Bersama Berjuang

Thursday, September 19, 2013

CEC DAP: Kalau Dah Jenis Babi, Tak Dapat Dagingnya, Baunya Tetap Ada...


Pemilihan semula CEC DAP nampaknya tetap akan diadakan dalam keadaan di mana masih banyak tandatanya tidak terjawab.

Setakat ini, Lim Guan Eng masih lagi tidak mampu membersihkan namanya dari tuduhan manipulasi dan menipu undi.  Guan Eng juga tidak mampu menepis imej perkauman yang kini membelenggu dirinya dan juga parti, akibat meminggirkan perwakilan India dalam pemilihan awal. 

Usaha terdesak setiausaha organisasinya, Anthony Loke, untuk memperbaiki kerosakan dengan menyatakan bahawa ‘500 dari 753 perwakilan yang tidak hadir mesyuarat atas alasan tidak menerima notis, sebenarnya telah menghantar surat lebih awal bagi menyatakan yang mereka tidak dapat hadir’, tidak dapat diterima langsung. 

Ini kerana jika benar perwakilan yang terlibat telah menghantar surat tersebut, kenapa pula mereka membuat aduan kepada ROS?   Dan jika benar surat itu wujud, kenapa Anthony tidak menyerahkannya kepada ROS sebagai bukti ketika DAP disiasat? 

Logiknya, jika surat tersebut dikemukakan, tentu DAP tidak perlu mengambil risiko dibubarkan jika tidak mengadakan pemilihan semula.   Dan tidak ada sebab DAP sengaja menyembunyikan surat tersebut sedangkan DAP sendiri mengakui yang parti itu cukup ‘takut’ jika terpaksa dibubarkan.

Nampaknya, baik Anthony Loke mahupun Lim Guan Eng, langsung tidak merasa bersalah tetapi berusaha sedaya upaya untuk menutup penipuan dengan penipuan juga.  Sikap mereka ini menyebabkan ahli-ahli DAP semakin berang. 

Sikap kepimpinan DAP yang berpura-pura tidak mendengar rungutan dan kemarahan ahli membuktikan parti itu mengamalkan sistem pemerintahan diktator.  Ia juga membuktikan bahawa DAP sememangnya adalah parti milik Lim sekeluarga dan tiada siapa pun yang boleh mengubahnya. 

Sepatutnya, DAP turut mengambil tindakan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang terlibat tidak menghantar notis kepada perwakilan.  Dengan membiarkan sahaja kemelut ini berterusan membuktikan bahawa semua kepimpinan tertinggi DAP turut terlibat.

Memandangkan Anthony Loke yang mula-mula menyatakan kewujudan 500 surat dari perwakilan, maka sekurang-kurangnya DAP seharusnya mengambil tindakan terhadap beliau kerana menipu.   Ini kerana, jika benar beliau tidak menipu, maka tentu tiada masalah bagi beliau untuk mengemukakan salinan asal surat tersebut seperti desakan ramai.

DAP wajib menunjukkan ketelusan dengan menghukum mereka yang bersalah.  Tidak mungkin surat tersebut hilang begitu sahaja jika benar ia wujud seperti yang dikata.

Dah memang jenis babi, klu dah LGE pembohong besar, pengikutnya sedikit sebanyak berbau juga. 

Tawaran Kerajaan Perpaduan Anwar Kepada Najib Berkaitan Dengan Pemilihan UMNO Yang Akan Datang???


Jawatan penting seperti ketua pemuda, ketua cawangan mahupun jawatan-jawatan di peringkat UMNO bahagian termasuklah jawatan Ketua Bahagian menjadi sasaran pengikut-pengikutnya.  

Apatah lagi, kuasa memilih ketika ini cukup terbuka berbanding sistem kuota sebelum ini.  Keadaan ini membuka potensi besar kepada Anwar untuk melebarkan pengaruhnya melalui proksi-proksinya di peringkat tertinggi UMNO.

Baca seterusnya DISINI.

HOT: Lagi Ahli DAP Bocorkan Rahsia Dinasti Lim!!! Siapa "LIMA HARIMAU" Yang Disembelih???


Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP.

Siapa Lima Harimau dan kenapa Lim Kit Siang perlu sembelih mereka?

PANASSS.. Hanya Untuk Dibaca Oleh Macai Fuckatan Harami SAHAJA!!! Pro UMNO/BN Dilarang Membacanya!!!


Siang tadi blogger-blogger MACAI pembangkang bagai mendapat durian runtuh bila terjumpa gambar Tun Razak menjadi askar Jepun.


Bila jumpa gambar tu, masing-masing upload dalam blog dan menfitnah Perdana Menteri ke-2 sebagai tali barut Jepun.

MyMassa tunggu punya tunggu, ingatkan ada lagi gambar atau fakta-fakta lain yang hendak dihujahkan. Rupa-rupanya MACAI tetap MACAI. Mereka hanya pandai SPIN fakta mengikut telunjuk bos mereka.

Kalau MACAI bagi satu gambar, macam mana pulak kalau MYMASSA balas dengan dua gambar ni!


Sumber : http://malaysiaflyingherald.wordpress.com/2013/07/03/setting-the-record-straight-malays-in-world-war-2/

Tu dia! Salah satu sebab kenapa tentera Jepun kalah kerana kejayaan FORCE 136/Wataniah melancarkan perang gerila terhadap Jepun. Antara pasukan FORCE 136 / Wataniah yang berjaya adalah kumpulan pimpinan Tun Razak di Pahang. Tak percaya? Cuba baca pendedahan blog malaysiaflyingherald

"The fact is that some of Malay radicals known as Kesatuan Melayu Muda – KMM (Young Malay Union) that have been recruited and fooled by Japanese espionage network prior to the hostilities which has helped the Japanese. Furthermore, if the Malays were very much keen on kicking out the Brits, then why did they joined Force 136 and Askar Wataniah (in Pahang) as part of the guerrilla forces that wreck havoc to the Japanese in the next few years of Japanese Occupation of Malaya? Is this a systematic approach to deny the contribution of Malay in the fight against Imperial Japan?"

Baca seterusnya di sini : http://malaysiaflyingherald.wordpress.com/2013/07/03/setting-the-record-straight-malays-in-world-war-2/

Bukan macam blog MACAI yang baru jumpa gambar tu tadi, blog malaysiaflyingherald telah dedahkan keperwiraan Tun Razak sejak bulan Julai lagi. Jadi kalau ada MACAI cakap MyMassa cuba cipta fakta untuk backing bapa kepada DS Najib memang silap la. Fakta tu dah ada lebih awal. Cuma MACAI je buta mata hati dan cuba mencipta fitnah kepada NEGARAWAN.

Satu fakta yang tidak dapat disangkal adalah dengan adanya pasukan Wataniahlah, Bintang Tiga atau MPAJA gagal merampas Tanah Melayu selepas Jepun. Tak percaya lagi? Inilah buktinya.



Sumber : WATANIAH DAN TUN RAZAK

Sebab itulah penyokong KOMUNIS / Bintang Tiga seperti blogger MACAI marah dengan pahlawan Melayu seperti Allahyarham Tun Razak.

MyMassa harap fakta mengenai kewujudan FORCE 136 dan WATANIAH dapat disebarkan supaya rakyat tahu sejarah sebenar mengenai Tun Razak.

*Sebar-sebarkan.

Anwar Ibrahim Terkumat-kamit Bermentera Agar Penyokong Tidak Bertanya Soal Akaun Bank!


Mungkin ada yang berkata bahawa mengungkit dan mencabar Anwar agar menjawab tuduhan mengenai kewujudan lebih 20 akaun bank miliknya dengan jumlah puluhan dan ratusan juta ringgit sebagai satu tindakan yang membuang masa.   Kononnya, kedudukan kewangan Anwar tiada kena mengena dengan negara dan rakyat.  Kononnya, ia semua adalah pembohongan bagi memburukkan nama Anwar semata-mata.  

Benar, mengorek dan mengungkit soal jumlah wang yang dimiliki seseorang adalah tidak relevan. Tetapi, kita harus ingat bahawa Anwar bukan ‘seseorang’  tetapi beliau adalah Ketua Pembangkang Malaysia yang kerjanya saban hari memfitnah kerajaan sebagai korup dan pemimpin negara sebagai gemar bermewah-mewah.  

Anwar juga gemar menunjuk imej sederhana di mana anak isterinya juga seringkali hanya berpakaian biasa tanpa sebarang perhiasan walaupun ketika menghadiri acara besar.   Dengan itu, penyokong-penyokongnya selalu membandingkan keluarga Anwar dengan keluarga pemimpin UMNO serta menyebarkan persepsi kononnya pemimpin UMNO boros dan ‘makan duit rakyat’.  

Namun, penyokong-penyokong Anwar lupa untuk bertanya, dari mana datangnya wang untuk mengupah sebarisan peguam yang terkenal untuk membelanya dalam semua kes mahkamahnya selama ini?  Tambahan pula, salah seorang peguam itu merupakan orang yang pertama menuduhnya atas kesalahan liwat tetapi kini bertindak membelanya pula.  Bayangkan, berapa juta yang diperlukan untuk membuat seseorang berpaling tadah sebegitu?  

Setakat apa yang terdedah, bayaran Anwar untuk peguam itu sahaja adalah RM50 juta.   Bukan sahaja bayaran peguam yang mahal tetapi gaya hidup Anwar sekeluarga yang mengalahkan Ketua Negara cukup mencurigakan kita.  Semua orang tahu bagaimana Anwar keluar masuk negara, tinggal di hotel-hotel mewah bernilai ribuan ringgit semalam.  Beliau juga mempunyai sekurang-kurangnya 7 pengawal peribadi.  Itu belum termasuk pemandu dan pembantu untuk dirinya dan keluarga.   

Yang menjadi masalah ialah Anwar bukan seorang tokoh korporat atau taikun bertaraf dunia untuk mempunyai wang sebanyak itu.    Beliau juga bukan Ketua Negara yang layak mendapat segala perkhidmatan dan kemudahan tersebut di bawah tanggungan kerajaan.   

Justeru, desakan JMM agar Anwar membenarkan akaunnya didedah adalah wajar.  JMM tidak mahu menyusahkan Anwar dan sanggup menunggu Anwar di mana sahaja asalkan beliau menandatangani kebenaran kepada Bank Negara untuk mendedahkan akaun beliau.  

Malangnya, Anwar membisu seribu bahasa.  Nampaknya Anwar tidak berminat pun untuk melayan isu ini dan penyokongnya juga pura-pura tidak tahu menahu dan tidak mendengar apa-apa. 

Mungkin bagi penyokong Anwar, hanya pemimpin BN yang perlu dipantau, tetapi pemimpin mereka boleh saja menerima dana dari apa jua sumber, tiada salahnya.  Jika wang Anwar datang dari lorong gelap atau darah umat Islam Palestine, Iraq, Afghanistan pun mereka tidak peduli.  Kerana itu, Anwar terus membisu kerana beliau tahu penyokong-penyokongnya semuanya bodoh macam lembu. 

Tuesday, September 17, 2013

EDISI CINABENG: Benarkah Pemikir Strategi DAP Mendakwa IQ Orang Melayu Paling Rendah???


Ermm... kadang-kadang pahit untuk kita telan. Tapi realitinya begitu. 

Apakah salah untuk menafsir kebolehupayaan orang Melayu untuk berfikir sekiranya kenyataan Ong Kian Ming ini diambilkira, dan dibandingkan dengan kemelut politik semasa orang Melayu? 

Mungkin juga kesimpulannya seperti DISINI

P.A.U: Gua Musang Bergelora.... Ku Li Dicabar "Anak Buah" Sendiri...


Setelah sekian lama kedudukan sebagai Ketua UMNO Gua Musang yang disandang oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) tidak dicabar oleh sesiapa, pemilihan UMNO Oktober ini menyaksikan beliau bakal ditentang 'anak buah' sendiri.

Ku Li bakal ditentang Datuk Bazlan Baharuddin (gambar)  yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Gua Musang.

Utusan melaporkan Bazlan sendiri mengesahkan perkara tersebut.

Menurut Bazlan, walaupun beliau amat menghormati Ahli Parlimen Gua Musang itu sebagai tokoh politik yang disegani, namun keputusan tersebut dilakukan atas hasrat bagi membawa perubahan dan nafas baharu kepada UMNO bahagian tersebut.

''Saya mendapat pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan ini kerana ia bukanlah mudah memandangkan Tengku Razaleigh cukup berpengaruh dan dihormati.

''Bagaimanapun setelah membuat kajian dari sudut sokongan khususnya di peringkat akar umbi, saya mendapati ada keperluan untuk saya mencabar beliau dalam pemilihan kali ini,'' katanya.

Bazlan yang menjadi Ketua Pemuda UMNO Gua Musang sejak 2001 berkata, beliau percaya Tengku Razaleigh akan bersikap terbuka menerima hasrat beliau memandangkan bekas Menteri Kewangan itu merupakan antara pemimpin yang bercakap soal melakukan perubahan dalam parti demi meraih sokongan rakyat.

Ditanya adakah beliau akan berupaya menumbangkan Tengku Razaleigh memandangkan sokongan kepimpinan bahagian sudah pasti akan menyebelahi Ahli Parlimen Gua Musang tersebut, Bazlan berkata, beliau tidak membuat ukuran terhadap sokongan terbuka yang dizahirkan tetapi lebih yakin kepada kumpulan 'majoriti senyap' termasuk dalam kalangan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Bazlan berkata, dalam usaha meraih sokongan daripada perwakilan, beliau akan membentangkan visi dan misinya dalam melakukan perubahan demi mengukuhkan lagi kedudukan UMNO dan BN di Parlimen Gua Musang.

''Kita harus ingat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, pengundi muda akan menjadi pengundi majoriti, oleh itu UMNO perlu memberi isyarat kepada mereka bahawa parti itu bukanlah sebuah parti yang membenarkan seseorang itu menjadi ketua bahagian dulu, kini dan selamanya tanpa dicabar,'' katanya.

Menjawab satu soalan, Bazlan berkata, beliau bersedia menerima apa juga risiko politik berikutan keputusannya menentang Tengku Razaleigh kerana apa yang penting niat beliau ikhlas untuk membawa perubahan dalam kepimpinan UMNO Gua Musang.

''Saya serah kepada perwakilan untuk membuat keputusan dan menghormati apa juga keputusan mereka kerana sama ada menang atau kalah saya tetap akan berbakti dalam UMNO dan memastikan kecemerlangan BN di Gua Musang berterusan dalam pilihan raya umum akan datang,'' katanya.-16/9/2013

WOOWWW!!! Abby Abadi Kini Mewarisi Anjakan Paradigma Mahfuz Omar!!!


Kalaulah dirujuk kembali di dalam Stupidity Hall of Fame, nama Mahfuz Omar sememangnya berada di altar teratas. Perkara ini cukup sinonim dengan penggemar politik tanahair. 

Kini, satu lagi nama bakal berada sebaris dengan kehebatan Mahfuz "berfikir". 


Kasihan.. .semakin melantun-lantun kebodohan si Abby nih.. huhuhu... nampak sangat niatnya seburuk-buruk niat.. tidak seindah wajah...

Cuba Anda Nilaikan Jenis Islam/Melayu Seperti Ini Dalam Skala Kebodohan Melantun-Lantun!



Tak perlu untuk diulas panjang.  Hujah mereka ibarat mengatakan bahawa Maharaja China adalah dari kaum Maya, Aztec.

Berapa score yang anda bagi kepada mereka dalam skala kebodohan melantun-lantun 1 - 10 ?

Monday, September 16, 2013

Chin Peng Mampos Sudaaaa... !!! Mat Sabu Taknak Bakar Colok?



Chin Peng, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang mencetuskan huru hara di negara ini pada zaman darurat dulu sudah tiada.

Beliau meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada usia 90 tahun.

Berita kematian beliau pada jam 6.20 pagi dilapor oleh akhbar Bangkok Post.

Chin Peng tinggal dalam buangan di Thailand sejak berakhirnya zaman darurat di negara ini yang berlarutan selama 12 tahun dari 1948 hingga 1960.

Keganasan gerila PKM semasa darurat telah mengakibatkan ramai rakyat dan anggota keselamatan terkorban.

Ramai yang hidup di zaman itu masih ingat pelbagai penderitaan yang dilalui akibat tindak tanduk PKM.

Mendiang yang lahir di Sitawan,Perak cuba memohon untuk kembali menetap di Malaysia.

Permohonan itu ditolak kerajaan.

Pihak-tertentu di negara ini ada menjalankan usaha untuk desak kerajaan lulus permohonan itu.

Namun sebahagian besar rakyat menentang Chin Peng kembali ke negara ini.-16/9/2013


posted from Bloggeroid

Sunday, September 15, 2013

Ustaz Fathul Bari, Calon Exco Pemuda UMNO , & Dr. MAZAalah, Calon Exco Dewan Pemuda PAS?


Senada dengan GAP, GT pun turut nyatakan sokongan kepada Ustaz Fathul Bari.  

Istiqamah dalam perjuangan... dan berani nyatakan platform untuk berjuang dan berdakwah... 

Dr. MAZAalah? Ermmm.... malas GT nak komen... kerjanya asyik nak kacau Ustaz Fathul jer... apa kata dia cuba bertanding Exco Pemuda PAS ker... apa ker... 

Kenapa? Takut ker? 

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera... Najib Razak Belajar Dari Morsi Mesir???


Bersabarlah… ambil ikhtibar dari kejatuhan Morsi di Mesir gara-gara tidak sabar untuk menunjukkan bahawa beliau pro Islam, dengan membuka pintu Rafah dengan segera setelah diangkat sebagai Perdana Menteri. 

Akhirnya, pihak zionis Israel dan Amerika sakit mata dan hati, lantas terjadilah apa yang kita semua lihat pada hari ini. Itu belum dikira kegagalannya menyelesaikan masalah utama; bekalan makanan kepada rakyat Mesir, yg mengakibatkan ramai menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dan berpihak kepada tentera.

Baca seterusnya DISINI

85 Dalil Kenapa Kempen BB Cinabeng Perlu Diperhebatkan ... SEBARKAN!!!


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berkumpul pada pagi ini, di Dewan Agong Tuanku Canselor, Kampus Induk Universiti Teknologi MARA, sebuah institusi simbol serta perlambangan kepada perjuangan Melayu dan Bumiputera yang tiada pernah hentinya. 

2.    Terlebih dahulu, saya, bagi pihak Kerajaan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu dan Bumiputera yang telah menunjang, mandat serta kepercayaan kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-13... untuk terus menerajui kepimpinan negara. Apa yang lebih mengharukan adalah, UMNO sebagai parti tonggak kepada Barisan Nasional, telah berjaya menambah kerusi Parlimennya daripada 79 kepada 88. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

3.    Ini membuktikan, walau apapun rintangan, sekali apapun tohmahan, Kepimpinan Transformatif UMNO, bersama parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain terus kukuh, terus kental dan terus ampuh bertahan, sebagai parti pilihan rakyat, bagi tempoh 5 tahun akan datang,.... demi meneruskan agenda Melayu dan Bumiputera di tanah air tercinta ini. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

4.    Setelah selesai Pilihanraya Umum yang lalu, kita mendengar pelbagai rungutan, pelbagai keluh-kesah serta ketidakpuasan hati, yang dibangkitkan oleh masyarakat Bumiputera, tentang nasib, masa depan dan halatuju, bersama anak-anak cucu mereka, di bumi tanah tumpah darah kita. 

5.    Sememangnya, kita mendengar rintihan tuan-tuan dan puan-puan. Kita juga, menyelami denyut nadi serta resah gulana tuan-tuan dan puan-puan......, Yes... indeed!!!... we hear you... we hear you loud and clear. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, 

6.    Sejak negara mencapai kemerdekaan, tanggal 31 haribulan Ogos tahun 1957, rakyat telah hidup dalam keharmonian, bersatu padu, membina negara. Pada 16 haribulan September 1963, Sabah dan Sarawak pula bergabung bagi membentuk Malaysia. Alhamdulillah, penyatuan ini, membawa sejuta rahmat kepada kita. Lusa, dengan izin Tuhan jua, kita akan menyambut genapnya lima puluh tahun, perayaan jubli emas Malaysia, yang InsyaAllah akan saya hadiri di Bandaraya Kuching dan Kota Kinabalu. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

7.    Menyonsong populasi negara, pada tahun 1970, Bumiputera berjumlah 6.1 juta atau 56 peratus penduduk. Orang Melayu terdiri daripada sembilan suku kaum utama, orang asli pula terbahagi kepada 18 kategori, Bumiputera Sabah sebanyak 40 suku, manakala di Sarawak terdapat sejumlah 60 etnik. 

8.    Semasa Perhimpunan Agong UMNO Tahun 2010, saya sebut bahawa Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli adalah Melayu, Arab dan Pakistani semua juga kira Melayu, malah muallaf bertakrif Melayu, waima.... Mamak dan Malabari pun....... dah serap ke Melayu.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, 

9.    Banci Penduduk dan Perumahan 2010, menunjukkan Orang Melayu dan Bumiputera Islam berjumlah 59.7 peratus. Manakala Bumiputera Bukan Islam pula, 7.6 peratus bilangan daripada rakyat keseluruhannya.Unjuran terkini, setakat 2012, menganggarkan warganegara Malaysia, adalah seramai 27.4 juta orang, yang mana Bumiputera adalah 18.6 juta atau 67.9 peratus. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

10.    Sejak Merdeka, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan Bumiputera oleh pihak Kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut. Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, seperti mana dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas negara kita terdahulu,  dilindungi, dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153, Perkara 160 kurungan 2, Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan a. Juga Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan b.

11.    Makanya, Melayu dan Bumiputera sebagai teras kepada agenda nasional tidak  boleh dinafikan oleh sesiapa. Sesungguhnya, sebarang prakarsa bersifat nasional yang tidak mengambilkira atau mengabaikan agenda Melayu serta Bumiputera, adalah tidak adil dan tidak saksama.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

12.    Perkara ini sangat mustahak untuk difahami dengan baik-baik oleh semua pihak bahawa kita sentiasa menginsafi dan beringat-ingat tentang Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional. Ini kerana, jika sekiranya kaum majoriti Bumiputera tidak dibela dan berasa diri mereka terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan mengecapi keamanan, kestabilan, dan kita tidak mungkin mencapai impian menjadi negara maju yang sejahtera dan sentosa seperti yang didambakan pada tahun 2020. 

13.    Hatta, sejarah telah membuktikan dalam pembangunan ekonomi negara terutamanya sejak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, bukan sahaja orang Melayu dan Bumiputera, bahkan semua rakyat Malaysia berkongsi nikmat, meraih manfaat bersama, hasil daripada pembangunan ekonomi negara. Jelasnya, ini telah kita lakukan bukanlah dengan mengambil, atau menidakkan hak sesiapa, tetapi sebenarnya melalui penciptaan kekayaan baru dan penjanaan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, 

14.    Tawarikh dunia juga telah menunjukkan bagaimana jika sesebuah Kerajaan itu gagal memainkan peranan pro-aktif sebagai pengimbang sosioekonomi secara adil dan saksama, antara mereka yang memiliki dan tidak memiliki, antara pemodal dan pekerja, antara tuan punya tanah dan penyewa, antara pekerja kolar putih dan kolar biru, telah dan sedang membawa malapetaka. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

15.    Jika dihimbau kembali, Dasar Ekonomi Baru yakni DEB telah diperkenalkan pada tahun 1971, oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Ayahanda saya, untuk menangani isu ketidakseimbangan sosioekonomi antara etnik dan pembasmian kemiskinan berikutan tragedi 13 Mei 1969. 

16.    Begitulah Dasar Ekonomi Baru telah berlangsung di antara tahun-tahun 1971 hingga 1990. Semenjak tahun 1965 sehingga tahun 2010 pula, sebanyak 10 Rancangan Malaysia, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan. 

17.    Dasar Pembangunan Nasional pula, melewati tempoh-tempoh tahun 1991 sehingga tahun 2000. Kemudiannya, Dasar Wawasan Nasional merentasi tahun 2001 sehingga 2010. Dalam pada itu, saya juga telah melancarkan Dasar Transformasi Nasional, semasa membentangkan Bajet tahun 2010, sebagai paksi pengukuhan dan pemangkin untuk mencapai Wawasan 2020 kelak. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

18.    Sejak merdeka, Kerajaan telah mewujudkan pelbagai instrumen dan institusi demi Melayu dan Bumiputera, antaranya, Bank Bumiputera, Lembaga Urusan Tabung Haji, MARA, FELDA, RISDA, FELCRA, UDA, PERNAS, DARA, JENGKA, KETENGAH dan KESEDAR. Perdana Menteri Ketiga yakni, Tun Hussein Onn pula telah menubuhkan Permodalan Nasional Berhad dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional. 

19.    Seperti yang kita maklumi juga, kepentingan Bumiputera telah diperkukuhkan lagi oleh Perdana Menteri Keempat, yakni Tun Dr. Mahathir melalui Dasar Penswastaan dan Wawasan 2020, yang menjadi landasan perjalanan negara kini. Perdana Menteri Kelima pula, Tun Abdullah telah mewujudkan Koridor-Koridor untuk merancakkan pembangunan ekonomi wilayah. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

20.    Sejak saya mengambil alih pentadbiran negara, Kerajaan telah melancarkan Model Baru Ekonomi, yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, dengan pertumbuhan yang saksama, menyaksikan masyarakat Melayu dan Bumiputera setanding dengan masyarakat lain pabila fajar negara maju menyinsing kira-kira tujuh tahun lagi.

21.     Selain itu, secara dasarnya, Model Baru Ekonomi memperkenalkan pendekatan pembangunan secara inklusif berasaskan prinsip pertumbuhan dengan kesaksamaan atau growth with equity, bagi mempastikan semua masyarakat di Malaysia memperoleh manfaat daripada pembangunan ekonomi dan kekayaan negara. 

22.    Manakala, Rancangan Malaysia Kesepuluh, bermula pada tahun 2011 yang lalu hingga 2015 nanti, bertujuan untuk menyediakan peluang yang adil kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira etnik mahupun latar kedudukan geografi, untuk terlibat sama dalam semua aktiviti ekonomi. Ini, adalah berasaskan kepada prinsip mesra pasaran, berasaskan keperluan, telus dan meritokrasi. Akan tetapi meritokrasi yang kita maksudkan di sini adalah persaingan dalam kalangan Bumiputera.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

23.    Kerajaan juga telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi bagi membentuk satu ekosistem pembangunan ekonomi negara yang teguh dan berdaya tahan. Hasil pelaksanaan program transformasi, pertumbuhan ekonomi negara terus mencatat pertumbuhan yang kukuh dalam situasi ekonomi global tidak menentu. Pada tahun 2011 dan 2012, kadar pertumbuhan ekonomi negara berkembang masing-masing sebanyak 5.1 dan 5.6 peratus. 

24.    Apa yang ingin saya tegaskan di sini, pertumbuhan secara berterusan begini, adalah amat penting, kerana, pertama, dengan adanya pertumbuhan, barulah kita dapat mengagihkan kekayaan negara kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Tuan-tuan dan Puan-Puan,

25.    Melalui perancangan ekonomi yang rapi dan bijaksana, taraf hidup Bumiputera telah meningkat. Misalnya, pendapatan purata bulanan isirumah Bumiputera telah naik daripada 172 ringgit pada tahun 1970an kepada 4,457 ringgit pada tahun 2012 atau hampir 2,500 peratus dalam jangkamasa 42 tahun.

26.    Kadar kemiskinan Bumiputera pula, telah berkurangan daripada 64.8 peratus dalam tahun 1970an kepada 2.2 peratus pada tahun 2012. Pemilikan ekuiti syarikat korporat Bumiputera juga telah meningkat daripada hanya 2.4 peratus dalam tahun 1970an kepada 23.5 peratus pada tahun 2011. 

27.    Selain itu, kecuali dalam beberapa sektor guna tenaga tertentu, bilangan tenaga kerja Bumiputera dalam kategori profesional, terutamanya golongan bertauliah seperti doktor-doktor perubatan, para jurutera dan para peguam sudah menghampiri peratusan komposisi kaum. 

28.    Ini membuktikan, Dasar Ekonomi Baru, sebagai langkah awal telah berjaya menangani jurang antara kaum dalam usaha membangunkan sosioekonomi masyarakat Bumiputera. Jelasnya, sepanjang lebih 4 dekad, masyarakat Bumiputera telah melalui Fasa Pertama Transformasi. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

29.    Namun begitu, Kerajaan sedia maklum bahawa masih wujudnya jurang ketaksamaan pendapatan antara etnik. Sebagai contoh, pada tahun 2012,  pendapatan purata bulanan kaum Cina lebih tinggi berbanding Bumiputera pada nisbah 1 kepada 1.43 kali ganda.

30.    Dalam konteks pemilikan ekuiti syarikat korporat pula, kita masih belum mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus. Effective control kita ke atas syarikat korporat terkini hanyalah pada sekitar 10 peratus. Kerajaan juga faham bahawa penglibatan masyarakat Bumiputera dalam aktiviti keusahawanan masih tidak signifikan dan majoritinya hanya berada pada tahap usahawan kecil dan mikro. 

31.    Lantaran yang demikian, Tuan-Tuan dan Puan-Puan....... atas sokongan dan dokongan yang diberikan oleh orang-orang Melayu dan Bumiputera, pada Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini...., maka, .... pada hari ini........, Kerajaan memutuskan untuk membuat satu anjakan besar bagi melaksanakan strategi-strategi serta pendekatan-pendekatan yang konkrit lagi tuntas. 

32.    Perjumpaan penuh bermakna dan bersejarah ini, kita namakan sebagai  Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Segalanya ini, kita perbuat, demi membela untung nasib orang-orang Melayu dan Masyarakat Bumiputera, dari dulu, kini dan selama-lamanya........  Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini memberi fokus kepada lima strategi utama.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Pertama : MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA

33.    Seperti kita maklumi, modal insan merupakan aspek terpenting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Kerajaan sebenarnya telah berjaya menempatkan secara signifikan pelajar Bumiputera di institusi pengajian tinggi awam dalam negeri dan luar negara. Oleh itu, fasa seterusnya adalah pemerkasaan modal insan Bumiputera yang menjurus kepada pemadanan kelayakan dan kemahiran tenaga kerja dengan keperluan pasaran. 

34.    Untuk tujuan itu, pertamanya, bagi golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran, Kerajaan akan memperbanyakkan program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua supaya mereka memperoleh lebih banyak ruang untuk mendapat pekerjaan. 

35.    Dalam aspek ini juga, program re-skilling akan dipergiatkan. Untuk tujuan itu, peruntukan tambahan akan diberikan kepada GiatMARA bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan. Manakala bilangan program latihan yang dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara juga akan ditambah dengan mengamalkan pendekatan latihan dua syif. 

36.    Kedua, kepada golongan graduan Bumiputera yang mengganggur pula, Kerajaan akan menggiatkan lagi program latihan bagi mengatasi masalah kebolehpasaran, agar bersesuaian dengan keperluan industri. Untuk tujuan tersebut, program-program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability Management Scheme dan Program Peneraju Skil akan diperluaskan untuk menambah bilangan penerima faedah. 

37.    Ketiganya, bagi menambah bilangan Bumiputera berkelulusan tinggi, agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA akan memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah bagi memenuhi keperluan pasaran terutamanya dalam bidang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi. 

38.    Keempat, dalam melahirkan lebih ramai golongan profesional Bumiputera, Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta program-program seumpamanya akan diperluaskan. Ini akan membantu mereka memperoleh pengiktirafan sebagai tenaga kerja profesional dan bertauliah, terutamanya dalam bidang-bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera dan ahli sains aktuari. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Kedua : MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT

39.    Sehingga kini, had maksimum bagi setiap individu dalam pelaburan Amanah Saham Bumiputera adalah sebanyak 200 ribu ringgit. Justeru, bagi menggalakkan penyertaan, terutamanya golongan menengah Bumiputera dalam pemilikan saham, sukacita saya mengumumkan Skim Amanah Saham Bumiputera 2 atau ASB2 akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad, dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham. 

40.    Ekuinas pula akan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera. Program tersebut akan ditransformasikan melalui ekuiti dan kepakaran pengurusan, bagi membimbing syarikat-syarikat Bumiputera supaya dapat disenaraikan di Bursa Malaysia.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, 

Fokus Pemerkasaan Ketiga : MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA

41.    Bumiputera masih lagi ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan seperti rumah kediaman, premis industri dan kompleks komersial. Sebagai contoh, dalam tahun 2012, transaksi rumah kediaman yang direkodkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, menunjukkan hanya 36.3 peratus transaksi rumah kediaman melibatkan Bumiputera dengan nilainya hampir 18 bilion ringgit atau 26 peratus.

42.    Pada sudut lain pula, banyak aset bukan kewangan seperti hartanah dalam kalangan masyarakat Bumiputera Islam, yang tidak diuruskan secara teratur atau terbiar menyebabkan nilai aset berkenaan menjadi rendah. Justeru, bagi mengoptimakan nilai dan manfaat aset berkenaan, sebagai permulaan, Yayasan Wakaf Malaysia akan diperkemaskan, untuk ditukar taraf menjadi entiti Wakaf korporat. 

43.    Peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad  akan diperkukuhkan bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutamanya di lokasi strategik di seluruh negara. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

44.    Di samping itu, kerajaan menyedari tahap kemampuan masyarakat Bumiputera untuk memiliki rumah adalah rendah dan ditambah lagi dengan harga pasaran rumah yang semakin meningkat. Ke arah memperkasakan pemilikan aset hartanah, bagi menjana kekayaan Bumiputera, kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA serta Syarikat Perumahan Negara Berhad dan dengan kerjasama Kerajaan-Kerajaan Negeri, akan memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

45.    Manakala menurut perangkaan, 58 peratus daripada 72 peratus penduduk Malaysia yang menetap di bandar adalah Bumiputera. Namun, Kerajaan tahu, peratusan pemilikan hartanah Bumiputera di kawasan bandar adalah kecil. Maka, tanpa intervensi Kerajaan, bagi membetulkan keadaan ini, kedudukan pemilikan hartanah Bumiputera semakin meruncing. 

46.    Lantaran itu, peranan UDA Corporation akan diperkukuhkan untuk membantu membangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdagangan di kawasan bandar. 

47.    Bersabit hal ini juga, saya akan mengarahkan GLC dan GLIC yang terlibat dalam perniagaan hartanah untuk memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera terutamanya perumahan, rumah kedai dan premis komersial.


Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Keempat : MEMPERHEBAT KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA

48.    Sebagaimana kita maklum, perniagaan dan keusahawanan merupakan aktiviti ekonomi terpenting bagi menjana pendapatan dan kekayaan. Walau bagaimanapun, penglibatan Bumiputera dalam kegiatan tersebut masih rendah disebabkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi termasuk teknologi pengeluaran yang lapuk, kekurangan akses kepada dana dan modal serta pasaran produk yang terhad. 

49.    Dalam mengatasi isu akses kepada dana pembiayaan bagi usahawan kecil dan sederhana pula, peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB akan diperkuatkan supaya bilangan usahawan Bumiputera yang menerima akan bertambah, termasuk di Sabah dan Sarawak. 

50.    Sehubungan itu, sukacita saya umumkan, tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak 300 juta ringgit untuk tempoh lima tahun. Bilangan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, yang majoritinya wanita, disasarkan meningkat daripada 350 ribu kepada 500 ribu orang pada tahun 2015 kelak. 


Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

51.    Pada kesempatan ini juga, saya mengumumkan, dana tambahan sejumlah 700 juta ringgit kepada TEKUN Nasional. Bilangan usahawan TEKUN Nasional juga dijangka akan meningkat daripada 270 ribu pada tahun 2013, kepada 370 ribu pada tahun 2015.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

52.    Bagi menyahut keluhan usahawan yang mengalami kesukaran mendapatkan akses ke pasaran, maka, kerajaan akan mengarahkan semua Kementerian dan GLC mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera. Pemilihan vendor mestilah berasaskan meritokrasi di kalangan Bumiputera. Barulah usahawan Bumiputera dapat dipupuk menjadi berdaya maju dan mampan.

53.    Seiring dengan itu, saya juga mahukan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank agar projek mereka dapat dijalankan dengan lancar. 

54.    Berkait dengan pemerkasaan Program Pembangunan Vendor atau VDP, PETRONAS hendaklah melonjakkan program VDP-nya, bagi mengukuh rantaian bekalan sektor minyak dan gas. Tenaga Nasional pula dalam sektor tenaga, manakala Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

55.    Dengan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini juga, saya mahukan semua Ketua Pegawai Eksekutif di GLC menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang dianugerahkan kepada vendor. Ini wajiblah dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama atau KPI kepada CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif syarikat masing-masing.

56.    Sehubungan itu, suka saya kongsikan dalam sektor minyak dan gas antara sekarang sehingga tahun 2017, PETRONAS sedang dan akan menjalankan beberapa projek utama dalam sektor upstream dan downstream. Melalui projek-projek tersebut, kita merangkakan supaya syarikat-syarikat Bumiputera mendapat manfaat daripada kontrak yang bernilai 20 bilion ringgit setiap tahun untuk kerja-kerja perkhidmatan di sektor upstream dan downstream. 

57.    Jangka hayat kemudahan-kemudahan ini selalunya mengambil masa selama 25 tahun atau lebih. Dianggarkan sekurang-kurangnya 22 skop kerja kritikal bakal diwujudkan dan dapat memberi manfaat kepada syarikat-syarikat Bumiputera. 

Tuan-tuan dan Puan-puan, 

58.    Bagi menangani isu rantaian perbekalan pula, Kerajaan melalui GLC dan GLIC, akan membangunkan sekumpulan usahawan Bumiputera yang akan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pembuatan dan perindustrian yang berpotensi dan mempunyai nilai tambah tinggi.  Dalam konteks ini, GLC dan GLIC akan menerajui usaha untuk mewujudkan beberapa konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor-sektor yang terlibat.

Tuan-Tuan dan Puan-puan, 

59.    Program Penswastaan, secara umumnya, telah berjaya menjadi pemangkin bagi mewujudkan individu dan syarikat Bumiputera yang berjaya. Oleh itu, untuk merancakkan lagi program berkenaan, Unit Kerjasama Awam Swasta atau UKAS akan mengambil inisiatif untuk mengenalpasti secara terpilih mana-mana perkhidmatan Kerajaan yang berdaya maju untuk diswastakan kepada Bumiputera. 

60.    Sebagai langkah untuk mempastikan peluang syarikat Bumiputera untuk memperoleh kontrak serta sebagai persediaan untuk bersaing pada masa hadapan pula, dasar Carve-out akan diperluaskan kepada projek-projek besar lain di bawah kementerian serta GLC dan GLIC. Dasar ini telah berjaya dilakukan di dalam projek MRT di mana sebanyak 47 peratus atau 9 bilion ringgit telah dianugerahkan kepada syarikat Bumiputera terpilih secara meritokrasi. 

61.    Sebagai contoh, empat projek tambahan yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

62.    Demi kelangsungan agenda, kita wajar membina satu Komuniti Baru Entrepreneur Bumiputera yang mempunyai daya tahan, daya saing, daya juang, inovatif dan berani mengambil risiko. Mereka juga perlu mempunyai minat yang tinggi serta passionate dalam menyertai bidang-bidang baru berasaskan pengetahuan atau knowledge based economy seperti teknologi maklumat, bioteknologi dan teknologi hijau. 

63.    Untuk tujuan ini, satu skim pembiayaan baru lagi unik dinamakan sebagai Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau ringkasnya SUPERB akan diperkenalkan. Skim ini bertujuan untuk membantu syarikat start-up. Bagi tujuan itu, dana sebanyak 100 juta ringgit akan diperuntukkan dalam tempoh tiga tahun.

64.     SUPERB ini akan menyediakan kemudahan geran sehingga 500 ribu ringgit kepada entrepreneur baru yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik yang mempunyai potensi masa hadapan yang besar.

65.    Pemilihan entrepreneur-entrepreneur Bumiputera ini adalah berdasarkan merit dan akan dibuat oleh sekumpulan panel entrepreneur di kalangan mereka yang telah berjaya. Di samping itu, entrepreneur baru yang terpilih akan turut mendapat perkhidmatan mentoring daripada entrepreneur yang sudah berjaya tersebut.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Kelima : MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

66.    Sebagaimana yang saya sebutkan, Kerajaan mendengar luahan rasa yang dilontarkan oleh masyarakat Bumiputera berhubung tahap penyertaan dalam program pembangunan sosioekonomi. Oleh itu, bagi mempastikan agenda pembangunan sosioekonomi Bumiputera dapat dilaksanakan secara efektif, sistem penyampaian akan diperkemas dan diperkejap untuk mewujudkan ekosistem yang cekap, komprehensif dan konstruktif. 

67.    Untuk itu, Unit-Unit Pembangunan Bumiputera atau UPB akan diwujudkan di semua kementerian. Unit Pembangunan Bumiputera ini bertanggungjawab bagi merangka cadangan dan melaksana inisiatif Agenda Bumiputera. 

PENUTUP

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

68.    Menjiwai kepentingan dan perjuangan Bumiputera, saya ingin memetik Tujuh Wasiat, oleh Sembilan Raja-Raja Melayu, semasa memperkenankan perjanjian kemerdekaan untuk menubuhkan sebuah Persekutuan. 

Bahawasanya:

“Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain”. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

69.    Wasiat ini sangat terang lagi bersuluh. Ia telah menyatakan tentang ekuiti dan pemilikan orang Melayu dan kemudiannya diperluaskan kepada Bumiputera, melalui kebersatuan Sabah dan Sarawak pabila Malaysia dibentuk 50 tahun yang lalu.

70.    Kendatipun begitu, bagi pihak Kerajaan, secara tulus ikhlas saya meminta kepada semua pihak, agar jangan bersalah sangka atau sesekali bersalah faham, tentang pemerkasaan ekonomi Bumiputera ini. Sesungguhnya, inisiatif dan haluan besar ini, kita lakukan bukan dengan jalan memintas, tidak dengan cara mengambil hak orang lain, mahupun menafikan kepentingan sesiapa. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

71.    Certainly!... We are doing what is fair,... we are doing what is right..., and we are doing what is equitable. Maknanya, kita tidak mempunyai apa-apa nawaitu, atau sekelumit pun rasa prejudis terhadap bangsa-bangsa lain. 

72.    Sayugia, yang tertanam di benak sanubari saya dan kerajaan, adalah hasrat murni untuk terus gigih mencipta serta menjana kekayaan baru. Semoga nikmat dan kemakmurannya, dapat diraih serta dirasai oleh semua golongan sebagai rakyat Malaysia secara adil dan saksama. 

73.    Bahkan, kerukunan kita telah diiktiraf pada tangga ke-20 sebagai negara paling stabil dan aman di dunia..............., Begitulah istimewa dan uniknya Malaysia. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

74.    Pucuk pangkalnya, hendak saya pertegaskan bahawa kita adalah kerajaan yang berhemah lagi bertanggungjawab, ke atas seluruh lapisan rakyat, tanpa mengira apa jua latar belakang samada Bumiputera atau bukan Bumiputera, Islam mahupun bukan Islam. 

75.    Kita juga tidak seperti sesetengah pelaku politik, yang tidak sudah-sudah menyalakan api perkauman sehingga menggerun dan memesongkan pemikiran rakyat. 

76.    Suka tidak suka, seandainya tidak berhati-hati dan terpengaruh dengan sentimen pihak luar, melalui dalang dan petualang dalaman ini, maka, tempiasnya akan terpercik kepada kita. Sekiranya dibiar dan tidak dibendung, Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat lagi merdeka pada akhirnya akan musnah dan membungkam.... Barang dijauhkan oleh Allah jua.....

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

77.    Sebagai mana di awal ucapan tadi, saya menyatakan kita berhimpun di sini bukan untuk saja-saja, kita berkumpul di sini bukan untuk suka-suka......... Seperti slogan yang popular, UiTM Dihatiku.... makanya, Universiti Teknologi MARA ini sangat dekat di hati kita, sebagai sebuah institusi Bumiputera yang cukup membanggakan. 

78.    Bahkan....., masih segar lagi dalam ingatan, sewaktu saya berucap sebagai Timbalan Presiden UMNO, pada Perhimpunan Agung tahun 2005........., saya telah mengumumkan supaya enrolmen pelajar UiTM ditingkatkan daripada 100,000 kepada 200,000  menjelang tahun 2015. Kini,...... Alhamdulillah, bilangannya sudah pun mencecah 180,000 orang.

79.    Pagi ini pula........., saya ingin mengumumkan hasrat peningkatan enrolmen pelajar Universiti Teknologi MARA ini kepada 250,000 menjelang tahun 2020. Penambahan ini juga termasuk penubuhan beberapa lagi kampus baru di seluruh negara. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

80.    Demi Melayu......, Demi Bumiputera........, Saya ingin mengumumkan penubuhan Dana Pendidikan MARA yang berjumlah 1 bilion ringgit bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan  pembangunan serta inovasi. Dana ini berbentuk Matching Fund  nisbah satu kepada satu antara MARA dan Kerajaan yang disalurkan secara berperingkat. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

81.    Kita juga sedar, masyarakat Bumiputera meletakkan harapan yang tinggi kepada TERAJU bagi menakhoda agenda pembangunan Bumiputera. Kini, untuk membestarikan lagi TERAJU, sebagai sebuah badan yang unggul, ia akan diletakkan langsung di bawah saya sendiri sebagai Perdana Menteri, dengan diketuai oleh seorang ............................................ 

82.    Sebagai memenuhi hasrat kita untuk mewujudkan Komuniti Entrepreneur Bumiputera, sukacita saya umumkan bahawa Institut Keusahawanan Negara atau INSKEN kini, akan diletakkan di bawah seliaan TERAJU. Begitulah juga Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau SUPERB yang baru saya wujudkan tadi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

83.    Sebagai payung dan kemuncak strategi pemerkasaan ini, sebuah council yang dipanggil Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB akan ditubuhkan bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera. Majlis Ekonomi Bumiputera ini akan dipengerusikan sendiri oleh saya dan Timbalan Pengerusinya adalah YAB Timbalan Perdana Menteri dengan keanggotaan beberapa menteri berkenaan. Keahliannya pula bersifat kompak, di mana pelbagai badan bukan kerajaan dan pihak-pihak yang releven akan diundang. Majlis yang penting ini, akan bersidang sekurang-kurangnya sekali sebulan dan jika perlu lebih dari itu. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

84.    Maka, berpasak dan bertunjang dengan Majlis Ekonomi Bumiputera ini....., kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera, usahlah berbimbang-bimbang dan bergundah-gundah, kerana,...... selagi ada bulan dan bintang,.......... selagi hayat dikandung badan,............. survival Melayu dan Bumiputera tetap menjadi keutamaan dan pelita perjuangan kita sampai bila-bila. 

85.    Akhir kalam, saya berikrar akan terus beristiqamah memperkasakan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Mudah-mudahan dengan izin dan ketentuan Allah jua, semuanya akan tercapai. 



HIDUP MELAYU........ HIDUP BUMIPUTERA........ HIDUP MALAYSIA.......

GERAKAN TIMUR:
Suara Melayu dan Bumiputera sudah pun disimpulkan dalam majlis pagi tadi.  Dan ianya bukanlah bersifat retorik, atau bersifat "Manifesto Bukan Janji". 

Itu lah BN.. janji ditepati, sokongan dihargai. 

Terima kasih PM atas pengumuman ini, dan kepada pemegang amanah untuk perlaksanaan, sesungguhnya Allah itu Maha Melihat. 

Friday, September 13, 2013

Demo PAS bikin Mat Kapchai Sakit Hati... kahkahkah!!!


Program Jom Heret Motor Tanda Protes pada petang tadi di R&R Jejantas Sg Buloh anjuran Alternatif Riding Club (ARC) tidak mendapat sambutan apabila hanya kira-kira 28 buah motorsikal kelihatan dlm program berkenaan berbanding jangkaan awal penganjur.

Program yg diketuai oleh Zaharudin Mohamad yg juga menantu kpd Presiden PAS bermula dgn mengheret motor di lebuh raya yg dijangka sejauh 1 KM menghala ke Tol Sg Buloh.

Mengikut maklumat, ramai yg "berbulu" dan bertindak utk tidak sertai demo ini kerana berasa dipermainkan.

Apa tidaknya, masing-masing yg terkesan dgn 20 sen ialah mat pas kapchai, tetapi pemimpin mereka "tayang" motorsikal berkuasa tinggi.

Harga tukar tayar motor sahaja sudah cukup utk setel payment sebuah kapchai. Hambik kauuu...

Zuhud la sangat...


posted from Bloggeroid

MESTI HADIR: Aturcara "Pertabalan" Anwar Ibrahim Sempena 16 September Ini !!!



Oleh : RPM

Berikut antara acara-acara yang akan diadakan pada 16 September 2013 sempena hari memperingati 'Pertabalan' Anwar Ibrahim selaku 'Perdana Menteri Malaysia'.

Lokasi : Ibu Pejabat Parti Kencing Rakyat
Masa : 12 Tengah Malam Sampai 12 Tengah Malam 17 September 2013

Tentatif Program :

12.01am-1.00am : Pidato Kencing Rakyat yang bertajuk "Aku Perdana Menteri"

1.00am - 2.00am : Forum Kencing Rakyat yang bertajuk "Anwar Perdana Menteri"

2.00am - 3.00am : Ceramah Kencing Rakyat yang bertajuk "Anwar Ibrahim Bakal Perdana Menteri"

3.00am - 4.00am : Wacana Kencing Rakyat yang bertajuk "Anwar The Prime Minister"

5.00am - 6.00am : Kuliah Sebelum Subuh yang bertajuk "Anwar Menjadi Perdana Menteri"

6.00am - 7.00am : Subuh dan Kuliah Selepas Subuh yang bertajuk "Siyasah Syari'ah Dan Anwar Perdana Menteri.

8.00am - 9.00am : Perbarisan 'Ambil Alih Putrajaya'

9.00am - 10.00am : Minum Pagi Bersama 'Perdana Menteri 16 September'

11.00am - 12.00am : Sukaneka Kencing Rakyat Bersama 'Perdana Menteri 16 September'

12.00am-1.00pm : Ramah Mesra Kencing Rakyat Bersama 'Perdana Menteri 16 September'

1.00pm - 2.00pm : Sesi Khas Bersama Pengundi Cina dengan ceramah yang bertajuk "Anwar PM Untuk Cina"

2.00pm - 3.00pm : Sesi Khas Bersama Pengundi India dengan ceramah yang bertajuk "Anwar PM untuk India"

3.00pm - 4.00pm : Sesi Khas Bersama Pengundi Melayu dengan ceramah yang bertajuk "Anwar PM untuk Melayu"

4.00pm - 5.00pm : Sesi Khas Bersama Pengundi Sarawak dengan ceramah yang bertajuk "Anwar PM untuk Sarawak"

5.00pm - 6.00pm : Sesi Khas Bersama Pengundi Sabah dengan ceramah yang bertajuk "Anwar PM untuk Sabah"

7.00pm - 8.00pm - Sesi Mengenang Kematian Teoh Beng Hock dan Kugan.

8.00pm - 9.00pm - Pembacaan Sajak Kencing Rakyat dengan Tema 'ANWAR PMku'

9.00pm - 10.00pm - Nyanyian Lagu Tema 'Kencing Rakyat', 'Anwar Ibrahim PMku', '16 September', 'Reformasi', dan lain-lain [Akan dinyatakan kemudian].

10.00pm-11.00pm : Debat dengan tema "Kenapa Anwar Perdana Menteri?"

11.00pm - 12.00am : Pidato Ketua Umum yang bertajuk 'ANWAR PILIHAN TUHAN'

12.01am-16 SEPTEMBER 2014 : Anwar Ibrahim Masih bergelar KETUA PEMBANGKANG.


Satira Politik berbisa oleh PENA MINANG

18SX: WOOOOiiiiii ORANG PAS!!! Ape Deme Nak Kata Pasal Pasangan Ini???


Kita nak hairan apa dengan Zunar hina isu Kalimah Allah? Bini dia pun tak tutup aurat sampai nampak belahan dada tembam dia tu. Aurat bini dia pun tergadai. Apatah lagi Kalimah Allah.



GT teringin bebenor nak dengor ape kate puok-puok PAS pulak... deme ni suke benor ngata orang tak pakai tudung la... itu laa.. ini laa.. nak jugak teman dengor apa kata mike... 

Nape senyap je Yob????

Filem Terbaru KRU Studios "Vikingdom" Cecah RM10 Juta Sebelum Tayangan (VIDEO INSIDE)


Selepas dua tahun dalam pembikinan, filem terbaru terbitan KRU Studios Vikingdom: The Blood Eclipse kini sudah berada di pawagam seluruh Malaysia dan ini mungkin sebuah filem yang perlu anda tonton hujung minggu ini.

Menurut pengarah filem ini, Yusry Abdul Halim Vikingdom telah pun berjaya menjana pulangan sebanyak RM10 juta hasil penjualan hak pengedaran filem berkenaan di Amerika Syarikat dan di 10 buah negara lain setakat ini.

GT lebih selesa letak gambar Lisa Surihani berbanding laki dia... hehehe.. 

Itu satu pulangan yang agak baik setakat ini buat Vikingdom yang menelan belanja sebanyak RM20 juta & ianya hanya akan memulakan tayangan di Amerika Syarikat pada 4 Oktober depan.

“Pihak Universal Pictures juga bersetuju untuk menjadi pengedar di negara-negara seperti United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil,” ujar Yusry KRU ketika majlis tayangan bersama media di Sunway Pyramid semalam.

Yusry KRU menambah lagi yang rakyat Malaysia harus bangga dengan filem Vikingdom kerana ianya menggunakan 100% tenaga tempatan walaupun membariskan pelakon antarabangsa.

Sokong hasil kerja anak tempatan...
Sokong filem tempatan... sokong filem bukan komunis...
Hapuskan cetak rompak dan DAPigs!

Thursday, September 12, 2013

Siapa Menteri Yang Menangis Tersedu-sedu Gara-Gara Pemansuhan I.S.A dan E.O ?


Penulis memikirkan, apakah yang berlaku terhadap tangkapan dalam skala besar-besaran dalam Ops Cantas. Sekiranya mereka berstatus suspek, tanpa ada bukti kukuh, apakah penjenayah ini bakal terlepas dari hukuman? Walhal, secara risikannya, pihak Polis mempunyai informasi-informasi terhadap kegiatan jenayah mereka. Apakah harus “caught in the act”, barulah dakwaan boleh dikenakan? Apakah perlu orang awam menjadi mangsa dahulu baru boleh bertindak?

Lucunya, pihak polis telah mengeluarkan senarai kumpulan gengster. Ini bermaksud, mereka wujud, dan tindakan perlu diambil. Cukupkah bukti untuk menahan mereka hanya berbekalkan tattoo dan simbol-simbol kumpulan ini?

Baca seterusnya DISINI

KENALI CINABENG: Akhbar Milik MCA, Bersuara Persis DAPigs... Bagai Aur Dengan Tebing!!!


Kata orang, jika kita tidak belajar dari kesilapan maka kita akan dihukum mengulangi kesilapan yang sama berkali-kali.  Jika kesilapan pertama menjadikan rumah kita retak, kesilapan seterusnya pasti akan membuatkan rumah kita runtuh.   Jika rumah kita retak kerana kontraktor tidak punya kredibiliti, apakah kita akan menyuruh kontraktor yang sama juga memperbaiki keretakan itu?

Kata orang bijaksana pula, perkara pertama perlu ada pada mereka yang ingin menceburi politik ialah ‘kematangan’ dan perkara utama yang tidak harus ada pada seorang ahli politik ialah sifat ‘naif’.  Sedar atau tidak, sifat naïf pemimpin yang tidak menyedari keadaan sebenar di peringkat rakyat serta cenderung menaruh kepercayaan kepada pihak yang licik, merupakan bibit-bibit awal yang membawa kepada terjadinya 13 Mei 1969. 

Kata orang berpengalaman, dalam menangani kelicikan musuh dalam selimut, kita tidak seharusnya mengambil sikap ‘apologetik’.  Dalam konteks politik Barisan Nasional, musuh dalam selimut itu, tidak lain tidak bukan ialah MCA.  Ini terbukti pada PRU-13 yang lalu apabila 97% orang-orang Cina menolak BN.  

Kita dapat melihat sendiri bagaimana sepanjang penggal lalu, MCA tidak begitu berminat untuk menambah ahli tetapi menumpukan sepenuh tenaga untuk mempopularkan Perdana Menteri, iaitu taktik yang pasti akan memakan diri apabila dilakukan keterlaluan.  Tidak mustahil taktik ini sebenarnya adalah satu bentuk sabotaj yang licik sekali. 

MCA semestinya menyangka bahawa orang-orang Cina pasti berjaya menawan Malaysia untuk kesekian kalinya dalam PRU-13 dengan membiarkan Pakatan Rakyat menang di mana DAP mendahului jumlah kerusi.  Namun, dengan kuasa Allah SWT, perancangan mereka tidak berjaya dan mereka terpaksa terus bersama BN walaupun sebahagian besar dari mereka telah mengundi DAP pada PRU lalu dan kemungkinan besarnya pada PRU akan datang juga. 

Lalu, kepada BN, MCA mengaku bersalah, meminta maaf dan bersedia memikul tanggungjawab dengan menolak sebarang jawatan kabinet. 

Namun, di masa yang sama, MCA meneruskan agenda Ketuanan Cina mereka melalui akhbar milik mereka iaitu The Star.  Lenguh sudah tangan-tangan blogger mendedahkan kelicikan MCA sebagai amaran kepada kepimpinan BN, namun sehingga kini BN masih mengambil sikap menutup mata terhadap permainan MCA melalui The Star.  Tiada amaran, tiada kenyataan tegas dari kepimpinan BN dan jauh sekali tindakan terhadap kebiadapan MCA.   

Dan hari ini, The Star mempromosi DAP lagi melalui laporan Mid Autumn Festival yang memaparkan gambar peniaga dengan maskot DAP.   Seperti biasa juga pemimpin BN melihatnya sebagai satu perkara kecil.    

The Star membawa suara DAP bukan lagi satu rahsia, dan semua orang tahu mengenainya.  Selain akhbar, MCA juga mengeluarkan produk pro-DAP melalui Universiti miliknya iaitu UTAR dan Kolej TAR.    

Jelas bahawa MCA dan DAP mempunyai hala tuju yang sama tetapi berjuang melalui platform yang berlainan bagi memastikan penguasaan yang lebih meluas dan bermakna iaitu dengan menguasai kedua-dua belah pihak.  Sedangkan, UMNO hanya melihat kemenangan dari segi undi terhadap BN,  bukan penguasaan yang sebenar. 

Mungkin kerana itu, UMNO berpura-pura tidak merasa tikaman MCA di belakang.  UMNO juga pura-pura tidak mendengar gelak tawa MCA terhadap kenaifan atau mungkin juga ‘ketamakan’ atau ‘kebebalan’ mereka. 

Hakikat bahawa MCA tidak lagi membawa aspirasi BN atau semangat setiakawan yang termeterai melalui kontrak sosial, langsung tidak menggusarkan BN.  

Sedangkan, dalam keadaan yang begitu rapuh, BN tidak boleh memilih untuk berdiri atas kekuatan musuh. Apatah lagi kini apabila telah terbukti bahawa UMNO boleh berdiri sendiri atas sokongan padu orang-orang Melayu jika kena strateginya.  Dan strategi menyimpan musuh dalam selimut bukanlah strategi yang tepat. 

Sudah sampai masanya UMNO mendesak MCA meletakkan garis yang jelas dalam perjuangan mereka.  Paksa MCA menyatakan di pihak manakah mereka berada.   Jika BN boleh memaksa para blogger menyatakan sokongan dengan tidak mengkritik BN, maka kenapakah MCA tidak boleh diberi layanan yang sama?  Apa ada pada MCA sehingga menyebabkan mereka boleh berbuat sesuka hati mempermainkan UMNO dan BN di dalam akhbar milik mereka?   

Atau soalan yang lebih tepat ialah, berbaloikah segala pengorbanan memperbodohkan diri kepada MCA ini?  

KENALI CINABENG HAMLAU: Sudahlah Gagal Menarik PelabUr Asing, Malah Malaysia Pula Diburuk-burukkan!!!


Bayangkan seorang peniaga mengadakan promosi barangan di hadapan pelanggan tetapi memburukkan barangannya sendiri.  Tentulah peniaga tersebut gila atau pun paling bodoh di dunia.  Teapi itulah yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dalam misi pelaburan ke Hong Kong baru-baru ini. 

Di dalam misi tersebut, Guan Eng telah memberi gambaran kepada pelabur bahawa Malaysia berada dalam keadaan tidak selamat dan bahawa kononnya kerajaan menggunakan cara yang tidak wajar semata-mata untuk menjimatkan kos sehingga mengabaikan soal keselamatan. 

Tentu ramai yang terkejut dengan berita ini dan kita yakin, para pelabur yang mendengarnya juga pasti menggeleng-gelengkan kepala memikirkan apakah jenis Ketua Menteri yang menerajui Pulau Pinang. 

Telah dikatakan bahawa Guan Eng ini bukanlah seorang yang bijak.  Guan Eng bernafas dalam dendam kesumat dan keangkuhan yang parah yang membutakan mata hatinya dan menjadikan beliau hamba kepada kebencian yang meluap-luap.  Keadaan ini menjadikan beliau tidak dapat berfikir dengan baik sehingga menjadi bodoh. 

Akibatnya, Guan Eng lupa bahawa beliau mewakili negerinya untuk menarik pelabur bukan membuat mereka lari.  Jika pelabur berjaya ditarik, beliau juga yang mendapat nama. 

Tetapi, Guan Eng rela membiarkan Pulau Pinang tidak mendapat apa-apa pelaburan asalkan Malaysia juga tidak mendapat apa-apa pelaburan.  Semuanya kerana beliau ingin melihat keruntuhan Malaysia agar dapat menyalahkan Barisan Nasional. 

Nampaknya, Guan Eng bukan seorang Ketua Menteri yang bertanggungjawab.  Kita tahu bahawa beliau sudah kaya raya dan kehidupannya tidak akan terjejas sekiranya pelaburan asing merosot, tetapi yang akan terjejas ialah rakyat keseluruhan dari segi peluang pekerjaan dan penjanaan ekonomi negara untuk kegunaan sektor lain. 

Dalam usahanya untuk memburukkan Malaysia, Guan Eng juga membayangkan bahawa rasuah di Malaysia amat kronik sehinggakan sejumlah RM51 billion boleh dijimatkan jika pengurusan kerajaan benar-benar telus.  Memetik jumlah dan menuduh sesuka hati tanpa sebarang perincian memanglah mudah. 

Tetapi realitinya, 62.0% (RM125.8 Juta) dari perbelanjaan operasi adalah untuk Emolumen, Bayaran Khidmat Hutang, Pencen & Gratuiti dan Supplies & Services (Sewa, pembaikan dan maintenance, Utiliti dsb)

Manakala, Belanja Pembangunan Kerajaan bagi Tahun 2012 hanyalah sebanyak RM46.9 juta. Katakanlah Kerajaan boleh menjimatkan 25% belanja pembangunan daripada pengurusan kontrak dan rasuah, jumlah penjimatan adalah [RM46.9 juta*25%] RM12.4 juta.  Jadi, di manakah logiknya penjimatan sehingga RM51 bilion? 

Namun, kita faham yang Guan Eng memang mempunyai masalah dengan matematik.  Kita sedia maklum yang DAP mempunyai masalah untuk mengira jumlah undi yang tidak sampai 2,000 pun.  Kerana itu, DAP terpaksa mengadakan pemilihan CEC semula.  Atas dasar ini, mungkin kita patut bertolak ansur dengan Guan Eng.

Bagaimanapun, kita tidak boleh bertolak ansur atas sikap tidak bertanggungjawab Guan Eng yang telah menyebabkan pelaburan di Pulau Pinang merudum.  Lebih pelik lagi, dalam keadaan ini juga, Guan Eng masih mendabik dada konon beliau berjaya mengurangkan hutang negeri dalam sekelip mata. 

Hakikatnya, pengurangan hutang yang dicatatkan oleh Pulau Pinang bukan kerana Guan Eng cekap dan telus dalam mentadbir tetapi kerana penstrukturan semula sektor bekalan air di mana liabiliti Kerajaan Negeri dalam sektor air telah diambil alih oleh Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) sebanyak RM655.25 juta.

Pengambilalihan inilah yang memberikan impak pengurangan 95% jumlah hutang tertunggak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bukannya kerana apa-apa dasar yang diperkenalkan Guan Eng.  Nampaknya, Guan Eng tentunya mempunyai kulit yang begitu tebal untuk mengakui bahawa rekod pengurangan hutang Pulau Pinang sebagai hasil dari pentadbirannya. 

Apapun, kita tidak pasti berapa banyak pelaburan yang berpotensi di bawa masuk sekiranya beliau tidak membuat kenyataan bodoh atau gila itu di hadapan pelabur.  Kini, kerana Guan Eng, Malaysia dan Pulau Pinang juga, mungkin berhadapan dengan kerugian kerana tidak dapat membawa masuk pelabur asing. 


Kerana Guan Eng juga, DAP berada dalam kekalutan.  Justeru, kita tidak tahu bagaimana ahli-ahli DAP masih lagi sanggup menerima seorang penipu dan tidak bertanggungjawab ini sebagai Ketua.   Lebih-lebih lagi melantiknya sebagai Ketua Menteri.   

Rasanya, sudah sampai masanya DAP berubah.  Oleh itu, sekadar mengingatkan ahli-ahli DAP, pemilihan semula CEC ini adalah masa yang paling sesuai untuk melakukan perubahan.  Ubahlah diri sendiri dahulu sebelum terpekik-pekik ingin mengubah orang lain. 

NAAAHHH... Blueprint Ekonomi Melayu Bumiputera. Tak Reti2 Untuk Hadir???


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan dasar komprehensif untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi tidak lama lagi.

Beliau menyatakan demikian menerusi status terbaharu dalam akaun Twitter. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pengumuman mengenai dasar-dasar itu akan dibuat Sabtu ini.

Menurutnya, antara perkara yang bakal disentuh Perdana Menteri ialah pembangunan modal insan, pemilikan ekuiti dan hartanah oleh Bumiputera.

Dalam satu lagi Tweet, Najib yang juga Menteri Kewangan berharap pelaburan untuk projek Taman Biopolimer Kertih (KBP) dapat membangunkan industri bioteknologi negara.

"Saya berharap KBP juga akan mengukuhkan ekonomi Malaysia," katanya.

Pihak berkuasa Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menjangka KBP dapat menarik pelaburan bernilai RM7 bilion menjelang 2015.

KBP ialah kompleks bio-penurasan generasi kedua yang terbesar di Asia dan kewujudannya menjadikan Malaysia perintis dalam bidang bioteknologi. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...