Bersama Berjuang

Showing posts with label Isu Di Selangor. Show all posts
Showing posts with label Isu Di Selangor. Show all posts

Friday, August 21, 2015

#DEIG : Pendedahan Dari Fesbuk Bureau of Investigation (FBI) Berkenaan Darul Ehsan Investment Group


Episod 1 - 'Conflict of Interest' Tahap Tertinggi

1. MBI tubuh Darul Ehsan Investment Group (DEIG) sebuah syarikat yang fokus kepada pelaburan bagi memperoleh pendapatan daripada syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) negeri Selangor seperti PKNS, PNSB, Kumpulan Perangsang, KDEB dan banyak lagi.

2. Dalam perkara ini, terlibat tiga peringkat dan pihak yang terlibat iaitu MBI > DEIG > GLC Selangor

3. Menurut dokumen rasmi SSM, DEIG hanya mempunyai dua orang pemilik iaitu:-
a) Raja Shahreen Raja Othman (Biru - Rujuk Gambar)
b) Soffan Affendi Aminuddin (Ungu - Rujuk Gambar)

4. Bukti penubuhan DEIG oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin Ali ini adalah 'Conflict of Interest' tahap tertinggi adalah Raja Shahreen memegang jawatan CEO di MBI dan DEIG, manakala Soffan pula memegang jawatan COO di MBI dan DEIG.

5. Lebih parah, Raja Shahreen dan Soffan turut memegang jawatan di 4 buah GLC Selangor, KESEMUANYA sebagai AHLI LEMBAGA PENGARAH iaitu di :-
a) Kumpulan Perangsang 
b) Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 
c) Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) 
d) Kumpulan Hartanah Selangor

6. Adakah ini bukan 'conflict of interest' namanya? Sudah terang lagi bersuluh.

7. Soalnya, siapakah dan apakah latar belakang Raja Shahreen Raja Othman dan Soffan Affendi Aminuddin sehingga memegang banyak jawatan termasuk di MBI, DEIG dan 4 buah GLC Selangor?

8. Adakah Selangor sudah ketandusan anak jatinya dalam bidang korporat? Adakah sudah tiada anak Selangor lain sehingga anak negeri lain (Soffan) dilantik memegang pelbagai jawatan di MBI, DEIG dan 4 buah GLC Selangor? Kroni?

9. Nantikan Episod 2 pendedahan #DedahDEIG untuk mengetahui lebih lanjut.
--
Head
Fesbuk Bureau of Investigation (FBI) Malaysia

Thursday, April 10, 2014

Hanya Untuk Orang Miskin - Merakyatkan Catuan Air #S14


Satu soalan yang penting perlu ditanyakan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim adalah mengapa di dalam kesibukkan mencatu air kepada penduduk, hanya rumah pangsapuri kos rendah dan kawasan penduduk miskin sahaja ianya dilakukan. Adakah ini salah satu cara kerajaan negeri “merakyatkan” pentadbiran mereka?

Sebagai contoh, mengambil situasi yang sedang berlaku di Shah Alam, Selangor. Shah Alam merupakan ibu negeri bagi Selangor, disini juga terletakknya pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga kediaman rasmi Menteri Besar. Walau bagaimanapun apa yang penulis ingin katakan adalah catuan air yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri ini adalah mengikut KASTA sosio ekonomi penduduk.

Di Shah Alam, hanya kawasan-kawasan tertentu sahaja yang airnya dikenakan catuan. Boleh dikatakan semua kawasan pangsapuri kos rendah dikenakan catuan air selama dua hari. Ini bermaksud penduduk di kawasan pangsapuri kos rendah hanya berpeluang untuk menikmati kemudahan air untuk dua hari sahaja dan selepas itu ianya akan dicatu selama dua hari juga. Ini amat menyusahkan para penduduk kerana mereka terpaksa menakung air sebanyak mungkin untuk dua hari tersebut. Sekiranya ada diantara mereka yang kehabisan air, mereka terpaksa mengangkut air dari tingkat bawah. Untuk pengetahuan umum, semua pangsapuri kos rendah tidak mempunyai lif dan para penduduk terpaksa mengangkut air dengan menaiki anak tangga.

Ini berbeza dengan kawasan perumahan mewah seperti di Bukit Bandaraya dan juga dikawasan sekitar rumah Menteri Besar Selangor, dimana catuan air tidak dilakukan langsung. Penduduk yang berumah banglo dan rumah yang tidak bertingkat bersuka ria dengan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan negeri manakala para penduduk miskin terpaksa mengharungi saat-saat getir dalam kehidupan seharian mereka.

Jika di dalam ceramah mereka, kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat menekankan kononya mereka adalah pejuang rakyat miskin, namun perlaksanaan janji mereka amatlah berbeza sekali. Sudahlah air percuma tidak dinikmati penduduk pangsapuri kos rendah, ditambah lagi pula dengan ketiadaan air di Selangor yang dalam kritikal .

Mungkinkah perlu rakyat negeri Selangor yang tinggal di kawasan kos rendah beratur panjang di hadapan rumah Menteri Besar (rasmi dan tidak rasmi) kerana rumah beliau tidak mengalami masalah air. Bahkan di kediaman rasmi Menteri Besar, terdapat kolam renang untuk kegunaan beliau dan ahli keluarga beliau.

Adakah perlu untuk rakyat Negeri Selangor datang mengetuk pintu rumah beliau untuk meminta sebaldi air untuk kegunaan seharian. Rasanya jumlah liter padu air untuk mengisi kolam renang di rumah Menteri Besar itu boleh digunakan sekurang-kurangnya 6 hingga 7 keluarga.

Kesian para penduduk miskin di Shah Alam, sudahlah air percuma tidak dapat, ini pula tiada air langsung yang boleh mereka gunakan dalam kehidupan seharian. Kerajaan negeri Selangor boleh berbangga dengan statistik kecermelangan mereka sendiri, tetapi sekiranya mereka gagal dalam mentadbir pengurusan air, apa gunanya jutaan wang ringgit di dalam akaun kerajaan negeri tetapi langsung tidak boleh membantu rakyat  sendiri.

Wednesday, March 5, 2014

Rafizi Ramli Buktikan Dengan Cemerlang Bahawa Isu Air Adalah Permainan Politik PKR!!!


Dengan termeterainya MOU penstrukturan air, maka rakyat Selangor sudah mampu melihat  cahaya di hujung terowong.  Walaupun penyelesaian isu air bukan bersifat segera, namun, ia sudah cukup untuk rakyat menarik nafas lega kerana sekurang-kurangnya, penyelesaian adalah hampir pasti. 

Walaubagaimanapun, kelegaan rakyat disambut dingin oleh beberapa pemimpin PKR Selangor. 

Antaranya, Anwar Ibrahim sendiri yang mempersoalkan tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abd. Khalid Ibrahim yang menandatangani MOU tanpa merujuk kepadanya.  Selain itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli juga mempertikai tindakan Khalid dengan mempersoalkan kos yang terlibat. Menurutnya, penstrukturan air di Selangor dengan kerjasama Putrajaya boleh mencecah RM20 bilion, bukan seperti anggaran awal RM9.65 bilion seperti yang diumumkan.

Rafizi menegaskan bahawa PKR tidak bersetuju dengan kandungan MOU yang melibatkan pembinaan loji rawatan Langat 2.

Rafizi menyentuh isu-isu teknikal berkenaan pengambil-alihan empat syarikat konsesi air dan juga pembinaan Langat 2 yang dikatakan tidak menepati jumlah kos yang diumumkan.  Beliau membayangkan yang proses ini bakal melibatkan dana awam, sekali gus menaikkan tariff air. Rafizi kemudian mendesak Khalid mendedahkan butiran MOU kepada rakyat. 

Sekali imbas, Rafizi kedengaran seolah-olah benar-benar prihatin dengan nasib rakyat yang mungkin akan terpaksa menghadapi kenaikan tariff air.   Namun, bila difikirkan semula, prihatinkah Rafizi jika kononnya tidak mahu bebankan rakyat dengan kenaikan tariff air tetapi sanggup pula membebankan rakyat biar tiada air terus?  

Kenyataan Rafizi seterusnya membuatkan kita kembali tersedar bahawa PKR hanya bermain politik dan tidak sedikit pun prihatin dengan nasib rakyat. 

Segala-galanya terdedah apabila Rafizi berkata, “Dengan kelulusan pembinaan Langat 2, kerajaan negeri Selangor kehilangan satu-satunya senjata yang dimiliki untuk berdepan dengan kerajaan pusat dalam isu air.”
Kenyataan tersebut secara langsung membuktikan bahawa PKR telah selama ini sengaja enggan bekerjasama dengan kerajaan pusat dalam menyelesaikan masalah air di Selangor kerana ingin menjadikan isu ini sebagai ‘senjata’ untuk menyalahkan BN.  

Dalam kata lain, PKR sengaja membiarkan rakyat menderita dan sengsara ketiadaan air semata-mata untuk ‘bermain politik’.

Justeru, tidak hairanlah sejak mula mengambil-alih Selangor, PKR beria-ia menafikan yang Selangor bakal menghadapi masalah air walaupun telah diberi amaran oleh pakar.  PKR juga dengan megah mengaku kononnya akan menyelesaikannya dengan cara merawat air lombong, menggunakan teknologi canggih seperti membran, yang kononnya jauh lebih murah dan sebagainya. Untuk itu, PKR telah menjemput pakar-pakar dari Kanada untuk membuat pembentangan dan mengemukakan penyelesaian.   

Namun, akhirnya, ternyata sudah bahawa semua itu hanyalah wayang politik sahaja. 

Apabila masalah air benar-benar meruncing, PKR mula gelabah dan Khalidlah yang menjadi mangsanya. 

Lalu, bagi menyelamatkan diri, Khalid perlu kembali ke pangkal jalan dan memeterai perjanjian dengan Putrajaya bagi membolehkan masalah ini selesai. 

Berdasarkan apa yang berlaku dan juga kenyataan Rafizi, jelaslah sudah bahawa PKR tidak pernah peduli jika rakyat sengsara asalkan mereka boleh memanipulasi isu bagi menyalahkan BN.  

Bayangkan jika Khalid tidak menerima penyelesaian yang dikemukakan oleh kerajaan Pusat, masalah air sudah tentu tidak akan selesai selagi PKR memerintah.  Kini, apabila masalah hampir selesai, PKR tidak segan silu pula menyatakan ketidakpuasan hati dan lebih suka jika rakyat terus menderita demi sedikit ‘modal’ untuk dijadikan ‘senjata’ politik mereka. 

Thursday, February 6, 2014

Laporan Polis Ke Atas Rafizi Ramli Kerana Memfitnah UMNO!


Satu laporan polis telah dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Langat ke atas Rafizi Ramli berikutan dakwaannya bahawa UMNO Selangor adalah pihak yang bertanggungjawab merancang, membenarkan serta melakukan perbuatan melontar "molokov cocktail" ke dalam gereja-gereja.

klik gambar untuk imej yang lebih jelas

Pada hemat GT, tuduhan Rafizi Ramli ini cukup berat, seolah-olah UMNO mahu mencetuskan huru hara. Walhal, hakikat sepanjang perjalanan kemerdekaan negara ini, UMNO adalah tunjang kepada kestabilan masyarakat majmuk sehingga wujud petualang-petualang yang berpaksikan anasir-anasir luar. 

Tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Langat yang tampil berani mencabar fitnah dari Fuckatan Harami. 


PRK Kajang: PAS Berani Rebut Kerusi MB Selangor? KahKahKahKahKah....


Di sebalik polemik perebutan kuasa dalaman yang melanda parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini, rakyat khususnya di Selangor sedang melihat mengenai ura-ura yang mengatakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bakal menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar yang baharu.

Isu tersebut turut dibangkitkan oleh kepimpinan Pas pusat dan Pas negeri Selangor yang menegaskan jawatan tersebut perlu diberikan kepada parti itu sekiranya PKR berhasrat ingin melakukan perubahan tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

Namun disebabkan penegasan itu juga, ia telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pimpinan, penyokong dan ahli PKR. Mereka mungkin merasakan kenyataan itu telah menghina Anwar yang selama ini telah digambarkan sebagai pemimpin yang hebat dan tiada tolok bandingnya.

Sebagai contoh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor melalui kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, menyelar kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat yang tidak bersetuju sekiranya Anwar diangkat sebagai Menteri Besar Selangor.

“AMK Johor juga tidak nampak sekiranya DSAI (Anwar) diangkat menjadi Menteri Besar Selangor akan memudaratkan rakyat Selangor itu sendiri. Kita tawarkan pemimpin berpengalaman luas untuk negeri Selangor dan secara tidak langsung akan memantapkan lagi kerjasama parti pendukung PR khususnya di Selangor,” katanya.

Suhaizan sebelum ini menegaskan Pemuda Pas menyokong Anwar sebagai calon PKR untuk kerusi DUN Kajang, namun itu tidak bermakna, Pemuda Pas turut bersetuju dengan cadangan untuk melantik Anwar sebagai Menteri Besar Selangor.

Gusar dengan perkembangan tersebut, Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar segera meminta agar isu ini segera dihentikan. Menurutnya ia bagi menjaga air muka Khalid yang masih menyandang jawatan tersebut.

"Kamu jangan jatuhkan maruah MB (Khalid). Hormat beliau. Beliau masih MB Selangor. Kita boleh bincang apabila tempat itu kosong. Sekarang kita bincang tentang PRK Kajang sebab tempat itu kosong," katanya semasa sidang akhbar semalam.

Menurut Mahfuz isu mengenai siapa calon Menteri Besar Selangor yang baharu hanya akan dibincangkan sekiranya kerusi yang menjadi rebutan itu kosong.

Status Khalid sebagai Menteri Besar Selangor mula dipertikai sejak bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh bertindak mengosongkan kerusi itu untuk memberi laluan kepada Anwa.

Keputusan itu diambil dipercayai bagi merintis jalan kepada Anwar untuk menggantikan Khalid.

Kesimpulannya Pas dan PKR saling berbalah bagi merebut jawatan. Malah perebutan itu juga secara tidak langsung membuktikan Pas sudah tidak lagi percaya dengan ketokohan Anwar sebagai pemimpin seperti yang sering diwar-warkan sebelum ini.

Pada mereka, Anwar bukanlah seorang tokoh pemimpin yang hebat seperti yang disangka. Ini kerana sekiranya aura Anwar masih lagi kuat, masakan Pas selaku rakan sekutu di dalam PR menentang cadangan untuk melantik Anwar sebagai MB.

Itu pun kalau PAS berani setelah dibuktikan berkali-kali bahawa mereka "samikna wa atokna" kepada Anwar. 

Apa Strategi Tony Pua Kepada Penjawat Awam? 23 Korban Pertama di PKNS?


Tindakan PKNS memecat 23 orang kakitangannya secara tiba-tiba semalam mengejutkan banyak pihak.  Ia difahamkan sebagai ‘kesinambungan’ dari pemecatan Azmin Ali akibat perbalahanan beliau dengan kepimpinan negeri, Dato’ Seri Khalid Ibrahim.   Pemecatan besar-besaran ke atas kakitangan awam, walaupun bertaraf kontrak belum pernah lagi berlaku apatah lagi tanpa sebarang penjelasan.    

Pihak PKNS mahupun kerajaan negeri menafikan sebarang kaitan pemecatan itu dengan politik dalaman parti PKR.  Bagaimanapun, rakyat Malaysia jauh lebih bermaklumat dan mampu membaca di sebalik kenyataan-kenyataan rasmi para pemimpin politik.  Rakyat sedia maklum bahawa apa yang berlaku adalah ‘pertunjukan’ gila kuasa di dalam PKR dalam menangani kerakusan dan ketamakan DAP. 

Menurut sumber dari pihak pembangkang sendiri, perbalahan antara Azmin dan Khalid turut melibatkan soal perkauman di mana projek-projek perumahan PKNS hampir semuanya dibuat dan dijual secara usahasama dengan kontraktor atau pemaju luar dan bukan lagi dengan PKNS Engineering and Construction atau PKNS Holdings. 

Akibat dari pendekatan ini, yang mendapat keuntungan hanyalah pemaju dan kontraktor berbangsa Cina dan harga hartanah pula melambung tinggi.   Tindakan ini juga dilihat sebagai pemangkin kepada usaha DAP untuk mengusir orang-orang Melayu di kawasan bandar. 

Khalid Ibrahim sudah terkenal sebagai boneka DAP dan pastinya, segala tindak tanduk beliau perlu mendapat ‘kelulusan’ atau pun arahan dari DAP.  Oleh itu, kita tidak hairan apabila beliau mengambil tindakan drastik memecat sekali gus 23 orang kakitangan yang dikhabarkan sebagai barisan yang berusaha mengekang kerakusan DAP di PKNS. 

Tidak tahu sejauh mana spekulasi ini benar, tetapi bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik semasa, adalah sukar untuk kita tidak mempercayainya.   

Kedudukan Azmin di dalam kemelut ini, bagaimanapun, agak samar.  Ada yang berkata bahawa DAP lebih mudah untuk berurusan dengan Anwar dari Azmin dan ini mungkin menjadi punca kenapa Azmin dipecat dan Anwar cuba diangkat sebagai Menteri Besar. Tindakan ini akan menyelesaikan masalah perbalahan dalaman PKR dan juga mengukuhkan penguasaan DAP sekali gus. 

Jika benar, nampaknya DAP telah berjaya menjaringkan 2 atau 3 gol dengan satu tendangan sahaja.  Pertamanya, mereka berjaya memastikan yang kroni mereka di kalangan pemaju dan kontraktor terus beroleh keuntungan, keduanya, usaha untuk menyingkirkan orang Melayu dari bandar terus berjalan lancar serta ketiganya, matlamat mereka untuk mengurangkan kakitangan awam tercapai walaupun belum menjadi kerajaan pusat.    

Janji untuk mengurangkan kakitangan awam dibuat oleh Tony Pua pada 31hb Oktober 2011 di Johor Bharu, iaitu “jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, maka kita akan kemukakan satu projek yang dinamakan ‘Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam’ untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.”

DAP nampaknya tidak main-main untuk memecat kakitangan awam dan dalam kes di Selangor ini, mereka melakukannya melalui ‘proxy’ yang bersifat boneka iaitu pemimpin Melayu dari PKR.  Khalid Ibrahim telah membuktikan beliau adalah sebuah boneka yang setia kerana sentiasa membela dan menyebelahi DAP dalam apa jua isu termasuk dalam soal akidah Islam. 

Namun, hayat politik boneka ini mungkin tidak lama kerana dilihat semakin hari semakin menjadi beban kepada negeri mahupun politik PKR dan DAP.  Justeru, siapa lagi yang lebih sesuai untuk menggantikannya melainkan seorang yang mempunyai berbagai rahsia hitam di dalam genggaman DAP, iaitu Anwar Ibrahim. 

Anwar walaupun membawa imej liberal dan menerima pluralisme, beliau masih diterima oleh beberapa kelompok Melayu, terutamanya di bandar.   Justeru, Anwar sebagai Ketua Pembangkang, merupakan personaliti yang paling layak untuk menjalankan segala arahan DAP di Selangor tanpa dipersoal oleh orang-orang Melayu.  Orang Melayu tidak akan menuduh bahawa Anwar menurut cakap DAP dan percaya bahawa segala tindakan Anwar adalah atas keputusan beliau sendiri. 

Dalam fikiran Anwar, mungkin beliau menyangka yang beliau sedang mempergunakan DAP untuk mencapai matlamatnya.  Di dalam fikiran DAP pula, Anwarlah yang sedang dipergunakan mereka.  Hakikatnya, kedua-dua pihak saling guna-memperguna. Sementara PAS duduk memerhati - setia menunggu arahan dari kedua-dua mereka. 

Berdasarkan hakikat ini, nasihat kita kepada orang-orang Melayu Kajang agar menolak Anwar.  Bayangkan, dengan dana Selangor yang sebegitu banyak dan projek yang sebegitu besar yang di dalam perancangan di Kajang, siapakah yang akan mendapat keuntungannya?   Apakah ada sedikit harapan untuk kemajuan dan penambahan pemilikan hartanah untuk orang-orang Melayu di situ sekiranya Anwar menang? 

Atau apakah semakin ramai kakitangan awam akan dibuang?   

Wednesday, January 29, 2014

Faekah Husin Belasah Anwar Ibrahim... Boleh Tahan Pedas Dia Punya Ayat!



Tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, daripada PKR Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan turut mendapat perhatian bekas mufti Perlis, Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Menurut Asri, tindakan tersebut hanya akan mengorbankan duit rakyat.

“Berapa banyak wang rakyat terkorban jika YB asyik letak jawatan. Jika alasan kukuh takpa. Ini apa alasan?” katanya di dalam laman twitter rasminya malam semalam.

Selain Asri, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin turut dilihat mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial twitter miliknya, dengan ‘menyerang’ mereka yang dilihat cuba untuk menyingkirkan bosnya.

Faekah melalui tweet lewat malam tadi meminta mereka yang berada di luar Selangor agar meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959. Dia turun mengingatkan ‘mereka’ tindakan itu boleh dilihat sebagai menghina Sultan Selangor.

“Politician outside Selangor, do study State's Constitutions, the process and procedure. Don't insult Sultan and never overestimate yourself,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, Faekah turut menyifatkan tindakan mereka yang ingin memecat Khalid itu sebagai ‘bernafsu besar’.

“Yang mengejar bernafsu besar, yang menggendong patutkah berjiwa besar?” soalnya.

Kerusi Dun Kajang N25 bakal menyaksikan pilihan raya kecil apabila bekas wakil rakyatnya, Lee Chin Cheh mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

Dalam kenyataan media tiga perenggan  Isnin malam, Lee antara lain hanya berkata keputusannya untuk meletakkan jawatan adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat (PR) berkhidmat untuk rakyat Selangor'.

Perkara itu kemudiannya disahkan oleh speaker DUN Selangor Hannah Yeoh petang semalam yang mengatakan akan memaklumkan secara kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. Yeoh turut berkata, dia telah menerima surat peletakan jawatan Lee.

Paling menarik, apabila ramai di kalangan penganalisis politik yang melihat peletakan jawatan itu bagi membolehkan ‘kemelut’ dan ‘pergolakan politik’ PKR Selangor di selesaikan. Malah ada yang merasakan tindakan itu bagi membolehkan Anwar bertanding di peringkat DUN sekali gus mengambil alih jawatan Menteri Besar.

Mungkin kerana ingin mengampu dan membodek Anwar, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin segera mengeluarkan kenyataan media yang menyokong Ketua Pembangkang itu diletakkan sebagai calon.

Melalui kenyataan 5 perenggan yang dikeluarkan petang tadi, dia mengatakan HANYA Anwar yang sesuai menjadi calon.

“Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang,” ujarnya.

Monday, January 27, 2014

PANASSS... Khalid Ibrahim Berundur Rabu Ini, Anwar Ibrahim Bakal Menteri Besar Selangor Jika Menang PRK !!!


Dalam kemelut konflik antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, The Star Online hari ini melaporkan bahawa Khalid Ibrahim telah bersetuju untuk berundur dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Apa yang memeranjatkan ialah laporan berkenaan, yang didakwa bersumberkan dalaman PKR memberitahu bahawa pengganti kepada Khalid Ibrahim ialah Anwar Ibrahim!

Apakah ini bermakna Khalid Ibrahim juga akan meletakkan jawatan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang (N46)? Perkara ini difahamkan telah dipersetujui pada pertemuan di antara kedua-duanya pada hari Ahad yang lalu.

Baca seterusnya DISINI

Azmin Ali Vs Khalid Ibrahim: Bak Kata Yus Jambu "Aku mencintainya... Kau Apa Hal?"


Pertelingkahan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sudah tidak boleh dibendung lagi dan kini sudah menjadi perang mulut secara terbuka.

Malangnya ketua umum PKR, Anwar Ibrahim gagal menunjukkan kepimpinan yang berkesan untuk menyelesaikan masalah dalaman partinya sehingga membarah ke peringkat sekarang.

Jika Anwar tidak mampu memimpin sebuah parti yang kecil, bagaimana hendak menjadi nakhoda kepada pakatan pembangkang apatah lagi memimpin negara sebagai perdana menteri?

Isu berlaga angin antara Menteri Besar dan Azmin bukannys perkara baru.

Ia bermula sejak pasca Pilihan Raya Umum 2008 apabila Khalid di angkat oleh Anwar sendiri sebagai menteri besar.

Jawatan itu sememangnya menjadi idaman Azmin tetapi beliau dikecewakan oleh bos kesayangannya sendiri apabila tidak menjadi pilihan.

Perasaan dendam yang membuku di hati Azmin akhirnya terkeluar juga apabila tekanan demi tekanan dipaksa ke atas Khalid sehingga beliau terpaksa melepaskan jawatan Pengerusi PKR Selangor.

Jadi berlakulah senario di mana Selangor mempunyai dua 'menteri besar' - satu yang dilantik secara rasmi dan satu lagi berlagak seperti menteri besar.

Namun cara mana sekali pun Azmin cuba memalukan Khalid dengan apa jua cara pun, menteri besar tetap berdiri teguh.

Jawatan Azmin menerajui PKR Selangor tidak lebih daripada posisi politik yang kosong tanpa kuasa ekonomi yang dipegang  erat oleh Khalid.

Jadi Azmin dan kuncu-kuncunya bolehlah menyalak sekuat hati mengkritik sehebat mana terhadap menteri besar tetapi sedikit pun ia tidak menggugat atau menggoncang kedudukan Khalid.

Yang menjadi masalah apabila ahli politik bergaduh, penjawat awam yang menjadi mangsa.

Apabila timbalan presiden PKR itu digugurkan sebagai anggota lembaga pengarah PKNS semua jari menuding kepada Khalid tetapi ini dinafikan beliau.

Khalid menjelaskan itu bukan kerja beliau dan merujuk perkara ini kepada pengurus besar dan penasihat undang-undang PKNS.

Anwar pun masuk campur dan berkata tidak bersetuju dengan tindakan terhadap Azmin tetapi setakat itu saja lah yang termampu oleh penasihat ekonomi Selangor itu seperti melepaskan batuk di tangga.

Apa pun Setiausaha Kerajaan Negeri telah berkata keputusan memecat Azmin dari PKNS adalah muktamad dan tidak boleh dipertimbangkan lagi.

Akhirnya dua pegawai tinggi PKNS tersebut menjadi mangsa kemelut politik Khalid-Azmin dan mereka ditukarkan serta merta ke SUK.

Persoalan utama yang patut ditanya oleh semua pihak bukannya tindakan PKNS menggugurkan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah tetapi mengapa tindakan drastik dan mengejut itu diambil.

Pernah satu ketika Azmin merajuk dalam pertikaiannya dengan Khalid sehingga memaksa beliau menghantar surat perletakan jawatan dari PKNS namun setelah dipujuk Anwar surat itu ditarik balik.

Jadi sebenarnya Azmin tidak kisah pun samada beliau berada di dalam PKNS kerana pernah berhasrat untuk berhenti.

Jadi kenapa pula kali ini apabila benar-benar hasrat beliau termakbul mahu buat bising pula?

Apa sebenarnya yang berlaku di belakang tabir dan juga di dalam bilik mesyuarat lembaga pengarah PKNS sehingga tindakan tersebut diambil.

Khalid dikenali ramai sebagai seorang yang kedekut dan mentadbir Selangor seperti badan korporat kerana pernah menjadi CEO Guthrie sebelum menceburi politik dahulu.

Azmin pula dikenali sebagai ahli politik yang licik, rakus dan bercita-cita besar dan dengarnya makan pun besar.

PKNS merupakan sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang terbabit secara aktif dalam pembangunan hartanah di Selangor sejak ia ditubuhkan.

Jawatan ahli lembaga pengarah PKNS adalah bagai bulan jatuh ke riba kerana sesiapa pun menjadi ahli lembaga pengarah akan terbuka kepadanya banyak peluang untuk mengaut kekayaan.

Adalah ini puncanya Azmin di pecat apabila menteri besar yang 'telus' dan 'transparent' itu telah menghidu Azmin telah melakukan sesuatu bagi kepentingan dirinya di belakang beliau?

Mungkin maklumat telah sampai kepada Khalid daripada orang kuatnya, Faekah Husin yang kini diletakkan sebagai bos nombor satu di MBI bagi mengawal semua anak-anak syarikat termasuk PKNS?

Adalah Azmin telah melakukan penyelewengan kuasa di dalam PKNS sehingga informasi ini dijadikan senjata untuk menyahkan beliau dari organisasi itu?

Seharusnya menteri besar, Faekah dan PKNS bersikap telus dan transparent di dalam isu pemecatan Azmin.

Ketiga-tiga pihak itu harus memberitahu rakyat mengapa Azmin dipecat.

Sebagai sebuah kerajaan negeri yang sentiasa mewar-warkan nilai-nilai keadilan dan ketelusan dan segala tindak tanduknya inilah masa untuk berbuat demikian.

Waima hendak dipecat, Khalid tetap disokong teguh oleh pengikutnya, yang tentunya bukan dari kem Anwar. 

Penyokong Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor ketika ini boleh sahaja bersuara seperti Yus Jambu seperti di dalam rancangan Karoot Komedia X - "Aku mencintainya, kau apa hal?" 

Tuesday, November 26, 2013

Wednesday, November 20, 2013

Kerajaan PR Punca Harga Rumah di Selangor Melambung Tinggi??? Caj Tambahan 30% ???


BUKAN rahsia harga rumah di Selangor sudah masuk tahap tidak masuk akal dari segala segi.  Sebab itulah agaknya kenapa banyak yang digebangkan pembangkang mengenai kebajikan rakyat yang kononnya tidak dilaksanakan kerajaan persekutuan, mereka sendiri gagal memastikan harga rumah yang sebahagian besarnya berada di bawah kawalan kerajaan negeri.

Mungkin ramai tidak tahu, harga rumah melambung tinggi di Selangor adalah disebabkan tindakan kerajaan negeri sendiri yang mengenakan caj tambahan 30% dari setiap rumah yang disiapkan pemaju di Selangor - disiapkan, jual tak jual belum tahu.  Caj tambahan ini dikenali sebagai caj pemajuan yang kemudiannya akan dibebankan kepada pembeli aka rakyatlah tu.

Bermaksud, jika pemaju membina harga rumah yang sepatutnya berharga RM 100,000, harga rumah tersebut akan dijual sebanyak RM 130,000 kerana pemaju perlu membayar caj tambahan yang dikenakan kerajaan negeri bagi setiap transaksi penjualan rumah - itu kalau RM 100,000, mana ada rumah pada harga itu lagi dah di Selangor hari ini.  Harga itu pula tidak termasuk caj-caj tambahan seperti yuran guaman dan lain-lain yang biasa dalam urus niaga beli rumah.

Bila diperkenalkan caj baru ini kita tidak pastilah, tapi yang pasti ia dibuat secara senyap-senyap atau kalau ada diumumkan sekali pun, dengan menggunakan bahasa Melayu peringkat tinggi yang berselirat birat supaya orang lambat tangkap.

Pedulikanlah tu, yang penting, adakah ini yang Khalid maksudkan sebagai membantu rakyat?  Itu hari bukan main lagi pembangkang sebut kerajaan pusat jangan berniaga dengan rakyat bila skim GST diperkenalkan pada April 2015, rupa-rupanya pembangkang sendiri menekan rakyat dengan caj tidak masuk akal untuk membeli rumah?

Tak hairanlah sekarang kenapa harga rumah di Selangor makin lama makin mahal, rupa-rupanya kerajaan negeri juga ada saham.

Kalau ada tidak sedar, penulis nak sebutkan disini bahawa semua ini tidak berlaku pada zaman BN memerintah.  Pada zaman BN, jangan kata caj tambahan 30%, kerajaan negeri juga akan menjual tanah pada harga istimewa kepada pemaju perumahan yang ingin membina rumah untuk rakyat.  Berbanding dengan sekarang dimana harga tanah dijual pada harga pasaran!!

Jual tanah pada harga pasaran, kos bina rumah lagi, sekarang campur pulak dengan caj pemajuan 30% kerajaan negeri, ini semualah resepi yang menyebabkan harga rumah tinggi.

Macam mana masalah setinggan nak selesai di Selangor kalau masalah macam ini berterusan membelenggu penduduk disitu?  Sementara kerajaan negeri dan Khalid sendiri berbangga dengan rizab kerajaan negeri yang kononnya meningkat kepada RM 2.7 billion, rakyat menderita dan hilang harapan nak membeli rumah di negeri tersebut.

Keadaan ini bukan berlaku di Selangor sahaja, malah di sebuah negeri lagi yang diperintah Pakatan pembangkang, Pulau Pinang.  Di negeri itu pun masalah kenaikan harga rumah yang serius berlaku di sana sini sehingga terdapat sebilangan rakyat negeri tersebut, terutama dari kalangan generasi muda, terpaksa berhijrah keluar dari negeri tersebut untuk membeli rumah yang lebih munasabah harganya.  Dengar cerita yang 'rajin' membeli rumah di Pulau Pinang adalah orang luar, dari Singapura terutamanya - dah nama pun DAP.

Jadi entah macam manalah agaknya pembangkang nak melaksanakan segala janji bulan bintang dalam PRU13 yang lepas kalau perkara macam ini pun berlaku di negeri-negeri yang mereka perintah?  Nasib baiklah Tuhan pun tak izinkan puak-puak ini menang, kalau tidak pasti lebih ramai rakyat negara ini yang duduk di rumah setinggan atau bawah jambatan dek kesukaran nak mendapatkan rumah sendiri

Thursday, August 1, 2013

WAJIB BANTU - JIHAD: Sokongan Anda Kepada Cikgu Mohd Nasir Mohd Nor Diperlukan... JOM LIKE!



Ini soal mempertahankan kebenaran...
Ini soal mempertahankan seorang pendidik anak bangsa yang dianiaya...

Apatah lagi jika sesama Muslim... mengapa perlu kita menikus tatkala kita di pihak yang benar? 

Kepada yang masih belum berbuat demikian, nyatakan sokongan anda kepada warga kepada Cikgu Mohamad Nasir Mohd Nor dengan "LIKE" page INI

Thursday, July 4, 2013

PANASSS... Video Sidang DUN: YB Sekinchan "Merah Padam" Gara-Gara "Pukulan Uppercut" YB Sg Panjang!


Hahahaha... asyik mengganggu orang lain sewaktu ucapan, akhirnya YB Sekinchan gagal mengawal emosinya apabila "diusik" oleh "YB baru belajar". 

Merah padam... nasib baik tak "padam".. muahahahaha...

Tuesday, July 2, 2013

LIVE: YB Sg Panjang Bikin Sekinchan Panas Hati Di Sidang DUN Selangor


Intro yang cukup menarik dari YB Budiman buat pertama kali beliau di sidang DUN Selangor.

"Ibarat punggok rindukan bulan, sampai sekarang tak jadi PM lagi".  "Bulan mungkin dilihat indah, tetapi apabila dilihat secara dekat, mungkin berlopak-lopak". 

Akibatnya, ramai yang merah padam gara-gara ayat "makan dalam" dari YB Budiman.  Yang menariknya, soalan tentang pangsapuri yang ditujukan kepada YB Sekinchan benar-benar telah membuatkan Ng Sue Lim terkedu dan gelabah.  Lantas, YB Sekinchan bingkas bangun dan mohon mencelah. 

Lucu melihat tindakbalas dari Sekinchan yang penuh beremosi dan kelihatan sedikit jengkel dengan kebijaksaan YB Budiman berucap.  

Terkebil-kebil YB Sekinchan menahan amarah... 

Sekilas YB Budiman berkata "seronok saya melihat Sekinchan merah padam".  

Muahahahaha.... terbaiklah performance YB BN buat hari ini... 

LIVE: Sidang DUN Selangor - Dato' Sam Buktikan Pengalaman Melebihi Segalanya


Sekali lagi, Ketua Pembangkang, YB Dato Samsuddin Lias "ditawarkan" jawatan Ketua PAC buat penggal ini. Untuk makluman, YB Dato Sam juga pernah ditawarkan jawatan yang serupa pada penggal yang lepas namun menolak. 

Buat kali kedua, semalam Dato Sam sekali lagi menolak "tawaran" tersebut kerana bersyarat. 

Apa syaratnya? Syaratnya adalah Parlimen harus melantik Anwar Ibrahim sebagai ketua PAC di Parlimen. 

Jelas, apa juga tindakan yang kononnya "jujur" dan "telus" oleh Pakatan Rakyat, terdapat niat tersembunyi. Sekali lagi, Pakatan Rakyat cuba untuk meletakkan "PM at all cost" sebagai pemimpin no. 1 Malaysia, setelah gagal menggapai impian pada PRU13. 

Mungkin kerajaan negeri Selangor perlu terlebih dahulu menyelesaikan isu pasir yang pernah dibangkitkan oleh YB Manickavasagam, yang GT ingat masih lagi tertangguh apabila saksi yang cuba dikemukakan tidak dibenarkan oleh PAC. 

Mujur Dato' Sam bukan gelojoh seperti Khalid Ibrahim...

Monday, March 25, 2013

Video GEMPAR!!!: Manifesto 2008 Gagal - Khalid Ibrahim Mohon Rakyat Beri Undi Kepada BN!!!


Panasss.. Setelah gagal menunaikan janji Manifesto 2008, Khalid Ibrahim mengajak rakyat Selangor melakukan perubahan dengan mengundi BN!!!

GT tak dapat nak embed video ini, tetapi anda boleh klik link di bawah.  Pastikan tonton sampai habis!



Wednesday, March 13, 2013

LAHAD DATU: Zul Nordin Sertai Konspirasi Terancang Malam Ini! Khalid Samad Pura-Pura Jadi Waris Sultan Sulu?


Jom turun malam ini. Untung-untung boleh tgk Khalid Samad kena sawan babi... tak pun kena sawan Sulu.. Muahahaha...


Monday, March 11, 2013

LAHAD DATU: Tian Chua Sahkan 3 Pemimpin PR Dibayar RM3 Juta Oleh UMNO???


Foto ini membuktikan bahawa ketiga-tiga pemimpin Fuckatan Harami ini terbabit secara langsung dalam konspirasi UMNO dalam insiden pencerobohan Lahad Datu. 

Pencerobohan Lahad Datu adalah konspirasi UMNO, mengikut dakwaan Tian Chua. 

GT pasti, mesti mereka-mereka ini telah dibayar oleh UMNO untuk menjadi "superstar" dalam sandiwara terbaru ini. 

Tidak sabar rasanya untuk GT ketahui, berapakah bayaran yang diterima oleh setiap seorang dari mereka kerana sudi turut sama berkonspirasi bersama UMNO. 

Perghhh... itu belum lagi seramai 6000 orang yang hadir sama di majlis pengkebumian Perwira Negara, Allahyarham Korporal Azrul Tukiran, di Kg Rantau Panjang Klang. 

Kalau 1 orang UMNO bayar RM50 untuk hadir berlakon sebagai extra di dalam konspirasi ini:

RM100 x 6000 = RM600 ribu

Berapa pula untuk bayaran pelakon utama seperti Teng, Manicka dan Charles pulak?  

Korang rasa berapa ek? 

Wednesday, February 27, 2013

Foto-Foto Jom Tolak Pakatan Di DUN Meru - Rani Osman Kepanasan!







GT agak  lewat sampai ke lokasi ceramah malam tadi. Al-maklum, beban kerja melebihi segalanya. Cari makan beb... Agaknya, ini program yang GT hadiri setelah sekian lama tidak menulis tentang program-program ceramah.

Mujur, ada sahabat yang menunjukkan lokasi. Cuma, GT agak terkejut apabila lokasi ceramah ditukar ke tempat yang lain. Mengikut sumber, berlakunya usaha untuk sabotaj program ini. Heh... Ada orang kepanasan rupanya... 

Seorang sahabat memberitahu bahawa BN tidak pernah menang di PDM ini sejak 1995. 

Itu bermakna kawasan ini adalah kubu kuat PAS, apatah lagi semenjak Rani Osman bergelar Pesuruhjaya PAS Selangor. Pastinya mereka lebih kuat. 

Itu bukan penghalang. Sebab jumlah hadirin malam tadi hampir mencecah 1 ribu orang. Dari kawasan khemah, sehinggalah di kaki lima jalanraya, dipenuhi oleh rakyat yang kelihatan sudah tidak sabar untuk menghadapi PRU 13! Dan paling menarik, ramai pula anak muda yang hadir. Itu petanda yang cukup tidak digemari oleh Anwar Ibrahim dan Rani Osman. 

Sewaktu GT sampai, Hamidzun sedang berpidato.  Khabarnya Ghani Harun tidak dapat hadir, berikutan urusan yang masih belum selesai.

GT tidak mahu ulas isu-isu yang dilontarkan oleh Hamidzun atau Hasan Ali. GT mahu anda hadir sendiri ke program Jom Tolak Pakatan. Dengar, lihat, dan fikir. Itu namanya bersikap adil kepada diri sendiri. Yang pasti, hadirin cukup responsif malam tadi. 

Siaplah kau Rani Osman.

Rupanya kisah Rani Osman tidak buat kerja di kawasan bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Sewaktu Hasan Ali memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS, beliau pernah mengarahkan Rani Osman membuat satu kertas kerja untuk PAS. Menunggu sehingga 2 tahun, kertas kerja gagal disiapkan oleh Rani Osman. 

Kertas kerja pun tidak mampu buat, inikan pula mentadbir kawasan, walhal, kuasa kerajaan negeri, kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) ada ditangannnya!

Gendang perang yang dipalu pun sudah kau kepanasan, tunggulah gema semboyan perang sedikit masa lagi. 

Sekalung tahniah kepada penganjur kerana berani "penetrate" kawasan hitam ini. Sekalung tahniah juga kepada tuan rumah yang berani tampil di tengah "kegelapan" PDM ini. Tidak dilupa, jentera anak muda yang kelihatan bertungkus lumus menjayakan program ini. 

Pendek kata, dari yang hadir, kepada yang bertungkus lumus, anda semua hebat. Satu hati. 

Dan tidak cukup dengan itu, GT difahamkan DUN Meru akan digempur pula oleh CN Afghan, ahli PAS seumur hidup yang membongkar kisah penyelewengan tabung Memali dan penulis buku "Kafirkah Aku???" pada 1 Mac nanti. Berganding bahu pula dengan Ust Hasan Basri... perrghhhhh!!! Panas beb!!!

Ladies n Gentlemen... Sekretariat Jom Tolak Pakatan presents you, for the first time in Selangor, CN Afghan!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...