Bersama Berjuang

Showing posts with label Darul Ehsan Investment Group (DEIG). Show all posts
Showing posts with label Darul Ehsan Investment Group (DEIG). Show all posts

Friday, August 21, 2015

#DEIG: APA KAITANNYA DENGAN QUALITY HOTEL DAN BRISDALE HOTEL???


Jika penjualan aset negeri secara terus dan rakus sangat popular dalam era pemerintahan Khalid Ibrahim, alasan bankrap ke atas aset-aset anak syarikat negeri pula menjadi semakin popular sejak Azmin Ali mengambilalih kuasa pentadbiran selaku Menteri Besar Selangor. Suratan atau kebetulan, akhirnya ia juga membawa kepada amalan yang serupa; jual.

Baca seterusnya DISINI

#DEIG : Pendedahan Dari Fesbuk Bureau of Investigation (FBI) Berkenaan Darul Ehsan Investment Group


Episod 1 - 'Conflict of Interest' Tahap Tertinggi

1. MBI tubuh Darul Ehsan Investment Group (DEIG) sebuah syarikat yang fokus kepada pelaburan bagi memperoleh pendapatan daripada syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) negeri Selangor seperti PKNS, PNSB, Kumpulan Perangsang, KDEB dan banyak lagi.

2. Dalam perkara ini, terlibat tiga peringkat dan pihak yang terlibat iaitu MBI > DEIG > GLC Selangor

3. Menurut dokumen rasmi SSM, DEIG hanya mempunyai dua orang pemilik iaitu:-
a) Raja Shahreen Raja Othman (Biru - Rujuk Gambar)
b) Soffan Affendi Aminuddin (Ungu - Rujuk Gambar)

4. Bukti penubuhan DEIG oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin Ali ini adalah 'Conflict of Interest' tahap tertinggi adalah Raja Shahreen memegang jawatan CEO di MBI dan DEIG, manakala Soffan pula memegang jawatan COO di MBI dan DEIG.

5. Lebih parah, Raja Shahreen dan Soffan turut memegang jawatan di 4 buah GLC Selangor, KESEMUANYA sebagai AHLI LEMBAGA PENGARAH iaitu di :-
a) Kumpulan Perangsang 
b) Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 
c) Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) 
d) Kumpulan Hartanah Selangor

6. Adakah ini bukan 'conflict of interest' namanya? Sudah terang lagi bersuluh.

7. Soalnya, siapakah dan apakah latar belakang Raja Shahreen Raja Othman dan Soffan Affendi Aminuddin sehingga memegang banyak jawatan termasuk di MBI, DEIG dan 4 buah GLC Selangor?

8. Adakah Selangor sudah ketandusan anak jatinya dalam bidang korporat? Adakah sudah tiada anak Selangor lain sehingga anak negeri lain (Soffan) dilantik memegang pelbagai jawatan di MBI, DEIG dan 4 buah GLC Selangor? Kroni?

9. Nantikan Episod 2 pendedahan #DedahDEIG untuk mengetahui lebih lanjut.
--
Head
Fesbuk Bureau of Investigation (FBI) Malaysia

#DEIG: Bimbang GT Bimbang... Engkau Hilang Bawa RM6.7 Billion!


Dalam keghairahan pakatan pembangkang menyerang Kerajaan Pusat khususnya Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akhirnya dilihat memakan diri apabila berjaya mencipta kontroversi mereka sendiri di sebalik penubuhan DEIG yang diletakkan di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) yang cukup meragukan.

Jika dilihat secara kasar dan dasarnya, penubuhan entiti pelaburan ini dilihat sama seperti penubuhan syarikat-syarikat lain yang mana ia tertakluk di bawah Akta Syarikat 1967. Namun penubuhan DEIG dibawah akta itu menjadikan entiti tersebut menikmati status bebas daripada diaudit oleh mana-mana pihak termasuklah membentangkan kedudukannya untuk pengetahuan atau dibincangkan di peringkat DUN Selangor.

Seolah-olah penuh dengan agenda tersirat, kewujudan DEIG itu sendiri mencetuskan seribu persoalan dari segi keperluan sebenar penubuhannya sama ada ia benar untuk meningkatkan prestasi pelaburan negeri atau hanya untuk kepentingan pihak tertentu semata-mata.

Ini jelas menunjukkan bahawa kewujudan DEIG dilihat mencetuskan persoalan dan kebimbangan yang munasabah seperti:

1. Mengapa DEIG ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1967 dan diletakkan di bawah MBI yang diwujudkan di bawah  Enakmen Menteri Besar Selangor [Enakment No : 3 1994] pada 21hb September 1994.

Perbezaan ini akan menjadikan DEIG sebagai sebuah syarikat yang seakan-akan ‘invisible’ yang mana akaun syarikat tidak memerlukan ia diaudit dan diserahkan laporan kedudukan kewangan termasuk aktiviti mereka kepada kerajaan negeri.

Keadaan itu sudah tentunya akan menyebabkan DEIG terdedah kepada percanggahan dan/atau penyalahgunaan kuasa dari segi ketelusan maklumat mengenai kewangan khususnya dan lain-lain keputusan secara amnya, selain tiada pemantauan boleh dilakukan terhadap aktiviti syarikat itu dalam menandatangani sesuatu kontrak atau atas nama usahasama pelaburan.

2. Jika benar maklumat yang diterima Menteri Besar Selangor merupakan merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah MBI dan juga DEIG. Persoalan yang timbul seterusnya adakah DEIG sudah menjadi anak syarikat MBI?

3. Penubuhan DEIG secara langsung dilihat akan mengurangkan peranan utama MBI dalam tanggungjawab urustadbir harta dan aktiviti berunsurkan perniagaan yang di luar bidang kuasa kerajaan negeri. Sepatutnya kerajaan negeri memperkukuh dan memperkasakan ‘vehicle’ sedia ada (MBI) dalam soal pengurusan pelaburan.

Selain itu, kewujudan DEIG turut diliihat mencetuskan kekeliruan dan sedikit sebanyak pertindihan hak dan tanggungjawab dengan peranan Invest Selangor Berhad (sebelum ini SSIC) dalam usaha mempromosi serta bantuan teknikal melibatkan aktiviti pelaburan di negeri ini.

4. Kewujudan DEIG sudah tentunya memerlukan pertambahan kos dalam menampung operasi entiti itu (capital expenditure) yang sedikit sebanyak mempengaruhi kedudukan kewangan MBI.

5. Cadangan pemindahan asset MBI berjumlah sekitar RM6.3 bilion kepada DEIG turut mengundang kepada kos dan risiko yang amat tinggi sama ada berpunca daripada faktor ketidaktentuan pasaran atau terdedah kepada salahlaku aktiviti pelaburan dan perdagangan kerana tiadanya pemantauan yang khusus boleh dibuat ke atas syarikat itu.

Sekiranya akiviti pelaburan dan perdagangan tersebut memerlukan DEIG membuat pinjaman, sekiranya prestasi pelaburan yang dijalankan berhadapan dengan risiko ketidaktentuan pasaran satu sebagainya, maka ianya akan mempengaruhi kadar hutang yang ditanggung oleh entiti itu.
Malah, keadaan tersebut dibimbangi akan melibatkan campur tangan daripada MBI atau kerajaan negeri termasuklah kemungkinan berlaku penjualan aset milik MBI atau milik anak-anak syarikat lain bagi menampung liabiliti tersebut. Hal ini akan selanjutnya melibatkan kehilangan aset milik MBI kerana terdedah dengan pendedahan kewangan yang tidak perlu (unnecessary financial exposures).

6. Penubuhan DEIG juga dilihat merencatkan persaingan sihat di antara anak-anak syarikat kerajaan negeri ekoran pelaksanaan konsolidasi pelaburan yang diletakkan di bawah DEIG sekaligus menjadikan entity itu bersifat hegemoni dalam aktiviti pelaburan anak-anak syarikat milik negeri.

7. Bagaimanakah status aset, sekiranya semua aset MBI berpindah dan diurus oleh DEIG (Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965) dan kemudian sesuatu di luar jangka berlaku seperti pertukaran kerajaan dan DEIG pula membuat resolusi tiada kaitan dengan MBI. Jika status DEIG berterusan seperti yang sedia ada tertera didalam rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, maka sudah tentu DEIG boleh cuci tangan dan mendapat aset MBI tanpa perlu usaha yang keras.

Inilah kebimbangan kita yang sebenar!!!

YB Budiman Mohd Zohdi
Setiausaha Adun BN Selangor

Thursday, August 20, 2015

#DEIG: YEO BEE YIN BUAT AZMIN ALI TIDAK TIDUR SEJAK SEMALAM!!!

ADUN DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu mendedahkan pembohongan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Azmin ketika menggulung usul penyata mengenai syarikat pelaburan strategik, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) menjelaskan lima ahli Lembaga Pengarah syarikat itu iaitu Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO).

Kata Azmin, adun-adun ketika membahaskan usul tersebut cuba bermain dengan sentimen ‘check and balance’ dengan memberi gambaran ahli Lembaga Pengarah hanya tiga orang sahaja iaitu Menteri Besar, CEO dan COO.

“Jadi saya harap dalam keghairahan kita untuk mendapatkan penjelasan ini, kita juga harus berlaku adil dalam pembentangan,” kata Azmin.

Bagaimanapun, Bee Yin bangkit mencelah meminta penjelasan kerana kedudukan hanya tiga ahli Lembaga Pengarah di dalam DEIG itu diakui sendiri oleh pengurusan tertinggi Menteri Besar Incorporated (MBI) selaku badan yang bertanggungjawab ke atas DEIG.

“Apa yang dikatakan memang betul tetapi apa yang kita (jawatankuasa) tulis di sana (penyata), jawatankuasa memandang serius pelantikan tiga orang Lembaga Pengarah DEIG adalah perakuan daripada MBI bahawa tiga orang sahaja sebagai ahli Lembaga Pengarah masa dalam pendengaran tertutup.

“Apa yang kita (jawatankuasa) tulis di sana jawapan MBI,” tegasnya.

Azmin yang terkejut dengan tindakan Bee Yin itu hanya mampu menafikan dan berjanji akan menyemak semula maklumat tersebut.

“Saya akan semak keterangan yang diberikan dalam jawatankuasa berkenaan tetapi dari segi logiknya tidak mungkin CEO dan COO tampil memberikan keterangan sedemikian,” kata Azmin.

Ahli Dewan Undangan Bukit Antarabangsa itu kemudiannya beralih kepada isu yang dibangkitkan Adun DAP-Kampung Tunku, Lau Weng San yang mengatakan DEIG sebenarnya telah memulakan operasinya.

Kata Azmin, kenyataan yang dibuat Weng San hanya berdasarkan maklumatDEIG telah memanggil RFI (request for information) dan RFP (request for proposal).

Jelasnya, RFI dan RFP yang dipanggil itu bukan oleh DEIG sebaliknya ia dipanggil oleh MBI berdasarkan aset-aset MBI kerana DEIG hanya akan beroperasi pada awal 2016.

Bee Yin sekali bangun mencelah mempersoalkan kenyataan Menteri Besar itu. Kata Bee Yin, bagaimana sebuah syarikat yang belum beroperasi boleh mengeluarkan iklan memanggil RFI dan RFP.

“Request for information pada iklan di The Edge di bawah nama DEIG dan bukan MBI, boleh jelaskan?,” soal Bee Yin.

“Saya hendak jelaskan aset-aset yang dipanggil untuk RFI dan RFP ini adalah aset MBI,” jawab Azmin.

“Tetapi iklan itu di bawah nama Darul Ehsan Investment Group,” tegas Bee Yin.

Weng San yang membangkitkan perkara itu ketika berbahas bangun untuk memohon pencerahan tetapi Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh tidak membenarkan dan meminta Azmin menghabiskan penggulungan. - SP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...