Bersama Berjuang
Showing posts with label Felda. Show all posts
Showing posts with label Felda. Show all posts
Friday, July 20, 2012
FGVH Buktikan Penyokong PAS Bodoh & Bengap??? KahKahKahKah
MASALAH TEKNIKAL: Pembelian Saham FGVH Atau Azizan Razak Sebagai MB? Muahahahaha..
Demi menjaga ‘air muka’ partinya, Dato’ Seri Azizan Razak membuat kanyataan merelakan PKNK melepaskan ‘tuah’ dan membiarkan negeri kerugian.
Walaubagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana selama ini juga PAS sentiasa mendahulukan politik daripada rakyat, mahupun agama.
Alasan Azizan bahawa pembelian saham tersebut adalah ‘masalah teknikal’ membuktikan cakap-cakap orang selama ini bahawa beliau sememangnya tidak tahu apa-apa. Kerana tidak mengambil tahu apa-apa termasuk apa yang berlaku di dalam organisasi di bawah kawalannya, negerinya malah partinya, membuatkan Azizan seringkali terhantuk baru tergadah.
Mungkinkah Azizan tidak tahu bahawa beliau merupakan Pengerusi PKNK? Bagaimana seorang Pengerusi merangkap Menteri Besar boleh terlepas pandang akan pelaburan berjumlah RM2 juta lebih yang dilakukan oleh organisasi utama kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk menjana pembangunan sosio ekonomi negeri?
Bagaimana satu keputusan yang baik ditafsir sebagai ‘masalah teknikal’?
Sebenarnya, ‘masalah’ di sini bukan pembelian saham tersebut, tetapi Azizan itu sendiri.
Azizan sendiri keliru atau mungkin terpinga-pinga apabila disoal mengenai perkara ini. Ini dapat dilihat dalam jawapan beliau yang menyatakan bahawa keputusan PKNK itu tidak bercanggah dengan PR, sedangkan isu besar di sini ialah ‘PR menentang keras penyenaraian Felda’. Justeru bagaimana beliau dapat menjelaskan ‘tiada pertentangan’ antara keputusan PKNK dengan PR?
Malah Azizan juga seolah-olah memberi jawapan tidak yakin dan tidak tegas bila menyatakan yang beliau “menyerahkan kepada PKNK untuk mempertimbangkan dan membuat keputusan selanjutnya termasuk untuk menjual saham tersebut.” Nampaknya Azizan tidak dapat atau tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan dan mengembalikan persoalan tersebut ke bahu PKNK. Walhal, peneraju utama PKNK adalah beliau sendiri.
Tidak mungkin PKNK tidak pernah mengadakan mesyuarat dengan Pengerusinya dan tidak mungkin Pengerusi tidak diberitahu mengenai pembelian saham yang menjadi kontroversi. Sebagai Pengerusi, Azizan sewajarnya duduk bersama Ketua Eksekutif PKNK sama-sama meneliti dan menganalisis saham FGVH sebelum membuat keputusan.
Kita faham bahawa PKNK bukan satu-satunya organisasi yang dibawah tanggungjawab Azizan tetapi PKNK adalah organisasi paling utama, atau nadi bagi negeri Kedah. Justeru, tidak ada alasan bagi Azizan untuk terlepas pandang akan hal-hal yang melibatkan PKNK terutama yang membabitkan jumlah wang lebih RM2 juta. Kita sedia maklum bahawa kewangan negeri Kedah berada di tahap kronik dan jumlah RM2 juta adalah besar bagi negeri tersebut.
Apalah nasib negeri Kedah di bawah kepimpinan Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa. Sudahlah tiada satu pun projek yang mampu menjana pendapatan negeri yang dapat dilaksanakan dan kini untuk melabur atau berniaga juga mendapat halangan.
Sepatutnya, Azizan membuat keputusan yang terbaik untuk negeri dan rakyatnya, bukan partinya. Rakyat memilih beliau untuk menjaga kebajikan mereka dan juga mentadbir negeri, bukannya parti. Justeru, beliau wajar memikirkan semasak-masaknya kepentingan siapa yang perlu diutamakan. Dengan meletakkan kepentingan politik mendahului rakyat dan negeri, serta meletakkan tanggungjawab sendiri ke atas bahu orang lain, maka Azizan telah dengan sendirinya menunjukkan yang beliau tidak layak duduk di kerusi Pengerui PKNK mahupun kerusi Menteri Besar.
CEO PKNK Bakal "Dibakulsampahkan" Oleh Mahfuz Bean?
Y.Bhg Dato’ Hj. Abdul Rahman bin Ibrahim, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dikatakan menghadapi bahaya dipecat kerana telah memalukan PAS dalam isu pembelian saham FGVH.
Dato’ Abdul Rahman sebelum ini mengesahkan yang PKNK membeli sejumlah 500,000 saham FGVH yang menjadi kontroversi kerana mendapat tentangan hebat dari pembangkang. Tindakan beliau menjadi tamparan hebat kepada Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah kerana bertentangan dengan pendirian dan perjuangan Pakatan Rakyat.
Mazlan Aliman, yang menjadi ‘juara’ isu ini di dalam PAS dikatakan amat berang dengan tindakan tersebut serta menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada kepimpinan PAS pusat.
PAS pusat sebelum ini telah mengeluarkan arahan khas kerahan kepada ahli-ahli mereka agar memberi kerjasama kepada Mazlan Aliman dengan turun beramai-ramai ke Perhimpunan Oren Sabtu lepas yang bertujuan memohon penggantungan saham FGVH. Dengan tindakan PKNK membeli saham tersebut, telah meletakkan PAS dalam keadaan sukar, malah pelik, manakala Mazlan Aliman pula dilihat sebagai badut.
Penentangan terhadap penyenaraian FGVH bukan isu kecil. Isu ini telah diperbesarkan dengan sebesar-besarnya oleh PAS untuk dijadikan antara isu utama bagi menghadapi pilihanraya. Justeru, tindakan PKNK membeli sahan yang ditentang PAS pastinya merupakan satu kesalahan yang amat besar. Untuk itu, seseorang perlu dipertanggungjawabkan atau dihukum kerananya.
Dato’ Seri Azizan Razak yang sentiasa kabur, keliru dan ‘kosong’, cuba memperbaiki keadaan dengan menyatakan bahawa apa yang terjadi ialah masalah teknikal semata-mata dan PKNK boleh saja menjual kembali saham tersebut.
Jelas, beliau yang merupakan Pengerusi PKNK, telah mengambil sikap enggan bertanggungjawab, seperti biasa. Oleh yang demikian, kesalahan kini terletak seratus peratus di bahu Dato’ Abdul Rahman, Ketua Eksekutif PKNK.
Sedangkan keputusan yang diambil oleh Dato’ Abdul Rahman pastinya bukan berupa keputusan peribadi, tetapi keputusan Ahli-ahli Lembaga Pengarah serta pihak pengurusan PKNK. Tidak mungkin bagi beliau untuk bertindak melabur sejumlah lebih RM2 juta wang PKNK tanpa berunding dan tanpa kelulusan ahli-ahli lembaga pengarah.
Dato’ Abdul Rahman adalah ‘orang lama’ dalam PKNK dan beliau mendaki anak tangga ke atas dengan mengikut jalan yang lurus dan secara perlahan-lahan. Berlatarbelakang pendidikan di Santa Clara University, USA dan University Malaya, beliau adalah antara ‘beberapa kerat’ pegawai-pegawai kerajaan di Kedah yang berwibawa, berdedikasi dan berkelayakan.
Dengan pengalaman kerja yang merangkumi bidang hartanah, pelaburan, pembangunan dan pengurusan di beberapa organisasi termasuk Bank Negara, Bina Darulaman, KTPC, KSDC Insurance dan berbagai-bagai lagi, beliau merupakan aset penting, bukan sahaja bagi PKNK tetapi juga negeri Kedah.
Sudah tentulah dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki beliau, cadangan membeli saham FGVH merupakan cadangan yang telah difikir dan ditimbangnya masak-masak. Beliau pastinya melihat keuntungan dari pembelian itu.
Malang sekali apabila beliau kini menghadapi tekanan agar menjual kembali saham tersebut.
Nampaknya, segala pengalaman dan ilmu Dato’ Abdul Rahman ini tidak diambilkira oleh PAS yang meletakkan politik mengatasi segala-galanya. Dato’ Abdul Rahman kemungkinan besar akan dijadikan kambing hitam dalam isu ini bagi menyelamatkan maruah Azizan dan meredakan kemarahan PAS.
Jika ini berlaku, maka PKNK akan mengalami dua kali kerugian iaitu kerana menjual kembali saham FGVH dan juga kerana kehilangan kepimpinan Dato’ Abdul Rahman. Namun, semua ini tidak menjadi masalah bagi PAS, asalkan mereka mempunyai isu atau bahan untuk berceramah dan berkempen dalam pilihanraya nanti. Jika tindakan mereka merugikan rakyat, negeri atau negara, ia bukanlah masalah bagi mereka.
Thursday, July 19, 2012
PAS Beli Saham FGVB! Mazlan Aliman Terbukti Pecacai Yang BODOH!!! Muahahaha..
Maka benarlah bahawa Pakatan Rakyat itu tidak sepakat. Bukan sahaja tidak sepakat sesama parti sekutu tetapi juga di dalam parti sendiri. PKR sudah lama diketahui mempunyai masalah dalaman antara kumpulan penyokong Azmin dengan penyokong Khalid Ibrahim. Dan PAS pula antara Anwarinas dengan pro-Ulama.
Tetapi, akhir-akhir ini semakin terserlah satu lagi kumpulan atau individu di dalam PAS yang tidak pro sesiapa, tidak terlibat dengan apa-apa perancangan, aspirasi atau strategi parti tetapi hanya mengikut kepala sendiri, iaitu Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah.
Sebelum ini, Ustaz Azizan telah mencipta masalah kepada PAS dan PR dalam isu-isu agama dengan ‘menyinggung’ perasaan DAP, serta isu pentadbiran negeri sehingga beberapa EXCO bertindak biadap dengan menolak kepimpinannya secara terang-terangan. Akibatnya, beliau diletakkan di bawah ‘seliaan’ Jawatankuasa Pemandu untuk memastikan beliau tidak ‘memandu’ Kedah ke arah yang berlainan dari destinasi yang ditetapkan oleh PR.
Di kalangan rakyat pula, Ustaz Azizan dilihat sebagai Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa. Tiada satu projek pun yang dapat dijayakan di bawah pemerintahannya. Malah segala masalah dalam negeri seperti balak yang sudah sampai di tahap kronik, perobohan madrasah, krisis dalaman KUIN, dan pembaziran yang berleluasa di Kulim Hi-Tech Park diketepikan saja oleh Ustaz Azizan sebagai ‘serangan tidak berasas UMNO’ terhadapnya.
Masalah-masalah lain seperti isu air dan sampah pula ditepisnya sebagai berpunca dari kerajaan terdahulu. Pendek kata, mudah sungguh menjadi Menteri Besar di negeri Kedah di mana semua masalah akan diabaikan saja dengan kenyataan, “tiada masalah” atau “semua sudah selesai”.
Kenapa terjadi begini ialah kerana Ustaz Azizan tidak mengambil pusing terhadap apa yang dilaporkan di media sama ada media pro-kerajaan mahupun pembangkang. Beliau juga buta IT selain angkuh dan enggan mendengar kata atau nasihat orang. Beliau ‘menguruskan’ negeri serta ‘menyiasat’ sebarang masalah dengan cara mendengar laporan dari orang-orang kelilingnya sahaja. Jika orang yang melapor itu menipu, maka penipuan itulah yang akan dipercayainya.
Justeru, tidak mustahil Ustaz Azizan sebenarnya tidak tahu menahu mengenai pendirian PAS yang menentang penyenaraian Felda selama ini. Malah, beliau juga mungkin tidak tahu menahu mengenai ‘seruan rasmi’ kerahan kepada ahli-ahli PAS agar meramaikan Himpunan Oren.
Oleh itu, apabila Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Datuk Abdul Rahman Ibrahim menyuarakan hasrat untuk melabur sejumlah RM2,275,000 atau 500,000 unit ke dalam saham Felda, Ustaz Azizan langsung mengiakannya kerana baginya ia pastilah sesuatu yang baik.
Apatah lagi apabila dijelaskan yang PKNK mampu mendapat keuntungan pantas sebanyak RM47,500 apabila menjual 50,000 unit pada harga RM5.50 seunit berbanding harga belian RM4.55 seunit.
Akibat dari sikap tidak ambil tahu Ustaz Azizan ini, PKNK telah membuat untung, tetapi PAS telah rugi dari segi modal politik. Ustaz Azizan telah secara ‘tidak sengaja’ memalukan PAS dan membuktikan kepada penyokong dan ahli PAS bahawa pendirian parti PAS adalah salah, sekali gus keputusan kerajaan untuk menyenaraikan Felda adalah bijak.
Beberapa pemimpin PAS telah pun menyuarakan rasa marah dan tidak puas hati dengan Ustaz Azizan. Tetapi kita percaya, selagi tiada media yang bertanyakan perkara tersebut kepadanya, Ustaz Azizan tidak akan tahu apa-apa. Dan apabila beliau tersedar kesilapannya, beliau hanya akan berlagak selamba sahaja.
Kini, yang pastinya PKNK telah pun berbuat keuntungan dari penyeneraian itu dan apapun alasan Ustaz Azizan kerana bertindak bertentangan dengan pendirian parti, tidak akan mengubah hakikat ini iaitu bahawa penyenaraian FGVH membawa banyak kebaikan dan keuntungan kepada banyak pihak, termasuk negeri yang ditadbir oleh PAS. Justeru, penentangan PAS terhadap penyenaraian FGVH adalah tidak berasas dan berupa cerminan sikap hasad dengki semata-mata.
Wednesday, July 18, 2012
Felda Kasi Duit Pada Peneroka... PAS Sebat!!!
Hiruk piruk PAS mempertikaikan penyenaraian FGVH di Bursa Saham nampaknya akan sampai ke penghujungnya, apabila Himpunan Oren yang dianjurkan Sabtu lalu hanya menarik penyertaan segelintir peneroka sahaja.
Sehingga perhimpunan bersurai pada jam 4 petang dianggarkan hanya sekitar 2,000 orang sahaja yang sanggup membazirkan masa mereka 'menjayakan' program tersebut.
Jangkaan awal penganjur mahu menghimpunkan lebih 20,000 peneroka nyata tidak kesampaian sebaliknya lebih 90% peserta perhimpunan terdiri daripada ahli dan penyokong PAS yang langsung tiada sangkut paut dengan peneroka FELDA.
Segelintir peneroka yang hadir di perhimpunan tersebut pula rata-ratanya adalah penyokong setia PAS sejak sekian lama yang mengambil langkah songsang membantah penyenaraian FGVH di BSKL atas dasar menurut saja segala arahan pimpinan PAS.
Sebagaimana sudah menjadi resam PAS, apabila mereka menghulur tangan kanan konon mahu membantu menyelesaikan sesuatu masalah di masa yang sama tangan kiri mereka pula akan sibuk meraba-raba poket seluar orang yang mahu dibantunya.
Propaganda PAS yang mendakwa penyenaraian FGVH akan merugikan peneroka, hakikatnya seumpama cerita sang bomoh miang yang menakutkan mangsanya dengan kisah santau yang kemudian mengambil kesempatan mencabul kehormatan sambil menikmati wang ringgit upah pemberian 'pesakitnya'.
Inilah yang terjadi di Himpunan Oren apabila propaganda PAS mahu menyelamatkan peneroka FELDA akhirnya di kemuncak himpunan, para peserta dan peneroka pula yang diminta berkorban wang ringgit.
Pemimpin PAS pula tanpa rasa bersalah terus memukul gendang propaganda sambil mengira masa bila pula mahu dibuat himpunan serupa supaya pesta mengutip duit dapat terus dilakukan.
Akhirnya, tatkala majoriti peneroka lain sedang meraih sedikit demi sedikit keuntungan hasil pelaburan dalam bursa saham, segelintir rakan mereka yang menyertai himpunan oren terpaksa pula berputih mata mengalami kerugian segera dari segi masa dan wang ringgit gara-gara terpengaruh propaganda 'pakar pelaburan' yang pernah menjahanamkan KOHILAL.
Himpunan Oren... Pesta kutip duit peneroka!!!
Friday, May 18, 2012
Muka Tak Tau Malu Mencerahkan Semangat Perjuangan Pariah! Muahahaha..
Mmg GT tidak menyangka perkara ini boleh terjadi. Kalau diikutkan kronologi isu, berdegar-degar sembang. Malah, tindakan mereka juga sangat tegas sehingga tiada kompromi.
Rupa-rupanya, maruah perjuangan mereka berstatus pariah!
Muahahahahaha.. hahahahaha... hahahahah harrrkk ptuuiihhh.. KLIK SINI
Friday, May 11, 2012
Mazlan Aliman Punca 8 Peneroka Felda Bakal Disaman RM1.2 Juta? Tahniah Peneroka!!!
MASIH ingatkah semua dengan tindakan 8 orang peneroka Felda yang mengemukakan injuksi bagi menghalang Koperasi Peneroka Felda (KPF) mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada Februari 2012? Injukasi ex-parte bertarikh 17hb Februari 2012 yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuantan itu telah menyebabkan KPF membatalkan EGM yang sepatutnya berlangsung pada 22 Februari 2012.
Mazlan Aliman kemudian dengan bangganya menganggap injuksi dan pembatalan mesyuarat tersebut adalah kemenangan kepada peneroka.
Tapi malang bagi Mazlan Aliman apabla Mahkamah akhirnya menolak permohonan injuksi tersebut pada 2hb April 2012.
Yang ramai tidak tahu ialah, permohonan tersebut ditolak dengan kos, termasuklah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh KPF akibat dari pembatalan mesyuarat tersebut. Banyak belanja yang KPF telah keluarkan untuk membawa lebih 1,200 perwakilan dari serata negara ke mesyuarat tersebut, dengan kos penginapan, pengangkutan, sewa bilik mesyuarat dan sebagainyalah.
Tapi semuanya berakhir dengan pembaziran akibat dari tindakan 8 orang peneroka ini tadi yang termakan hasutan Mazlan Aliman.
Menurut maklumat yang diterima, KPF secara lisan telah menyatakan bahawa kos yang ditanggung oleh KPF dalam mengadakan EGM itu hampir mencecah RM 1.2 juta. Walau bagaimana pun jumlah sebenar gantirugi ini akan ditaksirkan oleh Mahkamah kemudian.
Jumlah gantirugi yang bakal diputuskan Mahkamah nanti, tentu tidak jauh berbeza dengan yang akan dituntut KPF, kerana sudah pasti KPF ada semua butiran perbelanjaan bagi menyokong tuntutan mereka di Mahkamah.
Timbul persoalan, dari mana 8 peneroka ini akan memperolehi wang untuk membayar ganti rugi yang dituntut oleh KPF? RM 1 juta bukan sedikit. Kalau harap hasil kebun semata-mata, mahu berpuluh tahun mengumpul untuk dapat jumlah itu. Lebih-lebih lagi kita bercakap tentang peneroka yang hanya menerima hasil kebun masing-masing pun sekitar RM 4,000 – RM 5,000 sebulan.
Waima ditambah dengan durian runtuh RM 15,000 seorang yang diumumkan Perdana Menteri pada Selasa pun, masih tidak cukup untuk membayar jumlah ganti rugi yang dituntut KPF terhadap mereka. Itupun kalau mereka masih tidak ada malu menerima wang hasil dari usaha penyenaraian yang mereka tentang pada awalnya.
Kita mahu lihat, dimana pemimpin pembangkang, terutama Mazlan Aliman berada dalam kes ini? Apakah mungkin Mazlan Aliman, PAS atau PKR yang menjadi dalang disebalik tindakan peneroka ini akan membayar wang tersebut bagi pihak peneroka terbabit? Walaupun tidak mustahil, ia tidak mungkin dilakukan.
Yang akhirnya akan rugi dan jatuh bankrap ialah peneroka sendiri. Inilah padahnya kerana menjadi patung mainan Mazlan Aliman dan Pakatan Rakyat sehingga sanggup diperalatkan untuk kepentingan politik masing-masing.
8 peneroka ini tidak ada bezanya dengan Saiful Bukhari yang taksub dengan Anwar Ibrahim tapi akhirnya diliwat oleh Penasihat PKR itu. Cuma bezanya disini bukan liwat sahajalah, tapi natijah dari kejadian itu tetap sama.
Takkanlah semua rakyat Malaysia mahu menerima nasib yang sama diterima 8 peneroka ini baru hendak buat keputusan menolak Pakatan Rakyat. Kisah-kisah seumpama ini sudah cukup untuk kita menentukan pihak mana yang patut dipilih menjadi kerajaan dalam pilihanraya nanti.
Monday, April 30, 2012
Mazlan Aliman Mungkin Sertai Bersih Gara-Gara Isu FGVH Tak Laku!
Segala masalah yang mengganggu fikiran para peneroka apabila cadangan untuk menyenaraikan FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) diumumkan, kini boleh dikatakan selesai sepenuhnya.
Peneroka sebelum ini telah ‘diganggu’ oleh pembangkang yang menyebarkan berita-berita palsu dan berniat jahat bagi menggagalkan penyenaraian ini. Alasan mereka kononnya Felda tidak layak disenaraikan berdasarkan rekod kewangan syarikat tersebut, serta penyenaraian itu akan merugikan peneroka.
Kemuncak usaha jahat pembangkang ini ialah menggagalkan mesyuarat yang bertujuan mendapatkan pandangan peneroka serta memfailkan injunksi di mahkamah bagi menghalang anak syarikat Felda, Felda Plantation, memajakkan tanahnya seluas 360,000 kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
FGVH bukanlah syarikat kecil atau kampungan yang terletak di atas rumah kedai berderet di sebuah pekan kecil. FGVH adalah syarikat bertaraf dunia dengan rekod tidak pernah rugi. Syarikat ini menjalankan perniagaan global seperti perniagaan minyak dan lemak, oleokimia, logistik dan perkhidmatan serta beroperasi di 12 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan dan Asia Barat dengan memiliki lebih 80 anak syarikat aktif. Hari ini, ramai anak-anak Felda kini bekerja di syarikat-syarikat Felda di luar negara malah ada juga yang menjadi tenaga pengajar mengenai proses-proses pembuatan minyak sawit kepada orang-orang asing tersebut.
Keuntungan terkumpul daripada operasi luar negara sahaja sejak ditubuhkan pada tahun 2009, kini berjumlah RM569 juta.
Bagi penyenaraian ini, lima buah bank pelaburan iaitu Maybank, CIMB, Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank telah dilantik untuk menguruskan proses penyenaraian, sementara audit pula akan dilakukan oleh Pricewaterhouse Coopers (PwC).
Oleh yang demikian, menuduh FELDA ‘menempah maut’ melalui penyenaraian ini adalah tidak masuk akal sama sekali kerana tidak mungkin pihak yang telah berjaya membangun dan memperkasakan FELDA sehingga menjadi sebuah ‘empayar’ akan dengan sengajanya membuat keputusan yang tidak bijak dan merugikan.
Apa yang pasti ialah pembangkang telah mengambil kesempatan atas kurangnya pemahaman peneroka mengenai proses penyenaraian dan pasaran saham serta memanipulasi fakta semata-mata untuk memburukkan kerajaan.
Mujurlah ramai peneroka yang bijak dan mampu merasionalkan perkara ini. Mereka tahu yang mana harus dipercayai antara pihak kerajaan yang telah banyak berjasa kepada mereka atau pihak pembangkang yang hanya tahu berkata-kata.
Menurut sumber-sumber dalaman, pada 8hb Mei nanti, Dato’ Seri Najib akan mengumumkan ‘durian runtuh’ yang telah dijanjikan kepada para peneroka. Durian runtuh tersebut dikatakan cukup besar untuk membolehkan para peneroka menunaikan haji. Jika benar, jangan pula ada yang lupa untuk memanjatkan rasa syukur ke hadhrat Illahi atas segala nikmat yang telah dikecapi.
Walaubagaimanapun, memandangkan peneroka kini berpendapatan agak lumayan, mungkin ada yang merasakan yang ‘durian runtuh’ tersebut tidak membawa makna yang besar. Namun, apa yang lebih penting ialah hasil jangkapanjang di mana melalui penyenaraian ini, Felda juga akan mendapat manfaat dari segi pengurusan yang lebih professional sekali gus menamatkan persepsi kononnya syarikat ini dikuasai atau hanya mengikut telunjuk politik.
Selain itu, ia juga akan dapat meluaskan lagi potensi jangkauan perniagaan dalam berbagai bidang lain. Dengan itu, Felda serius menjangkakan pendapatan berlipat ganda di masa hadapan.
Pastinya, keuntungan berganda itu akan berbalik ke bahu para peneroka dan generasi masa depan mereka bukan sahaja dalam bentuk wang tetapi juga dalam bentuk berbagai-bagai kemudahan dan program yang mampu memacu warga Felda ke satu tahap yang jauh lebih tinggi. Tidak mustahil, generasi Felda di masa hadapan akan menjadi warga contoh iaitu berfikiran kehadapan, berdaya saing serta mempunyai jati diri yang kuat.
Kasihan Mazlan Aliman, mungkin terpaksa jaja isu PTPTN atau BERSIH untuk kembalikan "nilai"nya demi bertanding pada PRU 13 nanti.
Sunday, May 29, 2011
BILA PAS BERLAGAK HERO FELDA.... PANDI KUTTY SUNGGUH!
Perhatikan strategi PAS tiap kali mereka mencipta sesuatu isu. Acapkali PAS cuba menjadi juara rakyat. Dan pengaruh Anwar sudah menjadi watak dalam merencanakan janji-janji kepada rakyat. PAS pun sudah pandai memberi gula-gula.
Tetapi apabila diberi kuasa untuk mentadbir negeri, kelam kabut jadinya. Hancur. Tapi masih tidak sedar diri. Bukankah lebih baik mereka fokus memajukan negeri yang ditadbir. Hebat sangatkah negeri Kelantan dan Kedah dibawah PAS?
Dibawah ini, antara ciri-ciri PAS dalam mencipta isu:
Tidak berterima kasih.
Menangguh di air yang keruh.
Buta sejarah.
Berlagak hero.
PAS nak cakap pasal memperjuangkan Felda? Perlu ke untuk GT terangkan sejarah dan salasilah kemajuan Felda untuk rakyat dari dulu sehingga kini?
Aduhaiiiiiii PAS! sungguh pandi kuttinya strategi!
Tuesday, February 1, 2011
SELEPAS TENANG BHG 6: FELDA PENGUNDI SETIA BN!!!
Keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang telah pun berakhir. Setelah berkampung serta berkempen berminggu-minggu, akhirnya rakyat telah memilih calon dari Barisan Nasional iaitu YB Mohd Azahar Ibrahim sebagai wakil mereka.
Namun apa yang menarik pada pilihanraya kecil ini ialah terdapatnya 3 kawasan Felda di dalam DUN Tenang iaitu Felda Tenang, Felda Chempelak dan Felda Chempelak Barat. Pada pilihanraya umum 2008, wakil BN hanya memenangi DUN Tenang dengan majoriti sebanyak 2,492 undi. Namun pada kali ini, majoriti BN telah bertambah ke 3,707 undi iaitu pertambahan sebanyak 1,215 undi.
Sebelum ini, Felda dan BN telah diserang dengan bertubi-tubi oleh pembangkang terutamanya PAS melalui Saudara Mazlan Aliman dan PKR melalui Saudara Suhaimi Said. Mereka telah di pertanggungjawabkan untuk mengubah pandangan peneroka serta generasi muda terhadap Felda dan kerajaan. Berbagai-bagai risalah, CD, buku, ceramah dan serangan melalui internet telah di lakukan untuk menghasut peneroka serta generasi muda. Alhamdulillah, segala usaha mereka ini telah dapat di bendung dan di tangkis oleh Felda dan kerajaan.
Akhirnya pada 30 Januari 2011, keputusan yang di perolehi adalah seperti berikut :-
Felda Tenang : BN - 795 (71.3%), PAS - 320 (28.7%)
Felda Chempelak : BN - 985 (87.7%), PAS - 138 (12.3%)
Felda Chempelak Barat : BN - 838 (85.5%), PAS - 142 (14.5%)
JUMLAH KESELURUHAN UNDI KAWASAN FELDA : BN - 2,618 (81.4%), PAS - 600 (18.6%)
Dari keputusan di atas, jelas menunjukkan bahawa Felda masih menjadi kubu kuat kepada BN walaupun aktiviti-aktiviti tidak sihat oleh pembangkang telah di lakukan untuk menghasut peneroka serta generasi muda Felda. Isu yang di mainkan oleh Anwar untuk mengambil tanah dari Felda Plantation dan di berikan kepada generasi muda juga tidak berjaya mengubah sokongan padu mereka kepada BN.
Mengikut keputusan mengikut saluran pula, di dapati pertambahan yang mendadak untuk BN di ketiga-tiga saluran. Saluran yang paling ketara ialah saluran untuk generasi muda Felda. Keputusan ini merupakan mimpi mengerikan untuk Mazlan Aliman dan PAS kerana mereka telah di peruntukkan wang yang agak besar untuk menghasut peneroka dan generasi muda Felda untuk menentang kerajaan.
Kesimpulan yang dapat kita buat dari keputusan ini adalah seperti berikut :-
- Felda masih menjadi kubu kuat kepada BN
- Sokongan peneroka dan generasi muda Felda semakin mantap kepada BN
- Segala usaha yang telah di lakukan oleh Felda dan kerajaan telah di iktiraf oleh peneroka dan generasi muda Felda.
- Majoriti peneroka dan generasi muda Felda menolak cara pembangkang menghasut mereka
- Mereka semakin bijak di dalam menilai usaha murni yang dilakukan oleh Felda dan kerajaan
Walaupun keputusan pada kali ini semakin baik di kawasan-kawasan Felda, kerajaan dan Felda tidak boleh mengambil ringan terhadap usaha jahat pembangkang untuk menghasut peneroka dan generasi muda Felda. Ini adalah kerana, selepas ini mereka akan bekerja lebih kuat untuk mengubah Felda yang menjadi kubu kuat BN.
Dikatakan, pembangkang terutamanya PAS dan PKR telah bersedia untuk menyerang Tan Sri Isa Samad secara peribadi (character assasination).
GERAKAN TIMUR:
Artikel ini GT ambil dari blog Anak Jati Felda. Analisis yang cukup padat. Layannn...
Thursday, January 27, 2011
LIVE PRK TENANG: "TELOR" JANTAN MAZLAN ALIMAN DIJENTIK AHMAD MASLAN???
Datuk Ahmad Maslan menyambut cabaran Mazlan Aliman untuk berdialog dan bukannya berdebat.
GT setuju dengan Ahmad Maslan bahawa melalui sesi dialog, perbincangan lebih efisien dan dapat menyelesaikan masalah kerana masa yang panjang dan butir2 lengkap akan diperolehi. ANAK harus bersikap bertanggungjawab andai benar mereka tulus untuk membantu anak-anak Felda. Dan bukannya hadir untuk mencari political mileage semata-mata!
Ahmad Maslan menambah bahawa beliau tidak takut untuk berdebat disebabkan itu adalah rutin dari sekolah menengah hingga ke universiti. Namun, debat yang selalunya sekitar 1 jam tidak cukup untuk menyelesaikan permasalahan yg dibangkitkan.
Pada pendapat GT, Mazlan Aliman sebenarnya kecewa apabila tidak dicalonkan di PRK Tenang. Maka, untuk menonjolkan dirinya, dia mengikut jejak langkah songsang Anwar, iaitu mencari publisiti murahan, yg dianggap dapat "market" dirinya untuk PRU akan datang.
AHMAD MASLAN MENCABAR MAZLAN ALIMAN, ANDAI BENAR DIA ANAK JANTAN, SAHUT CABARAN DIALOG INI, UNTUK RAKYAT FELDA!!!
ADA TELOR KA, MAZLAN ALIMAN???
Label:
Ahmad Maslan,
Felda,
Mazlan Aliman,
PRK Tenang
Monday, January 24, 2011
LIVE PRK TENANG: AHMAD MASLAN GEMPUR FELDA !!!
| Rini AF pun ader... Pheeewiitttttt!!! Cun siuttt.... |
| Emcee: Izwan Pilus |
Datuk Ahmad Maslan bersama rakyat... Felda terus digempur!!! Kesimpulan GT malam tadi berdasarkan fakta2 yang dilontarkan oleh Ahmad Maslan, anak-anak Felda mmg sgt bertuah. Jangan percaya dakyah pembangkang terutamanya hantu raya yang bernama Mazlan Aliman...
Thursday, December 30, 2010
ANAK kurang ajar dgn BAPAK dikenakan ISA!!!
Mazlin Aliman semakin celaru. Pada waktu ini, mungkin si mazlan tgh pening, nak cari idea apa lagi untuk serang Felda. Terakhir, babi hutan pun boleh dijadikan isu. Kurang ajar punya ANAK!!!
Diharap BAPAK pula tanggungjawab terhadap peneroka2 Felda. Dapatlah kiranya didik ANAK yang tak pandai mengenal budi, yang asyik mencari alasan dan isu. Bahasa mudahnya, disekolahkan balik...
Terbaru, Felda mengorak setapak lagi dengan menggunakan ISA untuk mengurustadbir perjalanan operasinya. ANAK sudah goyang nampaknya.. hahahaha...
Tahniah pada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang dilantik sebagai Pengerusi Felda berkuatkuasa 1 Januari 2011. Semoga Tan Sri Isa dapat terus memajukan FELDA.
Felda sudah gunakan ISA.
KDN??? Hishamuddin keris mana...??? Hishamuddin...???
Subscribe to:
Posts (Atom)














