Bersama Berjuang

Showing posts with label Parti Sosialis Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Parti Sosialis Malaysia. Show all posts

Friday, July 8, 2011

Komunis Memperjuangkan Hak Rakyat? Kahkahkahkahkah...


Tidak mungkin PSM secara terang-terangan mempromosikan komunisme, maka tidak hairanlah mereka mencipta satu kempen "Udah Bersaralah" sebagai misi utama, kononnya!

Itu sebenarnya hanyalah topeng untuk menghalalkan pergerakan mereka.  Pihak berkuasa pastinya punya bukti kukuh untuk menahan mereka mengikut ordinan darurat, akta yang cukup jarang digunakan ketika ini.  Mengikut maklumat, risalah-risalah yang diedarkan juga mempromosikan fahaman komunisme.  Itu belum lagi penyertaan rakyat asing yang disahkan berkait dengan parti komunis oleh perisikan antarabangsa.

Pembangkang, samada pemimpin atau portal serta blog-blog mereka cuba mengaitkan penahanan mereka dengan perhimpunan BeerShit.  Persoalannya, apakah PSM mmg bersekongkol menyokong BeerShit?  Tuduhan yang mengaitkan PSM datangnya dari mereka, yang secara tidak langsung mengesahkan pembabitan PSM bersama BeerShit.  

Harus diingat penahanan 6 org dibawah Ordinan Darurat (Emergency Ordinance) hari ini, kesemua mereka ini mengancam keselamatan negara dan akan ditahan selama 60 hari untuk siasatan lanjut. Penahanan itu bukan ada kaitan dgn Bersih tapi kerana disyakki terlibat dgn kegiatan subversif (communist ideology) 

Komunisme adalah ancaman bukan sahaja kepada negara, malah agama.  

Ia adalah MUSUH YANG NYATA!!!

Dan dakwaan mereka kononnya "misi utama" adalah kempen Udah... Bersaralah adalah alasan ciptaan demi menyuburkan agenda tersembunyi mereka!  

Wednesday, July 6, 2011

Akta Ordinan Darurat Rampas Demokrasi? Kalau Dah Komunisme, Demokrasi Apa Ke Jadah!


Anwar mengatakan bahawa Ordinan Darurat merampas hak demokrasi.  

Jahatnya Anwar yang mahu menjadi hero kepada komunis.  

Butanya Anwar tentang komunis, lagi buta dia meraba jawatan Perdana Menteri yang diidam-idamkan.  Dan serakahnya untuk jawatan ini lebih tinggi berbanding semalam bersama China Doll!

Anwar sekali lagi menunjukkan siapa dirinya sebenar.  Anwar menunjukkan fahaman "matlamat menghalalkan cara"!  Halal haram semua dia redah, sebab itu terlupa mana depan mana belakang!

Bodohlah barangsiapa bersetuju dengan Anwar ini, kerana mgkin kabur tentang sejarah negaranya.  Dan bangsa Merdeka tidak akan sesekali "bersetubuh" dengan komunis, walau dengan apa cara sekalipun!  

Baca kupasan menarik tentang Ordinan Darurat yang sedang diputarbelitkan oleh pembangkang berikutan penahanan  terhadap 6 orang yang disyaki berfahaman komunis DISINI

Sunday, July 3, 2011

Komunis Pun Puak2 BeerShit Nak Back Up... Takkan Tak Faham2 Lagi Wahai Rakyat !!!


GT ingin memperbetulkan fakta yang sedang hebat diputarbelitkan oleh pembangkang dalam meraih simpati rakyat!!!  

Pembangkang mengatakan bahawa penahanan 6 orang dari PSM adalah usaha kerajaan untuk menghalang BeerShit.  Dan seperti biasa, mereka akan war-warkan kepada semua bahawa kerajaan merampas hak rakyat untuk berhimpun seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.  

Mohon jangan tertipu dengan politik pembohongan pembangkang ini.

Harus diingat penahanan 6 org dibawah Ordinan Darurat (Emergency Ordinance) hari ini, kesemua mereka ini mengancam keselamatan negara dan akan ditahan selama 60 hari untuk siasatan lanjut. Penahanan itu bukan ada kaitan dgn Bersih tapi kerana disyakki terlibat dgn kegiatan subversif (communist ideology) 

Itulah sebabnya... kerana mereka disyaki KOMUNIS!  Dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, pihak berkuasa punya hak untuk menahan mereka bagi siasatan lanjut!!! 

Pergi mampus sama KOMUNIS!!!

Friday, July 1, 2011

BeerShit 2.0 aka IFC: National Intelligent Coordinating Agency (NICA) Sahkan Ada Unsur Komunis!!!


Apa lagi yang cuba disembunyikan oleh PSM.  Agensi perisikan antarabangsa sudah mengesahkan wujudnya unsur komunis!  

Alasan Arutchelvan tidak solid.  Andai benar 2 import itu hadir ke Malaysia untuk menghadiri Kongres PSM pada 3 - 4 Jun, apa pula yang mereka buat pada hari2 selebihnya sehingga membawa penangkapan di Pulau Pinang tempoh hari?  

Cuti-cuti Malaysia?  Kanak2 tadika PASTI boleh lah kau goreng!


NICA sahkan ada unsur komunis

KUALA LUMPUR 29 Jun - Agensi-agensi perisikan antarabangsa termasuk National Intelligent Coordinating Agency (NICA) mengesahkan lelaki warga Filipina, Romeo Castillo adalah Timbalan Setiausaha Agung sebuah parti berhaluan kiri, Partido Lakas dan Massa (PLM) serta Organisasi Hadapan Komunis di Filipina.

Agensi-agensi itu berperanan menjalankan risikan dan perkongsian maklumat berhubung ancaman luar yang boleh menjejaskan keselamatan negara terbabit.

Menurut sumber, strategi politik parti PLM yang berkait rapat dengan parti bersenjata komunis adalah dengan mencetuskan semangat rakyat sebelum menggulingkan kerajaan kapitalis bertujuan untuk menubuhkan kerajaan rakyat.

"Kerajaan Filipina tidak mengharamkan parti itu tetapi memantau rapi aktivitinya. Agensi perisikan antarabangsa memohon pihaknya dimaklumkan kedatangan Castillo ke negara ini supaya dia boleh ditahan untuk disoal siasat mengenai tujuan kedatangannya.

"Difahamkan, Castillo juga menghubungi Pengerusi PLM, Sommy Melencio dan memaklumkan penahanan ahli-ahli PSM. Dia (Castillo) kini gagal dikesan selepas dibebaskan baru-baru ini," kata sumber itu.

Semalam, sekumpulan anggota PLM diketuai Sommy telah mengadakan satu demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Filipina, pukul 11 pagi, bertujuan mendesak kerajaan membebaskan ahli-ahli PSM yang ditahan dan menyatakan sokongan penganjuran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Difahamkan, selain itu, alamat penginapan Castillo di Kajang sama dengan alamat pejabat Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Akhbar hari ini melaporkan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan menuduh akhbar Utusan Malaysia membuat laporan karut mengenai lelaki Filipina, Castillo dan warga Korea, Min Young Song yang didakwa ejen asing untuk membawa gerakan komunis di negara ini.

Menurut Arutchelvan, kehadiran Castillo dan Young Song, 24, ke negara ini bukan untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan, sebaliknya datang menyertai Kongres PSM pada 3 hingga 5 Jun lalu.

Katanya, walaupun hadir sepanjang program PSM di Johor baru-baru ini, mereka berdua tidak membuat ucapan umum atau terlibat dalam perhimpunan atau sebarang aktiviti yang boleh dilabel sebagai jenayah.

Sebelum ini, polis menahan 30 individu daripada PSM yang dipercayai penyokong Bersih di dalam sebuah bas ketika dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang bagi mempromosikan perhimpunan haram Bersih.

Wednesday, June 29, 2011

PSM Komunis Pun Ada Rangkaian Antarabangsa, AmPIGa Apatah Pula!!!


Tidak cukup dengan demonstrasi jalanan yang ganas, BeerShit 2.0 juga digemparkan dengan fahaman komunis yang menumpang populariti, disamping agenda tersembunyi mereka.  

Jangan ingat mereka hanya mahu turut serta berdemo.  

Jelas dalam satu pertubuhan, tujuan merekrut seramai mungkin ahli adalah lambang kebesaran.  Ini adalah satu langkah permulaan dalam misi menghidupkan dan menyebarkan semula fahaman komunis, si durjana yang tidak mungkin akan dilupakan oleh rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, kecuali Nicky Arjis dan kuncu2nya.  

Tidak cukup dengan rakyat tempatan, pergerakan mereka disertai juga dengan rakyat tempatan "import", strategi yang sama pernah digunakan oleh Hindraf sewaktu membuat huru-hara suatu masa dahulu.  

Perhatikan dengan teliti, kenyataan dari Arutchelvan membenarkan bahawa 2 import ini hadir menyertai kongres PSM.  Ia bermaksud rangkaian antarabangsa yang berkongsi fahaman yang sama.  Dan perhatikan juga, strategi siapakah yang menggunakan dunia luar untuk menekan kerajaan Malaysia?  


Persetankan apa jua alasan dari PSM, kerana 2 import ini hadir dengan tujuan dan matlamat.  Bukanlah bersifat jalan2 cari makan seperti yang suka dibuat oleh Theresa Kok kononnya mencari pelabur asing.  

Dan harus kita kenali siapa Arutchelvan, kerana sudah menjadi prinsip strategi dari mereka yang belajar dengan zionis, meletakkan "orang-orang" mereka di setiap pertubuhan adalah wajib.  

Perhatikan pergerakan NGO-NGO mereka.  NGO tulen ke?  Atau rancangan terperinci sekian lama yang mula membuahkan hasil?  

Kalau komunis pun punya rangkaian, jangan ingat AmPIGa berani andai tanpa back-up besar, lebih2 lagi pertubuhan atau proksi yahudi yang bertopengkan "antarabangsa"!

Dan perlukah GT ingatkan betapa kafir harbi itu musuh Islam?  Masih lagi percayakan mereka?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...