Bersama Berjuang

Showing posts with label Datuk T. Show all posts
Showing posts with label Datuk T. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Video Ini Menjelaskan Di Mana Anwar Hilang Dalam "Twitternya"!!! Kantoi Lagi La Woiiii...


Khusus buat anda yang hebat berdebat dengan puak-puak Anwar Attarturk soal video seks lelaki Y tempoh hari. 

Ini ada lagi fakta untuk terus berdebat dengan mereka.  Perhatikan masa masuk dan keluar lif.


Tipikal Anwar, dia menafikannya, katanya pada waktu itu, dia bertweet.  Namun pendedahan dibawah telah  menjelaskan Anwar hilang dari "tweet"nya untuk satu jangkamasa seperti yang didedahkan oleh blog MiM sedikit masa dulu.


Masih ingin lagi berbohong? Dan yang paling malang ialah penyokong Anwar yang masih sanggup untuk terus dibohongi hidup-hidup! 

Teruskan perjuangan anda, dan jadikan fakta ini sebagai panduan untuk mengenali penyokong-penyokong Anwar Attarturk yang bodohnya melantun-lantun!  

Selamat berdebat!!!

Wednesday, July 6, 2011

Friday, June 24, 2011

Datuk T Mengaku Salah!!! Terima Kasih Atas Pengorbanan Anda Kepada Rakyat!


Kesemua ketiga-tiga Datuk T mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan berhubung kesalahan menayangkan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun hanya dua daripada Datuk T iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim didakwa bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula didakwa secara berasingan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara.

Mereka sanggup mengambil risiko di penjara.  

Mereka mahu agar rakyat tidak terus dibohong dan diperbodohkan. 
Datuk T, GT mewakili pembaca blog ini dan rakyat Malaysia amnya mengucapkan jutaan terima kasih atas pengorbanan yang tidak ternilai ini!  

Monday, May 9, 2011

MESTI BACA: HUKUM ISLAM MENGENAI SUMPAH!!! ANWAR BAGAIMANA?


Puak2 pembangkang sebenarnya tidak mampu lagi mencari alasan untuk menafikan bahawa Anuwar lah pelaku seks video tersebut.  Lebih memeningkan kepada mereka, Anwar sendiri enggan melafazkan sumpah laknat demi penafian.  Waima ujian poligraf yg dicadangkan oleh Husam pun ditolak oleh Anwar.  

Jelas bukan? Hehehehe...

Perlu diingat, Eskay menyumpah dirinya sendiri andai berbohong, mengapa pula juak-juak pembangkang yang terasa pedasnya, sehinggakan dihantar AMK untuk menghalang majlis angkat sumpah berkenaan di masjid tempoh hari?  

Untuk memahami sumpah mengikut fakta Islam dengan lebih baik, KLIK SINI.

Saturday, May 7, 2011

ANWAR BAKAL LARI KE LUAR NEGARA KERANA PENDEDAHAN TERBARU DARI ESKAY ?





Perkembangan yang menarik setelah pelbagai persoalan tidak mampu dijawab oleh Anwar berhubung dengan video karya agung xxx.  

Apakah rahsia itu?  Sama-sama kita ikuti pendedahan dari orang yang berani bersumpah laknat kepada dirinya andai dia berbohong!!!

Friday, May 6, 2011

KITAB HIDAYAH AL-SALIKIN - HARUS MEMBUKA AIB SESEORANG APABILA...? ANWAR BAGAIMANA?


Apakah Hukum Menyebar Video Maharaja Al Qubul wal Dubul?

Islam mewajibkan umatnya menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang tidak baik antaranya ialah mengumpat . Mengumpat ialah menyebarkan keaiban atau keburukan orang melalui lidah. 

Hukumnya adalah berdosa. Namun ianya harus pada enam keadaan iaitu :

1. Mengadu keburukan atau kejahatan seseorang kepada hakim supaya diadilinya.

2. Mendedahkan keburukan seseorang supaya dia berhenti daripada melakukan perbuatan jahatnya (selepas nasihat tidak berhasil)

3. Meminta fatwa daripada ulama tentang perbuatan keji seseorang

4. Menakutkan atau menghindarkan seseorang atau orang ramai daripada bersahabat dengan orang fasiq kerana bimbang terpengaruh dengan kefasiqannya (lebih-lebih lagi perbuatan fasiqnya itu boleh mengancam kedudukan agama dan negara)

5. Hendak memberi tahu nama seseorang dari satu golongan yang ramai mempunyai nama yang sama. Justeru disebutlah keaiban atau kecacatan pada dirinya.

6. Menyebut kejahatan orang yang masyhur dengan perbuatannya kerana dia tidak akan memarahinya bahkan berbangga dengan gelaran tersebut.

Persoalannya bagaimana pula sebaran keaiban dengan kaedah video klip ? Jawabannya samalah seperti mengumpat iaitu dosa besar kecuali bertepatan dengan salah satu daripada 6 keadaan yang diharuskan tersebut.

Rujukan :  Kitab Hidayah al-Salikin , muka surat 172, Bab menjauhi maksiat zahir 

Kesimpulan. Renung - renungkan. 


Akhirnya Wan Azizah telah menjadi seorang ahli politik, bukan lagi seorang isteri.
(lepas ni press conference baca skrip lagi)

Sumber:  Wayang Kulit Moden 

GERAKAN TIMUR:
Ada penambahan / komen dari anda? 

Thursday, May 5, 2011

JAKET KALIS PELURU - ESKAY TAHU DIA BAKAL DIBUNUH ???


Sungguh tidak terduga apabila Eskay sendiri membuat pengakuan bahawa dia memakai baju kalis peluru kepunyaannya sewaktu majlis angkat sumpah itu berlangsung.

Persoalannya, mengapa Eskay bertindak memakai baju kalis peluru tersebut, sedangkan pembunuhan ahli politik atau bermotif politik sgt jarang berlaku di Malaysia ini.  Percaya atau tidak, keadaan ini sedikit sebanyak memberi gambaran tentang taktik "kotor" Anwar dalam berpolitik. 

Perlu kita ingat bahawa Eskay adalah bekas teman rapat Anwar, maka tentunya dia tahu serba sedikit, mgkin banyak, tentang permainan politik ala-yahudi Anwar.  Kita tahu di negara-negara tertentu, pembunuhan ahli politik yg didalangi oleh CIA atas sebab ingin menguasai negara itu, termasuklah Saddam dan yg terbaru, Osama.  

GT teringat beberapa perkara yang pernah Ummi Hafilda ucapkan ketika berceramah, iaitu berkenaan kejadian yang menimpa Azizan, yg pernah ditoron oleh Anwar.  Ummi menceritakan bagaimana Azizan menerima ugutan yg amat dahsyat sehinggakan membawa kepada kejadian yg mengakibatkan kematian isterinya.  Kereta kancil yang dipandunya dilanggar dari tepi oleh sebuah pajero yg dikatakan dinaiki oleh lebih dari seorang suspek, yg dipercayai samseng upahan politik.  Ummi menjelaskan pd saat genting itu, Azizan sempat menelefon Ummi sambil menjerit "Ummi... aku dah kena... isteri aku meninggal!"

Ummi juga ada memberitahu tentang satu lagi kematian ahli politik yang mana dikhabarkan tayar kereta mangsa telah dilonggarkan yg mengakibatkan kereta yang dipandu mengalami kemalangan.  Kalau tidak silap GT, mangsa bernama Aziz Shamsuddin... maaf, GT tidak berapa ingat.  

Apapun, Eskay telah membuktikan bahawa Anwar bukanlah kecil anak.  Namun demi rakyat, dia beranikan diri dan hati.  Ancaman dari Anwar secara tidak langsung merangkumi dari pelbagai sudut.  Dan tiada apa yang mustahil, kerana syaitan sudah lama menguasai Anwar.  

Anwarnirrajim!

Wednesday, May 4, 2011

YG SEDAP HANYA UNTUK ANUWAR, TAHINYA DIJILAT SIAPA???


Anwar cuba untuk fokus.  Tapi fokus pada apa?  Terlalu banyak noda yang melingkarinya sehinggakan tidak tahu apa yang mahu dilakukannya.  

Maka taktik mudahnya, serahkan kepada seluruh jentera samada PAS, PKR atau DAP untuk tampil mempertahankannya.  Ajijah dan Nguyul Ijjah jangan ceritalah.  Untung nasib badan, penyedap dia yang punya, tahi-tahinya dilemparkan kepada jentera untuk menjilatnya sehingga bersih!!!

Itulah Anwar...  mempergunakan setiap individu di sekelilingnya sebagai benteng isu peribadi dan salahlakunya.  Tapi jgn dikasihankan sekelilingnya itu, kerana mereka seolah-olah redha dikeldaikan.  

Seiring dengan konsep denial syndrome yang dianuti bersama pengikutnya, Anwar menolak untuk bersumpah laknat.  Sampel untuk ujian DNA apatah lagi.  Hatta ujian poligraf cadangan dari Husam pun dia menolak, malah orang2nya berdalih kononnya tidak mahu melayan desakan Datuk T.

Bercerita tentang Datuk T, angin-angin politik membawa berita bahawa sesuatu bakal didedahkan lagi dalam masa terdekat ini.  

Apa lagi yang belum rakyat ketahui??? Kita tungguuuuuuuu.... 

Tuesday, May 3, 2011

APABILA SI KAFIR MASUK CAMPUR URUSAN ISLAM. SIAPA YANG RESTU???

Dia bukan DAP.  Dia PKR.  Namun sebenarnya tiada beza kerana Tian Chua tetap dengan agenda DAP laknatullah.  Hanya platform yang berbeza.  

Sekali imbas, tidak perlu dipertikaikan apakah bentuk strategi yang sedang digunapakai oleh Tian Chua dalam misi memenangi hati orang Melayu.  

Ya... mmg idea cantuman dari Lee Kuan Yew dan juga Ngeh bersaudara dari Perak yang menjadi pilihannya.  Gambar diatas menunjukkan dia bersongkok, dalam usahanya mengambil hati orang Melayu.  Baiknya budi dan pemurahnya hati orang Melayu, sesiapa yang memahami budaya dan agamanya, pasti dihormati waima terdapat perbezaan. 

Dan sikap baik budi inilah sebenarnya yang sedang dimanipulasi oleh Tian Chua.  Terkini, dia membuat kenyataan bahawa Eskay tidak tahu agama apabila membuat sumpah laknat.  Persoalannya, siapakah Tian Chua untuk berkata sedemikian?  Namun atas dasar politik, ini menguntungkan kerana pak lebai PAS akan berkata bahawa Tian Chua sudah mula menerima Islam.  

Apa sudah jadi dengan Islam, apabila yang bukan Islam pula campur tangan urusan Islam?

Budaya ini tidak pernah berlaku sebelum ini, samada MCA atau MIC yang bertindak untuk tidak campur tangan dalam urusan yang mereka sendiri tidak punya hak.  Namun, ada satu parti yang telah menghalalkan segalanya, dengan alasan itulah bukti penerimaan Islam, tanpa tersedar terdapat "hidden agendas".


"Jom solat Jumaat" adalah usaha yang baik utk ummah Islam.  Tapi perhatikan "mesej sebenar".  Jadi,  berhati-hatilah.  Fahamilah bahawa terdapat golongan orientalis yg sedaya upaya masuk ke kalangan ummat Islam hanya untuk menguasai, dan memperdaya.  Dan dalam konteks ini, Tian Chua bertindak atas dasar mahukan undi ummat Islam. 

As simple as that!!!

Monday, May 2, 2011

LAPORAN POLIS TERHADAP SAMSUL KETOT YG MENCEMARKAN KESUCIAN MASJID!!!


Lapuran Polis ini dibuat di IPD Klang Utara, pada 1 Mei 2011 jam 3 petang.

"Bahawa pd 29 April 11, jam 3ptg di Masjd Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Shamsul Iskandar Mat Akin ketua AMK PKR membuat kekacauan dalam masjid, bertujuan menghalang majlis lafaz sumpah Dato Shzryl Esky Abdullah.

Shamsul Iskandar telah membuat demonstrasi dalam masjid, beliau telah membuat ucapan dalam Masjid tanpa kebenaran Jawatankuasa Masjid, beliau telah mendatangkan kemudaratan kepada ketenteraman awam, beliau telah menghasut orang awam, beliau telah menakut-nakutkan orang awam dan serta menggunakan masjid untuk kepentingan politik PKR.

Saya mohon pihak POLIS, JAKIM, JAWI serta agensi berkaitan menyiasat dan mengambl tindakan diatas insiden tersebut.

Tandatangan
AHMAD RIDZWAN YAHYA (Ahli Majlis GAPS)
HAIZEE SALEH (MAJLIS BELIA SELANGOR)
KAMARUDIN SHABUDIN (MAJ MUAFAKAT PENDUDUK KAPAR)

Saturday, April 30, 2011

SIAPA KATA ANWAR TIDAK KENAL ESKAY? INI BUKTINYA...!!!



Semalam GT lepak di kedai kopi, bukan oldtown.  Terdengar suara-suara orang PAS dan PKR (tak tahulah kalau antara Melayu tu ada DAP) yang mengatakan bahawa Eskay adalah watak ciptaan UMNO. 

Watak ini sengaja direka untuk memerangkap Anwar sedangkan mengikut perbincangan mereka, Anwar tidak mengenali Eskay.  Berita-berita mengenai Eskay sengaja direka seolah-oleh Eskay telah lama mengenali Anwar.

Begitulah hebatnya otak mereka menafikan fakta.  Dan seperti biasa, pada mereka ini adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar.  Bijak Anwar manfaatkan kelemahan utama orang Melayu, mudah dihasut dan mudah terhasut.  Akhirnya, lahirlah pentaksub tegar.  

Eskay sudah pun bersumpah maka selesailah kesangsian kita UMAT ISLAM padanya.  

Gambar diatas GT tujukan kepada mereka yg masih mempercayai bahawa Anwar mmg tidak mengenali Eskay.  Perhatikan gaya Anwar, dia akan memeluk orang yg berkepentingan kepadanya, contohnya, Hadi Awang atau Lim Kit Sial.

Dan perhatikan gambar kedua, Eskay dipeluk.  Dan ini menandakan bahawa Eskay adalah individu yg cukup penting baginya.

Senario ini berbeza apabila anda membandingkan Eskay dan Sam Ketot.  GT tidak pernah lihat Sam Ketot dipeluk oleh Anwar.  Ini menunjukkan bahawa Anwar tidak mengganggap bahawa Samsul itu penting untuknya.  Mgkin juga saiznya yg rendah dan gempal menyebabkan Anwar sukar memeluknya, yg bakal mengakibatkan Anwar terpaksa menggendongnya ibarat mendukung baby sihat!

So, gambar diatas adalah bukti pelukan mesra Anwar kpd Eskay.  So, apa kata puak2 pembangkang?  

Gambar superimpose???  KEPALA HOTAK KO!!!

KAKI BOTOL DAN KAKI BETINA SERTAI SAM KETOT HALANG ESKAY DARI BERSUMPAH???


Boss borek pecacai rintik.  

Itulah branding process yang cukup berjaya dibuat oleh Anuwar dalam mentarbiahkan pengikut-pengikutnya agar berperwatakan alim untuk menjual persona.  

Semalam, AMK meneruskan legasi yang telah dicipta oleh Azazil sejak zaman dahulu lagi, dengan membuat kacau dalam satu majlis sumpah muhaballah, mentauhidkan yang Esa dek kerana ingin menamatkan bermacam bentuk fitnah yg melanda atas pendedahan tentang isu moral seorang yang bercita-cita menjadi PM.  

Dalam kekecohan yang berlaku akibat perbuatan AMK ini, rupanya selain Sam Ketot yang terpaksa diangkat untuk mengelakkan dia lemas dan tidak kelihatan di khalayak ramai itu, kekecohan tersebut turut disertai oleh Azmizam Zaman Huri, atau dikenali sbg MAT POYO yang langsung tidak berani berkokok di Kota Raja.  

Masih GT ingat betapa dia gabra dan terjerit2 apabila terlihat kelibat Ummi Hafilda menanti ketibaan bosnya.  Itulah epilog cinta dari Kerdau yg menyaksikan bagaimana Anuwar terpaksa melarikan diri dari seorang wanita!!! 

Azmizam Zaman Huri dikatakan mewarisi ciri-ciri dari pemimpin dan bekas pemimpin PKR iaitu betina (Anuwar) dan botol (Tok Kuda).  Tidak diketahui pula samada dia juga meminati lelaki seperti Anughairah Syaitan itu.  

Tersenyum GT melihat laungan take beernya, dan qazaf.  Qazaf??? hahahahaha... cuba tanya dia, apa itu qazaf!!!  Jom baca pendedahan mengenai sikap sebenar si Azmizam AMK ini DISINI.

Friday, April 29, 2011

PANASSS!!! BUKTI SAHIH MMG ANWAR DI DALAM VIDEO KARYA AGUNG XXX OMEGA ITU!!!



Tamatlah segala spekulasi tentang pelakon lelaki video karya agung....

Eskay telah bersumpah dengan nama Allah!!!

Anuwar pula?

ALHAMDULLILLAH... PENG "ESA" AN ALLAH TIDAK PERNAH LUNTUR!! SUMPAH LAKNAT BERJAYA DILAFAZKAN!!!




ALLAHUAKBAR...
ALLAHUAKBAR...
ALLAHUAKBAR...

MAJLIS SUMPAH LAKNAT ESKAY DIHALANG. YA ALLAH, JAUHKAN KAMI DARI BALA DAN SEKSA MU!!!


sms dari dato eskay
 
" Apakah zaman nabi Lut sudah berlaku di Malaysia apabila  peliwat dan penzina dipertahankan dan penegak Kebenaran di Tentang? Tunggu Petunjuk dari Allah"

Masyaallah... Apa yang sedang berlaku di negara bertuah ini???

Sumpah laknat adalah antara hamba dan TUANnya.  

Sumpah laknat adalah satu ketetapan hati untuk menangkis fitnah telah dilemparkan kepadanya.  Maka mengadulah si hamba ini kepada Rabnya, dgn disaksikan masyarakat bahawasanya itulah kebenaran yang dilafazkan.  Maka andai ia pembohongan, terimalah akibat dari permintaanmu sendiri.

GT tak tau apa yang patut kita labelkan kepada AMK dan PKR.  Mengapa mereka sanggup menghalang sumpah laknat yang mahu dilakukan oleh Eskay?  

Menapa tidak Anwar juga bersumpah laknat, kan mudah?

Secara tidak langsung, ia menunjukkan bahawa Eskay berada di ruang lingkung kebenaran, dan video yg dikeluarkan ini mmg sah Anwar Ibrahim!!!

Thursday, April 28, 2011

UMMI & SAIFUL SUDAH, DATUK ESKAY ESOK, ANUWAR BILA LAGI???


Bertempat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul esok selepas Jumaat bakal menyaksikan satu lagi sumpah laknat yang akan dijunjung oleh Datuk Eskay, antara satu watak dibawah nama Datuk Trio.  

Datuk Eskay dalam kenyataan menyatakan bahawa ingin mendedahkan siapa sebenarnya Anwar, seorang yang kononnya alim dan warak, walhal hakikatnya telah disaksikan oleh Datuk Eskay selaku teman rapat Anwar.  Kalau Datuk Eskay sendiri tidak sanggup terus-terusan melihat gelagat Anwar di depan dan belakang masyarakat, apatah lagi melihat Anwar sebagai the next PM in the waiting!
DS Najib telah bersumpah atas isu altantuya, Ummi Hafilda juga telah bersumpah laknat.  Jangan kita lupakan Saiful Bukhari, mangsa liwat yang sehingga kini masih menuntut hak dan kebenaran untuk dirinya.  

Untuk bersumpah laknat, Anwar bila lagi???

Wednesday, April 20, 2011

TUDUHAN JAHAT HARAKAH TERHADAP UMNO. APA TINDAKAN UMNO???


Pembangkang gumbira pabila terdengar khabar bahawa pihak Polis hanya akan mendakwa dalang di sebalik penayangan video xxx yang dikaitkan dengan Anuwar.  

Bagi GT, undang-undang tetap undang-undang.  Mmg berhak untuk polis berbuat demikian agar segalanya terungkai.  Ini soal keluhuran undang-undang.  

Harakah pula mendakwa bahawa Dato T adalah Trio UMNO, walaupun berkali-kali diberitahu oleh Trio bahawa mereka bertindak atas diri sendiri.  Fitnah keji ini sebenarnya bukanlah asing pada PAS, yang semakin bebal setelah kalah kesemua kerusi yang mereka tandingi di Sarawak. 

Perlu dijeritkan di telinga bAhlul PAS bahawa Datuk T telah mengaku tindakan mereka tidak adalah atas dasar ingin menyedarkan masyarakat tentang siapa itu Anuwar.  Namun tidak mengapa, kerana GT pernah menulis akan keupayaan otak PAS berfikir.  Tak percaya, cuba renung jawapan Bob Lokman apabila mengistiharkan diri sebagai "penganut PAS".  IQ mereka tahap udang.  

Tuduhan Harakah bahawa Datuk Trio adalah Trio UMNO adalah serius, yg dilihat satu usaha untuk memburuk-burukkan imej UMNO yg tiada kena mengena langsung dengan perkara ini.  

Datuk Eskay, yang mengaku bertindak bersendirian dalam membuat keputusan untuk menayangkan video itu sebenarnya adalah orang yang rapat dengan Anwar.  Beliau merupakan "funder" kepada Anwar dalam beberapa siri lawatan Anwar ke luar negeri.   Namun akhirnya beliau sendiri tidak dapat menerima perlakuan jijik Anwar yg semakin songsang dari hari ke hari. 

Itulah hujah yang kuat dari si empunya diri, dan sama sekali tidak mengaitkan UMNO langsung dalam perkara ini.  

UMNO perlu mengambil tindakan terhadap tulisan Harakah ini.

Thursday, March 24, 2011

LELAKI Y VIDEOLEAKS: ANWAR DILIHAT MEROYAN DI JALAN PUDU AKIBAT MUNCULNYA DATUK TRIO!!!



Berita yang terbaru sampai ke pengetahuan GT ialah Anwar dalam keadaan marah yang teramat sangat dan mengamuk apabila Datuk Trio muncul membuat pendedahan.  

Mengapa Anwar kelihatan terlalu takut dengan kemunculan Datuk Trio sehinggakan mengganggu emosinya teramat sgt???  Apakah dosa Anwar terhadap Datuk Trio???  Apakah Datuk Trio menyimpan byk lagi rahsia Anwar???

Datuk Trio telah tampil dan sanggup menjadi saksi utama pendedahan video lelaki Y.  Bukan sahaja ianya memeningkan kepalanya yg sedang berhadapan dgn kes liwat, malah perkara ini telah disorokkan dari pengetahuannya oleh MP PKR sendiri yang telah menontonnya lebih awal.  Bukti bahawa MP nya sudah hilang kepercayaan terhadapnya!!! 

Lebih malang lagi, pendedahan tentang siapa Datuk Trio ini yg dibuat oleh dua panglima cicak mengkarungnya rupa-rupanya mengakibatkan Anwar terperangkap!  Terungkai kisah sebenar.  Cita-cita Anwar bakal terkubur dek "kepintaran" 2 orang panglimanya;  Saifuddin Nasution dan Johari Abdul.

Kasihan... Anwar dilihat sedang gentayangan di sekitar ibu negara, meroyan tanpa ditemani Azizah mahupun Azmin!!! 


kahkahkahkahkahkah.... Mgkin dia sedang "menumbuk" Datuk Trio... kahkahkahkahkah...

LELAKI Y VIDEOLEAKS: BUKTIKAN VIDEO ITU SHAHIH, MOTIF JATUH NO. 2!!!


Datuk Trio telah muncul memberi penjelasan.  Apa yang mereka lakukan hanyalah untuk mendedahkan kebenaran moralitus seorang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri.  

Ramai yang skeptikal tentang motif pendedahan ini.  Yg paling melantun-lantun gabra sudah tentulah Johari Abdul, MP PKR yang gagal memanipulasikan keadaan untuk menghirup lendir keuntungan dari video lelaki Y.  Maka dia pun berlakon sebagai "hero" dengan mendedahkan ini adalah umpan BN untuk menarik lebih ramai MP PKR menentang Anwar Ibrahim dengan dijanjikan habuan kewangan. 

Sudahlah Johari... "Itu mmg sipolan.. benar!  Itu ketua PR!".  Checkmate!!!

Apakah dendam menjadi motif utama pendedahan ini?

Blog X-PKR menulis "dikhabarkan banyak janji-janji kepada Eskay tidak ditunaikan AnWAR, bahkan banyak pula wang Eskay diguna oleh AnWAR. Eskay juga terlibat mengatur beberapa 'keperluan' AnWAR yang tidak boleh disediakan oleh orang lain. Pendekata, Eskay adalah orang kepercayaan AnWAR sebelum beliau sedar hanya dipergunakan saja oleh AnWAR."

TS Rahim sendiri berkata bahawa Anwar, dengan arahan oleh PM, Tun M pada masa itu, menyuruh beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri berikutan kes yang membabitkannya walaupun mahkamah membuktikan TS Rahim tidak bersalah.  Malah, Tun M juga mengakui bahawa beliau tidak pernah memberi arahan kepada Anwar untuk berbuat demikian. 
Tanyalah ahli politik.  Mereka tahu "politik kotor" permainan Anwar.  ABIM pernah dimungkiri, Allahyarham Ghaffar Baba pernah dibohongi.  Tun M apatah lagi.  Adat berpolitik, apabila menggunakan taktik kotor untuk berpolitik, bersedialah untuk menghadapi musuh politik yang diciptanya sendiri.  

Setiap orang yang terlibat dalam skandal pendedahan ini punya motif masing2.  Tidak perlu utk kita panjang2kan isu motif ini kerana fokus utama ialah kesahihan video xxx tersebut.  

Rakyat berhak untuk tahu tentang kebenaran isi kandungan video seperti didakwa.  Soal yang paling besar ialah ia melibatkan seorang yang mgkin menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Drama king akan semakin hebat lakonannya, bukan sekadar di pentas politik, malah di atas ranjang!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...