Bersama Berjuang

Showing posts with label Perhimpunan Agung UMNO. Show all posts
Showing posts with label Perhimpunan Agung UMNO. Show all posts

Monday, October 7, 2013

Bersikap Adil Kepada Ahmad Shabery Cheek!


Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini membidas Laporan Ketua Audit Negara yang didakwanya sebagai culas.

Bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Laporan Ketua Audit Negara gagal menjelaskan perkara sebenar di mana wang sumbangan disalurkan ke akaun Majlis Sukan Negara (MSN).

"Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara. Dakwaan pihak AG Audit yang menyatakan KBS membayar K-Pop pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM1.6 juta adalah benar kerana ianya adalah dari wang tajaan.

"Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan pekara sebenar kerana Wang Sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS," katanya yang dipetik dalam laman akaun Facebooknya.

Laporan itu menyatakan, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada perbelanjaan RM2.94 juta untuk menjayakan program tersebut.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut ditegur oleh Ketua Audit Negara kerana berbelanja terlalu tinggi dan tidak menepati perbelanjaan berhemat yang sepatutnya diamalkan kerajaan.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia ini berkata, wang tajaan sebanyak RM20 juta untuk menjayakan Hari Belia Negara turut disalurkan ke akaun MSN bagi melancarkan pengurusan program tersebut.

Tambahnya, oleh yang demikian KBS tidak melakukan sebarang pembaziran terhadap wang rakyat seperti yang didakwa pembangkang.

"Moga rakyat celik mata dengan pekara ini, kita juga tidak mahu pembaziran seperti mana Laporan Audit Negara tentang pembelian mesin scanner beharga RM14,000 seunit.

Ahmad Shabery menegaskan yang isu KBS tidak membazirkan wang rakyat malah ia adalah wang tajaan dari syarikat korporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara. - RakyatNews


GERAKAN TIMUR:
Ramai yang salah sangka dengan Laporan Audit Negara berhubung isu penajaan K-POP sewaktu berlangsungnya Hari Belia Negara. 

Sehingga hari ini, masih ramai yang memperkatakannya, tanpa memahami perkara yang sebenar. 

GT setuju dengan kenyataan Shabery Cheek, bahawa hanya laporan wang keluar yang dinyatakan, tanpa kesimpulan menyeluruh tentang perkara ini. Secara tidak langsung, seperti wujud "bias" pada laporan berkenaan. 

Sahabat Auditor pula berkata kepada GT "Itu tugas Audit untuk menegur, dan tugas Menteri untuk menjawab". Oleh itu, tiada sebarang kesalahan dibuat oleh kedua-dua pihak dalam perkara ini.

Semoga semua rakyat Malaysia berlaku adil kepada Shabery Cheek, yang mampu mendapatkan tajaan bernilai jutaan ringgit untuk program tersebut. Bukan itu sahaja, Hari Belia Negara juga berlangsung dengan gemilang. 

Kepada perwakilan yang bakal memilih, jangan sia-siakan kemampuan pemimpin seperti ini sekiranya mahu UMNO terus ke hadapan. 

Yang penting, rakyat perlu lebih rasional dalam menilai sesuatu perkara. Janganlah terlampau cepat membuat kesimpulan, dalam bahasa Jawa disebut "Don't Jump Into Conclusion Too Early". 

Yup... #SC4MT !!!


Thursday, September 19, 2013

Tawaran Kerajaan Perpaduan Anwar Kepada Najib Berkaitan Dengan Pemilihan UMNO Yang Akan Datang???


Jawatan penting seperti ketua pemuda, ketua cawangan mahupun jawatan-jawatan di peringkat UMNO bahagian termasuklah jawatan Ketua Bahagian menjadi sasaran pengikut-pengikutnya.  

Apatah lagi, kuasa memilih ketika ini cukup terbuka berbanding sistem kuota sebelum ini.  Keadaan ini membuka potensi besar kepada Anwar untuk melebarkan pengaruhnya melalui proksi-proksinya di peringkat tertinggi UMNO.

Baca seterusnya DISINI.

Tuesday, September 17, 2013

P.A.U: Gua Musang Bergelora.... Ku Li Dicabar "Anak Buah" Sendiri...


Setelah sekian lama kedudukan sebagai Ketua UMNO Gua Musang yang disandang oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) tidak dicabar oleh sesiapa, pemilihan UMNO Oktober ini menyaksikan beliau bakal ditentang 'anak buah' sendiri.

Ku Li bakal ditentang Datuk Bazlan Baharuddin (gambar)  yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Gua Musang.

Utusan melaporkan Bazlan sendiri mengesahkan perkara tersebut.

Menurut Bazlan, walaupun beliau amat menghormati Ahli Parlimen Gua Musang itu sebagai tokoh politik yang disegani, namun keputusan tersebut dilakukan atas hasrat bagi membawa perubahan dan nafas baharu kepada UMNO bahagian tersebut.

''Saya mendapat pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan ini kerana ia bukanlah mudah memandangkan Tengku Razaleigh cukup berpengaruh dan dihormati.

''Bagaimanapun setelah membuat kajian dari sudut sokongan khususnya di peringkat akar umbi, saya mendapati ada keperluan untuk saya mencabar beliau dalam pemilihan kali ini,'' katanya.

Bazlan yang menjadi Ketua Pemuda UMNO Gua Musang sejak 2001 berkata, beliau percaya Tengku Razaleigh akan bersikap terbuka menerima hasrat beliau memandangkan bekas Menteri Kewangan itu merupakan antara pemimpin yang bercakap soal melakukan perubahan dalam parti demi meraih sokongan rakyat.

Ditanya adakah beliau akan berupaya menumbangkan Tengku Razaleigh memandangkan sokongan kepimpinan bahagian sudah pasti akan menyebelahi Ahli Parlimen Gua Musang tersebut, Bazlan berkata, beliau tidak membuat ukuran terhadap sokongan terbuka yang dizahirkan tetapi lebih yakin kepada kumpulan 'majoriti senyap' termasuk dalam kalangan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Bazlan berkata, dalam usaha meraih sokongan daripada perwakilan, beliau akan membentangkan visi dan misinya dalam melakukan perubahan demi mengukuhkan lagi kedudukan UMNO dan BN di Parlimen Gua Musang.

''Kita harus ingat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, pengundi muda akan menjadi pengundi majoriti, oleh itu UMNO perlu memberi isyarat kepada mereka bahawa parti itu bukanlah sebuah parti yang membenarkan seseorang itu menjadi ketua bahagian dulu, kini dan selamanya tanpa dicabar,'' katanya.

Menjawab satu soalan, Bazlan berkata, beliau bersedia menerima apa juga risiko politik berikutan keputusannya menentang Tengku Razaleigh kerana apa yang penting niat beliau ikhlas untuk membawa perubahan dalam kepimpinan UMNO Gua Musang.

''Saya serah kepada perwakilan untuk membuat keputusan dan menghormati apa juga keputusan mereka kerana sama ada menang atau kalah saya tetap akan berbakti dalam UMNO dan memastikan kecemerlangan BN di Gua Musang berterusan dalam pilihan raya umum akan datang,'' katanya.-16/9/2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...