SHAH ALAM - Belum selesai kes saman RM1 juta terhadap Yayasan Selangor  (YS) oleh bekas Timbalan Pengurus (Pendidikan), Omar Hasbullah dan 10  bekas kakitangan lain, sekali lagi organisasi berteraskan pendidikan itu  bakal berdepan satu lagi saman.  
Kali ini, bekas Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Mohd Saifulruddin  Sulaiman yang dipecat baru-baru ini, akan memfailkan saman fitnah  terhadap yayasan, Kerajaan Negeri, beberapa individu selepas pendedahan  laporan audit yayasan itu.  
“Tuduhan dan tohmahan yang melampau oleh pihak berkenaan sekan-akan  memperlihatkan saya menyalah guna kuasa dan salah tadbir kewangan YS  sedangkan tugas saya cuma menerima arahan dan melaksanakan arahan yang  diberikan.   "
“Kesalahan yang ditujukan ke atas saya amat berat dan menyebabkan saya  termasuk ahli keluarga terasa terhina dan tersinggung dengan kenyataan  yang dibuat tanpa usul periksa dan membuat kenyataan yang mengelirukan  tanpa fakta yang sebenar.   "
“Dengan itu, saya akan mengambil tindakan undang-undang dengan  memfailkan saman malu dan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor,  Yayasan Selangor dan individu-individu serta pihak-pihak terbabit demi  menjaga maruah dan membersihkan nama saya dan keluarga,” katanya dalam  satu kenyataan media kepada Sinar Harian, semalam.  
Katanya, kenyataan (berhubung laporan audit) dikeluarkan baru-baru ini  oleh pihak berkenaan menjurus kepadanya dan segala pertuduhan  mengelirukan itu menunjukkan beliau yang melakukannya.  
“Sudah tiba masanya saya perlu memberikan kenyataan media demi membela  diri saya sebelum diperkotak katikkan dengan laporan dan  tuduhan yang  melampau dan tidak berasas itu.   
“Saya juga sekeras-kerasnya menolak segala dakwaan dan menyangkal penuh  segala perihal kenyataan dan tuduhan yang dikeluarkan melalui laporan  media massa dan elektronik terhadap diri saya berkenaan  laporan audit  yang dikeluarkan oleh Kerajaan Selangor melalui Pejabat,” katanya.  
Kesan daripada itu katanya, beliau serta keluarga telah diaibkan dan  dipandang serong oleh masyarakat sekali gus memudaratkan kehidupannya  sekeluarga.   
“Saya terasa terhina dengan dakwaan tersebut sedangkan fakta sebenar  telah diberikan malah merasakan laporan audit ini dibuat tanpa merujuk  fakta sebenar serta tidak mengikut tatacara audit betul.  
“Laporan audit ini juga menjurus kepada pandangan pihak-pihak  berkepentingan dan pandangan tersebut bulat-bulat diterima pakai sebagai  fakta oleh Kerajaan Negeri, YS termasuk beberapa pihak yang  berkepentingan dalam mengeksploitasi isu YS dan mengaitkan perbuatan dan  perkara tersebut terhadap saya.  
“Saya mempunyai dan memiliki segala bukti yang berasas dan akan  mempertahankan diri serta menegakkan kebenaran di atas segala  fakta-fakta yang dikelirukan dan ditokok tambah oleh pihak yang  berkepentingan,” katanya.  
Dalam pada itu, beliau juga telah memfailkan saman dan aduan  melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan Kementerian Sumber Manusia kerana  penamatan kontrak perjawatan dibuat secara melulu tanpa ‘natural  justice’. 
“Saya juga tidak diberi ruang untuk membela diri dan tiada ’Domestic  Inquiry’ ke atas diri saya, ini memperlihatkan bahawa diri saya telah  diperkotak katikkan demi memuaskan hati dan menjaga beberapa individu  yang berkepentingan.   
“Kenyataan terbaru dari Menteri Besar pula mengatakan bahawa Yayasan  Selangor mempunyai lebihan pendapatan yang tidak memungkinkan ia  bankrap.   
“Fakta yang dikeluarkan amat berbeza dan berlainan dengan kenyataan  terdahulu yang menyatakan bahawa Yayasan Selangor defisit dan perkara  tersebut dilakukan oleh saya selaku Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan)  Yayasan Selangor,” katanya.  
GERAKAN TIMUR:
Wow!!!  Apakah sebenarnya yang berlaku pada Yayasan Selangor???  Adakah terdapat perkara dalaman yang tidak kita ketahui???   Dapatkah bekas Penolong Pengurus Besar mendedahkan perihal sebenar yang berlaku? 
Dahla duit Yayasan habis dek ketidakupayaan Khalid sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah, bertambah habislah andai bekas kakitangan YS menang saman nanti.
Khalid wajib berundur!!!
 

 

No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!