMNO berada dikedudukkan terburuk pada 2008.

Begitu juga dengan sikap macam binatang oleh budak-budak Unit Amal dibawah pimpinan Hadi Awang semasa Himpunan Bersih 3.0 tempoh hari, dimana yang sopannya penyokong PAS dalam kejadian tersebut.

Pada penulis, semua ini hanya persediaan kalau kekacauan yang dirancang Anwar di masa yang akan datang, menjadi kenyataan.  Kenyataan Hadi ini akan dijadikan bukti bahawa PAS tidak terlibat kalau berlaku kekacauan itu nanti.  Dalam erti kata mudah, PAS (melalui Hadi) sedang bersedia melindungi dirinya dari sebarang kecaman atas tindakan yang mungkin dilakukan Anwar

Monday, May 14, 2012

HUDUD: Bukti Hadi Awang Cakap Ikut Nafsu, Bukan Ilmu. Melantun-Lantun...



Hukum hudud bukanlah satu keutamaan pakatan pembangkang, itu kata Hadi Awang yang juga Presiden PAS. Jelasnya lagi, hudud akan tetap dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang mengambilalih kerajaan. Tapi... ada tapinya...

Kata Hadi, hukum hudud hanya akan dilaksanakan mengikut proses demokrasi dan selepas masalah kemiskinan dapat diatasi serta hanya terhad kepada umat Islam sahaja pada permulaannya. Menurutnya lagi hukum hudud tidak dapat dilaksanakan selagi gaji minimum tidak dilaksanakan.

Banyak pula syarat, dalih dan alasan itu ini bila masuk bab perlaksanaan, nampak sangat sewaktu menabur janji dan selepas selesai membentangkan draf hukum hudud di DUN Kelantan pada tahun 1993, PAS sengaja mahu ianya tergantung setakat itu sahaja.

Keutamaan dan modus operandi sebenar PAS dalam isu hudud hanyalah berkisar pada soal mencari undi dan pengaruh politik untuk mengejar kuasa duniawi bagi keselesaan diri sendiri itu saja. Noktah.

Soal perlaksanaan, prasarana dan praktikal hukum hudud, PAS sebenarnya tidak pernah dititikberatkan dan ianya terbukti benar apabila hanya selepas Mufti Kelantan mengkritik kerajaan PAS Kelantan tahun lepas bersabit persoalan hudud barulah cepat-cepat kerajaan Nik Aziz menubuhkan jawatankuasa teknikal.  Selama ini, apakah mereka tidak menyedari perkara ini?  

Waima setelah penubuhan jawatankuasa teknikal tersebut tidak pernah mengadakan walau satu mesyuarat pun untuk membincangkan persoalan teknikal dan perlaksanaan hukum hudud sehingga ke hari ini.

Gara-gara Hudud ini jugalah, UMNO dan Kerajaan BN sebagai anti-Islam, kafir dan jahiliah seolah-olah PAS bila-bila masa saja akan melaksanakan hudud dalam pemerintahannya.  Dan larisnya hudud ini dijual kepada Umat Islam, selaris kalimah Allah dijual kepada bukan Islam.

Jangan kita lupa bahawa Hadi Awang adalah individu yang menjanjikan perlaksanaan hudud di Terengganu sebelum ayam jantan habis berkokok. Selepas 4 tahun memerintah Terengganu sehinggalah dihumban oleh rakyat dari tampuk pemerintahan negeri, tiada satu pun persediaan yang dibuat oleh PAS bagi tujuan hudud ini. 

Dan kini Hadi Awang dan PAS berkokok kembali, persis perangai lama hanya kerana PRU yang semakin hampir, berkokoklah mereka melaungkan akan laksanakan hudud dalam pemerintahan. Bezanya kali ini laungan PAS berselindung disebalik isu halangan kemiskinan dan gaji minimum pula  - perkara yang mereka samada tidak pernah terfikir selama ini, atau mereka sememangnya jahil, seperti mana sewaktu mula-mula menggembar gemburkan isu hudud.

Itulah nawaitu utama PAS bila mana menggembar gemburkan isu hudud segalanya hanya sekadar alat dan umpan politik semata-mata untuk mendapatkan sokongan secara mudah kerana dah terbiasa menjual agama dan gadai hukum hakam demi politik kepartian.  

Perhatikan apa yang berlaku kepada PAS, kerana satu persatu kejahatan mereka telah dibongkar dengan kuasa Allah.  

Kesimpulannya,  dalam banyak isu, pemimpin PAS cetek akal, tanpa mampu, bukan mahu, tetapi tidak mampu berpandangan jauh.  Segala keputusan dibuat berdasarkan nafsu, maka tersingkirlah ilmu.  

Friday, February 24, 2012

TAZKIRAH PAGI: Hadi Awang Perlu Faham Maksud "Wasatiyyah"!!!


Wasatiyyah dari segi bahasa, merujuk kepada konsep pertengahan dan seimbang. Konsep ini diambil sebagai pendekatan terbaik dalam pelbagai perkara, termasuk modal insan, masyarakat madhani dan mentadbir negara. Pendekatan Wasatiyyah ini semakin popular, apabila Perdana Menteri sendiri mengiktiraf konsep Wasatiyyah, dalam membangunkan aspirasi 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.  

Bersederhana dalam segala pendekatan, dan mengelakkan sifat melampau, fanatik dan taksub yang akhirnya akan membawa kepada sifat khawarij.    

Konsep ini bukan baru, malah ianya telah pun diaplikasikan oleh mantan-mantan Perdana Menteri yang lalu. "Moderate", itulah yang selalu bermain di mulut Tun M, sehingga disalahertikan oleh pihak pembangkang, dengan melabel Tun M sebagai liberalis, dan tidak berpegang kuat kepada ajaran Islam.  

Wasatiyyah, dengan pendekatan kesederhanaan dan seimbang, sebagai contoh, boleh dikaitkan dengan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Contohnya, Islam dijulang sebagai agama persekutuan, namun agama-agama lain masih dikekalkan hak untuk diamalkan oleh penganutnya. Jelas, tiada budaya melampau yang menafikan hak agama lain.  

Dalam erti kata lain, GT berpendapat boleh juga wasatiyyah ini didefinasikan sebagai pendekatan berhemah. Dalam apa juga keadaan, berhemah amat penting dalam menyampaikan maksud, atau melaksanakan sesuatu perkara. Ia selaras dengan sabda Rasullullah SAW "Allah SWT menyukai sifat lemah lembut dalam segala urusan".  

Wasatiyyah membawa pengamalnya ke dimensi baru pemikiran, apabila hujah atau pendapat yang berbeza diambil kira sebelum kesimpulan dibuat. Pendapat yang terbaik akan diambil, dengan hitungan dalil aqli dan dalil naqli. Ia mengelakkan dari sifat jumud yang menghalang keupayaan otak untuk berfikir.  

Wasatiyyah juga berperanan mengelakkan sikap fanatik dan taksub, yang kebanyakkannya boleh dilihat pada ahli PAS. Sifat keterlaluan dan melampau PAS sejak bermulanya Amanat Hadi Awang sehinggalah sekarang telah melahirkan ahli-ahli yang kaku hatinya, beku otaknya, kerana merasakan hanya mereka sahaja yang benar. Menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya demi kepentingan politik dapat dilihat jelas wujud di dalam  PAS. Haram dan bidaah menjadi ucapan mereka, tanpa memperhalusi secara mendalam sebelum sesuatu hukum itu dijatuhkan.  

Kenyataan Undi PAS masuk syurga, kenyataan Nik Aziz itu nabi, adalah contoh terbaik. Ianya berpunca dari doktrin pentarbiyahan melampau, yang melahirkan ketaksuban dan fanatikal.  

Hadi Awang perlu bermuhasabah, kerana pendekatan ekstrimnya, apatah lagi dengan kenyataannya yang terbaru, iaitu barangsiapa melanggar baiah PAS, maka celakalah dunia dan akhirat.  

Suatu pengakuan yang membuktikan betapa keras dan kakunya hati beliau, apabila menolak hujah-hujah lain dan merasakan dirinya sahaja yang betul.  

Tanpa disedari, nafsu sedang menungganginya, untuk mengekalkan kuasa, lantaran tiada lagi kehormatan buat seorang Presiden di kalangan mereka sendiri.  Maka Hadi Awang telah gagal membezakan antara Islam dan PAS. Menjadikan Islam sebagai topeng, PAS sedang berusaha untuk terus relevan di persada politik negara.  

Kepada Hadi Awang, fahamilah konsep wasatiyyah, iaitu berhemah, bersederhana dan seimbang.

Thursday, February 23, 2012

TERKINI: Hadi Awang Semakin "Tenat", Kini Perlu Ditempatkan Di ICU???



Setelah membuat "market research" tentang samada dirinya masih lagi "marketable" atau tidak, Hadi Awang kembali lagi dengan siri kegilaannya.  Seperti gila "isim" barangkali.  Ia mengingatkan kita tentang amanat Hadi Awang yang telah memberi sumbangan besar dalam perpecahan umat Islam di Malaysia.  

Akhirnya, tanpa berlindung, Hadi Awang mengarahkan agar kesemua calon PAS harus berbai'ah dan barangsiapa yang melanggar bai'ah tersebut, maka akan celaka dunia dan akhirat.  

Andai diperhatikan secara halus, tindakan terbaru oleh Hadi Awang tidak ubah seperti mana tindakan Anwar apabila mengetahui Saiful Bukhari membuat laporan polis.  Gubra. Akhirnya mengambil tindakan terdesak,  selari dengan dirinya selaku Presiden PAS paling lemah dalam sejarah parti itu.  Umum mengetahui bahawa Hadi Awang sudah tidak boleh mengawal apa yang berlaku di dalam PAS.  Hilang taringnya, kejantanannya dijentik-jentik oleh Anwar dan proksi-proksinya.  Kenyataan melampau ini dilihat cara terakhir bagi mengukuhkan pengaruh dirinya, yang semakin sirna dek kekhilafan sendiri.

Anehnya, Hadi Awang masih bersifat "munafik" dengan cubaan kononnya mempertahankan Islam.  GT percaya, anda masih ingat sorotan atau kronologi bagaimana kesucian Islam diragut dan "diliwat" oleh ramai pimpinan PAS, sehingga membawa kepada penyingkiran Hasan Ali.  

Kalimah Allah, penjualan arak secara berleluasa, pemurtadan, pengharaman HIMPUN, dan sebagainya, sehingga membawa kepada isu terbaru, iaitu sokongan terhadap Israel, berdasarkan hitungan "Anwar sokong Israel dan PAS sokong Anwar" membuktikan bahawa PAS sekadar menggunakan agama Islam sebagai muslihat politiknya.  

Hudud, bagaimana?  Sekadar dijadikan modal politik basi, yang disuapkan kepada pengundi pada tiap kali pilihanraya.

Apakah rakyat buta kepada liPASrasit seperti Khalid Gereja, Dr. Runny, Zul Ahmad ?  Itu belum dikira "syaiton-syaiton kecil yang membisu" dek kerana "playsafe" karier politik mereka!

Bagaimana bai'ah yang dibuat itu kononnya mempertahankan Islam, sedangkan penyelewengan yang jelas, nyata dan terang dari kepimpinan PAS sendiri?  Hadi Awang telah gagal secara total.

Mungkin Hadi Awang perlu bermuhasabah, membezakan di antara Islam dan PAS.  Islam adalah agama tauhid, sedangkan PAS adalah parti politik, yang mana doktrinnya "mentauhidkan" pengikut mereka kepada pemimpin semata-mata.  

Pendekatan melampau ini dikategorikan sebagai fanatik dan taksub, yang membawa kepada kejumudan dan pembekuan otak untuk berfikir.  Akhirnya, ahli mereka tertutup kepada pendapat orang lain yang berbeza, serta gagal membuat perbandingan pendapat dalam mencari kebenaran atau solusi terbaik, berdasarkan dalil aqli dan dalil naqli.  

Tidak hairanlah, ramai yang beranggapan, dalam istilah sufi, bahawa manusia jenis ini amat kaku hatinya, dan keras perwatakannya gara-gara enggan menerima pendapat orang lain.  Kekerasan dan sifat melampau terhasil daripadanya, kerana percaya bahawa mereka sahaja yang benar sebenar-benarnya.  Kewarasan tidak berguna lagi.  

Mungkin Hadi Awang perlu pendekatan "wassatiyah" untuk membuka semula mindanya, dan pengikut-pengikut PAS yang telah jauh terpesong, bertitik tolak dari amanatnya suatu ketika dulu.  

Hadi Awang semakin "tenat", karier politiknya kini berada di ICU, menanti waktu "gol".  Maka, kenyataan berbai'ah itu hanyalah medium terakhir, kerana tiada apa lagi yang ada padanya untuk membuat ahli dan kepimpinan PAS "samikna wa atokna" kepadanya!

Baca juga hukum tentang bai'ah kepada bukan pemerintah, DISINI.

Monday, February 13, 2012

Hadi Awang Istihar Anwar Wajib Diperangi??? Sah!!! Hadi Awang Nyayok Kot..


Setelah meninjau “keadaan pasaran untuk dirinya”, Hadi Awang kembali aktif memberikan komen-komen berhubung dengan senario politik semasa.  Mungkin beliau sudah memperolehi “jawapan pasti” dari “test market”nya.

Terbaru, Hadi Awang membuka bicaranya.  Dan kenyataannya kali ini tepat ke arah lubang hidung Anwar Ibrahim.  Bull’s eye!

HARAM kepada umat Islam untuk menyokong sebarang usaha membina, atau mempertahankan negara Israel.  Waima penyelesaian untuk penubuhan dua negara, ia tidak dibenarkan sama sekali kerana tanah Palestin adalah milik rakyat Palestin secara mutlak, dan bukannya Zionis Israel. Itulah sebahagian dari kenyataan Presiden PAS itu.

Ianya pasti memberi tamparan hebat kepada Anwar Ibrahim, yang membuat kenyataan di dalam Wall Street Journal, menyokong segala usaha untuk mempertahankan penubuhan negara Israel.  Bukan itu sahaja, Anwarisma dalam PAS pastinya tersinggung gara-gara kenyataan itu dilihat mengecam kenyataan terdahulu Anwar si “Imam Mahdi”.

Baca seterusnya DISINI

Tuesday, November 15, 2011

PANASSS.. Akhirnya Anwar Mengaku Dialah Empunya Perut Boroi Di Hadapan Hadi dan Kit Siang!


Heboh di alam blogosphere bahawa si lelaki pelaku seks bersama Chinadoll telah ditemui.

Mengikut sumber dalaman Fuckatan, Anwar telah mengaku bahawasanya perut boroi di dalam video seks Chinadoll yang telah didedahkan oleh Datuk T adalah miliknya.  

Pendedahan esklusif ini menunjukkan kesediaan Anwar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia politik, malah mungkin selamat datang kepada Bamboo River, berikutan kes liwatnya yang masih berjalan sehingga kini.
Tipikal Anwar, dia menyalahkan Eskay kerana pendedahan ini.  Dalam bersalah, sempat lagi menyalahkan orang lain.  Itulah Anwar!

Maka, apakah status mereka yang telah mempertahankan Anwar dalam isu ini?  

Apakah Hadi Awang sudah bersedia untuk memberitahu kepada ahli2 PAS tentang perkara ini?  Hadi Awang adalah antara yang lantang mempertahankan Anwar, sehingga membawa kepada teknikal "besi tidak bernyawa" tidak boleh dijadikan bahan bukti.

Bagaimana Hadi Awang?  Sudah bersedia?  Jangan jadi syaitan bisu...

Sunday, October 30, 2011

Hadi Awang Tak Habis Baca Undang-Undang Syariah? Muahahahaha...


Setelah berpuluh-puluh tahun mengkafirkan UMNO, Hadi Awang kata dia baru sedar di dalam Al Quran, tiada perjuangan negara Islam.  

Yang ada, hanyalah membentuk negara berkebajikan.  Itu Hadi Awang.

Bagi GT, PAS harus memohon maaf kepada UMNO atas sikap kurang ajar yang ditunjukkan sekian lama.  Tapi GT faham, mereka tidak akan memohon maaf.  Kerana bagi PAS, mereka lebih Islam daripada orang lain.  Pada PAS, Islam adalah hak esklusif mereka!  Maka, terpeliharalah mereka, konon-kononnya Maksum!!!

Dan selama 20 tahun memerintah di Kelantan, hudud tidak pernah dilaksanakan.  Ada sahaja alasan yang diberikan, sehinggakan ketua hakim syariah Kelantan menempelak sikap Nik Aziz dalam satu majlis.  "mu main-main.. mu main-main..".  

Dan Hadi Awang tiba-tiba ingin pula mengheret Tun M berkenaan tentang isu hudud.  

Bukankah lebih baik Hadi Awang tarbiyah Mursyidul Amnya, betapa 20 tahun adalah masa yang sangat lama untuk terus "main-main" tentang hudud?  

Dan kalau Hadi Awang habis membaca hukum hudud, mengapa tidak, dari dahulu, mendesak agar hudud di laksanakan di Kelantan?  

Kerana surat dari Tun M?  Maka dengan ini GT mengistiharkan bahawa Hadi Awang tidak habis membaca undang-undang tubuh negeri dan syariah.  Hadi Awang perlu tahu, penyokong tegar PAS, iaitu Aziz Bari, dalam kenyataannya memberitahu bahawa PAS berhak untuk melaksanakan hudud, berdasarkan undang-undang syariah yang termaktub di bawah kuasa kerajaan negeri.  

Ataupun, Hadi Awang belum sedar bahawa mmg hak kerajaan negeri untuk melaksanakan hudud, seperti mana kenyataan bengongnya seperti di perenggan pertama diatas?

Asyik tak sedar manjang.. sehinggakan mungkin Hadi Awang tak sedar, bahawa PAS bukanlah warisan murni dari pejuang terdahulu seperti Arwah Ustaz Fadhil Noor.  PAS kini adalah keldai politik kepada DAP laknatullah.

Itu belum lagi diambil kira fatwa syahid Ibrahim Libya oleh PAS, yang statusnya mula dipersoalkan gara-gara Hadi Awang baru sedar tiada perjuangan negara Islam dalam Al Quran!!!

Dah dekat PRU, sudah-sudahlah dengan isu hudud kamu tu PAS oiiii...!!!  Nak buat, buat je lah.. tak payah nak itu ini begitu begini... tak mampu, cakap je tak mampu, kan senang!!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...