Bersama Berjuang

Monday, March 21, 2011

PANASSS.. BUKTI YAYASAN SELANGOR MENUJU KEHANCURAN - PART 1


Datuk Seri Noh Omar telah mencabar Khalid Ibrahim agar meletakkan jawatan berikutan kegagalannya mengurustadbir asset dan harta kerajaan negeri dengan berkesan. 

Cabaran ini berdasarkan dari laporan audit Yayasan Selangor yang mengalami defisit RM7.41 juta sedangkan baru sahaja 3 tahun memerintah Selangor!  Khalid diminta bertanggungjawab selaku Menteri Besar Selangor dan juga Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Selangor.

Pendedahan bukti-bukti ini akan GT buat secara bersiri supaya mudah untuk difahami.  Bukti sudah dikeluarkan, Khalid Ibrahim wajib letak jawatan!!!

Artikel ini permulaannya, dan lagi bukti akan didedahkan setiap 2 jam berikutnya. 

DARI SUDUT PENGURUSAN PERKHIDMATAN 

1.  Perlantikan Pengurus Besar
  • Jumlah permohonan 42 permohonan
  • Senarai layak hanya 8 calon
  • Tarikh temuduga pada 22/2/2010
  • Panel temuduga Pegawai Kewangan Negeri dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
  • Keputusan Panel- En Razali Tumirin ( Calon Utama) dan YM Raja Razman Shah
  • Perlantikan Pengurus Besar tidak menepati keputusan panel. Calon utama panel lebih sesuai kerana telah dinilai kebolehan, kepakaran dan kelayakan oleh panel yang dilantik oleh kerajaan negeri.
GT sertakan dokumen lengkap tentang keputusan panel yang jelas tidak memilih Ilham Marzuki sebagai Pengurus Besar.  Apakah berlaku amalan kronisme disini???  Anda lihat sendiri bukti dibawah ini.  Klik pada dokumen untuk "large view".





2.  Perlantikan Pengurus Kewangan
( kemudian jawatan di naikkan kepada Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan )
  • Perlantikan jawatan ini menepati keputusan panel tetapi terdapat Notis Kebangkrapan yang tidak dimaklumkan oleh calon pilihan utama. Melindungi maklumat demi kepentingan diri adalah satu kesalahan bagi penjawat kerajaan.  





Ini membuktikan Khalid lalai dan cuai, bagaimana jawatan penting seperti ini disandang oleh oleh individu yang tidak kredibel.  Perkara paling asas dalam pengurusan pun Khalid telah gagap gagal laksanakan.  Ini adalah permulaan kehancuran Yayasan.  

Tunggu sambungannya pukul 12 nanti...

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...