Bersama Berjuang

Wednesday, May 22, 2013

Air Asia: Now Every Flight Can Delay !!!



Mimpi ngeri yang menimpa seorang wanita dan bayinya yang baru berusia 14 bulan selepas dihalang menaiki pernerbangan pulang Air Asia dari Ho Chi Minh, Vietnam ke Malaysia sudah pun berakhir sebaik mereka selamat sampai di di KLIA tepat jam 7.45 19 Mei 2013.

Mereka tidak dibenarkan menyertai pernerbangan Air Asia atas alasan bayi 14 bulan itu dikatakan masih belum sihat dari demam campak sedang hakikatnya sudah sembuh dan tidak membahayakan penumpang lain.

Kedua-dua beranak itu kemudiannya di bawa pulang ke Malaysia dengan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) bersama dua saudara yang lain. Jika tidak terpaksalah mereka terkontang kanting di Vietnam untuk selama lima hari lagi.

Turut sama menjayakan misi penerbangan ehsan itu termasuklah Tourism Malaysia, Kedutaan Malaysia di Vietnam, Hong Leong Bank serta kakitangan MAS.

Inisiatif kesemua pihak di atas wajar diberi pujian kerana masih mengutamakan sifat kemanusiaan yang cukup tinggi. Tahniah diucapkan.

Meskipun begitu bukan bermakna trauma yang mereka alami telah berlalu pergi kerana peristiwa tersebut tentunya melekat dalam ingatan untuk tempoh masa yang sama, barangkali kalau melihat logo Air Asia di kaca TV pun boleh mengundang imbasan yang tidak menyenangkan itu.

Sukar dipercayai sama sekali perkara ini berlaku, jika tidak kerana keprihatinan wartawan TV3, Mazidul Akmal yang kebetulan berada di tempat kejadian barangkali kes ini hanya dipandang sepi seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Kisah yang menimpa mereka berdua cukup menyentuh perasaan ramai di masa yang sama membongkar sisi gelap syarikat penerbangan murah Air Asia yang memperlihatkan ketinggian ego dan betapa rendahnya sifat kemanusiaan syarikat itu.

Apapun, sekali lagi kita ucapkan terima kasih kepada pihak MAS dan semua yang terlibat di atas jasa baik dan sikap kemanusiaan yang ditunjukkan dan ia satu tindakan terpuji dan cukup menyentuh hati khalayak.

GT teringat sewaktu pertama kali menaiki penerbangan Air Asia untuk ke Medan, Indonesia.  Flight yang dijadualkan pada jam 8 pagi, dan seperti yang diarahkan, GT standby seawal jam 7.00 pagi. 

Namun, GT difahamkan bahawa flight tersebut telah ditunda pada jam 10 pagi.  GT terus menanti. Dari jam 10 pagi, sehinggalah jam 12 t/hari dan masih tiada sebarang makluman sehinggalah diberitahu bahawa penerbangan itu akan berlepas jam 4 petang.  

You just imagine, I have lost almost a day because a flight delay. WTF! 

Since then, Air Asia is no longer the Airline that i prefer.  

Benarlah kata orang kebanyakkan, it is not that now everyone can fly, it is every flight can delay now!

JOM TONTON: Video Pilu Khas Untuk Ali Rustam Dari Penyokong Setianya...



Di Selangor, hampir kesemua rakan GT tahu bahawa Tok Ali Rustam adalah seorang yang kuat bekerja untuk rakyat Melaka. 

Dari pagi hingga ke dini hari, itu jadual hariannya. 

Bagi GT, perjuangan Ali Rustam belum berakhir.  Perjuangannya masih panjang demi anak-anak Melaka yang faham susur galur serta sejarah ibu pertiwi. 

Video dari anak Melaka yang menjadi saksi pemimpin berjiwa rakyat Melaka DIKHIANATI pada PRU13 yang lalu. 

Tuesday, May 21, 2013

Sudahkah Anda " B.B.C. " ??? GT mesti pileeehhh...


Wakil Dewan Perniagaan Cina dan Melayu, Yeah Kim Leng semalam memberitahu Malaysian Insider bahawa ‘boikot produk Cina’ yang dipromosikan oleh blogger pro-UMNO akan menjejaskan ekonomi Malaysia dan menakutkan pelabur.  Beliau tentunya bercakap tentang kempen ‘boikot barangan Cina pro-DAP’ yang kini sedang merebak di internet.  

Kita boleh merujuk kempen ini sebagai kesan sampingan dari keputusan PRU-13 yang menyaksikan penolakan sepenuhnya kaum Cina terhadap parti pemerintah a.k.a kerajaan Melayu.  Dalam kenyataannya, Yeah mendesak Putrajaya agar masuk campur bagi menghentikan kempen boikot tersebut. 

Penulis percaya bahawa Yeah sedia maklum bahawa kaum Melayu telah lama bersabar dengan permainan rasis akhbar-akhbar Cina serta lakonan mengada-ngada kaum Cina dalam menangani isu-isu rasis, dengan harapan kaum Cina akan menghargai toleransi mereka. 

Bagaimanapun, kaum Cina mengambil sifat toleransi Melayu itu sebagai suntikan dos kepada ego mereka.  Dari situ, keangkuhan kaum Cina yang dipamerkan dalam tragedi 13 Mei kini sekali lagi dipamerkan sepanjang kempen PRU-13.  

Hakikatnya, majoriti rakyat sudah muak dengan sikap hipokrasi-sensitif kaum Cina.  Setiap kali mereka diingatkan tentang kontrak sosial, mereka akan menjerit ‘rasis’!.  Setiap kali mereka disoal tentang semangat nasionalis dan patriotik, mereka akan menyalak ‘rasis’!.  Dan apabila Utusan Malaysia bertanyakan apa lagi yang mereka mahu, iaitu satu soalan yang jujur, terus terang dan mudah, akhbar itu dikutuk sebagai ‘ultra-rasis’!

Di masa yang sama, akhbar-akhbar Cina dan ahli politik mereka terus memperhebatkan permainan isu rasis ini sehingga kemuncaknya masyarakat Cina gagal membezakan antara ‘benci Melayu dengan benci Malaysia’.  Maka, hari ini, kita melihat anak-anak Cina memegang bendera Malaysia terbalik – dengan bangga.  

Selepas PRU-13, para ektremis Cina ini akhirnya bertemu buku dengan ruas.  Ramai guru-guru dan murid-murid Melayu di sekolah Cina mula memperkatakan tentang pengalaman mereka berhadapan dengan sikap rasis di sekolah.  Ramai lagi yang mula bertanyakan peranan akhbar-akhbar cina yang telah lama menanam sikap prejudis, keraguan dan kebencian terhadap kerajaan yang diterajui Melayu.  Malah, ahli politik Melayu juga sudah mula ‘menyampah’ dengan hipokrasi kaum Cina.

Sudah tiba masanya kita memainkan isu rasis ini secara terbuka.  Sepertimana yang penulis sering katakan pada rakan-rakan penulis, jika kita berurusan dengan seorang rasis, kita tidak punya pilihan selain turut menjadi rasis, atau kita akan ditindas.   Dan itulah yang kaum Cina inginkan sangat, iaitu ‘menindas’.  

Jelas, kaum Melayu sudah tidak tahan lagi dengan sikap chauvinis dan angkuh kaum Cina dan mula berkata:  “Jika ingin sangat bermain dengan isu kaum, maka ayuhlah kita main sama-sama”.  

Mungkin ada yang menyangka, dari situlah bermulanya kempen boikot barangan Cina ini.  

Hakikatnya, ia telah bermula lama dahulu apabila kaum Cina dengan liciknya menyerang dan mengsabotaj semua produk bumiputera.   

Contohnya, apabila seorang taikun Melayu mengambil-alih Gardenia Bekeries (KL) Sdn Bhd tidak lama dahulu kerana bimbang dengan status halal tepung pembuat produk tersebut yang mana bekalannya dimonopoli oleh seorang taikun Cina, masyarakat Cina tidak menunggu lama untuk melancarkan boikot terhadap semua produk Gardenia.  

Alasan mereka?  Ia adalah milik kroni UMNO. 

Ini adalah cara pemikiran tipikal seorang rasis iaitu, tidak apa bagi Cina untuk memonopoli tetapi tidak boleh bagi Melayu untuk memecah monopoli dan menyediakan persaingan yang sihat kerana ia adalah amalan kronisme; kecuali jika persaingan sihat itu melibatkan seorang Cina juga.   Seperti kata Yeah, ia adalah ‘tidak sihat, kebudak-budakan dan rasis’ bagi Melayu untuk memboikot barangan Cina tetapi ia adalah ‘hak pengguna’ bagi Cina memboikot barangan Melayu.  

Permainan rasis kaum Cina di sektor swasta juga merupakan rahsia umum, di mana mereka akan meletakkan ‘mandarin’ sebagai kelayakan dalam iklan-iklan pekerjaan.  Di utara, terutamanya, permainan rasis kaum Cina lebih terbuka di mana syarikat yang diterajui mereka tidak akan memberi peluang yang sama kepada kaum lain untuk maju.  Sesetengahnya pula secara langsung meletakkan skim gaji dwistandard berdasarkan kaum di bawah ‘undang-undang tidak bertulis syarikat’.  

Selamanya kaum Cina itu angkuh, memberitahu semua bahawa tiada siapa yang dapat menyentuh mereka kerana mereka mengawal ekonomi.  

Mungkin benar bahawa kita tidak boleh berbuat apa-apa dan bahawa kempen boikot barangan Cina ini tidak akan membawa kaum Melayu ke mana-mana.  Justeru, jika ia benar, maka kita percaya Yeah Kim Leng tidak perlu bimbangkan apa-apa.  Lagipun, beliau hanya bimbangkan kaum Cina, bukan begitu?  Dan kaum Cina tidak akan terjejas hanya dengan boikot dari kaum Melayu, bukan begitu?  

Kaum Cina telah menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan kaum lain, maka kaum lain juga perlu ‘belajar’ untuk tidak memerlukan kaum Cina.   Dan untuk pengetahuan semua, pembelajaran ini telah pun bermula iaitu melalui ‘kempen boikot produk Cina’.

Tuesday, April 30, 2013

Bilik Gerakan BN Kawasan Batu Dibakar!!!


Setelah Bilik Gerakan BN di Penang di bom... kini rakan-rakan seperjuangan di Parlimen Batu pula dilanda dugaan...

Pasti ada penjelasan di sebalik kejadian ini...

Bersabar wahai sahabatku sekalian...

Monday, April 29, 2013

PRU 13: Adlin Aman Ramli Berkempen Bikin Pesuruhjaya PAS Meru Sasau!!!




Adlin Aman Ramli, nama yang tak perlu GT terangkan akan watak dan gaya komunikasinya. 

Pedas, sindir dan makan dalam, itu ciri-ciri yang beliau bawa sewaktu berceramah membantu BN di N42 Meru. Waima sedemikian, tiada kata dusta atau carut marut yang diperlukan beliau untuk yakinkan pengundi bahawa BN adalah pilihan tepat. 

Dalam ceramah kelompok ini, kehadiran Adlin benar-benar mengejutkan para pengundi kerana tiada yang menyangka kehadiran beliau dalam program kecil-kecilan ini. 

Ini gaya politik BN, tanpa caci maki, fitnah dan sebagainya.  

Terima kasih Adlin lu mmg terbaeeek bro... jom campak Rani ke longkang... 

Monday, April 22, 2013

PRU 13 - Nik Aziz Risau Anaknya Tidak Dapat Jadi MB Besar Kelantan Seumur Hidup Sepertinya Gara-Gara Tok Him !!!



Mimpi indah Nik Mohammad Abduh, anak lelaki kesayangan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengambil kesempatan dalam pertarungan tiga penjuru di Parlimen Pasir Mas akhirnya berkecai apabila calon BN, Che Johan Che Pa tidak menghantar borang pencalonan.

Che Johan dalam satu kenyataannya secara terbuka memohon maaf di atas tindakannya itu sambil menjelaskan ia dilakukan selepas mengambil kira betapa pentingnya dielakkan pertandingan tiga penjuru yang sekiranya berlaku hanya akan menguntungkan PAS.

Berikutan senario itu, Nik Abduh terpaksa berdepan cabaran satu lawan satu menentang calon Bebas, Ibrahim Ali yang pastinya menjanjikan pertarungan cukup sengit yang menjadikan Pasir Mas sebagai satu lagi kerusi panas yang menjadi tumpuan ramai.

Perkembangan saat akhir penamaan calon ini memang mengecewakan Nik Abduh dan ayahandanya yang sebelum ini cukup yakin PAS akan meraih kemenangan mudah hasil dari pertandingan tiga penjuru itu. 

Andai diketahui ini yang berlaku pastinya keputusan asal meletak Nik Abduh bertarung di kerusi selamat, Parlimen Rantau Panjang dikekalkan manakala penyandangnya pula yang merupakan pemimpin muslimah PAS iaitu Siti Zailah Mohd Yusof dibiarkan terkontang konteng di Pasir Mas.

Namun apa yang berlaku ketentuan takdir Illahi, sama ada Nik Abduh mahu pun Nik Aziz perlu menerima hakikatnya dan tidak guna merungut menyalahkan sesiapa. 

Yang penting rakyat Kelantan agak teruja untuk mengetahui siapa yang akan muncul sebagai pemenang dan siapa pula yang akan tumbang.

Diambil kira dari segi pengalaman dan hubungan rapat dengan penduduk setempat, tidak syak lagi Ibrahim Ali yang juga adalah Presiden PERKASA memiliki kelebihan terbaik dalam PRU-13 ini untuk mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada PRU-12 2008.

Nik Abduh pula hanyalah orang luar yang sekelumit jasa bakti pun tidak pernah dilakukannya untuk kepentingan penduduk Pasir Mas. Kiranya aspek itu yang menjadi pertimbangan para pengundi memang sukar sekali untuk putera MB Kelantan itu menang.

Bagaimana pun satu faktor yang tidak boleh dipandang remeh oleh Ibrahim Ali ialah Nik Abduh sebagai anak lelaki paling disayangi Nik Aziz pastinya akan berusaha keras menjual nama bapanya bagi menarik perhatian pengundi.

Ia pernah berjaya dilakukan dalam usahanya merebut jawatan parti, jadi tentu sahaja ia berpeluang untuk memanfaatkannya sekali lagi. Soal kerja buat untuk rakyat itu kemudiannya punya cerita, yang penting Nik Abduh adalah anak bapak , bukan begitu?

Sekiranya faktor kekeluargaan dijadikan asas dan saki baki pengaruh Nik Aziz diambil kira, jelas sekali Ibrahim Ali bukan lawan Nik Abduh. Dari sudut ini ternampak seperti sukar untuk Nik Abduh ditumbangkan.

Apatah lagi PAS Kelantan juga tidak akan membiarkan Nik Abduh semudah itu diratah oleh Ibrahim, justeru itu sepanjang kempen pilihan raya ini PAS akan mengerahkan segala jenteranya berkubu menggempur Pasir Mas demi memastikan air muka Mursyidul Am PAS terjaga.

Nik Aziz pula dikhabarkan akan memberi perhatian khusus di Parlimen Pasir Mas dengan memanfaatkan pengaruhnya dan akan lebih kerap berulang alik berceramah serta menyertai pelbagai aktiviti kempen demi memastikan anaknya menang kali ini.

Persoalannya, mampukah Ibrahim Ali menghadapi semua cabaran ini sekali gus menumbangkan anak Nik Aziz? Buat masa ini sukar ditentukan, tapi jika semarak Gelombang Merah UMNO Merentah gagal dicegah oleh PAS, ada harapan untuk tengok seorang anak MB terjelepok  dalam longkang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...