Ketua Pemuda UMNO semenjak Mac 2009 berkata, dia akan keluar dari UMNO sekiranya majoriti ahli UMNO menyokong sebuah badan bukan kerajaan, NGO iaitu PERKASA. Khairy berkata begitu ketika berforum bersama-sama Khalid Samad, wakil kontroversi PAS yang dilihat sangat condong kepada agama kafir di dalam
Forum Ramadan 2010 yang dianjurkan oleh majalah
The Leaders di Kuala Lumpur, malam tadi.
(Baca Di Sini)
Perbalahan antara Khairy Jamaluddin dengan Ibrahim 'the Katak' Ali bukan lagi perkara rahsia. Kemuncak daripada perbalahan mereka ialah apabila Ibrahim menghentam Khairy yang dilihat menyebelahi Wee Ka Siong dalam isu pemberian biasiswa. Khairy telah didesak oleh Ibrahim Ali agar melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat setelah menyokong tuntutan Wee Ka Siong agar biasiswa turut diberikan kepada pelajar-pelajar berbangsa Cina, meskipun Perlembagaan memperuntukkan biasiswa hanya untuk pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera.
Khairy yang merupakan PENGANGGUR TERKAYA di Malaysia, sekalipun bapanya hanyalah seorang diplomat, turut melontarkan pandangannya bahawa kerajaan perlu bersikap adil dan telus dalam sebarang pemberian projek pembangunan bagi menarik minat pelabur swasta.
Pastinya ramai yang menyambut baik hasrat Khairy untuk keluar dari UMNO. Bahkan ramai yang akan buat moreh kalau tidak pun doa selamat, seandainya benar Khairy ingin keluar dari UMNO.
Yang soheh, ramai yang sudah bersedia untuk melondehkan Khairy Jamaluddin yang begitu berkuasa pada zaman pak mertuanya dahulu dengan pelbagai skandal dan penyelewengan, termasuklah pembekalan monopoli Radicare ke atas hospital-hospital kerajaan, penjualan Syarikat Telekom Malaysia kepada Temasek Holding yang kemudian terpaksa dibeli semula dengan harga tinggi oleh Khazanah, perampasan dan penjualan Pantai Medical yang juga dibeli balik dengan harga tinggi, penjualan Agusta dengan harga 1 Euro yang mana syarikat itu kemudiannya dijual dengan 348 juta Euro, pembangunan Penjara Pudu yang tidak telus...
Pendek kata, terlalu banyak yang perlu diselesaikan oleh Khairy Jamaluddin, termasuk jugalah hubungannya dengan Si Mundeliar, Kalimullah Hassan!!!
Sumber - The Flying Kick
GERAKAN TIMUR:
HAHAHAHAHA.... SIAPA YANG SETUJU??? KOMEN SKIT....