Bersama Berjuang

Showing posts with label TLDM. Show all posts
Showing posts with label TLDM. Show all posts

Friday, October 5, 2012

EDISI KANTOI: Dalang Fitnah Isu Scorpene Didedahkan Di Paris... Muahahaha...!!!



Anwar Ibrahim dikatakan berada di Paris, Perancis selepas menghadiri Ceramah Mega Konvoi Royalti di Shah Alam.  Perkara ini disebutkannya sendiri ketika berucap di program tersebut.  

Katanya, peguam-peguam yang mengendalikan skandal Scorpene ingin mengambil kesempatan bertemu beliau berhubung perkembangan terbaru kes tersebut dan beliau akan mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan tentang perihal ‘komisyen’ yang terlibat dalam urusniaga itu.  

Lalu, kembanglah hidung penyokong-penyokong Anwar, bangga kerana ada Mat Salleh ingin berjumpa Anwar.  

Langsung tidak terlintas di fikiran mereka tentang apa kena mengena Anwar dengan pembelian scorpene kalaupun benar terdapat keraguan dalam urusniaga tersebut?   

Di bahagian manakah nama Anwar tertulis sebagai saksi atau alibi kepada sesiapa?   Apakah Anwar terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses pembelian tersebut, atau apakah Anwar melihat sendiri ‘wang komisyen’ bertukar tangan, atau apakah Anwar berada di tempat kejadian rasuah atau mungkin, pembunuhan Altantuya?  

Atau apakah Anwar sekadar diperlukan untuk memberi pendapat mengenai kredibiliti saksi atau sikap orang yang disyaki?  Jika benar, layakkah beliau?  Jika layak, atas dasar apa pula kelayakan tersebut?  Sebagai musuh?  Sebagai rakan subahat?  Sebagai pasangan intim?    

Tidak mungkin peguam-peguam tersebut ingin berjumpa Anwar sekadar untuk meminta penjelasan beliau tentang kes liwat, chinadoll atau Shamsidar yang tiada kena mengena scorpene?   

Jika benar mahkamah Perancis sedang membicarakan kes scorpene, yang mana mereka menafikannya, antara perkara yang perlu sebagai subjek penyiasatan selain saksi dan alibi, adalah barang bukti iaitu dokumen-dokumen kontrak, spesifikasi barangan, dokumen pengesahan syarikat-syarikat dan individu yang terlibat, butiran komunikasi antara pihak yang terlibat, butiran kewangan dan mungkin juga bukti perjalanan dan perbelanjaan yang dibuat oleh semua pihak yang terbabit.  

Selain dari semua ini, tidak ada peguam atau penyiasat yang akan mengambilkira individu atau perkara atau benda atau kejadian yang tidak bersangkut-paut dengan saksi, alibi atau bukti, sepertimana yang tersenarai dalam proses penyiasatan.  

Justeru, di manakah signifikannya kewujudan individu bernama Anwar Ibrahim yang kebetulan menjadi Ketua Pembangkang Malaysia, dengan pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia dari sebuah syarikat Perancis?

Hanya satu saja kemungkinan penglibatan Anwar Ibrahim dalam apa yang disebutnya sebagai ‘skandal scorpene’ ini, iaitu beliau adalah dalang yang mereka-reka kisah rasuah dan komisyen dalam urusniaga ini.   Maka, pertemuan beliau dengan peguam Perancis adalah untuk menyampaikan skrip baru atau arahan baru bagi menyerang kerajaan Malaysia menjelang pilihanraya.  

Jangan sekali-kali lupa bagaimana sebelum ini, Datuk Zulkifli Nordin, bekas peguam Anwar yang juga menjadi peguam kepada Chief Inspektor Azilah yang dituduh membunuh Altantuya telah mendedahkan bagaimana Anwar mengarahkan beliau agar menukar strategi pembelaan Azilah dengan ‘mencipta dan memalsukan bukti untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan tersebut’.   Bertitik tolak dari itu, maka Zulkifli telah menarik diri dan akhirnya meninggalkan Anwar lalu mendedahkan perkara ini.  

Jika Anwar pernah mengarahkan Datuk Zulkifli berbuat demikian, apakah yang menghalang beliau berbuat yang sama terhadap peguam-peguam Perancis yang ditemuinya?   

Jika Anwar sanggup merancang agar orang yang tidak bersalah dihukum atas kesalahan yang membawa hukuman mati, maka apakah yang menghalang beliau untuk merancang atau melaksanakan pembunuhan itu sendiri?  

Persoalan ini membawa kita kembali menyorot dua ‘kemalangan langgar-lari’ berasingan melibatkan kematian isteri seorang Dato’ yang menjadi orang pertama membawa kes liwat 1 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri ketika itu, dan juga kematian isteri kepada mangsa dalam kes tersebut, Azizan.   

Mengambilkira semua fakta ini, maka pertemuan antara peguam-peguam Perancis yang kononnya mengendalikan kes scorpene, dengan Anwar Ibrahim yang ‘tiada kena mengena’ dengan pembelian tersebut, membawa kita kepada dua kesimpulan iaitu 1. ‘semakin banyak persoalan’ atau mungkin juga sebenarnya adalah 2. ‘sebuah jawapan’. 

Monday, June 25, 2012

Suara Anak Haram (SUARAM) Mampu Raih Anugerah Pembohong No. 2 Selepas Anwar!



SETELAH penipuan Penyelaras SUARAM (sebut PKR), Cynthia Gabriel pada 15 Jun 2012 berhubung pengeluaran satu sepina oleh Mahkamah Perancis berhubung dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene terbongkar, Malaysiakini semalam memetik sumber dari sekratariat NGO tersebut yang terus mempertahankan kenyataan Cynthia dengan memberi alasan yang penulis petik, “"Penghantaran sepina sedang dibuat dan akan mengambil masa beberapa hari. Kami tiada maklumat lanjut bilakah tempoh waktu sebenar untuk proses ini”

Masuk akalkah, dari 15 Jun sehingga sekarang (22 Jun), sejak Cynthia membuat kenyataan tersebut, sepina itu masih tidak sampai kepada penerimanya di sini yang dikenali sebagai Jasbir Singh Chahl?

Kita tidak bercakap tentang zaman-zaman dahulu bila mana serba serbinya berbentuk manual.  Zaman hari ini, semuanya semudah menekan butang di keyboard. Oleh itu, sangat-sangat mustahil sepina yang disebut Cynthia “dalam perjalanan” pada 15 Jun itu masih tidak tiba sehingga sekarang!!

Orang yang dinamakan dalam sepina tersebut pun sudah menafikan ada menerima sebarang sepina dari Perancis.  Kalau itu tidak cukup, wakil Kedutaan Perancis di Malaysia, Laurent Lemarchand (Penolong Ketua Misi) sendiri telah menafikan bahawa Mahkamah di negaranya ada mengeluarkan sepina ke atas Jasbir seperti yang di dakwa Cynthia.

Bukan setakat Jasbir, malah tidak ada sepina dikeluarkan kepada mana-mana rakyat negara ini berhubung dengan kes tersebut.

Untuk pengetahuan semua, peranan kedutaan Perancis dalam hal ini sangat penting kerana prosedur kehakiman Perancis yang berbeza dengan Malaysia.  Kalau benarlah seperti dakwaan Cynthia ada sepina yang dikeluarkan, kedutaan Perancis akan menjadi pihak yang pertama di negara ini tahu mengenainya, sebelum Kementerian Luar dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ini kerana mengikut prosedur perundangan  di Perancis, mereka tidak memerlukan saksi tersebut hadir di Mahkamah dalam tempoh siasatan, sebaliknya hanya menjawab soalan-soalan yang telah disediakan.

Ya, siasatan, kerana seperti dimaklum SUARAM sendiri di Bangkok pada 30 Mei, siasatan kes ini oleh Mahkamah Perancis masih berjalan dan mungkin mengambil masa antara 2 hingga 3 tahun.  Itu yang pelik bagaimana pada 30 Mei mereka sendiri menerangkan yang siasatan masih berjalan (di Bangkok), pada 15 Jun mereka memaklumkan sepina sedang dalam perjalanan.

Sepina apa kalau perbicaraan pun tidak ada?

Ini yang kita katakan SUARAM ini sebagai penipu nombor satu selain membayangkan kecelaruan ketara yang berlaku dalam Pakatan Rakyat.  Dikalangan mereka sendiri pun sering bercakap perkara yang bercanggah antara satu sama lain.  Tujuannya untuk membodoh-bodohkan rakyat selain mencipta sensasi untuk menjual meja (SUARAM mengadakan majlis makan malam mengutip derma pada 15 Jun) bagi mendapatkan dana, kononnya untuk membiayai Ops Scorpene 2.0.

Ini tidak jauh beza dengan Anwar mengumumkan kononnya ada beberapa ahli Parlimen dan bekas pemimpin UMNO Sabah yang akan melompat parti dalam kunjungannya ke negeri tersebut pada 10 Jun 2012.  Sama seperti kes SUARAM ini juga, pada malam itu juga diadakan majlis sama untuk mengutip derma bagi tujuan persediaan pilihanraya PKR Sabah.

Ini bukan kali pertama berlaku, peristiwa 16 September 2008 dan beberapa kes-kes kecil selepas itu menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat adalah pertubuhan haram politik yang gemar mencipta sensasi untuk membodohkan rakyat.  Kita semua tidak lupa bagaimana galaknya Anwar bercakap tentang penipuan dalam pilihanraya sehingga mencetus Bersih 1, 2 dan 3 tapi dalam masa yang sama dia menyatakan keyakinan yang pembangkang akan menang sekian-sekian kerusi dan memperolehi kemenangan selesa.

Disitu pun dah nampak tak betul, bagaimana kata UMNO/BN menipu dalam pilihanraya tapi kemudiannya mendakwa Pakatan boleh menang?

Semua ini sepatutnya memberi alasan kepada rakyat kenapa BN perlu dipertahankan.  BN mungkin bukan kerajaan yang sempurna (siapa yang sempurna pun), tapi BN tidaklah bersandiwara sebegini hebat, dan dalam masa yang sama cuba membodoh-bodohkan rakyat

Thursday, June 21, 2012

Kedutaan Perancis Sahkan Suara Anak Haram Mmg Pembohong!



SUARAM a.k.a pembangkang telah melakukan kerja yang baik sekali dalam menghina intelektualiti rakyat Malaysia dengan menyebarkan pembohongan yang tidak berkesudahan dan tidak masuk akal untuk memburukkan imej Perdana Menteri dan menjatuhkan kerajaan.  

Pada mulanya, mereka menuduh bahawa PM telah mengambil rasuah sejumlah EURO 114 juta melalui syarikat bernama Perimekar tetapi kemudiannya disahkan bahawa bayaran itu dibuat kepada Perimekar untuk menampung khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun.  Oleh itu, sekiranya benar EURO 114 juta telah dibayar kepada PM sebagai rasuah dan bukan diterima oleh Perimekar, maka ini bermakna Perimekar telah memberi khidmat secara percuma selama 6 tahun yang mana tidak masuk akal sama sekali. 

Kemudian, SUARAM menyatakan jumlahnya bukanlah EURO 114 juta tetapi PM telah menghantar faks kepada DCNS meminta rasuah sejumlah USD 1 billion atau RM3.8 billion atau EURO 1.08 billion!  Tidak mungkin sesiapa jua akan meminta rasuah melalui faks, dan untuk SUARAM menyatakan sedemikian menunjukkan yang SUARAM adalah benar-benar bodoh untuk memikirkan fitnah yang sebegitu bodoh. 

Jumlah EURO 1.08 billion adalah jumlah keseluruhan kontrak pembelian kapal selam termasuk dengan kos penyelenggaraan, sokongan serta pengurusan.  Oleh itu, jika benar ianya dibayar terus kepada PM sebagai rasuah seperti yang difitnah SUARAM, maka ia bermakna Malaysia telah menerima kapal selam secara percuma – yang mana pastilah tidak masuk akal langsung.  

Bagi menambahkan ‘perisa’ kepada cerita ini, SUARAM menuduh bahawa PM atau mungkin pembantu PM, Abdul Razak Baginda mempunyai hubungan sulit dengan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusniaga kapal selam, yang kemudiannya dibunuh kejam oleh isteri PM.  Tetapi, hakikatnya, segala urusniaga tersebut dibuat dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah yang diperlukan.  

Isteri PM pula, pada ketika pembunuhan berlaku sedang menghadiri program berbuka puasa bersama anak-anak yatim dengan beribu orang saksi dan alibi untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah.  PM tidak pernah bertemu dengan Altantuya dan gambar superimpose yang begitu lemah yang disebarkan oleh pembangkang untuk menunjukkan mereka pernah berjumpa sudah cukup untuk menunjukkan yang PM berkata benar sekali gus membuktikan yang pembangkang berada dalam keadaan yang amat terdesak.  

Dengan segala penipuan ini kini terdedah luas, kita hampir merasa kasihan kepada SUARAM  kerana perlu terus menipu.  

Baru-baru ini, SUARAM membuat satu lagi kenyataan berbunyi “orang kanan kepada penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl adalah rakyat Malaysia pertama akan disapina sebagai saksi dalam kes scorpene yang sedang berjalan di Perancis.”

Bagaimanapun, Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur apabila ditanya mengenainya merasa terkejut kerana mereka tidak mendengar dan tidak pula dimaklumkan apa-apa mengenai sapina.  Menurut mereka, prosedur memperuntukkan bahawa Kementerian Luar Perancis perlu diberitahu mengenai sapina yang dikeluarkan oleh mahkamah Perancis kepada mana-mana rakyat negara lain, dalam kes ini, Malaysia.  

Kementerian tersebut pula perlu memaklumkan kepada Wisma Putra agar tindakan dapat diambil.  Oleh itu, tiada sapina boleh diserahkan terus kepada mana-mana rakyat negara ini tanpa pengetahuan semua pihak yang disebut di sini. 

Memandangkan tiada siapa dari pihak berkuasa terlibat yang dimaklumkan mengenai apa-apa sapina, maka jelaslah SUARAM telah menipu sekali lagi secara terang-terangan.  

Dari tindakan SUARAM, kita dapat membaca keterdesakan pembangkang yang semakin tidak dapat dikawal kerana pilihanraya yang semakin hampir.  Justeru, kita pasti bahawa penipuan mereka akan semakin besar dan semakin dahsyat lagi selepas ini.  

Namun rakyat Malaysia tidak perlu bimbang.  Kita tunggu dan lihat sahaja berapa hebat penipuan yang mampu mereka lakukan.  Selagi PM melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, SUARAM atau pembangkang boleh menipu semahu-mahunya, tetapi kita pasti rakyat tidak akan mengundi penipu yang gemar menghina intelektualiti mereka.  

Tuesday, June 19, 2012

Lagi Dana Yahudi Di Sebalik Suara Anak Haram (SUARAM) Didedahkan!!!


Tidak sesiapa menafikan hak, Suaram sebagai pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia, untuk membuat pengaduan berkaitan isu urusan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia kepada pihak pengadilan Perancis.

Yang dipertikaikan ialah motif sebenar Suaram melakukan tindakan membawa satu isu yang berkaitan negara sendiri untuk diadili oleh negara luar. 

Apatah lagi kini Suaram bukan lagi dilihat sebagai sebuah organisasi bebas yang berpegang kepada prinsip keadilan sejagat tetapi telah bertindak melebihi peranan sebenarnya.

Suaram tidak lagi berpuas hati dengan fungsinya sekadar pihak pengadu tetapi mahu melebihi batas tersebut dengan cuba menjadi pendakwa dan juga hakim dalam isu tersebut.

Malah Suaram dengan beraninya telah mengatakan bahawa Perdana Menteri akan disepina di mahkamah Perancis untuk memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Belum lagi mahkamah Peranicis mencapai sebarang keputusan mengetahui hasil penyiasatannya, Suaram seolah-olah telah mengetahui lebih awal.

Apabila Suaram bertindak sedemikian, sudah tentu rakyat akan terfikir apakah tujuan sebenar pertubuhan itu membuat pengadua berkenaan isu Scorpene?

Yang lebih penting pihak berkepentingan manakah yang mengarahkan Suaram berbuat demikian?

Suaram berjuang untuk agenda siapa - rakyat? pembangkang? atau lebih bahaya lagi, kuasa asing?

Suaram mengguna khidmat dua peguam Perancis untuk membantunya dalam isu Scorpene, seorang bernama Joseph Breham dan seorang lagi peguam yang terkenal dengan perjuangan hak asasi manusia, William Bourdon.

Bourdon merupakan pengasas sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Sherpa yang memperjuangkan isu-isu ketidakadilan ekonomi di negara-negara miskin seperti di Afrika.

Sherpa pula dibiayai oleh dua yayasan antarabangsa yang mempunyai dana yang cukup besar iaitu Open Society Foundations (sebelum ini dikenali sebagai Open Society Institute) dan Tides Foundation.

OSF dibiayai sepenuhnya oleh penyangak matawang, George Soros yang hampir sahaja menjahanamkan ekonomi Malaysia semasa krisis kewangan 1997/1998.

Ketika itulah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menjadi Menteri Kewangan menunjukkan belang sebenarnya untuk menyerahkan kedaulatan Malaysia kepada Bank Dunia dan tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF). sebelum berjaya dihalang oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

OSF merupakan antara penyumbang terbesar kepada dana Tides Foundation, pembiaya Sherpa.

Tides Foundation pula pernah menyumbang sejumlah dana sebanyak AS$15,000 kepada Suaram untuk menjalankan aktivitinya beberapa tahun lalu.

Menurut keterangan laman sesawangnya, Tides Foundation adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang mempromosi agenda golongan berhaluan kiri.

Oleh kerana Suaram dilihat sebagai pertubuhan yang menggerakkan aliran pemikiran sayap kiri seperti sosialisme, maka atas dasar itu ia menerima geran dari Tides Foundation.

Antara agenda yang diperjuangkan oleh Tides Foundation ialah "radical gay, lesbian, bisexual, and transgender advocacy (LBGT)" atau perjuangan golongan gay, lesbian, biseksual dan transgender yang radikal atau ekstrim.

Maka tidak hairanlah apabila Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasen membuat pengakuan bahawa penganjuran Bersih menerima bantuan kewangan daripada dua pertubuhan Amerika Syarikat (baca pertubuhan didalangi Zionis-Yahudi) iaitu National Democratic Institute (NDI) dan OSF. 

Ambiga juga adalah pendokong kuat program tahunan Seksualiti Merdeka yang bertujuan mempromosi budaya dan gaya hidup LBGT di negara ini.

Perhimpunan Bersih yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan sah yang dipilih rakyat diberi sokongan kuat dan padu oleh pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar.

Pada tahun 2007, Anwar pernah menjadi ahli panel pada majlis mengutip derma anjuran pertubuhan radikal neocon, National Endowment for Democracy (NED) yang juga menjadi pembiaya NDI.

Jika dikaji dengan teliti, pembabitan Suaram dalam isu Scorpene, Ambiga sebagai pejuang Bersih serta Anwar sebagai ketua pembangkang bukanlah satu perkara yang harus dilihat secara berasingan malah sebenarnya mereka saling kait mengait.

Tindakan Suaram membawa isu Scorpene ke mahkamah Perancis bukanlah satu kebetulan dan perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu bukan pula disengajakan.

Dalang terbesarnya ialah manusia yang bernama Anwar Ibrahim dan taukenya pula ialah gerakan Zionis-Yahudi antarabangsa.

Monday, June 18, 2012

Dato' Zul Noordin Halakan Torpedo Scorpene Ke Arah SUARAM & Anwar!!!



Datuk Zulkifli Noordin semalam telah menangkis tuduhan tidak berasas yang ditimbulkan terhadap isu kapal semalam Scorpene dan kes yang berlaku di mahkamah Perancis yang dibuat oleh pihak pembangkang.

Bekas peguam bagi Ketua Pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata bahawa beliau tahu akan strategi pembangkang di mana tujuan mereka untuk meraih kembali isu ini adalah untuk mengaitkan Datuk Seri najib Tun Razak.

"Sudah saya ulang beberapa kali, kes ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan PM. Jika ada, sudah tentu saya telah mempersoalkan tentang perkara ini dahulu. Saya tidak membuat sebarang persoalan kerana ia tidak mempunyai sebarang kaitan langsung" kata Zulkifli.

Zulkifli, yang ditemuramah di lobi Parlimen semalam berkata bahawa isu kapal selam Scorpene di Perancis bukanlah satu isu yang besar di sana kerana pihak berkuasa masih lagi sedang menjalankan siasatan, bukannya sedang dibicarakan di mahkamah.

"Di Perancis, pihak mahkamah mempunyai kuasa dalam menjalankan siasatan, perkara ini masih lagi dalam siasatan, bukannya sedang dibicarakan."

"Ia hanyalah siasatan biasa. Jadi, mereka mungkin atau tidak mungkin akan menjalankan sebarang perbicaraan terhadap perkara ini."

"Semuanya bergantung kepada mereka." kata beliau.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menerima dua buah kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak pada tahun 2009.

Selain itu, Zulkifli, ahli Parlimen bebas bagi Kulim Bandar Baru, mencadangkan agar Majlis Peguam, seperti di Sabah dan Sarawak, perlu ditubuhkan di setiap negeri bagi menggantikan Majlis Peguam sekarang.

Ini, menurut beliau, mampu memberikan autonomi yang lebih besar bagi setiap negeri.

"Majlis Peguam di Sabah dan Sarawak telah membuktikan bahawa mereka adalah efektif dan mampu 
mengawal ahli-ahli mereka dengan baik. 

"Tiada aduan yang dibuat terhadap Majlis Peguam di kedua-dua negeri tersebut. Bukan seperti apa yang sedang berlaku di Semenanjung sekarang."

Beliau menyatakan bahawa beliau risau akan rancangan untuk membenarkan peguam-peguam asing untuk bercampur dalam industri undang-undang negara dan Majlis Peguam kini mungkin tidak mampu untuk menguruskan perkara tersebut.

"Majlis Peguam yang kita ada sekarang mempunyai terlalu banyak perkara yang mereka perlu uruskan, saya tidak rasakan bahawa mereka mampu untuk menampung perkara ini," kata beliau.

Isu Scorpene: Suara Anak Haram (SUARAM) Adalah Kuda Perang Anwar Ibrahim!!!



Pembangkang sedang giat mengeksploitasi isu pembelian kapal selam Scorpene bukan sahaja di dalam negara malah menjajanya di luar negara.

Pembangkang tidak langsung berasa bersalah untuk memburuk-burukkan nama baik Malaysia dan imej kerajaan yang kononnya terbabit dalam amalan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam itu dari sebuah syarikat milik kerajaan Perancis.

Sasaran pembangkang hanya satu iaitu menconteng imej buruk kepada pimpinan dan diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan harapan rakyat akan marah dan undi akan beralih kepada mereka pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Untuk menjayakan muslihat ini, mereka memperkudakan Suaram untuk mengaburi mata rakyat dan masyarakat antarabangsa. 

Suaram dilihat sebagai landasan terbaik bagi Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncu kumpulan pembangkangnya dalam Pakatan Rakyat untuk menyerang Perdana Menteri kerana sebagai sebuah pertubuhan yang dianggap memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia, sudah tentu tindakannya membawa isu Scorpene ke mahkamah Perancis tidak akan dipersoalkan.

Tetapi apapah Suaram benar-benar ikhlas membangkitkan isu Scorpene atau sekadar menjadi anjing salakan Anwar?

Sebenarnya Suaram secara senyap telah menukarkan kulitnya sebagai pejuang hak asasi kepada sebuah cawangan PKR atau lebih spesifik lagi salah satu tali barut Anwar.

Sikap toleransi tinggi yang ditunjukkan oleh kerajaan dan Perdana Menteri dalam hal ini bukanlah kerana disebabkan kelemahan atau sebab ada sesuatu yang hendak disorokkan daripada rakyat.

Jika diikuti isu Scorpene, kerajaan telah bertindak secara pro-aktif sejak pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi.

Ketika itu, Datuk Seri Najib selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan telahpun memberi jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat apabila isu pemberian komisyen sebanyak RM540 juta dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang masa itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Ini berlaku seawal 6 Mei 2008 lagi di mana Datuk Seri Najib menegaskan rundingan perolehan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi kapal selam Scorpene, dan juga pesawat Sukhoi SU30MKM telah mendapat kelulusan daripada semua peringkat serta mematuhi Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

Rundingan ketat dan telus ini termasuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah proses penilaian dilakukan selari dengan keperluan ATM.

Bahkan segala aspek dan klausa dokumen perjanjian kontrak pembelian peralatan tentera itu juga tidak terlepas daripada penelitian rapi Pejabat Peguam Negara.

Kesimpulannya, tidak mungkin mana-mana aspek kontrak dan urusan pembelian kapal selam Scorpene telah diseleweng atau dipengaruhi oleh kerajaan jika proses rundingan mengikuti aliran tatacara yang amat ketat dan wibawa.

Tujuan pembangkang hanya semata-mata untuk mengeliru dan membakar hati rakyat dengan mereka-reka isu yang palsu dan tidak berasas.

Jika isu ini gagal diperbesarkan oleh pembangkang semasa era Tun Abdullah, kali ini Anwar melihat peluang keemasannya ketika Datuk Seri Najib menerajui Putrajaya.

Tidak berjaya mendapat sokongan di negara sendiri, Anwar menggunakan Suaram untuk terus menyerang kerajaan.

Bukan itu sahaja, Anwar juga sebenarnya telah memperkudakan sistem mahkamah Perancis untuk menyerang kerajaan Malaysia.

Suaram bukan lagi bertindak sebagai organisasi bukan kerajaan yang pendaftarannya tertakluk kepada undang-undang Malaysia, tetapi telah mengangkat martabatnya sebagai pendakwa, hakim dan seterusnya pelaksana hukum.

Tidak cukup dengan membuat aduan mengenai isu kapal selam Scorpene ke Perancis dengan dibantu oleh dua peguam negara itu, Suaram bersama peguamnya membuat sidang akhbar di Bangkok baru-baru ini.

Jika benarlah Suaram berjuang hak asasi rakyat Malaysia mengapa perlu mengadakan sidang akhbar di negara jiran dengan dihadiri kebanyakannya oleh media asing?

Apa agenda sebenar Suaram membuat fitnah dan tuduhan serius kepada kerajaan Malaysia jika tidak lain tidak bukan ia adalah sebahagian daripada strategi licik Anwar?

Lebih memeranjatkan bagaimana pihak mahkamah Perancis boleh memberi layanan yang sungguh istimewa kepada Suaram melalui akses penuh kepada 153 kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. 

Peranan Suaram hanya selaku pengadu atau plaintif sivil dalam kes yang di bawanya tetapi kini ia seolah-olah telah bertindak sebagai peguam bagi pihak pendakwaan!

Apakah isu Scorpene sebenarnya telah dicanai dengan begitu rupa melalui strategi yang rapi dan terancang, dengan membabitkan bukan sahaja Suaram tetapi jaringan sistem mahkamah luar negara, media antarabangsa serta jentera propaganda yang dibiayai oleh pihak Zionis?

Apakah agenda sebenar Suaram, pihak mana yang menjadi pendokong kewangan utamanya dan adakah Suaram pada hakikatnya sebuah organisasi yang radikal?

Isu ini akan dikupas selanjutnya dalam analisis seterusnya.

Sumber: Beruang Biru & The Pola Bear

Wednesday, June 13, 2012

Sudahlah Menipu, "Contempt Of Court" Pula Bakal Menanti SUARAM! Bingai Punya Suara Anak Haram!!!



Nampaknya SUARAM dan pembangkang tetap berdegil ingin terus bermain dengan isu kapal selam scorpene walaupun tuduhan mereka telah dijawab dan dipatahkan berkali-kali.   

Sudah menjadi taktik pembangkang untuk ‘buat bodoh’ apabila terkantoi dan akan terus memainkan fitnah yang sama walaupun ia telah dijawab berkali-kali beserta dengan bukti.  Contohnya, isu cincin Datin Seri Rosmah, isu anak Dato’ Seri Najib berbelanja di Australia sehinggalah isu pembunuhan Altantuya dan scorpene ini, yang mana semuanya telah diperjelaskan dan bukti telah pun dikemukakan bagi menafikan tuduhan mereka. 

Dalam kes scorpene ini, SUARAM dan pembangkang telah pergi ‘agak jauh’ iaitu dengan menggunakan nama mahkamah negara asing bagi menguatkan hujah mereka.    SUARAM juga menyatakan bahawa kes ini sedang disiasat dan kononnya terdapat penemuan dokumen komunikasi dan transaksi yang menunjukkan wujudnya permintaan rasuah secara terang-terangan.   

Kononnya juga, Perdana Menteri akan disapina dan diheret ke mahkamah Perancis.  Malah lebih dahsyat lagi, mereka mengaitkan pula urusniaga dan rasuah tersebut dengan pembunuhan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu dan membayangkan pembabitan Perdana Menteri dalam semua kes ini.  

Pembangkang nampaknya benar-benar berpegang dengan kata-kata bahawa, ‘lebih besar penipuan itu lebih ramai yang akan percaya’.  Sebenarnya, tidak semestinya.  Ada kalanya apabila penipuan itu terlalu besar ia akan menjadi raksaksa yang memakan diri.  

Hakikatnya, benar, ada aduan rasuah mengenai pembelian kapal selam scorpene dari DCNS oleh Malaysia yang dibuat oleh SUARAM kepada mahkamah Perancis.   Dan tidak seperti di Malaysia, di mana pihak polis atau SPRM yang bertanggungjawab menyiasat sesuatu aduan rasuah, di Perancis, pihak mahkamah yang menyiasatnya di bawah arahan Hakim.  

Selama siasatan dibuat iaitu dalam masa 2 – 3 tahun, mengikut anggaran hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang bertanggungjawab bagi kes ini, pihak yang terlibat tidak dibenarkan membuat sebarang komen atau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah.   Dan sekiranya, siasatan mendapati hakim memerlukan keterangan dari mana-mana pihak di Malaysia, maka hanya polis Malaysia yang boleh mendapatkan keterangan dari pihak yang berkenaan dengan kehadiran pegawai kehakiman dari Perancis.  

Oleh itu, tidak timbul soal mengsapina Perdana Menteri atau sesiapa saja dari Malaysia untuk hadir di mahkamah Perancis.  

Sekiranya, hakim mendapati terdapat keperluan untuk membawa kes ke perbicaraan, maka beliau perlu mengemukakan permohonan kepada mahkamah yang lebih tinggi kerana hanya mahkamah yang lebih tinggi yang dapat menentukan sama ada kes tersebut boleh dibicarakan atau tidak.  

Jelaslah, apa yang dilakukan oleh SUARAM, iaitu mewar-warkan apa yang dikatakan mereka sebagai ‘bukti’ serta membuat komen, malah kenyataan rasmi terbuka di media, adalah satu bentuk penghinaan yang serius terhadap mahkamah Perancis.  Maka, secara rasminya SUARAM boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah sekiranya ada pihak yang membuat aduan terhadap mereka.  

Jika kita lihat perkembangan kes ini di Perancis sendiri atau di mana-mana jua, kita akan dapati tiada langsung komen dari pihak DCNS yang dikatakan sama-sama memikul kesalahan jika benar telah terlibat memberi rasuah dalam urusniaga kapal selam dengan Malaysia.  

Ini kerana DCNS cukup arif mengenai prosedur undang-undang di negaranya dan mengelak untuk memberi komen, membela diri atau menjelaskan apa-apa mengenai apa-apa jua.  

Hanya SUARAM a.k.a pembangkang Malaysia yang ke hulu ke hilir menjaja cerita rasuah antara DCNS dengan Malaysia.   Kerana apa?  Kerana pilihanraya semakin hampir, itu saja. 

Monday, June 11, 2012

Isu Scorpene: Suara Anak Haram (SUARAM) Terkantoi Lagi! Udah Ler Tu Wooii...



Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa isu scorpene adalah isu paling hebat yang boleh dimainkan oleh pembangkang dalam menuju pilihanraya yang akan datang.  Dalam kebanyakan isu-isu lain, pembangkang begitu mudah terkantoi atau tertembak kaki sendiri kerana terlalu mudah untuk dipatahkan.   

Tetapi, apabila sesuatu isu membabitkan angka dan juga pihak luar negara seperti pembelian kapal selam scorpene dari Perancis, ia akan lebih mudah untuk dimanipulasi untuk mengelirukan rakyat.   Alasan seperti bukti tidak boleh dikemukakan kerana berada di tangan mahkamah Perancis memudahkan pembangkang mempermainkan rakyat.   

Justeru, segala tuduhan dibuat sewenang-wenang oleh mereka tanpa perlu membuktikan apa-apa.  

Memetik kata-kata Cynthia Gabriel, Penyelaras SUARAM sebelum ini, beliau menyatakan, “Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”   Jelas, jumlah yang menjadi pertikaian ialah EURO 114 juta dalam transaksi pembelian kapal selam ini.  

Tetapi, apabila pihak kerajaan menjustifikasi jumlah itu sebagai bayaran untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan kepada syarikat Perimekar, SUARAM tiba-tiba menukar angkanya.   

Kini, angka yang disebut sebagai rasuah bukan lagi EURO 114.96 juta atau RM410.27 juta tetapi USD 1 bilion atau RM3.8 billion pula.  Menurut SUARAM, mereka mempunyai bukti bahawa Dato’ Seri Najib, pada ketika itu Menteri Pertahanan, ada meminta jumlah tersebut untuk dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai komisyen.  

Adalah penting untuk kita memberi perhatian kepada angka-angka yang disebut di sini kerana tidak mustahil pihak SUARAM dan pembangkang akan menukarnya sekali lagi apabila terkantoi. 

Perlu diingatkan bahawa nilai keseluruhan kontrak ialah EURO 1.084 billion atau RM3.87 billion.  Ia merangkumi harga 2 kapal selam scorpene termasuk pakej Integrated Logistic Support dan latihan krew bernilai EURO 969.15 juta.  Selebihnya EURO114.96 juta ialah bayaran kepada Perimekar untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan.  

Kesemua dokumen jual beli dan penerimaan wang dibuat secara mengikut prosedur dan boleh dikemukakan sebagai bukti.  

Jika benar Dato’ Seri Najib ada meminta sebanyak RM3.8 billion bermakna kapal selam tersebut telah diberikan secara percuma kepada Malaysia.  Ini kerana mengikut nilai tukaran matawang pada ketika kontrak tersebut dimeterai iaitu 5 Jun 2002, adalah seperti berikut:  USD 1 bill = EURO 1.06 bill = RM3.80 bill.  

Memandangkan keseluruhan bayaran kontrak berjumlah EURO1.08 billion sahaja, maka keseluruhan bayaran yang dibuat tersebut adalah berupa rasuah dan urusan jualbeli kapal selam hanyalah ilusi semata-mata. 

Nampak benar SUARAM hanya bermain-main dengan angka untuk mengelirukan rakyat yang mungkin kurang berminat untuk menghalusi fakta dan angka.   

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia membuka mata dan memperincikan segala maklumat yang diterima agar tidak mudah dipermainkan oleh pihak-pihak yang ingin melemahkan kerajaan semata-mata untuk mencapai matlamat mereka untuk berkuasa.

Jelas, Suara Anak Haram (SUARAM) tidak mampu memberi fakta yang konsisten dan lebih penting, fakta yang benar. 

Saturday, June 9, 2012

Anwar Pening Kepala!!! Tiada Perbicaraan Kapal Selam Di Perancis!!!



Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a pembangkang, telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009.    Secara ringkasnya, SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.   

Menurut kenyataan Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong, “SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.” 

Secara tidak langsung, namun jelas lagi terang, Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan.   SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.  

Malah, SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis.  Untuk itu, SUARAM mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 - pastinya, untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu.  

Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut.   Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM ‘makan-angin’ ke Perancis.   

Tetapi, jika ada yang telah menyumbang, inilah disarankan agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang mereka.  Ini kerana, sumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes kapal selam scorpene ini, pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis.    

Mengikut undang-undang Perancis, sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas.  Hakim juga boleh menyoal saksi, orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti.  Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN dengan parti politik Perancis.  

Hakikatnya, Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis.  Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop siasatan ini.  

Justeru, apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali.  Isu pembelian scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata.  

Seharusnya, isu rasuah scorpene ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan penjelasan terperinci secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di parlimen.  Selain itu, Dato’ Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak mengenali Altantuya dan alibinya serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian juga amat  kukuh sekali.   Malah, penyebar fitnah tersebut, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya mereka-reka cerita.  

Namun, SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan.  Kita berkata demikian, kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan, mereka sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan selesai.   

Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun!  

Tujuan SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang merupakan satu entiti yang sama.   Memandangkan jangkahayat pembangkang hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya apa saja - sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai.   

Dengan pilihanraya semakin hampir, scorpene adalah satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar meragui kepimpinan Dato’ Seri Najib.  

Sumber: Beruang Biru & The Pola Bear

Friday, June 8, 2012

Isu Scorpene: Phonm Penh Post aka Roger Mitton Anggap Rakyat Malaysia Sebodoh Rafizi Ramli!!!



ISU yang hebat dimainkan media pro pembangkang mutakhir ini ialah berkaitan dengan tulisan seorang wartawan Roger Mitton dari akhbar Phonm Penh Post berhubung skandal Scorpene dan pembunuhan Altantunya.

Naik muak pun ada bercakap benda yang hampir sama sejak 5 tahun lepas tapi memikirkan Hospital Bahagia belum ada ubat untuk mengatasi penyakit mental yang seumpama ini, maka jadi tanggungjawab penulislah untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia tentang penipuan yang cuba disebarkan si benak-benak otak dalam Pakatan Rakyat ini.

Penulis suka nak memulakan tentang akhbar Phonm Penh Post ini.

Phonm Penh Post adalah akhbar berbahasa Inggeris dari Kemboja atau dalam bahasa Inggerisnya Cambodia.  Cambodia pula adalah antara negara termiskin di Asia Tenggara, dan tidak pernah kita dengar Cambodia menjadi pusat  rujukan agensi-agensi berita terkemuka di dunia seperti Reuters, AFP dan sebagainya. Penulis dimaklumkan bahawa di Cambodia sendiri pun, Phonm Penh Post bukanlah akhbar yang terkenal seperti New Strait Times dan The Star disini, maklumlah, dengan kadar buta huruf yang tinggi, berapa kerat saja orang di Cambodia sana nak baca akhbar berbahasa Inggeris.

Tujuan penulis menyebutkan ini bukan dengan maksud menghina, tapi nak menggambarkan bahawa betapa kecilnya akhbar ini dibanding dengan agensi berita antarabangsa yang lain.

Jadi siapa Phnom Penh Post ini dan apa layaknya untuk bercakap tentang masalah di Malaysia, nak cakap pasal kapal selam?  Cambodia pun tak memiliki waima sebijik kapal selam untuk membolehkannya mengalami sendiri pengalaman membeli dan menguruskan peralatan ketenteraan tersebut dari perspektif yang betul.  Justeru, rujukannya penulis rasa lebih banyak dari apa yang dipapar dan ditulis di Internet semata-mata, bukan berdasarkan fakta sebenar.


Tidak hairan kenapa banyak fakta dalam artikel tersebut yang salah dan menyerong dari hal yang sebenarnya berlaku (atau yang sekurang-kurangnya kita tahu berlaku, berdasarkan laporan dari Mahkamah dan sebagainya).  Malah kalau boleh disebutkan disini sudah outdated.

Tapi semua itu nampaknya tidak menghalang balaci pembangkang untuk mensensasikan berita ini ke tahap tertinggi, atau tahap dewa mengikut bahasa yang biasa disebut.  Tidak pedulilah kalau berita itu betul atau tidak, asalkan ada kaitan dengan pembohongan yang rancak disensasikan mereka di negara ini, sudah cukup sesuai untuk dijadikan isu.

Ini bukan rendah lagi dah, tapi sudah ke tahap jatuh jauh ke bawah kualiti blogger dan facebooker pembangkang apabila berita dari sumber yang tidak kuat pun diangkat menjadi isu sensasi.  Kalau maklumat dalamnya itu benar, boleh tahan, ini banyak yang salah.

Contohnya dakwaan Altantunya pernah berjumpa dengan Datuk Seri Najib di Paris dan ‘komisen’ yang dibayar kepada Perimekar

Umum tahu, Datuk Seri Najib sudah 4 kali bersumpah tidak pernah mengenali dan berjumpa dengan Altantunya (secara peribadi).  Sengaja disebutkan ‘secara peribadi’ disitu sebab penulis sendiri sudah beberapa kali berjumpa dengan Perdana Menteri – tidak bermaksud beliau mengenali penulis.  Begitu juga dengan Pakcik Hasan di Muar, Ah Lok di Kuala Lumpur dan Makcik Bedah di Kuching, kalau nak disebutkan ramai, beratus ribu kalau tak berjuta orang yang sudah berjumpa dengan Datuk Najib, tapi tak semuanya dikenali pemimpin nombor satu negara itu.

Sebagai orang Islam pula, tidak ada sebab kenapa penulis nak menolak pengakuan bersumpah Datuk Najib itu, lagipun selain ‘air liur’ adakah apa-apa sumber lagi yang boleh mengesahkan pertemuan tersebut?  Setakat gambar yang di super imposedkan itu tak payahlah, buang masa.

Kalau Roger Mitton dan Phonm Penh Post terlalu jahil untuk faham kepentingan disebalik sumpah, berlambak sumber di internet akan penafian Datuk Najib yang beliau pernah berjumpa dengan mendiang.  Itu pun sudah lebih dari cukup, tapi hairan, masih lagi menjadi bahan tulisannya.

Isu komisen ini juga sudah berulang kali disebut dalam persidangan Parlimen Malaysia dan disiarkan di media antarabangsa.

Perimekar bukan orang tengah sehingga nak dibayar komisen, Perimekar adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sokongan dan penyelenggaraan kepada operasi 2 buah kapal selam yang dibeli kerajaan Malaysia selama 6 tahun.  Termasuk kos latihan dan sara hidup anak-anak kapal serta keluarga mereka sepanjang beberapa tahun mereka berada di Perancis.

Jelasnya disini, Phonm Penh Post ini adalah akhbar picisan yang tidak dapat perhatian waima di Cambodia.  Orang Pakatan saja yang sibuk sebab ada isu yang boleh disensasikan disitu, dan ini bukanlah suatu yang mengejutkan.  Asas pertuduhan ke atas Datuk Najib dalam kes ini diketahui terlalu lemah, justeru apa pun yang boleh dikutip, akan dikutip mereka untuk dijadikan isu.

Phonm Penh Post tidak terkecuali.

Bahkan penulis pernah dimaklumkan seseorang, kalau di punggung lembu ada tertulis perkataan Najib & Altantunya, nescaya lembu itupun akan diangkat menjadi calon pilihanraya mewakili Pakatan Rakyat.  Penulis rasa orang itu melawak, tapi itu tidak mengepikan maksud sebenarnya, betapa bebalnya orang Pakatan Rakyat ini.

Sumber: Beruang Biru & The Pola Bear

Isu Scorpene: Roger Mitton - Satu Lagi Perkakas Anwar Selepas RPK Angkat Tangan!!!



Roger Mitton, seorang wartawan serantau di Phnom Penh Post, Kemboja menulis artikel bertajuk,  ‘Urusniaga kapal selam menghantui PM Malaysia’.  

Untuk seorang wartawan mengulangi skrip yang telah dibatalkan oleh penulis asal, Raja Petra Kamaruddin (RPK) amatlah menyedihkan.  

RPK, seorang yang kurang stabil, pengecut dan juga pelarian mengangkat dirinya sebagai manusia berintegriti dan seorang wira, telah pun membuat pengakuan terbuka bahawa beliau hanya mengada-ngadakan kisah pembabitan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya.  Pembunuhan itu juga telah pun dibawa ke mahkamah dan tiada satu pun bukti yang dapat mengaitkan apa-apa dengan PM mahupun kapal selam yang dibeli.  

Tetapi jelaslah, bahawa ada pihak yang masih dihantui dengan kisah ini, atau mungkin juga dengan ‘jawatan PM’ serta enggan mengakui bahawa tiada apa-apa yang pelik di belakang pembelian kapal selam dan bahawa kisah pembabitan PM dalam pembunuhan hanyalah merupakan fitnah terang-terangan.  

Lucu bila memikirkan Mitton mempunyai pengetahuan yang lebih sedikit dari RPK, penulis skrip asal sendiri.  Contohnya, beliau tahu bahawa Altantuya telah dirogol sebelum tubuhnya hancur diletupkan.  

Jika kita mempunyai tahap imaginasi yang tinggi sepertimana Mitton, kita akan menyangka bahawa Mitton sebenarnya terlibat dalam pembunuhan itu.  Ini dapat menjelaskan bagaimana beliau tahu secara terperinci bahawa wanita tersebut telah dirogol dan apakah yang dibualkan oleh Altantuya dengan Razak Baginda sebelum dibunuh, sedangkan Mitton hanya bertemu Razak sekali atau dua kali sebelumnya.  

Tetapi, Mitton tidak dapat menulis kisahnya dengan tepat.  Artikel beliau agak mengelirukan dan pembaca gagal mengenalpasti sama ada Altantuya adalah perempuan simpanan Razak dan bagaimana beliau terlibat dengan PM.  Dan kita dapat mengesan bahawa Mitton agak berhati-hati dengan menyebut jumlah harga kapal selam secara jangkaan, mungkin kerana tidak mempunyai maklumat terperinci.  Pastinya beliau tidak mempunyai maklumat terperinci kerana jumlah rasuah yang didakwa sering berubah-rubah dalam setiap versi kisah ini. 

Bagaimamnapun, versi yang paling popular ialah bahawa rasuah tersebut berjumlah EURO 114.96 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat milik sama ada Razak, atau isterinya atau isteri PM atau sesiapa jua yang mana SUARAM sendiri, iaitu juara isu scorpene ini, pihak pembangkang dan Mitton sendiri tidak dapat pastikan, walaupun mereka begitu pasti tentang semua perkara lain. 

Satu-satunya versi yang tidak berubah ialah yang diperjelaskan oleh PM dan kerajaan di dalam parlimen.  Faktanya ialah Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S. Ombak Laut Sdn Bhd. Dan Perimekar tidak menerima apa-apa komisen atau rasuah dari DCNS tetapi hanya menerima bayaran bagi perkhidmatan sokongan dan penyelenggaraan yang diberikan mereka.  

Ini termasuk, kediaman lengkap bagi 27 pegawai, 156 krew dan 30 staf dan keluarga mereka di Perancis dan Sepanyol selama 6 tahun. 

Perimekar juga adalah bertanggungjawab menyediakan dan menguruskan pejabat pengurusan di Perancis dan Sepanyol selama 6 tahun. 

Dan juga Perimekar perlu menanggung kos insurans, elaun, perjalanan dan koordinasi serta semua perebelanjaan bagi memastikan operasi berjalan lancar selama 6 tahun. 

Kita harap agar Mitton tidak cuba untuk membandingkan kos kehidupan di Kemboja dengan Eropah, terutamanya Perancis.  Melihat dari angka ‘rasuah’ iaitu EURO 114.96 juta atau RM410.27 juta mengikut tarikh kontrak iaitu 5 Jun 2002, congakan rambang akan menunjukkan bahawa EURO 85 juta adalah kos hangus untuk operasi, sementara EURO 26 juta adalah kos ‘overhead’.  Justeru, Perimekar hanya mampu membuat untung sebanyak lebih kurang EURO 3 juta sahaja. 

Jika kesemua RM410.27 juta tersebut dibayar sebagai rasuah kepada PM, Razak atau sesiapa jua, bagaimakah agaknya Perimekar mampu terus wujud sedangkan mereka perlu menanggung semua kos di atas?  Apakah Mitton ingin berhujah bahawa mereka beroperasi secara percuma?

Mungkin Mitton tinggal di Kemboja terlalu lama dan amat mendambakan sebuah kisah yang menarik.  Kita tidak menyalahkan Mitton untuk cuba menghapuskan kebosanannya. 

Tetapi, kita dapat melihat bahawa Mitton adalah seorang penulis fiksyen yang baik.  Selepas menulis artikel yang begitu menyedihkan ini, penulis harap Mitton akan memikirkan secara serius tentang menceburi bidang penulisan fiksyen.  Sekurang-kurangnya beliau akan dipuji kerana menulis fiksyen yang baik daripada diketawakan kerana menulis laporan berbentuk fiksyen.  

Bagaimanapun, sedikit kredit perlu diberikan kepada Mitton kerana kini kita menyedari akan kewujudan akhbar bernama ‘Phnom-Penh Post’.  

Isu Scorpene: Anwar Diburu Oleh "Torpedo"nya Sendiri!!! Hambik Kau!!!



Beberapa tahun lepas isu komisyen pembelian kapal selam Scorpene pernah digembar gemburkan oleh Anwar dan pakatan pembangkang sebagai skandal penyalahgunaan wang dan penyelewengan dana negara yang terbesar dalam sejarah tanahair.

Bila disebut penyelewengan dan salahguna wang, wajib saja akan terbeliak mata penyokong pembangkang ditambah pula dengan tokok tambah kematian wanita Mongolia serentak dengan itu bergentayanganlah segala macam cerita angin mengaitkannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Walhal realitinya Altantuya yang dikaitkan dengan PM itupun langsung tidak dikenali apatah lagi untuk bercemolot macam laki bini seperti disebarkan oleh penyokong pembangkang. Hingga saat ini PM sudah tiga kali mengangkat sumpah bersaksikan Allah s.w.t dengan menyebut kalimah "Wallahhi, Wabillahi, Wataallahi" menafikan penglibatannya dalam pembunuhan tersebut. 

Jika dihitung dari jumlah hari PM bersumpah, sudahpun melebih tempoh setahun dan terbukti beliau dipihak yang benar kerana berdasarkan huraian hadith dan pendapat ulama, sekiranya seseorang itu bersumpah palsu dengan menyebut tiga kalimah tersebut maka bala bencana dari Allah s.w.t akan menimpanya dalam tempoh seawal 40 hari pertama atau 2 bulan ataupun selewat-lewatnya dalam jangka masa setahun.

Berbalik pada isu komisyen pula, sebetulnya ianya langsung tiada kaitan dengan penyelewengan apatah lagi salahguna kuasa mahupun dana negara. Sebaliknya yang berlaku ialah bayaran sejumlah EURO 114.96 juta (RM540 juta) yang diterima oleh syarikat Perimekar Sdn. Bhd adalah untuk nilai kontrak bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi selama enam tahun.

Malah, Datuk Seri Najib pada 14 Mei 2008 yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan juga mengambil tanggungjawab penuh memberi penjelasan bersama fakta dan angka di dalam Dewan Rakyat sekaligus menepis tohmahan oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam isu komisyen tersebut.

Walaupun demikian, disebabkan tabiat sesetengah manusia yang mudah lupa, sukalah penulis sekali lagi mengutip fakta-fakta tersebut sekadar sepintas lalu supaya lebih ramai lagi kembali memahami dengan jelas ke mana wang sejumlah RM540 juta itu dibelanjakan.

Untuk makluman semua, Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dikaitkan sebagai menerima komisyen RM540 juta itu sebenarnya dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S Ombak Laut Sdn Berhad.

Nilai RM540 juta itu sebenarnya merangkumi banyak skop kerja sokongan dan koordinasi yang perlu disedia dan diselesaikan sepanjang tempoh enam tahun untuk memenuhi keperluan anggota anak kapal selama Scorpene serta pasukan pegawai yang bermastautin di luar negara selama tempoh tersebut untuk tujuan latihan berkaitan pengedalian kapal selam Scorpene.

Syarikat Perimekar Sdn Bhd itu bertanggungjawab sepenuhnya sebagaimana ditetapkan dalan kontrak tersebut yang mengkehendakinya melaksanakan skop kerja sokongan & koordinasi sebagaimana berikut;-

i. Menyediakan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol.

ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang anggota krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol.

iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol.

iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.

v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.

Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu turut meliputi khidmat koordinasi antaranya memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, serta penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan sekali.

Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu sama sekali bukan bayaran komisyen, ia juga bukannya merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut. Bukti perbelanjaan dan nilai sebenar keuntungan syarikat Perimekar ini boleh kita ketahui dengan mudah melalui laporan audit syarikat itu.

Manakala bagi Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) yang masih hijau dalam bidang pengendalian kapal selam, tentu sahaja segala program dan latihan yang diatur di luar negara cukup bermanfaat supaya aset ketenteraan yang baru dimiliki itu beroperasi pada tahap optimum dan bertahan lama.

Inilah kebenaran yang sedari awal lagi sengaja disembunyikan oleh Anwar dan pembangkang. Cerita separuh masak di perbesarkan, kebenaran dinafikan kerana mereka tahu jika fakta betul diberikan kepada khalayak umum tentu saja hilang ummpph propaganda yang cuba mereka sebarkan itu.

Namun bagi pihak pembangkang yang diketuai oleh Anwar, mereka tidak pernah kisah soal peri penting kelengkapan persenjataan dan pertahanan negara diperkukuhkan. Yang mereka tahu hanya mempersoalkan jumlah sekian-sekian banyak hingga kerap kali lupa langkah tersebut sebenarnya turut mendedahkan rahsia kelengkapan aset pertahanan negara kepada pihak musuh.

Walaupun isu ini sudah sejuk namun menjadi kewajipan bagi penulis dan pembaca sekalian untuk terus menyebarkan kebenaran kerana apabila menjelang pilihanraya kelak tentu sahaja pihak pembangkang akan cuba spin fakta mengikut sudut lain pula bagi mengabui mata khalayak umum.

Malah pembangkang kini sibuk menyatakan bahawa Datuk Seri Najib telah meminta komisyen USD 1 billion dalam pembelian kapal selam ini iaitu RM 3.8 billion (semasa Scorpene dibeli UDS1 diikat dengan nilai RM 3.80 ) sesuatu yang lansung tidak masuk akal kerana nilai dua buah kapal selam Scorpene yang dibeli pun baru berharga kira-kira RM3.6 billion. Nampaknya, pembangkang tak henti-henti mahu menipu kerana percaya rakyat Malaysia mudah ditipu!

Tuesday, May 29, 2012

Scorpene: Setelah Bertahun, Bukti Masih Gagal Dikemukakan Oleh SUARAM!



Isu scorpene ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk memastikan Dato’ Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau.  Setelah gagal mengubah takdir di mana Dato’ Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.  

Seperti yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, Suhakam, Himpunan Hijau, Suaram dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan. 

Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka.  Sebagai permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.  Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.  

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”

Seperti yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib dengan apa jua cara.  

Tetapi, apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia.  

Kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak boleh dibentangkan secara terperinci.  Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyikan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing.  Jika soal pertahanan dibentangkan secara terbuka, ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya.  

Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084 billion.  

Dari jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Suppport (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam.

Bakinya, iaitu EURO 114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis.

Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002.  

Merujuk kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetik di atas, iaitu “kes ini spesifik kepada pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberikan kepada syarikat Perimekar”; justeru, berdasarkan fakta ini, persoalan yang timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma?  Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan.  


Secara dasarnya, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:  
  • menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun. 
  • Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun. 
  • Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua. 
  • Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali. 
  • Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.  
  • Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.  
  • Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan. 
  • Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi.  

Maka, sekali lagi kita ingin bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas?  

Hakikatnya, bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimekar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan tiada apa yang pelik dalam urusniaga ini.  

Yang pelik hanyalah tuduhan Suaram dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali.  

Kesungguhan pihak ini untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib sehingga sanggup mengupah penulis yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan persoalan.  Dari cakap-cakap kedai kopi kini terbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut?  

Dengan RPK sudah pun mengakui yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan juga.  

Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene ini.  Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan pembangkang… 

Mujur Suaram bukan berada di Republik Rakyat China mahupun Russia, kerana pastinya mereka telah dihukum mati kerana campurtangan dalam urusan keselamatan negara!

Thursday, February 10, 2011

DZIRHAN MAHADZIR: TONY PUA TAK MASUK AKAL!!!


Teori bodoh Tony Pua terhadap isu pembelian OPV oleh Kementerian Pertahanan telah disanggah oleh Dzirhan Mahadzir, penulis majalah pertahanan terkemuka, Jane's Defence Weekly.  

Dzirhan berkata bahawa perbandingan oleh Tony adalah tidak masuk akal.  Beliau menulis di laman Facebooknya.  


Tidak masuk akal juga bererti bodoh. So, Tony Pua mmg bodoh!!!

TONY PUA'S PROPOSAL ON A NEW LITTORAL COMBAT SHIP!!!


Ini adalah kapal perang budget ilham dari orang yang melingkupkan bisnes it dan konsultansinya.  Untuk cari makan, dia terjun ke dunia politik dgn membawa imej intelligence dan educated. Tony telah mengeluarkan kapal perang yang berharga 975 peratus lebih murah dari harga LCS.  Singapura dikhabarkan ingin membeli 20 buah TTT (ToneyTune Tongkang) berikutan menjimatkan bahan api.

Isu yang dibangkitkan oleh Tony Pua berhubung kapal perang OPV baru-baru ini sgt  "tricky".  Adakah Tony mmg bodoh, atau Tony sebenarnya mempunyai agenda yang lain?  Ya.. jawapan anda mmg tepat.  Apa2 hal pun, Tony mmg bodoh.  

Ini adalah soal keselamatan negara.  Segala maklumat adalah sulit dan rahsia, bukanlah untuk tontonan umum.  Mana mgkin maklumat ketenteraan dihebahkan atas dasar transparensi, kononnya. Andai terlampau byk maklumat yang tersebar, pasti ini memberi peluang kepada negara lain untuk mengetahui kekuatan ketenteraan Malaysia.  Harga, spesifikasi, sistem persenjataan dsb bukanlah segampang Tony itu untuk didedahkan.

Satu lagi trend pembangkang yang dapat anda lihat.  Sebelum ini, Nurul Izzah juga pernah menyerang institusi keselamatan negara.  Skrg, Tony Pua. Mereka menyerang institusi ini walhal mereka tahu perkara yang melibatkan ketenteraan adalah rahsia besar.  

Perbuatan mereka ini sebenarnya adalah satu ancaman kepada negara.  Siapakah mereka?

Wednesday, February 9, 2011

KATA-KATA BESTARI DARI LAKSAMANA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA!!!


Peluang bertemu dengan Ketua Angkatan Tentera Laut Di Raja Malaysia ini akan GT kenang selagi hayat dikandung badan.  

Beliau mengatakan bahawa TLDM memerlukan LCS untuk menghadapi sebarang kemungkinan.  Dangers and Threats are still there.  Namun begitu, TLDM juga bertanggungjawab dalam memastikan pembelian ini mengikut keperluan negara.  Ini dibuktikan dengan fakta bahawa 6 pembelian kapal LCS ini akan dilaksanakan dalam tempoh 2 Rancangan Malaysia (RMK) - 10 tahun. 

GT tertarik dengan pandangan beliau mengenai sudah sampai masanya Malaysia mempunyai industri pembuatan kapal perang.  Potensinya cukup besar dimana industri ini kebanyakkannya dimonopoli oleh US dan Eropah.  Perkongsian pintar di antara Boustead Naval Shipyard dengan syarikat luar nanti akan memberi pulangan yang baik dari segi ekonomi, peluang pekerjaan dsb.

Bagi GT, ini adalah industri baru yang harus diterokai kerana potensinya di masa depan.  Contoh terbaik ialah Proton.  Industri pembuatan kereta, idea dari Tun M pada masa itu hanya diketawakan oleh spesis DAP spt Lim Kit Siang.  Namun, setelah lebih kurang 25 tahun berlalu, industri pembuatan kereta berkembang pesat bukan sahaja Proton, malah muncul pula Perodua.  

Tidak mustahil industri ini juga boleh berkembang dengan baik kerana pasarannya lebih global.  Bukankah ia boleh menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi Malaysia?

GT ingin memetik kata-kata bestari dari orang yang bertanggungjawab terhadap Armada TLDM ini, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz berkata:

"SETIAP KEMAKMURAN DAN KENIKMATAN EKONOMI MALAYSIA, IA HARUS DIJANJIKAN DENGAN KESELAMATAN YANG BERPANJANGAN"

dan GT sangat2 bersetuju dengan pendapat beliau ini!!!

MESTI BACA: FAKTA SEBENAR ISU KAPAL TLDM BERNILAI RM 6 BILLION!!! PART 2


Dalam Msiakini juga Tony berkata bahawa pembinaan LCS oleh US adalah kurang dari USD300 juta (RM913juta) pada tahun 2004.  Tony harus tahu bahawa harga itu adalah pada tahun 2004.  

Tahukah Tony bahawa mengikut laporan dari Congressional Research Service, yang diambil dari Department of Navy Fiscal Year 2011 Budget Estimates oleh US, kos LCS yang pada awalnya dianggarkan USD220juta akan mencecah kepada USD 736 juta???

Kos2 ini dijangka terus meningkat berikutan beberapa faktor seperti bahan pembuatannya, pemasangan dan dsb.

Sebenarnya, dengan kos USD 736 juta ini, kapal LCS adalah kosong, tanpa ada sebarang penambahan dan penambahbaikan sistem persenjataan (weaponry) yang canggih.  Kementerian Pertahanan berpendapat bahawa LCS ini perlu disiapkan dengan kelengkapan persenjataan paling canggih.  LCS ini akan mampu mengesan dan melancarkan serangan ke udara, permukaan dan di bawah laut.  Kos mempertingkatkan sistem persenjataan bukanlah murah kerana dalam pembinaan mana-mana kapal perang di dunia ini,  kos persenjataan sahaja sudah meliputi 40% dari harga keseluruhan.  Oleh itu, kos LCS ini dianggarkan RM1 billion setiap satu.  


Perbandingan mudah, kita beli kereta, lepas tu nak masukkan turbo, NOSH, seat racing, sport rim dan tayar lebar, modified sistem ekzos, mesti bertambah kos kan??  Sebab apa?  Sebab nak laju!!!

Tuduhan selanjutnya yang mengatakan bahawa kerajaan pembelian itu tidak dilakukan secara kompetitif adalah tidak berasas sama sekali.  Dalam artikel GT yang pertama, GT ada menulis bahawa terdapat 6 naval shipyard yang telah disenaraipendek dan 6 syarikat ini juga terbabit dalam LIMA. Syarikat yang berjaya akan bekerjasama dengan Boustead Naval Shipyard di Lumut, yang dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). 

Dijangka 632 vendor tempatan akan mendapat manfaat dari projek ini.  Pemasangan boleh dilakukan di dalam negara dan ia akan membuka banyak lagi peluang pekerjaan kepada rakyat.

Apa yang tidak kompetitif???  

Semoga 2 artikel GT ini memberi kefahaman yang jelas agar anda tidak terus diperbodohkan oleh lelaki tak pandai meniaga bernama Tony Pua.

MESTI BACA: FAKTA SEBENAR ISU KAPAL TLDM BERNILAI RM 6 BILLION - PART 1


Isu ini telah dibangkitkan oleh Tony Pua.  Taktik yang baik untuk mengalihkan populariti atau kredit oleh rakyat beri kepada kepimpinan DS Najib berikutan kejayaan dalam Ops Piramid.

Alhamdullillah, dengan sessi taklimat yang disampaikan sendiri oleh Laksamana Tan Sri Abdul Aziz, Panglima Tentera Laut DiRaja Malaysia beserta sedikit research yang GT lakukan, dakwaan jahat Tony Pua ini akan dapat dijawab. 

Pertama, nilai RM6 billion untuk 6 buah kapal laut ini sebenarnya adalah harga anggaran sahaja, dan bukannya "finalised cost".  Harga ini sebenarnya bergantung kepada beberapa perkara termasuklah harga barang mentah, kos pemasangan dan pakej2 lain spt persenjataan.  Pada saat artikel ini ditulis, GT difahamkan ada lebih kurang 6 Naval Ship Yard companies yang sudah disenaraipendekkan.  Sudah tentu, harga tawaran pasti berbeza2.  Keputusan muktamad belum diputuskan lagi.  Yg pasti, Old Town White Kopitiam atau Cafe Rocket tidak termasuk dalam senarai itu!!!

Tony Pua mendakwa bahawa OPV yg akan dibeli oleh Kementerian Pertahanan adalah 870% lebih mahal dari harga yang pernah dibeli oleh Tentera Laut New Zealand iaitu RM210 juta.  Gambar dibawah ini adalah contoh OPV milik New Zealand yang dimaksudkan oleh Tony.


OPV atau Offshore Patrol Vessel bermaksud bot peronda atau kapal laut kecil.  Bot peronda ini biasanya digunakan oleh tentera laut, polis marin atau pengawal pantai untuk membuat RONDAAN di pesisir pantai, atau luar pantai. Ia hanyalah bot peronda dengan kelengkapan persenjataan yang minima, dan keupayaannya untuk bertempur di medan perang amatlah terhad.

Kementerian Pertahanan sebenarnya mempunyai visi yang jauh melihat kehadapan berdasarkan keperluan negara.  Kapal yang akan dibeli sebenarnya bukanlah OPV, tetapi LCS - Littoral Combatant Ship, sebuah kapal yang mampu membuat rondaan, dan mempunyai spesifikasi terkini dan jauh lebih canggih dari OPV termasuk dalam perkara-perkara diluar jangkaan seperti peperangan.  Dibawah ini adalah gambar LCS yang dimaksudkan:


Ini jelas menunjukkan bahawa Tony Pua tidak memberi perbandingan yang adil.  Tony Pua cuba untuk membandingkan dua jentera yang berlainan; OPV vs LCS walaupun kedua-duanya beroperasi di permukaan laut.

Lebih mudah GT gambarkan begini:  antara kereta kancil dan Myvi 1.3, mana yang lebih mahal? Kenapa Myvi lebih mahal sedangkan kedua-duanya adalah KERETA dan boleh bergerak di darat?

Tony Pua, you should do apple to apple comparison.  Or maybe you are stupid enough?  However, I believe that you do it on purpose, don't you? 

Adakah benar pembinaan LCS oleh US bernilai kurang (USD 300 juta) RM913 juta pada tahun 2004?  Mengapa harga 1 buah kapal dianggarkan hampir RM1 billion?

GT akan dedahkan jawapan2 ini pada artikel ke 2 pada jam 3.30 ptg ini, insyaallah!!!

Pastikan terus bersama Gerakan Timur!!!

MESTI BACA: JGN LUPA, JAM 10.01 INI DI GERAKAN TIMUR!!!

Lagi 2 jam sebelum anda dihidangkan dengan fakta sebenar tentang dakwaan Tony Pua bahawa harga 6 buah kapal laut yg berharga RM6 billion adalah 870% lebih mahal dari harga sebenar.  

Dakwaan jahat ini akan dijawab dengan fakta yg komprehensif, insyaallah.  

Tunggu jam 10.01 pagi nanti di Gerakan Timur!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...