Bersama Berjuang

Showing posts with label Hishamuddin Tun Hussien. Show all posts
Showing posts with label Hishamuddin Tun Hussien. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

Siapa Menteri Yang Menangis Tersedu-sedu Gara-Gara Pemansuhan I.S.A dan E.O ?


Penulis memikirkan, apakah yang berlaku terhadap tangkapan dalam skala besar-besaran dalam Ops Cantas. Sekiranya mereka berstatus suspek, tanpa ada bukti kukuh, apakah penjenayah ini bakal terlepas dari hukuman? Walhal, secara risikannya, pihak Polis mempunyai informasi-informasi terhadap kegiatan jenayah mereka. Apakah harus “caught in the act”, barulah dakwaan boleh dikenakan? Apakah perlu orang awam menjadi mangsa dahulu baru boleh bertindak?

Lucunya, pihak polis telah mengeluarkan senarai kumpulan gengster. Ini bermaksud, mereka wujud, dan tindakan perlu diambil. Cukupkah bukti untuk menahan mereka hanya berbekalkan tattoo dan simbol-simbol kumpulan ini?

Baca seterusnya DISINI

Thursday, September 8, 2011

PDRM atau KDN... Tolonglah Hishamuddin Tuuu...


Kadang-kadang GT rasa kasihan kepada Hishamuddin, selaku satu-satunya Menteri BN yang ditempelak cukup hebat di arena blogosphere ini.  Lebih memilukan, pihak yang menempelak adalah blogger pro kerajaan sendiri.  Begitulah telusnya blogger pro kerajaan, berbanding blogger fuckatan yang lebih suka berbohong untuk cover pemimpin mereka.

Dan peluru yang dihujankan oleh blogger cukup tajam, menikam dan menusuk tepat, kerana isu nya cukup kredibel dan kuat.  

Tentunya ia menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong Hisham.  Perkara biasa, kerana ada juga beberapa isu yang blogger menyebelahi Hisham.  Kerana blogger menulis berdasarkan isu, bukannya bersifat peribadi.  

Hisham buka mulut lagi, dan pabila dia buka mulut, pastinya menjadi bahan penting kepada blogger, kerana kerana mulut badan binasa. 

Dan kali ini, Hisham kena jawab, mengapa tiada tindakan diambil terhadap mamat yang sorang nih, kerana kenyataannya boleh dikategorikan sebagai menghasut, dan BOLEH MENJEJASKAN keselamatan negara.  

Kenapa GT tulis BOLEH MENJEJASKAN?  Sebab penyokong Fuckatan berotak udang, hujahnya ia belum lagi berlaku, maka tidak boleh diambil tindakan terhadap Sam Ketot ini.  

ISA kan preventive measures, takkan dah jadi baru nak implement?  

Aduhai Hisham... takkan masih tak faham lagi....

PDRM atau KDN, cuba tonton apa yang tak kena dengan video dibawah ini???

Monday, September 5, 2011

PANASSS... Perbicaraan Asyik Tertangguh, Ghani Patail Pro Anwar???


Panassss.. Betulkah Peguam Negara pro kepada Anwar??? Jom baca dibawah ni:...

MAKIN banyak kekeliruan timbul apabila pejabat  Peguam Negara terus berdiam diri untuk tidak mengambil tindakan ke atas beberapa siasatan polis yang telah selesai dan telahpun diserahkan untuk tindakan susulan dan kerana kegagalan Peguam Negara bertindak,kesan buruknya  adalah ditanggung oleh Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

Sudah ada yang mula menuding jari bahawa Pejabat Peguam Negaralah yang menjadi punca kerajaan,KDN dan juga polis dicemuh ekoran kelembaban mereka mengambil tindakan membawa pesalah yang sudah pun disoalasiasat  dan sempurna kertas siasatannya oleh polis ke muka pengadilan.
 
KLIK SINI untuk penjelasan selanjutnya.

Monday, August 29, 2011

PANASSS... Musa Hassan Bakal Jadi Menteri KDN Dan Ayatollah Mat Sabun Tugas Pertamanya???


Kenyataan Musa Hassan terhadap perlakuan terkutuk lagi bebal oleh Mat Sabu cukup pendek.  

Pendek, tapi menyengat.  

Musa Hassan labelkan Mat Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat.  

Satu luahan jujur dan KERAS dari seorang bekas Ketua Polis Negara, apabila komunis dimasyhurkan sebagai hero. 

Apakan daya, Musa Hassan bukanlah punya kuasa ditangannya... sekadar peringatan keras yang mampu dilemparkan kepada pecacai teragung DAP laknatullah, Jeneral Bintang 3 Ayatollah Mat Sabun.  

Tindakan tidak mampu diambil olehnya, namun itu bukanlah alasan untuk bersifat diam atau pengecut.  Musa Hassan juga memilih untuk tidak berbicara playsafe.  

Tetapi ada "orang tu" cukup playsafe dalam kenyataannnya.  Dari Amaran Keras, Amaran Keras 1, Amaran Keras 2 dan Amaran Keras 3, 4. 5, 6......... sekarang pula strateginya playsafe.  

Playsafe, macam kondom... Nak seronok tanpa "risiko".

Dalam politik, playsafe bermaksud nak glamer, tetapi penakut... mgkin akibat dari tak reti gunakan strategi.  Macam Kapten Herbert Sobel, watak si pemegang kuasa  tetapi buta tentang strategi perang dalam filem bersiri favourite GT, Band Of Bloggers... Opssss. silap.. Band of Brothers..

Apa kata Musa Hassan dilantik sebagai Senator, dan kemudian memegang jawatan Menteri KDN, kerana sebagai Senator kerana beliau tidak perlu sibuk memikirkan undi yang bakal memendekkan karier politiknya.

Bukankah sudah sampai masanya kita bertegas dengan anasir laknatullah yang seiring dengan komunis?

Kasihan Malaysia, diorak arek oleh golongan harbi dan sekutunya, dan pemimpin yang ada tidak mampu memelihara kesucian ibu pertiwi, sungguhpun telah termaktub undang-undang dalam perlembagaannya!

Siapa berani ambil tindakan kepada Ayatollah Mat Sabun, yang secara terangan menyebelahi komunis?


Thursday, August 11, 2011

PANASSS...Hishamuddin Dibekalkan Maklumat Palsu Tentang CyberWar Kerana Ada Udang Di Sebalik Batu???


Kenyataan dari Hisham amat mengejutkan.  Bukanlah mahukan pujian atau apa jua, akan tetapi kenyataan itu seolah-olah menolak penguasaan hebat blogger pro kerajaan yang sama sekali telah memecah monopoli pembangkang setelah bencana 2008 yang diilhamkan oleh Pak Lah dan anak "hantunya". 

Inilah masalah sebenar apabila pak menteri yang bergantung harap terhadap pegawai-pegawainya, yang sebenarnya bukanlah arif tentang idea berbloging.  Malah, ramai di antara mereka kurang membaca, atau lebih tepat, tidak membaca media baru ini.  Amat malang sekiranya pegawai yang diharapkan tidak memberi maklumat yang tepat tentang isu semasa di blog atau senario cyberwar.  

Apatah lagi, pak menteri tidak dapat menduga bagaimana pegawainya beroperasi, atau motif menyatakan bahawa blogger pro kerajaan terkebelakang.  Mungkin dengan cara ini, peruntukan akan diberikan lagi dengan jumlah yang banyak, berikutan dari kononnya fakta bahawa kerajaan gagal dalam menguasai media baru.
Maka bertambah kencanglah rembatan padu terhadap peruntukan oleh pegawai-pegawai tersebut.  Itu dari segi "game" orang politik.  Kena create something to get something.  Itu belum lagi diambil kira perbuatan "terpuji" pihak-pihak itu yang menjaja nama-nama blogger untuk meraih peruntukan dan masuk ke kantung sendiri!

Ada pula yang berkata "ehh.. ini perjuangan fisabillilah".  Macam ni lah, blogger yang GT kenali kebanyakkannya cukup simple.  Mengapa mereka mengeluh?  Sebab nama mereka "dijual", dan keuntungan dibaham si celaka!  GT percaya, seandainya tiada perbuatan yang keji ini, blogger-blogger pun tidak akan bersuara tentang perkara ini.

Apabila Hisham yang dikhabarkan punya unit cyberwar yang hebat dan dikhabarkan telah melahirkan ramai blogger hebat seperti Papa Gomo, Parpukari dan lain-lain pun gagal dalam membawa mesej kerajaan di medan perang siber, something fishy is going on.  

Hisham sebenarnya perlu sedikit sebanyak mengikuti perkembangan medan siber secara peribadi, dan tidak hanya bergantung harap kepada pegawai-pegawainya yang mgkin punya ciri-ciri "yes sir" dan "you look good in cyberspace, sir" serta "our cyberwarians were almost defeated by Fuckatans sir, so "we" need more money to develop our cyber warlords.

What do you think?  Does "we" represent the interest of all bloggers, or "we" can be altered to "I".  Therefore, I own the money.. Who own the money? The money is mine!!!

Who am I.. ??? muahahahahahahaha...

And for money, people will do anything, and i mean everything!

Captain Herbert Sobel, do you understand that???

Saturday, July 30, 2011

MESTI TAHU: Hisham Dan KDN Wajib Ambil Tindakan Kepada Sinar Harian Yg Mengiktiraf BeerShit 2.0!!!

GT tertarik dengan peranan yang dimainkan oleh Sinar Harian dalam mencipta sensasi untuk populariti sekaligus mementingkan keuntungan semata-mata. 

Bersikap berkecuali dalam soal politik tidaklah salah, akan tetapi beberapa perkara GT perhatikan, Sinar Harian seolah-oleh tidak punya semangat kebangsaan yang mewakili majoriti rakyat, bahkan tidak keterlaluan andai GT label mereka sebagai tidak menghormati kerukunan perlembagaan dan undang-undang negara.  

Buktinya, apakah Sinar Harian tidak memahami atau mengetahui bahawasanya Bersih adalah pertubuhan tidak berdaftar, sekaligus berstatuskan pertubuhan haram?

Dari sudut undang-undang pertubuhan, kasta BERSIH tidak ubah seperti Al Arqam, Al Maunah atau Ajaran Ayah Pin yang diharamkan atas dasar mengancam keselamatan negara.  

Sinar Harian pula memberi platform kepada Ambiga, sebagai wakil BERSIH.  Dan secara terang-terangan anda dapat lihat di banner (gambar) di atas.  Ini memberi gambaran seolah-olah BERSIH adalah pertubuhan berdaftar dan sah di sisi undang-undang. 

Walhal, Ambiga boleh diberi ruang untuk berforum atas kapasiti, bekas presiden majlis peguam.

Tetapi, mengapa Sinar Harian memilih untuk menabalkan Ambiga sebagai Pengerusi BERSIH yang berstatuskan haram aka haram jadah?

Apakah motif di sebalik "permainan" Sinar Harian ini?

Kumpulan Karangkraf melalui akhbar Sinar Harian dilihat sebagai sebuah syarikat yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.  Gempar politik disensasikan untuk menaikkan rating dan jualan.  

Andai Anwar Ibrahim bijak memanipulasikan keadaan dan peluang untuk kepentingan politik gampangannya, Sinar Harian pula bijak memanipulasikan suasana politik semasa untuk matlamat keuntungannya.

Mohon KDN dan Hisham lihat perkara ini sebelum menjadi kudis bernanah dan busuk dalam masyarakat.  Tindakan tegas harus diambil!!!

Thursday, July 21, 2011

Jom Sokong FB Kempen Tolak Menteri Amaran!!!

GT tetap dengan pendirian, iaitu memperkasakan BN dari dalam, selain serangan bertalu-talu kepada pembangkang.  

Dan BN tidak boleh terus mempunyai "liabiliti" dalam barisan hadapannya.  Hisham tidak cukup "jantan".  Hisham lebih sesuai di kementerian yang lain. 

Jom beri Hisham peluang kedua, KLIK & "LIKE" SINI

Wednesday, July 20, 2011

MESTI BACA: Hisham Amaran Jelmaan Watak Captain Herbert Sobel Dalam Siri Band of Brothers!!! Jom Tukar!!!

Sekali lagi, GT bukan anti establishment.  GT menulis untuk mempertahankan negara dari sekonyong-konyong manusia gila kuasa yang terus ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia.  Bukan hanya gila kuasa, cara mereka berpolitik adalah politik gampangan.  

Namun, jangan kita memandang hanya kepada musuh, kerana memperkasakan kerajaan juga salah satu point penting dalam arti perjuangan.  Apalah guna kita menggempur musuh, andai panglima kita sendiri tertunduk bisu pekak dan tuli, andai panglima kita tidak tahu strategi.  

Hishammuddin adalah manifestasi Captain Herbert Sobel dalam filem Band of Brothers.  Captain Herbert gagal dalam mengemudi pasukan kerana gagal memahami taktik perang.  Habis tunggang langgang pasukannya kerana kerap kalah kepada musuh, mujur ianya adalah sekadar latihan!!!  Hanya untuk membaca peta dan strategi pun dia kelihatan bingung, walhal kelengkapan sudah ada.  Akhirnya dia ditukarkan ke Regiment S-4 Logistik!!!  

Manakala Hisham tidak punya sessi latihan lagi.  Negara ini adalah pertaruhannya!!!  ISA sudah kukuh terpatri di dalam undang-undang negara.  Namun Hisham kelihatan bingung untuk menggunakannya terhadap musuh nyata negara!!!  

Kita perlukan watak seperti Major Richard Winters untuk menang "pertempuran ini".  Major Richard sering memikirkan kepentingan negara dan keselamatan anak buahnya.  Bukan dirinya semata-mata!!!

Anda, samada sahabat blogger atau sahabat pembaca, kita adalah bersaudara, we are band of brothers!!!  Dan sebagai pejuang, kita tidak mampu dikemudi oleh Hisham Amaran lagi!!!

Hisham harus ditukarkan!!!  Tukarlah walau di Kementerian Pengangkutan (Logistik) atau Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat sekalipun.  Tapi tidak di bahagian yang melibatkan isu keselamatan negara.  

Berjalan-jalan di FB, GT terjumpa ini.... Jom "like"!!!



Tuesday, July 19, 2011

PANASSS... Ambiga Terus Ugut Hishamuddin Amaran, Kalau Berani, 1 By 1???

Si pencetus huru-hara ini terus buat hal.  Helahnya telah diketahui umum.  Tak perlulah GT panjang-panjang artikel ini untuk ceritakan apa yang dia dah buat pada negara, YDPA dan sebagainya.  

Moralnya, dia setaraf Anwar yang mahukan revolusi gara-gara keengganan majoriti rakyat Malaysia menyokong mereka.  Cara mudah, keganasan jalanan!!!  

Hari ini dia halakan isu pada Putrajaya!  Kelmarin dia kata Bersih bukan untuk tumbangkan BN!!!  Habis, Putrajaya tu bukan pusat pentadbiran kerajaan yang dipilih rakyat ke?  Cakap macam keling je!!! Opsss.. mmg dia keling.. cuma mgkin tarafnya PARIAH kot!!!

Hishamuddin tak faham-faham lagi ke?  dari IFC sehinggalah hari ini, Ambiga terus mencabar kedaulatan Negara.  Takkan nak sampai orang Melayu "naik tangan" kat si perempuan bangsat ini, baru nak ambil tindakan? 

Lepas ini dia dapat slot forum.  Esok mgkin dapat keluar kat TV.  

Hisham terus dicabar.  Ambiga bukanlah berani, tetapi Hisham yang pengecut!!!  Dan kalau ikut undang-undang tentera, apakah hukuman untuk penglima yang pengecut? 

Sunday, July 3, 2011

BERAPI !!! Bukti Sam Ketot Lagi Berani Daripada Hisham Amaran!!!




Ini adalah bukti sahih bahawa Sam Ketot lebih berani dari Menteri KDN. Tidak perlu dinafikan lagi.  Namun sedikit persoalan bermain di minda GT.  

Adakah Sam Ketot yang terkencing pabila disergah mahu lari lintang pukang apabila diserbu sewaktu berdemo layak digelar berani?  

Atau,

Apakah Sam Ketot jadi berani kerana Hisham penakut pahit?  

Dah jelas, nyata dan terang di dalam video diatas, Sam Ketot menghasut rakyat untuk turun berdemo di jalanan bagi menumbangkan kerajaan.  Keganasan yang berlaku di Timur Tengah menjadi model fahamannya!  

Apabila merujuk kepada Libya, maka Sam Ketot secara tidak langsung memberitahu bahawa dia mahukan campurtangan asing untuk menghuru-harakan negara.  Apa jadi dengan Libya?

ISA is a preventive measure.  And prevention is better than cure!  

And how on earth that someone who is well-educated and current Minister seems to be hard to understand it?

Friday, July 1, 2011

WOIII.. HISHAM AMARAN!!! Konst ISMAIL JUSOH Kena Belasah Gara2 BeerShit 2.0!!! Takkan Nak Tunggu Ada Anggota Yg Mati Baru Nak Guna ISA?



1. Pada 29 JUN 2011, Konst ISMAIL JUSOH dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD SHAH ALAM bersama rakan yang lain mendapat maklumat ada pihak tertentu sedang mengedarkan BAJU BERSIH di Lorong Masuk Stadium Malawati Sek.13 SHAH ALAM.


2. Sampai di tempat kejadian didapati ada meja 4 segi dan kelihatan orang ramai berkumpul dan mengedar baju T warna kuning. Bila orang ramai sedari kehadiran Polis maka mereka lari meninggalkan kawasan berkenaan, manakal pihak yang terlibat mengedarkan BAJU T BERSIH telah menyorokkan baju berkenaan.



3. Kejadian mula kecoh apabila orang ramai mengejek Pegawai dan anggota yang membuat rampasan, manakala beberapa orang anggota berbaju merah (dipercayai unit amal) telah menolak Polis supaya keluar dari pintu masuk stadium berkenaan. Pada masa yang sama pengadu telah di tolak dan di kepong oleh 30/40 orang. Setelah di kepong, mangsa Konst ISMAIL JUSOH telah di tumbuk serta di terajang. Kumpulan samseng ini kemudian menjerit "Kau Ingat Polis Ni Besar Ke".



4. Kes pertama dimana Polis di serang semasa bertugas merampas Baju T BERSIH



GERAKAN TIMUR:
Itulah buktinya keganasan menjadi pedoman PAS untuk menghalalkan segala cara.  Mmg PAS mewarisi politik gedebe sejak dulu.  Apatah lagi otak mereka sudah diracun oleh kafir harbi laknatullah yang mmg mahukan negara ini!!!

Itu baru sekitar 30-40 orang, cuba bayangkan kalau mereka sudah berkumpul puluhan ribu, ratusan ribu, apa yang bakal terjadi?  

Adakah kau tahu, bahawa peristiwa yang menimpa Konstabel Ismail Jusoh itu adalah "AMARAN" dari perusuh-perusuh BeerShit?  

Kau senanglah... duduk kat kerusi empuk sambil "pantau"!  Orang lain berperit jerih menggadaikan keselamatan malah juga nyawa.  

Kau punya pilihan untuk mengelakkan dari kejadian yang lebih buruk dari berlaku.  Tapi kau buat tak tahu, atau sememangnya kau penakut pahit!  

Andai esok lusa ada anggota keselamatan yang terpaksa mempertahankan dirinya dengan menggunakan pistol ataupun lain-lain senjata api dek keganasan  perusuh BeerShit, kau buat siasatan diraja lah, inkues awam lah, dsb.  Akhirnya pihak yang cuba mempertahankan diri pula didapati bersalah!!!

Andai terjadi, GT ingin salahkan engkau dahulu?  Boleh terima?  

Pemimpin terdahulu mengkaji, menggubal dan melaksanakan ISA atas sebab musabab yang munasabah.  Baik buruk telah lama diambil kira.  Kesimpulannya "prevention is better than cure".  

Kau tahu ke tidak, bahawa di bumi bertuah ini, ada ISA? 

Kau sedar ke tidak, apa itu ISA?  Apa tujuannya?

Persoalannya, kau faham ke tidak, wahai Hisham Amaran?

Gambar diatas tu, khusus untuk engkau sebagai pedoman, walaupun bukan gambar sebenar kejadian!!!

Tahniah kepada pihak Polis yang komited dan tegas.  GT pohon PDRM bersabar dengan kerenah Menteri Dalam Negeri!

Monday, June 27, 2011

BAKAR LINE: Hisham Amaran Jual Nama ISA dan Tentera Untuk Bikin Gempak !!!


Hisyam rupanya masih lagi berkira-kira untuk mengambil tindakan.  Amaran adalah rutin harian, manakala kenyataan terbarunya tentang ISA dan Tentera akan dikerahkan tidak ubah seperti satu lagi AMARAN.  

GT tidak pernah mempersoalkan PDRM, FRU mahupun Tentera yang mmg komited menjaga keselamatan negara.  Tindakan tegas mereka dalam memastikan kemakmuran dan keamanan terjamin cukup dihargai rakyat.  

Namun mereka tidak boleh bertindak tanpa arahan.  Mereka bertindak mengikut arahan.  Lemah arahan yang diterima, lemahlah implementasinya.  Dan begitulah lemahnya mereka yang bertanggungjawab memberi arahan.  

Musa Hassan pernah melahirkan kekecewaan akibat terlalu banyak campurtangan KDN dalam urusan Polis. Ia sekaligus merencatkan capabiliti pasukan Polis dalam melaksanakan tugas mereka.  

Hisham memberi amaran lagi, walhal ISA is a preventive measure.  Sukarnya dia memahami tujuan ISA dibentuk.  Rupanya dia tidak pernah belajar dari sejarah negara, dia tidak pernah belajar bagaimana negarawan ulung menempuh gelora dan badai dalam pemerintahannya.  

Hisham Hanya Sekadar Amaran!  

Tidak perlu banyak kenyataan "bikin gempak", yang penting bertindak!  

Apakah Hisham berani?  Tidak.. dia TAKUT!

Thursday, June 23, 2011

EDISI DEDAH... PANASSSS... Soldadu BERSIH 2.0 Telah Bersiap Sedia - Kebal dan Handal !!!


Bersih 2.0 adalah pertubuhan haram, maka segalanya adalah haram, apatah lagi perhimpunan yang cuba dianjurkan.  

Tapi status haram bukanlah halangan, waima "haram" itu sudah jelas bermaksud "tidak boleh".  Mutlak.  Namun haramjadah Bersih tetap ingin meneruskan demo haram mereka. 

Lawan tetap lawan, itulah tekad penganjur Bersih 2.0.  Maknanya, walau apapun, demo Bersih tetap akan berlangsung.  Terang dan jelas.  

Jadi, apakah penganjur dan pendemo Bersih 2.0 bersalah kepada peniaga, pelancung, orang awam di kawasan sekitar dan rakyat Malaysia amnya sekiranya mereka terkesan dari peristiwa ini?  

Jawapan yang agak mengejutkan, mereka tidak boleh dipersalahkan.  Bukan itu sahaja, pendemo Bersih dikhabar telah dipersiapkan dengan ilmu kebal dan handal untuk bertempur dengan FRU nanti!!! 

Apakah rusuhan Tahrir Square bakal terjadi juga disini?

Bersediakan rakyat Malaysia untuk menghadapi keadaan huru hara, mungkin juga perang saudara?

KLIK SINI untuk mengetahui siapa penyebab utama pendemo Bersih "kebal" dan "handal"!!!

Thursday, June 9, 2011

BERSIH 2.0 - CUKUP "JANTAN" KAH HISHAMMUDDIN UNTUK SAPU MAT SABU?


Hishamuddin dalam kenyataaannya menjelaskan tiada sebarang bentuk layanan istimewa kepada pendemo BERSIH 2.0.  

Maksudnya, sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang, pihak berkuasa akan mengambil tindakan, mengikut prosedur yang ditetapkan.  

Persoalannya, adakah Hisham berani bertindak atas kapasiti undang-undang yang diberikan?  Atau masih lagi tak habis-habis berbincang dengan Peguam Negara mahupun think-tanknya untuk tindakan yang sewajarnya?

Mat Sabu sudah bersedia di"sapu", takkan penyapu di tangan dibuang jua akhirnya?

Hisham... kami tungguuuuuu...


Tuesday, March 29, 2011

HISHAM BAKAL SAMAN ANWAR!!!


Tahniah Menteri KDN, Datuk Seri Hisham yang menyerlahkan kejantanannya dalam isu penayangan video xxx ini.  

KDN telah melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham untuk mewakilinya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar.  

Ini berikutan dari kenyataan Anwar yang mengaitkan nama Menteri KDN dan pihak Polis sebagai dalang penayangan video xxx itu kepada media di Carcosa Sri Negara. 

Saman!
Saman!
Saman Anwar!

Aman!
Aman!
Tanpa Anwar!

Friday, March 25, 2011

KDN NAK SAMAN ANWAR??? BERANI KE???


Apapun yang berlaku, ia adalah konspirasi kerajaan dan BN.  Andai anak mereka cirit-birit sekalipun, ia salah kerajaan.  Apatah lagi jika anaknya sudah jauh tersasar dan liar, itu juga salah kerajaan. 

Begitulah mentaliti keldai yang banyak terdapat pada fuckatan haram.  

Pihak Polis tidak terlepas menjadi sasaran fitnah pembangkang.  Teknik menyerang institusi penting yang melibatkan keselamatan negara bertujuan untuk menanamkan sikap ketidakpercayaan terhadap kerajaan. 

Teknik yang dimainkan oleh Anwar sekian lamanya berjaya menghakis kepercayaan rakyat, sekaligus mudah untuk mewujudkan persepsi negatif dan salah kepada institusi penting ini.  

Dalam isu video xxx ini, pihak PDRM dan KDN tidak terlepas dari menjadi mangsa dakwaan pihak pembangkang.  Anwar seperti biasa, menuding jadi kepada Perdana Menteri dan Menteri KDN bersubahat kerana membenarkan penayangan video xxx lelaki Y.  

Menteri KDN dikhabarkan melalui peguam-peguamnya sedang membuat kajian terperinci dalam memutuskan sebarang tindakan yang boleh diambil terhadap tuduhan liar kepada PDRM dan KDN dalam isu ini.  KDN sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk menyaman Anwar.

GT harap jangan sekadar amaran, kalau boleh saman, saman je lah!!!

Monday, March 14, 2011

PANASSS... GAP BACK UP HISHAM AMARAN? TIDAK.. TIDAAAAAAAKKKKK!!!


Sahabat blogger GAP antara yg cukup konsisten membalun Hishamuddin. Tapi kali ini, GAP dilihat senada dan menyokong KDN (Hisham ler tu...) dalam isu bible al-kitab. 

Inilah uniknya Bloggers.  Bak kata sahabat blogger RBF, blogger ni manusia yang pelik.  Hari ini boleh balun si A, esok boleh memuji si A.  Bloggers tidak bertuan, sebab itu menulis dengan bebas!  Seperkara yang GT ingin beritahu semua pembaca, bloggers menulis atau menegur berdasarkan ISU.

Apa yang GAP buat adalah buktinya.  Menyokong berdasarkan isu!!!

Dalam isu ini juga, GT menyokong KDN.  Usaha bermotifkan kristianisasi umat Melayu Islam, wajib GT lawan!!!

Baca artikel GAP DISINI.

Wednesday, February 9, 2011

AKU MELIHAT DAN AKU PASTI...



Aku melihat huru hara di Mesir.  Aku melihat kesengsaraan di Mesir. 

Aku melihat bagaimana TLDM bersungguh-sungguh dalam memastikan keselamatan perairan negara terkawal dan selamat.  

Aku pasti RAMD juga sedaya upaya meningkatkan kemampuan mereka untuk mempertahankan tanah berdaulat ini. 

Aku pasti TUDM tidak kurang hebatnya dalam menyediakan keperluan untuk keselamatan ruang udara Malaysia.

Dan Aku pasti, bahawa Hisham adalah menteri paling lemah dalam memastikan keselamatan dalam negeri terkunci rapi.  Terlampau banyak sangat anasir2 yang berbahaya kepada keselamatan negara dibiarkan bebas.  Tak perlu aku ceritakan lagi.  Sakit hati.

Hisham adalah liabiliti kepada kepimpinan DS Najib.  Hisham wajib berundur serta merta.

Aku setuju dengan GAP, jawatan Menteri KDN harus bukan di kalangan ahli parlimen.  

Aku khuatir dengan peribahasa ini. "kerana Semberong yang kecil, habis satu Malaysia dikorbankannya"

Melayu menangis di tanah Melayu...

Friday, January 14, 2011

SIDANG AKHBAR UMMI HAFILDA FINAL EPISODE - ANWAR IBARAT TANGKI NAJIS YG AKAN MELEDAK!!!



Dalam Final Episode utk sidang akhbar Ummi Hafilda, GT ingin merumuskan beberapa perkara.  

Pertama, kemunculan semula Ummi di arus media Massa akan memberi fakta-fakta sebenar tentang peristiwa yang berlaku dalam kes liwat Anwar yang pertama.

Kedua, pembohongan dan fitnah liar yang dimainkan oleh Anwar akan dipatahkan, dengan bukti dan saksi yang akan Ummi tampilkan.  

Ketiga, kejahatan dan kezaliman manusia bernama Anwar Ibrahim akan terbongkar.

Keempat, impak paling baik kepada generasi muda, yang mungkin pada ketika itu berumur 10 dan belum mengerti cerita sebenar.  Membesar pula dengan pembohongan2 yang dibuat oleh Anwar dan kuncu2nya.  Pasti, comeback yg dibuat oleh Ummi dapat melenyapkan pembohongan Anwar kepada rakyat Malaysia.  Generasi ini tidak akan terus disongsangkan oleh Anwar dan kuncu2nya. 

Dan GT mohon kepada pihak Polis, agar dapatlah kiranya memastikan keselamatan Ummi, kerana pengalamannya membuatkan dia cukup mengerti akan risiko-risiko yang bakal beliau hadapi.  

Andai DS Hisham boleh berbangga dengan kejayaan Polis membanteras jenayah pada tahun 2010, ditambah pula dengan kejayaan menghantar seramai mgkin anggota pada Perhimpunan Aman di hadapan pejabat Suhaimi Penderhaka, DS Hisham juga wajib memastikan keselamatan Ummi Hafilda kerana UMMI HAFILDA BUKAN PENDERHAKA KEPADA RAJA-RAJA MELAYU!!!

Sunday, January 9, 2011

GAHNYA KESULTANAN MELAYU... SAYANGNYA PANGLIMANYA LAYU


Buletin Utama, TV3 semalam menyiarkan berita bahawa PDRM pada tahun ini bertekad untuk membanteras jenayah habis-habisan.  GT sangat setuju kerana memastikan persekitaran kehidupan yang baik dan selamat adalah penting dalam menjana kemajuan negara.  

Tiba-tiba keluar pula kenyataan dari DS Hishamuddin yang berkata cukup berbangga dengan kejayaan PDRM mengurang jenayah pada kadar 15% melebihi sasaran awal iaitu 5%.  kadar Indeks Jenayah.  KDN akan memantapkan lagi komitment bagi mencapai NKRA yang telah ditetapkan.

GT tidak menafikan keperluan menentang jenayah.  Namun, untuk memastikan keamanan negara, aspek lain perlu diutamakan juga.  Hisham harus faham dan berani bahawa pada waktu ini, terdapat anasir2 yang cuba menggugat Perlembagaan negara.  Menyelusuri sejarah semangat Perlembagaan, Hisham wajib tahu bahawa dengan keadaan negara yang berbilang bangsa memungkinkan sebarang malapetaka kerana perbezaan di antara kaum itu sendiri.  History won't lie...

Namun, prestasi Hisham untuk perkara ini sangat2 mendukacitakan.  Berkali2 ditegur, namun semangatnya tidak pernah bangkit.  Terlalu banyak sangat "damage" yang telah dilakukan oleh Hisham di pentadbiran DS Najib.  Kes Namawee, Surau disimbah cat, dan yang terbaru, Adun Sri Muda Suhaimi Safie yang seolah-olah membiarkan institusi Raja-Raja Melayu terpaksa menadah serangan2 musuh.  Malang bagi Kesultanan Melayu, Panglima Perang Utama yg seharusnya dibarisan hadapan rupa-rupanya tidak mampu mengepalai armada perangnya.  

Senjata sudah ditangan, tapi dihati tiada keberanian.  Berkokok lagak gempita, sayangnya sekadar ibarat si buta.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...