Bersama Berjuang

Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Tuesday, February 18, 2014

Serangan Bersepadu Ke Atas Islam Dan Melayu - Pembangkang Sedang Tuai Hasil!!!


Kes-kes penghinaan terhadap bangsa Melayu dan Islam di negara ini terus berterusan hasil gerak kerja pakatan pembangkang.

Setiap hari ada sahaja kes tangkapan oleh polis terhadap mereka yang memaki hamun serta mencaci cerca samada raja-raja Melayu, Islam mahupun orang Melayu.

Komen-komen yang penuh dengan rasa benci, marah dan penghinaan ini memenuhi ruang siber di jaringan sosial seperti facebook, tweeter, blog serta komen-komen di bawah sesuatu artikel di dalam internet.

Terbaru seorang perempuan India berusia 27 tahun  ditahan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan Selangor di dalam halaman facebooknya.

Ini bukan perkara baru malah bermula sejak Anwar Ibrahim dibebaskan dari Penjara Sg Buloh pada 2004.
Dalam usaha untuk melawan UMNO dan Barisan Nasional, Anwar menyekutukan PKR dengan Pas dan Dap dalam satu pakatan pembangkang.

Pada ketika blog menjadi kegilaan masyarakat untuk menulis apa sahaja yang mereka terfikir mengenai sesuatu isu samada politik, agama, sosial, dan sebagainya.

Pembangkang mengguna peluang ini untuk menyebarluaskan pengaruh dan pemikiran mereka secara agresif.
Melalui pasukan siber, mereka mempengaruhi minda rakyat dengan penulisan yang penuh dengan unsur fitnah dan tohmah.

Rakyat termakan dengan cerita rekaan Anwar dan pembangkang mengenai isu rasuah, penyelewengan dan pembaziran serta gaya hidup mewah pemimpin kerajaan.

Hasilnya pada Pilihan Raya Umum 2008, BN kehilangan lima negeri termasuk Kelantan.

Selepas menawan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (untuk seketika), pembangkang memperhebatkan lagi strategi dan propaganda mereka menyerang kerajaan.

Kini jaringan sosial seperti facebook dan tweeter sudah muncul dan mereka mengeksploitasi landasan sosial baru ini dengan sepenuhnya.

Kali ini mereka tidak berhenti memainkan isu rasuah dan penyelewengan tetapi memgembangkan serangan mereka meliputi sosok peribadi raja-raja Melayu, menghina orang Melayu dan Islam secara terang-terangan dan lebih berani atau 'daring'.

Di samping organisasi-organisasi bukan kerajaan seperti Bersih yang didokong olen pertubuhan Yahudi antarabangsa menyalurkan dana yang besar untuk menyerang kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis DiRaja Malaysia (SPRM), Kementerian Dalam Negeri dan sebagainya.

Parti-parti pembangkang pula mengatur strategi untuk menimbulkan keradaan huru hara dan ketegangan dalam negara dengan menganjurkan pelbagai perhimpunan dan demonstrasi untuk menaikkan kemarahan rakyat.

Mereka menggunakan isu-isu seperti kenaikan harga minyak dan kos sara hidup, pinjaman PTPTN dan lain-lain isu untuk sengaja menyerang kerajaan walhal dalam setiap isu kerajaan telah mengambil inisiatif dan langkah yang sewajarnya untuk mengatasi apa jua masalah.

Pembangkang memilih jalan rusuhan jalanan daripada dialog dan kompromi untuk menjayakan agenda mereka menumbangkan sebuah kerajaan sah yang dipilih secara demokratik.

Pembangkang juga menggunakan organisasi sebagai Comango untuk mempertikaikan negara ini sebagai sebuah negara orang Melayu dan Islam sebagai terasnya dengan membawa isu-isu sensitif yang menyentuh kesucian Islam kepada forum antarabangsa.

Comango berkempen agar masyarakat dunia mengutuk Malaysia kerana mengamalkan syiar Islam dan nilai-nilai serta adat ketimuran.

Mereka mahu Malaysia menjadi sebuah negara seperti di Eropah dan Amerika Syarikay di mana perkahwinan sejenis dibenarkan, budaya gay dan lesbian boleh bergerak bebas, fahaman yang merosakkan pemikiran manusia seperti liberalisme juga diajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi di negara ini.

Ini adalah agenda yang dibawa olen Anwar selepas dibebaskan dari penjara.

Tujuan beliau ialah untuk menukar sistem demokrasi dan raja berperlembagaan kepada sistem republik di mana tiada lagi hak-hak istimewa orang Melayu dan Islam tidak lagi menjadi agama persekutuan.

Anwar tidak sayangkan bangsa Melayu atau negara ini.

Asalkan beliau boleh menjadi perdana menteri, apa cara sekali pun adalah halal baginya.

Menjahanamkan bangsa dan agama tidak mengapa bagi Anwar asalkan impian di hatinya tercapai untuk duduk di kerusi empuk di Putrajaya. 

Wednesday, February 12, 2014

#PRKKajang: Anwar Munafik Jika Jadi MB Selangor? Atau Penyokongnya? #PKRkacaubilau



Keputusan Anwar untuk bertanding di PRK Kajang menimbulkan kemarahan rakyat termasuk dari pihak penyokong dan NGO rangkaian PR sendiri.  Rata-rata rakyat melihat ia sebagai langkah politik paling terdesak dan kotor kerana sanggup membazirkan wang rakyat sekali gus.  Keputusan ini membuktikan  yang parti pembangkang tidak mengambil peranan wakil rakyat sebagai sesuatu yang serius. 

Semua orang boleh mengagak keputusan tersebut adalah bagi membolehkan Anwar menjadi Menteri Besar Selangor.  Pada awalnya, Anwar telah menafikan hal tersebut dan menepisnya sebagai spekulasi. 

Namun, ternyata kini bahawa ‘menafikan’ sesuatu yang telah atau akan dilakukannya merupakan sikap semulajadi Anwar.  Dalam kata lain, Anwar adalah sejenis manusia yang tidak boleh berkata benar. 

Dalam wawancaranya dengan Australia Network’s Newsline kelmarin, Anwar mendedahkan strateginya untuk menjadi Menteri Besar Selangor bagi membolehkan beliau menjadikan negeri  itu sebagai model kepimpinannya.   Menurut Anwar, Selangor adalah negeri paling kaya, paling berkesan dan paling popular dan beliau akan menggunakannya untuk menunjukkan bagaimana cara memerintah yang baik dan telus. Jelas, Anwar memang berniat dan merancang untuk menjadi Menteri Besar sejak dari awal. 

Sikap lidah bercabang Anwar membuatkan kenyataannya dipandang sinis oleh rakyat yang peka dengan permainan politik manusia Anugerah Tuhan ini.  

Selama perjuangan Anwar, kita lihat beliau sering memilih jalan belakang, gemar menafi tetapi kemudian membuat U-turn, sentiasa bercakap lain di hadapan satu pihak dan perkara yang bertentangan pula di hadapan pihak lain. 

Anwar boleh menjadi pro-Zionis dan pro-Islam sekali gus, Anwar boleh menjadi pejuang Islam dan pejuang hak LGBT dalam masa yang sama, atau pejuang Melayu dan pejuang penghapusan hak bumiputera mengikut masa dan tempat di mana beliau berada. 

Anwar boleh berkata yang beliau tidak ingin menjadi Menteri Besar pada satu ketika, dan kemudiannya berkata yang beliau akan menjadi Menteri Besar dua tiga hari selepas itu. 

Justeru, apa jaminan yang beliau mampu menunaikan janji untuk menjadikan Selangor sebagai model pemerintahan yang baik dan telus sekiranya beliau berjaya menjadi MB? Apakah jaminan yang beliau tidak akan melakukan sebaliknya, iaitu menjadi pemerintah yang kejam dan korup? 

Sifat menipu dan korupsi tidak mungkin dapat dipisahkan.  Orang yang tidak telus dalam urusannya akan terpaksa hidup dalam penipuan bagi menutup kegiatannya. Memandangkan menipu dan Anwar juga tidak dapat dipisahkan, maka tidak salah rasanya jika kita mempersetankan saja janji Anwar untuk memerintah dengan baik dan telus itu. 

Anwar punya peluang untuk membuktikan beliau seorang pemerintah yang baik dan telus pada suatu ketika dahulu.   Namun, peluang itu telah digunakannya untuk menjadikan dirinya dan sanak-saudaranya kaya dalam sekelip mata.  Beliau juga hampir membankrapkan negara kerana terlalu taksub kepada dasar-dasar IMF dan tunduk kepada Amerika. 

Hari ini Anwar ingin meminta peluang lagi untuk menjadi Menteri Besar dan peluang itu pula direbut dengan cara yang kotor. 

Jika niatnya kotor, caranya juga kotor, maka bagaimana kita boleh percaya yang Anwar mampu menjadi pemerintah yang bersih? 

Persoalan kini ialah, apakah rakyat Selangor benar-benar sanggup mengangkat si munafik ini sebagai Menteri Besar?  Sudahlah munafik, peliwat pula.  Sudahlah peliwat, perasuah pula.  Sudahlah perasuah, tidak bijak ekonomi pula.   Pendek kata, Anwar mungkin mempunyai kualiti sebagai seorang pemimpin tetapi malangnya, beliau tidak mampu menjadi pemimpin yang berkualiti. 

Tanpa apa-apa jawatan, Anwar hanyalah seorang manusia munafik yang gagal dalam hidupnya.  Inilah yang membuatkan Anwar takut sekali menjelang rayuan kes liwatnya untuk kesekian kali. 

Thursday, February 6, 2014

Laporan Polis Ke Atas Rafizi Ramli Kerana Memfitnah UMNO!


Satu laporan polis telah dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Langat ke atas Rafizi Ramli berikutan dakwaannya bahawa UMNO Selangor adalah pihak yang bertanggungjawab merancang, membenarkan serta melakukan perbuatan melontar "molokov cocktail" ke dalam gereja-gereja.

klik gambar untuk imej yang lebih jelas

Pada hemat GT, tuduhan Rafizi Ramli ini cukup berat, seolah-olah UMNO mahu mencetuskan huru hara. Walhal, hakikat sepanjang perjalanan kemerdekaan negara ini, UMNO adalah tunjang kepada kestabilan masyarakat majmuk sehingga wujud petualang-petualang yang berpaksikan anasir-anasir luar. 

Tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Langat yang tampil berani mencabar fitnah dari Fuckatan Harami. 


PRK Kajang: PAS Berani Rebut Kerusi MB Selangor? KahKahKahKahKah....


Di sebalik polemik perebutan kuasa dalaman yang melanda parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini, rakyat khususnya di Selangor sedang melihat mengenai ura-ura yang mengatakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bakal menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar yang baharu.

Isu tersebut turut dibangkitkan oleh kepimpinan Pas pusat dan Pas negeri Selangor yang menegaskan jawatan tersebut perlu diberikan kepada parti itu sekiranya PKR berhasrat ingin melakukan perubahan tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

Namun disebabkan penegasan itu juga, ia telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pimpinan, penyokong dan ahli PKR. Mereka mungkin merasakan kenyataan itu telah menghina Anwar yang selama ini telah digambarkan sebagai pemimpin yang hebat dan tiada tolok bandingnya.

Sebagai contoh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor melalui kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, menyelar kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat yang tidak bersetuju sekiranya Anwar diangkat sebagai Menteri Besar Selangor.

“AMK Johor juga tidak nampak sekiranya DSAI (Anwar) diangkat menjadi Menteri Besar Selangor akan memudaratkan rakyat Selangor itu sendiri. Kita tawarkan pemimpin berpengalaman luas untuk negeri Selangor dan secara tidak langsung akan memantapkan lagi kerjasama parti pendukung PR khususnya di Selangor,” katanya.

Suhaizan sebelum ini menegaskan Pemuda Pas menyokong Anwar sebagai calon PKR untuk kerusi DUN Kajang, namun itu tidak bermakna, Pemuda Pas turut bersetuju dengan cadangan untuk melantik Anwar sebagai Menteri Besar Selangor.

Gusar dengan perkembangan tersebut, Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar segera meminta agar isu ini segera dihentikan. Menurutnya ia bagi menjaga air muka Khalid yang masih menyandang jawatan tersebut.

"Kamu jangan jatuhkan maruah MB (Khalid). Hormat beliau. Beliau masih MB Selangor. Kita boleh bincang apabila tempat itu kosong. Sekarang kita bincang tentang PRK Kajang sebab tempat itu kosong," katanya semasa sidang akhbar semalam.

Menurut Mahfuz isu mengenai siapa calon Menteri Besar Selangor yang baharu hanya akan dibincangkan sekiranya kerusi yang menjadi rebutan itu kosong.

Status Khalid sebagai Menteri Besar Selangor mula dipertikai sejak bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh bertindak mengosongkan kerusi itu untuk memberi laluan kepada Anwa.

Keputusan itu diambil dipercayai bagi merintis jalan kepada Anwar untuk menggantikan Khalid.

Kesimpulannya Pas dan PKR saling berbalah bagi merebut jawatan. Malah perebutan itu juga secara tidak langsung membuktikan Pas sudah tidak lagi percaya dengan ketokohan Anwar sebagai pemimpin seperti yang sering diwar-warkan sebelum ini.

Pada mereka, Anwar bukanlah seorang tokoh pemimpin yang hebat seperti yang disangka. Ini kerana sekiranya aura Anwar masih lagi kuat, masakan Pas selaku rakan sekutu di dalam PR menentang cadangan untuk melantik Anwar sebagai MB.

Itu pun kalau PAS berani setelah dibuktikan berkali-kali bahawa mereka "samikna wa atokna" kepada Anwar. 

Wednesday, February 5, 2014

Kerusi Menteri Besar Adalah Strategi Terbesar Anwar Ibrahim Untuk Runtuhkan SEGALANYA!


Dalam kita memperkatakan politik Malaysia yang ‘huru-hara’,  kita sering terlupa kepada perkara yang lebih besar iaitu hala tuju negara, identiti dan pengisian jati diri anak bangsa.  Kedua-dua pihak yang bertelagah kelihatan sibuk mencari publisiti, membina imej dan mempromosi diri bagi mencari populariti.  Akibatnya, rakyat menjadi celaru, haru-biru dan buntu. 

Dalam kegilaan politik ini, tidak mustahil kita terlepas pandang bahawa musuh telah pun mengambil tempat masing-masing tanpa kita sedari.  Tidak mustahil juga mereka telah bersedia menuju ke puncak dengan berjalan betul-betul di hadapan mata sang papparazi. 

Memerintah negara memerlukan kepimpinan yang mampu menyusun strategi.  Seorang pengatur strategi yang baik pasti tahu bahawa perkara yang paling utama ialah ‘jangan sekali-kali memandang rendah akan kemampuan musuh’.  Justeru, adalah tidak salah kita berfikir atau berimaginasi tinggi dalam menjangka strategi musuh.  Adalah lebih baik dianggap ‘paranoid’ daripada gagal membaca strategi musuh.   Namun, apa yang lebih penting dari itu ialah kita harus tahu siapakah musuh kita dan apakah yang membezakan kita dengan mereka.  Dari situlah kita boleh mengukur kekuatan dan kelemahan masing-masing. 

Dalam politik Malaysia, BN dan musuhnya PR, sudah tentulah berbeza dari segi gaya pemerintahan dan idea-ideanya. Sekiranya kedua-duanya membawa aspirasi yang sama, apa perlunya mereka bersengketa, bukan begitu? 

Oleh itu, apakah yang membezakan BN dan PR?  Apakah yang menyebabkan BN kekal memerintah sejak sekian lama?  Siapakah yang mengundi BN dan kenapa? 

BN yang dikenali oleh rakyat adalah parti yang berpegang teguh kepada perlembagaan dan yakin dengan formula yang menggariskan Hak Istimewa Bumiputera.  BN meletakkan kesetiaan kepada Raja-raja Melayu sebagai tonggak utama.  Identiti Malaysia di bawah BN adalah sebuah negara yang maju, bebas namun santun beradab, sejajar dengan adat resam Melayu, Asia dan juga agama Islam yang menjadi agama rasmi negara. 

Malaysia di bawah BN tidak perlu tunduk kepada sesiapa, apatah lagi kuasa besar yang menyembelih dan menindas umat Islam di serata dunia.  Malaysia di bawah BN adalah sebuah negara yang mengambil sikap berkecuali tetapi terbuka menerima nilai-nilai murni dari mana-mana negara atau tamadun serta menolak budaya barat yang tidak membawa apa-apa kebaikan untuk anak bangsa.   Pun begitu, Malaysia di bawah BN bukanlah negara yang ekstrem dan rakyat Malaysia bebas berpesta dan bergembira asalkan tahu batasnya. 

BN bukan parti pesta muda-mudi yang meletakkan ‘gaya’ di tempat utama tetapi sebuah parti yang bertanggungjawab yang meletakkan khidmat bakti sebagai tiangnya. 

PR pada dasarnya adalah seratus peratus berbeza dari BN. 

Parti DAP di dalam PR meletakkan penghapusan Hak Istimewa Melayu sebagai tonggak utama.  DAP juga diketahui menentang Raja-raja Melayu.  DAP secara terbuka menyuarakan hasrat untuk menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara.  DAP ingin menjadikan Malaysia seperti Singapura iaitu sebuah Republik tanpa Raja.  

PKR pula secara terbuka mendokong kebebasan total ala barat.  Pemimpin PKR tanpa segan silu duduk bersama-sama pejuang murtad dan LGBT.  Malah, pemimpin tertinggi PKR sendiri menyatakan yang undang-undang Islam yang mengharamkan homoseksual adalah lapuk.  Beliau juga terkenal dengan pendirian pluralisme iaitu menganggap semua agama adalah sama. 

Selain itu, pemimpin tertinggi PKR juga merujuk kepada Paul Wolfowitz dan Al-Gore iaitu dua personaliti yang terlibat secara langsung dalam penyembelihan umat Islam di negara Arab sebagai ‘sahabat’.  Kedua mereka ini juga telah beberapa kali menghulur bantuan kepada pemimpin tertinggi PKR itu dalam berbagai cara; antaranya, memberi beliau pekerjaan sebagai Pensyarah di Amerika, berkempen menyokongnya di barat, memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia dan berbagai-bagai cara lagi yang sukar untuk dibayangkan oleh seorang rakyat biasa dari Malaysia. 

Parti PAS, sebaliknya, membawa aspirasi yang langsung berbeza dengan DAP mahupun PKR kerana ia membawa slogan Negara Islam dengan undang-undang hudud sebagai matlamat utama.  PAS berpendekatan ekstrem di mana parti itu ingin menghapuskan segala bentuk hiburan di dalam negara termasuk merobohkan kilang arak. 

Walaubagaimanapun, itu cerita lama. 

PAS hari ini sudah terlalu keliru, buntu dan tidak tahu lagi mana hendak dituju. Pemimpinnya telah tersesat jauh membontoti DAP, sementara penyokongnya pula termangu-mangu di belakang Anwar Ibrahim.  Hari ini, PAS telah memilih untuk bersama pejuang murtad, LGBT, Kristian dan pastinya turut menikmati wang Yahudi.   PAS sudah tiada pendirian mahupun maruah dan harga diri kerana semuanya sudah digadai, terbarai dalam kegilaan untuk merampas kuasa dari BN. 

Hakikatnya, kewujudan PAS di dalam PR hanyalah sebagai pembekal pengundi dan penyokong buta tuli kepada gabungan parti pembangkang itu.  Justeru, apapun pendirian PAS tidak akan membawa apa-apa makna kepada sesiapa.  PAS boleh bertakbir, melalak dan berlakon apa saja, tetapi parti itu tidak mungkin dapat menentukan hala tuju negara sekiranya PR mengambil alih pemerintahan.   

Secara ringkasnya, sekiranya PR menjadi pemerintah, maka Malaysia akan dibentuk mengikut acuan DAP dan PKR iaitu menjadi sebuah negara republik yang berpegang kepada pluralisme agama dan berfahaman liberal yang mana 100% berbeza  dari pemerintahan BN. 

Pendirian dan gaya pemerintahan inilah yang memastikan BN menang dalam setiap PRU.  Malangnya, BN pada hari ini, tidak lagi sekuat dahulu. 

Kedudukan BN menjadi rapuh apabila rakyat mengesyaki yang adanya usaha untuk mengubah pendirian dan gaya pemerintahan serta cenderung menyamai PR.   Semakin perubahan itu ketara, semakin BN menjadi lemah sehingga akhirnya mencatat keputusan pilihanraya paling buruk dalam sejarah pada PRU-13.

Perubahan di dalam BN tidak mungkin berlaku secara semulajadi.  Ia pastinya dibawa oleh pemikiran-pemikiran pro-PR yang kini, entah bagaimana, berada di dalam BN.  Usaha mengubah BN menjadi PR cukup jelas apabila satu demi satu tuntutan PR dan NGO-NGO yang didalangi mereka dituruti oleh kerajaan, sekali gus menyebabkan rakyat semakin menolak BN.

BN dilihat ‘takut’ untuk mengambil tindakan tegas ke atas pihak penentang kerajaan, penghasut perkauman dan juga pencabar perlembagaan yang hampir semuanya mempunyai rangkaian terus kepada PR. 

Walaupun PR dilihat semakin ‘berkuasa’ di dalam BN, namun parti itu tidak mampu bertindak lebih jauh melepasi halangan Raja-raja. 

Dari situlah kita perlu mengambil serius akan idea si Hishamuddin Rais bahawa antara faktor utama Anwar Ibrahim ingin menjadi Menteri Besar Selangor ialah beliau ingin ‘dekat’ kepada Sultan dan Raja-raja Melayu.  Idea Hishamuddin Rais ini kemudiannya dipetik pula oleh Lim Kit Siang di dalam blognya melalui tulisan Augustine Anthony. 

Dengan minat yang ditunjukkan DAP mengenai Raja-raja secara tiba-tiba, maka kita sewajarnya memberi perhatian penuh kepada PRK Kajang.  Walau betapa kecilnya kemungkinan yang Anwar mampu memberi kesan kepada Institusi Raja sekiranya beliau menjadi Menteri Besar, kita tidak harus mengenepikannya. 

Jika ini benar, ia bermakna musuh telah berada di garisan pertahanan terakhir dan hanya menunggu masa untuk ‘check-mate’.  Dengan dana Selangor yang begitu banyak, tiada apa-apa yang mustahil lagi bagi orang yang gila kuasa seperti Anwar Ibrahim. 

Mungkin ada yang berkata bahawa imaginasi penulis terlalu jauh dan tidak masuk akal, namun adalah lebih baik bagi kita untuk membaca segala kemungkinan dan bersedia menghadapinya -  kecualilah, jika kita benar-benar tidak peduli atau sengaja ingin merelakannya. 

Sekiranya kepimpinan BN serius untuk menentang Anwar dan ideologi PKR-DAP maka BN perlu terlebih dahulu mengembalikan kekuatan parti.  Dan satu-satunya cara untuk mengembalikan kekuatan itu adalah dengan meletakkan Malaysia kembali di atas paksi asalnya. 

Rakyat telah menolak PR kerana rakyat tidak gemar dan tidak yakin dengan aspirasi parti itu.  Oleh itu, BN tidak perlulah meniru-niru parti yang ditolak kerana akibatnya BN akan turut ditolak.  Ingatlah, golongan liberal, plural, LGBT bukanlah majoriti.  Begitu juga dengan golongan korporat, konglomerat atau taikun-taikun - mereka bukannya mewakili majoriti.  BN tidak perlu terikut-ikut cara PR mengambil hati mereka ini. 

Cara BN sebelum ini sudah cukup baik dan terbukti membawa hasil yang berpanjangan kepada golongan korporat, konglomerat dan taikun-taikun tersebut serta seluruh rakyat dan negara. 

Maka yakinlah dengan diri sendiri dan berdiri megahlah atas paksi yang dibina oleh datuk nenek moyang kita di dalam UMNO, MCA dan MIC.  Tidak perlu diubah apa-apa yang tidak rosak - hanya perlu perbaiki

Wednesday, January 29, 2014

Faekah Husin Belasah Anwar Ibrahim... Boleh Tahan Pedas Dia Punya Ayat!



Tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, daripada PKR Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan turut mendapat perhatian bekas mufti Perlis, Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Menurut Asri, tindakan tersebut hanya akan mengorbankan duit rakyat.

“Berapa banyak wang rakyat terkorban jika YB asyik letak jawatan. Jika alasan kukuh takpa. Ini apa alasan?” katanya di dalam laman twitter rasminya malam semalam.

Selain Asri, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin turut dilihat mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial twitter miliknya, dengan ‘menyerang’ mereka yang dilihat cuba untuk menyingkirkan bosnya.

Faekah melalui tweet lewat malam tadi meminta mereka yang berada di luar Selangor agar meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959. Dia turun mengingatkan ‘mereka’ tindakan itu boleh dilihat sebagai menghina Sultan Selangor.

“Politician outside Selangor, do study State's Constitutions, the process and procedure. Don't insult Sultan and never overestimate yourself,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, Faekah turut menyifatkan tindakan mereka yang ingin memecat Khalid itu sebagai ‘bernafsu besar’.

“Yang mengejar bernafsu besar, yang menggendong patutkah berjiwa besar?” soalnya.

Kerusi Dun Kajang N25 bakal menyaksikan pilihan raya kecil apabila bekas wakil rakyatnya, Lee Chin Cheh mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

Dalam kenyataan media tiga perenggan  Isnin malam, Lee antara lain hanya berkata keputusannya untuk meletakkan jawatan adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat (PR) berkhidmat untuk rakyat Selangor'.

Perkara itu kemudiannya disahkan oleh speaker DUN Selangor Hannah Yeoh petang semalam yang mengatakan akan memaklumkan secara kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. Yeoh turut berkata, dia telah menerima surat peletakan jawatan Lee.

Paling menarik, apabila ramai di kalangan penganalisis politik yang melihat peletakan jawatan itu bagi membolehkan ‘kemelut’ dan ‘pergolakan politik’ PKR Selangor di selesaikan. Malah ada yang merasakan tindakan itu bagi membolehkan Anwar bertanding di peringkat DUN sekali gus mengambil alih jawatan Menteri Besar.

Mungkin kerana ingin mengampu dan membodek Anwar, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin segera mengeluarkan kenyataan media yang menyokong Ketua Pembangkang itu diletakkan sebagai calon.

Melalui kenyataan 5 perenggan yang dikeluarkan petang tadi, dia mengatakan HANYA Anwar yang sesuai menjadi calon.

“Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang,” ujarnya.

Tuesday, January 28, 2014

TERKINI: Anwar Ibrahim Sah Bertanding di DUN Kajang!!! Bakal MB La Weeeiiii....


ANWAR ialah calon PKR untuk pilihanraya kecil DUN Kajang.Ia diumum sebentar tadi dalam PC di Hq PKR dihadir Anwar dan MB Khalid-Agendanews

Monday, January 27, 2014

Friday, January 24, 2014

Kisah Pilu Suami Nurul Izzah Dizahirkan Di Laman Twitternya... Tajam Menikam!!!


Bukan kepalang rindu si suami,
Mengharap kasihnya seorang isteri,
Sayang dan kasih disangka bersemi,
rupanya hujan di tengah hari...

Ikuti luahan rasa suami Nurul Izzah yang menghidu akan kehilangan isterinya.

Wednesday, October 23, 2013

PRK Sg Limau: Amanat Haji Hadi Punca Umat Islam dan Melayu Sg Limau Berpecah Belah!


Takut kena ‘pulau’, itulah antara ungkapan keramat yang sering keluar dari mulut para pengundi di Sungai Limau apabila diminta mengulas mengenai calon yang diketengahkan oleh kedua-dua parti yang bakal bertanding esok.

Rata-rata di kalangan mereka gagal memberikan sebarang komen ketika diminta mengulas mengenai calon Pas, Azam Samad yang juga merupakan bekas guru. Ini kerana ramai di kalangan penduduk di Sungai Limau langsung tidak mengenali Azam walaupun Pas mendakwa calon parti itu adalah merupakan seorang yang dikenali dan dekat di hati masyarakat Sungai Limau.

Namun itu bukanlah satu perkara yang pelik, kerana Pas sebagai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, sering kali dilihat cuba memperbodohkan para pengundi dengan pelbagai cerita ‘penglipur lara’ di setiap pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. 

Berbanding Barisan Nasional (BN) / Umno, yang meletakkan calon dari golongan profesional Dr. Ahmad Sohaimi Lazim seorang bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Yang peliknya rata-rata penduduk di kawasan Kampung Sungai Daun dan Kabu Sepuloh menegaskan mereka takut untuk memberikan sebarang komen berhubung calon dari BN/Umno. 

Ini kerana menurut mereka, tindakan tersebut bakal menyebabkan mereka dipulaukan oleh para penyokong Pas di kawasan. Menurutnya, mungkin ada yang akan merasa pelik atau tidak mempercayainya, namun bagi penduduk kampung itulah realitinya yang berlaku. 

Walaupun tidak selesa dengan pendekatan jumud dan fanatik penyokong Pas itu, namun menurut mereka hubungan kekeluargaan antara penduduk kampung telah menyebabkan perkara itu merosakkan hubungan dan keharmonian. 

“Mereka bukan setakat memulaukan orang yang tidak sehaluan dengan mereka, tapi ada kalanya ia boleh menjadi semakin teruk. 

“Ramai juga di kalangan ahli Pas yang tidak berpuas hati dengan keputusan dan pendirian pemimpin atasan, semuanya terpaksa memendam rasa. Kerana bukan setakat penyokong Umno akan dipulaukan, mereka yang tidak bersetuju dengan parti juga akan turut menerima nasib yang serupa” katanya yang meminta agar identitinya dirahsiakan.

Menurut beliau, isu pulau-memulaukan ini bermula semenjak Amanat Hadi Awangdimainkan.

Sebagaimana telah dikupas oleh C.N. Afghani dalam bukunya Kafirkah Aku, saya dan masyarakat Terengganu sendiri mengalami sejak tahun berkenaan bahawa pengikut Pas berpendapat penyokong UMNO atau BN adalah golongan kafir. Ia telah dinyatakan secara terbuka di pentas ceramah, poster dan kain pemidang di merata tempat ketika itu, terutama setiap kali pilihan raya umum.

Sebagaimana kita sedia ketahui, akibatnya berlakulah pulau memulau secara meluas dan terbuka, bersembahyang dua imam dalam satu masjid, dua masjid dalam satu mukim, pernikahan dan penyembelihan orang UMNO sebagai tidak sah, perceraian dan pergaduhan sesama keluarga.

Kemuncaknya ialah peristiwa Memali yang mengorbankan beberapa nyawa pada 19 November 1985. Betapa sedihnya kita kerana ia berlaku di depan mata, melibatkan rakan-rakan dan saudara-mara yang suatu masa dulu begitu akrab, harmoni dan saling berganding bahu apabila ada majlis dan keramaian.

Amanat Haji Hadi tiba-tiba menjadikan masyarakat sekeliling kucar-kacir, benci-membenci, berpecah-belah. Sedih dan kecewa melihat fenomena perpecahan ini tanpa cuba diperbetulkan oleh Hadi dan pemimpin Pas.

Thursday, August 1, 2013

Anwar Nombor Satu, Ambiga Nombor Dua


Selepas Anwar Ibrahim, pengerusi bersama Bersih, S. Ambiga dilihat sebagai tokoh pro-pembangkang paling kuat kelentong dan pembohongannya.

Semasa melancarkan inisiatif Bersih 1.0, Ambiga berjanji memastikan pergerakannya yang diasaskan bersama-sama pemimpin badan bukan kerajaan yang lain tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana parti politik, samada parti kerajaan.

Malah dalam ucapannya di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ambiga berkata perarakan Bersih untuk menuntuk reformasi kepada proses pilihan raya yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan membenarkan mana-mana parti politik mengetuai bantahan jalanan tersebut.

Pemimpin parti politik hanya digalakkan untuk ikut serta tetapi tidak memimpin perhimpunan.

Itulah yang dijanjikan dengan penuh berkobar-kobar pada malam pelancaran itu dengan iringan tepukan gemuruh daripada para penyokong yang boleh dikatakan kesenua adalah ahli parti pembangkang atau penyokong mereka.

Walau bagaimanapun realiti apa yang berlaku adalah sebaliknya, kerana janji Ambiga sebagai seorang peguam yang dikenali ramai dan dihormati akhirnya tinggal omongan kosong yang tidak mempunyai nilai.

Ambiga hilang langsung integriti dan kredibilitinya sebagai pemimpin Bersih apabila membenar pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar, Mat Sabu, Lim Guan Eng serta ratusan lagi pimpinan PKR, Pas dan Dap untuk mengambil alih perhimpunan tersebut.

Maka terserlah sikap hipokrit Ambiga yang menipu rakyat bahawa Bersih bukan terlibat dalam politik serta ingin menjadi sebuah NGO yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

Sebenar tindakan beliau membenarkan pembabitan pemimpin pembangkang mengepalai bantahan di jalan raya Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 membuktikan Bersih tidak lain tidak bukan adalah apparat politik kepada pembangkang.

Bersih berselindung disebalik slogan pilihan raya bersih, telus dan adil tetapi hakikatnya segala perancangan dan biayai siri perhimpunan 2.0 dan 3.0 selepas itu semuanya datang dari kantor Anwar.

Malah bukan itu sahaja, Ambiga mengaku secara terbuka, perhimpunan haram Bersih dibiayai melalui dana kepunyaan penyangak matawang antarabangsa, George Soros.

Kesanggupan Ambiga menerima bantuan kewangan dari seorang yang pernah menjahanamkan ekonomi dan struktur sosial negara-negara Asia Tenggara termasuk cubaanya ke atas Malaysia adalah amat hina sekali sekiranya beliau mengaku seorang warganegara yang patriotik sebagaimana yang sering didakwanya.

Hubungan dengan Soros yang mempunyai hubungkait yang rapat dengan gerakan Zionis sedunia tidak memungkinkan Bersih menjadi bersih dan suci seperti yang ingin ditonjolkan kepada rakyat Malaysia.

Apatah lagi apabila Bersih menjadi alat kepada cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, sudah tentu akan dicurigai oleh rakyat kerana terpalitnya Ketua Pembangkang itu dengan rangkaian Zionis dan Yahudi termasuk Soros.

Selepas kekecewaan pembangkang menawan Putrajaya, Ambiga mengeluarkan kenyataan dengan yang berbeza dari retorik semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau berkata mahu bersara daripada menjadi pengerusi Bersih dan ingin memberikan obor kepimpinan kepada lapisan generasi muda.

Masa berlalu dan kini sudah hampir tiga bulan selesainya PRU13 tetapi Ambiga masih menunjukkan kelibatnya sebagai pemimpin NGO itu.

Di mana janji beliau hendak bersara serta meninggalkan Bersih.

Bunyi janji Ambiga sekarang dilihat seolah-olah sama dengan sandiwara yang dimainkan oleh Anwar sebelum pilihan raya lalu.

Kata Anwar beliau akan bersara menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti di Amerika Syarikat sekiranya kalah dalam PRU13.

Namun Anwar memungkiri janjinya seperti mana juga janji untuk berundur daripada dunia politik air yang dibuat di depan mantan Nainb Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Apa yang dilakukan adalah pusingan 360 darjah daripada apa yang janji kepada rakyat dengan mengadakan siri perhimpinan haram Blackout 505.

Inilah kualiti kepimpinan yang ditunjukkan oleh seorang yang bermimpi untuk memimpin negara.

Kualiti jelek dan rendah yang sama juga di pamerkan oleh Ambiga yang juga tidak brundur dari Bersih sebagaimana yang dijanjikan tetapi menggerakkan usaha pembangkang untuk menyerang SPR saban hari untuk merosakkan imej institusi itu.

Kedua-dua Anwar dan Ambiga tidak lebih daripada badut politik hanya bercakap dan bersuara mengikit selera dan kepentingan politik mereka.

Sudah tiba masa rakyat membuka mata tentang pembohongan mereka da tidak terus tertipu dengan retorik kosong bak fatamorgana yang hanya mengasyikkan orang yang melihat.

Wednesday, July 31, 2013

HOT: Mampukah Bangkai "Babi" Ditutup Dengan Daun Ganja???


Pembelian kapal selam scorpene tentunya sebuah peristiwa hebat di mana sesuatu yang bukan isu menjadi isu yang sebesar gergasi dan enggan berhenti.  Ia bermula dengan dengan satu pembohongan yang besar oleh SUARAM dan seperti semua pembohongan ia hanya akan bertambah besar di mana dalam kes ini, ia telah pecah berderai sehingga tidak dapat dipastikan lagi bentuknya yang asal. 

Dan hari ini, mungkin kerana ego, SUARAM berazam untuk meneruskan pembohongan itu walaupun mereka sendiri keliru dengan kisah yang mereka reka.  Rakyat Malaysia, secara amnya sudah maklum mengenai kebenarannya dan tidak lagi memberi perhatian kepada SUARAM. 

Bagaimanapun ada segelintir yang masih terpedaya dengan persepsi negatif yang ditabur terhadap kerajaan dan terus mempercayai pembohongan SUARAM malah menderma pula untuk tujuan itu.  Di pihak SUARAM pula, mereka tentu sekali perlu memastikan semua ini berterusan.  Untuk itu, mereka menganjurkan makan malam termasuk program buka puasa menyeru orang ramai memberi sumbangan agar mereka dapat terus berbohong. 

Kita percaya sumbangan itu akan digunakan sebagai bayaran kepada pihak mereka untuk ‘menguruskan pembohongan’, termasuk membayar peguam-peguam asing, kos pengangkutan dan penginapan mereka, keraian dan juga pelbagai kos lain.  Tugasnya adalah untuk terus memberitahu rakyat bahawa Altantuya adalah penterjemah dalam urusniaga scorpene dan beliau mempunyai hubungan sulit sama ada dengan Dato’ Seri Najib atau Razak Baginda.

Selain itu mereka juga perlu terus berbohong bahawa syarikat DCNS, Thales dan Perimekar, entah bagaimana telah memasukkan wang ke dalam poket Dato’ Seri Najib.   Dari situ, mereka harus terus menyatakan bahawa mahkamah Perancis telah membuka fail kes dan beberapa orang bakal disapina. 

Tidak apa jika mahkamah Perancis telah membuat kenyataan bahawa kes scorpene tidak wujud sama sekali dan telah ditolak sejak dari mula kerana aduan SUARAM didapati tidak berasas.  Tidak apa jika pihak polis Perancis mengesahkan bahawa Altantuya tidak pernah menjejak kaki ke negara itu dalam tempoh urusniaga berlaku  Tidak apa jika pegawai syarikat DCNS ketawakan kisah kewujudan penterjemah kerana semua transaksi dilakukan dalam bahasa Inggeris.  Dan tidak apa jika laporan audit syarikat Perimekar telah menunjukkan tiada yang pelik dan tiada satu sen pun wang yang tidak berada di tempatnya. 

Tidak apa semua itu, kerana apa yang SUARAM perlu lakukan ialah terus berbohong mengenainya sebagai alasan untuk menganjur program dan meminta sumbangan.  Ini kerana sumbangan itulah satu-satunya cara untuk mereka menjustifikasi perbelanjaan besar yang dilakukan dan akan terus dilakukan oleh pertubuhan itu. 

Oleh itu, jika ada sesuatu yang pelik dalam pengurusan kewangan, ia bukanlah dalam pembelian scorpene, tetapi dalam operasi SUARAM. 

Bagi meletakkan titik noktah kepada semua pembohongan ini, Jasbir Singh Chahl yang terlibat secara langsung dalam transaksi scorpene telah bersetuju agar kenyataannya diambil dan diterbitkan.  The New Straits Times telah menyiarkan kenyataannya semalam.

Dari kenyataan Jasbir, maka sahlah bahawa tiada teka-teki yang perlu diselesaikan dalam isu pembelian scorpene.  Semuanya berlaku secara telus dan jelas dan SUARAMlah yang sebenarnya berbohong. 

Terbukti kini bahawa hayat SUARAM bergantung penuh kepada pembohongan.  Jika pembohongan itu berhenti, maka tamatlah riwayat SUARAM.  Setakat hari ini, boleh dikatakan hampir tiada lagi yang mempercayai SUARAM.  Maka hiduplah SUARAM bagai bangkai bernyawa - berbohong untuk terus mendapat dana dan mengutip derma. 

Monday, July 22, 2013

PRK Kuala Besut: Pengarah PKR Negeri Sahkan Jentera Fuckatan Harami Boikot PAS PIS PUS???


Tidak berpuas hati dengan sikap tamak haloba dan keangkuhan yang ditunjukkan oleh kepimpinan Pas di peringkat negeri dan pusat, wakil PKR Terengganu hari ini mengeluarkan kenyataan bagi menyelar rakan sekutu mereka itu. Ketika bercakap di hadapan media pagi tadi, Pengarah Pilihanraya PKR Negeri Terengganu, Yahya Zakaria mengatakan sebenarnya tidak wujud sebarang kerjasama di dalam Pakatan Rakyat di Terengganu.

“Sebenarnya walaupun di perintkat pusat wujud satu (kerjasama parti) pakatan, tapi di Terengganu, pakatan tidak wujud malah ia tidak pernah berpakat. Dia bukan pakatan tapi lebih merupakan pakat-tang (merujuk kepada istilah pengkhianatan sesame sendiri). Dia (Pas) kata kita lemah, orang sikit dan sebagainya, sebab tu dia pakat-tang kita. patutnya yang lemah dibantu.

“Ia (kerjasama tersebut) hanya berlaku di kawasan pantai barat, di mana Pas lemah. Namun di kawasan pantai timur, di mana Pas mempunyai kekuatan, mereka tidak memerlukan PKR. Oleh itu kerjasama Pakatan di Terengganu tidak wujud” katanya di program sidang akhbar yang diadakan di Primula Beach Resort.

Menurut Yahya lagi, disebabkan Pas mempunyai kekuatan dan sokongan ahli yang ramai, parti PKR seperti tidak dipedulikan. Malah ketika pilihanraya umum yang lalu, mereka turut menerima, 5 memorandum bantahan yang mengesa agar PKR memulangkan kembali beberapa kerusi yang telah diperuntukkan sebelum ini.

Malah menurutnya lagi, sebagai contoh di dalam pilihanraya umum yang lalu Pas langsung tidak memberikan kerjasama kepada PKR.

“Kawan yang khianat ini lebih teruk dari lawan kita lawan dengan secara berdepan” tegasnya lagi.

Ketika diminta mengulas mengenai kerjasama untuk pilihanraya kecil di Kuala Besut ini, Yahya menegaskan PKR Terengganu langsung tidak dipanggil untuk sama-sama berbincang bagi merangka strategi terbaik bagi menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN).

Malah menurutnya lagi, langsung tidak wujud sebarang penyelarasan bagi membantu jentera kempen dan sebagainya. Tambah mengecewakan mereka apabila, jadual dan penyusunan program berhubung lawatan Anwar ke Terengganu pada malam tadi turut tidak dimaklumkan.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim semalam hadir buat pertama kalinya di Kuala Besut bagi membantu jentera kempen Pas. Namun begitu program ceramah yang diadakan pada malam tadi turut tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

Kenyataan Yahya itu juga secara tidak langsung, telah menjawab semua persoalan berhubung jentera PKR yang langsung tidak kelihatan sebelum ini. Ketiadaan jentera PKR sebelum ini telah mebimbulkan pelbagai spekulasi khususnya di kalangan petugas media.

Di sebalik persoalan tersebut, rupa-rupanya PKR Terengganu langsung tidak diendahkan oleh Pas yang merasakan sudah cukup kuat dan mampu untuk bernewaskan calon dari BN secara bersendiri. PKR negeri bukan sahaja telah di anaktirikan oleh Pas, malah kehadiran mereka di atas pentas politik Terengganu juga dilihat pengacau yang perlu disingkirkan.

Maka sesuailah dengan jawapan yang diberikan oleh Yahya yang secara sinis mengatakan ‘pandai-pandailah’, berhubung persoalan mengenai sokongan ahli PKR dan pengundi terhadap PKR Kuala Besut ini.

Jawapan terbaik, Undilah Calon Barisan Nasional, Ayuh Gelombang Biru

PANASSSS... Calon PKR DUN Bukit Besi PRU13 Saman Hadi Awang Kerana Memfitnahnya!!!


Ekoran telah terlalu lama menahan sabar dan memendam rasa, calon PKR, bagi kerusi DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, 27 ketika pilihanraya umum yang lalu, tampil membuat kenyataan bagi menyelar Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang. Ia ekoran dari kenyataan bekas menteri besar Terengganu itu ketika berceramah di Tebakang Alor Limbat, Marang yang mengatakan “ada calon PKR tukang edar pil kuda dan sokong komunis’.

Semasa kempen PRU-13 yang lalu, Presiden Pas itu ketika berucap dalam satu majlis ceramah mengatakan dia mendapat maklumat ada calon yang membuat kerja 'haram' iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di Rusia iaitu Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin di markas parti mereka.

Dia turut menegaskan Pas tidak boleh menerima calon sebegitu dan tindakan itu diambil agar 'syaitan-syaitan' tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang. Ia bagi menjelaskan isu kenapa Pas terpaksa bertanding di kawasan tertentu sehingga menyebabkan pertindihan sesama sendiri.

Menurut Shamsul disebabkan kenyataan itu juga, dia sering diejek dan diaibkan oleh masyarakat di kampungnya. Malah nama baiknya dan keluarga turut terjejas, mengalami masalah kemurungan di samping menjejaskan perniagaannya. Beliau yang tidak dapat menahan sebak, terpaksa berhenti beberapa kali ketika membacakan kenyataannya.

“Disebabkan kenyataan tersebut, ia telah menjatuhkan maruah saya, malah masyarakat (di kampung) mengangap saya adalah pengedar pil kuda. Tuduhan tersebut sangat berat…. (terpaksa berhenti seketika kerana sebak) dan serius.

“Saya perlu membersihkan nama nama baik saya dari angkara fitnah ini. Justeru itu, saya akan failkan kes fitnah ini ke mahkamah dalam waktu terdekat dan tindakan saman malu saya ini wajar diambil kerana ia adalah fitnah dan menjurus kepada usaha merendahkan reputasi saya sebagai seorang pemimpin politik” katanya ketika sidang media tergempar, pagi tadi.

Shamsul yang ditemani oleh bapanya  dan Ketua Pengarah Pilihanraya PKR, Negeri Terengganu, Yahya Zakaria turut menjelaskannya tindakan itu langsung tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ia semata-mata dilakukan bertujuan untuk membersihkan nama baik keluarganya.

Menurut Shamsul yang juga merupakan seorang Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) selain beliau dua lagi bekas calon dari PKR Terengganu akan turut mengambil tindakan yang sama dalam masa yang terdekat.

Friday, July 19, 2013

BlackOut 505 Gagal Secara Total, Ejen-Ejen Yahudi Sedang Rancang BERSHIT 4.0


Desas-desus mengenai satu lagi demonstrasi jalanan bakal diadakan oleh puak pembangkang kini semakin jelas kedengaran.    BERSIH 4.0 dikatakan sedang digerakkan sebagai membantah persempadanan semula sekiranya dilakukan tanpa pembersihan daftar pemilih.

Ambiga, Tian Chua, Mahfuz, Tukar Tiub dan Malaysiakini kini sedang sibuk mempromosi BERSIH 4.0.  Di masa yang sama, kita yakin mereka sedang mencongak-congak sambutan penyokong mereka bagi memastikan ‘bencana’ yang berlaku dalam Black505 tidak berulang. 

Dalam Black505 yang sepatutnya menjadi kemuncak bantahan ‘rakyat’ terhadap keputusan PRU-13, Pakatan Rakyat hanya mampu menggerakkan sekitar 5,000 orang sahaja.  Jumlah ini amatlah memalukan jika dibandingkan dengan sasaran 1 juta. 

Lebih memalukan ialah selepas penyokong mereka berguling-guling di dalam jerebu membantah keputusan PRU-13, esoknya juga pemimpin pembangkang mengangkat sumpah menerima keputusan PRU yang sama.   
Oleh yang demikian, Black505 dengan tidak semena-mena menjadi bahan ketawa seluruh rakyat Malaysia.

Mungkin kerana itu, pembangkang yang tidak berpuas hati, merasakan perlu untuk mengadakan demonstrasi lagi.  Mereka berazam untuk memastikan BERSIH 4.0 menyaksikan kehadiran yang lebih ramai.   Dengan menggunakan alasan persempadanan semula dan dakwat kekal, BERSIH terus memburuk-burukan imej SPR. 

Hairan sekali kenapa BERSIH tidak memanjangkan isu pengundi hantu dan ‘blackout’ dalam himpunan  kali ini? 

Walhal, di waktu PRU berjalan dan beberapa hari selepasnya, kedua-dua isu ini dimainkan dengan begitu giat siap dengan gambar dan bukti-bukti kotak-kotak undi yang ‘hilang’.   Tetapi, entah kenapa mereka-mereka yang mempunyai bukti-bukti ini tidak pula membuat laporan dan tidak pula memasukkannya dalam petisyen.  Mungkin SPR sendiri perlu memulakan siasatan menjejaki semua yang menyebarkan ‘bukti-bukti’ ini bagi membersihkan namanya.  

Sebagai pemerhati, kita melihat PR bakal berhadapan dengan tekanan hebat untuk memastikan BERSIH 4.0 dapat mengumpul lebih ramai peserta dari himpunan-himpunan yang lepas.   Kali ini, tiada lagi alasan jerebu bagi menjustifikasi kehadiran yang memalukan. 

Jika dilihat dari ‘mood’ peserta-peserta Black505, kita mendapati kebanyakan mereka bosan dan ramai juga yang pulang separuh jalan.  Mereka juga kedengaran merungut kerana ceramah yang panjang serta membuang masa.  

Dari rungutan itu, kita dapat memahami bahawa sebahagian besar dari mereka inginkan ‘aksi’ iaitu cabar-mencabar dan pertempuran dengan polis.  Manakala, sebahagian lagi pula benar-benar menjangkakan himpunan aman dan santai sehingga berani membawa anak-anak kecil menyertainya. 

Di sini saja sudah cukup untuk membuktikan bahawa penyokong PR keliru dengan pendekatan yang ingin diambil oleh kepimpinan mereka.  Ada yang terpedaya bahawa PR benar-benar inginkan himpunan aman, dan ada yang berpegang kepada desakan untuk mencetuskan anarki.    

Di penghujung drama komedi ‘slapstick’ Black505, kita melihat segelintir dari peserta telah memilih untuk ‘berjuang ke titisan darah terakhir’ dengan cuba merempuh Parlimen.  Tetapi akhirnya mereka membuat keputusan untuk berbaring saja di atas jalan beramai-ramai, mungkin cuba menghilangkan keletihan dan mengantuk akibat dihalau dari khemah jam 4.00 pagi oleh DBKL.   

Dan apa yang tercatat dalam sejarah kini ialah Black505 berakhir dengan Anwar bergelak ketawa mesra dengan Perdana Menteri di dalam Parlimen. 

Berdasarkan apa yang berlaku, bagaimana PR boleh yakin akan mendapat penyertaan yang lebih ramai dalam BERSIH 4.0?  Dan agak-agak, berapa ramaikah agaknya penyokong mereka masih tidak sedar atau tidak serik menjadi bodoh?   Atau, berapa kali gandakah upah perlu dinaikkan bagi mendapatkan peserta yang sanggup membodohkan diri sekali lagi?

Wednesday, July 17, 2013

WOWWW... Apa Hubungan Vivian Lee Dengan Wan Azizah??? Adakah Nurul Izzah Sepupu Vivian Lee???


Vivian Lee yang mengajak umat Islam berbuka dengan Bak Kut Teh serta bangga mempertontonkan aksi lucahnya di internet, pernah bergambar bogel dengan memegang bendera BN dalam usaha provokasi PRU-13.

Tidak lama selepas itu, gambar beliau bersama Nurul Izzah pula tersebar.  Jelas dari gambar tersebut, mereka begitu mesra sekali.   Tidak mustahil mereka sudah kenal lama dan saling berhubung kerana Nurul Izzah merupakan pejuang kebebasan mutlak atas nama hak asasi manusia.   Oleh itu, tindakan Vivian bolehlah dibela atas nama hak asasinya.

Apa yang menarik ialah, apabila isu Bak Kut Teh meletup, tiba-tiba saja ada usaha di laman-laman sosial untuk menunjukkan yang Vivian dan Alvin, pasangannya, sebagai penyokong Barisan Nasional. Ini berdasarkan snapshot laman sosial mereka yang konon menyatakan sokongan kepada konsep 1Malaysia.

Namun, snapshot tersebut tidak mampu menandingi impak dari gambar Vivian bersama Nurul Izzah.  Malah, provokasi yang dilakukannya dengan memegang bendera BN sambil berbogel membuktikan bahawa Vivian adalah penyokong pembangkang, bukan BN.

Usaha pembangkang untuk memperlihatkan Vivian sebagai penyokong BN membuktikan yang mereka sememangnya pencetus kepada budaya biadap ini dan mereka menjadi bimbang yang ianya sudah berada di luar kawalan.

Vivian bukan orang pertama yang menghina atau mencabar orang-orang Melayu Islam.  Malah, sebelum beliau sudah berpuluh-puluh lagi yang melakukannya tanpa dikenakan tindakan.  Paling hebat, Namewee yang menjadi pelopor kegiatan ini bukan sahaja tidak dikenakan tindakan tetapi dinobatkan pula sebagai ikon serta diberi peluang berkarya yang mana tidak mungkin dapat dinikmati oleh karyawan lain yang setia dan taat pada Raja dan Negara.

Hari ini, Namewee mungkin mengaku menyokong konsep 1Malaysia juga, tetapi percayakah kita kepadanya?

Apabila kerajaan tidak mampu mengambil tindakan terhadap mereka, kita mengharapkan PAS sebagai pembangkang akan bangun mendesak kerajaan agar berbuat sesuatu.  Bukankah itu tugasnya pembangkang iaitu menegur dan mengkritik kelemahan kerajaan?  Namun, pelik sekali kerana ini tidak berlaku, malah PAS bagai tidak tersentuh sangat dengan perbuatan mereka-mereka yang menghina Islam.


Nampaknya PAS lebih gusar jika hati DAP yang tersentuh, pastinya kerana semua yang menghina Islam itu adalah penyokong-penyokong DAP.

Sebenarnya, apa yang dilakukan Vivian dan Namewee adalah sama saja tahap kebiadapannya.  Namewee mempermainkan azan dalam ‘karyanya’ dan Vivian pula mengajak kita berbuka puasa dengan babi.   Tetapi, Namewee mendapat pembelaan MCA manakala Vivian pula turut ditempelak oleh MCA dan juga DAP. Malah, DAP turut membuat kenyataan mendesak agar beliau dan pasangannya dikenakan tindakan.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa pemimpin kaum Cina juga semakin gusar dengan tindakbalas orang Melayu terhadap kebiadapan penyokong mereka dari produk SJKC.   Namun, itulah realitinya bahawa anak-anak produk SJKC memang biadap!   Dan mereka yang biadap inilah yang menyokong pembangkang.

Jika kalah PRU juga penyokong pembangkang begitu biadap, bayangkanlah sekiranya mereka menang dan menjadi pemerintah.  Agak-agak apakah jenis penghinaan yang akan mereka lakukan terhadap Islam dan Melayu?

Dan jika belum berkuasa juga kita tidak punya kuasa untuk menghukum mereka, bayangkan sekiranya mereka berkuasa.  Agak-agak apalah agaknya yang produk SJKC ini akan lakukan kepada kita?  Tentulah lebih dahsyat lagi mereka bermaharajalela. 

Antara Vivian Lee, Wan Azizah dan Nurul Izzah tiada apa-apa hubungan persaudaraan. Mungkin apa yang bisa menghubungkan mereka ialah persamaan dari segi soal moral yang bejad secara total!

Tuesday, July 16, 2013

PERRGGHHH... Ustaz Haron Din Setuju Dengan Kenyataan Duta Vatican Berhubung Kalimah Allah??? Biar Betik...


Umat Islam di Malaysia amat marah dengan kenyataan biadap Duta Vatican City ke negara ini yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH di kalangan penganut Kristian.

Sokongan yang dizahirkan oleh wakil Paus Francis I, Archbishop Jose Marino bukan sahaja telah mengguris hati dan perasaan umat Islam makah secara terangan mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Apatah lagi beliau telah menunjukkan sikap yang amat tidak sensitif ketika umat Islam baru sahaja masuk hari kedua mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan al Mubarak.

Tentangan hebat daripada badan-badan kerajaan Islam dan Melayu seharusnya diberi pujian dan kalungan penghargaan kerana mereka dengan pantas dan cepat mengutuk keras serta mengecam kenyataan Marino.

Yang menjadi persoalan mengapa beliau menjadi amat berani sekali memberi komen sedemikian walaupun baru menyerahkan watikah pelantikan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 28 Mei lalu.

Tentu sekali sebagai seorang diplomat yang berpengalaman luas, Marino tahu batasan dan skop tugas sebagai seorang duta yang mewakili negaranya.

Apatah lagi jika ia mewakili ketua penganut Kristian Katholik dan dihantar pula ke sebuah negara Islam seperti Malaysia.

Mencampuri hal ehwal dalaman sesebuah negara adalah antara sempadan larangan yang digariskan begitu jelas dalam protokol hubungan diplomasi antarabangsa.

Jelas apa yang dilakukan oleh duta tersebut adalah sesuatu yang terancang dan secara sedar bahawa kenyataan beliau akan mengundang kemarahan umat Islam di negara ini.

Ini tidak lain tidak bukan adalah sebab faktor pengaruh parti rasis Dap yang amat lantang sekali memperjuangkan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian.

Sudah menjadi agenda jelas barisan pimpinan tertinggi dap berbangsa Cina yang rata-rata beragama Kristian Katolik untuk menyebarluaskan pengaruh agama itu di kalangan umat Islam.

Dap adalah penerus gerakan Kristianisasi di negera ini sejak zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris lagi.

Jadi tidak hairanlah apabila antara agenda utama Dap dalam pakaran pembangkang ialah memperkenalkan tradisi-tradisi Kristian kepada pemimpin-pemimpin Muslim dalam Pas dan PKR.

Antaranya ialah tradisi memasang lilin samada untuk mengingati kematian Teoh Beng Hock, A. Kugan atau memegang lilin dengan berpakaian serba hitam dalam perhimpunan politik mereka.

Pemimpin Muslim Pas termasuk tok-tok guru dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertindak seperti orang jahil dan tidak menggunakan akal untuk berfikir implikasi perbuatan mereka tersebut.

Malah ahli parlimen Pas dari Shah Alam, Khalid Samad tidak segan silu kerap berkunjung ke gereja kononnya untuk berdakwah tetapi kesan yang diperolehi adalah sebaliknya!

Kenyataan ahli parlimen Dap dari Seputeh, Teresa Kok yang menolak Islam sebagai agama persekutuan negara ini juga menjurus kepada pertentangan dengan unat Islam.

Apatah lagi Marino mengakui dalam temuramah bersama media bahawa beliau mengadakan pertemuan serta perbincangan dengan pemimpin-pemimpin gereja tempatan di mana kalimah ALLAH telah dibangkitkan.

Ini menunjukkan terdapat usahasama rahsia di antara duta Paus Francis I, pihak gereja dan juga Dap yang mensasarkan umat Islam negara ini.

Gerakan Kristianisasi mendapat suntikan dan tenaga baru dengan kenyataan Marino yang bias kepada penganut Kristian.

Ini tidak sepatutnya berlaku kerana hujah mantap dan tidak boleh disanggah telah diberikan oleh para ulama yang mengatakan ALLAH adalah katanama khususnya hanya untuk penganut Islam sahaja.

Namun atas perancangan licik untuk memecahbelah serta mengelirukan umat Islam, Dap terus menyerang Islam di negara ini.

Dap bukan sahaja mahu orang Melayu tunduk dengan pujuk rayu dan janji-janji palsu parti itu tetapi juga mengajak orang Melayu masuk Kristian secara halus.

Jika tindakan tidak diambil terhadap Marino samada beliau diusir dari Malaysia atau diberi kutukan ang keras oalh pihak Kerajaan, ini bukanlah terakhir perkara ini akan berlaku.

Umat Islam sentiasa haruslah ingat peringatan ALLAH di dalam Al-Qur'an bahawa orang-orang Nasrani dan Yahudi tidak akan sesekali akan redha dengan orang Muslim.

Hanya berpegang teguh dengan peringatan ini, umat Islam di Malaysia akan selamat dan terlindung daripada asakan gerakan Kristianisasi yang semakin mengganas.

Dan apa pula pendekatan Haron Din terhadap tahaluf siyasi PAS dan DAP... halalan toyyiban? 

Huh...!

TU DIAAAA.... Gunakan Fitnah dan "Ramadhan" Untuk Jatuhkan Kerajaan Islam Yang Sah! Apa Kata PAS?


Kita tidak terkejut jika Pakatan Rakyat dan ‘kuncu-kuncunya’ ingin terus memainkan isu scorpene dan Altantuya walaupun isu tersebut telah kembali tertepek ke muka mereka.  Ini kerana PR benar-benar ketandusan isu dan berada dalam keadaan malu yang amat sangat apabila Anwar mengangkat sumpah menerima keputusan PRU-13. 

Tetapi kita agak terkejut juga apabila mereka menggunakan isu scorpene untuk terus menipu orang ramai atas nama bulan Ramadhan yang mulia.

Inilah yang dilakukan oleh PR melalui SUARAM dengan menganjurkan ‘Majlis Buka Puasa dan Makan Malam’ dengan tema Ops Scorpene.  Iklan majlis ini di akhbar Suara Keadilan memaparkan butiran tarikh iaitu 19 Julai 2013 di Dewan Sivik, PJ dan nombor-nombor telefon untuk tempahan tiket.  Di tulis juga butiran No. Account SUARAM bagi mereka yang ingin menderma.  Antara ‘acara’ menarik ialah ‘penampilan khas saksi kes scorpene’.

Isu scorpene telah pun terdedah sebagai satu rekaan SUARAM dan PR semata-mata.  Ia tidak pernah menjadi ‘kes’ di mahkamah Perancis kerana telah ditolak atas alasan tiada asas, sejak dari awal lagi.  Oleh itu, menyebutnya sebagai ‘kes’ juga merupakan satu penipuan.   

Pihak Perancis termasuk Kementerian Luar, polis dan juga mahkamah negara tersebut telah membuat kenyataan rasmi menafikan kemasukan Altantuya ke Perancais, mahupun penglibatannya dalam urusniaga Scorpene.   Penafian pihak Perancis itu dengan sendirinya membongkar motif SUARAM untuk memburuk-burukkan kerajaan.  

Motif ini turut menepati pendedahan Raja Petra Kamaruddin tentang bagaimana beliau dan beberapa individu lagi diupah untuk mereka cerita mengenai isu yang sama bagi menjatuhkan Dato’ Seri Najib.  

Walaupun PR berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat ini, rakyat tidak mudah diperdaya dengan cerita rekaan SUARAM dan RPK kerana ia mempunyai terlalu banyak versi dengan butiran yang berubah-ubah.   Apatah lagi ia kisah mereka hanyalah bersandarkan ‘dengar cakap’ serta akuan bersumpah yang boleh ditukar-tukar sesuka hati.   Ini membuktikan semua ‘saksi’ yang disebut tidak punya kredibiliti. 

Oleh itu, bagi SUARAM untuk menampilkan lagi ‘saksi’ dalam Majlis Berbuka Puasa ini merupakan satu usaha terdesak yang paling jelek dan memualkan.   Jika tiada kes dan saksi yang ada pula telah pun mengaku diupah, maka mana datangnya lagi ‘saksi’ lain?  Tidak cukupkah SUARAM dikantoikan oleh ‘saksi’ yang dikatakan mereka telah disapina oleh Mahkamah Perancis tetapi beliau kemudiannya tampil menafikan mentah-mentah yang beliau telah disapina oleh mana-mana pihak? 

Kita hairan betapa tebalnya muka si Cynthia Gabriel, Teng Chang Khim dan Nalini iaitu watak utama dalam penipuan SUARAM.   Apakah mereka ini memang jenis manusia tidak tahu malu sehinggakan didedah menipu berpuluh kali juga masih ingin terus menipu?  Atau apakah mereka sengaja menganjurkan majlis ini semata-mata untuk menjustifikasi kedudukan kewangan mereka?  

Seperti yang kita tahu, SUARAM telah pun dibuktikan sebagai sebuah NGO yang menerima dana dari rangkaian George Soros.  Dan kita juga tahu bahawa  tiada cara yang lebih mudah untuk menutup jejak penerimaan dan penggunaan dana tersebut selain dari mencatatnya sebagai ‘derma’ orang ramai.  

Kerana itulah, SUARAM sering menganjurkan majlis untuk mengutip derma.  Kebanyakan derma ini tidak pula digunakan untuk aktiviti-aktiviti memperjuangkan hak asasi manusia secara langsung tetapi apa yang dapat dilihat ialah NGO ini menghabiskan begitu banyak wang untuk membayar peguam asing termasuk kos penginapan, pengangkutan dan segala kos sampingan mereka bagi terus menghidupkan isu scorpene.

Apa yang menyedihkan ialah majlis meminta derma kali ini diadakan atas nama Ramadhan.  Nampaknya hadirin di majlis ini nanti bukan sahaja akan kenyang dengan makanan yang terhidang tetapi juga kenyang menelan fitnah demi fitnah yang ditaburkan SUARAM.  Bayangkan, bagaimana sebuah NGO yang membawa misi Zionis untuk ‘pertukaran rejim’ telah dengan biadapnya menggunakan nama ‘Ramadhan’ dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Islam yang sah. 

Tuesday, April 2, 2013

Bila Penyokong Bodoh Melantun-Lantun, Pemimpin PR Yang Untung!!!



Puak pembangkang semakin menampakkan sifat hipokrit mereka apabila masing-masing bertempiaran mencari kawasan selamat untuk bertanding.

Bertanding di kawasan di mana mereka menganggap sebagai kubu kuat pembangkang mungkin mampu menyelamatkan karier dan masa depan politik yang kebanyakannya berada di hujung tanduk.

Daripada pemimpin PKR seperti Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, bekas Menteri Besar Perak daripada Pas, Nizar Jamaluddin hinggalah kepada Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang, semuanya mengorbankan kerusi yang disandang sekarang untuk lari meninggalkan pengundi mereka pada Pilihan Raya Umum pada tahun 2008 dahulu.

Yang menjadi mangsa ialah rakyat di kawasan itu yang mengharapkan pembelaaan yang tidak kunjung tiba sejak lima tahun di wakili pembangkang.

Malah yang lebih terasa pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang ialah para pengundi di kawasan terbabit yang tegar menyokong mereka di peti undi ketika itu.

Pemimpin pembangkang daripada PKR, Pas dan Dap adalah umpama kad bayaran tol 'touch n go'.

Mereka datang ke kawasan yang ingini ditandingi, buat bermacam janji manis dan palsu yang mereka tahu tidak akan ditepati, buat fitnah dan tohmah terhadap kerajaan ang di pimpin Barisan Nasional dan kemudiannya menang atas premis politik kotor yang diamalkan puak tersebut.

Anwar mahu lari keluar dari Permatang Pauh kerana sudah tidak lagi mampu berdepan dengan kekuatan jentera UMNO-BN yang bakal meranapkan impian beliau ke Putrajaya.

Bukan salah BN kuat di Permatang Pauh tetapi oleh kerana tanggungjawab Anwar yang gagal menjalankan tugas sebagai ahli parlimen di kawasan itu.

Daripada menjenguk pengundi serta menjaga kebajikan mereka, Anwar lebih suka berceramah ke sana ke sini, dan yang lebih menyeronokkan bagi dirinya ialah sentiasa berada di luar negara juga berceramah dan memburuk-burukkan negara dan kerajaan Malaysia.

Kit Siang juga sudah buat keputusan lari dari Ipoh Timur ke Gelang Patah.

Apabila kerusi sudah goyang di Perak baru teringat kampung halaman dan sekarang mengaku pula anak kelahiran Batu Pahat, Johor walhal tidak pernah pun beliau terkenang atau sekelumit pun menabur bakti di negeri itu apatah lagi kepada penduduk kawasan Gelang Patah.

Seorang lagi pemimpin Dap, Liew Chin Tong yang kini mewakili kerusi parlimen Bukit Bendera juga berura-ura bertukar selera ke Kluang pula, kononnya dia berasal dari kawasan itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub juga bakal menempah bala di Johor apabila menggunakan alasan negeri kelahirannnya untuk membina tapak politik baru.

Keangkuhan pemimpin pembangkang berhijrah ke Johor di desak oleh beberapa faktor politik antara yang utamanya andaian bahawa negeri kelahiran UMNO itu sudah tiba masanya menerima kehadiran kerajaan negeri pembangkang.

Strategi politik cetek yang menganggap Johor 'senang di makan' sebenarnya akan memakan diri pembangkang sendiri.

Tujuan Dap adalah untuk melumpuhkan pimpinan MCA di Johor berdasarkan unjuran bahawa pengundi Cina di negeri itu akan memberi undi mereka kepada calon pembangkang.

Bagaimana harus di ingat pengundi Cina di Johor bukan seperti pengundi di negeri lain yang agak mudah untuk dipengaruhi pembangkang.

Mereka mempunyai contoh pembbangunan pesat di negara jiran di sebelah selatan untuk dijadikan sebagai model.

Melihat kepada BN yang telah membawa pembangunan pesat di Johor, pengundi Cina akan berfikir sepuluh kali sebelum bertindak untuk bertukar angin kepada Pakatan Rakyat.

Ini kerana melalui dasar pro-bisnes yang menjadi tunggak pemerintahan BN, masyarakat Cina telah berjaya menguasai bidang perniagaan serta membina kekayaan bagi mereka.

Pengundi Cina di Johor tidak akan memgambil risiko besar untuk berkiblat kepada pembangkang hanya berbekalka air liur Anwar atau Kit Siang sahaja.

Tempat Chin Tong yang akan dikosongkan pula bakal diisi oleh setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Lim Abdullah aka Christopher Lim yang mengeksploitasi nama pemimpin UMNO yang banyak berjasa, Tan Sri Mohd Khir Johari untuk menumpang tuah politik ayah tirinya.

Nizar yang dahulunya bercadang untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang yang dimenangi pada pilihan raya kecil 2009 juga kini sudah mengubah fikiran.

Kini kerusi dewan undangan negeri Pasir Panjang yang kononnya menjadi benteng kuatnya mahu ditingallkan kerana merasakan Changkat Jering lebih selamat baginya.

Ini semua disebabkan perubahan suasana politik yang dilihat lebih memihak kepada BN menjelang PRU ke 13.

Kalau dahulu BN dilihat lemah dan diselubungi pelabagai masalah persepsi termasuk kemelut dalaman, kini empat tahun di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, senario dan tanggapan negatif ini telah berubah secara drastik.

Kalau dahulu orang BN sendiri dikatakan malu untuk dikaitkan dengan parti mereka, kini terdapat lonjakan semangat baru yang berkobar-kobar untuk memastikan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat digenggam semula dan empat buah negeri tadbiran pembangkang di rampas kembali.

Suasana kebangkitan UMNO dan BN inilah yang menggerunkan Anwar, Kit Siang, Nizar dan ramai pemimpin pembangkang yang lain.

Berdasarkan populariti BN yang semakin meningkat dan diyakini rakyat Pulau Pinang kemungkinan Setiausaha Agung Dap itu kecundang di tangan calon BN tidak boleh diperkecikan malah ia mampu diterjemahkan kepada realiti yang pahit bagi parti cauvinis Cina itu.

Anwar Ibrahim Sodomy Mahasiswa: AMK Rela Digelar Angkatan Muda KELDAIAN!



Disebalik kesungguhan segelintir penyokong PKR terus menerus mempersendakan kesahihan video "Anwar Ibrahim Sodomy Mahasiswa" namun diam tak diam rupanya ramai anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) amat berkeyakinan individu dalam video itu sememangnya Anwar Ibrahim.

Mereka sudah melihat sendiri video tersebut yang memperlihatkan betapa gersangnya Anwar tika itu ditambah lagi dengan aksi menerkam ke arah pasangannya, menyebabkan masing-masing bercambah keraguan terhadap moral pemimpin tertinggi parti.

Keyakinan mereka kian bertambah apabila baru-baru ini Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli secara tak sengaja telah mengakui Anwar adalah seorang yang peramah dan mudah didekati ketika merujuk kepada video yang disiarkan oleh blogger PapaGomo itu.

Dalam beberapa video dan gambar lain sebelumnya terutama sekali video intim Anwar dan Cinadoll, mereka masih lagi sedaya upaya menyalahkan individu dalam video terbabit dilakonkan oleh individu lain yang mirip atau menyerupai wajah Anwar.

Kini masing-masing terpaku kelu dan mula menerima hakikat betapa rendahnya moral dan akhlak pemimpin yang dipuja-puji selama ini. Mereka tahu wajah yang mirip Anwar itu memang sah milik Anwar.

Senario ini agak membimbangkan dan memeningkan kepala para pemimpin AMK dan PKR, lebih-lebih lagi jika keadaan ini berterusan dikhuatiri akan menimbulkan kesangsian yang agak serius di kalangan anggota parti terhadap pucuk pimpinan PKR.

Tambahan pula rata-rata di mana sahaja Anwar menyertai aktiviti ceramah atau bertemu muka dengan rakyat sejak akhir-akhir ini, dari hari ke hari kedatangan penyokong PKR dan juga juga semakin berkurangan. Itu petanda jelas semakin ramai yang menjauhi PKR dan PR.

Jika ia berlanjutan demikian, bermakna lambat laun ahli parti sendiri akan mula bangkit mempersoalkan akhlak dan morak Anwar seterusnya ia akan meletakkan PKR dalam keadaan bahaya menjelang PRU 13. 

Apatah lagi tika ini kepercayaan PAS terhadap Anwar juga kelihatan kurang meyakinkan apabila sebahagian pemimpin dan penyokongnya sudah berani menolak Anwar sebagai Perdana Menteri disebabkan faktor akhlak dan moral yang melingkari sisi gelap kehidupan peribadi Anwar.

Selain itu, penggerak-penggerak PAS yang menguasai masjid dan surau juga seboleh mungkin cuba mengelakkan penyertaan Anwar dan pemimpin PKR yang lain dalam sebarang majlis munajat dan solat hajat kerana masing-masing bimbang ia akan memberi impak buruk terhadap imej PAS.

Bila ahli parti sendiri semakin meragui akhlak dan moral pemimpinnya ditambah lagi dengan kesangsian rakan sepakatan, kelihatan agak sukar untuk Anwar dan PKR meraih semula kepercayaan sebahagian ahli dan penyokong mereka.

Mungkin tertekan dengan keadaan inilah mendorong jentera propaganda PR mula sibuk merekayasa cerita untuk mengaitkan penyebaran video itu dengan UMNO dengan harapan dapat meraih simpati umum. 

Tak cukup dengan propaganda sebegitu, PKR cuba pula membuat video palsu bagi mencipta persepsi umum kononnya semua video dan gambar-gambar Anwar sebelumnya adalah rekaan semata-mata. Mungkin kaedah ini mampu menipu penyokong totok PR, tapi orang ramai tidak semudah itu untuk menerimanya bulat-bulat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...