Bersama Berjuang

Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Tuesday, October 29, 2013

PRK Sg Limau: Nik Aziz Dipulaukan Oleh Jentera PAS Kedah? Wooowwwww...!!!


Hairan bin Ajaib! Walaupun hari berkempen sudah memasuki ke hari ke-7, namun sehingga kini tiada satu pun poster Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kelihatan di sekitar kawasan Sungai Limau.

Berbanding sebelum ini, Nik Aziz sering dijadikan sebagai modal utama kempen bagi menarik sokongan pengundi yang dikatakan menghormatinya sebagai seorang ulama.

Tambah memelikkan apabila, kelibat Nik Aziz langsung tidak kelihatan atau setidak-tidaknya hadir untuk memberikan tazkirah di masjid atau surau. Apa sudah jadi? Nampaknya selepas Nik Aziz digugurkan dari jawatan Menteri Besar Kelantan, khidmat dan auranya turut hilang.

Lebih menyedihkan, khidmatnya sebagai penceramah juga langsung tidak diperlukan oleh jentera Pas Kedah, walaupun pemerhati politik merasakan parti itu bakal berdepan dengan laluan sukar bagi mempertahankan kerusi Dun di Sungai Limau.

Malah melalui sembang-sembang di kedai kopi, ada yang mengatakan Nik pada ketika ini sedang sakit tenat dan sukar untuk dibawa ke Sungai Limau bagi membantu jentera kempen. 

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak bersetuju dengan pemilihan Azam Samad sebagai calon Pas. Ini kerana Azam dikatakan bakal dijadikan sebagai boneka kumpulan liberal di dalam parti itu sekiranya menang sekali gus bakal menjadi kumpulan penentang terhadap kelompok pimpinan ulama Pas.

Walau bagaimanapun, dalam banyak isu yang dibangkitkan terdapat satu isu yang agak menarik untuk dikongsikan. Iaitu penolakan secara total oleh jentera Pas Kedah khususnya di Sungai Limau terhadap kehadiran Nik Aziz. 

Ini kerana rata-rata di kalangan mereka dikatakan sangat terkesan dengan tindakan Nik Aziz yang dilihat menyebelahi Phahrolrazi dan Mahfuz. Malah Nik Aziz juga dikatakan langsung tidak membela Azizan ketika belaiu dijadikan sebagai sasaran oleh para pengikut Pas kerana dikatakan ‘Mesra BN’.

Sikap berdiam diri itu, akhirnya telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengikut Azizan yang merasakan tindakan berdiam diri Nik Aziz itu telah menyebabkan keadaan menjadi semakin buruk dengan pelbagai fitnah dan cacian. Sedangkan sebagai seroang Musyidul Am, Nik Aziz sepatutnya mengambil pendekatan untuk menenteramkan suasana.

Disebabkan itu, ada yang mengatakan Nik Aziz telah dinasihatkan agar tidak turun ke Sungai Limau bagi mengelakkan jentera Pas kawasan Jerai mengambil pendekatan boikot.

Selain dari Nik Aziz, turut menjadi tanda tanya ialah treler Pas yang digunakan ketika pilihanraya umum yang lalu. Sekiranya sebelum ini mereka begitu berbangga dengan kehadiran treler yang dikatakan canggih itu terutama ketika program-program ceramah. Namun ketika kempen PRK di Sungai Limau ini jangankan treler, kereta sorong pun tak nampak bayang.

Kesimpulannya, PRK Sungai Limau ini telah menyebabkan Nik Aziz tidak lagi dianggap relevan sebagai umpan atau model yang boleh membantu kemenangan calon parti. Nampaknya gambar Nik Aziz menangis itu, amat sesuai dengan keadaannya pada ketika ini yang tidak ubah seperti kereta sorong buruk

Thursday, July 18, 2013

Pernahkah HARAKAH Dedah Dokumen Ini Selepas PAS Menang PRU 13 Di Kelantan???


Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu, khalayak umum telah dikejutkan dengan pendedahan mengenai pemilikan 14 lot tanah di sekitar Kota Bharu atas nama Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mana nilai komersialnya boleh mencecah RM10 juta.

Selain pemilikan tanah atas nama Menteri Besar Kelantan itu, turut didedahkan sama sejumlah 13 lot tanah lagi yang bernilai jutaan ringgit termasuk sebuah stesen minyak yang dimiliki Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri kepada Nik Aziz.

Beberapa hari selepas isu pemilikan tanah itu didedahkan, Nik Aziz telah tampil menjelaskan bahawa 14 lot tanah yang luas keseluruhannya 1.76 hektar itu bukan miliknya walau pun namanya tercatat sebagai pemilik.

Menurut Nik Aziz, namanya hanya digunakan sebagai pemegang amanah bagi pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berikutan jawtan MB yang disandangnya dan tanah itu kemudiannya kelak akan dipindah milik kepada nama MB baru.

Rentetan itu, rakyat Kelantan menarik nafas lega menerima penjelasan itu dan yakin bila berlaku peralihan tampuk kepimpinan negeri kelak akan ada pengumuman rasmi pindah milik nama pemilik semua lot tanah tersebut.

Namun seperti semua sedia maklum, sejak dari tarikh kejatuhan Nik Aziz pada 5 Mei 2013 hingga sekarang, tiada khabar berita mengenai pemindahan hak milik 14 lot tanah tersebut kepada nama MB Kelantan sekarang yang kedengaran.

Malah 13 lot tanah yang tertera nama isterinya itu pun sampai sekarang Nik Aziz buat-buat lupa untuk menjelaskan bagaimanakah statusnya, adakah ia milik peribadi atau sekadar pemegang amanah sama sepertinya.

Tanpa tindakan susulan oleh Nik Aziz berhubung status terkini lot-lot tanah tersebut sukar untuk rakyat Kelantan menepis rasa was-was dan kebimbangan kalau-kalau jika didiamkan ianya kelak terus menjadi hak milik Nik Aziz sekeluarga.

Monday, April 22, 2013

PRU 13 - Nik Aziz Risau Anaknya Tidak Dapat Jadi MB Besar Kelantan Seumur Hidup Sepertinya Gara-Gara Tok Him !!!



Mimpi indah Nik Mohammad Abduh, anak lelaki kesayangan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengambil kesempatan dalam pertarungan tiga penjuru di Parlimen Pasir Mas akhirnya berkecai apabila calon BN, Che Johan Che Pa tidak menghantar borang pencalonan.

Che Johan dalam satu kenyataannya secara terbuka memohon maaf di atas tindakannya itu sambil menjelaskan ia dilakukan selepas mengambil kira betapa pentingnya dielakkan pertandingan tiga penjuru yang sekiranya berlaku hanya akan menguntungkan PAS.

Berikutan senario itu, Nik Abduh terpaksa berdepan cabaran satu lawan satu menentang calon Bebas, Ibrahim Ali yang pastinya menjanjikan pertarungan cukup sengit yang menjadikan Pasir Mas sebagai satu lagi kerusi panas yang menjadi tumpuan ramai.

Perkembangan saat akhir penamaan calon ini memang mengecewakan Nik Abduh dan ayahandanya yang sebelum ini cukup yakin PAS akan meraih kemenangan mudah hasil dari pertandingan tiga penjuru itu. 

Andai diketahui ini yang berlaku pastinya keputusan asal meletak Nik Abduh bertarung di kerusi selamat, Parlimen Rantau Panjang dikekalkan manakala penyandangnya pula yang merupakan pemimpin muslimah PAS iaitu Siti Zailah Mohd Yusof dibiarkan terkontang konteng di Pasir Mas.

Namun apa yang berlaku ketentuan takdir Illahi, sama ada Nik Abduh mahu pun Nik Aziz perlu menerima hakikatnya dan tidak guna merungut menyalahkan sesiapa. 

Yang penting rakyat Kelantan agak teruja untuk mengetahui siapa yang akan muncul sebagai pemenang dan siapa pula yang akan tumbang.

Diambil kira dari segi pengalaman dan hubungan rapat dengan penduduk setempat, tidak syak lagi Ibrahim Ali yang juga adalah Presiden PERKASA memiliki kelebihan terbaik dalam PRU-13 ini untuk mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada PRU-12 2008.

Nik Abduh pula hanyalah orang luar yang sekelumit jasa bakti pun tidak pernah dilakukannya untuk kepentingan penduduk Pasir Mas. Kiranya aspek itu yang menjadi pertimbangan para pengundi memang sukar sekali untuk putera MB Kelantan itu menang.

Bagaimana pun satu faktor yang tidak boleh dipandang remeh oleh Ibrahim Ali ialah Nik Abduh sebagai anak lelaki paling disayangi Nik Aziz pastinya akan berusaha keras menjual nama bapanya bagi menarik perhatian pengundi.

Ia pernah berjaya dilakukan dalam usahanya merebut jawatan parti, jadi tentu sahaja ia berpeluang untuk memanfaatkannya sekali lagi. Soal kerja buat untuk rakyat itu kemudiannya punya cerita, yang penting Nik Abduh adalah anak bapak , bukan begitu?

Sekiranya faktor kekeluargaan dijadikan asas dan saki baki pengaruh Nik Aziz diambil kira, jelas sekali Ibrahim Ali bukan lawan Nik Abduh. Dari sudut ini ternampak seperti sukar untuk Nik Abduh ditumbangkan.

Apatah lagi PAS Kelantan juga tidak akan membiarkan Nik Abduh semudah itu diratah oleh Ibrahim, justeru itu sepanjang kempen pilihan raya ini PAS akan mengerahkan segala jenteranya berkubu menggempur Pasir Mas demi memastikan air muka Mursyidul Am PAS terjaga.

Nik Aziz pula dikhabarkan akan memberi perhatian khusus di Parlimen Pasir Mas dengan memanfaatkan pengaruhnya dan akan lebih kerap berulang alik berceramah serta menyertai pelbagai aktiviti kempen demi memastikan anaknya menang kali ini.

Persoalannya, mampukah Ibrahim Ali menghadapi semua cabaran ini sekali gus menumbangkan anak Nik Aziz? Buat masa ini sukar ditentukan, tapi jika semarak Gelombang Merah UMNO Merentah gagal dicegah oleh PAS, ada harapan untuk tengok seorang anak MB terjelepok  dalam longkang.

Thursday, February 21, 2013

Fatwa Tok Guru: Penyokong PAS Binatang Kerana Terima BR1M!!! Woohooooo...



Mengucap panjang kita mendengar ucapan Nik Aziz setibanya di Kota Bharu setelah menunaikan umrah di Mekah.   Ucapan Nik Aziz bukannya mengajak kepada perpaduan atau ke arah perdamaian tetapi berunsur celaan, sehingga tergamak menyamakan penerima BR1M dengan haiwan.

Kata Nik Aziz, di hadapan penyokong yang menyambutnya pulang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV,  “Orang yang menawarkan wang kepada orang, sama seperti kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.  Kalau nak panggil lembu kita bubuh jerami.  Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu mana datang, jadi kalau kit aberi barang kepda orang, beri RM10, RM50 orang akan ambil.”

Hina sekali pandangan Tok Guru terhadap rakyat yang menerima BR1M sedangkan ramai dari penyokong-penyokong Tok Guru sendiri turut menerimanya dengan bangga.  Tidak cukup dengan itu, mereka mendabik dada pula kononnya itu hak mereka, sebagai rakyat dan duit yang diterima itu adalah duit rakyat.

Entah dari mana datangnya alasan bahawa duit itu adalah hak mereka.   Apakah semua kerajaan di dunia ini memberi BR1M?  Tentulah tidak, kerana bukan tanggungjawab mana-mana kerajaan untuk  berbuat demikian.

Sudah menjadi hukum alam, dan sudah termaktub dalam ajaran Islam, bahawa manusia perlu bekerja untuk mendapatkan wang.  Tiada siapa yang layak menerima apa-apa tanpa berusaha melainkan mereka sememangnya tidak punya kemampuan untuk berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu seperti kesihatan, kecacatan dan sebagainya.

Tugas kerajaan adalah untuk mentadbir, menjana pendapatan, membawa pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan, menyediakan kemudahan awam, memastikan rakyat mendapat pendidikan, memelihara kedaulatan negara serta memastikan keamanan.

Menyediakan wang tunai ‘percuma’ kepada rakyat bukanlah tugas kerajaan.

Tugas setiap seorang dari rakyat pula adalah untuk bekerja bagi menyara diri dan keluarga serta membayar cukai kepada kerajaan supaya kerajaan dapat terus menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat.

Sudah menjadi lumrah dunia, ada rakyat yang berpelajaran tinggi dan ada yang tidak.  Ada yang miskin dan ada yang kaya.  Ada yang dulu susah, tetapi sekarang senang setelah kerajaan membawa masuk pelaburan dan mereka dapat bekerja di kilang-kilang.   Ada yang dulu hidup atas peruntukan rakyat termiskin, kini tinggal di rumah dua teres dua tingkat setelah anak-anak mereka menjadi orang berjaya berkat pembelajaran percuma di peringkat rendah dan menengah dan kemudiannya mendapat biasiswa pula untuk ke universiti.    Adajuga  yang dulu senang tetapi sekarang susah dan menganggur akibat membazirkan masa dan wang ibu bapa ketika di universiti kerana sibuk berdemonstrasi.

Oleh itu, ada rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan dan ramai lagi yang tidak.

Kerana itu, kerajaan BN yang prihatin, telah mengambil kira keadaan hidup rakyat yang berbagai ini dan memutuskan untuk membantu mereka yang memerlukan, melalui BR1M.   Kerajaan boleh saja menggunakan peruntukan BR1M sejumlah RM3 billion itu untuk tujuan lain, tetapi dikhuatiri ia tidak akan dapat dirasai secara langsung oleh golongan yang benar-benar memerlukan.   Hanya dengan pemberian tunai sahaja yang dapat memastikan ia mencapai objektif secara tepat kerana dengan wang tunai, rakyat boleh memutuskan sendiri cara untuk membelanjakannya.

Sudah tentu sekali BR1M tidak akan dapat diberikan jika kerajaan tidak mampu.   Jika kerajaan sekadar bergantung kepada cukai yang dikutip dari segolongan rakyat yang layak membayar cukai sahaja, tentulah kerajaan tidak akan mampu memberi BR1M kepada golongan yang tidak layak membayar cukai itu.

Justeru, kemampuan kerajaan memberi BR1M kepada rakyat dengan sendirinya membuktikan  kecekapan pentadbiran Barisan Nasional dalam menjana pendapatan serta mengurus kewangan negara.

Malangnya, Tok Guru melihat BR1M sebagai umpan atau rasuah untuk memancing undi serta menghina pula rakyat yang menerimanya.   Lebih malang lagi kerana antara yang menerima BR1M itu adalah penyokong-penyokong Tok Guru sendiri.

Kerana itu, kita ingin bertanya Tok Guru, jika penerima BR1M adalah umpama lembu dan ayam, maka penyokong Tok Guru yang saban hari mengutuk BN tetapi tetap menadah tangan melahap BR1M, umpama apa pula?

Fikirkanlah sendiri, binatang apa yang lebih hina dari lembu dan ayam….

Friday, February 15, 2013

"Hadi Awang, Nik Aziz, Tak Guna!!!" - Anwar Ibrahim ????



Anwar Ibrahim akhirnya mengakui bahawa beliau tidak langsung ada rasa hormat terhadap pemimpin-pemimpin PAS. "Hadi Awang tidak tahu apa-apa!, Nik Aziz hanya ikut apa yang dilakukan PAS," adalah antara perkara yang dikatakan oleh Anwar dalam ucapan beliau kepada 1,500 penyokong PKR ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Putera Ballroom Kota Kinabalu, Sabah pada 10 Februari lalu.

Isu yang disentuh diperkatakan oleh Anwar adalah tentang isu Kalimah Allah. Video tersebut kini sudah mula tersebar di blog-blog, Facebook dan juga YouTube.

PKR kini berada dalam keadaan terdesak untuk meraih undi dari rakyat Sabah. Sehingga kini, PKR tidak yakin bahawa mereka akan menang lebih daripada 3 kerusi di Sabah, walaupun mereka percaya bahawa mereka akan meraih 13 daripada 25 kerusi Parlimen. Dengan hanya RM35 juta yang boleh dibelanjakan untuk meraih undi di 7 kerusi seperti Penampang, Kota Belud, Tuaran, Kota Marudu, Putatan, Libaran dan kemungkinan besar di Tawau, Anwar perlu bekerja keras untuk PKR.

Memandangkan majoriti penduduk Sabah adalah penganut agama Kristian, isu kalimah Allah dikatakan sebagai isu yang boleh membantu Anwar untuk menunjukkan bahawa beliau bersifat terbuka terhadap agama Kristian. Namun, ini boleh mendatangkan masalah kepada Anwar apabila PAS sering mengkritik perbuatan beliau.

Jadi, Anwar sedar bahawa beliau perlu menolak PAS ke belakang, memastikan bahawa penduduk Sabah percaya bahawa PAS tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Pakatan Rakyat. Anwar perlu meyakinkan penduduk Sabah bahawa Nik Aziz dan Hadi Awang hanyalah simbol semata-mata dan mereka tidak tahu apa-apa tentang kalimah Allah.

Kami setuju dengan Anwar bahawa Hadi dan Nik Aziz tidak tahu akan Islam dan hampir segalanya. Bagaimanapun, menyatakan bahawa beliau adalah lebih 'Islam' berbanding kedua-dua pemimpin PAS tersebut adalah 'lawak'.

Jika Nik Aziz dan Hadi Awang benar-benar tahu tentang Islam, mereka tidak akan bermain politik - memecah-belah umat Islam dan membantu musuh-musuh Islam. dan jika Anwar adalah lebih baik berbanding mereka, Anwar tidak akan mengadakan hubungan sulit sesuka hati beliau. Dan yang penting, Anwar tidak akan mengakui bahawa Wolfowitz, salah seorang individu yang memecah-belahkan umat Islam, sebagai sahabat baik beliau.

Persoalannya di sini, apakah agaknya reaksi Hadi Awang dan Nik Aziz terhadap perkara ini? Mungkin mereka akan menidakkan video ini dan berkata bahawa video ini telah di-edit.

Selain itu, terdapat juga kemungkinan di mana penyokong-penyokong akan mempertahankan Anwar dan menuduh UMNO.

Dari situ, Anwar percaya bahawa beliau boleh berkata apa sahaja terhadap pemimpin-pemimpin PAS, kerana beliau percaya bahawa,"Pemimpin-pemimpin PAS tidak guna, dan jika anda berada dalam Pakatan Rakyat, anda boleh katakan apa sahaja tentang mereka, termasuklah yang yang berkaitan dengan Islam, mereka tidak kisah. Pemimpin-pemimpin PAS tidak kisah jika mereka dilayan seperti sampah, mereka tidak akan melawan, kerana mereka tidak tahu apa-apa dan tidak ada nilai!"

Jika Anwar salah, mengapa kita masih tidak menerima sebarang respon dari Tok Guru dan Tuan Guru?

Monday, January 14, 2013

Ilmu Agama Para Mufti Jauh Ketinggalan Berbanding Nik Aziz? Huh! Gila Babas!!!



Sudah ramai ilmuan agama termasuklah para Mufti tampil menempelak tindakan PAS yang secara sedar telah merendahkan kesucian agama Islam apabila buat kali keduanya bersetuju menyokong kalimah Allah s.w.t digadaikan kepada Kristian.

PAS ternyata terpana dan terkesan bila tiba-tiba sahaja para Mufti dan ilmuan agama sama ada yang non partisan mahupun dari dalam PAS sendiri semakin berani menyatakan kritikan mereka secara terbuka, satu senario yang langsung tak terjangka oleh pimpinan PAS.

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid umpamanya menyifatkan tindakan PAS menyokong kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan Bible berbahasa Melayu adalah satu langkah seolah-olah sengaja mahu menyekutukan Allah s.w.t.

Beliau juga berkata persetujuan PAS membiarkan kesucian kalimah Allah dinukilkan dalam Bible menggantikan perkataan 'God' dalam konsep ketuhanan Kristian, sama seperti PAS redha dan merelakan Allah s.w.t itu bukan lagi Yang Maha Esa.

Ulasan beliau senada dengan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman yang turut mengkritik keputusan songsang PAS menyokong tuntutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung penggunaan kalimah Allah untuk kitab Bible.

Katanya lagi, bagi umat Islam Tuhan hanya satu iaitu Allah s.w.t yang menciptakan alam dan seluruh kejadian di dunia ini, tiada sekutu atau menyerupai makhluk lain.

"Namun, (penganut) Kristian menyebut Allah sebagai Tuhan tetapi mempunyai pelbagai bentuk serta beranak pinak (ayah, ibu dan anak)."

Malah beliau juga menyelar tindakan pihak gereja Kristian mahu mencetak Bible dalam Bahasa Melayu dengan menukarkan God kepada kalimah Allah yang dipercayai dilakukan dengan maksud tertentu untuk mempengaruhi generasi muda muslim supaya terkeliru dan menganggap al-Quran dan Bible, tiada perbezaannya.

Berikutan teguran-teguran itu, tidak sedikit penyokong dan ahli PAS yang buta hati dan kelam mindanya bangkit merendah-rendahkan kewibawaan mereka berdua dengan pelbagai komen buruk dan sinis. Pada mereka, sokongan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap persetujuan PAS dalam isu kalimah Allah adalah tepat dan tiada salahnya.

Jika benar martabat para Mufti sebegitu rendah malah lebih rendah daripada Nik Aziz, apa pula komen pengikut taksub PAS terhadap pendirian dua orang ulama PAS yang jelas bertentangan dengan pendapat songsang Nik Aziz?

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din misalnya tetap tegas dengan pendirian sesiapa saja umat Islam yang redha ,menyokong tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk dicetak dalam Bible boleh ditimpa kekufuran.

Selain Ustaz Haron Din, seorang lagi pemimpin PAS yang juga adalah pendakwah terkenal, Ustaz Ismail Kamus juga mengecam pendirian PAS dalam isu ini. Katanya, penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam tidak sepatutnya dibenarkan kerana tidak sesuai dengan keadaan dan situasi.

"Siapa pun bertanya, jawapan saya tetap sama iaitu kalimah Allah tidak sesuai digunakan orang bukan Islam di negara ini. Kalau dibenarkan, nanti orang keliru. Allah ini Tuhan siapa sebenarnya? Islam atau agama lain?

"Bagi umat Islam, kita perlu pertahankan agama kita. Bagi saya, kerajaan perlu menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam daripada berlaku," demikian kata Ustaz Ismail Kamus kepada Utusan Malaysia.

Semua kenyataan di atas merupakan satu tamparan hebat buat PAS khususnya kepada Nik Aziz yang sebelum ini bersungguh mempertahankan kesediaan PAS menyokong tuntutan kalimah Allah dimasukkan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Jika dikira dari segi ketokohan dan kelayakan pengetahuan agama, siapa Nik Aziz jika dibandingkan dengan para Mufti sekalian yang terbukti memiliki kelayakan dan luas pengetahuan agama Islam di dada mereka. Hatta Ustaz Haron Din dengan Nik Aziz pun ibarat membanding intan berlian dengan kaca, tak begitu?

Wednesday, November 21, 2012

WOW!!! Nik Aziz Bakal Jadi Kayu Api Neraka???



Selepas masyarakat umum dikejutkan dengan doa politik kepartian oleh PAS yang mendoakan kehancuran saudara seagama, sama seperti firaun dan Namrud dihancurkan oleh Allah s.w.t, kini tukang canang doa itu, Nik Razi Nik Mat jadi tak senang duduk dibuatnya.

Tiba-tiba sahaja Nik Razi meminta orang ramai menghentikan polemik dan spekulasi isu doa politik yang dibacanya selepas solat Hajat di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PAS di Kota Bharu beberapa hari lepas. 

Dalam kenyataannya kepada akhbar Sinar Harian, katanya, isu tersebut sudah sampai ke kemuncaknya dan tiada apa lagi yang perlu diperkatakan. Ringkas kata, Nik Razi tidak mahu isu itu terus diperbesarkan.

Menurutnya lagi, "sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun."

Akhirnya selepas dengan sengaja mencuit kemarahan ramai, tersedar juga dari kebangangan sendiri. Tahu juga takut melihat reaksi spontan rakyat. 

Dayus rupanya, tak berani nak menegakkan 'kebenaran' doa yang dia sendiri bacakan tanpa hikmah dan langsung tidak mempunyai ciri nur dakwah itu.

Atau sebenarnya wujud tekanan dari pihak atasan PAS yang tidak senang melihat isu doa politik itu semakin hari semakin mencalar imej PAS sebagai sebuah parti politik yang didakwa membawa panji-panji Islam?

Pun begitu jika membuat kenyataan yang bunyinya semacam mengalah itu diharapkan akan membuatkan khalayak umum melupakan isu ini, tentu sekali tidak.

Khalayak ramai tidak lupa, sudah acapkali PAS mempergunakan agama, solat hajat serta doa-doa tertentu untuk tujuan membangkitkan sentimen keagamaan umat Islam untuk kepentingan politik kepartian PAS.

Sebelum ini, PAS melalui Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat yang juga adalah abang kepada Nik Razi pernah menggunakan taktik tidak berhikmah ini dengan membacakan doa supaya dipecahkan perut Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Namun bila ia menyebabkan orang awam menjadi jelik dan meluat dengan gaya politik memperalatkan sentimen keagamaan itu dan kesannya semakin melebarkan jarak masyarakat umum dari PAS, akhirnya Nik Aziz dengan selambanya menafikannya. Dayus juga.

Dalam pada itu, disebalik kehangatan isu doa politik tiba-tiba pula Nik Aziz menafikan pernah menuduh UMNO telah murtad dari Islam. Katanya kepada Sinar Harian Online, berita yang menyebut beliau mendakwa UMNO telah murtad adalah fitnah rekaan sahaja.

Tabiat biasa Nik Aziz macam itulah, bila kenyataannya menjadi hangat dan mengundang kemarahan ramai, kalau dia tak putar belitkan jawapan pembelaannya untuk menegakkan benang basah, lain caranya dia akan tuduh media telah memfitnahnya.

Skrip sama sejak dulu hingga sekarang, tak pernah berubah. Malu hendak mengaku kesilapan hasil dari keegoaan sendiri. Sekarang penyakit menyalahkan orang lain di atas keceluparan mulut sendiri dah berjangkit pada adiknya.

Lengkaplah sudah kedua-dua manusia paling bongkak atas muka bumi ini sebagai adik beradik paling dayus, gemar mengata buruk pada orang lain tapi bila mendapat reaksi balas dan kecaman ramai, terus menggelupur sampai terbelit diri sendiri.  

PAS Aminkan Doa Sang Iblis!!!



Di kala UMNO bangkit mengecam serangan Israel yang membunuh begitu ramai rakyat Palestin, saudara-saudara kita di dalam PAS pula mengecam UMNO kerana kononnya menzalimi Islam dan umat Islam di Malaysia.   Di kala UMNO meneruskan perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara, PAS pula berdoa memohon Putrajaya!  

Di kala UMNO menganggap PAS saudara seagama, PAS terus menganggap UMNO murtad dan kafir.   Alasan PAS ialah UMNO menolak Islam kerana menolak hudud.    

Sedangkan, mengikut Al-Quran, seseorang itu adalah Islam jika beliau berpegang kepada Rukun Iman iaitu:  (1) Beriman kepada ALLAH SWT, (2) Beriman kepada Malaikat-malaikat, (3) Beriman kepada Kitab-kitab, (4) Beriman kepada Rasul-rasul, (5) Beriman kepada Hari Kiamat, (6) Beriman kepada Qada dan Qadar.

Berdasarkan ajaran Al-Quran ini, maka jelas bahawa UMNO adalah Islam dan tidak melaksanakan hudud tidak menjadikan UMNO kafir kerana ia tidak termasuk dalam rukun iman yang menetapkan keIslaman seseorang.  Malahan, UMNO juga telah berkali-kali menegaskan yang parti itu tidak menolak hudud tetapi tidak dapat melaksanakannya mengambil-kira kemajmukan masyarakat dan keadaan semasa di negara ini.   

Namun, dalam Muktamar ke-58nya, PAS telah sekali lagi mengenepikan hakikat ini dan terus menyebarkan kebencian dan memohon kehancuran ke atas saudara seagama mereka di dalam UMNO atas alasan UMNO bukan Islam kerana menolak hudud.  

Entah kenapa PAS telah terlepas pandang bahawa menyebarkan kebencian sesama Islam, meniupkan rasa riak dan takbur ke dalam diri si alim ulama dan menghukum manusia lain dengan hukum Allah adalah kerja iblis, yakni bertentangan dengan seruan Al-Quran.  

Seperti yang kita sedia maklum, doa menghancurkan UMNO bukan perkara baru bagi PAS.  Malah, PAS pernah berdoa lebih dari itu, dengan menujukan khas kepada individu tertentu memohon agar pecah perut dan sebagainya.  Doa menghancurkan UMNO ini dilakukan saban tahun dengan solat hajat yang dihadiri beribu-ribu ahli PAS.  

Saban tahun juga kita terkejut tidak mampu menerima yang begitu ramai saudara kita yang begitu jahil, tega menjadi makmum dan mengaminkan doa sang iblis.  Dan saban tahun juga kita mengangkat tangan syukur kepada Allah SWT kerana doa iblis yang dibisikkan ke telinga tok-tok guru yang kononnya bertaraf wali, yang mulia lagi maksum itu, telah tidak dimakbulkan.  

Sukar untuk kita memahami bagaimana dalam sibuk memperkatakan tentang agama, PAS telah terlepas pandang akan Rukun Iman, hadith dan ayat mengenai iman dan keIslaman seseorang di mana ‘hudud’ tidak langsung termasuk di dalamnya.   

Dari Anas bin Malik ra, dari Nabi saw, sabdanya : "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya." (HR Bukhari dan Muslim )

Orang-orang Islam yang beriman adalah merupakan suatu kesatuan, sepertimana yang disebut oleh Allah swt di dalam kitabNya yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara." 

Sebenarnya, berjihad menentang saudara seagama telah menjadi pegangan ‘agama PAS’ sejak berdekad-dekad lalu yakni bertitik tolak dari Amanat Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO.  Dan kini, Nik Aziz pula memperbaharui pegangan itu dengan memurtadkan UMNO.  

Penulis menyatakan ‘agama PAS’ kerana ajaran yang dibawa oleh PAS untuk memerangi saudara seagama bukanlah ajaran agama Islam, malah jauh bertentangan dan dimurkai Allah SWT.  

Kesanggupan PAS membelakangkan ajaran Islam membuktikan bahawa PAS mengambil sikap membujur lalu melintang patah demi mencapai Putrajaya.  Pilihanraya adalah segala-galanya bagi PAS iaitu matlamat hidup mati mereka seolah-olah ia merupakan salah satu syarat untuk menyempurnakan ibadah dalam ‘agama PAS’ ialah dengan memastikan parti mereka menang pilihanraya.   

Malah, jika rukun iman ‘agama PAS’ disenaraikan, maka ia pasti meletakkan kemenangan pilihanraya sebagai rukun yang pertama dan hudud sebagai yang kedua.  Semua rukun iman dalam Islam yang lain, tidak penting selagi kedua-dua rukun yang pertama tadi tidak dicapai.  

Ini mungkin juga kerana dalam ‘agama PAS’, semua ahli telah dijanjikan syurga maka mereka tidak perlu lagi mengambil-kira tuntutan berbuat baik sesama manusia, menyayangi saudara seagama dan sebagainya.  

Justeru, dengan syurga sudah didalam genggaman, apa lagi yang ahli-ahli PAS perlu perjuangkan, selain kuasa, pilihanraya dan Putrajaya.  Bukan begitu?  

Penulis dapat tahu bahawa ramai juga di kalangan ahli-ahli PAS yang cuak dan gusar dengan doa ini, tetapi seperti yang dijangka, kegusaran mereka tidak dapat mengatasi keinginan mereka untuk menang pilihanraya.  

Kerana itu, tidak mampu mengulas panjang lagi mengenai isu ini, melainkan mendoakan agar kita semua, saudara seagama, sentiasa berada di jalan yang benar, tidak kira di dalam UMNO, PAS mahupun di Palestin atau di mana juga, serta tidak kira yang alim, jahil atau apa saja rupa dan penampilannya.  Selagi semuanya berpegang kepada Rukun Iman selagi itulah mereka penulis anggap sebagai saudara seagama yang disayangi lagi dikasihi dan bukan untuk diperangi.  

Semoga kita semua selamat dari kehancuran akibat tipu daya sang iblis dan syaitan.

PAS Menzalimi Islam dan Seluruh Umat Islam



Sudah jadi kebiasaan bagi pemimpin pembangkang terutama dari PAS mengadu domba dan mempropagandakan tuduhan liar mengatakan Kerajaan BN adalah zalim, anti Islam, firaun dan sebagainya.

Tak cukup dengan propaganda persepsi buruk sedemikian, mereka guna pula agama sebagai modal politik termasuklah memperalatkan solat hajat, tazkirah dan doa untuk memainkan sentimen agama dikalangan penyokong dan orang ramai.

Solat hajat, tazkirah dan doa adalah perkara yang baik yang dituntut oleh Islam namun bila dipolitikkan kesannya keberkatan hilang dan rahmat Allah s.w.t tidak kesampaian, sebaliknya yang datang polemik tak berkesudahan dan kecaman khalayak ramai.

Inilah yang terjadi berikutan dari doa berunsur politik kepartian yang dibacakan oleh adik kandung kepada Mursyidul Am PAS, iaitu Nik Razi Nik Mat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV tempohari.

Isi kandungan doa yang mengecam UMNO dan BN yang kononnya menzalimi agama Islam dan menindas rakyat seumpama tingkah laku jahat firaun, Namrud dan Abu Lahab akhirnya mengundang polemik dan mudarat pula buat PAS.

Dah namanya doa politik, niatnya tentu sahaja demi untuk kepartian dan bukannya ikhlas mahukan keredhaan Allah s.w.t. Maka akibatnya terpaksalah PAS menanggung beban di atas sikapnya yang emosional tak bertempat dan tidak berhikmah itu.

Hakikat yang pahit untuk penyokong PAS terima sebenarnya, ialah PAS itu sendiri sejak sekian lama sebenarnya telah menzalimi agama Islam sehingga memudarkan sedikit sebanyak imej kesucian agama ini di mata penganut agama lain.

Suatu ketika dulu di awal tertubuhnya PAS, para pimpinannya sebulat suara menolak kerjasama dengan non-muslim sehingga pernah mengkafirkan orang Islam yang menyokong parti PERIKATAN (sekarang Barisan Nasional) yang terdiri dari UMNO, MCA dan MIC.

Lebihkurang satu dekad sebelum menjelangnya Abad Millenium barulah PAS kenal peri pentingnya kerjasama orang Islam dengan non muslim demi kebaikan bersama. 

Tika ini barulah PAS teringat betapa di zaman Rasulullah s.a.w dulu, baginda juga pernah mengadakan kerjasama dengan orang bukan Islam termasuklah dengan kaum Yahudi. 

Malangnya kerjasama yang PAS jalin dengan DAP dan PKR langsung tidak memberi manfaat pada ummah apatah lagi untuk kebaikan agama Islam.

PAS gagal menahan asakan pemimpin DAP sehingga akhirnya perarakan Maulidul Rasul kini tidak lagi dapat diadakan di Pulau Pinang yang dikuasai DAP. Berpuluh tahun ia tidak diganggu gugat, datang DAP abang besar PAS segalanya berubah atas nama demokrasi.

Juga berlaku di zaman PAS sebagai lembu tunggangan DAP, di mana kesucian Rumah Allah dinodai oleh pemimpin politik bukan Islam yang dibiarkan saja menyampaikan tazkirah di ruang utama surau dan masjid, manakala anak kariah dan jemaah yang hadir pula terpaku kelu bagaikan tekun mendengar kuliah agama dari ustaz dan tok imam.

PAS juga berdiam diri apabila tulisan jawi pada nama jalan dipertikaikan DAP, malah PAS juga malu untuk ke depan menegur kebiadapan DAP untuk menghapuskan hak keistimewaan agama Islam di sisi Perlembagaan Malaysia dengan berselindung disebalik tuntutan pemimpin DAP yang mahu negara ini diiktiraf sebagai sekular.

Akibat dari kerjasama PAS dengan DAP dan PKR dalam PR itu jugalah kalimah Allah s.w.t dengan mudahnya digadai tanpa rasa bersalah demi untuk menjaga hati penyokong DAP yang beragama Kristian.

Demikian juga bila kita bercakap soal akidah, sampai sekarang PAS tidak berani mengecam secara rasmi keceluparan anak Ketua Umum PKR, Nurul Izzah yang menyarankan orang Melayu Islam diberi hak bebas bertukar agama.

Amanah yang diberikan oleh segelintir rakyat kepada PAS untuk mempertahankan Islam akhirnya dikhianati. Jelas sekali semuanya itu satu kezaliman terhadap agama Islam, pengkhianatan terhadap ummah yang secara sengaja atau sebaliknya telah dilakukan oleh PAS

Thursday, November 8, 2012

Hadi Awang Buat Lawak Politik... Rupanya Terkena Nik Aziz.. Muahahaha..



Niat di hati sekadar nak buat gimik politik sambil menguji pengaruh, kemudian tak pasal-pasal ianya memalukan diri sendiri dan menjadi bahan lawak politik tanahair pula.

Akhirnya terpaksalah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengakui kenyataannya untuk bertanding di Parlimen Pekan hanyalah bertujuan untuk membuktikan dirinya bukan diktator. 

Tahu pun Hadi takut untuk menyerahkan tengkuknya untuk disembelih oleh para pengundi di Parlimen Pekan. Lagipun dikalangan ramai pemimpin PAS sendiri pun tak yakin Hadi akan merealisasikan gimik lawaknya itu.

Kecuali, hanya Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang kelihatan seronok hingga senyum sampai ke telingga bila sahaja mendengar berita berkenaan ura-ura Presiden PAS itu mahu bertanding di Pekan, Pahang.

Seronoknya Nik Aziz bukan main lagi sehinggakan terus sahaja memberi lampu hijau kepada Hadi kerana tahu dengan demikian akan tamatlah riwayat politik Hadi dalam PAS dan hilanglah satu lagi perintis cadangan Kerajaan Perpaduan (UG).

Persoalan sekarang dalam keadaan ribut tak ada, angin sepoi-sepoi bahasa, mengapa agaknya perihal diktator pula yang Hadi bangkitkan? Tentu ada yang tersirat disebaliknya, tak begitu? 

Kira-kira sebulan lalu, Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan ada membuat kenyataan media bahawa dirinya akan terus berpaut pada kuasa dan jawatan sekalipun wujud desakan yang mahukan beliau berundur atas faktor kesihatan.

Manakala pada awal tahun ini pula, Mursyidul Am PAS itu pernah memberi bayangan keinginannya untuk terus bertanding dalam pilihanraya dan memegang jawatan politik sampai mati.

Alasannya, jawatan politik tak sama macam jawatan kakitangan awam yang ada tempoh persaraan.

Hakikatnya, hanya diktator sahaja yang berasa amat sayang pada kuasa duniawi dan agak takut untuk melepaskan kuasa dalam genggaman. Dan kebetulannya, Nik Aziz memenuhi ciri-ciri tersebut.

Sementara itu, tidak berapa lama dulu, Anwar Ibrahim pernah mengumumkan bahawa namanya adalah satu-satunya calon yang sudah disahkan akan bertanding dalam PRU 13 nanti, sedangkan nama pemimpin PKR yang lain masih lagi dalam pertimbangan.

Mengikut fahaman Hadi Awang, hak penentuan siapa yang akan bertanding atau tidak terletak pada keputusan parti, jika keputusan mendahului parti bermakna seseorang itu adalah diktator.

Jelas sekali, Anwar memenuhi ciri diktator yang dimaksudkan itu kerana Anwar telah membuat keputusan sendiri tanpa merujuk keputusan bersama pemimpin lain. Lagipun, sejak dulu hingga kini Anwar memang layak digelar diktator merangkap bapak segala nepostisme dan kronisme.

Kini terlerailah sudah kenapa tiba-tiba sahaja Hadi menimbulkan isu diktator. Rupanya ia satu sindiran sinis kepada rakan separti dan sepakatan. Tak sangka ya, dalam kalut menepis gelak tawa orang ramai dengan lawak politiknya sempat lagi melepas tembakan tepat ke dahi Nik Aziz dan Anwar.

Wednesday, November 7, 2012

Nik Aziz Teresak-Esak Dek Penangan Chua Soi Lek ??? Amekawww... Hahahaha..



Angin tak ada, ribut tak ada, sepantas kilat Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil ke depan untuk memperlekehkan penjelasan dari Presiden MCA Chua Soi Lek berkenaan kritikannya terhadap hudud PAS.

Biasanya jika melibatkan maruah dan kesucian Islam, amat jarang sekali untuk Nik Aziz segera tampil ke depan mengulas panjang. Tengok sajalah dalam isu Ngeh Koo Ham dari DAP itu hari, jenuh menunggu komen balas dari Nik Aziz.

Malah dalam isu pencegahan murtad oleh JAIS ke atas sebuah gereja di Selangor akhir tahun lalu juga, sukar sekali untuk membaca komentar dari Nik Aziz yang bersifat membela Islam, sebaliknya sebahagian besar kenyataan yang keluar dari mulut para pemimpin PAS ialah mencerca tindakan kuatkuasa oleh JAIS itu.

Tapi kali ini, tak semena-mena Nik Aziz segera menonjolkan dirinya untuk mengulas dan menghentam penjelasan oleh Soi Lek.

Malah dengan bangganya Menteri Besar Kelantan itu mendakwa Soi Lek sudah tertekan apabila memberi penjelasan terbuka selepas timbulnya daripada pemimpin dan penyokong PAS terhadap komentarnya sebelum ini.

Menariknya, baru sahaja sekitar seminggu dua lepas khalayak umum didedahkan dengan kenyataan semberono dari Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 yang memberi lampu hijau untuk DAP menghina Islam atas alasan para pemimpin DAP bukannya beragama Islam. 

Manakala para pemimpin PAS yang lain termasuk Presidennya, Hadi Awang pada 12 Ogos 2012 pula mengakui DAP berhak menolak dan mempersoalkan hudud, juga dengan beralasan bahawa pemimpin DAP tidak beragama Islam.

Tiba-tiba sekarang, Nik Aziz bertegas menganggap Soi Lek tertekan kerana telah menghina Islam. Betulkah Soi Lek yang tertekan atau sebenarnya Nik Aziz yang sedang menghadapi tekanan?

Dalam penjelasannya yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu Soi Lek menegaskan kritikannya hanya terhad pada kesan hudud PAS terhadap ekonomi, sama sekali tidak bermaksud mempertikaikan ajaran Islam.

Mengikut fahaman Nik Aziz, barangkali Soi Lek hanya perlu menutup mulut sendiri membiarkan saja kritikannya terhadap hudud PAS dimanipulasi kononnya menghina Islam barulah dikatakan beliau tidak tertekan.

Presiden MCA itu pula tentunya tidak akan berdiam diri apabila melihat komennya telah disalah tafsir oleh PAS dan PR hanya semata-mata untuk memenuhi agenda politik kepartian PAS dalam usahanya membela sikap keras DAP terhadap orang Melayu Islam dan agama Islam itu sendiri.

Nik Aziz sebenarnya terasa agak terpukul apabila Soi Lek secara terbuka mengakui kritikannya hanya ditujukan pada hudud PAS, itu salah satu puncanya yang menyebabkan tiba-tiba laju ja Nik Aziz mengomel balas.

Lebih-lebih lagi apabila Soi Lek turut mengimbas kembali janji PAS melalui manifesto pilihanraya 1986 yang menyatakan bahawa perlaksanaan hudud akan turut meliputi orang bukan Islam, dan jelas berbeza dengan hudud PAS versi 1993.

Kelu lidah Nik Aziz untuk mencari jawapan konkrit kenapa adanya perbezaan antara hudud dalam manisfesto 1986 dengan hudud PAS versi 1993. Tak terjawab beb. Sahlah, yang sebetul-betulnya tertekan dalam isu hudud PAS ini ialah Nik Aziz itu sendiri.

Sunday, September 23, 2012

Lim Kit Siang Buktikan Bahawa Dialah Mursyidul Am PAS Sebenar!!! Nik Aziz?? KehKehKeh



Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat beberapa hari lalu dalam satu kenyataan retoriknya menegaskan bahawa perlaksanaan hukum hudud di Malaysia tidak boleh dilengah-lengahkan lagi. 

Nadanya tidak jauh berbeza dengan janji Presiden PAS, Hadi Awang di penghujung 1990-an yang mahu melaksanakan hukum hudud di Terengganu sebaik sahaja belum sempat ayam jantan habis berkokok.

Sejak itu hingga saat ini, sudah beratus ribu ekor ayam jantan telah serak anak tengkuknya berkokok saban pagi subuh namun hingga kini realiti perlaksanaan hukum hudud tidak pernah kelihatan.

Janji ditaburi dan kerap dimungkiri, itu perwatakan yang telah lama sebati dengan mana-mana sahaja pemimpin PAS.

Pun begitu, percayalah makin nak dekat musim pilihanraya, Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain tetap akan memainkan jua isu hudud sekurang-kurangnya untuk mengurangkan impak kejatuhan pengaruhnya dikalangan umat Islam.

Walau dikalangan sebahagian besar umat Islam amat faham kenyataan Nik Aziz itu hanyalah satu siaran ulangan yang berbentuk retorik dan propaganda kosong sahaja yang tarafnya sama seperti janji yang taburi oleh Hadi Awang, namun ia tetap mengundang 'serangan balas' dari sekutu kesayangan PAS iaitu DAP.

Dalam reaksi segeranya terhadap kenyataan Nik Aziz itu, Karpal Singh selaku Pengerusi DAP Pusat telah memberi amaran bahawa isu perlaksanaan hudud yang dicanang semula oleh PAS itu bakal menjahanamkan pakatan pembangkang yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS.

Rentetan dari amaran tersebut, seperti biasa Nik Aziz berubah monyok bangang tak keruan, mulalah dia bersilat lidah memusing cerita dengan menyalahkan pula UMNO - satu tabiat biasa yang diamalkannya tiap kali tersepit dan terhimpit. 

Melihat Nik Aziz merapu-rapu dan monyok macam tikus kesejukan ditimpa hujan, tidak semena-mena Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang pula membuka mulut mengulas polemik hudud. Katanya, sekalipun PR berjaya menguasai pemerintahan pusat, hudud tetap tidak akan dilaksanakan.

Menurut Lim lagi, tiada ruang untuk perlaksanaan hudud yang dicanang oleh PAS kecuali jika persetujuan secara sebulat suara dicapai. Dengan kata lain, angan-angan PAS berkenaan hudud memerlukan kebenaran rasmi dari DAP dan PKR. 

Sama ada Lim mahupun Karpal, walaupun mereka tahu retorik Nik Aziz dalam mencanang kembali isu hudud hanyalah untuk menarik semula perhatian pengundi Islam tambahan pula sejak akhir-akhir ini menunjukkan pengaruh PAS sudah semakin merosot.

Tapi kesempatan ini sebenarnya dilihat peluang terbaik untuk DAP menunjukkan taringnya sebagai abang besar kepada PAS supaya imejnya dikalangan pengundi non muslim terus meningkat naik. 

Reaksi Lim kali ini saling tak ubah seperti 'penerajang' singgah ke muka Nik Aziz. Memedihkan tapi cukup untuk menjadi pengajaran pada PAS supaya menyedari statusnya dalam PR bukan sahaja lebih rendah dari DAP malah sudah setaraf seperti keldai tunggangan sahaja layaknya.

Friday, September 21, 2012

Bantah Innocence Of Muslim, Tetapi Diam Terhadap Ngeh Koo Ham... Bacul Ke???



Ramai yang masih tersenyum sinis membaca kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang kelihatan seperti menyokong penuh bantahan besar-besaran oleh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia terhadap filem Innocence of Muslims.

Dari satu sudut, mereka bersetuju dengan seruan Mursyidul Am PAS itu yang dalam satu kenyataannya meminta umat Islam tanpa mengira latar belakang parti politik tampil menyuarakan sokongan dalam bantahan tersebut.  

Bagaimanapun apabila Nik Aziz enggan memberi sebarang ulasan berhubung komen negatif dari Pengerusi DAP Perak berkaitan isu ini sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian 20 September 2012, seruan tersebut mula dipandang sinis oleh khalayak ramai.

Pada pandangan ramai, Nik Aziz seperti terlalu takut untuk mengkritik apatah lagi mengecam kenyataan Ngeh Koo Ham yang juga adalah  Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Beruas, Perak.

Ngeh Koo Ham dalam satu mesej twitternya mempersoalkan keperluan untuk umat Islam mengadakan bantahan terhadap filem Innocence of Muslim dan di masa yang sama seperti memperlekehkan bantahan tersebut yang dianggapnya sebagai merugikan masa dan tenaga.

Tidak sukar untuk kita bayangkan sekiranya mesej serupa ditweet oleh mana-mana pemimpin BN yang non muslim, Nik Aziz pastinya sepantas kilat mengecam pemimpin tersebut. Dan semestinya, Nik Aziz akan menyelitkan sama kecamannya terhadap UMNO, itu sudah tentu.

Tapi bukan satu rahsia pun, sudah menjadi tabie Nik Aziz sejak dulu-dulu lagi sentiasa berlembut dengan rakan sekutu yang bukan seagama dan hanya berani membuka mulut bila terlalu kemaruk untuk menyinggung perasaan saudara seagama dengannya sahaja.  

Tengok sajalah reaksi Nik Aziz bila bekas Timbalan Presiden PAS mengkritik DAP dan mengusulkan saranan supaya PAS keluar dari PR, terus Nik Aziz bingkas bangun menghalau saudara seIslamnya itu keluar dari parti. 

Apa sahaja kenyataan negatif yang keluar dari mulut pemimpin DAP sama ada berkaitan Islam, selalunya Nik Aziz cuba bermain playsafe semata-mata untuk menjaga hati sekutunya itu.

Namun disebalik ketakutan dan keengganan Nik Aziz mengkritik kelancangan Pengerusi DAP Perak itu, beberapa orang pemimpin PAS yang lain seperti MB Kedah, Azizan Abdul Razak dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub telah mengambil langkah sebaliknya.

Kedua-dua mereka nampaknya masih mempunyai sedikit sisa-sisa keberanian untuk menyanggah sikap tidak cermat pemimpin DAP itu. Sekurang-kurangnya masih adalah juga segelintir pemimpin PAS yang sedar diri dan taklah jumud sangat macam Mursyidul Am mereka sekarang ini.

Kepada kedua-duanya kita ucapkan tahniah manakala untuk Nik Aziz pula, cukuplah untuk kita ucapkan takziah di atas kebaculannya untuk membantah kebiadapan yang ditunjukkan oleh DAP.

Adakah PAS Setuju Hudud a.k.a Bulan Di Dada Karpal Singh???



Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh nampaknya tidak pernah gentar dengan mana-mana pemimpin PAS terutama sekali dalam hal melibatkan pendirian tegasnya yang menolak secara total angan-angan PAS untuk mendirikan negara Islam mahupun merealisasikan perlaksanaan hukum hudud.

Menurut Karpal, pendirian PAS untuk melaksanakan hudud bakal memberi kesan tidak baik terhadap pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. Tambahnya lagi, "PAS perlu menerima realiti. Walaupun ia pahit, desakan agar hukum hudud dilaksanakan di Malaysia hanyalah retorik semata-mata".

Satu kenyataan yang ringkas dan tidak berlapik secara langsung mewakili pendirian DAP yang sebenar-benarnya dalam isu ini. 

Kelihatannya seperti DAP pun amat menyedari tujuan PAS mempropagandakan isu hudud hanyalah untuk kepentingan politik kepartian sahaja dan tidak lebih sekadar retorik semata-mata.

Entah apa reaksi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat setelah membaca kenyataan tersebut yang bukan sahaja mencabar kewibawaannya malah turut bernada sinis memperlekehkan angan-angan PAS berkaitan hukum hudud yang dianggap sebagai satu retorik politik semata-mata oleh DAP.

Kita harap Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan tidak melatah sebagaimana kebiasaannya sebelum ini dengan mengalihkan perhatian ramai berkenaan isu hudud itu dengan menyalahkan UMNO atau Kerajaan Pusat. 

Harapnya untuk sekali sekala Nik Aziz dan semua pemimpin PAS dapat menunjukkan sikap gentleman menjawab kritikan Pengerusi DAP itu.

Setidak-tidaknya PAS perlu mengambil langkah tegas dan segera dengan mengikrarkan secara terbuka dan rasmi bahawa parti itu tetap jua akan melaksanakan hukum hudud seandainya PR menang dalam PRU 13 nanti sekalipun mendapat bantahan dari DAP.

Atau paling lekehpun, PAS patut berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan calonnya bertanding di minima 150 kerusi Parlimen supaya sekiranya menang kesemuanya dapatlah mengubah suai perlembagaan negara demi memberi laluan kepada perlaksanaan hudud.

Tapi beranikah PAS bertindak sedemikian dengan melanggar arahan abang besarnya DAP yang sekarang ini memegang talian hayat untuk survival PAS di kebanyakan kerusi Parlimen dan DUN yang pengundinya bercampur dan sedang disandang oleh ramai pemimpin PAS pro Anwarinas?

Tergamakkah PAS menonjolkan dirinya sebagai ketua dalam PR selanjutnya menguasai lebih separuh kuota pembahagian kerusi Parlimen di antara parti-parti dalam PR untuk ditandingi dalam PRU 13? 

Tentu sekali tidak. PAS tidak akan sanggup menjadi ketua dan menguasai pembahagian kerusi Parlimen kerana sifat kewujudan PAS sejak dulu sudah termaktub sekadar menjadi alas kaki kepada parti pembangkang lain.

PAS mahupun Nik Aziz sendiri juga tidak akan sesekali berani mempertahankan angan-angannya untuk melaksanakan hukum hudud. PAS juga tidak akan sanggup mengasingkan dirinya dari PR demi kerana hudud.

Bukan sahaja kerana isu hudud itu sendiri adalah retorik PAS semata-mata, tapi juga kerana hakikatnya PAS juga tahu realiti semasa belum mengizinkan ke arah perlaksanaannya.

Sudah acapkali PAS tunduk diam mengikut sahaja arahan abang besarnya asal sahaja isu hudud menggugat PR dan tiap kali itulah selepas sesatu mesyuarat tergempar PR berkaitannya, PAS akan berbelit lidah seterusnya orang lain pula dijadikan kambing hitam.

PAS juga tergamak mengecam bekas Timbalan Presidennya sendiri hanya semata-mata takut kenyataan tegas Nasharudin Mat Isa berkaitan isu hudud bakal menjejaskan hubungannya PAS dengan DAP. Sayangnya PAS pada DAP sehinggakan Mursyidul Am PAS sendiri sanggup boikot mesyuarat Majlis Syura yang sepatutnya dipengerusikannya sampai tamat.

Bila sudah sedemikian rupa, janganlah salahkan rakyat bila ramai berkongsi ppendapat bahawa PAS akhirnya akan setuju dengan pandangan DAP bahawa isu hudud tidak mendatangkan kebaikan kepada PAS dan PR.

Seterusnya seperti biasa, PAS akan menyalahkan UMNO sebagai punca retorik hukum hudud yang dijajanya gagal direalisasikan. Dan, si balaci serta penyokong PAS akan meneruskan amalan rutin mereka, angguk-angguk tanda setuju pada tipu daya propaganda tersebut.

Wednesday, September 12, 2012

Nik Aziz Jadi Ahli Mesyuarat Tingkap Untuk Lepaskan Diri Sendiri!!! Perrghhhh...


Mengikut laporan beberapa media yang membuat liputan berkenaan mesyuarat Majlis Syura PAS tempohari, Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat hanya sempat mempengerusikan mesyuarat tersebut untuk selama kira-kira 20 minit sahaja sebelum beredar keluar dengan wajah yang agak sugul.

Sepanjang 20 minit itu, Nik Aziz yang juga adalah Mursyidul Am PAS sempat menyentuh isu berkaitan Nasharudin Mat Isa sebelum menyerahkan tanggungjawab sebagai pengerusi kepada timbalannya, Datuk Haron Din.

Barangkali tak terjangka kelibat Nik Aziz ponteng keluar awal dari mesyuarat telah dapat dikesan oleh media, akhirnya PAS melalui Ketua Penerangannya terpaksa membuat penjelasan khusus bagi menjustifikasikan kewajaran sikap tidak cakna Mursyidul Am PAS itu.

Menurut penjelasan Tuan Ibrahim Tuan Man itu, tindakan Nik Aziz keluar awal dari mesyuarat tersebut disebabkan MB Kelantan itu mengadu tidak sihat serta sedikit kepenatan.

Punyalah jauh datang dari Kelantan semata-mata untuk mempengerusikan mesyuarat penting di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur tiba-tiba saja alasan masalah kesihatan dan kepenatan dijadikan sandaran untuk melepaskan dirinya dari dikritik oleh ahli dan penyokong PAS.

Alasan sebegini sudah acap kali kita dengar sama ada dari mulut Nik Aziz sendiri mahupun orang kanannya baik yang membabitkan mesyuarat parti, mesyuarat mingguan exco negeri mahupun mesyuarat bulanan anak syarikat serta agensi negeri Kelantan. 

Bukan satu rahsiapun sejak Nik Aziz menjawat kedudukan sebagai MB, paling lama dia akan berada dalam sesuatu mesyuarat hanya sekitar sejam sahaja malah banyak mesyuarat di peringkat kerajaan negeri acapkali di pengerusikan oleh orang lain.

Ini pun satu sebab lagi kenapa dikalangan ramai rakyat Kelantan, Nik Aziz lebih terkenal sebagai MB paling kuat berceramah atas pentas politik tapi paling tak memberi manfaat untuk agama, bangsa mahupun negeri sendiri. 

Yang dia tahu cuma tandatangan itu ini tanpa mahu membaca sebarang isi kontrak. Dan dia akan setuju apa sahaja tanpa memperhalusi butiran perjanjian, apa yang dibisikkan oleh penasihatnya itulah yang dia pegang tanpa faham penting atau tidak sesuatu perkara.

Nama Majlis Syura Ulama PAS ini pun hanya beberapa minggu kebelakangan ini sahaja sedikit popular tapi selama ini jarang orang tahu bahawa badan tertinggi PAS itu walaupun sudah lama di pengerusikan oleh Nik Aziz tapi nak nampak batang hidung Nik Aziz dalam mesyuarat dwi bulanannya yang jarang-jarang diadakan itu pun amatlah payah.

Ramai pemimpin PAS pernah merungut atas kelesuan Majlis Syura namun bila tiba-tiba sahaja isu Nasharudin meletus dan badan tersebut dijadikan rujukan terpaksa jugalah Nik Aziz menggagahkan diri menghadiri mesyuarat setelah merasakan itulah peluangnya bagi mengenakan Ustaz Nasharudin yang sekian lama dibencinya itu.

Malangnya baru 20 minit mempengerusikan mesyuarat, sudah pancit awal dan hasil mesyuarat pula tak menepati kemahuannya. Gayanya tak lebih tak kurang, Nik Aziz lebih sesuai diangkat sebagai Ahli Mesyuarat Tingkap sahaja.

Thursday, July 26, 2012

Kubah Masjid Runtuh Di Kelantan... Bala Atau Dugaan? Ghoyak La Weiii...!!!



Biasanya apabila sesuatu binaan atau bangunan tiba-tiba runtuh di negeri yang diperintah oleh BN, para penyokong pembangkang khususnya dari PAS akan segera 'memfatwakan' kejadian tersebut sebagai bala ataupun tanda kemarahan Allah s.w.t terhadap pemimpin BN.

Namun bilamana sebuah masjid di Kelantan tiba-tiba jatuh kubahnya dek kerana hentaman angin ribut, apa pula petandanya yang mahu ditunjukkan oleh Allah s.w.t terhadap Nik Aziz Nik Mat yang sudah 22 tahun bergayut pada kerusi empuk MB Kelantan?

Takkanlah pula disebabkan kubah masjid yang jatuh itu kebetulan berlaku di Kelantan, maka secara automatik penyokong PAS sekadar memandang ringan peristiwa tersebut dan menganggapnya sebagai takdir semata-mata?

Sedangkan sewaktu sebuah masjid di Port Dickson pada pertengahan tahun lepas pernah mengalami peristiwa sama telah sengaja dipropagandakan sebagai oleh PAS dan PKR kononnya itulah petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap DS Najib.

Manakala keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu pula pernah dipropagandakan oleh penyokong PAS sebagai petanda murka Allah s.w.t terhadap MB Terengganu selain dikaitkan sebagai berleluasanya rasuah dalam meluluskan sesuatu projek.

Kenapa tidak kali ini, peristiwa kubah berpusing-pusing sebelum jatuh di perkarangan Masjid Mukim Padang Pauh, Pasir Mas itu dikaitkan dengan petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap sikap Nik Aziz dan pemimpin PAS yang gemar memutar belitkan ayat Al-Quran dan Hadith untuk kepentingan politik parti.

Barangkali juga, kubah uzur yang jatuh itu membawa maksud, disebabkan Nik Aziz gagal menjalankan tanggungjawab menaiktaraf kualiti hidup rakyatnya, maka akibatnya pada PRU 13 nanti dirinya akan jatuh terhumban dari puncak kuasa.

Hakikatnya, bala atau petanda, ujian atau sebaliknya hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui kebenarannya. Kita boleh membuat pelbagai tafsiran, betul atau tidak bukan kita yang mampu tentukan.

Tatkala tokong berhala besar di sekitar Tumpat, Kelantan boleh menerima puluhan ribu ringgit duit sumbangan saban tahun dari kerajaan negeri dan pemimpin PAS Kelantan, peliknya sumbangan yang sama untuk Rumah Allah s.w.t bagi tujuan selenggara dan baik pulih gagal pula dilaksanakan.

Yang pastinya, masjid yang telah dibina pada 1977 itu hanyalah secebis bukti betapa gagalnya Nik Aziz dan PAS dalam menjaga rumah Allah s.w.t.

Thursday, June 21, 2012

Bongkaknya Tuan Guru Surat Pekeliling! Padanlah Pengikutnya Jumud!



Perwatakan seorang yang bergelar ulama biasanya sinonim dikaitkan dengan rendah diri, baik budi, mesra dalam perbezaan pendapat, memiliki sifat terpuji dan bila dirinya berkata-kata banyak manfaat yang boleh dijadikan panduan oleh anggota masyarakat.

Orang tua-tua pula selalu berkata - insan yang baik budi dan berjiwa besar acapkali bila makin tinggi ilmunya akan makin tunduk ego dirinya. Itu hakikat dan realiti yang semua orang sudah ketahui.

Tapi bagi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat soal baik budi, merendah diri dan mesra tatkala berbeda pandangan bukannya prioritinya sekalipun dikalangan penyokong PAS beliau dikenali sebagai ulama dan tok guru.

Misalnya dalam polemik isu penangguhan haji demi mendahulukan kepentingan parti dalam pilihanraya, beliau ternyata tidak dapat menyembunyikan betapa besar ego dirinya sehingga memandang rendah pada pendapat ulama lain.

Kelihatan jelas sikap bongkak dan membesar diri sendiri semakin berakar umbi dalam sanubari Nik Aziz apabila tidak dapat menerima nasihat dan pandangan bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkaitan isu tersebut.

Syeikh Mahmoud semasa menjawab soalan seorang peserta di Seminar Antarabangsa Fiqh Mantaati Pemimpin beberapa hari lalu secara terang menjelaskan bahawa hukum mengerjakan haji tetap wajib bagi sesiapa yang mampu dan soal pilihanraya bukannya satu alasan yang membolehkan ibadah tersebut sengaja ditangguhkan.

Namun dek kerana bongkak dan ego, Nik Aziz masih juga berpegang erat pada pendapatnya sendiri dengan alasan Nabi Muhammad s.a.w pernah menangguhkan haji.

Walhal, penangguhan ibadah haji oleh Nabi Muhammad s.a.w langsung tiada kaitan dengan pilihanraya melainkan semata-mata kerana untuk mengelakkan percampuran ibadah dengan golongan musyrikin Mekah yang saat itu masih melakukan tawaf di sekeliling Kaabah.

Selain itu sejarah Islam merekodkan, antara sebab lain ibadah haji tertangguh pada tahun ke-6 Hijrah ialah kerana halangan oleh kaum Quraisy yang kemudiannya membawa kepada wujudnya satu perjanjian Hudaibiah.

Bukankah jauh bezanya di antara isu sekarang dengan peristiwa yang membawa kepada perlaksanaan Perjanjian Hudaibiah di zaman Nabi Muhammad s.a.w dulu?

Tapi apa nak pelik, bagi Nik Aziz apa saja kesilapan dan keterlanjuran di pihaknya senantiasa cuba dikaitkan dengan zaman Nabi semuanya dilakukan demi untuk mengabui mata rakyat disamping sudah menjadi satu kegemaran bagi dirinya mendahulukan sikapnya yang sombong dan bongkak.

Jika rukun Islam ke-5 yakni kewajipan menunaikan haji pun semudah itu sahaja dipandang remeh dan sejarah Islam diputar belit demi memenuhi nafsu kepartian dan keduniaan, masih lagikah kita mahu memanggil Nik Aziz sebagai tok guru?

Tok guru surat pekeliling dan 'ulamak' politik layaklah, tak begitu?

Tuesday, June 12, 2012

WOW!!! Dakwaan Bekas PAS Bahawa Nik Aziz Adalah Tok Guru Surat Pekeliling? Muahahahaha...!!!



Sejak sekian lama, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat cukup dikenali dengan masalah mulut berus, gemar merendahkan orang lain dan acapkali suka memperlecehkan tahap keilmuan individu yang yang bercanggah pendapat dengannya.

Itu reputasinya sejak dulu hingga kini, semuanya dek kerana terlampau taksud pada diri sendiri hingga lupa hakikat kejadian Illahi yang beliau hanyalah manusia biasa dan tak terkecuali dari kelemahan dan cacat cela.

Tapi Nik Aziz kekal sebagai Nik Aziz yang bermulut berus, watak dan percakapannya tidak langsung menggambarkan gelaran tok guru yang disandangnya. 

Patutlah suatu ketika dulu ramai bekas pimpinan PAS memanggil Nik Aziz sebagai tok guru surat pekeliling. 

Rupanya betullah gelaran tok guru yang ditempelkan pada dahi Nik Aziz hanyalah jenama politik untuk mencari undi parti dan bersifat duniawi semata-mata. 

Jika betul Nik Aziz adalah seorang ulama atau Tok Guru yang benar-benar mursyid, tentu sahaja tidak tergamak dirinya menggelar Tuan Mufti Negeri Perak, Ustaz Harussani sebagai "seorang yang gatal mulut".

Hanya dek kerana Ustaz Harussani menegur tingkah laku PAS yang makin jauh tenggelam dalam politik kepartian hingga mengabaikan perpaduan sesama Islam, tanpa fikir panjang dan tidak segan selu, Nik Aziz memperlekehkan pendapat Mufti.

Namun, ini bukanlah pertama kali Mufti diperlekeh dan dipandang remeh oleh Nik Aziz. Dalam pertengahan 1990-an dulu, seorang mufti lain pernah di cop sebagai 'ulamak nifas dan haid' oleh Nik Aziz, juga kerana teguran Mufti tersebut terhadap tindak tanduk PAS.

Pendek kata, bagi Nik Aziz, tiada seorang pun dalam dunia ini yang layak membuka mulut untuk menegur dirinya mahupun parti yang di dukung olehnya. Pantang ada yang berselisih pendapat dengannya, terimalah hamburan kata-kata nista dari mulut berusnya.

Acapkali bila berceramah di pentas politik ataupun dalam majlis agama, Nik Aziz gemar berpesan hadirin yang hadiri supaya menghormati ulama.

Tapi realiti yang berlaku, Nik Aziz sendiri tidak pernah belajar menghormati pendapat ulama dan teguran para Mufti hanya semata-mata dirinya mendahulukan kepentingan politik kepartian PAS. 

Sebelum kian ramai khalayak umum menyedari bahawa Nik Aziz hanyalah ulamak politik dan tok guru surat pekeliling yang cakap tak serupa bikin, eloklah mulai hari ini Nik Aziz belajar menghormati mufti.

Friday, June 8, 2012

Hedop! Hedop! Hidep Cangkul!!! Nok Ghoyak Orghe, Demo Tok Betul! Muahahaha..



Demonstrasi yang berlangsung di perkarangan Pejabat Menteri Besar Kelantan pada 06 Jun 2012 sebetulnya agak unik dan sinis sekali bagi yang mengerti realiti hidup rakyat Kelantan yang sudah 22 tahun berada dalam pemerintahan PAS.

Unik kerana belum pernah rakyat marhaen di mana-mana tempat datang beramai-ramai ke pejabat MB dengan membawa bersama cangkul, kereta sorong dan peralatan pembinaan usang untuk didermakan kepada kerajaan negeri.

Sinis kerana baru sahaja kira-kira seminggu lalu kerajaan negeri PAS Kelantan meminta rakyat menderma wang ringgit untuk tujuan pembinaan lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai (KB-KK) yang sebelum ini dirasmikan oleh Nik Aziz.

Selama ini Nik Aziz dan PAS Kelantan sentiasa selesa dan yakin kelemahan pimpinannya membawa kemajuan untuk rakyat dapat ditampung dengan berselindung di sebalik jubah dan hujah agama selain menuding jari dan mengalihkan beban kesalahan kepada kerajaan pusat.

Apabila muncul sekumpulan rakyat yang mewakili pelbagai NGO dengan peralatan pembinaan usang ketahuilah tahap kesabaran rakyat sudah sampai ke kemuncaknya.

Projek Lebuhraya KB-KK sepanjang 73km yang bernilai RM1.8 bilion itu sudah menjadi satu bebanan yang merintis desakan dari rakyat yang menuntut supaya kerajaan PAS Kelantan tidak hanya pandai berjanji dan memerah duit rakyat, sebaliknya mesti serius menunaikan janji.

Dahlah konsep meminta rakyat mengeluarkan duit sendiri konon atas nama derma kebajikan langsung tak menepati dasar PAS yang mahu menjaga kebajikan rakyat, harapkan sembang saja kuat tapi balik-balik rakyat yang kena berkorban, baik tak payah ada kerajaan yang tadbir negeri.

Lagipun sudah banyak projek pembangunan yang dicanang keliling kampung oleh Nik Aziz misalnya Koridor Depu, penternakan kambing Jamnapari, Ladang Rakyat, Bandar Baru Pengkalan Kubur serta berbelas lagi projek lain yang semuanya hanya gah semasa perlancaran kemudian senyap tanpa perkhabaran.

Sekarang tiba-tiba pula datang janji dan propaganda baru konon nak buat lebuhraya, mana tak marahnya rakyat. 

Janji lama berbakul-bakul belum ditunaikan malah bekalan air bersih pun masih banyak yang sangkut - jadi bila kereta sorong usang singgah depan pejabat, tolonglah faham kesabaran rakyat ada hadnya, belajarlah menunaikan janji bukannya terus menabur janji.

Bukankah manusia yang gemar mungkir janji tergolong dalam kalangan munafikun. Atau sememangnya Nik Aziz dan pimpinan PAS lebih selesa dengan gelaran tersebut?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...