Bersama Berjuang

Showing posts with label Hasan Basri. Show all posts
Showing posts with label Hasan Basri. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

PANASSS.. Tolong Sebarkan Banner Ini Secepat Mungkin Kerana Ia Sudah "Ghaib" Fizikalnya!!!


Kain rentang ini adalah hebahan ceramah Ust Hasan Basri, mantan ketua penerangan PAS Selangor di DUN Meru malam ini.  

GT dimaklumkan oleh rakan di Meru bahawa hampir kesemua kain rentang yang digantung di sekitar DUN Meru telah "hilang" kira-kira jam 12 mlm tadi.  

Siapa punya angkara?  Mungkin ada "budak-budak nakal" yang sengaja cantas semua kain rentang ini kerana saja-saja, dan suka-suka.  Atau, mungkinkah MPK kerja lebih masa untuk kerja-kerja pembersihan kain rentang ceramah rakyat ini.

Kita anggap yang baik-baik je udahlah.. cuma, performance Ust Hasan Basri yang tidak pernah mengecewakan mungkin juga telah membuat "pihak-pihak berkenaan" panas hati. Kemungkaran dibongkar, mana mungkin "Syaitan" berdiam diri. 

Cuba tonton performance Ust Hasan Basri di SINI

Mohon anda sebarkan ke pelusuk maya agar sama-sama dapat kita hebahkan amal makruf nahi mungkar ini.  

Terima kasih! 

Monday, April 30, 2012

PANASSS... Video Ust Hasan Basri Dedahkan Din Pudu Parasit Nombor Wahid!


GT gelarkan Ust Hasan Basri sebagai superstars JATI.  Anda harus hadir jika berkesempatan sekiranya beliau berceramah di sekitar kawasan anda.  

GT gerenti, anda mesti puas hati!  Jom lihat bagaimana Ust Hasan dedahkan siapa itu Din Pudu. Muahahaha.. KLIK LINK kat bawah nih...

http://youtu.be/8Kl2kH5YgGQ

Tuesday, April 24, 2012

PANASSS.. Din Pudu Terangkan Dari Mana Datangnya Gelaran Pudu, Malam Ini!


Malam ini, Ust Hasan Basri selaku mantan Ketua Penerangan PAS Selangor akan menggempur DUN Meru.  Ia sebahagian dari kesinambungan kemunculan pertamanya bersama Dato Dr. Hasan Ali beberapa bulan yang lalu.

GT masih ingat betapa panasnya sessi itu, yang mana hadirin tergamam mendengar libasan mauuuut Ust Hasan Basri pabila bercerita soal menggadaikan akidah demi undi.  

Seeengat Ust Hasan Basri sungguh berbisa, sehinggakan Pesuruhjaya PAS Selangor telah merangka program untuk membayangi program Sekretariat Mobalisasi Ummah malam ini.  YB Dr. Rani telah membawa masuk Abg Din Pudu dan Rafizi Ramli yang GT anggap sebagai satu strategi bagi menghalang ahli PAS Meru untuk hadir mendengar ceramah Ust Hasan Basri. 

Taktik yang bagus, untuk menutup kebenaran dari dicernakan oleh penyokong-penyokong PAS.  

Yang melucukan ialah tajuk ceramah PAS, iaitu PTPTN dan BERSIH.  Kedua-dua topik ini sebenarnya sudah mendapat penjelasan dan pencerahan yang berganda-ganda dari pelbagai pihak.  Kita tahu, PTPTN itu Anwar punya angkara, dan tuntutan BERSIH telah 90% dituruti oleh SPR.  

Dan benarlah bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor kini menjadi penjilat tegar Anwar Ibrahim, yang teruk "dibelasah" oleh PAS dan DAP di dalam mesyuarat Pakatan gara-gara memainkan isu PTPTN.  Tetapi, Pesuruhjaya PAS Selangor mahu isu itu dibangkitkan di kawasan dewan undangan negeri Meru.  Sangat kontra dengan pendirian PAS sekiranya apa yang terjadi di dalam mesyuarat itu diambilkira.  Tetapi YB Dr. Rani peduli apa dengan pendirian PAS, kerana turun mempertahankan Anwar adalah JIHAD!  

Jadi, orang Meru, Kapar, Sementa, Batu Belah, Klang, Jeram, Kuala Selangor, jangan lupa malam ini, meneruskan tusukan-tusukan fisabilillah kepada mereka yang menjadi liabiliti kepada Islam, Melayu dan Raja-Raja.  

Jom turun...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...