Bersama Berjuang

Showing posts with label Cerita Sukan. Show all posts
Showing posts with label Cerita Sukan. Show all posts

Wednesday, June 12, 2013

Harimau Malaya Ratah Sydney Olympic... Mana Suara Pengkritik?



Skuad Harimau Malaya teruk dibelasah oleh suara-suara pengkritik terutamanya jurulatihnya. 

Apa pula kata mereka selepas ini? 

Apapun, cayalah Wak Am kerana hatrik!  Orang "lama" masih berbisa...

Saturday, June 2, 2012

Demo Aman Selamatkan Padang PKNS, Esok!!! Sebarkan!!!


GT dimaklumkan bahawa esok, satu demo aman mempertahankan salah satu warisan negara, iaitu Padang PKNS di Kelana Jaya akan diadakan pada butir-butir berikut:

  • Tarikh:  3/6/2012 (Ahad) - Esok!!!
  • Masa:  9.30 pagi
  • Tempat:  Padang PKNS, Kelana Jaya
Himpunan ini bertujuan menyatakan ketidaksetujuan kepada Rejim Khalid Ibrahim yang jelas bercita-cita untuk menghilang salah satu mercutanda bersejarah negara dalam arena sukan bolasepak.  

Sikap untuk menghilang atau mengubah sejarah memang selari dengan strategi DAP dalam usaha mereka untuk menghilangkan Melayu di bumi bertuah ini.  

Kini, Khalid sedang ditunggangi dengan jayanya.  

Demo ini akan disertai oleh Badan Bertindak Selamatkan Padang PKNS, PERKASA dan beberapa lagi NGO lain

Ayuh..!!! Sebarkan dan kita turun!!! 

Thursday, May 31, 2012

Raja Bahrin, Suami Noryn Aziz Cuba "Lepaskan Diri" Dlm Isu Bumbung Stadium Runtuh???



Pagi ini saya baru menerima satu pendedahan dari sebuah blog yang di pos dalam inbox facebook saya, penyulawo.wordpress.com dan adalah pendedahan yang dilakukan penyulawo tersebut :-

SETELAH mengaku bergelumang sekian lama dalam dunia ‘jahiliah’, pelawak Bob Lokman menyertai PAS dengan harapan mahu mencuci dosa.

Dia bukan sekadar diberikan kerusi hadapan di pentas ceramah sebaris dengan pemimpin tertinggi PAS, kecelurapan Bob Lokman menghina dan mencerca adakalanya mendapat tepukan gemuruh penyokong parti itu.

Tidak hairan, jika ada yang membalas sinis perbuatan Bob Lokman sebagai ‘ustaz segera’ dan manusia terlanjur yang kerkapai-kapai mencari syurga di dalam PAS, iaitu sebuah parti ‘tudung tin biskut’.

Barangkali bagi arkitek terkenal Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah tampil lantang di pentas ceramah politik PAS salah satu cara untuk membasuh dosanya akibat runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jun 2009 seperti yang dicanang pembohong bersiri iaitu ADUN Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Tatkala pemimpin PAS berlumba-lumba menjadi juara ‘runtuh’ dengan melontarkan pelbagai tuduhan kepada Kerajaan Terengganu serta UMNO, Raja Bahrin yang juga suami kepada artis jazz Malaysia, Noryn Aziz pula menjadi ‘cacing kepanasan’.

Jika sebelum itu, Raja Bahrin tersengih kepuasan setelah berdiri megahnya stadium yang bernilai RM292 juta yang mendapat pujian yang melambung, Raja Bahrin dan syarikatnya, arkitek di Seni Bahri hebat!

Selepas runtuhnya bumbung stadium yang terletak berdekatan Lapangan Terbang Sultan Mahmud itu, Raja Bahrin mendahului panel penyiasat dengan mengatakan beliau tiada kuasa penuh mengawal projek tersebut.

Maknanya, Raja Bahrin mahu memberitahu dunia runtuhnya bumbung stadium itu bukan silapnya sebagai arkitek, tetapi silap orang lain walaupun setiap bulan pihaknya mengaku menghadiri mesyuarat berkaitan perjalanan projek kebanggaan rakyat Terengganu itu.

Mungkin, ini sikap orang yang mahu lepaskan diri dengan harapan rakyat akan mencari orang lain untuk dipersalahkan termasuklah UMNO.

Raja Bahrin yang menjadi arkitek projek berkenaan tidak segan silu menyalahkan pihak lain apabila bumbung stadium itu runtuh dengan alasan menggelikan lubang telinga iaitu pihak lain tidak amanah!

Begitu mudah pengikut PAS diperbodohkan! Seorang arkitek yang pakar dalam dunia senibina menggunakan alasan ‘tidak amanah’ sebab bumbung stadium itu runtuh.

Kenapa Raja Bahrin yang juga Pengerusi Amanah Terengganu tidak menjawab secara teknikal, sebaliknya propaganda politik juga yang diminati.

Adakah Raja Bahrin mahu menunjukkan dia pandai bermain politik setelah dikhabarkan mahu diangkat sebagai calon PAS di Parlimen Kuala Terengganu dan DUN Ladang pada PRU ke-13 nanti?

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu akan memberi laluan kepada Raja Bahrin kerana terlalu banyak komitmen hingga mengabaikan kebajikan rakyat di kawasan itu.

Rakyat termasuk penyokong PAS sendiri merungut, Wahid Endut tidak buat apa-apa untuk Parlimen Kuala Terengganu dan hanya menerima elaun setiap bulan dan setiap tahun.

Di DUN Ladang pula, ADUN PAS kawasan itu, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar ditolak rakyat. Buktinya, pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada tahun 2008, kiraan undi di DUN Ladang menyaksikan PAS tewas.

Walaubagaimanapun, ada juga pemimpin dan penyokong PAS sudah mula mempertikaikan cadangan itu dengan alasan status keahlian Raja Bahrin dalam PAS.

Bagi yang mengenal parti PAS, status keahlian dalam PAS tidak penting, kerana Tun Salleh Abbas yang menang di DUN Jertih pada tahun 1999 dan dilantik EXCO Kerajaan Negeri bukan ahli PAS pada ketika itu.

Bagi yang pandai membaca rentak politik, mereka mahu melihat sejauh mana Raja Bahrin akan diheret oleh pemimpin PAS untuk memenuhi agenda politik parti itu.

Ada yang melihat, penampilan Raja Bahrin bersama PAS dek kecewa kerana tidak mendapat habuan beberapa projek kerajaan termasuklah pembinaan Masjid Negeri.

Jujurlah Raja Bahrin! Menghambur kata dusta di pentas ceramah bersama PAS dan Pakatan Rakyat belum tentu dapat ‘lepas kepala’ daripada dipersalahkan dalam tragedi bumbung stadium runtuh.


GERAKAN TIMUR:
Rupanya dia nih suami kepada Noryn Aziz.. errrmmm...  

Lucu, apabila seorang arkitek tidak membentangkan bagaimana runtuhnya bumbung Stadium secara teknikal, walhal, dialah orang yang paling layak sekali untuk berbuat demikian.  

Jawapannya adalah jawapan politik.  Seolah mahu lepas tangan.  

Akhirnya, UMNO juga yang bersalah.. muahahahahaha... kesian UMNO.... 

Wednesday, May 23, 2012

UMNO Kelantan Buktikan PAS Apa Pun Tak Boleh!!! APTB!!!



Kebangkitan pasukan Bolasepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) sejak lebih 4 tahun lalu ternyata berjaya mencetuskan fenomena 'gila bola' pada hampir segenap lapisan masyarakat Kelantan tanpa mengira darjat keturunan dan sempadan politik.

Dek kerana kebangkitan tersebut juga, pelbagai pihak khususnya dari kalangan pemimpin parti politik berlumba-lumba menunjukkan keprihatinan mereka terhadap jatuh bangun pasukan TRW sekalipun berbelas tahun sebelum ini jejak kaki ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pun tidak pernah.

Saat meraikan kebangkitan pasukan bolasepak Kelantan, timbul satu persoalan yang penulis yakin sedang bermain-main di fikiran sesetengah kalangan kita. Dalam konteks politik Kelantan, pihak manakah yang bakal menerima tempias dan meraih sokongan khalayak khususnya golongan muda berikutan kebangkitan TRW sejak akhir-akhir ini?

Mungkin akan ada segelintir yang berpendapat persoalan tersebut langsung tiada kaitan antara sukan dan politik, dua bidang berlainan walau sebenarnya jika dinilai dari sudut urus tadbir dan kemampuan memacu daya saing ia berkait secara langsung.

Dan kita jangan lupa, setiap orang peminat sukan juga merupakan pengundi berdaftar yang juga akan menentukan arah mana trend sokongan untuk sesuatu parti politik. Atas sebab itu, logik persoalan ini ada meritnya untuk dibincang dan dirumuskan jawapannya.

Barangkali masing-masing pembaca sekalian sudah mempunyai jawapan yang mungkin berbeza dengan penulis, namun secara peribadi penulis melihat kebangkitan pasukan TRW Kelantan mempunyai kaitan rapat dengan keupayaan pengurusan dan corak kepimpinan yang dicernakan oleh Tan Sri Annuar Musa yang semua kita ketahui adalah salah seorang warlord UMNO Kelantan.

Walaupun acapkali pimpinan PAS negeri Kelantan cuba mengambil kesempatan menonjolkan diri mereka sebagai punca kebangkitan pasukan TRW, hakikat perjalanan jatuh bangun TRW menceritakan sebaliknya. 

Dulu sewaktu para pemain bergelut dengan masalah kelewatan pembayaran gaji serta tunggakan berbulan-bulan lamanya akibat masalah kewangan yang dialami Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan (KAFA), tidak ramai pemimpin PAS yang sudi mengambil tahu masalah tersebut.

Hanya selepas pengurusan KAFA diambil alih oleh Tan Sri Annuar Musa pada tahun 2007 barulah sedikit sinar harapan buat pasukan TRW dan penyokongnya apabila ia mula menonjolkan peningkatan mutu permainan seterusnya menggapai satu demi satu kejayaan termasuklah menjuarai Piala Malaysia buat julung kalinya pada tahun 2010 dan terbaru menjuarai Piala FA.

Ruang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu yang sekian lama sunyi kini meriah tiap kali adanya perlawanan bolasepak. Para peniaga kecil meraih tambahan pendapatan bagi asal saja bila adanya pertembungan bolasepak di stadium tersebut. Persekitaran stadium yang sebelumnya hidup segan kembali rancak meraih tempias dari kebangkitan TRW.

Bayangkan daripada sebuah pasukan belasahan yang pernah menjadi satu-satu pasukan negeri terpaksa turun taraf bermain dalam Liga FAM pada tahun 2005 berikutan kemerosotan prestasinya, kini dalam jangka waktu 4 tahun lebih TRW di bawah kepimpinan Tan Sri Annuar Musa telah menjadi satu kuasa baru dalam dunia bolasepak tanahair.

Tidakkah ini nyata membuktikan wujudnya kualiti dan kemampuan pemimpin UMNO dalam merungkai permasalahan seterusnya merencana kemajuan - ia satu perbezaan jelas jika dibandingkan 22 tahun retorik dan propaganda slogan yang selama ini menjadi zikir harian pemimpin PAS dan tidak membawa kita ke mana-mana.

Justeru itu, mengambil teladan dari kebangkitan skuad bolasepak Kelantan TRW, tidak menjadi satu kerugian untuk rakyat Kelantan memanfaatkan kualiti dan kemampuan para pimpinan UMNO untuk manfaat negeri Cik Siti Wan Kembang dengan mengangkat mereka untuk memerintah kembali Kelantan dalam pilihanraya umum nanti.

Psstt... GT hardcore Red Giant, Pintu 10!

Wednesday, November 23, 2011

Harimau Muda Tempohi Cabaran Yang Sukar Malam Ini!!! Bapak Anwar Paling Gembira!!!


Harimau Muda sudah buktikan kemampuan mereka di peringkat Asia Tenggara.  

Garuda tidak berjaya gerudi Harimau Muda.  Garuda patah sayap, tercabut paruh lantas menjadi Angry Bird semata.  


Malam ini, Syria menjadi halangan.  Fakta yang kurang menggembirakan, Harimau Muda bakal bermain tanpa Badrol, Asra dan Yong Kuong Yong yang telah melepasi had kelayakan 21 tahun.  

Apek pula akan mendapat lilitan selaku Kapten.  Tentunya Apek layak untuk mengepalai Harimau Muda, apatah lagi setelah menyelamatkan penalti oleh adik kepada Rio Ferdinand (M.U), iaitu Sinaga Ferdinand.  Rio dan Sinaga adalah adik beradik lain ibu dan lain bapak.. .. kehkehkehkeh..

Tersenarai dalam senarai cedera pula ialah Izzaq, Wan Zaharul Nizam dan Syahrul Azwari yang mungkin tidak dapat bermain.  

Tapi jangan risau, Wan Zack, Izuan dan beberapa lagi telah cergas sepenuhnya kerana tidak sertai pasukan negara di Sukan Sea akibat kecederaan.  

Fakta yang menjengkelkan pula, Bapak Anwar mungkin gembira apabila Badrol dan Asra tidak dapat bermain.  Bolehlah dia jual minyak dengan sekonyong-konyong Mat Indon nanti..

Chegubard pula telah mengarahkan Ketua Propaganda SAMM untuk meraih publisiti dengan game malam ini.  

Biarkan SAMM tenggelam dengan Ngauman 1 Malaysia!!!  

Jom turun...

Tuesday, November 22, 2011

Liverpool FC Ucap Tahniah Kepada Harimau Muda.... AUUUMMMMM!!!


Ini adalah Official FB Liverpool FC.  Diorang pun ucap tahniah kat Skuad Harimau Muda.  Maknanya, perkembangan bolasepak di negara ini dipantau oleh mereka.  Mgkin jaringan Safiq Rahim masih menjadi igauan kepada mereka.  

Asra Putra boleh ganti Fakri sebagai striker.... hehehehe...  

Chelsea fan, anda sihat? muahahahahaha...

Ngauman Sang Belang!!!  YNWA!!!

Monday, November 21, 2011

Bapak Anwar Kecewa Punai Papua Dibaham Harimau Muda!

Kita juara! Tahniah Semua! GT rasa mcm kita juara keseluruhan sukan sea!


Published with Blogger-droid v2.0

Saturday, November 19, 2011

Harimau Muda Mengaum Lagi!!!

Malaysia 1 - Myanmar 0

Harimau Muda terus mengaum..

Balik hotel naik Baracudda... Hehehe

TAHNIAH KEPADA SEMUA!

Published with Blogger-droid v2.0

Thursday, November 17, 2011

LIVE: Harimau Muda Bakal Membaham Si Garuda!!!


GT ucapkan selamat berjuang kepada skuad Harimau Muda!!!  Bersiaran secara langsung dari Gelora Bung Karno sebentar lagi...

Pastikan Garuda patah sayap..

Pastikan Garuda berparuh di bumi..

Pastikan Garuda tertunduk layu..

Ayuhhh... Kita Ganyang GARU... daaa...  apa daaaa...

Monday, October 31, 2011

Edisi Sukan: Penjaga Gol Terengganu Disiasat SPRM???


Gol yang sangat cantik dari S. Kunalan... Opsss... Bukan!!!  

Gol yang sangat pelik, seperti ada "rundingan terus".  Ada yang berkata, keeper Terengganu hilang konsentrasi.  Ada yang kata keeper Terengganu hilang pedoman.  

Ada pula yang mendakwa, seolah-seolah macam jual game!  Fuuuhhh... itu sensitif tu.  Tapi andai dilihat kepada tahap kesilapan yang dilakukan, tiada yang mustahil.  Ini kesilapan pemain bola berstatus tunas harapan a.k.a budak2 sekolah rendah.  

Ramai pula yang mendesak agar SPRM menyiasat.. hrmmmm.. macam2 manusia nih...

Jom tgk gol ajaib 1 dalam sejuta ini.

Tuesday, September 20, 2011

K. Devan Resigned!!! YAHUUUUUUUUUU....!!! YEEEEHAAAAAAA....!!!


Selangor memang semakin suram kebelakangan ini.  Selangor tidak lagi seperti mula-mula Devan mengambil alih dulu.

Kering idea.  Mungkin inilah punca, mengapa sistem permainan Selangor tidak berkembang.  Stagnant. Strategi permainan mudah dibaca, dan mengharapkan satu dua pemain untuk menang.  Tiada permainan sepasukan yang mantap.  

Entah mengapa K. Devan suka bergantung kepada kuda tempang, yang prone to injury.  Sedangkan ramai lagi pemain muda yang GT rasa kalau diberi masa, akan menonjol.  Strategi ini hanya untuk jangka pendek, sedangkan seorang jurulatih lebih bertanggungjawab untuk membina pasukan.  

To be the 2nd best is not an option for Selangor.  So, faham-faham jelah kepada siapa yang bakal menggantikan Devan.  Dan ini juga ingatan kepada semua pemain yang BERANI menyarung jersi Selangor. 

GT selalu berada di Pintu 10 Stadium Shah Alam.  Pantau.

Saturday, July 16, 2011

Liverpool Menang Tetapi Malaysia Hebat Berbaju BIRU!!! Safee & Safiq Dipanggil "Test Session" Oleh Liverpool?


Perasaan GT gembira.  Sebab 2 perkara.  

Pertama, Liverpool menang 6-3, keputusan yang baik berbanding dengan satu pasukan tu yang seri 2-2 waktu datang ke Malaysia hari tu... hehehehe....  

Kedua, Malaysia beri tentangan yang hebat.  Mgkin mengelakkan badi "baju kuning", seperti game yang serba tidak menjadi sewaktu menentang Chinese Taipei tempohari.  Mmg Bersih 2.0 bawa sial kepada jersey kuning Malaysia.  Kerana Bersih 2.0 telah mencemarkan kedaulatan kuning warna diraja!

Syabas kepada team Malaysia, yang telah banyak belajar setelah tewas kepada Arsenal sebelum ini.  Jelas, kita perlukan Safee untuk mengemudi barisan serangan.  Dan GT berdoa, agar Safee bebas dari kecederaan dan cergas sepenuhnya.  Begitu juga pasangan serasa bersamanya, Norshahrul Idlan Talaha.  

GT mohon FAM suruh Chelsea pakai jersey hijau florosen diorang minggu.  Malaysia terus berjersey BIRU, kerana SIAL Bersih masih ada belen lagi.

Kita perlukan kombinasi mantap Safee dan Shahrul untuk gempur Singapura di pusingan kelayakkan Piala Dunia seterusnya.

GT perlukan semua penyokong turun. Pastikan mereka layu dengan ngauman Harimau Malaysia!  Anggaplah kita gempur PAP, si abang kepada DAP nun di seberang tambak sana!

Bulan depan EPL start.  YNWA!!!

FAKTA YG DISEMBUNYIKAN!!! 37 Ribu Tentera "Merah" Menenggelamkan BeerShit 2.0!!! YNWA!!!







Menurut laporan, seramai lebih kurang 37 ribu "tentera merah" telah membanjiri sessi latihan The Reds semalam.  

Walaupun tanpa kehadiran beberapa pemain utama seperti Steven Gerard, Pepe Reina dan beberapa lagi, namun ia tetap tidak memudarkan semangat The Kops untuk turun melihat pasukan yang penuh dengan tradisi dan sejarah ini. 

GT tidak berkesempatan untuk hadir petang ini, kerana perlu terbang ke Liverpool bersama-sama King Kenny untuk menguruskan pembelian Stewart Downing.  

Jangan lupa petang ini jam 5.   Kirim salam kat awek2 paling cute yg pakai jersey Liverpool!

Kepada semua peminat Liverpool:  



When you walk through a storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
There's a golden star (sky)
And the sweet silver song of a lark

Walk on...
Through the rain...
Walk on...
Through the rain
Walk through the wind
And your dreams be tossed and blown...

Walk on... (walk on)
Walk on... (walk on)
With hope (with hope)
In your heart...
And you'll never walk alone
You'll never walk alone.
Alone...

Walk on... (walk on)
Walk on... (walk on)
With hope (with hope)
In your heart...
And you'll never walk alone
You'll never walk alone.
Alone...

You'll never...
You'll never walk alone...

Walk on... (walk on)
Walk on... (walk on)
With hope (with hope)
In your heart...
And you'll never walk alone
You'll never walk alone.
Alone...

You'll never walk...
You'll never walk alone...

Wednesday, July 13, 2011

Liga M Musim Depan Bakal Diwarnai Dengan 2 Pemain Import!!!

FAM telah memutuskan untuk membenarkan 2 pemain import bermain untuk pasukan Liga M musim hadapan.  

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah walaubagaimana berkata, setiap pemain import haruslah mempunyai beberapa "ciri" agar yang hadir itu berkualiti, sekaligus membantu meningkatkan prestasi pemain tempatan.

Pemain dari ASEAN atau pun Asia hendaklah bermain di Liga Divisyen Satu negara masing2 sementara pemain dari Eropah, Latin dan Afrika hendaklah sekurang-kurangnya bermain di Divisyen Dua.  
Perkembangan yang menarik ini sesungguh bakal mengujakan kembali penyokong untuk membanjiri stadium pasukan masing-masing.  

GT masih ingat beberapa nama yang pernah mewakili Selangor seperti Bambang Pamungkas, Ellie Aiboy, Mehmet Durakovic, Zoran Nikolic, Robert Dunn, Karel Stromsik, Brian Fuentes, Pavel Korecjic, Dimitri Kalkanov, Mass Sarr dan ramai lagi.

Nama2 tersebut telah membuatkan Stadium Merdeka dan Stadium Shah Alam dibanjiri ribuan peminat Red Giants.

Perrggghhh.. terkenang GT zaman itu.  

Bagaimanapun, FAM haruslah bersikap tegas tentang status pemain yang hendak dibawa masuk.  Ini kerana kita tidak mahu melihat kuda import tempang bermain.  Perlu ingatkan bahawa di saat Liga M tiada pemain import, kualiti pemain Muda Malaysia meningkat gara-gara peluang kekerapan bermain.  

Hasilnya, Harimau Malaysia berada di landasan yang betul, dalam misi mengembalikan kegemilangan bolasepak negara seperti zaman Supermokh Raja Bola!

Semoga pemain import yang berkualiti dapat mempersiapkan pemain tempatan untuk menghadapi cabaran-cabaran besar yang lain seperti AFC Champions League.

Piala Dunia?  Jangan pernah putus harapan... tak esok lusa, tak lusa tulat.  Teruskan berusaha.

Bolasepak kita, wajah kita.  Jom support...!!!

Wednesday, June 29, 2011

Skuad Harimau Malaysia MENGAUM Malam Ini!!! Selamat Berjuang Wahai PATRIOT!!!


Gerakan Timur mengucapkan selamat berjuang kepada skuad Harimau Malaysia yang bakal menentang Taiwan untuk siri kelayakkan Piala Dunia malam ini.  

Seluruh pengharapan rakyat dan doa mengiringi...  

Pastikan kejayaan milik kita!!!  

MALAYSIA BOLEH !!!  Tunjukkan semangat PATRIOT - Tidak Gentar!!!

Thursday, June 23, 2011

SOKONGAN DAN DOA ANDA DIPERLUKAN MALAM INI!!!


Anak muda kita bakal beraksi malam ini.

Suara keramat anda adalah pemain ke 13 yang bakal menghantui pasukan lawan!

Andai tidak berkesempatan, doakanlah kemenangan pasukan negara.

Apalagi, ayuh kita gegar!!!  Turun beramai-ramai!!!

Malaysia vs Lubnan, 8.45 malam!!! 

MALAYSIA BOLEH!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...